Wednesday, 16 April 2014

SEPARUH JIWANYA ADA PADAKU

Kini 35 tahun telah berlalu. Tanggal 16 April 1979 satu episod sedih dalam hidupku . Tarikh keramat buat aku dan keluarga . Allah mengambilnya kembali di ketika usia aku setahun lapan bulan yang belum kuat mengenal erti kasih sayang . Seolah - oleh baru semalam peristiwa sedih itu berlaku. Ayah pergi buat selamanya kerana terlibat dalam satu kemalangan maut. Aku redha setiap ujian yang diturunkan atau diberikan pada hambanya, Allah ingin menguji sejauh mana hambanya akan menyerah diri dan meminta padaNya. 

Dulu mak pernah kata pada aku " Ayah dah pergi jauh, adik kena selalu berdoa dan adik akan jumpa ayah nanti." Aku tak pernah mempertikaikan kemana ayah pergi. Mak kata aku anak yang baik , sentiasa mendengar kata, teringat satu ketika dulu bila  mak menyuarakan nak pergi rumah ayah. Akulah orang paling seronok sekali.  Ketika itu usia aku mencecah 7 tahun , petang ramadhan terakhir... Semua orang akan menyambut hari raya pada keesokan harinya...

Tiada kata-kata yang mampu aku katakan kerana itulah yang aku tunggu-tunggu . Pergi rumah ayah. Ayah yang aku rindu .. orang lain ada  Ayah dirumah bersama mereka tapi aku... tiada. Mak juga berpesan "Kalau adik rindu ayah sedekahkanlah ayah Al-fatihah." Kakak dan abang tak pernah bercerita tentang ayah. Kerana terlalu menjaga perasaan aku ketika itu. Jika aku mendesak mereka akan cakap "Ayah dah pergi jauh". 


Alangkah terkejut bila kaki ini melangkah ditanah perkuburan . "Ayah dah mati" Itulah ayat pertama keluar dari mulut ini. Mak kata ketika itu aku menangis sepuas hati. Aku tak ingat kenapa aku menangis terus - terusan . Setahu aku mak memang selalu pergi tanah perkerkuburan tu. Bila ditanya mak kubur siapa ? mak hanya kata " kubur orang yang kita sayang " Sejak itu aku tak pernah tanya apa-apa.  Aku memang terkejut kubur yang mak selalu pergi tulah kubur ayah. Aku tahu Mati itu pasti , Siapalah aku untuk menolak dan menidakkan takdir kerana takdirku telah tertulis di Loh Mahfuz lagi. 

Walaupun aku tak mengingati bagaimana raut wajah ayah tetapi aku pasti separuh jiwanya ada padaku kerana aku anak ayah. Dulu aku selalu tanya mak tentang ayah dan aku cuba membayangkan tentang diri ayah, seorang yang penyayang walaupun tegas. Perkara yang paling ayah tak suka adalah meminta-minta. Alhamdullillah kami sekeluarga cukup makan dan pakai tanpa batuan orang lain. Aku pasti akan menemuinya di alam yang kekal nanti. Bertemu sama - sama menemui pencipta kita. Aku cemburu bila ayah memanggil mak dan kakak Ana terlebih dulu untuk bersamanya disana. Ayah , abadilah dengan tenang adik kirimkan Al-fahihah untuk ayah disana. Tunggu adik kerana adik akan berjumpa dengan ayah di syurga  suatu hari yang akan tiba. 


Ya Allah dengarkanlah doa dari seorang anak yang kerdil ini. 
Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami. Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami. Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.


Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami. Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu. Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyan
g kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka. Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka. Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.



Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan. Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.



Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan, Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin. Amin


Kepada kawan-kawan yang terbaca coretan hati ini sedekahkan Al-fatihah untuk ayah dan emak saya yang telah kembali ke menemui penciptaNya. Setiap amal jariah yang teman-teman berikan amatlah dihargai dan moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. 

4 comments:

  1. Semoga akak terus tabah. Al-Fatihah untuk arwah ayah dan mak akak yang telah pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Uji ... sejak kebelakangan ni akak kerap teringat arwah .. semakin lama semakin rindu rasanya....

      Delete
  2. Alfatihah. sebak bc nukilan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mira ... luahan hati dari seorang anak ..akak dah lama tak update novel baru ...

      Delete