Tak akan kubiarkan kau berlalu pergi setelah hatiku kau curi...
Novel Si Pencuri Hati novel kedua selepas kejayaannya novel pertama beliau Novel Cinta itu milikku . Novel ni santai dan ringan. Novel cinta itu milikku terbitan Kakinovel tetapi novel kedua ini terbitan lovenovel . Bermula dari membaca dilaman blog dari bab 1 hingga 20 menanti agak lama dan akhirnya berjaya di bukukan. Saya memilih untuk membeli dengan Umie Dayana Darwisy.
Sedikit review saya tentang novel ini. Novel yang yang mempunyai ketebalan 608 ini membongkar kisah cinta Sayang Damia dan Tengku Darwisy Firhad. Pertemuan dan perpisahan membuatkan mereka lebih menghargai kasih sayang. Sayang Damia pulang bercuti , Damia yang lebih selesa tinggal bersama nenek dan ucu dari tinggal dengan mamanya. Mamanya yang lebih mementingkan kerja selepas kematian papa Damia akibat kemalangan. Selain itu juga mama Damia , Dr. Karina suka mengatur hidup Damia ini membuatkan Damia lepas dengan sikap mamanya. Dr. Karian juga tidak terlepas ingin menjodohkan anak gadisnya dengan anak lelaki kenalannya. Ini membuat Damia memberontak. Dengan bantuan rakan baiknya Jaslina dan Reqza Damia dapat menepis calon-calon dari mamanya. Calon-calonnya semuanya berjawatan besar. Dari General manager hinggalah kerabat diraja. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq antara lelaki yang mementingkan kecantikan, dengan solekan yang dibuat oleh rakannya. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq terkejut melihat keadaan Damia dan dengan mudah calon mamanya pergi melarikan diri. Hatinya sedih dengan tindakan mamanya. sebenarnya Tengku Darwisy tidak terkecuali dia juga diantara colon mama Damia. Dia hanya memerhatikan gelagat dari jauh dan tidak berani untuk berdepan dengan Damia ketika itu. Damia membawa diri kerumah pak longnya di mersing untuk mencari ketenangan.
Ketenangan yang dicari merubah hidup Damia menjadi mimpi ngeri. Damia yang tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tak sampai 48 jam. Niat Tengku Darwisy Firhad membantu Damia yang pengsan ditepi pantai disalah ertikan. Kerana salah faham pak long Kamal memaksa Darwisy dan Damia . Darwisy terpaksa meninggalkan Damia isteri yang baru dinikahi. Darwisy juga berjanji akan kembali dan membawa Damia bersama. Tetapi janji tinggal janji , Darwisy sepatutnya pulang menemui isteri hanya tinggal janji. Oleh kerana Darwisy tidak kunjung tiba Damia mencari Darwisy di Kuala lumpur. Tetapi apa yang dilihat tak seperti yang disangkakan. Hatinya bagai dihiris dan hancur. Damia pulang ke United Kingdom hingga tidak mahu pulang lagi membawa hati yang lara. Kesakitan yang Darwisy tinggalkan terubat bila Damia disahkan mengandung.
Setelah dua tahun terpisah mereka diketemukan kembali. Kini Damia mempunyai sepasang anak kembar yang comel Danial Fareez dan Dania Farisya. Kerana satu insiden di KLIA Damia dan Darwisy terkukar beg sandangnya. Disinilah titik permulaan mereka bertemu . Darwisy terkejut mereka mempunyai anak hasil perkahwinan yang disembunyikan dulu. Peristiwa yang membuatkan Damia membawa diri ke UK dulu berulang. Damia melihat Darwisy bermesra dengan wanita lain membuatkan dirinya keliru. Salah faham yang menyelubungi diri terungkai bila Darwisy memperkenalkan Daniel adalah abangnya. Daniel mempunyai iras yang sama dengan Darwisy cuma lesung pipit membezakan mereka. Kehadiran Natilia yang tidak disenangi oleh Daniel dan Darwisy mengundang kekecohan. Natilia yang dikenali seawal zaman persekolahan yang suka pada Darwisy tidak pernah melayannya. Pelbagai cara Natilia mengatur langkah untuk memilki Darwisy tetapi tidak berjaya. Semakin banyak halangan untuk memisahkan Damia dan Darwisy cinta mereka semakin menebal kerana Damia telah mencuri hati Darwisy sejak diawal pertemuan mereka di station minyak suatu ketika dulu.
Sinopsis dari kulit novel
Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?
Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?
Petikan-petikan yang menarik
Satu insiden tidak dijangka ....
“Hoi... cik kak! Awak... kalau rasa tengah bekerja buat cara macam orang tengah bekerja. Ini tidak... masa bekerja layan facebook. Dahlah tu... berlagak macam bos pulak kat sini,” tempelak lelaki itu sinis. “Itulah padahnya jika bekerja tidak seikhlas hati. Lain yang orang mintak, lain yang awak bagi. Awak ni pekak ke apa? Saya minta Coke bukan rokok. Ada faham...?” sindir lelaki itu.
Damia merenung wajah lelaki itu. Ikutkan hati yang membara dah lama lelaki di hadapannya ini kena sila gayung, silat timba dan silat besen. Sesedap rasa sahaja lelaki itu mengutuknya. Tetapi nak marah balik pun tak boleh juga, sebab dah ternyata memang dia bersalah. Lagi pula pepatah Inggeris ada mengatakan, customer is always right!!!
“Lah... encik minta Coke rupanya. Saya ingatkan encik minta rokok. Maaflah ya...!!! Saya memang macam ni bila pepagi hari, mamai sikit,” terang Damia menutup kesilapannya. Tanpa berlengah Damia bergegas mengambil beberapa tin Coca Cola lalu diberikan kepada lelaki itu. “Ini ambil balik duit encik, saya sedekah aje Coke ini untuk encik,” ujar Damia sambil tersenyum manis.
“Minta maaf banyak-banyak sekali lagi ya. Jangan serik datang lagi ke mari,” pesan Damia dengan mesra sambil tersengih nakal. Menyerlahkan giginya yang putih berkilauan itu. Mesti silau mata mamat ni di Subuh hari pabila tertengok gigi aku yang putih melepak, getus Damia.
Perli aku lah tu, getus lelaki itu. Setelah mengambil air Coke tersebut, dia berlalu tanpa mengambil wang yang diberikan oleh Damia.
Perempuan di station minyak menghantui diri Darwisy
Bulat matanya bila terpandang wajah gadis di stesen minyak .
“Adik... boleh abang tahu ini siapa?”
“Itu Kak Sayang.”
“Kenapa panggil dia Sayang?” Apalah kau ni Darwisy. Dah tentulah nama dia Sayang sebab itulah mereka panggil dia Sayang. Tapi manalah tahu sekiranya itu nama manjanya sahaja, Darwisy berkata kepada dirinya sendiri.
“Oh... tu nama sebenar Kak Sayang! Cantikkan dia bang. Saya kalau boleh nak muka macam dia. Umi kata wajah Kak Sayang macam pelakon Bollywood Katrina Kaif tapi babah kata macam muka Kajol. Bila Kak Sayang senyum macam senyuman Kajol kata babah. Tapi saya rasa wajah Kak Sayang lagi lawa daripada mereka.”
Amboi... panjang lebarnya budak ni terangkan tentang gadis bernama Sayang. Mereka sekeluarga mesti peminat fanatik filem Bollywood. Tapi memang cantik pun, puji Darwisy tanpa sedar. Eh... apa kes pulak aku puji dia? Bukannya nak buat bini! “Adik pun cantik! Jika dia macam Katrina Kaif, adik pula macam Karina Kapoor,” ujar Darwisy bersahaja. Dia akhirnya tertawa dengan kata-katanya.
“Ala... abang ni, saja je nak buat saya terperasan! Saya tahulah saya tak secantik mana,” ujar Suwaibatul merendah diri.
“Hisy... jangan kata macam tu. Setiap orang ada keistimewaan dan kecantikan tersendiri. Hanya orang yang tahu menilai sahaja dapat melihat keindahan itu.” Wah... Darwisy hebat kau! Boleh jadi ahli pujangga.
Suwaibatul hanya tersenyum mendengar kata-kata Darwisy. Lelaki di hadapannya ini tidak kurang hebatnya. Memiliki wajah yang tampan, kulit putih bersih dan berbadan tegap. “Abang pun apa kurangnya. Kacak, tampan dan mempunyai personaliti yang menarik. Tentu ramai awek keliling pinggang,” giat Suwaibatul
“Mana ada! Abang hanya manusia biasa sahaja.” Darwisy merendah diri.
“Dia tinggal kat sekitar sini ke?” tanya Darwisy sambil menunjukkan gambar Damia.
“Aah... tapi jauh sikitlah.”
Mustahil gadis stesen minyak tu tinggal di sini. Bukan ke jauh dia nak pergi kerja seandainya tempat tinggal dia di sini? Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Lagipun gadis di stesen minyak tu lebih cantik daripada dalam gambar ni, gumam Darwisy sambil menggaru-garu dagunya. Laaa... aku ni pun satu hal! Yang aku sibuk fikir pasal dia buat apa? Lantaklah... tempat kerjanya jauh dari rumah ke tidak! Macamlah dia tu bawah tanggungjawab aku. Hisy... kacau-kacau jiwa aku jika asyik fikirkan perempuan ni! Bisik hati Darwisy sambil menggelengkan kepalanya.
Selepas kematian papanya, hubungan Damia dengan mamanya agak renggang kerana mamanya suka memaksa dan mencatur kehidupanya.
“Mama ada hal nak cakap dengan Sayang,” ujar Dr. Karina.
“Hal apa mama?” Hati Damia sudah bergendang hebat. Perkara apakah yang hendak mamanya sampaikan.
“Ini gambar-gambar calon bakal suami Sayang. Mama nak Sayang kenal hati budi mereka. Mama juga nak Sayang aturkan pertemuan dengan mereka. Seelok-eloknya esok, memandangkan mereka semuanya bercuti hujung minggu. Ingat... jangan cuba malukan mama.” Usai mengeluarkan arahan, mamanya keluar meninggalkan dia keseorangan.
Memori semalam menerjah kembali lorong ingatan Damia. Ingat lagi dia akan permintaan mamanya supaya pulang ke rumah. Rupa-rupanya mama bukannya rindu akan dirinya tetapi punya agenda tersendiri. Sakit hatinya mengenangkan sikap mamanya itu.
“Kenapa mama buat Sayang begini?” ujar Damia lirih.
Di zaman serba canggih dan berteknologi tinggi ini masih ada lagi ibu bapa yang mengongkong hidup anak-anak mereka. Kenapa ada lagi segelintir ibu bapa yang sibuk hendak memilih pasangan hidup untuk anak-anak mereka? Bukankah elok jika mereka diberi dipilihan dan kepercayaan untuk memilih pasangan hidup mereka sendiri? Damia benar-benar lelah meniti hari yang mendatang.
Damia meneliti tiga keping gambar yang berada di tangannya. Menurut mama, mereka ini adalah anak kawan-kawannya atau dengan kata lain pesakit yang sering mendapatkan rawatan di hospital mamanya bertugas. Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Dr. Karina Raj Abdullah. Mamanya mendapat pangkat Dato’ pada tahun lepas. Mamanya juga merupakan doktor pakar di salah sebuah hospital swasta bertaraf lima bintang di ibu negara.
Damia meneliti satu persatu nama yang tertulis di setiap keping gambar tersebut. Benjamin Asyraf bin Dato’ Brahim. Emm... berkulit sawo matang. Anak tunggal. General manager di Berjaya Teguh Sdn. Bhd. Hobi melancong. Damia mencebik melihat gambar tersebut. Melancong ke melencong, desis hatinya.
Dia meneliti gambar yang kedua. Fauzan Taufiq bin Dato’ Faizal. Hai... mama... mama...!!! Semua pilihan calon menantunya anak-anak Dato’ belaka. Berkelulusan dari universiti Ohio. Berkulit hitam manis. Hobi suka aktiviti lasak. Oooo.... aktiviti macam mana tu??? Dari gambar kedua, Damia meneliti gambar yang ketiga.
Emm.... yang ni lain sikit kerabat raja! Damia mencampak gambar-gambar tersebut ke sisi. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Serabut kepalanya melihat gambar yang ketiga itu. Langsung tiada ciri-ciri lelaki idamannya. Berambut panjang. Pakai seluar koyak-rabak. Baju pula masya-ALLAH... menakutkan!!! Puan-puan faham-faham sendiri ajelah style pakaian anak muda zaman sekarang.
Bingung dengan masalah mamanya Damia pergi mencari ketenangan tidak menyangka dia terpaksa menerima takdirnya yang tidak pernah dalam mimpinya. Niat darwisy ingin membantu tetapi disalah ertikan.
“Sepatutnya awak berterima kasih kepada saya sebab selamatkan awak dan rawat awak malam tadi,” tempelak Darwisy.
“Ada saya suruh encik ambil berat pasal saya? Tak ada kan..?” Damia juga tidak mahu kalah dalam perdebatan itu.
Eh... perempuan ni!!! Aku dah tolong dia pun dah cukup baik. Bukannya nak berterima kasih dengan bantuan yang diberi, berlagak lagi adalah!!! Patutnya semalam aku biarkan sahaja dia mati kesejukan kat luar sana tu, biar padan muka dia!!! gumam Darwisy. Dalam pada itu, bibirnya sempat menguntum senyuman nakal pabila teringatkan peristiwa menukarkan pakaian gadis sombong dan berlagak itu. Menyesal pulak dia menutup mata.
Ini kalau tersenyum-senyum macam orang tiga suku mesti ada benda kotor yang dia teringat dalam kepala, bisik hati Damia. Jangan-jangan dia teringat... Damia menelan air liurnya berulang kali sambil melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Argh....” Damia menjerit sekuat hati.
Darwisy segera menekup mulut Damia. Haru seandainya ada orang yang mendengar nanti. “Yang awak menjerit macam kena sampuk ni kenapa? Awak nak suruh orang datang serbu sini?” marah Darwisy.
Damia menggeleng kepalanya berulang kali tanda tidak mahu. “Tadi tu kenapa encik tersenyum maut macam tu? Encik tentu ada terfikir atau teringat perkara yang bukan-bukan dalam kepala otak encik yang sengal ni kan...???”
Membuntang biji mata Darwisy memandang Damia. Dia tidak percaya yang Damia mampu membaca apa yang tersirat dalam kepala otaknya. “Hisy... awak ni, suka fikir yang bukan-bukan. Tak baik tahu awak menfitnah saya. Dalam dunia ni dah susah dah awak nak jumpa lelaki sebaik dan kuat imannya seperti saya,” ujar Darwisy bersahaja.
Damia mencemikkan mukanya tanda tidak bersetuju. Iyalah tuuu...
Dalam pada Darwisy dan Damia berperang mulut. Terdengar suara orang memberi salam. Darwisy sudah keresahan. Bala apakah yang bakal menimpanya seketika nanti? Damia juga sudah tidak senang duduk. Janganlah orang kampung Pak Longnya datang membuat serbuan. Tentu malu Pak Longnya nanti.
Darwisy membuat isyarat supaya Damia diam. Jam sudah menunjukkan enam lima puluh lima minit pagi. Damia juga masih belum menunaikan solat Subuh. Tak akan dia hendak pulang dengan pakai yang seksi sebegini? Mahu pengsan orang kampung bila terlihat akan dirinya nanti. Tak pasal-pasal dia dikatakan gila.
Darwisy dengan berat hati membuka pintu. Pucat muka Darwisy melihat seorang lelaki berkopiah berdiri tegak di depan pintu chaletnya.
Lelaki yang lengkap berkopiah itu menerpa masuk. Terkejut bukan kepalang pabila melihat muka anak saudaranya yang sembab dan bercucuran air mata serta dalam keadaan mencurigakan. Kamal meneliti raut wajah anak muda yang berada di hadapannya.
Sewaktu dia pulang ke rumah malam tadi sangkanya Damia sedang tidur. Seawal jam lima pagi, isterinya Anisah memberitahu dia bahawa Damia tiada di dalam biliknya. Hatinya bimbang dan rungsing bukan kepalang. Selesai solat Subuh, dia keluar mencari anak saudaranya di sekitar pantai. Kamal bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak saudaranya itu. Setibanya dia di hadapan sebuah chalet, jantungnya bagaikan hendak gugur tatkala melihat selipar dan pakaian anak saudaranya bersidai di berada chalet tersebut.
Kamal merangkul bahu Damia. Kasihan dia melihat riak sedih yang jelas terpancar di wajah anak saudaranya itu. Nasib anak saudaranya bertambah malang selepas adiknya Dasuki Aqtar meninggal dunia. Adik iparnya Karina langsung tidak mengambil berat tentang Damia. Dunianya hanya bekerja dan memperkukuhkan lagi kerjayanya. Anaknya yang seorang ini langsung tidak diambil peduli. Dia perlu bertindak. Sekiranya berlaku sesuatu ke atasnya, sekurang-kurangnya ada orang yang akan menjaga anak saudaranya kelak.
“Pak cik hendak kamu bertanggung jawab ke atas anak saudara pak cik ini,” luah Kamal tegas sambil memandang wajah Darwisy.
Buntang mata Darwisy memandang lelaki yang berada di hadapannya saat ini. Mana mungkin dia sanggup bernikah dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Mahu kena serangan jantung bonda dan ayahnya nanti. “Maaf pak cik, saya tak mampu melaksanakannya. Lagipun saya tidak buat apa-apa ke atas anak saudara pak cik. Saya hanya membantunya semalam. Itupun sebab dia pengsan di hadapan chalet saya,” terang Darwisy sopan. Dia masih mampu mengawal perasaan marahnya.
“Mia juga tak bersetuju dengan cadangan Pak Long. Mia masih muda dan tak kenal dengan lelaki ini,” terang Damia dengan linangan air mata.
“Pak Long tak kira. Kamu berdua mesti bernikah hari ini juga. Keputusan Pak Long adalah muktamad,” tegas Kamal.
“Dan kamu anak muda, jangan cuba hendak melarikan diri!” Kamal menelefon pekerjanya supaya datang ke chalet Kenanga 2. Tujuannya adalah untuk menghalang Darwsiy daripada cubaan melarikan diri.
Setelah menunggu tak kunjung tiba Damia nekad untuk mencari suaminya tetapi hatinya remuk bila apa yang dilihat.
Setelah menunggu tak kunjung tiba Damia nekad untuk mencari suaminya tetapi hatinya remuk bila apa yang dilihat.
“Sayang masuk dulu cari Darwisy, Ucu nak parking kereta.”
Dalam keadaan debaran yang mengganas hebat, Damia mengatur langkahnya. Matanya melilau mencari wajah suaminya. Mujurlah hari ini dia berbaju kurung. Maklumlah hendak bertandang ke rumah keluarga mentua. Atas nasihat neneknya dan inginkan perubahan setelah bergelar isteri, Damia mula memakai tudung. Menurut neneknya, kecantikan dan aurat seorang isteri hanyalah sesuai untuk tontonan suaminya sahaja.
“Jemput duduk cik,” arah satu suara.
Damia menoleh melihat siapakah gerangan yang menyapanya. Mungkin petugas untuk majlis ini bisiknya.
“Emmm.... boleh saya tahu ini majlis perkahwinan siapa?” Tanya Damia ramah.
“Oh... ini majlis perkahwinan anak lelaki Tengku Dzulkarnain dan Tengku Faridah! Kalau cik nak bertemu dengan mempelai, cik kena tunggu sekejap sebab mereka tengah makan beradab.” Tunjuk gadis itu bersama senyuman manis.
Mata Damia mencari arah yang ditunjukkan oleh petugas itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berjalan menghampiri meja pasangan pengantin tersebut. Hancur luluh hatinya melihat senyuman manis yang terbit daripada bibir pasangan pengantin itu.
Patutlah Darwisy tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya. Apa tujuan kata-kata Darwisy dalam suratnya tempoh hari? Adakah sekadar ingin menyedapkan hatinya dan menutup temberang lelaki itu? Atau ingin menunjukkan kononnya dialah lelaki yang paling budiman tetapi apa yang terzahir adalah sebaliknya?
Dengan hati berlagu pilu, Damia meninggalkan majlis itu. Sekeping harapan yang telah Darwisy persembahkan kepadanya hancur berkecai. Janji-janji Darwisy adalah palsu semata-mata. Tidak jauh dari pintu pagar kelihatan Ucunya. Tanpa tertangguh dia terus memaut lengan Ucunya dan mengarahkan agar mereka segera beredar.
Kesakitan yang Darwisy tinggalkan sedikit terubat apabila dia disahkan hamil. Mujurlah dia tidak mengalami sebarang masalah dan alahan sewaktu hamil. Pasti dia terpaksa menangguhkan pelajarannya sekiranya perkara itu terjadi. Nasib baik juga ada Reqza yang sudi membantu dan mengambil berat akan dirinya. Reqza juga sanggup membatalkan hasratnya untuk terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian memandangkan dia masih enggan pulang.
Terima kasih Nor Hapisah untuk review SPH.
ReplyDeleteSemoga terhibur membc karya yg tidak seberapa itu
Sama-sama.. Unie Dayana
Deletesemoga kita akan bersama-sama berkongsi sesuatu yang indah itu bersama dan lahirnya karya yang kedua ni akan lebih dihati peminat....
nama ape production novel nie ??
ReplyDeleteLovenovel Publication ( LNP) kalau nak order boleh pergi ke web ni http://lovenovel.com.my/ syarikat terbitan baru. tak banyak novel keluarannya.... cerita ni lebih pada kekeluargaan. kalau nak boleh beli dengan penulis pun boleh ...
Deletememang banyak novel diadaptasi skrg. dah macam kat latin plak rasanya
ReplyDeleteEin betul tu .... sekarang dah terlalu byk cerita novel kat TV ....
Deletebest ke novel nie.. kalo best nak beli wat koleksi
ReplyDeletekalau nak tanya novel ni best ke tidak.... saya akan cakap best sebab novel ni saya baca dari e-novel di blog penulis.... rasanya di book store dah ada novel ni ... tetapi lebih mudah beli di online http://lovenovel.com.my/
Delete