Wednesday, 3 October 2012

NOVEL SAYA RINDU AWAK

Rahsia Rindu Kita , Hanya Kita Yang Tahu.

saya memilih novel Saya Rindu Awak Novel yang sangat santai dan enjoy bila membacanya. Novel yang agak nipis memudahkan saya menghabiskan hingga kehelaian terakhir dengan cepat. Percubaan pertama penulis muda ini dipertengah oleh penulisan2u bagi membolehkan beliau terus berkarya. Novel setebal 403 muka surat cukup menghiburkan. Novel ini mengisahkan Adibah Anis Sofea gadis lepasan kolej yang masih mencari kerja yang sesuai tinggal bersama orang tuanya. Gadis manja yang hanya tahu makan tidur dirumah mendapat tugasan menjaga nenek saudaranya yang tinggal keseorangan selama dua bulan.Oleh kerana tahu kekurangan diri Adibah cuma mengelak dari tugasan tersebut. Keadaan berubah sebaik sahaja sampai dirumah Hajah Bie nenek saudaranya. Tugas Adibah hanya menemani sahaja. Hari demi hari Adibah seronok menemani nenek saudaranya Hajah Bie. Dirumah itu juga Adibah telah berjumpa Syed Khairil Imran cucu sulung Hajah Bie. Hubungan mereka pada awalnya dirahsiakan tapi dapat dihidu oleh Hajjah Bie. Keadaan menjadi huru-hara bila Adibah mendapat kerja di Pulau Langkawi.Perasaan rindu mula membara hinggakan Khairil sanggup berulang alik ke Langkawi berjumpa kekasih hati. Hajah mona nenek kepada Adibah dan juga kakak pada Hajah Bie ingin menjodohkan Adibah dengan Zackwan sepupunya tetapi dibantah keras oleh Adibah sendiri. Zackwan telah mempunyai pilihan hatinya sendiri bertunang tanpa restu. Jodoh Zackwan tak panjang bila tunangnya meninggal dalam satu kemalangan. Hajah Mona yang tidak pernah berputus asa untuk menjodohkan Adibah dan Zackwan. Dalam kekalutan itu Adibah terpaksa memdedahkan siapa pilihan hatinya dengan bantuan Zackwan. 


Sinipsis dari kulit Novel

ADIBAH ANIS SOFEA, orangnya memang cantik, sopan dan manja. Sayangnya dia tidak tahu apa-apa. Serbuk kunyit dan serbuk kari pun dia tidak dapat bezakan apatah lagi kalau mahu suruh dia memasak. Tetapi yang kurang itulah telah membuka pintu hati Syed Kharil Imran. Yang tidak tahu apa-apa itulah yang membuatkan Syed Khairil Imran rindu selalu.
            “Abang rindukan Dib.”
            “Yek?”
            “Serius, rindu gila.”

 Bukan sekali dua Syed Khairil Imran memberi pembayang, tetapi si Adibah Anis Sofea tak mahu faham-faham. Sudahnya masing-masing menanggung seksa. Masing-masing menanggung rasa.
Namun yang manis-manis itu tak selamanya manis. ADIBAH ANIS SOFEA bukan mudah dilepaskan untuk orang sembarangan. Hajah Mona selaku nenek, hanya mahukan Adibah bersama ZACKWAN, cucu sulung Hajah Mona yang berkelulusan luar negara.
            “Nenek nak kita nikah bulan depan.” 
            “No way!”
            “Yes, weh. Abang serius ni. Bukan main-main. Jadi nak tak nak, boleh tak boleh, Dib kena balik dan buat serang balas. Kalau tidak, Dib jawab sendiri dengan Khairil.”
            “Khairil tahu tentang benda ni?”
            “Ya, Khairil pun tahu benda ni.”
            “Habis apa kita nak buat?”
ZACKWAN juga tidak mahu dijodohkan dengan Adibah ketika hatinya masih ada Syazira. Namun siapa yang berani membantah keputusan Hajah Mona? Apakah yang manis-manis itu akan menjadi sejarah buat insan yang baru mengenali erti rindu itu? Akurkah Adibah dengan arahan Hajah Mona dan melupakan seluruh  rasa cintanya buat Khairil? Saya Rindu Awak, akan menjawab semua persoalan.

Petikan-petikan yang menarik dalam Novel 

"Lecehlah mak nak jaga orang tua ni. Baik jaga baby terus." Adibah sambung membaca novel sambil berbaring di sofa. Sudah dua jam emak mengasutnya agar menerima tawaran tersebut. Setakat ini dia berjaya menepisnya. Memang tak suka pun nak jadi babysitter atau granmother sitter. Mengarut betul! Jaga duit ke, jaga emas ke , boleh tahan juga. Ini, jaga orang tua. Apa kelas!
"Bukan orang lain pun. Tok ngah Dib juga."
" Malaslah mak. Leceh!". Alasan masih sama. Bukan sekali dua dia memilih perkataan leceh tu, dah dekat sepuluh kali. tapi mak tak faham - faham juga.
"Susahnya nak minta tolong dengan Dib. Banyak betul alasannya. Kalau mak boleh jaga, memang dah lama mak jaga. Tapi kalau mak yang pegi jaga, siapa nak uruskan rumah ni? Nak harapkan Dib?Tak berasaplah dapur tu." Marah sudah. Dipujuk - pujuk tak jalan, akhirnya diherdik juga. Puan Kathy menayang muka merajuk. Adibah menayang muka blur. 
"Tak nak tolong, sudahlah!" ugut Puan Kathy kemudianya. Nak tak nak Adibah terpaksa akur juga. Takut emaknya merajuk lebih - lebih. Memnag tak berasaplah dapur jawabnya. Lagipun nanti - nanti, pandailah dia buat perangai. Mesti kena tendang punya.

Giant Kinrara. Khairil menolak troli ke kawasan barangan basah. Senarai semua barang yang barus dibeli berada di tangan Adibah. Baru pergi ke Giant, tapi kenapa perasaan seperti berada di taman bunga. Pelik gila ni. Belum pernah rasa macam ni. Masa lulus final exam pun tak rasa macam ni. Kali ni serius, memang pelik.
"Abang.."
"Yup!" Matanya mencari anak mata Adibah dan bertemu disitu tetapi debarannya sampai ke jantung. Tak sihat ke aku ni? Selalu sangat jantung berdebar.
"Terus terang, Dib memang tak kenal banyak barang dapur. Yng Dib kenal, beras, gul, tepung, minyak. yang lain-lain Dib memang tak berapa kenal. Dib nak cakap kat nenak tadi, Dib segan." Pandangannya jatuh pada wajah tenang Khairil. Sumpah, rasanya wajah itulah yang terkacak selepas Van Diesel. Tak tahu kenapa, tiba-tiba saja rasa begitu.
"Tak apa, nanti abang tolong mana yang abang tahu." Hmmmm, budak manja memang macam tu. Mana kenal apa. Makan tidur aje kerjanya. Tapi tak kisah. Khairil sanggup menjadikannya sebagai isteri walaupun apapun kekurangan dia. Isteri? Weh Khairil, agak-agaklah. Senyuman serta-merta sampai ke telinga.
"Abang gelakkan DIb?" Adibah bercekak pinggang. Rasa senyuman Khairil itu berbunga sindiran. Tiba-tiba saja rasa sakit hati.
"Hesy, tak ada sindir - sindirnya."
"Habis tu senyum aje tu, kenapa?" Abidah membuat muka pula.
"Salah ke abang nak senyum? Bukan senang abang nak pergi beli barang dapur dengan Dib. Selalu pergi dengan nenek saja."
"Abang kutuk Dib, siap abang!" Amrn tegas, tapi Khairil nampak Adibah bertambah comel dalam keadaan begitu. Nampak sangat manja. Ah perasan, kenapa jadi lagu ni. Tenteramlah sikit. Karang dia syak, lagi haru.
"Tak ada kerja nak kutuk orang." Khairil bercakap sendiri. Nada manja juga.
Adibah sambung menari barang, Rasa serabut kepala Adibah melihat barang - barang dapur yang tersusun kemas. Serabur sebab banyak tak kenal. Apalah budak perempuan seorang ini. Barang dapur pun tak kenal . Memalukan betul.


Kediaman Hajah Mona agak riuh rendah. Tiba-tiba saja mereka diminta berkumpul. Katanya ada perkara penting yang mahu dibincangkan bersama.
 "Kita tak boleh tangguhkan lagi. Perkahwinan Zack kita kena langsungkan juga seperti yang kita rancangkan." Hajjah Mona kelihatan bersungguh.
"Betul mak. Saya setuju saja apa yang baik." Puan Milah seperti selalu sentiasa menyokong apa saja kata Hajjah Mona.
"Mak , kak long, bukan k tunang Zack baru saja meninggal dunia. Mak nak kahwinkan Zack dengan siapa pula ni." Puan Kathy mencelah di antara Puan Milah dan Hajjah Mona. Mereka berdua nampak besungguh untuk meneruskan rancangan walaupun semua sedia maklum dengan keadaan sebenar.
"Siapa lagi kalau bukan Adibah. Mak nak Adibah kahwin dengan Zack seperti yang mak rancangkan." Puan Kathy benar-benar terperanjat. Tidak sangka emak dan kakak benar-benar berhajatkan Adibah. 
"Saya tak setuju!" bantah Puan Kathy.
"Kenapa pula tak setuju. Bukan ke elok kalau kita satukan mereka berdua. Senang. duit Zackwan tak jatuh ke tangan orang lain." Hajah Mona menepis. Wajah sudah berubah. Tiada siapa yang boleh menggagalkan rancangan yang siap diatur.
"Budak-budak tu mesti tak setuju. Zackwan mesti menolak. Adibah pula dari awal memang sudah cakap , dia tidak akan berkahwin dengan Zackwan. Sya tak mahu berlaku perkara yang tidak diingini nanti."
"Kamu ni lembut sangat, Kathy. Apa kata anak kamu, semua ikutkan. Entah siapa-siapa nanti yang kahwin dengan Adibah."
"Saya tak kisah, mak. Janji anak-anak hidup bahagia. Kebahagiaan mereka lebih penting dari semuanya.."
"Mak tak kira. Keputusan mak muktamad. Mak nak Zackwan nikah juga dengan Adibah."
"Kita kena tanya dulu pendapat mereka. Mana boleh main rancang saja. Buatnya mereka tak setuju macma mana?" Encik Sufian yang dari tadi hanya menjadi pendengar turut masuk campur. Ini melibatkan masa depan Adibah. Jadi Encik Sufian kira, dia perlu bersuara sama.
"Pendapat mereka tak penting. Mereka tu anak. Anak kena patuh arahan ibu bapa. Perkara ni mesti dilangsungkan juga tak kiralah mereka setuju atau tidak. Muktamad." Hajah Mona bertegas dengan keputusannya.

No comments:

Post a Comment