Thursday, 27 February 2014

NOVEL PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA


Andai mampu aku putarkan putaran dunia.....


Novel Limited Edition atau pun Edisi terhad mendapat sambutan hangat.  Cerita E-novel yang hangat ini Acik Lana memutuskan untuk mencetak sendiri bagi menyempurnakan impian para peminatnya. Tak silap saya Acik Lana mencetak 3000 naskah pertama untuk peminatnya. Oleh kerana permintaan terlalu ramai Acik Lana mencetak kali kedua sebanyak 1000 lagi. Kerana masalah-masalah tertentu Acik Lana nekad untuk tidak mencetaknya lagi. Kini ramai yang mencari novel ini, pada yang tidak memiliki mereka sanggup membeli dengan harga ratusan ringgit . Saya memang mengikut perkembangan Acik Lana dan setiap tahun pasti jumpa dengan Acik Lana mendapat BIBIR BESAR dari penulis kesayanganku . 

Kita lupakan cerita tentang diri Acik Lana dulu dan kita cerita tentang karyanya yang "owesome" tu . Setiap novel Acik Lana mempunyai kekuatannya tersendiri. Itu memang saya tak nafikan. Dari novel pertama hingga sekarang kita boleh nampak gaya penulisan lebih bermutu dan penceritaan yang lebih menarik. Begitu juga novelnya kali ini Perempuan yang paling aku cinta. Kematangan watak dalam cerita menampakkan cerita itu hidup. Memiliki novel lebih dari setahun ni memanggil saya membuat review kali ini. Pada yang tak pernah baca boleh baca enovel di blogs Acik sendiri. 

Projek terbaru syarikat Bunga berkerja memerlukan seorang photographer profesional bagi mempamerkan rekaan terbaru barang kemas syarikatnya. Syarikat K-Kim dipilih untuk sesi photografi . Bunga diarahkan mengetuai projek sesi photografi dengan syarikat K-Kim. Disinilah bemula episod Bunga dan Karl Hakimi. Pertemuan pertama Bunga dan Karl Hakimi bermula dengan satu kemalangan kecil. kemudian pertemuan di pejabat K-Kim. Pertemuan itu mengingatkan Bunga pada lelaki yang pernah merubah hidupnya tujuh tahun yang lalu. Tetapi tidak pada Karl Hakimi malah dia langsung tidak pernah mengingat gadis itu. Tujuh tahun dulu Bunga naif mengenal cinta dari lelaki itu hingga mengobankan kesuciannya. Kini yang ada hanya dendam dan kemarahan yang menggunung. Selapas kejadian itu Bunga banyak memberi alasan untuk tidak berjumpa dengan Karl Hakimi. Arahan tegas Elman pemilik syarikat membuatkan Bunga kadang kala terasa hati dengan sikapnya sengaja mengambil kesempatan dengan mengunakan kuasa Vetonya sebagai boss. 

Karl hakimi mencari punca mengapa Bunga sering melarikan diri dari dirinya. Dengan bantuan Ramlan sahabat semasa kolejnya dulu meceritakan apa yang berlaku pada Bunga setelah Karl Hakimi meninggalkannya kerana mengikut papanya ke London. Karl Hakimi tidak menyangka Bunga terpaksa dibuang kolej, lebih teruk lagi ayah dan mak Bunga membuangnya dan tidak mengaku anak kerana perbuatan yang memalukan. Karl menyesali dan ingin menebus segala kesalahannya dulu pada Bunga. Kemaafan yang dipinta tidak pernah diterima leh Bunga malah Bunga semakin membencinya dengan sikap Karl Hakimi tidak pernah mengenal erti jemu. 

Bunga keliru bila Elman melamarnya dan ingin memperisterikan Bunga. Berita gembira Bunga dilamar sampai ditelinga Karl Hakimi. Bunga pulang kekampung Hidayanh merangkap keluarga angkatnya. Menerima Bunga dengan terbuka hati disaat Bunga dibuang keluarga dulu. Karl Hakimi mencari Bunga hingga kekampung memujuk Bunga agar menerima dirinya. 

Pertemuan yang tidak disangka budak lelaki yang bernama Eusof Iman mengingatkan Bunga pada dosa yang dilalukan 6 tahun dulu. Bunga tidak pernah menggugurkan kandungannya seperti yang diceritakan pada Hidayah. Bunga melarikan diri selama 8 bulan kerana melahirkan anak . Dan anak itu ditinggalkan kerana tak mahu menaggung malu. Setelah usaha mencari berjaya Bunga disyaratkan untuk berkahwin jika mahu mendapat hak penjagaan anak itu. 

Keengganan Elman menerima Eusof menimbulkan rasa kecewa pada Bunga . Kesungguhan Karl Hakimi yang sentiasa sabar dengan kerenah Bunga menerima Bunga dan anak yang tidak bersalah tanpa syarat. Dengan restu ibu Bunga dan Karl Hakimi dinikahkan tanpa kehadiran ayah yang masih berkeras hati enggan anak yang pernah melakukan dosa. Bukan mudah keluarga angkat Eusof memberi hak penjagaan pada Bunga dan suami. Tetapi dengan kesabaran Bunga dan Karl Hakimi impian Bunga membuahkan hasil.  Kebahagian yang hilang  sekian lama kini kian subur dengan penerimaan keluarganya serta kehadiran Karl Hakimi dan Eusof. Pada Karl Hakimi menerima Bunga dalam hidupnya adalah satu anugerah kerana Bunga adalah Perempuan yang paling dicintainya. 


Wajah- wajah ceria penulis dan peminat di pesta buku 2 tahun berturut-turut.


pesta buku 2012
pesta buku 2013
Dapat BIBIR BESAR 























Sinopsis dari kulit novel
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi



Petikan-petikan menarik dari novel .
Kerana satu tugasan
"You tahu I dah setkan appoiment you dekat studio tu,kan? Yo tak boleh lambat.K-Kim tu bukan sembarangan photographer. Kita nak set appoiment ni dengan dia pun bukan main susah lagi.." Bunga terenyum kelat. Gagal juga dia mahu meraih simpati Elman. Sudahnya kena marah juga!
"I know I salah. And I'm sorry for that. Tapi sempat lagikan I nak prgi?? Mana proposal yang you suruh I tunjukkan pada dia tu?"
Lambat-lambat Elman menghulurkan fail yang agak tebal kepada Bunga. Wajahnya masih serius. Dia mahu Bunga melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.
"You serahkan ni pada K-Kim dan pastikan dia setuju semua syarat dalam tu. I tak nak orang lain ambil gambar collection terbaru kita ni. II nak dia juga. No matter what, you need to ensure that you'll get him this project."
Arahan tegas daripada Elman membuatkan Bunga menelan liur. Kebelakangan ini kecoh benar di pejabatnya dengan nama K-Kim. K-Kim ialah nama samaran seorang jurugambar yang begitu terkenal sejak kebelakangan ini. Dengar khabar hasil kerja lelaki dari England itu telah pun diitiraf di peringkat antarabanga dan mendapat liputan yang sangat gah disana.

Pertemuan yang diatur merubah harinya.
"You?!" Serentak kedua-duanya meluahkan kata. Bunga mengetap bibir. Pantas dia bangkit berdiri dengan perasaan yang cemas. Demi Tuhan, kenapa sehebat ini ujian yang perlu dia temputhi? Kenapa dia perlu menghadap wajah lelaki yang amat dibencinya ini berulang kali? Kaki terasa mengigil, seluruh ototnya lenglai, dia benar-benar berasa lemah. Tatkala lelaki itu menghampirinya, perasaan menjadi kian kalut. Dia benci dengan haruman yang erbit dari tubuh tegap itu. Dia benci semuanya!
"What's wrong with you, girl? You ni pelik, every time you nampak I you akan tunjuk muka macam ni. Have we met before? I mean.. sebelum accident tadi, kita pernah jumpa ke ?" soal Karl Hakimi serba salah. Terlalu ramai perempuan yang datang dalam hidupnya, mungkinkah dia terlepas pandang pada gadis yang seorang ini?
Sebelum sempat soalannya berjwab, gadis itu sudah tergesa-gesa keluar dengan wajah yang merah padam. Dia langsung tidak mempedulikan panggilannya. Terkebil-kebil dia melihat tubuh gadis itu hilang diebalik pintu. Dengan peraaan hairan, dia ikut sama keluar dari bilik. Dia tidak mahu ditinggalkan begini. Dia perlu tahu kenapa gadis itu seolah-olah terlalu membencinya.
"Jess , mna girl tadi?" soalnya kepadaJeslina yang duduk dimeja berdekatan biliknya.
"You mean, Cik Bunga?" Kening Karl Hakimi berkerut-kerut. "Nama dia Bunga?"
"Yup, Bunga. Dan apa kena dengan dia tu? Lari keluar mmacam nampak hantu. You buat apa kat dia?" tanya Jeslina dengan pandangan penuh syak wasangka. Sudah masak benar dia dengan perangai nakal bosnya itu. Karl Hakimi tidak lagi mendengar apa yang disuarakan oleh Jeslina,atau apa juga riak di wajah pembantunya itu. Apa yang bermain di kepala hanya satu , sebaris nama yang bagaikan pernah singgah dalam hatinya. Bunga Bunga yang itukah? My flower?

Kemaafan yang dipinta kebencian yang diterima
"Jadi itu apa yang you fikir selama ini? You sangka lepas you pergi, I happy terkinja-kinja dengan life I? soal Bunga tersekat-sekat. Karl Hakimi mengerutkan kening, terpinga-pinga dengan ucapan dari bibir Bunga. "You did't?"
Padangan Bunga kembali terhala ke arah Karl Hakimi yang redup merenungnya. Demi Tuhan, lelaki ini memang kejam! Dia benar-benar tidak percaya yang Karl Hakimi menganggap dia boleh berasa gembira setalah ditinngalkan 'bersisa' begitu dan masih boleh hidup eperti biasa. Peraaan benci dan geram semakin kukuh bersemi dalam hatinya pada saat ini. Bunga menolak kasar kerusinya dan segera bangkit berdiri. Semakin lama dia berhadapan dengan seraut wajah nin, semakin luluh hati dan peraaannya. Karl Hakimi ikut sama bangun dan menghalang dia daripada melangkah pergi.
"Bunga, you don't have to act like this. Kalu you marah sangat dengan apa yang berlaku dulu, I am so sorry. Tapi apa yang berlaku bukan kemahuan I sorang, you tak boleh salahkan I hundred percent, right?"
Berdesing telinga Bunga dengan kata-kata Karl Hakimi. Renungan tajamnya sekali lagi bertembung dengan anak mata coklat lelaki itu.
"Fine, memang bukan salah you seratus peratus," ucap Bunga dengan perasaan bercampur baur. Seketika hatinya panas membara, seketika kemudian dicuit pula rasa sebak dan pilu."But it still hurt you're going completely okay without me.." Karl Hakimi terentak. Berderau darahnya dengan kata-kata Bunga yang sayu mencecah telinga. Nadanya perlahan, namin sudah cukup menikam perit sekeping hatinya.

12 comments:

  1. Bila baca sinopsis ini sepintas lalu, penceritaan nye seakan sama dengan drama jika itu takdirku tv3 ahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kelainan rasanya ... kalau dalam drama mak Hero tak suka dgn Heroin. tetapi dalam novel keluarga Hero menerima Heroin dgn hati yg terbuka. persamaannya bila mereka bertemu selepas perpisahan yang melukakan dan menyimpan rasa dendam ....

      Delete
  2. U nk jual tk buku ni? I dh caRi lama tk dpt. Klu nk jual pls ctc sy kt puteridiamond@gmail.com ok. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ... Novel ni I tak nak jual .. I pun ada satu jeee...

      Delete
  3. awak boleh kasi rent tak.novel ni saya x sempat nak order sbb time penulis bukak order saya still sekolah.kalau boleh email cancergirl.ainaa@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ...
      Maaf Akayy afiqah ... Akak tak akan rent novel ni ... akak sayang sangat novel ni..

      Delete
  4. Sy nak sgt baca novel ni..please bg thu kt mane ade jual novel ni?? sy nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah .. sebab ada 2-3 kali ada orang nak jual secondhand tpi harga mahal... biasanya mereka jual kat group ack lana kat fb "Luahan otak kecil" cuba laaa tengok kt sana ...

      Delete
  5. Assalamualaikum. . Sis boleh saya pinjam novel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ... Dik ..
      Minta maaf akak tak pernah bagi orang pinjam.
      Novel akak hak koleksi peribadi.

      Delete
  6. Macam mana ye saya nak dapatkan novel ni. Saya faham sis bagi pinjam sebab koleksi novel saya pun saya tak bagi orang pinjam.

    Harap sis boleh bagi info.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, akak. Boleh tak saya nak tanya akak pasal buku ni sebab saya tak sempat beli. Dari pembacaan dan pemahaman akak la kan, Bunga ni cintakan Elman atau tidak? Kalaulah Elman ni sudi terima Eusof, Bunga memang sudi ke nak kahwin dengan dia? Boleh komen sikit tak, akak?

    ReplyDelete