Sunday, 21 April 2013

NOVEL LAFAZKAN KHALIMAH CINTAMU


Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu , berkali ku beri alasan berkali - kali kau menolaknya, 
kau inginkan menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu.....


Kita dah sedia maklum karya Siti Rosmizah penuh dengan air mata. Pada saya karya Siti Rosmizah banyak menyentuh tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Satu lagi sentuhannya yang mampu mengalirkan air mata pembacanya. Lafazkan Kalimah Cintamu novel setebal 810 muka surat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Perasaan marah , geram dan sedih turut bergabung dalam diri sesiapa yang membacanya . Jom kita review novel ini.

Mengisahkan Tengku Aqilah, Lahirnya didunia ini tidak diterima . Ini kerana papanya beranggapan kehadirannya punca penyakit isterinya tak dapat diselamatkan. Sejak itu hidupnya dibuang oleh papa dan kakaknya sendiri. Keperitan hidupnya bertambah bila mamanya disahkan meninggal dunia. Tengku Aqilah terus dibuang jauh dan papanya tidak pernah menganggap dia sebagai anak. 

13 tahun di tanah asing Tengku Aqilah pulang ke pangkuan keluarganya. Berkerja sebagai penyambut tetamu merangkap Tea lady di syarikat papanya adalah angkara kakaknya yang dengki dengan adiknya. Tengku Ryan Ameer kekasih hati Tengku Natasya selalu mencari punca pergaduhan dengan Tengku Aqilah. Tengku Hashim kesian akan nasib Tengku Aqilah dia telah mewasiatkan semua saham syarikat sebanyak 60% pada Tengku Aqilah . Jika Tengku Ryan  Ameer menginginkan 40% saham syarikat , Tengku Ryan Ameer perlu berkahwin dengan Tengku Aqilah. 

Hidup bersama hampir 6 bulan tidak mempunya apa- apa erti hingga Tengku Natasha menunjukkan belangnya. Tengku Natasha membiarkan papanya sakit demi bercuti keluar negara bersama kawan-kawannya. Tengku Ryan Ameer kian kusut melayan kerenah kekasih hatinya. Dalam masa yang sama Tengku Aqilah mengambil peluang untuk menjaga papanya yang sakit. Jauh disudut hati Tengku Ryan Ameer perasaan sayang hadir entah bila pada isterinya. Dengan rasa syukur Tengku aqilah telah diterima sebagai anak oleh papanya Tengku Hisyam. Cemburu dan irihati tengku Natasha pada adiknya tak pernah pudar malah bertambah. 

Setelah papanya mengiktiraf Tengku Aqilah sebagai anak dan Tengku Ryan Ameer mula jatuh cinta pada adiknya, Tengku Natasha semakin bengang. Menghancurkan rumah tangga adiknya adalah matlamatnya. Hubungan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer kian renggang angkara salah faham.  Nasibnya sama seperti arwah mamanya , Tengku Aqilah disahkan mengidap kanser payudara ketika mengandung.Ini semua selepas menjalani ujian darah kerana Tengku Aqilah selalu pening dan lemah sejak kebelakangan ini. Dia tak mahu suaminya tahu hai ini. Tengku Aqilah menjauhkan diri dan menyembunyikan diri dari pengetahuan suaminya. 

Tengku Ryan Ameer hilang separuh nyawanya bila isteri yang disayangi hilang entah kemana. Cukup menderita merindui Tengku Aqilah. Dengan kekuatan dan sokongan kakak dan papanya Tengku Aqilah meneruskan kehidupannya menangguung derita seperti arwah mamanya dulu. Rahsia yang disimpan terbongkar juga bila Tengku Aqilah tenat di majlis pernikahan kakaknya dengan Azrul. Rindu yang ditanggung terlerai dan Tangku Ryan Ameer terkejut , isterinya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. 


Sinopsis dari kulit novel

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



Petikan-petikan yang menarik dari novel ini 
Kehadirannya dianggap punca .
"Abang tak setuju dengan tindakan Reena, dalam keadaan darurat sekarang anak itu tak penting! Cuba Reena fikir secara rasinal, apa makna anak itu lahir ke dunia ini sedangkan abang akan kehilangan Reeena? Abang tak nak menggadaikan nyawa sayang hanya untuk mendapatkan zuriat... Lagipun sayang, ini bukan zuriat pertama kita... kita dah ada Tasha. Kehadiran Tasha dah melengkapkan rumah tangga kit. Abang tak perlkan zuriat lagi. Kalau perlu gugurkan saja kandungan itu!" arah Tengku Hisham dengan tegas. Namun kata- kata Tengku Hisham bagaikan petir yang menyambar hati Azreena ingga terbakar hangus. Lama wajah suamunya dipandang tanpa berkelip. Kejamnya lelaki ini Tidakkah dia tahu, setiap helaan nafasku adalah helaan nafas bayiku? Denyutan nadiku adalah denyutan bayiku Aku dan bayi ini telah bersatu, matinya dia maka matilah aku. Melihat isterinya yang bagaikan terkaku itu Tengku Hisham terus menghampirinya, tangan isterinya diraih.
"Reena, abang tak berniat nak melukakan hati sayang tapi abang terlalu sayangkan Reena. Sayang setuju dengan abangkan? Kita gugurkan..." Belum sempat Tengku Hisham menghabiskan ayatnya, Azreena terus memekik, "Tidak! Tidak! Jangan sama sekali abang ulangi kata-kata itu lagi! Walau apa terjadi, Reena tak akan gugurkannya. Tak akan.... mungkin pada abang dia tak penting tapi pada Reena ini adalah nyawa Reena... mati dia maka matilah Reena!" Tegas kedengaran kata - kata yang diucpkan oleh Azreena dengan tangan kanannya melekap di perutnya yang nampak edikit membukit sebelum dia berlalu pergi. 

10 tahun kemudian , Azreena menghembus nafasnya terakhir ,Tengku Aqilah terus dibuang . Dia sekadar mampu menumpang kasih keluarga orang gajinya.
"Selimut ini begitu bermakna pada diri aku. Setiap kali aku memeluknya aku merasakan bagai aku memeluk mama. Masih jelas ingatan, bagaimana aku bagai oran kebingungan Fina, aku resah melihat hujan yang turun lebat selapas mama dikebumikan. Apatah lagi waktu tu hari semakin malam, aku tak dapat mengawal diri aku, aku terus ambil elimut, berlari keluar tanpa ada rasa takut walau aekelumit pun. Hakikatnya sebelum ni macam-macamlah spesies hantu yang Mak Kiah ceritakan pada aku dengan Farhana. Kau tahu kan Farhana tu anak Mak Kiah?" Shafinaz yang menjadi pendengar sedari tadi terus mengangguk.
"Aku tahu, kau kan selalu ceritakan pada aku pasal kawan baik kau tu," jelas Shafinaz.
"Kau pun kawan baik aku jugak," sampuk Tengku Aqilah, sempat pula mereka berblas senyuman. Tengku Aqilah membetul-betulkan anak rambutnya yang mula menutupi matanya.
"Itulah macam yang aku cakapkan tadi Fina, hilang segala perasaan takut tu, yang aku tahu aku perlu pergi ke kubur mama. Aku nak selimutkan kubur mama, aku tak nak mama sejuk. Masa mama ada dulu aku selalu selimutkan mama. Entahlah FIna, aku un tak tahu apa yang aku dah buat masa tu. Jiwa aku terlalu kosong." Jelas kedenganran sendu pada suara Tengku Aqilah. Matanya mula berkaca-kaca. Shafinaz turut terharu mendengarnya.
"Inilah selimutnya Fina. Inilah selimutnya..." selimut ditngan diramas-ramas lebut. Shafinaz hanya mengangguk. Bibirnya diketap bagai menahan sebak yag bertandnag.
"Akibat perbuatan aku itu, aku dibuang jauh oleh pak engku dari hidupnya. Pak engku kata perangaiaku dah melampau dab aku akan menyusahkan dirinya kelak. Jadiaku dihantar ke seklah berasrama, bila cuti penggal, aku dihantar ke rumah ibu Mak Kiah. Jadi setiap kali cuti sekolah, aku habiskan masa dirumah Nenek Jah. keluarga aku berpindah ke kuala lumpur dan Mak Kiah sekeluarga pun ikut sama. Aku tak pernah pergi kesana dan aku tau Pak engku tak pernah akan menerima kehadiran aku disana tapi aku bahagia alaupun aku berjauhan dari keluargadari papa aku sendiri, tapu aku sentiasa dekat dngan mama. Nenek Jah selalu bawak aku menziarah kuburarwah mama hinggalah aku akhirnya dihantar ke bumi Inggeris ini." Panjang lebar Tengku Aqilah menceritakan kisah hidupnya pada sahabat baiknya itu.

Kepulangannya tidak disenangi oleh kakaknya , Tengku Natasya. Penyambut tetamu merangkap Tea Lady yang mampu dijawat disyarikat papanya. Tetapi disitu dia tertemu Tengku Ryan Ameer yang selalu mencari punca pergaduhan.
 "Hei Qila, apa yang kau dah buat ni Hei,,, kuatnya bau Ridsect! Kau dah buat apa ha!" herdik Tengku Natasya dengan wajah yang bengis. Tengku Aqilah terus mengangkat bahunya . "Tak ada apa... Qila tengah mengemas bawah meja , banyak nyamuk. Mana nak tahu waktu lunch macam ni ada orang nak lalu sini." Tangan Tengku Aqilah tidak henti - henti menggaru sana sini seperti gaya orang yang baru digigit nyamuk. Tengku Ryan Ameer sudah tidak berkelip memandang Tengku Aqilah, benci sungguh dia melihat wajah itu. Perempuan itu sememangnya seteru dia nombor satu!
"Dahlah, jom kita pergi makan kalau layan dia ni sampai esok tak selesai.... menyakitkan hati je," ujar Azrul Botak yang menjadi pemerhati edari tadi dengan berlagaknya. Macam bagus aje Si botak ni, ejek Tengku Aqilah di dalam hati.
"Rul , Tasha kita balik rumah I kejap, nak salain seluar. Suah kalau ada orang gila dalam ofis ni," rengus Tengku Ryan Ameer dengan wajah yang mencuka. Tengku Natasha terus mengangguk tanda setuju namun dipertengahna jalan Tengku Ryan Ameer berpatah balik mendapatkan Tengku Aqilah.
"Petang ni aku ada meeting, so aku nak kau sediakan sepuluh jenis air sejukm sepuluh jenis air panas dan sepuluh jenis air buah pelbagai rasa okey? Tepat pukul 2 semua air tu mesti ada di meeting room." Dengan wajah yang serius engku Ryan Ameer meninggalkan meja penyambut tetamu itu.

Kerana Amanah itu Tengku Aqilah dijodohkan dengan Tengku Ryan Ameer kekasih Tengku Natasya.
"Permintaan arwah Pak Su. Hajat arwah Qila, hajat arwah yang hndak melihat Qila dan Ryan disatukan..." Tengku Aqilah seperti hendak menuturkan sesuatu namun ayat yang hendak terkeluar buat pertamakalinya terbabtut disitu bila tangan Tengku Hisyam memberi isyarat supaya Tengku Aqilah mendengar terlebih dahulu.
"Qila harus tahu , syer 40 peratus itu hanya alasan untuk menyampaikan hajat arwah saja, sanggup ke Qila biarkan hajat arwah tak tertunai? Pak Engku yakin arwah hendak sanagt menjadikan Qila sebagai mennatu dia." Begitu beria-ria Tengku Hisham memujuk anak bongsunya. Tengku Aqilah sudah memicit-micit kepalanya yang bakal diserang migrain selama sebulan nampaknya nanti. 
"Tapi Pak Engku, macam mana dengan Kak Tashabuka ke dia..." Belum sempat Tengku Aqilah menyelesaikan ayatnya, Tengku Hisham terus memotong. 
"Sebenarnya sebelum Pak Engku bincang perkara ini dengan Qila, Pak Engky dah bincang dengan Tasha dulu, dia sanggup buat pengorbanan demi menyempurnakan hajat arwah Pak Su. Kata Tasha hanya dengan cara itu dia dapat menunjukkan kasih sayangnya pada arwah Pak Su." Tengku Aqilah sudah menggeleng, bukannya kerana tersentuh mendengar pengorbanan kakaknya tetapi terlampau apa sahaja demi memenuhi kehendak anak kesayangannya. Serasa selepas ini, dia perlu segera menelan pil chi-kit Teck Aun, gara-gara perutnya yang pasti akan memulas teruk bahana perangai kaka sengalnnya yang mempunyai degree kejahatan gred A+ itu. Tengku Aqilah tersenyum hambar memandang papanya, yang telah memperlihatkan satu lakonan yang begitu hebat mengalahkan Datuk Jalaluddin Hasan pula. Tengku Hisham tidak pula membalas senyuman itu. cuma wajahnya masih dimaniskan.
"Pak Engku tahu kan, Ku Ryan tak cintakan Qila? Dia hanya cintakan Kak Tasha. Lagipun jika kita semua setuju , Qila yakin Ku Ryan tak akan setuju."
"Siapa kata saya tak setuju? Demi arwah papa saya tak ada masalah jika dikahwinkan dengan sesiapa saja, termasuk awak Qila," sampuk Tengku Ryan Ameer dari muka pintu.

Perkahwinan hampir menjangkau 6 bulan , Tengku Hisham masih tidak mahu menerima dirinya sebagai anak. Tengku Aqilah menghilangkan diri mencari ketenangan. Rasa simpati melihat papanya sakit terlantar..... Tengku Ryan sakit hati kerana Tengku Natasha sanggup meninggalkan orang tuanya sakit demi bersuka ria bersama kawan-kawan.
"Opps... sorry..." ujarnya pantas. Sebaik mengangkat muka , darahnya berderau tiba-tiba. Tengku Ryan Ameer sudah memandangnya tanpa berkelip. Tengku Aqilah sudah mengangkat kedua-dua belah bahunya.
"Sebenarnya saya ada kat sini pun secara kebetulan." Tengku Ryan Ameer Sudah menjingketkan keningnya sambil kepalanya dianggukkan.
"Oh... kebetulan. Jadi awak pun sebenarnya tak berniat langsunglah menjenguk ataupun nak ambil tahu pasal papa awak? Yalahkan dah namanya adik-beradik, satu darah, jadi perangai pun sama/." Berdesing telinga Tengki Aqilah mendengar sindiran sinis dari suaminya itu. Ya buat masa ini masih lagi menjadi suaminya. Tengku Aqilah sudah memnadang wajah Tengku Ryan Ameer.
"Apa sebenarnya yang awak nak cakapkan ni? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje nak sindir orang, apa hal?" gerutu Tengku Aqilah bengang.
"Saya bukan menyindir tapi kenyataan. Awak tahu taj hari ni hidup saya dah cukup huru hara dibuat dek kakak awak. Saya terpaksa cancel meeting saya, saya terus ke KLIA cari dia tapi dia dah terbang ke Paris dengan penuh suka rianya dan  sekarang awak tiba-tiba muncul dirumah ni, untuk apa? Nak tunjuk baik jaga papa? Hei, awak ingat saya nak percaya ke ? kalau Si Tasha tu yang begitu sayangkan papanya, sanggup buat macam ni, apatah lagi awak. Yalahkan papa tak pernah jaga awak, awak pun tak rapat dengan dia. Tiba-tiba masa saya sampai tadi Kak Bong kata berapa bagusnya awak, sanggup bersihkan papa, cuci najis dia. Dah-dahlah tu berlakon Qila, awak jangan bagi lagi dia harapan pada papa awak. Cukuplah Natasha mengecewakan dia, saya tak nak pulak nanti awak mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam pada dia. Kalau awak rasa awak perlu pergi dari rumah ni pergilah. Saya boleh jaga papa." Panjang lebar Tengku Ryan Ameer meluahkan perasaannya. Tengku Aqilah sudah mengangguk.
"Saya sedar tempat saya bukan di sini, saya tak layak. Memang betul kata awak, saya tak terfikir pun nak jaga Pak Engku pada mulanya. Saya datang tadi pun sebab nak jumpa Kka Bong., kebetulan masa tu Kak Bong minta tolong saya untuk menguruskan Pak Engku jadi saya buatlah. So awak anggaplah yang saya menolong kerana Kak Bong bukan kerana kerelaan hati sendiri. Baguslah kalau awak dah tahu siapa saya . Orang macam saya ni memang tak layak nak dapatkan kasih sayang sesiapa pun, sebab itulah papa sendiri pun tak sudi nak memberikan walau sebesar hama pun kasih dia pada saya. Muka saya pun dia jijik nak tengok. Awak pun tak sanggup nak tengok muka saya kan? Kesian awak macam manalah awak tanggung setiap hari tengok pada kad nikah tu, nama saya , muka saya. Saya simpati betullah dengan awak." Lembut Tengku Aqilah membalas kata-kata suaminya itu, walau hakikatnya setiap patah perkataan yang diucapkan penuh dengan kelukaan.


Kasih yang tidak terungkap Tengku Aqilah bersyukur papanya menerima dengan hati yang terbuka.Impian dan harapan kini menjadi kenyataan .
" Pak Engku, Qila nak pergi. Lepas ni mungkin kita tak akan berjumpa lagi, Qila janji Pak Engku, Qila tak akan ganggu lagi hidup Pak Engku sekeluarga. Qila akan pergi sejauh mungkin, Qila..." Tengku Aqilah begitu sebak. Bibirnya terketar-ketar untuk mengungkapkan kata. Tengku Hisham menarik nafasnya dalam-dalam. Wajah anak bongsunya dipandang lama.
"Terima kasih Qila, terima kasih kerana sudi jaga orang tua ni. Terima kasih banyak- banyak." Sendu suara Tengku Hisham. Tengku Aqilah mula teresak.
"Jangan cakap macam tu Pak Engku, Qila yang patut ucapkan terima kasih sebab Pak Engku izinkan Qila jaga Pak Engku. Qila Syukur sangat Pak Engku, Qila diberi peluang walaupun sekejap untuk berbakti pada orang tua Qila. Dulu masa arwah mama sakot, Qila masih kecik, Qila tak dapat jaga arwah mama... Qila tak nak mama sakit Pak Engku, Qila tak nak mama mati. Dulu masa kecik setiap hari Qila doa pada Tuhan. jangan ambik mama, ambik Qila, ambik nyawa Qila, sebab Qila tahu Pak Engku sayang sangat mama, tapi mama pergi jugak Pak Engku. Qila minta maaf Pak Engku. Qila minta maaf sebab Qila mama sakit, sebab Qila mama mati, Maafkan Qila Pak engku.... maafkan Qila..." Tengku Aqilah sudah teresak-esak menangis, begitu juga dengan Tengku Hisham yang sudah teresak-esak sama. Mata Tengku Ryan Ameer juga sudah merah bagaikan biji saga. Kak Kembung sudah duduk menyandar di dinding luar rumah sambil memeluk kedua belah lututnya. Wajahnya sudah berubah merah, Pasti menahan rasa sedih yang tidak langsung undangnya.
"Dahlah nak, dahlah janagn sebut lagi perkara tu. Ya Allah , apa yang aku dah lakukan pada anak aku? Apa yang aku dah lakukan, YA Allah," luah Tengku Hisham dengan suara yang mengongoi. Tengku Aqolah mengelap wajahnya.
"Pak Engku , Qila dah nak pergi, tapi sebelum Qila pergi Qila harap sangat Pak Engku jangan benci Qila lagi ya? Jangan benci Qila, Pak Engu. Qila dah cukup terseksa hidup dubenci papa sendiri. tolonng ya Pak Engku," pinta Tengku Aqilah sambil teresak dikaki papanya.
"Dahlah Qila, dahlah tu nak... jangan seksa papa lagi nak , cukuplah tu .." Tengku Aqilah terus mengangkat wajahnya sebaik perkataan 'papa' terucap dimulut papanya.
"Pak engku, Pak engku jangan sebut macam tu , Qila tak kisah tak dapat panggil papa, cukup.... cukup, Qila tahu yang pak Engku tak benci Qila lagi. Itu aje yang Qila nak dengar Pak Engku. Pak engku jangan sebut panggilan tu, Qila sedar Pak Engku." Terus Tengku Aqilah mengambil tangan papanya, ditangan papanya itu dia menangis sepuas-puasnya.


9 comments:

  1. akak,napa skit sngat review nya,sambung lah lg review nvel 'lafazkan kalimah cintamu' nie.Please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ke blog akak ni , Syuhaira..... cukuplah tu ......

      Delete
  2. Hi,saya kamal dari Negeri Kedah...Saya memang menitiskan air mataku pada pengakhiran novel ini...Saya sangat tersentuh hati dgn novel "Lafazkan Kalimah Cintamu"......:):):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kamal sudi sunggah di blog ini..... cerita ni memang sedih sangat ... bukan kamal je yang menitiskan air mata , saya pun . mengharap kasih seorang bapa. mendambakan cinta dari suami, menggapai sayang seorang kakak. terlalu sukar hidupnya untuk mencipta kasih sayang yg ada didepan mata. memang sangat tersentuh .

      Delete
  3. Sedih teramatttt sgt... 😭😭..best2 novel karya siti rosmizah...

    ReplyDelete
  4. Pd sy novel nii...permulaan mnarik ptghan best n ending pon...bestt....sy suke cite nii...suke bca berulang kali xpenah jemu...thniah...bnyk pdoman n pgajarn yg ad dlm nii...!!

    ReplyDelete
  5. di indonesia,ada ngak dijual novel tajuk ni akak?

    ReplyDelete
  6. so sad... must standby tisu many² la... watch the drama

    ReplyDelete