Monday 29 April 2013

SEPETANG DI PBAKL DAN BERSAMA ADI PUTRA




Setiap tahun memang akan pergi pesta buku bersama anak-anak . Tapi kali ni pergi dengan seorang anak je sebab yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing.  

Sempat bergambar di bas stop sementara menunggu bas. Mak tolonggggg.... lemak perut dah nampak ... hidung pun dah kembang hhahahaha ( sila abaikan kain rentang dibelakang ... hehehhe )


Ditemani anak dara ni yang memang susah nak duduk diam . 

Beginilah setiap tahun,  inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk memborong novel bagi pencinta novel tegar. Kaki melangkah ke booth karyaseni . Terkejut orang terlalu padat di Bilik Melaka. 

Pengunjung terus berasak-asak untuk mendapatkan novel kegemaran mereka 

Kesiannya budak tu tersepet 

Inilah yang berlaku Di bilik Melaka. Orang berpusu - pusu untuk mendapatkan novel dan berjumpa penulis kegemaran mereka . Walaupun begitu saya dapat beli 3 buah novel . 


1. Calon isteri Jutawan
 


2. Yang Manis 



3. Rindu kamu Mr. Darcy
                                               

Novel yang saya beli memang novel pilihan. 


Selesai membeli novel pilihan terus berjumpa novelis kesayangan di booth kakinovel iaitu Acik lana . Minta bibir besar dari Acik lana . 
Comey kan Acik lana 



Buah tangan dari Acik Lana ( cokies bibir besar )

Novel telah dibeli lebih awal kerana tak sabar nak tahu kesudahan cerita. datang hanya untuk minta sign penulis sahaja.

Akhirnya dapat juga pas untuk berjumpa dengan Adi Putra sesi ke 3 ( petang ) setelah membeli novel terbitan karya seni dan penulisan2u . Terubat rindu tak terkata. Ada detik- detik indah yang sukar dilupakan . Adi putra sempat mempersembahkan 3 buah lagu diiringi petikan gitar dari ahli kumpulan Sixth sense.




Ini lah  orang yang dinanti 

Sempat bergambar dengan pelakon pujaan

  Bergambar dengan Ahli kumpulan Sixth sense

ensem tak ?? ( itu memang kenyataan kata Adi Putra )

Tak cukup berdiri nak gak duduk sebelah Adi putra.

antara peminat Adi Putra yg tak lekang dgn Hand phone

antara peminat dari singapore turut hadir .

Sebenarnya nak upload video yang dirakam semasa progaram Adi putra bersama peminat tapi tak pandai. 

2 comments:

  1. wah...saya ada kat situ. akak tak perasan. kalau tau. saya mintak auto akak hehe...
    ps: adi putra tak minat sangat. dia dah memang feymes. sy minat underground feymes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe... apa pun akak tak feymes .... saja suka2 nak jumpa artis ... hahahhaha

      Delete