Tuesday, 26 June 2012

NOVEL BULAN JULAI KAKI NOVEL


Menghabiskan sisa - sisa gaji , aku telah mengorder 2 buah novel dari Kakinovel keluaran bulan Julai. Tengok tajuk Gempak bukan main ..... Harap tak menghampakan .... ( ini adalah Novel pilihan untuk bulan Julai di kakinovel )
 
“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya... ”
“Abang cintakan Alya!”
“Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main… abang serius ni!”

Sinopsis:
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
-->



                                       
Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu,
andai aku tercipta untukmu, izinkan lah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu.
Sinopsis:
Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.



No comments:

Post a Comment