Wednesday 6 May 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2015 ( PBAKL)

Pesta buku antarabangsa baru baru ini di PWTC menjadi aktiviti saya dan anak-anak . Tahun ini Pesta buku diadakan dari 24 April hingga 3 mei 2015.  Saya dan anak anak memilih untuk pergi petang jumaat yang lalu sempena cuti hari pekerja 1 Mei. Jejak langkah kami bermula di station Komuter Batu Caves. Jasa baik En. Suami mengahantar kami ke Station Komuter bermula. Setiap tahun saya mengunakan perkhidmatan awam je. Memandangkan En. suami tidak suka pergi. 

Nampak tak langkah kami bermula .... hihihih 

Langkah kami di station komuter Batu Caves

Sempat bergambar didalam komuter.


Selepas menaiki komuter lebih kuran 15 ke 20 minit . Langkah kami seterusnya mencari penulis yang berada si terbitan Lovenovel . Jumpa Dekna Lee penulis yang popular dengan novel Novel Hantu Punya Boss. Kali ini beli novel Jodoh sebelah pintu . Comel orangnya . Novel Jodoh sebelah pintu akan diadaptasi drama tak lama lagi.

 Ini dia Dekna Lee bergambar bersama Eizzara dan eizzaty

Selepas itu kami ke booth October . Berjumpa dengan pelakon Zizan Nin. Wah memang teruja sekali dapat jumpa artis. Selain tu jumpa penulis novel juga Marini Mad Zain. Novel Fajar Di Bukhara akan diadaptasi drama. Drama ini akan ditayangkan pada bulan puasa di saluran TV1 RTM. Yang paling best dapat cenderahati dari pihak penganjur juga. Seronok sangat. Zizan nin antara pelakon dan penerbit drama ini. Dia datang untuk mempromosikan drama ini. 
Bargambar bersama artis dan penulis.


Dapat cenderahati dari pihak penganjur drama 

Beli novel dapat hadiah 

Pergi pulak berjalan-jalan di bilik Melaka. Terdengar ramai yang bersorak-sorak kedatangan artis. Rupa-rupanya Fatah Amin yang datang. Pelakon yang popular membintangi drama Plaboy itu suami aku. Peminatnya memang ramai bukan saja dari muda mudi ia juga termasuklah dikalangan makcik - makcik. Tidak kurang juga peminat bukan melayu. Mereka sanggup tunggu lama semata mata menunggu artis kesayangan mereka sampai. 




Ini dia Fatah Amin ( dapat ambil gambar dari jauh je )




Tahun ni borong novel tak banyak . Lebih diutamakan beli buku untuk anak-anak . Buku cerita anak- anak yang paling murah ada yang senaskah serendah RM 1.00 Memang durian runtuh lahhh.... Beli novel hanya penulis pilihan seperti novel acik lana dan umie nadzimah. Acik lana memang simpan koleksinya dari limited adition hinggalah yang biasa-biasa . Begitu juga novelis Umie Nadzimah. Kali ini cerita sambungan dari novel kerana terpaksa aku relakan. 


 Ini novel yang bakal diadaptasi 

Puas pusing-pusing , kami keluar dari PWTC terus ke SOGO ( jauh tu ) . Masa untuk mengisi perut setelah penat berjalan. Memang penat gila dengan orang yang terlalu ramai.Ada yang membuat rombongan untuk ke pesta buku . Perut dah isi , kaki dah penat dan poket pun dah mulai menipis. Kami pulang ke rumah. 



Jumpa lagi tahun depan . Berhenti dulu untuk episod kali ini. saya berpuas hati untuk perjalanan kami dipermudahkan olehNya. Kami pulang kerumah dengan selamat. Macam sekejap je perjalanan kami tetapi sebenarnya kami menghabiskan masa di pesta buku itu 8 jam termasuk perjalanan. Insyaallah PBAKL 2016 kami akan datang dengan izinNya.

2 comments:

  1. Kalau tau sis g PBAKL tu, minta tlg belikan chandelier. Kita pegi 2 kali, tp tak terbeli Chandelier. First pegi, beli novel kat karyaseni jer. 2nd time pegi, lepas beli novel kat Idea Kreatif, pegi KN dah tutup, sbb pegi lepas keje. Wuarghhhh.. weekend, bercuti g penang. Mmg tak terbeli pun. Huhuhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun Chandelier tinggal sikit ... akak tak dapat beli novel Suri ryna Kimichi untuk dia dah sold out... sedih ... tapi next time nak pergi awal ... hihihhihihi

      Delete