Monday 18 May 2015

NOVEL BILA TERLAJAK SAYANG

Pada setiap hela nafas, hanya kamu nyawaku....
Namun cinta itu adakala sangat melindungi... 

Beli novel ni masa pesta buku yang lepas. Novel ini kesinambungan dari novel Kerana Terpaksa Aku relakan. Atas permintaan ramai,  peminat drama Kerana terpaksa aku relakan , mereka nak tahu kisah cinta Indah Harlina dan Tajul Razin yanng sweet ( boleh kena potong kaki ) tu. Umie Nadzimah mencabar dirinya untuk menyiapkan senaskah novel yang penuh emosi ini. Emosi suka duka , geram ( rasa nak ketuk - ketuk pun ada . Hahahaha terlebih sudah... 

Kita lupakan cerita emosi tu . Bila terlajak sayang digarap menjadi 561 muka surat. Novel ini memang ditunggu oleh peminatnya. Pasti ramai yang ingin tahu kisah seterusnya. Novel ini dikuatkan dengan kisah kekeluargaan sebagai fokus utama , Kasih sayang dan dendam yang memusnahkan diri. Jom ikuti review saya untuk novel ini. 

Tajul Razin dan Indah Halina satu pasangan yang cukup bahagia. Bicara romantis tidak pernah terhenti keluar dari bibir Tajul Razin. Indah Halina tahu, walau banyak mana pun kata - kata manis itu diucapkan, hatinya tetap akan terpaut dan percaya akan sayang Tajul Razin terhadapnya.

Rumah tangga mereka diserikan lagi dengan keletah Indah Safiena yang mencuit hati. Safiena memang manja dengan Papa Im (Tajul Fahin) dan granny dia. Tajul Razen selalu cemburu dengan kemesraan Safiena dengan Tajul Fahin. Nak melayan anak sendiri, belum kahwin lagi walaupun sudah lama bertunang dengan Illyana. Hati Tajul Fahin masih menyimpan rasa pada Indah walaupun Indah hanya melayan Fahin sebagai adik ipar.


Illyana akhir membawa diri apabila melihat Tajul Fahin tak begitu mengendahkan dia. Walaupun sudah bertunang, Tajul Fahin tetap memandang Indah. Bila Illyana menangguhkan perkahwinan mereka pun, Tajul Fahin tak ada usaha untuk memujuk.  Kehadiran Syed Azhar yang bermulut manis , memecahkah kesunyian Illyana dan akhirnya jatuh cinta. Illyana menerima takdirnya bernikah dengan Syed Azhar di Thailand. Syed Azhar sebenarnya sudah mempunyai isteri dan Illyana kini menjadi isteri kedua Syed Azhar. 

Berita pernikahan Illyana tidak disenangi diketahui oleh ( mommy Illyana ) Puan Seri Alia. Sebangi anak tunggal Puan Sri Alia mahukan perkahwinan anaknya secara gilang gemilang . Bukan nikah di Thailand. Puan Sri Alia tak puas hati dengan keluarga Dato Safiya bila melihat Tajul Razin bahagia dengan Indah, Tajul Fahin buat tak tahu walaupun Illyana sudah berkahwin lain. Puan Sri Alia beranggapan hidup anaknya hancur disebabkan anak - anak Dato Safiya. Kerana Dato Safiya memilih Indah Harlina , perempuan kampung dan tidak memilih Ilyana sebagai isteri Tajul Razin. Puan Seri Alia berjanji akan memusnahkan kehidupan Indah seperti mana kehiduapan anaknya yang dianggap hancur.

Selepas mak cik Mariah dicerai dengan Halim ( ayah Indah ) kehidupan mereka bergantung sepenuhnya dari wang perbelanjaan Indah beri. Zawati pula membuat pembedahan plastik di singapura dengan kos tajaan Indah juga. Suatu hari Makcik Mariah ditimpa kemalangan . Makcik Mariah merayu agar Halim menerimanya kembali dengan alasan Zawati sibuk berkerja di butik Puan Sri di Kuala Lumpur dan tiada orang akan menjaganya. Ibu Indah  , Katrina merelakan pernikahan itu walaupun dibantah keras oleh Indah dan Dato Safiya. Setelah Halim bernikah semula , Halim tinggal dirumah lama mereka dan menjaga Mariah . Hari berganti minggu hingga ke bulan . Halim seperti tidak ingat untuk kembali bersama isteri pertamanya Kartina dan anaknya Indah. Mariah yang menggunakan black magic agar Halim tidak berpaling lagi. Tetapi mak cik kiah banyak menolong agar Halim tidak teru hayut . 

Perniagaan SAIN semakin meluas , perbincangan untuk mendapatkan kilang kain sendiri adalah satu harapan yang tinggi. Tajul Razin dan Indah ke Vietnam. Mereka berurus niaga bersama Dato Dahlan dan anaknya , Dang Zuria. Dato Dahlan mempunyai 2 niat . Pertama menjual kilang kain dan kedua menjodohkan anaknya dengan Tajul Razin. Dengan kekayaan Tajul Razin miliki Dato Dahlan mampu hidup senang. Kehadiran Indah di Veitnam tidak disenangi oleh Dato Dahlan. Ini kerana agenda untuk merapatkan anaknya dengan Tajul Razin tidak berjaya. Niat buruk Dato Dahlan dapat dikesan oleh Indah terlebih dahulu. Kawan Indah , Hasmah yang banyak membantu Indah menghidu niat Dato Dahlan. Hasmah juga memaksa Indah mengikut Tajul Razin ke Vietnam. Walaupaun pada awalnya Indah malas untuk pergi kerana Indah kini mengandung di peringkat awal.

Dang Zuria , anak sulung  Dato Dahlan terpaksa mengikut kata jika tidak Mommy dan dirinya akan menjadi mangsa pukul Dato Dahlan. Dang Zuria tidak mahu Dato Dahlan memukul mommynya dia terpaksa mengikut segala rancangan papanya. Dato Dahlan pula sedang gila bercinta dengan perempuan muda yang dikenalkan oleh Puan Seri Alia . Zawati yang pandai mengoda hingga Dato Dahlan mengajak Zawati mengahwininya. Dato Dahlan bukanlah terlalu kaya kerana tak mahu kalah dia mengunakan duit penjualan kilang di Vietnam untuk merebut hati Zawati. 


Selepas pertemuan di Vietnam , Hubungan Tajul Razin dan Dang Zuria bertambah rapat. sampai tertangkap dengan Indah dikedai minyak wangi. Indah pernah menasihatkan Tajul Razin agar menjauhkan diri dari Dato Dahlan tambahan pula Indah sudah tahu kes Dato Dahlan memukul isteri dan anaknya. 


Tak lama selepas itu , Dato Dahlan mengajak Indah dan Tajul Razin ke Vietnam semula dan segala kos ditanggung oleh Dato Dahlan. Walaupun Hasmah dengan Halim ( ayah Indah ) tak sedap hati dan melarang Indah untuk pergi ke Vietnam buat kali kedua. Malang tidak berbau . Indah diculik dan dibiarkan dikawasan pendalaman. Kerana tragedi itu telah meragut nyawa anak dalam kandungan . Tajul Razin menyimpan satu rahsia demi menyelamatkan Indah dan Tajul Razin terpaksa bersetuju demi Kebaikan Indah dan anaknya. Balik ke Malaysia, sikap Tajul Razin mula berubah. Indah pula semakin makan hati bila Tajul Razin seperti menyembunyikan sesuatu. Lagi-lagi bila Tajul Razin minta izin untuk berkahwin dengan Dang Zuria. Mengamuk satu keluarga Dato Safiya bila mendapat tahu Tajul Razin nak kahwin lain. Sampailah Tajul Zahin bersanggupan untuk jadi pengganti dan Tajul Fahin menyesal kerana memberi peluang pada Tajul Razin menjadi suami Indah dulu. 


Setiap hari Indah ditanyakan tentang kebenaran untuk kahwin lain. Hati mana yang sedih , Indah pergi menunaikan umrah bersama ibu dan ayah untuk mencari kekuatan . Diwaktu itu Halim berjaya melarikan diri daripada Makcik Mariah dan berubat di Bangi. Indah tertangkap semasa membuat ujian kesesuaian hati untuk Illyana dengan Tajul Fahin . Ketika itu Tajul Fahin ingin melawat Illyana di hospital. Tajul Fahin melarang Indah untuk mendermakan sebahagian hatinya untuk Illyana. Tetapi Indah tetap berdegil .

Tajul Razin nekad menikahi Dang Zuria kerana terus diugut keselamatan Indah dan anaknya. Tiada siapa yang tahu apa yang dialamai oleh Tajul Razin . Bila tiba hari pernikahan Tajul Razin , Indah meminta izin untuk keluar dari rumah dan memujuk hati. tetapi sebenarnya Indah menemani Illyana di hospital. Sebelum Illyana masuk dibilik bedah Puan Sri Alia membongkar satu rahsia. Cerita mereka diperhatikan oleh Tajul Fahin. Tajul Fahin bertindak mencari dan membatalkan majlis pernikahan Tajul Razin . Tajul Razin terkejut dengan cerita yang disampaikan . Tidak membuang masa Tajul Razin mencari Indah di hospital dan menyangka Indah mendermakan hati pada Illyana . Selepas menerima sebahagian hati dari madunya Illyana pulih dari sakitnya. Puan Seri didakwa kerana terlibat dengan penculikan Indah di Vietnam. Zawati yang tinggal sebatang kara pergi ke hospital sakit jiwa berjumpa dengan kekasih lamanya. Dato Dahlan ditangkap kerana mendera isteri dan anaknya.

Bila terlajak sayang Tajul Razin sanggup melakukan apa saja kerana tak mahu kehilangan Indah Halina. Namun cinta itu adakala melindungi.... 

Sinopsis dari kulit novel 
INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN
“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” - INDAH HALINA


“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” - TAJUL RAZIN

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang.

“Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi... Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sepenuh hati, bro.” - TAJUL FAHIN

Akhirnya Tajul Fahin masuk campur semula. Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilupakan. Tetap terkesan dalam hatinya walaupun dia cuba menidakkan perasaan itu. Jika pengorbanannya dulu tidak dihargai, tidak salah dia mengambil semula cinta itu.


Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka apabila tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora? Adakah kali ini mereka terpaksa melepaskan cinta mereka dan merelakan segala yang berlaku?

2 comments:

  1. membalas kunjungan. patutlah rasa nama akak selalu saya nampak. rupa-rupanya akak penulis review novel yang saya selalu baca. hihi. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi...
      Terima kasih sudi singgah di blogs ini ... akka sekadar berkongsi ..

      Delete