Wednesday 16 April 2014

NOVEL SUAMI TERHANGAT

Dia kacak . Dia bergaya. Dia penyayang. Dia hadapi skandal.

Suami terhangat ( tajuk asal suami Hot ) karya Rafina Abdullah. Pertama kali saya membuat review tentang novel beliau. Penulis ini sudah memiliki empat buah novel terdiri 2 dari Kaki novel , 1 dari LNP dan yang terakhir dari EMP penerbitan baru. Saya pernah terbaca luahan penulis ini . Sebelum novel ini diterima oleh syarikat penerbitan EMP menuskrip novel ini telah ditolak sebanyak tiga kali dari tiga syarikat terbitan yang berlainan . Penulis yang bernama Rafina Abdullah ini tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun pernah gagal akhirnya menuskrip ini berjaya diterbitkan dan menambat hati peminat novel. 

Review saya untuk novel ini. Lelaki bernama Idzmir Damien yang berwajah kacukan mampu menambat ramai wanita kerana dia memiliki segalanya. Dianugerahkan isteri yang cantik, Nurshila dan diserikan dengan seorang permata hati bernama Puteri Felisha.

Hidupnya cukup lengkap dikelilingi insan tersayang. Dalam tak sedar, Idzmir memerangkap dirinya sendiri. Dia menjalinkan hubungan dengan setiausahanya, Aiza . Sikap Aiza yang mementingkan diri dan mendesak Idzmir agar berterus terang mengenai hubungannya pada Nurshila, memeningkan kepala Idzmir.

Idzmir tidak sanggup menghancurkan hati dan perasaan Nurshila atas kecurangan yang tidak disengajakan. Namun begitu, perbuatan Idzmir akhirnya dapat dihidu oleh Nurshila juga apabila Aiza sengaja meletakkan skaf di dalam kereta Idzmir.

Idzmir memberi alasan kepada Nurshila untuk berkahwin dengan Aiza kerana ingin mendapatkan zuriat. Nurshila mengalami kesukaran untuk mengandung lagi selepas melahirkan Puteri Felisha kerana rahimya sangat lemah.

Sakit hati Nurshila tidak dapat dibendung. Nurshila membawa Puteri Felisha meninggalkan Idzmir. Dia sangka perangai buruk Idzmir telah ditinggalkan sejak mereka berkahwin tetapi tanggapannya meleset.

Idzmir pula hilang arah apabila Nurshila dan Puteri Felisha meninggalkannya lalu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aiza demi menjaga hati Nurshila.

Ini membuatkan Aiza marah dengan tindakan Idzmir yang memutuskan hubungan mereka. Aiza nekad untuk mendapatkan Idzmir walau dengan apa cara sekalipun sehingga Idzmir terperangkap dengan helah Aiza yang mengaku sedang mengandungkan anak Idzmir.

Dengan rasa bertanggungjawab, Idzmir berkahwin dengan Aiza dalam diam tanpa pengetahuan Nurshila.

Aiza tidak menyangka nasibnya berubah sekelip mata kerana kebodohannya menceritakan perangkap yang dibuat kepada bekas rakan serumahnya, Husna melalui perbualan di telefon dan hal itu telah didengari oleh Idzmir secara kebetulan. Idzmir tidak menyangka Aiza sanggup memperbodohkannya lalu dia menceraikan Aiza.

Dengan persetujuan Idzmir, Nurshila mula bekerja. Nurshila cuba menjodohkan Idzmir dengan Tengku Hanim, setiausaha baru Idzmir tetapi ditolak keras oleh Idzmir sendiri. Dalam masa yang sama, Idzmir terkejut dengan kemunculan Serina secara tiba-tiba.

Serina kembali ke tanahair dengan membawa seorang anak lelaki hasil hubungan luar nikah mereka berdua. Ini membuatkan Idzmir terus dibelenggu dengan seribu penyesalan. Serina memaksa Idzmir menceraikan Nurshila. Keengganan Idzmir memenuhi permintaan Serina, membuatkan Serina berang dan membuat satu tindakan luar jangkaan. Nurshila tertembak demi menyelamatkan suaminya Idzmir. Idzmir tak dapat menerima kehilangan Nurshila disaat mereka baru menerima berita gembira mengenai kehamilan Nurshila yang ditunggu-tunggu selama ini. Dalam wasiat yang terakhir, Nurshila meminta supaya Idzmir rujuk kembali dengan Aiza.

Selepas 3 tahun Idzmir menetap di kampung Nurshila, dengan tujuan supaya dirinya sentiasa dekat dengan Arwah Nurshila.

Hatinya cuba dibuka untuk gadis yang bernama Ayumi, guru kelas Puteri Felisha. Pada Ayumi, Idzmir adalah Superman yang selalu datang setiap kali diperlukan. Ayumi bersetuju untuk menerima lamaran daripada Idzmir.

Saat mereka ingin ke jinjang pelamin, Tengku Hanim menabur fitnah sehingga Ayumi percaya. Tengku Hanim berbuat begitu kerana cintanya ditolak oleh Idzmir. Tengku Hanim berpuas hati kerana rancangannya berjaya. Ayumi nekad untuk memutuskan pertunangannya walau tarikh pernikahan semakin hampir. Kerana tidak mahu memalukan kedua belah pihak, pernikahan tetap berlangsung dengan hati yang kecewa.


Idzmir tidak mampu membiarkan Ayumi dalam keadaan sedih. Walaupun Ayumi berusaha meminta maaf atas kesalahan yang mudah percaya kepada fitnah yang ditabur oleh Tengku Hanim.


Sinopsis di kulit novel
Kehadiran Aiza bagaikan buluh runcing yang menusuk ke jantung hati Nurshila. Berasa tertipu, Nurshila nekad meninggalkan suaminya , Idzmir yang bertindak memutuskan hubungan dengan Aiza.

Dalam tempoh perpisahan itu, Idzmir tidak putus-putus memujuk Nurshila. Namun , dia kehilangan isterinya dalam satu tragedi yang berpunca daripada kisah silamnya bersama seorang wanita bernama Serina. Idzmir hilang arah. Pintu hatinya tertutup rapat. Tetapi perkenalannya dengan Ayumi menyuburkan rasa cinta dalam dirinya.

"Lepas ni jangan panggil saya Encik Idzmir lagi." - Idzmir
"Kalau tak panggil Encik Idzmir, saya nak panggil apa ?" - Ayumi
"Kata nak kahwin dengan saya. Lepas ni kena praktis panggil abang." - Idzmir

Dia merancang mahu mendirikan rumah tangga bersama Ayumi yang dianggapnya sebangai cinta terakhir. Tetapi bukan mudah melaksanakan perancangan itu andai ada hati yag terluka. Hati yang selama ini memendam rasa. Hati yang selama ini menyukai Idzmir dalam diam. Fitnah melanda ke atas diri Idzmir lalu Ayumi memanggil keputusan untuk memutuskan pertunangan.



No comments:

Post a Comment