Sehari di Cameron Highland ini satu percutian ditaja dan jemputan dari Butik Dlia Jane sempena pencarian Model Dlia Jane sesi 2011/2012 musim pertama. Ribuan terima kasih kepada kak nor sekeluarga ( pemilik Butik Dlia Jane ) memberi peluang pada kami menyertai percutian sehari bersama Model Dlia Jane sesi 2011/2012.
Model Dlia jane sesi 2011/2012
Seronok dan bergembira dapat bersama di keluarga besar Dlia Jane walaupun sehari. Disana kami ditempatkan dan menginap di Parkland Apartment Brinchang. Apartment diatas bukit membolehkan kita melihat pemandangan yang indah disekitar pekan Brinchang.
Cameron Highland terkenal dengan ladang Tea yang terbentang luas , tanaman bunga pelbagai warna dan sayur-sayuran yang menghijau. membuatkan kami teruja keadaan disana. Kami tidak melepaskan peluang berbelanja untuk dijadikan buah tangan untuk teman-teman. Sedikit detik - detik keseronokan sebagai kenangan .
Pernahkah anda tahu???
Pokok tea akan dicantas hingga ke pangkal dahan setiap 3 tahun untuk mendapatkan tunas-tunas baru. dan pokok tea di Cameron Highland telah berusia lebih 50 tahun.
Ladang tea yang menghijau luas. Sungguh mempersonakan keindahan yang tercipta.
Keadaan ladang tea yang telah dicantas untuk mendapatkan tunas - tunas baru.
Kak ziela juru mekap model dan kak nor pemilik Butik Dlia jane
masa untuk makan
Hari terakhir sebelum pulang
Kami mendoakan semoga Butik Dlia Jane lebih berjaya untuk masa-masa akan datang. Sekali lagi saya berterima kasih atas tajaan percutian tersebut dan jumpa lagi tahun depan. Insyaallah.......
No comments:
Post a Comment