Cinta bukan untuk diperdagangkan
Kasih sayang bukan sekadar lakonan...
Karya ketiga Dayana Darwisy yang membawa kita satu novel santai dan menghiburkan. Kali ini karya Dayana Darwisy dibawah terbitan Penulisan2u bulan Mac 2014. Novel setebal 655 muka surat ini membongkar cinta Shahrul Hairi dan Salmiha Haini.
Jom review jalan ceritanya Shahrul Hairi seorang anak muda yang berkerjaya dan berharta. Berjawatan sebagai Juruterbang dan akan bersara kerjayanya demi janji pada ayahnya. Sebelum dia bertugas di Syarikat Tan Sri Shahdan ayahnya. Impian Shahrul Hairi ingin mencari isteri yang sopan dan menjaga perlakuan tetapi hidupnya dikelilingi wanita mata duitan dan bukan ikhlas menyanyanginya. Lebih memeningkan, Ayahnya Tan Sri Shahdan dan ibunya Puan Sri Zainon sudah memiliki calon yang sesuai untuk Shahrul Hairi. Aspalela , sepupunya antara calon pilihan Puan Sri Zainon. Tan Sri Shahdan memberi satu tempoh pada anaknya Shahrul Hairi mencari pilihan hati jika tidak Shahrul Hairi terpaksa mengikut pilihan orang tuanya.
Shamiha Haini anak yatim piatu selepas kedua orang tuanya meninggal dunia. Selepas kematian ayah Shamiha Pak lang Yusof ( suami Mak lang Salmiha ) yang meneruskan perniagaan keluarga. Shamiha Haini tidak bersetuju dengan cadangan pak Lang yang ingin menjodohkan dirinya dengan anak sahabatnya demi memperluaskan empayer syarikatnya. Salmiha Haini bukan terdesak sangat untuk berkahwin , Padanya perkahwinan adalah yang suci cukuplah insan biasa dan mampu mengimamkannya. Bukan paras rupa dan kekayaan menjadi keutamaan. Kerana berkecil hati Shamiha Haina melarikan diri ke Johor.
Dalam perjalanan ke pejabat Shahrul Hairi telah berlakunya satu kemalangan kecil dengan Shamiha Haini yang bergegas ingin ke rumah asuhan Nur Kasih bagi membantu sahabatnya Sofea. Pertemuan itu memberi kesan pada Shahrul Hairi yang memerhatikan gelagat Shamiha Haini. Shahrul Hairi bila dipertemukan di pejabatnya . Shamiha Haini yang menghadiri sesi temuduga di syarikat milik Shahrul Hairi. Ketika itu Shahrul Hairi menyamar dengan Jambang dan bercermin mata tebal. Tiada seorang pun mengenali Shahrul Hairi yang sebenar. Sejak itu Shahrul Hairi sering memikirkan perempuan yang bernama Salmiha Haini.
Salmiha Haini ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Pak Lang. Shahrul Hairi bertembung lagi dengan Shamiha Haini di KLIA , ketika itu Salmiha Haini menangis. Salmiha Haini menangis kerana Pak Lang Yusof tetap dengan pendiriannya memaksa Shahima Haini berkahwin dengan anak kenalannya dalam sama terdekat. Salmiha kembali ke Johor setelah rundingan tidak berjaya. Salmiha Haini juga perlu melapor diri tempat kerja barunya.
Shahrul Hairi terkejut bila tempat rahsianya telah diceroboh. Alangkah terkejutnya Shahrul Hairi berjumpa dengan gadis yang sama di KLIA , Shahrul Hairi memberanikan diri untuk menegur dan menanyakan permasaalah gadis itu. Oleh kerana masalah mereka hampir sama Shahrul Hairi memberi cadangan agar mereka berkahwin bagi menyelesaikan masalah mereka. Entah bagaimana Salmiha Haini bersetuju untuk berkahwin dengan Shahrul Hairi yang baru dikenali itu. Dengan bantuan kawan baik Shahrul Hairi pernikahan secara kecil-kecilan berjalan lancar. Bermulalah kehidupan baru Shahrul Hairi dan Salmiha Haini sebagai suami isteri.
Shamiha Haini anak yatim piatu selepas kedua orang tuanya meninggal dunia. Selepas kematian ayah Shamiha Pak lang Yusof ( suami Mak lang Salmiha ) yang meneruskan perniagaan keluarga. Shamiha Haini tidak bersetuju dengan cadangan pak Lang yang ingin menjodohkan dirinya dengan anak sahabatnya demi memperluaskan empayer syarikatnya. Salmiha Haini bukan terdesak sangat untuk berkahwin , Padanya perkahwinan adalah yang suci cukuplah insan biasa dan mampu mengimamkannya. Bukan paras rupa dan kekayaan menjadi keutamaan. Kerana berkecil hati Shamiha Haina melarikan diri ke Johor.
Dalam perjalanan ke pejabat Shahrul Hairi telah berlakunya satu kemalangan kecil dengan Shamiha Haini yang bergegas ingin ke rumah asuhan Nur Kasih bagi membantu sahabatnya Sofea. Pertemuan itu memberi kesan pada Shahrul Hairi yang memerhatikan gelagat Shamiha Haini. Shahrul Hairi bila dipertemukan di pejabatnya . Shamiha Haini yang menghadiri sesi temuduga di syarikat milik Shahrul Hairi. Ketika itu Shahrul Hairi menyamar dengan Jambang dan bercermin mata tebal. Tiada seorang pun mengenali Shahrul Hairi yang sebenar. Sejak itu Shahrul Hairi sering memikirkan perempuan yang bernama Salmiha Haini.
Salmiha Haini ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Pak Lang. Shahrul Hairi bertembung lagi dengan Shamiha Haini di KLIA , ketika itu Salmiha Haini menangis. Salmiha Haini menangis kerana Pak Lang Yusof tetap dengan pendiriannya memaksa Shahima Haini berkahwin dengan anak kenalannya dalam sama terdekat. Salmiha kembali ke Johor setelah rundingan tidak berjaya. Salmiha Haini juga perlu melapor diri tempat kerja barunya.
Shahrul Hairi terkejut bila tempat rahsianya telah diceroboh. Alangkah terkejutnya Shahrul Hairi berjumpa dengan gadis yang sama di KLIA , Shahrul Hairi memberanikan diri untuk menegur dan menanyakan permasaalah gadis itu. Oleh kerana masalah mereka hampir sama Shahrul Hairi memberi cadangan agar mereka berkahwin bagi menyelesaikan masalah mereka. Entah bagaimana Salmiha Haini bersetuju untuk berkahwin dengan Shahrul Hairi yang baru dikenali itu. Dengan bantuan kawan baik Shahrul Hairi pernikahan secara kecil-kecilan berjalan lancar. Bermulalah kehidupan baru Shahrul Hairi dan Salmiha Haini sebagai suami isteri.
Kehadiran Max ( Maswan ) sahabat baik Shahrul Hairi menyimpan perasaan bila bertemu Salmiha Haini. Shahrul Hairi tak senang duduk bila sahabatnya mula menyuarakan hasrat untuk mengenali Salmiha Haini lebih rapat. Shahrul Hairi pantas berterus terang yang Salmiha Haini adalah isteri yang sah. Max terkejut selama ini dia telah mula suka pada isteri sahabatnya. Salmiha Haini mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Pak lang Yusof tentang perkahwinannya. Tetapi maki hamun yang diterima . Salmiha Haini redha dengan ketentuannya. Perkahwinan Shahrul Hairi dapat dihidu oleh Puan Sri Zainon ( ibu tiri) . Puan Sri Zainon berang bila mendapat tahu Shahrul Hairi berkahwin dengan pilihan hatinya. Puan Sri Zainon memaksa Shahrul Hairi menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Aspalela anak buahnya merangkap sepupu tiri Shahrul Hairi.
Pertengkaran itu membuat Salmiha Haini salah faham dan lari dari rumah. Dengan bantuan Sofea dan Muaz Shahrul Hairi dapat menjejaki isterinya. Salmiha Haini memulakan kerja ditempat baru. Bila melihat gelagat boss barunya membuat dia teringat dan rindu pada suaminya. Aspalela dan Puan Sri Zainon tak pernah putus asa. Mereka mencipta rancangan untuk menghancurkan hidup Shahrul Hairi. Rancangan mereka gagal bila mereka tidak sedar akan rancangan mereka pun diperhatikan. Puan sri zainon mendapat balasan yang setimpal dengan apa yag telah dilakukan dan Seribu dugaan yang datang pada Shahrul Hairi dan Slamiha tidak mengoyangkan cinta mereka . kerana mereka telah berikrar Sayang awak dan cinta awak selamanya.
Pertengkaran itu membuat Salmiha Haini salah faham dan lari dari rumah. Dengan bantuan Sofea dan Muaz Shahrul Hairi dapat menjejaki isterinya. Salmiha Haini memulakan kerja ditempat baru. Bila melihat gelagat boss barunya membuat dia teringat dan rindu pada suaminya. Aspalela dan Puan Sri Zainon tak pernah putus asa. Mereka mencipta rancangan untuk menghancurkan hidup Shahrul Hairi. Rancangan mereka gagal bila mereka tidak sedar akan rancangan mereka pun diperhatikan. Puan sri zainon mendapat balasan yang setimpal dengan apa yag telah dilakukan dan Seribu dugaan yang datang pada Shahrul Hairi dan Slamiha tidak mengoyangkan cinta mereka . kerana mereka telah berikrar Sayang awak dan cinta awak selamanya.
Sinopsis dari kulit novel
PERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA HAINI tidak dirancang. Pertemuan pertama juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati Shahrul Hairi. Pertemuan kedua di KLIA pula seakan-akan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar meruntun jiwa lelakinya.
Shahrul Hairi nekad, andai dia bertemu dengan gadis itu buat kali ketiga, dia akan melamar gadis itu sebagai permaisuri hidupnya. Namun hendak mendekati gadis impiannya bukanlah semudah yang dijangkakan. Bukan senang seperti yang digambarkan. Gadis itu terlalu sombong dan cengil.
“Cantik sangat ke bintang tu, sampai saya tegur buat tak tahu aje?” - Shahrul Hairi
“Kenapa awak nak menyibuk? Lantak saya la, nak tengok ke... Nak renung ke... Nak telan bintang tu sekalipun! Apa awak peduli?” - Salmiha Haini
Dan pertemuan ketiga menyebabkan Shahrul Hairi tidak melepaskan peluang. Masing-masing dilanda masalah yang harus diselesaikan dengan segera sekaligus menjadi batu loncatan untuk mereka melepaskan diri dari masalah yang membelenggu.
“Apa kata kita saling menolong? Saya tolong awak dan awak tolong saya.” - Shahrul Hairi
“Kalau awak nak jadi gila, jangan heret orang lain untuk sama-sama jadi miring macam awak boleh tak, cik abang handsome.” - Salmiha Haini
Shahrul Hairi sendiri pelik akan dirinya sendiri. Nak kata dirinya tak laku, tidak! Terdesak pun langsung tidak. Dia masih ada peminat dan sering menjadi buruan si gadis manis dan jelita. Tapi yang pelik bin hairannya, kenapalah balik-balik Si Salmiha Haini yang suka menjeling itulah yang menjadi pujaan hatinya?
Adakah itu namanya cinta? Haila... Pelik sungguh apabila melibatkan hati dan perasaan. Biar ditolak, biar ditengking sekalipun, dia tetap bertahan. Hatinya terlalu degil untuk mahu mengaku kalah. Ibarat berpantang ajal sebelum maut. Akan tetap kugapai dirimu wahai bintang hatiku… Mampukah dia mendapatkan cinta si pencuri hatinya itu jika si dia sering menolak dan menjauhkan diri?
Petikan -petikan menarik dari novel
Dalam satu insiden
SALMIHA HAINI dan Sofea memecut laju motosikal masing-masing. Mereka benar-benar sudah kelewatan. Sepatutnya pukul 6.30 pagi lagi mereka sudah berada di Nur Kasih. Tapi kini, mereka masih lagi terhegeh-hegeh di atas jalan raya. Ini semua gara-gara tidur lewat malam tadi. Kesian Wani dan Kak Bibi. Pasti mereka tak menang tangan ketika ini.
“Aduh... sakitnya!” Salmiha Haini terjerit kecil. Visor helmetnya ditolak ke atas. Dia ingin melihat telapak tangannya yang terasa perit. Bulat mata Salmiha Haini saat melihat telapak tangannya.
“Makkk... lukaaa...!!!” Panjang jeritannya. Mesti bingit telinga-telinga yang mendengarnya. Lantas helmet ditanggalkan. Tergopoh-gapah Sofea menongkat motosikal dan menghampiri sahabatnya. Risau juga dia jika Salmiha Haini cedera teruk.
“Tolong aku Sofea...! Tolong aku! Habislah kurang duit hantaran bila bakal suami aku lihat parut kat tangan ni nanti.” Tangis Salmiha Haini. Habis melecet dan berdarah telapak tangannya itu. Sofea pandang wajah Salmiha Haini dengan rasa tidak percaya. Takde benda lain ke nak sebut? Sengal betul temannya ini!
“Hesy... kau ni! Biar benar? Setakat melecet ciput macam ni, takdenya tinggal parut,” omel Sofea sambil membelek tangan sahabatnya. Setelah itu motosikal kawannya diangkat dan ditolak ke tepi.
“Besar macam ni kau kata sikit? Kau biar betul?!” Salmiha Haini tidak berpuas hati.
“Ini kau punya pasallah! Ajak bersembang sampai pukul empat pagi. Tengok... dah bangun lewat. Sampai aku ‘subuh gajah’,” rungut Salmiha Haini. Terlupa dia seketika tentang lelaki yang dilanggarnya tadi.
“Eh... kau nak salahkan aku pulak? Yang kau tu keluar simpang tak tengok kanan kiri apa hal? Main aci redah aje! Macam tak reti peraturan lalu lintas,” sindir Sofea.
“Habis tu... kau asyik cakap cepat-cepat, takut nanti kita terlambat. Jadi aku ikutlah cakap kau,” marah Salmiha Haini.
“Betul ya takde tinggal parut?” Salmiha Haini menunjuk kembali tangannya.
“Kesian bakal suami aku kalau dapat isteri yang dah tak cun-melecun,” ujar Salmiha Haini sambil membelek tubuh badannya. Mujur takde anggota lain yang cedera atau patah riuk, getusnya. Mak aii... dia ni! Buat drama queen pulak kat sini, gumam Sofea. Bukannya risau tentang kesakitan yang dialami tapi risau tentang calon suami. Helo, kawan! Pakwe pun jauh panggang dari api, ini kan pulak nak ada calon suami?! Rasanya teman dia ni terlajak mamai kut. Mana nak datangnya calon suami kalau semua yang datang nak berkenalan ditolaknya ke tepi.
“Tak ada apalah Miha. Sapu minyak gamat, baiklah tu nanti,” pujuk Sofea. Dia menjeling sekilas jejaka yang sudah terduduk di bahu jalan ekoran hampir disondol motosikal yang ditunggangi sahabatnya. Mujur juga dia tunggang motor sendiri. Jika tidak... dengan dia sekali tunggang langgang terjatuh.
“Ehem... ehem...” Salmiha Haini menepuk sedikit dahinya. Terlupa dia akan lelaki yang hampir dilanggarnya sebentar tadi. Desis kesakitan juga kedengaran dari ulas bibirnya. “Maaf ya sebab hampir langgar abang tadi,” pinta Salmiha Haini. Muka lelaki itu dibuat pandang tak pandang sahaja. Konon-kononnya hendak jaga aurat mata. Padahal takut kena maki. Apa jenis perempuan hari ni lah? Nak minta maaf, tapi mata pandang ke lain. Apa, tak cukup kacak lagi ke dia ni? Bebelnya dalam hati. Lelaki itu bangun sambil menepuk seluarnya yang sedikit kotor.
Mujurlah dia sempat mengelak. Kalau tak, mahu tersadai di hospital hari ini. Tapi bukanlah salah gadis itu sebenarnya. Dia yang tergesa-gesa melintas jalan tanpa melihat kanan kiri. Tak pasal-pasal jatuh tergolek anak dara orang. Tapi tak akan terang-terangan nak mengaku salah. Ada nanti kena hempuk dengan dua orang gadis di hadapannya ini. Melihat lelaki itu mendiamkan diri, Salmiha Haini mengeluarkan dompetnya. Sekeping not lima puluh ringgit dikeluarkan bersama sekeping kad.
“Emmm... abang! Ini ada duit sikit, abang pergilah klinik buat pemeriksaan. Manalah tahu kalau-kalau ada anggota badan yang tercedera. Kalau tak cukup duitnya, abang telefon saya. Kat kad tu ada alamat dan nombor telefon saya,” ujar Salmiha Haini dengan perasaan gementar. Sayu hatinya melihat duit yang berada di tangan. Pasti bakal melayang duitnya hari ini. Sudahlah dia hampir ‘kekeringan’. Shahrul Hairi mengambil kad yang dimaksudkan. Ini kad zaman bila? Ada gambar kartun lagi. Berkerut dahinya melihat nama yang tertulis di situ. Puteri Mawar? Alahai... dia ni, biar betul! Keturunan bunga la... pulak!
Salmiha dibelenggu satu beban yang tak mampu ditanggung.
SOFEA tergamam apabila mendapati mata Salmiha Haini merah dan bengkak. Mesti menangis lagi sahabatnya itu. Apalah masalahnya kali ini? Atau masih lagi perihal yang sama? Rakannya yang sedang menghidangkan sarapan itu ditenung. Fikiran kacau pun masih lagi mampu buat sarapan? Kalau dia... memang duduk berkurung dalam bilik je. Malas nak keluar-keluar!
“Miha kenapa ni? Orang tua tu ganggu kau lagi?” Salmiha Haini angguk kepala. Dia tersenyum walaupun tidak semanis mana. Sofea mengeluh.
“Tak faham bahasa lagi ke orang tua tu? Bukan ke kau dah tegaskan pendirian kau?” Sememangnya Sofea tidak faham dengan kehendak bapa saudara Salmiha Haini. Lelaki itu bergelar bapa saudara pun sebab berkahwin dengan Mak Lang Salmiha Haini. Jika tidak, memang takde pertalian langsung! Agaknya dia fikir Salmiha Haini pernah menumpang di rumahnya maka Salmiha Haini wajib dan harus ikut segala perintahnya. Salmiha Haini menghela nafasnya. Wajah teman baiknya ditatap.
“Aku nak buat macam mana Fea? Dia kata... aku terima atau tidak, aku tetap akan dikahwinkan dengan anak kawannya itu. Aku dah buntu sekarang.” Hati Salmiha Haini sedikit tenang dapat berkongsi masalahnya dengan Sofea.
“Ala... kau lapor aje pada polis, habis cerita!” Sofea memberi cadangan. Salmiha Haini memandang tepat wajah Sofea.
“Ada ke... orang buat macam tu? Nanti kalau polis tanya aku apa sebabnya, aku nak jawab apa?” Soalan ala-ala bodoh cerdik sudah keluar dari mulut Salmiha Haini.
“Kau reka-rekalah cerita. Kau kata kat polis tu, bapa saudara kau yang tak guna tu ugut akan bunuh kau kalau kau tak setuju kahwin dengan pilihan dia.” Bulat mata Salmiha Haini mendengar cadangan teman baiknya.
“Boleh ke? Buatnya polis tahu aku menipu, tak pasal-pasal aku pulak yang masuk lokap!”
“Cerdik juga kau ni ya?! Memang pun kalau polis tahu kau buat aduan palsu, mereka akan humban kau masuk ‘dalam’,” ujar Sofea bersahaja sambil ketawa terkekeh-kekeh. Seolah-olah cadangannya yang tidak masuk akal tadi, tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada Salmiha Haini. Buatnya Salmiha Haini bersetuju menurut cadangannya, tak ke kes niaya? Salmiha Haini mencebik geram. Macam la... lucu sangat!
“Aku memang cerdik pun! Kau tak tahu ke? Nasib baiklah aku tak jadi pak turut. Kalau tak... memang gali lubang kubur namanya!” Sofea menarik sengih melihat wajah cemberut Salmiha Haini.
“Haa... apa kata kau lari. Tentu dia tak dapat cari kau lagi.” Berkerut-kerut dahi Salmiha Haini.
“Nak lari? Ke mana? Duit pun aku takde, kerja jauh sekali. Ada karang aku merempat tepi jalan. Lagipun Malaysia ni bukanlah luas sangat, pasti aku akan bertemu dengan orang tua tu juga. Cuma cepat atau lambat saja. Orang tua itu kan ramai kenalan. Mudah aje dia nak kesan aku.” Sofea angguk kepala. Benar juga apa yang Salmiha Haini katakan. Macam mana nak lari kalau poket kempis. Sengaja tempah bala namanya. Dan lelaki tua itu pasti ramai ‘kaki’.
“Kenapa kau tak cakap yang kau dah ada pakwe?”
“Masalahnya aku mana ada pakwe,” tukas Salmiha Haini. Geram pula dia dengan Sofea. Macamlah Sofea tidak tahu siapa dirinya. Dia manalah minat ada pakwe-pakwe ni.
Apa pilihan Shahrul Hairi bila Siayah memberi kata dua tentang jodoh
“Ayah tak kira. Kalau Rie tak berkenan dengan mana-mana perempuan dalam masa yang terdekat, Rie kena kahwin dengan pilihan ayah. Pilihan ibu tu kalau Rie tak suka, ayah tak paksa. Tapi pilihan ayah, ayah rasa dia sesuai untuk kamu,” tegas Tan Sri Sharman.
“Apalah ayah ni! Pilihan ayah dan ibu, dua-duanya tak menepati piawaian Rielah,” rungut Shahrul Hairi.
“Kamu ni cerewet sangat!”
“Habis tu, ayah tak cerewet? Ayah pun pilih sendiri kan pasangan ayah. Jadi bagilah kebebasan untuk Rie memilih dan mencari gadis yang benar-benar sesuai dan menepati cita rasa Rie.” Bayangan Salmiha Haini menjelma di ruangan matanya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.
“Ayah bagi tempoh sebulan dari sekarang. Jika tidak... Rie kena ikut cakap ayah.” Tan Sri Sharman memberi amaran.
Enam bulanlah ayah.” Shahrul Hairi membuat tawaran. Dia yakin dalam tempoh itu, dia mampu menambat hati seorang gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya. Tapi... masih single lagikah si dia? Belum tanya mana nak tau kan?!
“Enam bulan terlalu lama. Nanti panjang saja akal kamu hendak mencari helah.”
“Ayah ni!” Shahrul Hairi mula merajuk.
“Selama ni, ada ke Rie menolak segala kehendak dan permintaan ayah?”
“Memanglah tak ada. Tapi tindakan kamu kali ni manalah ayah nak jangka.”
“Selagi Rie ni anak ayah, ayah kena percaya pada Rie.”
“Baiklah! Ayah cuba percayakan Rie. Tapi... jika Rie cuba permainkan ayah, tahulah macam mana ayah nak buat,” ugut Tan Sri Sharman.
“Ayah nak buat apa?”
“Hehehe...! Rahsia!”
“Ayah ni... mana aci!” Shahrul Hairi merajuk lagi.
“Mana? Mana aci? Dia ada kat sebelah ayah atau sebelah Rie?” gurau Tan Sri Sharman. Shahrul Hairi sudah ketawa. Ayahnya ada sahaja idea hendak menyakat.
“Ingat! Tunjukkan menantu ayah dengan segera jika tidak mahu berkahwin dengan pilihan kami,” gertak Tan Sri Sharman.
“Baik! Rie setuju dengan cadangan ayah.” Shahrul Hairi yakin dia mampu menewaskan permainan yang diciptakan oleh ayah dan ibunya.
Bila rundingan memujuk tidak berjaya
“Assalamulaikum Pak Lang. Pak Lang sihat?” tanya Salmiha Haini lembut pabila nama Pak Langnya tertera di skrin telefon bimbit.
“Aku sihat. Aku cuma nak bagi tahu kau, aku dah terima lamaran Dato’ Bahar untuk anak lelakinya Irfan,” ujar Pak Lang Yusofnya tegas. Salmiha Haini yang ketika itu sedang menggoreng ikan, terasa hendak pitam mendengarnya. Segera api dapur gas ditutupnya.
“Tapi kenapa Pak Lang tak tanya saya dulu? Saya yang nak dikahwinkan, jadi saya ada hak untuk tahu,” bentak Salmiha Haini tanpa sedar.
“Aku dah telefon dan bagi tahu kau beberapa hari yang lepas, kau dah lupa?” Suara Pak Lang Yusofnya mula meninggi.
“Tapi saya tak beri apa-apa keputusan lagi.” Salmiha Haini masih membantah.
“Itu aku tak mahu tahu. Apa yang aku tahu... lagi lima minggu kau mesti balik, sebab majlis tunang dan nikah akan diadakan serentak. Minggu depan juga kau kena balik sebab nak uruskan prosedur nikah kahwin.” Mendengar perkhabaran itu Salmiha Haini sudah terduduk. Menangis.
“Ingat... kau mesti balik dan jangan cuba-cuba hendak memalukan aku. Jika kau lari atau buat hal, aku akan pastikan engkau menyesal seumur hidup,” ugut Pak Lang Yusofnya. Setelah itu panggilan diputuskan. Mengimbau kembali kata-kata Pak Langnya, air mata Salmiha Haini merembes laju hingga menghalang pemanduannya. Selepas memarkir keretanya, dia bergegas ke balai berlepas. Dia harus mencari Pak Langnya dengan segera. Mana Pak Lang ni? Gumam Salmiha Haini. Puas dia mencari namun bayang Pak Lang Yusofnya tidak kelihatan. Teringatkan Rafeah, dia segera menghubungi sepupunya itu. Namun panggilannya hanya masuk ke dalam peti simpanan suara.
Helo... Bik, Rafeah ada?” tanya Salmiha Haini ketika menghubungi kediaman Pak Lang Yusofnya. Rafeah merupakan anak tunggal Pak Lang Yusof dan arwah Mak Langnya. “Dia ikut tuan sekali,” terang Bik Murni. Salmiha Haini rasakan hendak hantuk kepalanya ke dinding. Dia benar-benar geram dan berang sekarang ini. Mujur Pak Langnya tidak ada di depan mata. Jika tidak tentu patah riuk tubuh lelaki itu dikerjakannya. Sesuka hati orang tua itu aje hendak menjadi matchmaker.
Jam sudah menunjukkan ke angka lapan malam. Batang hidung Pak Lang Yusof dan Rafeah langsung tidak kelihatan. Adakah Pak Langnya sudah pergi? Dan dia terlepas peluang untuk mempertahankan haknya? Air matanya semakin lebat merembes. Dia sudah tidak hiraukan lagi banyak mata yang memandang. Apa yang dia tahu, dia harus lepaskan semua yang terbeban dalam jiwanya. Sungguh... dia benar-benar tidak mengerti kenapa Pak Lang Yusofnya begitu membenci dirinya. Apa silapnya dan apakah dosanya, dia sendiri tidak tahu. Walhal dijaga tutur kata agar tidak menggores hati sesiapa dan sentiasa skema. Lidahnya acap kali dididik supaya tidak melantunkan bicara yang bisa menyengatkan halwa telinga sesiapa yang mendengarnya. Bahkan dikawal diri daripada melakukan sesuatu di luar batasan agar tidak mendatangkan aib kepada keluarganya. Bimbang dicanang dan dijaja dek orang akan tingkah laku buruknya. Pastinya nama arwah mama dan papanya terpalit jua, sedangkan mereka berdua sudah tiada lagi untuk mengiringi rentak perjalanan hidupnya di dunia ini. Salmiha Haini melangkah longlai. Air matanya masih lagi mengalir laju. Tanpa rasa malu dan segan, air mata dan hingus yang mengalir dikesat menggunakan hujung t-shirtnya. Jiwanya benar-benar kosong. Dia kebuntuan. Haruskah dia ikut kemahuan Pak Langnya dan biarkan hidupnya dalam penjara derita? Buatnya lelaki yang bakal dia nikahi itu kaki botol dan kaki perempuan, alangkah malang hidupnya. Andainya lelaki itu kaki judi dan kaki pukul, tidakkah makin bertimpa-timpa perit hidupnya. Perlukah dia melarikan diri sejauh yang mungkin atau bersembunyi? Tapi dia takut. Ancaman Pak Lang Yusofnya tidak boleh dipandang remeh. Bapa saudaranya itu mampu membuatkan hidupnya jadi lebih huru-hara nanti.
Jam sudah menunjukkan ke angka lapan malam. Batang hidung Pak Lang Yusof dan Rafeah langsung tidak kelihatan. Adakah Pak Langnya sudah pergi? Dan dia terlepas peluang untuk mempertahankan haknya? Air matanya semakin lebat merembes. Dia sudah tidak hiraukan lagi banyak mata yang memandang. Apa yang dia tahu, dia harus lepaskan semua yang terbeban dalam jiwanya. Sungguh... dia benar-benar tidak mengerti kenapa Pak Lang Yusofnya begitu membenci dirinya. Apa silapnya dan apakah dosanya, dia sendiri tidak tahu. Walhal dijaga tutur kata agar tidak menggores hati sesiapa dan sentiasa skema. Lidahnya acap kali dididik supaya tidak melantunkan bicara yang bisa menyengatkan halwa telinga sesiapa yang mendengarnya. Bahkan dikawal diri daripada melakukan sesuatu di luar batasan agar tidak mendatangkan aib kepada keluarganya. Bimbang dicanang dan dijaja dek orang akan tingkah laku buruknya. Pastinya nama arwah mama dan papanya terpalit jua, sedangkan mereka berdua sudah tiada lagi untuk mengiringi rentak perjalanan hidupnya di dunia ini. Salmiha Haini melangkah longlai. Air matanya masih lagi mengalir laju. Tanpa rasa malu dan segan, air mata dan hingus yang mengalir dikesat menggunakan hujung t-shirtnya. Jiwanya benar-benar kosong. Dia kebuntuan. Haruskah dia ikut kemahuan Pak Langnya dan biarkan hidupnya dalam penjara derita? Buatnya lelaki yang bakal dia nikahi itu kaki botol dan kaki perempuan, alangkah malang hidupnya. Andainya lelaki itu kaki judi dan kaki pukul, tidakkah makin bertimpa-timpa perit hidupnya. Perlukah dia melarikan diri sejauh yang mungkin atau bersembunyi? Tapi dia takut. Ancaman Pak Lang Yusofnya tidak boleh dipandang remeh. Bapa saudaranya itu mampu membuatkan hidupnya jadi lebih huru-hara nanti.
Shahrul Hari nekad untuk mengenali perempuan yang selalu bermain difikiran. Mencari kepastian apa yang berlalu pada sigadis itu.
“By the way, I’m Ringgo and you?” tanya Shahrul Hairi sambil menghulurkan salam perkenalan. Dia belum berhajat memberitahu nama sebenarnya. Dan dia juga pura-pura tidak mengenali Salmiha Haini. Dia yakin Salmiha Haini tidak kenal dan mengingati dirinya. “Saya Salmiha Haini. Maaf... saya tak boleh sambut tangan awak, ajnabi. Haram hukumnya,” jelas Salmiha Haini jujur. Shahrul Hairi rasa hendak tampar pipinya. Bukannya dia tidak pernah terkena dengan Salmiha Haini sebelum ini. Dia kemudiannya menarik kembali tangannya dan melemparkan senyuman ikhlas. Begitu terjaga akhlak dan sahsiah gadis ini, getusnya.
“Awak pun kena paksa kahwin juga?” Shahrul Hairi senyum dan angguk. Cakap lembut-lembut macam ni kan bagus. Sejuk hati abang. Makin abang sayang, bisik hati Shahrul Hairi yang nakal lagi gatal.
“Ya! Malahan saya diberi dua pilihan. Berkahwin dengan sepupu saya atau anak kenalan mereka sekiranya gagal mencari pilihan sendiri dalam tempoh lebih kurang enam bulan ini. Bukankah itu tidak adil namanya?” Shahrul Hairi diam seketika.
“Awak tahu… Gadis yang hendak dipadankan dengan saya tu langsung tidak menepati kriteria yang saya harapkan. Walaupun dia sepupu saya tapi kalau hati kata tak berkenan nak buat macam mana kan… Saya sebolehnya mengharapkan Allah menjodohkan saya dengan gadis yang dekat dengan agama. Saya impikan seorang isteri yang menutup aurat. Boleh setia bersama saya hingga ke akhirnya. Dan paling penting, mampu menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak saya. Kalau boleh… Saya ingin berkahwin sekali saja seumur hidup,” jelas Shahrul Hairi sambil memandang Salmiha Haini. Berada di samping gadis itu, jiwanya terasa tenang dan damai. Bahkan mampu membangkitkan perasaan yang begitu mengasyikkan. Angau sungguh! Terpukau Salmiha Haini mendengar luahan lelaki bernama Ringgo itu. Pasti bahagia siapa yang bakal menjadi suri hidup lelaki itu.
“Awak dah ada kekasih?” Shahrul Hairi bertanya. Matanya turut merenung lembut gadis di sebelahnya itu. Wajah itu tetap kelihatan cantik dan ayu biarpun masih diseliputi mendung. Kelembutan juga terserlah di wajah itu walaupun sedikit garang sebentar tadi. Dan tetap kelihatan anggun dan jelita walaupun tidak menayangkan bentuk badannya. Salmiha Haini memandang wajah lelaki yang bernama Ringgo itu dengan sedikit hairan.
“Tak ada! Kenapa? Awak berminat nak jadi calonnya ke?” tanya Salmiha Haini sambil mencerlangkan biji matanya tanda tidak menyukai pertanyaan Shahrul Hairi.
“Saya? Nak jadi calon kekasih awak?” Shahrul Hairi bertanya sambil tertawa kelucuan. “Minta maaf la! Penampilan awak tidak kena langsung dengan cita rasa saya dan untuk pengetahuan awak... karektor awak juga tidak sedondon dengan jiwa saya.” Bersahaja kata-kata yang meluncur dari mulut Shahrul Hairi.
“Awak tu garang sangat, macam harimau nak membaham anak. Emmm… seriau saya tau...,” usik Shahrul Hairi. Dia harus dan perlu menjunjung egonya barang seminit dua. Tak akanlah terus hendak mengaku yang dia meminati gadis itu. Mestilah kena berlakon dahulu. Dia tidak mahu nampak terlalu gelojoh di mata Salmiha Haini. Dan juga bimbang sekiranya Salmiha Haini dapat menebak perasaannya terhadap gadis itu. Malulah dia nanti. Mencerlung Salmiha Haini memandang jejaka di sebelahnya.
“Macamlah saya ni dah terdesak sangat nak jadi calon kekasih awak! Awak juga tak tersenarai dalam short listed lelaki idaman saya. Eh! Kalau dunia ni nak kiamat sekali pun, masih ramai lagi lelaki di dunia ini yang boleh dijadikan calon selain awak. Mengerti! Jadi tak usah banyak cakap!” bentak Salmiha Haini geram. Macam bagus aje lelaki di sebelahnya ini. Dia ingin berlalu namun tangannya pantas dicapai Shahrul Hairi.
Kata sepakat dibuat demi mencari jalan penyelesaian untuk kedua belah pihak
Melihat tiada keyakinan dalam diri Salmiha Haini terhadap kata-katanya, Shahrul Hairi lantas bersuara.
“Atau awak nak dengar ayat-ayat cinta dari saya dulu baru awak nak percaya? Baiklah kalau itu yang awak mahukan.” Shahrul Hairi memandang wajah Salmiha Haini dengan renungan yang lembut dan redup.
“Salmiha Haini... saya sayang awak, cinta awak! Sudi tak awak jadi bidadari dalam hidup saya hingga ke akhir hayat?” Pesakit mental ke apa mamat ni? Kenal baru sehari dua... tiba-tiba aje luahkan perasaannya. Seram sejuk pula Salmiha Haini rasakan. Tapi muka nampak macam normal je. Ketulusan juga jelas terpancar di wajah Shahrul Hairi. Aduhai, senyum lelaki itu mampu meruntun jiwanya yang sedang bergejolak saat dan ketika ini. Berserah kepada Yang Maha Berkuasa ajelah, tekad Salmiha Haini.
“Baiklah saya setuju.”
“Lega hati saya bila awak setuju menerima saya sebagai suami.”
“Tapi ingat janji awak, kalau tiada keserasian antara kita, saya boleh tuntut cerai bila-bila masa, kan?” Salmiha Haini mengingatkan Shahrul Hairi.
“Ya! Saya tahu tentang itu,” balas Shahrul Hairi sedikit geram. Dah jadi bini aku, tahulah macam mana aku nak buat. Jangan mimpi nak pergi jauh.
“Sekiranya awak mungkir janji, siap awak nanti.” Salmiha Haini sedikit mengugut. “Awak nak buat apa?” soal Shahrul Hairi dengan senyuman senget.
“Adalah!”
“Emmm... apa-apa jelah. Jom kita pergi kat mereka. Dah lama sangat mereka tunggu kita kat pekarangan masjid tu,” jelas Shahrul Hairi. Majlis pernikahan mereka dijangkakan akan berlangsung pada pukul sepuluh setengah pagi. Salmiha Haini pandang wajah Shahrul Hairi. Shahrul Hairi turut membalas pandang Salmiha Haini. Menyedari gadis itu dibebani keresahan, pantas dia mengangguk dan tersenyum. Salmiha Haini turut berbuat demikian. Tersenyum semanis yang mungkin. Andai demikian suratan yang tertulis buatnya, siapalah dia yang hendak melawan ketentuan Allah. Mungkin besar hikmah yang terselindung dibaliknya.
Hidup bersama bermula
“WAK...! OH WAK...! Takde makanan ke? Saya laparlah!” Salmiha Haini bertanya. Tangannya lincah membuka kabinet dan peti sejuk. Tak perlu nak malu-malu. Suaminya sudah berpesan, nak apa-apa cari sendiri. Sebab rumah ni, rumahnya juga. Dan dia yang sememangnya jenis tak berapa nak malu, terus menyelongkar mencari kudapan bagi mengalas perutnya. Melihat Shahrul Hairi membatukan dirinya. Dia memanggil lagi.
“WAK...! OH WAK...! Takde makanan ke? Saya laparlah!” Salmiha Haini bertanya. Tangannya lincah membuka kabinet dan peti sejuk. Tak perlu nak malu-malu. Suaminya sudah berpesan, nak apa-apa cari sendiri. Sebab rumah ni, rumahnya juga. Dan dia yang sememangnya jenis tak berapa nak malu, terus menyelongkar mencari kudapan bagi mengalas perutnya. Melihat Shahrul Hairi membatukan dirinya. Dia memanggil lagi.
“Wak! Wak dengar tak saya panggil ni?” Shahrul Hairi memandang dengan perasaan tidak puas hati.
“Siapa wak? Ada Wak Karjo ke, dalam rumah ni?” tanya Shahrul Hairi bersama jelingan. Alamak... dia marah ke? Habis tu... aku nak panggil apa? Salmiha Haini garu dagunya. Oh... panggil abang! Sebab dia pun bahasakan dirinya abang bila bercakap dengan aku, gumam Salmiha Haini. Sebenarnya dia terlupa akan permintaan Shahrul Hairi semalam. Dia berdehem beberapa kali membetulkan kerongkong dan lidahnya yang terasa hendak tergeliat.
“Abang... dalam rumah ni, takde roti atau Maggi ke? Hani laparlah. Dari semalam belum makan lagi,” suara lembut Salmiha Haini menerjah pendengaran. Alahai manjalah pulak bunyinya. Gatal nyer...!!! Shahrul Hairi menyembunyikan senyumannya. Berhasil juga rancangannya. Jika tidak... tentu sahaja Salmiha Haini akan terus memanggilnya ‘wak’.
“Honey pergi bersiap. Nanti kita keluar.”
“Hani harap abang dapat bawa Hani makan kat tempat yang best-best! Hani dah rindu sangat nak makan roti canai.” La... ingatkan ajak makan kat tempat yang best-best nak makan kat restoran mahal-mahal. Rupanya nak makan roti canai je. Kalau setakat roti canai, kat kedai mamak pun berlambak! Entah apa-apalah isteri aku ni! Gumam Shahrul Hairi.
“Emmm... baiklah! Dah... cepat sikit bersiap,” gesa Shahrul Hairi lagi. Salmiha Haini terus bangun dan bersiap. Perutnya memang sudah lama minta diisi. Semalam dia hanya makan sedikit sahaja, tiada selera.
Kehadiran Max sahabat baik Shahrul Hairi mengejutkan
“SIAPA NAMA?” Max memulakan sesi salam perkenalan sebaik saja Salmiha Haini menyertainya di ruang tamu. Tadi bukan main lama lagi dia menunggu Shahrul Hairi di meja makan, hingga siap dia makan malam sendirian. Lehernya juga hampir terpulas sebab terlalu kerap memandang ke tingkat atas. Risau dia dibuatnya bila Shahrul Hairi dan Salmiha Haini tidak menampakkan batang hidung mereka. Entah apa yang mereka buat di tingkat atas pun dia tidak tahu.
“Saya Salmiha Haini, panggil Miha je.”
“Dah lama kerja dengan Hairi?” Berkerut-kerut dahi Salmiha Haini. Kerja? Kerja apa? “Emmm... maksud encik?”
“Kerja sebagai orang gaji di rumah ni.” Terkedu Salmiha Haini mendengarnya. Sampai hati Shahrul Hairi menyama tarafkan dia dengan orang gaji. Kini tahulah dia, siapa dirinya di mata Shahrul Hairi.
“Takdelah lama sangat, baru je,” jawab Salmiha Haini tidak bersemangat.
“Tapi betul ke Miha ni orang gaji dia?”
“Emmm... tuan rumah cakap apa?”
Pak Lang berang bila menerima penjelasan dari Shamiha Haini.
“Sa... saya sebenarnya dah kahwin Pak Lang,” ujar Salmiha Haini walaupun gementar. Kehadiran Shahrul Hairi memberi sedikit semangat buatnya untuk bersuara. Kedengaran tawa sinis Pak Lang Yusof.
“Lelaki bodoh mana yang sanggup terima perempuan murahan dan hina macam kau? Aku cuma nak tolong kau bodoh!” Pak Lang Yusof menghina.
“Aku tahu kau berbohong dengan aku,” tekan Pak Lang Yusof lagi. Terkejut Salmiha Haini mendengarnya. Dia perempuan hina dan murahan? Siapakah manusia yang sanggup menyebarkan kata-kata dusta dan menjatuhkan maruahnya ke tahap paling hina itu? Shahrul Hairi turut terkejut mendengarnya. Matanya merenung tajam wajah Salmiha Haini. Adakah perempuan yang dia nikahi ini sudah menjadi ‘makanan’ lelaki lain?
“Pak Lang!” Jerit Salmiha Haini.
“Saya tak sehina seperti mana yang Pak Lang fikirkan. Selagi Islam agama saya dan selagi saya mengucap dua kalimah syahadah, saya tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan terkutuk tu. Pak Lang tak boleh sewenang-wenangnya menghukum saya kalau Pak Lang tak tahu dan kenal siapa saya yang sebenarnya.” Suara Salmiha Haini mulai meninggi. Dia benar-benar bengang dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Air matanya juga menitis semakin laju mendengar fitnah Pak Lang Yusof itu.
Kuasa menguasai duit , cinta perlukan keadilan
“Biarlah Hani dan Pak Lang saja yang rugi.” Salmiha Haini berkias.
“Abang tak usah keluarkan satu sen pun duit abang. Hani tahu abang banyak duit, tapi abang gunalah duit tu untuk diri abang sendiri. Dan Hani rasa cukup sampai di sini saja pertolongan abang!” Terhenti perlakuan Shahrul Hairi. Matanya merenung tajam anak mata Salmiha Haini.
“Aaa... apa maksud honey?” tanya Shahrul Hairi bimbang. Janganlah apa yang berlegar di kepalanya bakal Salmiha Haini ucapkan.
“Abang boleh lepaskan Hani dan pergi jauh dari hidup Hani, Hani tak nak menyusahkan abang lagi,” usai menuturkan kata-katanya, Salmiha Haini berlalu pergi. Dia akan membuat perhitungan dengan bapa saudaranya itu. Kini semangat juangnya melonjak tinggi. Dia akan berjuang habis-habisan untuk membebaskan dirinya. Biar apapun yang bakal berlaku, dia akan kental harungi walaupun sendirian. Dia tidak mahu menyusahkan hidup Shahrul Hairi dengan menjebak lelaki itu dalam permasalahannya. Namun genggaman kejap Shahrul Hairi membuatkan langkahnya terhenti. Shahrul Hairi menarik rapat tubuh Salmiha Haini ke dalam pelukannya. Bibir Salmiha Haini dikucup. Geram! Sesuka hati isterinya aje ingin minta perpisahan. Tercungap-cungap Salmiha Haini saat bibirnya dilepaskan. Anak mata Shahrul Hairi direnung tepat. Terkejut dengan tindakan berani suaminya. Namun tiada rasa marah di hatinya. Shahrul Hairi membalas tatapan isterinya seketika. Kepala Salmiha Haini kemudiannya ditarik rapat ke dada bidangnya. Dia mahu isterinya mendengar degup jantungnya yang tidak menentu. Dengupan yang membuktikan bahawa dia tidak pernah sanggup berpisah dengan isterinya biarpun sedetik. Balasan pelukan yang diterima buatkan Shahrul Hairi berasa tenang. Ditarik nafas panjang dan dihembuskan perlahan-lahan.
“Abang berkahwin bukan untuk bercerai-berai dan abang juga berkahwin bukan kerana suka-suka. Tapi abang ikhlas memperisterikan honey kerana Allah. Abang ingin jadi imam untuk honey dan anak-anak kita selagi nafas abang belum terhenti. Jadi... jangan sekali-kali honey pinta sesuatu yang tak mampu untuk abang lakukan. Duit boleh dicari, honey. Tapi isteri... bagi abang sukar untuk dicari galang gantinya. Honey tahukan prinsip abang? Abang hanya berkahwin sekali sahaja dalam hidup abang!” Shahrul Hairi menyeka kembali air mata yang sedang mengalir. Dahi isterinya dikucup penuh kasih sebelum beralih ke ubun-ubun. Lama bibirnya mendarat di situ. Bahagia Salmiha Haini mendengar pengakuan Shahrul Hairi. Lelaki bagaimana lagi yang ingin dicarinya? Mampukah dia menemui lelaki sebaik suaminya ini di luar sana? Dia berjanji akan terus kekal setia di samping Shahrul Hairi hingga ke akhir hayat. Dia juga tidak peduli siapa Shahrul Hairi sebelum ini dan milik siapa lelaki itu. Setelah Shahrul Hairi sah menjadi suaminya, lelaki itu hanya miliknya dan akan dipertahankan sampai bila-bila selagi dia tidak dilemparkan ke tepi. Lagi pula Shahrul Hairi telah memberitahunya yang dirinya masih kosong dan belum punya siapa-siapa dalam hidup. Dia hanya perlu pegang kata-kata suaminya itu. Dia yakin Shahrul Hairi tidak akan membohonginya.
Kini bahagia terus mekar
“Abang minat coklat juga ke?” Salmiha Haini bertanya dengan nada tidak percaya. Jarang orang lelaki meminati coklat.
“Salah ke kalau abang minat?” Shahrul Hairi bertanya kembali. Wajah Salmiha Haini direnung dengan sedikit pelik.
“Tak sangka Hani, abang pun minat dengan coklat. Kalau abang nak tahu, inilah coklat kegemaran Hani,” luah Salmiha Haini penuh perasaan. Coklat kegemarannya diangkat dari troli dan disua kepada suaminya.
“Oh... ya ke? Abang ambik lagi ya,” ujar Shahrul Hairi sambil berlalu. Salmiha Haini seperti biasa angguk kepala. Dia menuju ke bahagian kicap. Tidak lama kemudian Shahrul Hairi datang bersama coklat kegemaran mereka. Ha... nah kau! Bukan satu atau dua balang. Tapi sepuluh balang yang dibeli suaminya. Nak tergelak Salmiha Haini melihatnya. Melampau sungguh suaminya itu! Ketika meneliti tarikh luput pada botol kicap yang berada di tangannya, terasa ada sesuatu yang menarik-narik kaki seluarnya, Salmiha Haini pantas melihatnya. Seorang kanak-kanak perempuan memandang Salmiha Haini sambil tersenyum. Tiada langsung perasaan takut terhadap Salmiha Haini.
“Comelnya dia. Anak siapa ya?” Salmiha Haini berkata sendirian.
“Abang cuba tengok budak ni! Comelkan?” tanya Salmiha Haini sambil mencuit bahu suaminya. Kanak-kanak perempuan itu sudah berada dalam dukungannya. Terpanar Shahrul Hairi seketika melihat kanak-kanak perempuan yang comel itu. Matanya bulat dan kehijauan. Mesti kacukan budak ni, getus Shahrul Hairi. Sekali tengok ada mirip isterinya. Dua kali tengok... memang tak samalah. Mana nak dapat mata hijau seperti budak perempuan tu. Lainlah kalau matanya atau mata Salmiha Haini berwarna hijau. Kanak-kanak perempuan yang berada dalam dukungan Salmiha Haini dicuitnya. Bahagianya jika kanak-kanak itu adalah anaknya sendiri. “
Mana mak ayah budak ni? Kalau tak ada orang nak, kita bawa baliklah abang. Boleh jadikan anak kita. Comel ni... rugi kalau bagi kat orang lain.” Tersenyum Shahrul Hairi mendengar celoteh isterinya. Hatinya berkembang mekar bila perkataan ‘anak kita’ terbit dari mulut Salmiha Haini. Pasti anaknya nanti bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang penyayang dan prihatin. Tidak seperti dirinya yang sering diabaikan.
“Honey sukakan kanak-kanak ke?”
“Suka! Sebelum datang sini, Hani selalu tolong Sofea kat nurseri. Hani ingin sangat punya anak ramai. Paling sikit pun empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan.” Tersenyum gembira Shahrul Hairi mendengar impian isterinya. Dia juga teringinkan anak yang ramai. Tidak seperti dirinya, hanya sendirian. Mudah-mudahan Allah kurniakan cahaya mata buat mereka tidak lama lagi.
“Di sini rupanya anak, mummy!” tegur seorang perempuan cantik. Kalut dia mencari anak perempuannya itu. Bimbang sekiranya diculik.
“Mummy kan dah pesan suruh tengok-tengokkan babies.” Athirah menegur anak perempuannya. Salmiha Haini dan Shahrul Hairi memandang ke arah suara yang datang.
“Maaf kerana menyusahkan puan suami isteri,” pinta Athirah. Dia segera mengambil Adira dari dukungan Salmiha Haini. Sudahlah anaknya itu montel, mahu sakit pinggang Salmiha Haini nanti.
“Tak mengapa. Dia anak yang baik,” ujar Salmiha Haini sambil tersenyum. Patutlah anak dia comel. Muka maknya macam minah saleh.
“Adira salam auntie dengan uncle sayang,” arah Athirah lembut. Anak kecil itu mematuhi arahan ibunya. Tangan Salmiha Haini dan Shahrul Hairi dikucup begitu juga dengan pipi mereka. Tersenyum Salmiha Haini dan Shahrul Hairi dengan perlakuan si kecil. Pasti sejuk perut ibu yang mengandung jika punya anak yang menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tentu anak kecil ini telah dididik dan diasuh dengan sempurna.
“Kat sini rupanya Adira dan mummy!” Mikhail menegur isteri dan anaknya. Dia juga sedang menyorong stroller anak kembarnya yang berusia empat bulan.
“Saya Adam Mikhail.” Mikhail menyapa ramah sambil bersalaman dengan Shahrul Hairi. “Saya Shahrul Hairi dan ini isteri saya Salmiha Haini.”
“Lupa nak berkenalan,” jelas Athirah sambil tergelak.
“Saya Athirah. Boleh panggil Kak Athirah.” Salmiha Haini menyambut tangan yang dihulur bersama senyuman manis.
“Mummy! Daddy!” Shahrul Hairi dan Salmiha Haini menoleh. Anak mereka ke? Ramainya! Getus Salmiha Haini dalam hati.
“Jangan terkejut melihat ‘askar-askar’ kami,” terang Mikhail sambil tertawa.
“Mereka ni kembar empat.” Mikhail menunjukkan keempat-empat anaknya.
“Salam uncle dan auntie sayang,” arah Mikhail. Kanak-kanak itu mematuhi arahan daddy mereka.
“Dan ini kembar dua,” ujar Athirah seraya menunjukkan si kecil di dalam stroller. “Tentu seronok ada ramai anak macam ni,” ujar Shahrul Hairi dengan nada teruja.
“Memang seronok. Meriah rumah dibuatnya,” jelas Mikhail.
“Kami minta diri dululah. Nanti bising pulak nenek dan datuk mereka kalau lambat balik.” Mikhail bersuara. Salmiha Haini dan Shahrul Hairi angguk kepala. Shahrul Hairi dan Mikhail sempat bertukar kad business sesama mereka sebelum Mikhail dan pasangannya beredar bersama anak-anak mereka yang seramai enam orang itu. “Bestkan abang kalau anak-anak kita ramai macam tu!”
“Kalau honey nak anak ramai macam tu serentak, bermakna abang kena kerja lebihlah lepas ni,” giat Shahrul Hairi sambil ketawa. Salmiha Haini mencubit pinggang Shahrul Hairi. Usikan nakal suaminya membuatkan dia berasa geram. Tak habis-habis dengan tabiat suka menyakatnya. Barangkali jika suaminya tidak bergurau senda dalam masa sehari, mahu diserang demam tahap kronik.
“Suami Athirah tu kacak kan bang?” Giliran Salmiha Haini mengusik suaminya. Shahrul Hairi cekak pinggang.
“Helo!!! Suami awak ni pun handsome jugak tahu tak...” Hidung Salmiha Haini ditarik geram. Terkekeh-kekeh Salmiha Haini ketawa melihat muka Shahrul Hairi yang menahan geram.
“Ya... suami saya memang kacak dan tampan,” balas Salmiha Haini sambil tersenyum manis. Satu hakikat yang tidak mampu dipertikaikan, suaminya tersangatlah kacak! Shahrul Hairi tersenyum senang mendengar pujian isterinya. Salmiha Haini pun apa kurangnya. Isterinya itu sangat cantik dan manis.
Terkejut bila tetamu tak diundang hadir meruntuhkan kebahagiaan mereka.
bertangguh lagi. Isterinya yang tercinta perlu dihubungi segera. Rindu!
“Helo... honey!” Shahrul Hairi menyapa manja. Dia tersenyum gembira. Diam tak diam, sudah hampir dua bulan mereka melayari bahtera rumah tangga. Bagaikan tidak terasa betapa pantasnya masa berlalu.
“Hai... sayang,” ucap suara di sebelah sana. Hati Shahrul Hairi terus membahang bila terdengar suara sepupunya di hujung talian. Bagaimana perempuan tak guna tu boleh berada di rumahnya? Pasti isterinya yang mengizinkan masuk. Lupa pula dia menyampaikan pesan jangan benarkan sesiapa masuk sekiranya dia tiada di rumah. “Mana Salmiha Haini? Aku nak cakap dengan dia.” Shahrul Hairi bersuara tegas. Risau juga dia jika ibunya turut berada di situ. Pasti Salmiha Haini diserang habis-habisan. Bukan dia tidak tahu betapa kamcengnya Aspalela dengan ibunya.
“Maaf Rie. Orang gaji you, ibu you dah halau keluar,” ujar Aspalela tanpa rasa bersalah. Dia juga turut tersenyum senang di talian seraya membelek kukunya yang dicalit warna merah itu. Segera Shahrul Hairi mematikan talian. Dia menampar keras stereng keretanya. Mujur juga dia belum memandu ketika ini. Tentu saja dia bakal kemalangan pabila menerima khabar berita yang meragut hatinya. Dia sangat-sangat sedih dan terkilan mendengar kata-kata sepupunya itu.
“Sampai hati ibu,” sendu Shahrul Hairi. Di mana dia hendak mencari isterinya itu? Bagaimana jika isterinya benar-benar hamil? Alangkah kasihan isterinya saat ini. Dia segera menghubungi telefon bimbit isterinya tetapi hampa. Panggilannya hanya masuk ke dalam peti simpanan suara. Pasti telefon bimbit isterinya sudah kehabisan bateri. Tahu sangat dia dengan sikap Salmiha Haini. Terlalu malas hendak mengecas telefon bimbitnya. Alasan isterinya mudah. Kat rumah sudah tersedia talian tetap. Jadi guna kemudahan yang satu itu.
Permintaan berat yang tak mampu ditunaikan
“Ibu mahu Rie ceraikan perempuan tak guna tu. Dia kahwin dengan Rie pun sebab nak kikis harta keluarga kita,” ujar Puan Sri Zainon dengan suara lantang. Sakit hatinya bila mendengar cerita daripada Aspalela tentang isteri Shahrul Hairi. Sengaja dia enggan menghubungi anaknya itu. Dia ingin lihat sejauh mana anaknya itu mahu merahsiakan perkahwinannya. Suaminya pun satu. Langsung tidak bercerita apa-apa. Mana hatinya tidak hangus terbakar.
“Tidak ibu... Salmiha Haini bukan perempuan seperti itu. Dia berkahwin dengan Rie bukan kerana harta. Kami berkahwin atas dasar cinta.” Shahrul Hairi mempertahankan isterinya.
“Cinta?” Tawa Puan Sri Zainon memenuhi rumah mewah itu.
“Ada apa dengan cinta Rie?” Tawanya lagi.
“Jangan jadi bodoh dan mudah tertipu dengan kebaikan palsu serta pujuk rayu isteri kamu tu Rie. Lagipun ibu dah tetapkan majlis perkahwinan Rie dengan Laila seminggu lepas raya. Jadi ibu mahu Rie ceraikan perempuan tak tahu malu tu malam ni juga. Ibu tak suka dan tak izinkan perempuan tak sedar diri tu melangkah masuk ke dalam rumah kita ni, faham!” Tegas Puan Sri Zainon. Tersayat hati Salmiha Haini mendengarnya. Badannya sudah menggeletar. Kepalanya terasa seperti berpusing. Hancur luluh hatinya mendengar hinaan dan cacian yang dilemparkan kepadanya. Kepalanya digelengkan. Dia berkahwin dengan Shahrul Hairi bukan kerana harta. Bukan! Shahrul Hairi mengeluh melihat kedegilan ibunya.
“Baiklah... kalau itu yang ibu mahukan dan mampu buat hati ibu gembira, Rie akur dengan kehendak ibu. Rie akan ceraikan dia...” Saat mendengar perkataan cerai dari mulut suaminya, tubuh Salmiha bagaikan terapung-apung dan fikirannya kosong. Dia juga hampir terkulai. Salmiha Haini segera memaut tiang berhampiran dengannya bagi menyokong tubuh agar tidak tersungkur. Dia tidak salah dengarkah? Shahrul Hairi telah menceraikannya? Air mata mula membanjiri pipi gebunya. Orang yang paling dia sayang sudah membuangnya jauh-jauh. Pada siapa lagi hendak dia sandarkan harapan? Mana dia janji-janji dan sumpah setia yang Shahrul Hairi lafazkan? Tanpa menunggu lebih lama, Salmiha Haini beredar meninggalkan rumah itu. Dia memandu tanpa arah tujuan. Dia sangat-sangat buntu ketika ini. Ke mana dia ingin pergi dan harus pergi? Sofea pastinya sudah pulang ke kampung halaman neneknya. Syahdu takbir raya yang bergema, begitulah syahdunya perjalanan hidup yang bakal mengiringi hari-harinya. Salmiha Haini menangisi nasib yang menimpa dirinya. Sampai hati abang! Mana janji-janji abang?
No comments:
Post a Comment