Wednesday 30 September 2015

NOVEL SEINDAH KASIH CADEO


Being deeply loved by someone gives you strength , 
while loving someone deeply gives you courage.

Ini novel kedua saya beli dari terbitan BESQ . BESQ adalah terbitan baru. Bila baca sinopsis dalam cerita ini dah agak lengkap untuk ceritakan kisah Cadeo-Najla ini. Walaupun kisah yang biasa-biasa, tapi novel ini ada kekuatan yang tersendiri. Penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan. Jom ikuti review dari saya.

Cadeo Sittichai (Deo), pemuda kacukan Siam dan Perancis, seorang free thinker. Dia lelaki kacak, kaya, bijak, dambaan hampir setiap gadis. Namun jiwanya kosong sehinggalah bertemu dengan Najla (Naj), gadis Melayu yang naif tentang cinta.

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati Cadeo terhadap Najla mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

Sejak pertemuannya dengan Najla di dalam komuter, Cadeo angau gadis yang biasa - biasa itu biarpun dia boleh saja berdamping dgn wanita - wanita cantik taraf supermodel. Mengenali Najla, Cadeo turut kenal erti cinta dan rindu . 

Najla tak sangka orang yang kawan karibnya (Yana) cuba kenalkan dengan dia ialah Cadeo sepupu Danial (hubby Yana) dan jejaka itu juga yang mula melekat dihatinya sejak pertama kali jumpa di dalam komuter. Tapi takdir Tuhan , kalau dah jodoh itu segala urusan akan dipermudahkan. Cadeo yang sanggup tinggalkan semua kehidupan sosial selepas bertemu dengan Najla. Cadeo terdorong mengenali Islam. Cadeo mendapat hidayah dari Allah dan berubah hidup menjadi muslim yang baik. 

Setelah sayang bersahut, cinta berbalas, tanpa berlengah Najla diikat oleh Cadeo Sittichai Abdullah. Cadeo dan bakal abang iparnya (Kimi) merancang untuk membuat kejutan pada Najla dengan perkahwinan mereka . Cinta Cadeo ternyata melimpah ruah buat Najla. Namun sedang mereka asyik mengecap bahagia alam rumahtangga, sisa hitam sejarah silam Cadeo disingkap menjadi gelora. Najla yang memang rendah diri diselubungi curiga, lantaran Cadeo tidak mampu menjernih suasana dan hanya mampu menyesali kelalaian masa lampaunya. Kerana itu Najla mencipta jarak antara mereka.

Ternyata menyesali kisah lalu lebih mendera jiwa Cadeo. Cadeo mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Najla hingga perasaan curiga dihati hilang. Seindah kasih Cadeo ,Najla Belajar memahami dan mendalam hati suaminya agar kekal bahagia.


Sinopsis dari kulit novel
CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu… naik komuter? What?

Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"

Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.

Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.

“Tahniah.”
Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.

“Assalamualaikum.”
Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.

No comments:

Post a Comment