Menjauh bukan keputusan terbaik untuk hubungan kita. api apabila kau merinduku dalam sepi, Kau akan megerti peraaanku terhadapmu selama ini
Rindu Dalam Sepi satu suntikan penulis muda Siti Khadijah dilahirkan pada 25 Jun 1991. Novel yang baru dimiliki ini sudah dalam cetakan kedua walaupun baru diterbitkan pada bulan September 2012. Komen saya tentang novel ini memang best. Ada keunitkan tersendiri pada ceritanya. Itu pendapat saya , mungkin juga pada pencinta novel ada pendapat yang lain . Novel yang setebal 553 muka surat memang terhibur. Menggunakan ayat-ayat mudah cerita lebih menarik dan mudah difahami.
cerita mengisahkan Ainur Mardiyah bertugas sebagai setiausaha kepada Datuk Zainal. kerana kecekapannya berkerja dia ditukar menjadi setiausaha anaknya Ammar Mukhriz. Ammar seorang lelaki yang mempunyai segala kemewahan kecuali cinta. Walau pun menjalinkan hubungan bersama Lydia tetapi Ammar sukar untuk melafazkan kata cinta pada pasangannya. Diya yang dianggap perempuan kampung menjadi isteri pada Ammar dalam satu kejadian yang tidak disangka. Ammar menjadi lebih benci pada Diya. Dan Ammar mengganggap Diya juga puncanya dia terpaksa menikahi Diya. Kerana selalu disakiti Diya nekad memberi satu tempuh untuk bersama Ammar dan selepas tu mereka akan bercerai dan membuat haluan masing-masing. Ammar mensyaratkan pernikahan mereka juga di sembunyikan dari pengetahuan umum. Tanpa diduga kesuciannya hampir diragut oleh lelaki yang bernafsukan binatang seperti Datuk Hisyam rakan kongsi Datuk Zainal. Ini kerana Diya tidak melayan kerenah Datuk Hisyam. Dalam keegoan Ammar membenci Diya, terdetik satu perasaan yang sukar difahami. Kehadiran Raqeem seperti satu saingan pada Ammar. Perasaan cemburu meluap - luap membuatkan Ammar menyakiti perasaan Diya tanpa sedar. Perasan cinta mula bersemai antara Ammar dan Diya , Lydia menagih kasih pada Ammar. Kerana terlalu kecewa Diya menghilangkan diri dan membuatkan Ammar sakit kerinduan. Kerinduan memakan diri membuatkan Ammar tidak putus asa mencari dan mengesan dimana isterinya bersembunyi.

Sinopsis Dari Kulit Novel
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”
Petikan - petikan menarik dalam Novel
Diawal pertemuan
"Saya nk tahu apa keisimewaan awak sampai Datuk Zainal memilih awak untuk menjadi setiausaha saya," Soal Ammar, sengaja menguji. Mata hazlnya difokuskan pada laman wajah Marduyah."Bagi pihak Datuk Zainal saya tidak tahu apa keistimewaan saya. CCuma yang saya rasa, saya seorang yang komited degan kerja saya. IInsya-allah saya akan setia bila berkerja," ujar Mardiyah sambiltersenyum menampakkan lesung pipit disebalah kanan pipinya. Ammar hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar daripada bibir mungil itu. Ternyata gadis yang tampak lembut itu rupa-rupanya pintar juga dalam berkata-kata.
"Okey, saya harap awak akan kotakan apa yang awak cakap. Jangan setakat cakap kosong. Saya nak awak tahu yang saya tak suka pekerja yang malas, lambat dan saya paling tak suka perkerja yang datang lewat ke pejabat. Menadangkan awak dah ada pengalaman, saya tak nak awak cuai bila jadi setiausaha saya kerana saya bukan seperti bos awak yang dulu. Saya hrap awak faham." ujar Ammar panjang lebar.
kehadirannya tidak disenangi
"Sayang, you tengoklah apa yang perempuan ini dah buat kat I. Dia dah tumpahkan aiskrim pada baju I," rengek Lydia pada Ammar yang turut memandang pada kotoran yang melekat pada baju Lydia.
"Miss, I think you should..." Ayat Ammar tidak bersambung apabila dia terpandangkan wajah gadis yang dikatakan oleh Lydia sebentar tadi dan ternyata gadis itu juga terkejut memandang kearahnya.
"Diya, what are you doing here ?" tanya Ammar separuh terkejut.
"Honey, you kenal perempuan ni?" pintas Lydia sebelum sempat Mardiah menjawab.
"Yes, She's my secertary."
"Encik Ammar, saya minta maaf, Saya betul-betul tak sengaja tertumpahkan aiskrim atas baju cik ni. Tadi saya nak elakkakn dari terlanggar budak tu, jadi secara tak sengaja aiskri itu tumpah," Jelas Mardiayah dengan riak muka yang serba salah. Dia meman tidak sengaja, tetapi perempuan dikena sebagai Lydia itu sengaja ingin memperbesarkan masalah.
"Awak tak buat salah pada saya tapi pada girlfriend saya.And I think you should apologize on her not me," jawab Ammar sedikit angkuh. Kalau diikutkn hati dia memang tidak mahu masuk campurdalam urusan remeh - temeh seperti itu. Tetapi memandangkan perkkara itu telah mengundang kemarahan kekasih hatinya. Maka dia secara tidak langsung terpaksa masuk campur.
"Tapi encik, saya dah..."
"Diya , I'm your boss and I said now!" Ammar menekankan perkataan now itu agar Mardiyah faham akan maksudnya. Mardiyah memandang ke kiri dan kanan. Ramai mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Hati Mardiyah mendongkol marah pada dua makhluk yang mahu memalukannya. Tak guan punya boss, ikut sangat cakap girlfriend dia yang demand lebih ni. Aku dah minta maaf tadi tak cukup lagi ke? rungut Mardiyah dalam hati.
Tetapi sesuatu tak diduga berlaku
"Assalamualaikum.." kedengaran suara lelaki memberi salam diluar bilik Ammar. Dengan jantung yang berdegup kencang. Ammar lantas membuka pintu dan saat pintu itu terkuak, kelihatan lima orang lelaki berkopiah putih berdiri dihadapan Ammar yang sedang berdiri kaku. Mindanya tidak dapat mentafsir apa yang sedang berlaku.
"Walaikumussalam. Ada apa encik?" tanya Ammar gugup. Berpeluh dahinya menahan rasa gementar. Sedangkan Mardiyah hanya diam kaku dibelakang Ammar.
"Walaikumussalam. Ada apa encik?" tanya Ammar gugup. Berpeluh dahinya menahan rasa gementar. Sedangkan Mardiyah hanya diam kaku dibelakang Ammar.
"Maaf encik karana mengganggu. Kami dari JAIP ingn membuat pemeriksaan dalam bilik ini. Boleh kami masuk?" tanya pengawai agama yang bernama Ustaz khairi itu selepas menunjukan kad kuasa yang berada ditangannya. Ammar raa serba salah. Didalam biliknya sekarnag memang ada seorang gadis yang bukan muhrimnya. itu boleh menimbulkan syak kepada pegawai agama itu. Ammar buntu.
"Saya raa encik tak perlulah buat pemeriksaan sebab tiada apa yang mencurigakan pu disini." jelas Ammar, cuba membuat alasan. Sebenarnya dia risau jika tertangkap. Habslah, hancur hidupnya. Ustaz Jhairi tersenyum. Dia mula mengesyaki sesuatu kerana daripada butir bicara anak muda ini jelas sangat dia cuba melindungi sesuatu.
"Dah nama pun pemeriksaan dah jadi tugas kami untuk membuat pemeriksaan . Smua bilik kami dah check dan sekarang giliran bilk encik pula. Sila beri kerjasama dengan kami atau encik ada sembunyikan sesuatu?" Ustaz Khairi menduga. Ammar tetap berkeras dengan tidak membenarkan mereka masuk ke dalam biliknya. Tidak dapat tidak, Ustaz Khairi terpaksa merempuh Ammar yang menghalang di muka pintul Dia terpaksa melakukan semua itu bagi menyelamatkan keadaan, tapi ternyata keaddan menjadi lebih buruk bila Ustaz Khairi melihat Mardiyah sedang berdiri dibelakan Ammar.
"Siapa perempuan ini? Isteri kamukah?" tanya ustaz Khairi sinis.
Ammar terperangkap . Dia menjatuhkan muka akibat malu.
"Saya tanya, perempuan ini isteri kamu atau bukan?" Ustaz Khairi mengulangi pertanyaan buat kali kedua, tapi kali ini kedengaran lebih serius.
Lambat - lambat Ammar mengelengkan kepalanya. Dia tidak tahu dimana lagi hendak diletakkan mukanya. Malu hanya Allah yang tahu.
"Bukan encik. Dia setiausaha saya." jawab Ammar lemah.
Selepas kejadian itu hidupnya selalu disakiti
"Tak , saya takkan paksa untuk encik terima saya. Sebab saya bukannya pengemis cinta orang. Saya pernah rasa sakit disebabkan cinta, jadi saya takkan paksa encik untuk terima pernikahan ini. Sya reda dengan apa yang terjadi dan saya dah tahu apa penghujung pernikahan kita ini. Cuma saya nak tahu, kenapa encik begitu membenci saya?"
Ammar tersenyum sinis. Dia berpaling pad Mardiyah yang hanya berdiri ditepinya. Gadis itu kelihatan ayu degan baju kurung berwarna coklat tersarung ditubuh genitnya.
"Aku rasa kau ada jawapan untuk itu. Tak payah tanya aku, kau tany diri kau," jawab Ammar cukup sinis.
"Tapi saya betul - betul tak tahu, encik. Kalau saya salah , saya minta maaf. Tak boleh ke encik terima saya sebagai seorang kawan?"
"Kawan? Kau layak ke nak kawan dengan aku ? Apa taraf kau , perempuan kampung!" tengking Ammar.Terkedu Mardiyah dibuatnya. Lelaki itu tidak berubah malah tidak akan pernah berubah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kali ini, dia sudah nekad. Kalau Ammar tidak mahu berbaik dengannya. dia takkan memaksa, malah dia tidak akan merayu. Dia datang dekat degan Ammar ini pun semata - mata ingin memenuhi permintaan Datin Zarina. supaya memujuk Ammar. Tetapi jika itu keputusan Ammar dia tidak akan merayu lagi.
" Baikla. Saya dah dapat jawapan daripada encik. So , lega hati saya . Sekurang-kurangnya saya tak terkilan bila kita berpisah nanti. Sya cuba nak buat baik tapi encik menolak , apa daya saya untuk memujuk," ucap Mardiyah tanpa rasa bersalah.
Ammar tercengang. Dia fikir Mardiyah akan merayu kepadanya, tetpi ternyata tersilap. Gadis itu nampaknya gembira. Ammar jadi bengang.
Jauh disudut Hatinya mula terusik bila hubungan mereka diduga
"Semuanya akan pulih, Diya . Aku akan jaga kau , tak perlu kau takut lagi. Aku ada untuk kau," bisik Ammar ditelinga Mardiyah yng ditutupi dengan kain tudung.
"Takkan selamanya awak mahu menjaga saya. Saya bukan perempaun yang baik untuk awak. Apa yang sering awak cakap pada saya sudah pun terjadi. Saya perempuan kotor, tak ada siapa yang mahukan saya lagi. Lebih baik saya mati saja," ucap Mardiyah bersama tangisan yang panjang.
"Astaghfirullah-al-azim, Istighfar, Diya, kau masih suci. Tak ada apa - apa yang berlaku pada kau. Kau selamat," tutur Ammar lagi. Dia mengeratkan lagi pelikan terhadap isterinya.
Mardiyah menggeleng.
"Awak tipu. Awak cuma nak mbil hati saya ,kan? saya tahu awak jijik tengok saya, kan?" ujar Mardiyah sambil menolak tubuh Ammar. Ammar mengeleng laju. dia tidak pernah merasa begitu terhadap Mardiyah sebaliknya dia berasa kesal kerana pernah menghina maruah gadis itu. Ammar kembali meraih Mardiyah dalam pelukan. Dia mahu gadis itu berasa selamat dan ternyata Mardiyah tidak menolak bila Ammar kembali memeluknya. Mardiyah dapat merasakan ketenangan menyapa hatinya.
Saat mereka ingin melakarkan cinta, tempoh perjanjian mereka tamat dan kekasih Ammar managih janji
"Look Lydia. Memang dulu I nak sangat kahwin dengan you tapi you bagi beribu alasan. Kanapa sekarang you oulak excited nak kahwin degan I ni? I tak faham dengan you. You tahu tak kesan atas semua benda yang you buat ni? Orang akan ingat yang I betul-betul nak kahwin degan you. Semalam repoter tak habis-habis kacau I kat pejabat. Kejar I sampai ke apartmen. You ingat I suka ke semua itu? I rimas you tahu tak. Rimas! " marah Ammar lagi.
Dia mengdegus marah lantas Ammar munuju ke balkoni untuk mengambil angin. Mudah-mudahan dengan cara itu api kemarahannya akan reda sedikit.
"Baguslah kalau orang ramai tahu yang kita nak bertunang. Sekurang-kurangnya tak ada perempuan yang boleh rampas you daripada I termasuk secretary kampung you tu," jawab Lydia.
"Lydia! Perkara ini tak ada kena-mengena dengan Diya. You jangan nak masukkan nama dia dalam hal ini," marah Ammar lagi. Dia tidak suka Lydia mengata Mardiyah. Walaupun hatinya masih sakit dengan Mardiyah, namun itu tidak bermakna dia suka apabila ada orang mengutuk isterinya itu.
"Okey, okey. I minta maaf. I tahu you benci dia. Tapi percayalah, I buat semua ini hanya untuk selamatkan hubungan kita. I love you so much honey. I hanya mahukan you dalam hidup I," ucap Lydia memujuk. Dia memeluk pinggang Ammar daripada belakang. Ammar lantas berpaling untuk menolak tangan wanita itu tapi pada masa yang sama dia terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri tegak dihadapannya. Ammar terkesima.
"Diya!" Bibirnya menyebut nama itu.
Lydia berpaling dan tersenyum sinis.
Mardiyah terunduk. Dia cuba mengawal rasa sakit hatinya yang menyerang secara tiba-tiba. Sudah puas dia memujuk hatinya supaya melupakan lelaki itu, tetapi hati kecilnya enggan untuk berbuat demikian. Akhirnya dengan langkah yang berat, dia datang ke apartmen Ammar semata - mata untuk menyerahkan surat perletakan jawatannya selepas berfikir semasak-masaknya. Tempoh tiga bulan akan tamat tepat pukul 12 malam ini dan dia akan pergi meninggalkan Ammar buat selama - lamanya.

Perfecttttt.... :)
ReplyDeleteterima kasih Eppy sudi singgah dan kini dah jadi admin Rindu dalam sepi ... akak pun suka novel ni ......
Deletewah!!!memang seronok cerita ni
ReplyDeleteterima kasih erina sudi jengah blog review akak. memang best cerita ni ....
DeleteSaya terpanggil utk membeli novel ni lepas baca blog ini.... Best cite dia.... ;)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah ..... ia sekadar berkongsi ...
Deletethe best novel that i ever read....... <3
ReplyDeleteNor ... akak pu suka
ReplyDelete