Tuesday, 25 September 2012

NOVEL BIAR CINTA BERTABURAN


"Cinta dan kebahagiaan, dapatkah ia berjalan seiringan? 

Atau sekadar hanya mampu terbiar bertaburan?"


Baby pertama Yusnida Tajudin BIAR CINTA BERTABURAN cerita yang menarik pada pendapat saya. Dengan garapan yang mantap ia menjadi sebuah Novel setebal 458 muka surat. Walau pun nampak nipis susunan cerita yang mudah difahami dan selesa untuk dibaca. Jika dulu saya selalu membaca dari blog- blog penulis baru saya beli tapi untuk novel ini saya beli berdasarkan komen - komen peminat yang telah membeli terlebih dahulu novel ini. Ternyata novel ini memang best. Sedikit review dari saya .. Novel ini mengisahkan Ayesha Sorfina menyandang jawatan sebagai setiausaha di syarikat Emeer Zafran. Emeer Zafran seorang lelaki tegas dalam kerjanya membuatkan semua pekerja gerun pada dirinya. Ayesha Sofina tidak terkecuali di hari pertama dia menyandang tugasan itu. Perasaan gerun pada awalnya berubah berlagu riang bila keserasian terjalin selepas tiga tahun berkerja sama. Sikap Emeer lebih berterus terang membuatkan Ayesha tak tentu arah. Hubungan mereka lebih serasi bila Emmer membawa Ayesha ke majlis makan malam dirumah Dato Ilham . Suatu hari Ayesha terjumpa contoh kad perkahwinan Emeer dan Lyana Arissa di bilik Emmer dan nekad untuk menjauhkan diri dari Emeer. Ayesha mempunyai prinsip hidupnya tidak akan merampas hak orang lain. Walaupun lari jauh mana pun Ayesha , Emeer pasti mengejarnya hinggalah satu peristiwa luar kawalan dek akal terjadi antara mereka. Hubungan mereka dipanjangkan ke ahli keluarga . Ayesha tidak menyangka hubungan mereka disambut baik oleh mama dan papa Emeer. Walaupun hatinya selalu diselubungi rasa bersalah pada tunang Emeer. Ayesha disahkan mengandung dan Ayesha juga cuba menyembunyikan kandungannya dari Emeer. Tanpa disangka Emeer mengetahui perkara yang cuba disembuyikan oleh Ayesha. Tapi malang kandungannya tidak bertahan dan Emeer memujuk Ayesha berkahwin dengannya secepat mungkin. Lyana Arissa tunang Emeer akur dengan pilihan Emeer, sebenarnya Lyana juga mempunyai pilihan sendiri. Dan dia juga berterima kasih pada Ayesha sudi membahagiakan Emeer. Perjalanan hidup Eyesha tak semudah yang disangkakan . Emeer terpaksa berdepan dengan Rashdan yang menggilai Ayesha dari bangku sekolah lagi. Rashdan merasuk gila kerana pinangannya ditolak oleh Ayesha. Emeer tertikam dalam satu pergelutan demi menyelamatkan Ayesha dari gengaman Rashdan. Ayesha juga meminta kebenaran untuk mempercepatkan perkahwinannya kerana ingin menjaga Emeer di hospital. Dalam mereka mengecapi bahagia berumahtangga mereka tak lari dari pergolakan hidup, Emeer terkena sihir dan dia juga hampir kehilangan Ayesha didepan mata. Untuk mengecapi sesuatu bahagia itu perlukan pengorbanan dan kesabaran. 
sedikit coretan dari penulis

Sinopsis dari kulit novel

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan.


Petikan-petikan menarik dari novel

Diawal pertemuan 
"Yang awak terjenguk-jenuk tu kenapa? Nk suruh saya sediakan red carpet ke baru nak masuk?!" Wah, belum apa-apa lagi aku dah kena jerkah. Jariku laju sahaja menggaru kepala yang tak gatal.
"Ada kutu ke?" soal mamat budgat hensem tu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala. Masih lagi membisu.Otak aku berperang dengan hati. Nak bertanya atau biarkan sahaja mamat ni yang bercakap.
"Hah... first day,kan? Saya nak tau, awak ni ada perancngan ke nak kahwin dalam masa terdekat i?" Soalan yang membuntangkan mataku yang dah sedia bulat ni. Soalan jenis apa ni? Ada ke soalan spesies ni yang ditanya dalam interview? Aku ni bukanlah pandai sangat pun, tapi rasa-rasanya masa aku sediakan kertas kerja khusus tentang How To Manage an Interview dalam subject English Communication di universiti dudlu tak ada la pula keluar soalan-soalan macam ni.
"Hmmm.. kenapa Encik Emeer tanya saya macam tu? Encik Emeer nak masuk meminang saya ke ? Atau Encik Emeer tak nak PA yang dah nak kahwin?" Wah, rasa macam nak sepak - epak aje mulut aku sendiri dengan soalan sepumas yang tiba-tiba aje keluar daripada mulut aku yang boleh tahan jugak lasernya ni. Jawapan daripada soalan yang ajukan tadi, tak lain dan tak bukan hanyalah mata merah menyala yangmembulat si mpuny diri. Kelat wajah mamat budget hensem tu mrenung kearahku.
""Puan Munirah dah brief awak tadi, kan tentang tugasan aak? saya tak suka staff yang buat kerja sambil lwa. dah tu tak ikhlas pula. Awak mesti awal sepuluh minit daripada saya. Kalau saya belum balaik, awak ou tak boleh balik lagi.. Saya nak iap-tiap gaji dan selepas lunch mesti ada Nescafe O, satu sudu gula aje atas meja saya, Faham?" Panjang lebar arahan bos aku ni. Satu perstu aku menctat untuk memudahkan aku mengingatinya pada masa depan. Itu pun kalau aku lama laa berkerja dengan mamat cerewet ni.
"Dah tu, apa tercegat lagi? Pergilah butkan Nescafe O saya tu. Satu sudu gula aje.... tak mahu manis!" jerkahnya.

Degup jantung umpama terhenti bila dia meluahkan 
"Kita khawin."
Terasa ingin menampar kuat pipiku mendengarnya kata-katanya itu. Benarkah Encik Emeer yang berada di hadapanku ini? Benarkah apa yang aku dengar ini? Genggamannya dikejapkan solah-olah meminta jawapan dariku.
"Ayesha, kita kahwin..." ujarnya sekali lagi apabila melihat aku yang terdiam membisu.
"No, we can't.You are getting married, Encik Emeer. Don't you forget that." balasku. Ada nada sendu dalam penolakan itu. Air muka Encik Emeer berubah keruh. Namun genggamannya masih dikejapkan.
"If I wasn't getting married to anyone,then will you marry me?" ujrnya lagi.
Aku cuba memalingkan wajah daripadanya. Pantas tangannya menarik mukaku ke arahnya kembali. Ada cahaya mengharap terpancar daripada matan itu. Semacam ada harapan yang menjalar daripada renungan itu. Aku hilang arah Aku tenggelam dalam kecelaruan diriku sendiri.
"Saya tak tahu...." Hanya itu yang mampu aku katakan. Akhirnya tanganku dilepaskan. Terus aku meninggalkannya. Sesaat kemudian, kereta hitamitu berlalu membelah kesibukan jalan. Ya Allah, apa sebenarnya rencana yang talah Engkau tuliskan ini? Pandulah aku ke laluan yang benar. Aku tidak mahu kecewa. Aku tak mahu menanggung parahnya hati. Tapi, aku tak mampu menipu diri sendiri. Benar, aku telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bakal bergelar suami orang. Kejamkah aku ?

saya suka cerita ini sebab diselitkan lagu-lagu cinta

Tiba-tiba satu pertemuan dan tindakan yang tidak disangka oleh Ayesha
"Dah nak balik?" sapanya
Aku hanya mengangguk.
"Tak boleh tinggal lagi di sini semalaman? Dah lama tak jumpa Ayesha," katanya lagi.
Aku hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala.
"Tinggallah sehari dua lagi disini, boleh Ash temankan Sha. Kan ke kita dah lama tak jumpa. Rindulah Ash nak brbual-bual degan Sha macam dulu-dulu," sambung Rashdan berungguh-seungguh.
"Taklah, Sha memang tak boleh tinggal. Kerja berlambak-lambak di pejabat tu." Tindakanku yang acuh tak acuh melayannya mengundang rasa kurang senang. Bahuku ditariknya. Aku meronta minta dilepaskan.
"Kenapa Sha buat Ash macam ni? Kenapa Sha asyik nak elak daripada Ash..? soalnya kasar.
" Eh, kenapa Ash ni? tak bolehlah. Siapa Ash nak paksa-paksa Sha?!" bentakku.
"Kenap Sha benci sangat kat Ash? Sha tak sayang Ash lagi?"
"Sha tak sukalah Ash buat Sha macam ni. Kan ke Sha dah kata dari dulu lagi. Kita hanya boleh berkawan sahaja. Tak lebih daripada itu," balasku.
Aku bosan degan sikap Rashdan yang tidak mahu menerima kenyataan. Bukan sekali dua aku telah terangkan antara kami tak mungkin akan ada apa-apa hubunga serius melainkan persahabata. Susah sangat ke nak memahami apa yang aku katakan? Aku bercakap dengan bahasa Melayu. Lainlah kalau aku guna bahasa Jerman ke, bahasa Itali ke , bolehlah kata tak faham. Rashdan masih berdegil, cuba menarik tanganku. Aku mengundur kebelakang dan langkahku terhenti apabila terasa ada tangan sasa memaut kedua-dua belah lenganku. Tubuhku ditarik lembut ke belakang dan tersandar di tubuhnya. Aku terpaku.
"Ada masalah apa ya?" soal empunya tangan itu.
Aku kenal benar degan suara itu. Haruman wangian Encik Emeer menusuk deria bauku. Aku amat bersykur En Emeer berada disitu ketika itu.
Wajah Rashdan bertukar menjadi kelat. Dia merenungku dengan tajam. Ada rasa tak puas hati dalam renungan matanya itu. Kemudian, dia merengus dan terus berlalu pergi. Aku tahu, dia tentu tidak akan berhenti disitu sahaja. Pasti, dia akan mencuba lagi membuatkan aku menjadi amat takut. Namun, hangat tubuh sasa yang berada dibelakangku seakan menenangkan. 

Bila rindu menguasai diri dan nafsu menguasai akal 
"Sayang, saya boleh gila begini. Jangan tinggalkan saya.. awak," bisiknya.
Suara garaunya terdengar merdu ditelingaku. Degup kencang jantungnya seakan berlagu. Terasa ubun-ubunku dikucup tertalu-talu. Air mataku laju tumpah membasahi kemeja En. Emeer. Akal warasku hilang entah kemana. Aku ingin menangis sepuas-puasnya. Aku merenggangkan pelukan Encik Emeer. Namun tangan jejaka tu lebih tangkas menangkap tanganku. Wajahku didongakkan. Air mata diseka. Rambutku yang bertebangan dimuka selak lembut. Tangan itu mengelus-elus pipiku.Terasa hembusan hangat nafasnya diwajahku. Bibir Encik Emeer mula mendekati wajahku. Aku terpempan. Perasaanku bercampur baur. Bibir kami bertaut, lama. Hangat terasa ke seluruh tubuhku. Perasaan hati mula bergelora. Saat ini, akal dan minda sudah tidak berfungsi. Hanya rasa hati yang mengepalai bahtera.
"I want you Aysha. I want you."
""Encik Emeer, Please don't do this."
"No, Don't push me away again, Ayesha. I want you, no one else. Only you."
"Salah ni awak." Aku cuba menolaknya namun lebih kuat pegangannya. Bibirku ditaut lagi. Lebih dalam dan lama. Aku hanyut dan hanya merelakan perbuatannya.
Kami tengelam dalam dunia kami. Tenggelam dalam rasa rindu yang mengunung. Tenggelam dalam godaan makhluk Tuhan yang telah berjanji akan menyesatkan anak Adam. Tewas pada perasaan cinta kami. Hilang pertimbangan dosa dan pahala. Dihadapan kami cuma ada cinta yang mengunung. Cuma ada rasa ingin memiliki dan dimiliki.

Kerana kesilapan semalam Ayesha akur menerima dan teman menjadi penguat diri.
"Habis tu, ko tak nak beritahu Encik Emeer pasal baby ni, Pina?"
"Entahlah, mulanya aku ingat aku nak bagitahu dia. Tapi bila aku lihat depan mataku tadi betapa mesranya mereka, aku hilang harapan. Aku rasalah aku tanggung semua ni seorang.""
Tapi Pina, dia ada hak untuk tahu. Ini baby dia juga. Ko fikir baik-baik Pina. banyak masalahnya nanti."
"Aku akan fikirkan jalan terbaik Pipah. Aku yakin aku boleh jaga baby i sendiri. Mungkin aku boleh contact Sarah , minta tolong dia carikan aku kerja d UK."
"Ko nak tinggalkan aku pina? sampai hati ko, ko tak fikir mak dan abah, mak su ... semua dikampungm.Pina?"
Kata-kata Hafifah itu enusuk tngkai hatiku. 
"Itulah yang buat aku lebih tertekan,Pipah. Aku berdosa pada mak dan abah. Aku tahu mereka mesti kecewa dengan aku." Esak tangisan ku semakin menjadi-jadi. Tak dapat membayangkan wajah kecewa abah dan mak.
"Apa ko nak cakap kat mak dan abah? Ko kan tau mak dan abah ko tak akan lepaskan ko pergi jauh daripada dia orang? Apa alasan ko, pina?"
Aku diasak persoalan demi persoalan. "Entahlah Pipah, aku akan fikirkan apa yang patut buat nani. Tapi yang nyata, aku tak boleh beritahu Emeer tetang baby ni." Hafifah memelukku erat. pelukan seorang sahabat yang sentiasa menenangkan sahabatnya. Persahabatan kami adalah suatu ikatan yang akan menjadi kukuhdunia akhirat.
"Apa pun mom to be, aku akan sentiasa sokong ko. ko akan ada aku sampai bila-bila." ujarnya sambil menarik hidungku. Hafifah meletakkan tangannya ke perut ku.
"Baby, ni Mak Pipah tau, Mak Pipah pun akan sayang kat baby macam mummy baby. Apa pun yang akan jadi, baby , mummy dan Mak pipah akan sentiasa hidup bersama-sama ya."


 Kerana dendam Rashdan hilang pedoman
Melihatkan kehadiran Emeer, Rashdan yang duduk terus bangun dan menuju ke arahku. Terasa bahuku dipaut dari belakang. Leherku terasa perit seperti dicucuk dengan benda tajam. Emeer berhenti disitu. Hafifah sudah mula menjerit. Abang Nordin dan kak Kamariah segera menghampiri lama rumahku. Masing-masing kelihatan kaget.
Terasa seperti ada cecair meleleh dileherku. Sakit.
"Rashdan.. jangan apa-apakan Ayesha. Kalau kau nak, Kau boleh bunuh aku. Tapi jangan cederakan dia." pujuk Emeer. Air mataku mengalir deras. Menahan sakit.
"Ini semua kau punya pasal. Kerana kau rampas Ayesha daripada aku, hah?" laungannya.
"Ash... sakit," rengekku agar dia sedar yang dia sedang menyakitiku. Ketika itu aku hanya berdoa kepada Allah agar aku tidak diapa-apakan.
"Rashdan, kau lepaskan Ayesha.Kalau kau lepaskan Ayesha, aku janji aku akan tolong kau."
Terdengar suara Emeer memujuk lagi. Emeer semakin mendekat. Aku tahu , emeer dan abang Nrdin sedang mencari peluang untuk melepaskanku. Jiran-jiran semakin ramai mengurumuni rumahku. Keliharan dua tiga orang jiran lelaki juga merapati pagar.
"Jangan harap kau akan dapat dia. Kalau aku tak dapat dia, kau pun tak dapat!" laungannya lalu ketawa mengilai. Rashdan sudah hilang kewarasanya.
Badanku mula menggigil
Keadaan yang tegang menjadi semakin tegang. Rashdan mgetatkan pautan tangannya dibahuku. Pisau yang diacukan dileher dihalakan pula kehadapan. Mangacu ke arah Emeer yang semakin mara ke arahnya. Melihatkan perlakuan Rashdan itu, Emeer pantas menerpa ke arah kami. Aku ditolaknya ke tepi lalu jatuh di atas rumput. Emeer dan Rashdan salaing bergelut, Hafifah berlari meluru k arahku lalu memelukku erat. DDarah dileher mengalir pertahan. 
AKu menjerit meminta tolong melihatkan pergelutan kedua-dua lelaki yang aku sayangi. Abang Nordin dan dua tiga orang yang lain maju ingin membantu. Seketika, pandanganku terpanar apabila melihat pisau ditangan Rashdan tersusuk di perut Emeer.
Sekali. Dua kali. Emeer jatuh terjelepok diatas simen. Rashdan sudah menggila namun sempat ditangkap oleh kumpulan lelaki yang menerpa tadi.
Aku meluru ke arah Emeer yang mengerang ksakitan. Darah membuak-buak keluar daripada perut Emeer. Kesakitan dan darah yang mengalir dileherku sudah tidak kupedulikan.

4 comments:

  1. Citer ni sgt la boring... Maaf la penulis.... Tak cukup nak bangkitkan rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini novel pertama kak yus.... mungkin novel akan datang akan lebih bangkit......

      Delete
  2. Yes memang best. Izzati pun setuju dengan akak especially penulis novel - kak yus. Jalan critanya mudah, kebiasaanyg berlaku dalam kehidpan manusia. Semuanya logik. At first izzati memang rasa seperti boring tapi the real novel lover akan teruskn pembacaan dan terus ikuti perkembangan crita ni. Honestly izzati cakap novel ni sangat sangat best. Tahniah sangat sangat. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzati setiap orang ada pendapatnya tersendiri... kita tak boleh nak paksa orang tak suka nak jadi suka.... apa pun akak akan tetap sokong menulis novel dimalaysia ...

      Delete