Sunday 4 August 2013

NOVEL JODOH ITU MILIK KITA

Jodoh itu Rahsia Illahi,  dan Dia mengatakan awak untuk saya , dan saya untuk awak .


Muncul lagi sebuah drama adaptasi . Jodoh Itu Milik Kita akan di siarkan di kangkaian Astro. Drama yang dinantikan dengan barisan pelakon yang hebat gandingan Farid kamil dan Tiz Zakiah . Novel ni ada kekuatannya tersendiri . Sentuhan pertama Sara Aisha setebal 766 muka surat ini menyentuh pelbagai suka duka  kehidupan dunia. 

Jom sedikit review dari saya. Perjalanan cerita bermula Dahlia terpaksa menerima Aaris abang Syafiq sebagai suami selepas tunangnya melarikan diri di hari pernikahannya. Demi menutup malu kedua belah pihak Dahlia dan Aaris dinikahkan pada hari yang sama. Kehidupan mereka bermula dengan garisan persahabatan walaupun hakikatnyanya mereka adalah suami isteri yang sah. Tanpa disedari mereka sudah biasa dengan kehidupan berdua dan mereka boleh bergurau , berbual dan melakukan aktiviti bersama-sama. Sedang mereka cuba menerima kehadiran masing-masing Syafiq datang menuntut janji. 

Syafiq yang sentiasa cemburukan abangnya dari kecil lagi tidak pernah berputus asa untuk merampas Dahlia dari tangan abangnya. Rahsia abangnya menjadi pertaruhan agar Dahlia meninggalkan Aaris. Atas Desakan Syafiq yang enggan memberitahu Dahlia siapa Aariz sebenar, Ibu mertuanya memulakan cerita siapa Aariz sebenar. Sepanjang malam Aariz dihantui kisah silamnya hingga Dahlia berperangsaka buruk dan menyangka Aariz mempunyai perempuan lain. Aariz melarikan diri bila menyedari Dahlia mengetahui siapa sebenarnya. Dahlia kecewa dengan tindakan Aariz meninggalkan dirinya begitu sahaja. Dahlia mengambil keputusan untuk pulang kekampung seorang diri. Perasaan rindu yang tidak dapat dikawal Aariz mengikut jejak langkah Dahlia untuk memujuk Dahlia. Dahlia yang lebih terbuka menerima Aariz seadanya membuatkan Aariz merasa lapang dada. 

Syafiq yang tak putus - putus memasang rancangan buruk untuk mendapatkan Dahlia dari tangan abangnya. Menyakitkan hati Aariz memang tujuan utama Syafiq hingga cubaan merogol kakak iparnya sendiri . untuk cerita selanjutnya kita tunggu dalam episod drama nanti . Apakah hukuman setelah syafiq lakukan kita tunggu sama- sama dalam episod drama. 




Sinopsis dari kulit novel

Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”



SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.



“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia



“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial



“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq



Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?


Barisan pelakon untuk drama ini 

Petikan - petikan yang menarik didalam novel


Dugaan datang tanpa diminta
"Syafiq tak dapat datang.."
Dahlia mengerutkan dahi. "Apa maksud papa... dia tak dapat datang? Hari ini kan hari perkahwinan kita orang" Cikgu Darius diam. Tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Tidak mampu jug untuk menympaikan berita yang dia sendiri tahu pasti akan meremkkan sekeping hati milk Dahlia. 
"What happened to him , papa? Please don't tell me... dia ... dia involve dalam accident...." teka Dahlia , memberikan telahan yang difikirkn logik dan mungkin... menakutkan. Genggaman tangan Cikgu Daruis dirasaka makin kemas. Melihatkan reaksi bapanya itu. Dahlia jadi makin tidak karuan. Dia tidak sanggup memikirkan kemungkinan yang satu itu menjadi kenyatan.

"Apa dah jadi ni , bang " Kali ini Puan Inas mula bersuara. Dari Nada Suaranya, jelas kerisauan dan kebimbangan yang dirasakan. Cikgu Darius berpaling pada isteerinya dan mengeleng lemah sebelum kembali menatap wajah Dahlia.
"Tak , sayang. He's fine ... maybe." jawab Cikgu Darius setelah agak lama dia membiarkan soalan Dahlia tergantung tanpa jawapan.
"Dia .. dia dah .." Kata-kata Cikgu Darius terhenti. Kamudiaa dia mengeluh perlahan. Sesungguhnya dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Tidak sanggup untuk memberikan khabar berita yang dia tahu akan meruntuhkn hati seorang pengantin. 
"Mungkin Lia patut baca ni." Akhirnya Cinta Drius membuat keputusan untuk menyerahkan not yang diberikan oleh Tuan Haikal tadi. Y, nota daripada Syafiq, lelaki yang sepatutnya menjadi menentunya hari ini. Dhli memandang ayahnya dengan serba salah sebelum mengambil nota itu. Tngannya terketar-ketar, mengambarkan perasaan yang penuh gundah - gulana. Perlahan dia membuka nota itu sebelum dia mula membaca bait-bait tulisan tertera.

Buat Dahlia,
I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini,
for the sake of umi. Tapi saya gagal!!!! Please forgive me....
Syafiq

Berulang kali Dahlia membaca nota pendek iyu. Cub untuk betul-betul memahami situasi yang sebenarnya. Syafiq dah tinggalkan dia? Pada hari perkahwinan mereka sendiri?

Keputusan yang berat hendak dilakukan. Demi sekeping hati yang uzur Dahlia akur.
"Please Lia. Tunikan permintaan umi. Umi merayu pada Lia." Puan Marina terus memujuk dan merayu. Kali ini Dahlia memdiamkan diri. Dia merenung wajah pucat dihadapannya agar Dahlia akan menunaikan permintaannya. Hati Dahlia terusik. Dia tidak mahu menunaikannya, tapi dia juga tidak sanggup menghancurkan harapan itu. Puan Marina bagi Dahlia telh banyk menderita.Terpaksa bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya, terpksa menerima hakikat bahawa anak lelakinya telah membut tindakan yang bermulkan keluarga dan mungkin terpaksa menerima kenyatan bahawa bakal memantunya akan membenci dia . Takdir Allah pul mengatakan bahaw bakal menantu itu adalah Dahlia sendiri.
Dahlia menarik nafas dalam - dalam sebelum dia khirnya menganggukkan kepala. Perlahan dan lambat-lambat.
"Lia setuju. Lia akan kahwin dengan Aariz." Lemah suara Dahlia. Semua hadirin kelihatan terpanar. Aariz yang sedari tadi hanya hanya mmerhati turut terperanjat. Dahlia telah bersetuju untuk mengahwininya!
"Betul ke , sayang? Umi tak salah salah dengar, kan?" soal Puan Marina penuh dengan perasaan teruja. Dahlia hanya mengangguk lemah. seketika kemudian, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Puan Marina.

 Kehidupan mereka bermula dengan persahabatan.
"Saya tak tahu apa yang patutu saya buat. Yalah, tiba-tiba aje saya yang ini single and available ada isteri. Tk pelik ke tu?" Dahlia mengangguk mengiakan kata-kata Aariz.
""So, apa kata we... we just go with the flow?" tiba-tiba Aariz memberi cadangan.
"Maksud awak?" tanya Dahlia tanda tidak mengerti kan maksud suaminya itu.
"Awaka just anggap saya sebagai kawan baru. Saya pun akan anggap awak macam tu. That you're a new friend of mine." Aariz memandang wajah Dahia yang kelihatan agak tergamam. Ya, dia akui cadangan itu agak gila. Dahlia isterinya yang sah. Tapi dia memohon agar mereka berkawan. Pelik? Tapi memang itulah yang baru saja meluncur keluar dari mulutnya.
Dahlia sedikit mengeluh. Cadangan daripada Aariz dirasakan aneh. Namun bila difikirkan balik, mungkin itu yang terbaik untukmereka dan situasi mereka sekarnag. Mungkin Aariz mahu dia berasa selesa dengan kehadiran lelak itu. Mungkin juga Aariz mahu dia mengerti bahawa dia tidk punya niat jahat terhadapnya.
Perlahan Dahlia mengangguk dan kemudian menghulurkan tangan kanannya "Friends?"
Aariz menyambut huluran tangan itu dn tersenyum lebar. "Yes, friends." Dahlia turut tersenyum. Tanpa disangka-sangka ketenangan mula bertamu dihatinya. Setelh apa yang terjadi, Dahlia tidk menduga bahawa dia akan berasa tenngbegitu. Dan yang lebih pelik. di berasa selamat berada di samping Aariz Danial.

Perkahwinan Aariz mengejutkan sahabatnya Joshua.
Joshua mengerutkan dahi.
"Wo, wo!!! wait. Kenapa macam suspens sangat ni? What have you done, Aariz?" tanya Joshua dengan wajah yang penuh syak wasangka. Aariz tergelak kecil.
"Apa yang aku dah buat? AKu tak buat apa pun. Aku just... kahwin. Itu je." Selamba jawapan Aariz sambil menunggu reaksi dripada sahabatnya. Joshua mengerlipkan mtanya berkali-kali. terpinga-pinga dan terkebil-kebil. Dan kemudian...."What??"
Suara kuat Jushua seakan menggegarkan kedai makan. Beberapa pengunjung lain mula berpaling ke arahnya, namun langsung tidak dipedulikan oleh Joshua.
"Woi, janganlah jeritkuat sangat! Kau ni ak boleh ke control suara kau tu?" marah Aariz pada Joshua. Matanya melilau melihat sekeliling sambil kepalanya ditundukkan beberapa kali tanda memohon maaf. Joshua tidak menjawab. Matanya dijegilkan sambil tangannya mengurut dada. Keadaannya tidak ubah seperti seorang yang baru sahaja melihat hantu.
"Josh , Joshua.." Aariz memanggil Joshua beberapa kali. Dia tidak pernah meyangka macam itu sekali reksi yang akan diberikan Joshua.
"Did you just tell me that you, Aariz Danial have got married? You? Out of all people." Akhirnya Joshua bersuara. Serius.

Kerana memburu cinta Alya Syafiq sanggup meninggalkan tunangnya di hri pernikahan.
"Awak kan tahu? Saya ank kahwin dengan awak. SSabab saya .. saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. sambung Syafiq lagi. Alya tetap diam tanp sebarang kata.
"I leve you, sayang. I love you so much. Bagi saya peluang lagi, ya. Sekali aje . Saya janji, saya takkan marah-marah, saya takkan kawal awak lagi. Awak... awak boleh buat apa sahaja yang awak nak. Please, sayang.." kali ii Syafiq mula merayu. Tanpa disangka-sangka, Alya tiba-tiba sahaja ketawa. Entah apa yang mencuit hati Alya, Syafiq juga tidak pasti. Berkerut dahi Syafiq, tanda tidak senang dengan ketawa Alya. Ketawa itu seolah-olah mentertawakan dirinya.
"Sayang? cinta ?" soal Alya diselangi tawanya yang masih bersisa.
"Awak janagn nak bua lawak kat sinilah , Syafiq. elama tiga tahun saya bodoh percayakan kat-kat awak tu. Cukuplah! Cukuplah tiga tahun saya memperbodohkan diri saya kerana awak. Saya biarkn awak control saya semahunya sebab saya ingat itu caranya awak mencinti saya." Alya membentak.
"Huh! Saya memang bodoh!" Alya menyambung lagi. Kali ini mengutuk dirinya sendiri pula. Syafiq mendiamkan diri, sengaja tidak mahu membalas kata-kata Alya sudah semakin mencabarnya. Hanya matanya yang masih membalas renungn berani Alya. Syafiq dapat melihat rasa benci yang dlam pada sepasang mata Alya. Dan Syfiq sedar rasa benci itu ditujukan padanya.
"Let me tell you something, Syafiq. Selama tig tahun kit bersama. Awak sebenarnya tak pernah sayangkan saya. Jauh sekali cintakan saya. Apa yang ada dalam hati awak tu .." Alya menghentikan kata-katanya dan menerik nafas panjang. Dia tahu apa yang bakal dia katakan ini pasti akan membuatkan Syafiq mengmuk. Namun Alya sudah tidak peduli lagi. Biarlah apa akan jadi lepas ini, yng pasti dia mahu meluahkan apa yang dirasakanny selama ini.
"Apa yang ada dalam hati awak tu cuma raa benci dan cmburu awak pada abang awak." Dengan berni Alya menyabung katanya. Tersirap darah ke wajah Syafiq. Wajahnya berubah menjadi tegang.

Setelah gagal mendapatkan cinta Alya , Syafiq kembali menuntut janji.
"Fiq jangan nak tuduh abah dengan umi yang bukan-bukan," balas Tuan Haikal selepas pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Syafiq. "Fiq yang tinggalkan Dahlia semasa hari perkahwinan kamu sendiri!"
"Tapi Fiq tk mintak abang gantikan Fiq!" bidas Syafiq pula. Terlopong mulut Tuan Haikal dan Puan Marina dengan jawapan berani Syafiq. Langsung tiada riak menyesal atau bersalah dalam jawapan itu.
"Abah dengan umi memang sengaja, kan? Sengaja nak bagi Lia pad abang.!"
Pang!
Tiba-tiba satu tamparan padu hinggap pada pipi kiri Syafiq. Tercengang Syafiq dengan tindakan ibunya. Tuan Haikal turut terperanjat.
Dada Puan Marina berombak dengan laju. Tangannya yang baru sahaja hinggap pada pipi anak kesayangannya terketar-ketar.
"Umi?" getus Syafiq, langsung tidak menyangka ibu yang selama ini tidak pernah langsung berkasar dengannya boleh pula menamparnya begitu.
"Ba.. bagi Lia pada abang?" Terketar-ketar suara yang keluar dari mulut Puan Marina.
"Fiq ingat Dahlia tu barang ke ?? Boleh tinggal, boleh ambil, boleh bagi pad orang sesuka hati?" soal Puan Marina dengan penuh emosi. Air matanya sudah mula bertakung pda tubir mata. Tuan Hikal cepat-cepat memeluk bahu isterinya, cuba menenangkan hati wanita kesayangannya itu. Syafiq mengangkat tangannya dan menyentuh pipi yang telah menjadi habuan ibunya tdi. Sesaat kemudian bibirnya mula membentuk senyuman sinis.
"Bukan ke dulu umi yang beria-ria sangat nak Fiq dengan Lia, Now umi nak dia dengan abang pula. So, siapa yang anggap Dahlia macam barang sekarang ni?" balas Syafiq perlahan, sedikit menyindir.
"Syafiq!!!" tengking Tuan Haikal.


Rahsia yang lama tersimpan cuba dibongkarkan
"Aariz." Pendek jawapan yang akhirnya terpacul keluar dari mulut Syafiq.
"Huh?"
"Apa yang awak nak daripada saya adalah jawapan kepada soalan cepu emas kita.."
"Siapa Aariz sebenarnya..?" Dahlia menyambung sendiri dengan perasaan sebal dalam hati. Sungguh! Dia memang cukup geram dengan tingkah Syafiq yang tidak habis-habis ,ahu menyebut entang soal itu. Dia bosan.
"Rasanya saya dah bagitahu awak, kan ? Saya akan..."
"Tunggu jawapan tu daripada dia? Oh, yalah! Awak ada cakap something hari tu. Pasal... rasa hormat antara suami isteri am I right?" kali ini Syafiq pul yang menampuk kata - kat Dahlia. Dahli mengetap bibir. Dia sedar Syafiq sedang memerlinya.
"Lia, Lia .. kenapalah awak ni naif sangat Awak betul-betul ingat dia akan bagitahu awak ke  Kalau dia nak, daripada awal lagi dia dah buat macam tu." Syafiq menyambung lagi dengan lagak bersahaja. Terdiam Dahlia buat seketika. Dalam hati, dia mula mengakui akan kebenaran kata-kata Sqafiq. Tetapi dia tidk akan sesekali mengakuinya dihadapan lelaki itu. Jika ada yang mengatakan bahawa dia ego, jika ya, dia mengaku. Bila di hadapan Syafiq, egonya akan jadi melambung tinggi!

Segalanya terjawab bila Umi menceritakan demi kebaikan bersama.
"Dia diculik dan diperkosa."
Terbeliak mat Dahlia. Pantas tangannya menekup mulut.
"Gang-raped. Lima lelaki. Tak... lima syaitan yang beropengkan manusia!!!" Dahlia terkaku. Tangnny masih tetap dimulut. Fikiran dan hatinya mula mengabarkan penyeksaan dan keperitan yang dialami Edna Dia juga akhirnya semakin dapat meneka ke mana akhirnya cerita ini akan menjurus.
"And she got pregnant." Spontan Dahlia memejamkan mata. Dan sepantas kilat juga wajah tulus Aariz muncul dalam fikirannya. Mata Aaris yag cantik dn sentiasa bersinar, senyuman manis Aariz yag punya kuasa istimewa yang menyenangkan hatinya, pandangan lunak Aariz yang selalu menghimpit emosi Dahlia.
"Aariz." Tanpa sedar tercetus nama suaminya saat Dhlia menjatuhkan tanganny yang sedari tadi elok melekat dari mulutnya. Kedua-dua matanya dibuka kembali dan pandangannya jatuh pada umi yang sedang mengangguk lemah.
"Yup, Edn mengandungkan Aariz."" Teringat Dahlia pada kata-kata Syafiq yang pernah mengatakan bahawa dia akan merasa jijik terhadap suaminya. Jadi inilah maksud lelaki itu?
"So sebbtulah Aariz rasa dia tak layak untuk Lia? sebab dia dilahirkan dengan cara macam tu?" soal Dahlia perlahan. Puan Marina melepaskan keluhan berat seraya menggeleng lemah.
"Bukan itu saja sebabnya." Berkerut dahi Dahlia . Apa lagi yng ad disebalik siapa Aariz sebanarnya?


Edisi Drama 
Bermula ditayangkan di Astro 19 Ogos 2013 jam 10.00 malam .


Sedikit Treaser Drama

OST Jodoh itu milik kita.



Episod 1
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 1

Episod 2
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 2

Episod 3
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 3

Episod 4 - 6 ( Preview ) 


Episod 4
Jom tonton link ini : Jodoh itu milk kita Episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 6

Episod 7 - 9 ( Preview ) 



Episod 7 
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 9


Episod 10 - 12 ( Preview )




Episod 10
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 18

Episod 19
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 21



Episod 22

Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 24


Episod 25
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 26

Episod 27
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 27



Episod 28
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 28

Episod 29
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 29

Episod 30
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 30


Episod 31
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 31

Episod 32
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 32

Episod 33
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 33




Episod 34
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita episod 34


Episod 35
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 35

Episod 36
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 36

Episod 37
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 37
Episod 38
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 38


Episod 39
Jom tonton link ini : Jodoh itu milk kita Episod 39



Episod 40
Jom tonton link ini : Jodoh itu milik kita Episod 40

14 comments:

  1. saya tak baca lagi novel ni sebenarnya. baru baca Chan Rak Ter.Best! Tapi dah lama sy nak baca novel ni...terbayang Farid Kamil. aduh, melting. tengah decide, nak baca ke atau tengok drama dulu. sebab takut kecewa kalau baca then tengok drama...thanks 4 review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan melting dulu.... harap drama tak akan mengecewakan sebab Zilla jalil punya production. memang kita tahu kebolehannya. ditambahkan pula dengan barisan pelakon yang Otai. hehheheh .. kita tunggu 19/8 ni ... mungkin akak akan upload drama dalam blog ini seperti novel adaptasi yg lain .... Insyaallah semoga dipermudahkan ..

      Delete
  2. salam lebaran kak. citer novel rupenya. baru cam tak semangat nak tengok sebab xsuka hero nya. haha. klu adaptasi novel kene tengok gk ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. miera ... lama tak muncul ... salam lebaran dari akak juga.. ini satu lagi drama adaptasi akan muncul malam ni ... jom kita tengok sama2 .. hmmmm

      Delete
  3. assalamualaikum..ni out of topik ckit..heheh..boleh ajar cmner nk letak mcm blog sis tak?? contoh cara nk letak "pilihan saya " atau "terbaru dlm blog " mcm awak punyer tu????tqvm in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk "terbaru dalam blog" tu lina ambil kat bawah terbaru dalam blog ada perkataan ( get this widget here ). kalau nak buat "pilihan saya" pergi kat layout kat situ ada add gejet bahagian Label. kalau tak faham nanti PM FB akak. nanti akak ajar. terima kasih singgah..... akak pun budak baru belajar. kita berlajar sama2 yeee..

      Delete
  4. sy just sempat lyn ep latest jerr .. and novel pon xbace .. so , nak tnye .. why nabila huda pregnant ?? xingt nma watak dy .. anak sape ?? is she married ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam novel watak atau cerita pasal nabila huda tu dah tak de lagi tapi entah laaa kena tengok episod 34 tu baru tahu dia kahwn dgn siapa !!!??

      Delete
  5. Tuan Zaidani Nur Saadah,
    Watak Nabila sengaja dikembangkan oleh Ziela Jalil, dlm novel Watak Nabila hy sampai overseas je...nabila kawin dengan Zain Saidin...menurut pemahaman saya tapi Zain dah meninggal...Nabila pregnant anak Zain la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue-diva ,
      awak memang terbaik laaa... cerita ni akak suka ... tak lari dari cerita novel...

      Delete
  6. Alah... video link dah kena remove. Macam mana nak tengok drama nie? Ada link lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak update yg baru ..... tak pasti ada link ke tak ... biasa orang download ...je

      Delete
  7. Hai, boleh sya tau mana sya bleh tonton full episode?

    ReplyDelete
    Replies
    1. link dah kena remove ... tak pasti nak tengok kat mana ... apa pun terima kasih singgah di blogs ini

      Delete