Tuesday, 4 September 2012

NOVEL AKU YANG KAU TINGGALKAN


Cinta datang tanpa disedari...
Walupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi didalam hati


Novel setebal 759 mukasurat karya penulis baru berbakat bernama Alina Haizar amat memikat hati saya untuk membacanya hingga ke halaman terakhir. Novel cinta ini amat menarik dari segi kaitan jalan ceritanya dari mula hingga akhir. Plot cerita disusun dengan kemas dan segala persoalan di segenap minda tatkala menghayati novel ini, ada saja jawapannya. Jangan risau tentang bahasa yang digunakan. Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berbunga-bunga. Ada ketika saya berangan sedang berada di turin, Itali dimana kebanyakan latar cerita bersandarkan daerah tersebut.  
Novel ini mengisahkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan oleh watak utamanya Nia Athirah (Nia) sehingga membawanya merantau ke negara asing walaupun tanpa secalit pengalaman dan pengetahuan terhadap negara tersebut. Namun begitu secara kebetulan Nia bekas penuntut TESL dari UUM, jadi bahasa inggeris bukanlah jadi masalah Nia di luar negara. Nia terpaksa berkahwin dengan seorang mangsa kemalangan yang baru sedar dari koma yang panjang, dan terpaksa merangkak mengajar pemuda bernama Zaril Ikhwan itu membaca dari awal. 

Nia terpaksa melupakan Farid dan berkahwin demi menutup hutang keluarganya. Adakala insiden-insiden yang tidak disengajakan antara Nia dan Zaril setelah dipertemukan semula kelihatan begitu romantik dan mendebarkan. Ada sahaja dialog Zaril yang menyakat Nia yang sering membuatkan hati Nia berdebar-debar. Namun yang pasti cinta Nia amat utuh untuk Zaril hinggakan selama lima tahun dia masih lagi bersendirian membesarkan anaknya.

Kebanyakan watak sampingan hanya kita kenali pada bahagian-bahagian tertentu sahaja dan watak-watak seperti Farid (bekas boyfriend Nia) , Ani (adik Nia), ibu Zaril, ayah Zaril (En Zahari), adik Zaril bernama Azman dan banyak lagi watak tidak dikembangkan sumbangan mereka di dalam novel ini. Namun begitu saya faham, mungkin Alina mahu menumpukan watak penting sahaja seperti Nenek Zainun, kawan rapatnya bernama Maximo dan Hajier rakan yang membantu mengasuh anaknya Hazriel. 
Penceritaan tentang R&D, tempat- tempat bersejarah, muzium, ditulis dengan begitu terperinci menjadikan kita seolah-olah berada di tempat-tempat yang diceritakan. 


Kita ikuti sinopsis dari novel ini.

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.



Petikan - petikan menarik dalam Novel ini.

“Sila duduk dulu, Nia.” Kata Encik Nor Zaidi.
Mak Cik Siah masuk ke dalam untuk mendapatkan Puan Zainun. Nia duduk di atas kerusi empok yang terletak di ruang tamu. Puan Zainun keluar dari biliknya, tersenyum sambil mempersilakan mereka semua duduk. Orangnya nampak masih segak walaupun nyata sudah berumur. Nia agak umurnya mesti sudah lebih dari tujuh puluh tahun. Datuk dan nenek Nia juga, jika masih hidup lagi, mesti dalam lingkungan tujuh atau lapan puluhan. Tetapi jika melihat keadaan Puan Zainun, Nia rasa emaknya kelihatan lebih tua. Mungkin kerana dia melalui kehiduapan yang jauh lebih senang berbanding dengan emak.
“Nia, apa kabar?”
“Baik, Puan Zainun.”
“Macamana emak Nia sekarang ni?”
“Insya Allah Puan, dua tiga hari ini dia boleh balik rumah.”
“Bagus tu Nia. Minta-minta bila kenduri nanti, dia akan sihat sikit.”Kata Puan Zainun. Nia agak gelisah bila bercakap mengenai perkahwinannya. Ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum Nia boleh bercakap tentang perkahwinannya dengan Zaril.
Nia pun harap emak cepat sihat Puan Zainun.” Jawab Nia. Wajahnya nampak sedih. Paun Zainun menghampirinya dan memegang tangannya lalu berkata.
“Sabarlah Nia. Banyak, banyak lah doa dengan tuhan, agar emak Nia cepat semboh.”
“Baiklah Puan Zainun.”
“Nia, sekarang ni Nia kena belajar panggil Wan, bukan Puan, puan lagi. Zaril pun panggil Wan.” Tegur Puan Zainun.
“Baik Pua… ahh Wan.”
“Macam tu lah. "
"Ok. Puan Zainun. Marilah kita mulakan.”Kata Encik Nor Zaidi, nampak tidak sabar mahu menyelesaikan urusan mereka untuk hari ini.
"Okay, Zaidi. Macam ni. Nia ikut Wan masuk ke dalam. Wan hendak cakap dengan Nia. Siah, tolong suruh Neng buatkan air. Zaidi tunggu dulu di sini. Mari Nia, ikut Wan.”
Puan Zainun nampaknya sudah biasa mengawal keadaan dan mengarah semua orang menurut kehendaknya. Encik Nor Zaidi, peguam yang hebat itu pun hanya menganggukkan kepalanya mendengar arahan Puan Zainun. Nia segera bangun dan mengikut Puan Zainun masuk ke ruang tengah rumah. Mereka kemudiannya menuruni tangga dan turun ke dapur. Dari ruang dapur, mereka menuju ke ruang keluarga yang terletak di bahagian bawah rumah. Ada dua buah bilik yang terletak di bahagian bawah rumah.
“Nia Tunggu sini.” Puan Zainun terus masuk ke dalam bilik tidur yang terletak di sebelah kanan. Nia duduk di kerusi sofa yang terletak di ruang keluarga itu. Terdengar suara Puan Zainun bercakap dengan seseorang dari dalam bilik. Tidak lama kemudian, Puan Zainun keluar dari bilik tidur itu. Di belakangnya seorang lelaki sedang mengikutinya. Puan Zainun menarik tangannya, membawa dia keluar dari bilik itu. 
Nia memandang dan memandang wajah lelaki itu. Ini pertama kali dia menatap wajah bakal suaminya, Zaril Ikhwan. Rambutnya panjang, Nampak seperti Puan Zainun masuk tadi lalu menyikit rambutnya, Mukanya berjambang, sudah beberapa hari tidak bercukur. Zaril Ikhwan tidak memandang wajah Nia, Dia asyik memandang ke arah dinding.
“Zaril, Zaril, mari duduk sini.” Puan Zainun menyuruh Zaril Ikhwan duduk disebelahnya, bertentangan dengan Nia. Orangnya tinggi tetapi kelihatan kurus. Zaril Ikwan hanya memakai baju T berwarna hijau dan selalu jean berwarna biru. Zaril Ikhwan menurut sahaja kata Puan Zainun, duduk disebelahnya, matanya berlari-lari ke arah dinding dan siling dan ke mana-ma a jua kecuali memandang wajah Nia.
“Zaril.” Puan Zainun mengangkat tangan kanannya menunjukkan dua jari telunjuk dan jari hantu kea rah mata Zaril Ikhwan dan kemudian ke arah matanya.
“Ini Nia. Bakal Isteri Zaril, datang jumpa.”
Zaril memandang Nia sekilas pandang.
“Nia, datang ni.” Kata Puan Zainun lagi. “Cakaplah Nia dengan abang Zaril.”
“Abang….. Ab..” Kelu Nia hendak berkata-kata. Dia masih lagi dalam keadaan tergamam. Nia ingat Zaril Ikhwan sakit fizikal. Dia tidak sangka dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Nia memandang tepat ke wajah Zaril. Wajahnya tidakdapat dengan jelas, di selindung di sebalik jambang dan rambutnya yang panjang.
“Ini Nia, Nia sayang.... Zaril.” Kata Puan Zainun, nampak dia agak risau dengan pertemuan kali pertama antara Nia dan Zaril. Nampaknya dia cuba membuat Zaril rasa selesa, cuba mengambil hati Zaril.
“Sayang.” Kata Zaril, perlahan.
“Bukan, sayang, nama dia Nia.” Puan Zainun cuba membetulkan. Zaril nampaknya menerima kata-kata yang disebutnya secara terbalik. Itu masalah yang paling ketara yang dia alami sejak sedar dari koma tempoh hari.
“Sayang!”
"Bukan sayang, Nia." Puan Zainun mencuba lagi.
"Sayang!" Sebut Zaril Ikhwan.
“Nia.” Kata Nia pulak. Zaril memandang tepat mata Nia, tetapi hanya seketika sahaja, dia kemudiannya melarikan pandangan matanya, memandang ke arah dinding semula.
“Sayang!”
“Nia...” kata Puan Zainun dan Nia, hampir serentak.
“Sayang! Sayang! Sayang.!!!!!” Zaril Ikhwan mula menhentak-hentaakkan kakinya di lantai. Dia mula nampak gelisah. Kenapa katanya dibangkang oleh neneknya.
“Ok, sayang, iyelah, iyelah... sayang. Zaril akan kawin dengan Nia, tau, minggu depan.” Jelaskan Puan Zainun lagi.
"Sayang!"
"Oh...Wan salah cakap... Kawin dengan sayang minggu depan." Ulang Puan Zainun.
Baru Zaril Ikhwan puas hati lantas menganggukkan kepalanya, kemudian dia bangun dan masuk ke dalam biliknya semula. Puan Zainun memandang sahaja Zaril masuk ke biliknya, kemudiannya menghela nafas lega. Selepas itu dia menoleh memandang wajahnya anak gadis yang dihadapannya. Wajah gadis itu kelihatan pucat lesi. Puan Zainun jadi semakin risau. Bagaimana kalau gadis ini juga tidak sanggup untuk mengahwini cucunya. Sudah dua orang gadis lain yang cuba di pasangkan dengan Zaril Ikhwan selain dari Ani, tetapi bila melihat Zaril Ikhwan, mereka menukar fikiran mereka, walaupun Puan Zainun sudah menjanjikan wang dan hartanya.
“Nia… Inilah Zaril Ikhwan, cucu Wan. Bakal suami Nia.”
“Kenapa dengan dia Wan?”
“Nia tak tahu lagi ke?”
“Tak, tak ada sesiapa cakap apa-apa pada Nia.”
“Ani pun tak cakap apa-apa dengan Nia?”
"Tak.”
“Zaril bukan ni sebelum ni Nia. Dia sihat, segak, aktif. Dia belajar engineering di UK. Bila balik sini, kerja sat. Lepas tu dia accident di Kuala Lumpur.” Lepas accident dia koma, lama juga. Wan ingat dia dah tak dak harapan lagi. Satu hari dia terjaga. Wan punyalah bersyukur pada tuhan. Tapi macam nilah. Kadang-kadang dia ok. Dia sedar, dia tahu apa yang kita cakap. Kadang-kadang dia jadi lupa.”
Nia terdiam. Patutlah Ani takut untuk menghadapi tanggung jawab ini. Nia juga rasa berat juga untuk dia menaggung tanggungjawab ini.
“Wan mahu cari isteri untuk Zaril Ikhwan, yang sanggup jaga dia sampai dia tua nanti. Kalau ada anak-anak pun yang akan jaga bapa dia nanti.”
“Maafkan Nia Wan, kalau Nia silap bertanya.”
“Apa dia? Tanyalah.”
“Mana emak bapa Abang Zaril? Kenapa Wan sorang yang bersusah payah ni?”
“Itulah…itulah yang Wan suruh Zaidi bawa Nia pi tengok rumah jagaan kat Ipoh tu.” Jawab Puan Zainun, membuat Nia makin keliru.
“Kenapa?” Kalau Nia hendak tahu, Hanida dan Zahari, emak bapa si Zaril, semua sudah tak tahan hendak jaga Zaril. Dia orang asyik sibuk, hendak ke luar Negara, bisness sana sini. Dia bercadang hendak letak Abang Zaril kat situ. Yang Nia melawat Kat Pasir panjang tu. Kat situ dia orang hendak letak tau? Kat KL sana tak ada siapa hendak jaga Abang Zaril tu.”
Astagafirullah Al Azim.” Mengucap panjang Nia. Tidak dapat dibayangkan jika Zaril Ikhwan menjadi penghuni rumah jagaan itu.
“Itu sebab Wan bawa Zaril balik sini.”
“Kenapa Wan, susah payah, Wan. Wan boleh upah nurse jaga Abang Zarilkan.”
“Itu yang Wan ingat Wan akan lakukan masa Wan bawa balik Zaril disini.” Suara Puan Zainun makin sebak. “Tapi Wan sakit Nia, Nampak sahaja Wan macam ni, sebenarnya Wan sudah mula sakit-sakit. Wan takut, tiba-tiba kalau Wan mati. Macamana dengan nasib Zaril Ikhwan? Itu sebab Wan mesti pastikan Zaril kawin dengan seorang gadis yang baik, yang akan menjaga Zaril, kalau boleh biar Zaril semboh. Kalau ditakdirkan Zaril tidak akan semboh pun, Wan harap isterinya akan setia menjaganya, anak-anaknya akan menjaganya. Itu sahaja yang Wan hendak. Sebab itu Wan suruh Zaidi buat perjanjian sebelum kawin sampai macam tu.” Nia terdiam sambil berfikir. Memang caranya nampak macam Puan Zainun menggunakan wang untuk menguasainya, tetapi apa yang dia lakukan hanyalah kerana kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan.
Baru Nia afaham kenapa dia dibawa ke Ipoh tempoh hari. Puan Zainun mahu dia melihat apakah nasib yang akan menimpa Zaril Ikhwan jika dia tidak berjaya mencari seseorang untuk menjaga Zaril Ikhwan. Dengan itu dia akan meraih simpati Nia. Memang betul jangkaan Puan Zainun, Nia tidak sanggup hendak membiarkan Zaril Ikhwan diletakkan di rumah jagaan yang dilawatinya. Dia terbayang-bayang wajah Asrul, wajah Hakim yang semakin hilang kewarasan mereka kerana terpaksa tinggal di rumah jagaan itu. Walaupun Nia sedar bahawa Puan Zainun dan Encik Nor Zaidi telah menjayakan satu rancangan yang begitu licik, memeras ugut sifat peri kemanusiaannya, Nia terpaksa rela untuk meneruskan juga pernikahan ini. Pertama kerana Nia tahu Puan Zainun lakukan demi untuk kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan dan kedua kerana Nia memerlukan wang, wang yang telah mereka ambil terlebih dahulu untuk menebus tanah mereka dan wang untuk mengubati sakit emak. Apa-apa pun emak yang Nia pentingkan buat masa ini. Nia mesti lakukan pengorbanan ini.

“Nia, macamana Nia? Kedengaran sayup-sayup suara Puan Zainun bertanya jawapan pasti dari Nia. Nia sudah jauh melayang lamunannya.  
Nia bangun dan berjalan ke arah bilik Zaril Ikhwan, membuka pintu bilik tersebut dan menjenguk ke dalam bilik. Bilik tidur Zaril Ikhwan sangat besar dan perabut di dalamnya juga nampak mewah. Ada sebuah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur tersebut. . Peti televisyen sedang terpasang tetapi tidak ada penontonnya. Dalam bilik itu juga terdapat sebuah rak buku yang besar diperbuat dari kayu jati. Buku-buku ilmiah, buku-buku bisnes dan novel-novel inggeris tersusun rapi memenuhi barisan-barisan rak buku tersebut. Sesuatu yang begitu menarik perhatian Nia. Nia suka dengan buku-buku. Kehadiran rak buku menenangkan perasaannya. Nia juga nampak Meja sebelah katil sebelah kanan, dipenuhi dengan botol-botol ubat. Keadaan bilik tidur itu bersih dan berbau harum. Nia teringatkan gadis yang bermain najis apabila bulan mengambang. Nasib baik Zaril Ikhwan bukan berpenyakit macam gadis itu. Kalau tidak, tidak dapat dibayangkan oleh Nia, terpaksa hidup dengan orang macam tu sepanjang hidupnya.
Nia lihat Zaril Ikhwan sedang baring di atas katil bersaiz King dan memandang kosong ke arah dinding. Puan Zainun mengikuti Nia dari belakang. Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam bilik itu bersama-sama.
Menyedari Puan Zainun dan Nia masuk ke dalam bilik, Zaril terus duduk di sisi katil. Matanya masih tidak mahu memandang wajah Nia ataupun Puan Zainun. Dia lebih suka memandang dinding atau siling. Apa agaknya yang begitu menarik perhatiannya di dinding tersebut?
Nia memandang ke arah Zaril Ikhwan tetapi dia tidak dapat menarik perhatian Zaril Ikhwan. Apakah akan terjadi apabila dia berkawin dengan Zaril Ikhwan nanti? Bagaimanakah hidup Nia nanti disamping orang yang dia tidak cintai. Bolehkah Zaril Ikhwan semboh suatu hari nanti?. Adakah mereka akan mendapat cahaya mata dengan keadaan Zaril Ikhwan yang sebegini. Bolehkah Nia menghabiskan sepanjang hidupnya hanya untuk menjaga Zaril Ikhwan. Macamana dengan keperluaan dirinya sendiri, keperluan zahir dan batinnya? Bukankah Nia juga perlukan kasih sayang? Nia memandang wajah Puan Zainun, yang nyata dalam kegelisahan menanti jawapan dari Nia. Zaril Ikhwan tidak memperdulikan mereka berdua. Nampaknya ia sudah lupa tentang pertemuannya dengan Nia sebentar tadi. Matanya kosong memandang dinding. Macamana hendak hdup bersama suami yang tidak mengenalinya, tidak sedar dengan kehadirannya? Bermacam-macam persoalan bermain di dalam fikiran Nia.
“Ril, jemputlah Nia duduk. Kenapa Ril biar sahaja Nia berdiri macam ni?” tegur Puan Zainun.
“Sayang…. “ Zaril Ikhwan bangun dan mengambil kerusi dan diletakkan di sebelah Nia.
“Bagus, Zaril. Duduklah Nia. Suruh Nia duduk.”
“Sayang! Sayang! Sayang!” Zaril Ikhwan mula naik radang. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai.
“Iyelah, sayang, sayanglah! Suruh sayang duduk.” Kata Puan Zainun.
 “Duduk..sayang” Kata Zaril Ikhwan, menepuk kerusi yang diletakkan sebelah Nia, tetapi matanya tidak juga memandang wajah Nia. Nia rasa dia sudah salah tanggapan, dia ingat Zaril Ikhwan tidak cam akan dirinya lagi, tetapi dengan cara dia sendiri, Zaril Ikhwan mengenalinya. Cuma dia tidak dapat sampaikan pengertiannya dengan cara yang orang biasa fahami. Adakah di dalam mindanya Zaril Ikhwan juga sedang bergelut? Mencari jalan agar ada orang dapat memahaminya? Bahagian manakah dalam blueprint otaknya yang rosak akibat kemalangan yang dia alami tempoh yang, yang membuat dia jadi begini. Nia dapatkan Zaril Ikhwan yang sebenar masih ada dalam tubuh lelaki itu, terperangkap, dia sedang bergelut untuk keluarkan dirinya yang sebenar, tetapi tidak tahu bagaimana? Masihkah ada harapan untuk dia sembuh seperti sediakala. Sanggupkah Nia bersamanya melalui liku-liku hidup ini sementara menanti Zaril Ikhwan semboh. Tiba-tiba rasa seram sejuk menyerang dirinya Nia. Dia jadi takut. Ingin rasanya Nia lari dari situ sekarang juga, lari dari bilik Zaril Ikhwan itu. Lari entah ke mana? Ingin dia mencari Farid, temannya yang dia kenali dan fahami. Yang ingin menyuntingnya sebagai isteri. Nia mahu hidup dalam keadaan normal. Nia jadi takut, begini agaknya ketakutan yang di alami Ani sehingga membuatkan dia lari bersama Sazali. Nia juga ingin lari, tetapi dia tidak ada sesiapa untuk membawa dia lari. Dia juga tidak boleh lari meninggalkan tanggungjawabnya, emak yang sedang sakit, adik-adik yang masih lagi belajar. Nia tidak dapat lari. 

Nia rasa macam dia berada di dalam mimpi ngerinya.Dia bertemu semula dengan Zaril Ikhwan dalam keadaan marah dan menyalahkan Nia serta menuntut kembali haknya. Zaril Ikhwan menyematkan semula dua butang baju yang dibukanya tadi, mengelus-elus rambutnya sambil memandang tepat kearah Nia. Nia terpaku ditempat dia berdiri.
"Ab.. abang ta..tahu? Se.. selama ni a.. abang tahu?" Nia bertanya dengan tergagap-gagap. Dia mula mengigil ketakutan.
"Not immediately, But when you start to talk. Your voice... Iknow that voice. Abang terus tahu siapa Sayang."
"Hiii... tolonglah. Please stop calling me sayang!" kata Nia. 
"Jangan panggil Nia dengan nama tu lagi."
"Kanapa tak boleh? Itu nama yang abang panggil Sayang selama ni."
"Tolonglah. Jangan sebut nama tu lagi. Panggil Nia, sudah. Tolonglah!" Nia rasa jantungnya seperti hendak pecah.
"Why? You hate that name?" soal Zaril Ikhwan. Matanya tampak keras. "Dulu tak kisah pun."
"Itu dulu. Sekarang lain. Please don't call me by that name anymore." Nia tidak sanggup mendengar Zaril Ikhwan memanggilnya Sayang kerana itu semua adalah satu hipokrasi bagi pihak Zaril Ikhwan. Syang Zaril Ikhwan hanya ketika dia memerlukan Nia. Setelah dia pulih. Nia sudah tidak diperlukan. Sayang dibuang begitu sahaja.
"Oh.. abang tahu... Dulu sebab dapat bayar,kan? Panggil apa pun tak mengapa,kan? sebab bulan-bulan elaun masuk,kan?" Pedas kata-kata yang keluar dari mulut Zaril Ikhwan. Nia benar-benar terasa dengan kata-kata Zaril itu.
"Whatever... cakaplah apa abang nak cakap... but please, please jangan panggil Nia dengan nama tu lagi!" rayu Nia.
"If you insist," balas Zaril Ikhwan sambil mengangkat bahunya tanda tidak peduli. Zaril Ikhwan bangun dan berjalan keliling bilik yang sempit itu, memerhatikan keadaan bilik Nia. Nia tak puas hati dengan perlakuan dan penjelasan Zaril Ikhwan.
"Kalau abang dah tahu... kenapa... kenapa abang berpura-pura macam tak kenal Nia?" soal Nia. Dua betul-betul terkena dengan helah Zaril Ikhwan selama ini. Dia tidak seharusnya membenarkan Zaril ikhwan masuk ke dalam apartmennya.
"Abang tak pernah pura-pura, Sayang...ops tak boleh sebut sayang.. lupa pulak! Nia yang buat-buat tak kenal abang."
"Nia buakn buat-buat tak kenal abang. Nia ingat abang tak cam Nia..."
"Tak banyak perubahan pada Nia sampaikan abang tak boleh cam Nia. it's not like you have had a plastic surgery. Of couse, sekarang ni memang lagi cantik, lebih bergaya, more fashionable jika dibandingkan masa duduk di kampung dulu," perli Zaril Ikhwan.
"Tapi yang lain semuanya sama, pandangan mata, suara. Semua masih sama! come on Nia ... I was sick, not blind and stupid!!," tambah Zaril Ikhwan dengan lebih pedas lagi. Kenapa setiap perkataan yang keluar dari mulut Zaril ikhwan, menunjukkan seperti dia benci dengan Nia? Nia hairan, Kenapa dia mesti benci Nia? Bukankah Nia telah lakukan apa yang dia kehendaki? Nia meninggalkan dia semata-mata untuk memenuhi permintaannya. Kenapa dia harus benci Nia? Sepatutnya dia berteima kasih sebab Nia mengundur diri tanpa memberi masalah langsung kepada Zaril Ikhwan. Nia yang patut benci dengan Zaril Ikhwan. Memang Nia benci dengan Zaril Ikhwan pun. Nia tidak akan maafkan dia kerana membuang Nia bila tidak diperlukan lagi.
Tiba-tiba sahaja Nia rasa bilik tidur itu menjadi lebih kecil dengan kehadiran Zaril Ikhwan didalamnya, membuat Nia rasa sesak. lama-lama dia disitu nanti, dia akan pitam. Tanpa berkata apa-apa, Nia keluar dari bilik tidur itu. Zaril Ikhwan mengikut Nia keluar dari bilik tidur yang sempit itu. Dia memerhatikan sekeliling ruang tamu Nia yang juga sempit. Terdapat kerusi sofa yang boleh dibuka untuk menjadi katil, prti televisyen dan almari cermin. Wajah Zaril Ikhwan seperti mencebik, memandang rendah akan semua yang dilihatnya.
"It's so cold. Kenapa tak pasang heater? Nak jimat duit ke ? Tak cukup duit ke?" soal Zaril Ikhwan dengan nada menghina, sambil memandang heater yang terletak diantara ruang tamu dan bilik tidur. Nia biarkan sahaja soalanya tidak berjawab. Nia pula bertanya soalan lain. "Apa yang abang nak sekarang?"
"Apa maksud Nia?" Zaril Ikhwan bertanya kembali dengan agak angkuh. Dia kelihatan begitu yakin dengan dirinya. Melihat Nia terdiam, Zaril Ikhwan menyambung lagi. 
"Nia tanya apa abang nak sekarang? kenapa? kalau abang cakap karang, Nia nak penuhi ke?" Zaril Ikhwan sengaja memberikan pandangan rakus ke arah Nia. memandang Nia dari atas hingga ke bawah, membuat Nia menjadi takut. Takut Zaril ikhwan slah faham dengan soalannya.
"Apa abang cakap ni? maksud Nia, kenapa berpura-pura dengan Nia selama ni? kanapa tak terus saja cakap abang kenal Nia? Apa tujuan abang sebenarnya?"
"I respect your wish. Nampak sanagt Nia tak mahu orang tahu yang Nia kenal abang!"
"Tak ! bukan macam tu. Nia memang ingat abang tak cam Nia." Nia membela perlakuannya selama ini.
"Takkan abang tak cam. Nama pun tak tukar. Nia Atirah Adnan!"
"Abang tahu nama penuh Nia? selama ni abang tahu nama Nia? kenapa tak panggil Nia, kenapa panggil sayang?"
Zaril Ikhwan tidak menjawab soalan Nia. Dia terus memerhatikan apartmen Nia. Kemudian dia berjalan ke arah dapur Nia yang kecil. yang muat hanya seorang dua sahaja. Mimik mukanya seperti memandang hina keadaan dapur dan meja kecil tempat Nia makan.
"Daifnya!" ujar Zaril Ikhwandengan angkuhnya. Nia begitu terasa dengan komen itu. dia memang bukan ada duit. Tetapi kerana Zaril Ikhwan tiba-tiba memberi komen yang begitu menghina terhadapnya? "Abang pura-pura tak kenal Nia selama ni, pura-pura baik pada Nia sebab abang nak masuk sini. Untuk apa?"
"Well, kalau abang tak buat macam ni, adakah Nia akan benarkan abang masuk sini?" tanya Zaril Ikhwan kepada Nia. Kemudian Dia menjawab soalannya itu sendiri. "Tentu tidak, bukan? Ini saja cara untuk abang tengok sendiri macam mana Nia hidup disini."


Tiba-tiba sahaja, entah dari mana, Zaril Ikhwan sudah berdiri dihadapannya. Pasangan Jepun yang duduk disebelah Nia telah memberikan ruang untuk Zaril Ikhwan duduk disebelahnya. Nia meraup wajahnya. Kehadiran Zaril ikhwan disebalahnya, membuat Nia resah semual. Nia bangun untuk ubah tempat duduk. Dia tidak betah duduk bersebelahan dengan Zaril Ikhwan. Nia tidak tahan lagi menanggung perasaannya. Zaril Ikhwam menarik tangan Nia, memaksa Nia duduk semula. Pergerakan bot membuat Nia tercampak ke atas ribanya. Pelancung-pelancung lain dari Eropah dan Jepun yang duduk dekat mereka tersenyum melihat Nia jatuh ke ribaan Zaril Ikhwan. Secara automatik Zaril Ikhwan memeluk tubuh Nia. Mereka ingat Zaril Ikhwan dan Nia pasangan romantik agaknya. Buat tayangan percuma pula depan mereka. Muak Nia merah padam. Nasib baik Mak-mak Datin semuanya duduk didalam perut bot dan bukan dikawasan terbuka disini. kalau tidak, susah Nia nanti hendak menjelaskan apa yang berlaku. Bot meneruskan perjalanannya. Setiap bot mereka berselish dengan bot-bot yang membawa pelancong lain, bot mereka bergolak, terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan, Nia juga tercampak ke kiri dan ke kanan. Zaril Ikhwan lantas memeluk pinggang Nia, hendak mengelak dia daripada terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan. Nia makin gelisah. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Zaril Ikhwan.
"Duduk diam-diamlah, Sayang. Nanti tercampak keluar bot nanti, siapa yang susah? Abang jugak yang susah."
"Lepaskan Nia." Nia akan hanyut dan lemas dalam perasaannya sendiri. Zaril Ikhwan perasan atau tidak? Dia telah memanggil Nia, Sayang. Jenaka apa yang Zaril ikhwan cuba lakukan terhadap Nia kali ini? Nia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Zaril Ikhwan. 
"Nanti apa orang kata kalau mereka nampak."
"Siapa yang nampak?" Zaril Ikhwan membantah dengan selamba.
"Mak-mak Datin tu."
"Dia orang kat dalamlah, Nia. Di sini kita hanya dengan mat saleh dan orang-orang Jwpun ni saja," Kata Zaril Ikhwan. "Abang bukan buat salah." Wajah begitu bersahaja, macam budak-budak yang tidak bersalah langsung.
"Lepaskan Nia, abang. Please..." rayu Nia.
"Nia, just sit down and enjoy the ride.Okey. Bukan selalu kita boleh datang melawat tempat macam ni...Relaks."
Nia mendiamkan dirinya. Mana mungkin dia relaks? Jantungnya berdegup kencang setiap kali Zaril Ikhwan menyentuhnya.
"orang tak nampaklah, tangan abang dibelakang Nia. Relexlah. Tengok tu. Batu-batu yang pelik bentuknya tu," tunjuk Zaril ikhwan ke arah batu yang berbentuk seperti gajah dan berbentuk pintu gerbang yang besar-besar. Mukanya begitu hanpir dengan wajah Nia.
Kalau Nia gerakkan wajahnya ke hadapan sedikit sahaja, mesti Nia dapat mencium pipinya. Kalu ikutkan perasaanya, ingin Nia buat begitu. Biar Zaril Ikhwan pula terkejut. Tetapi Nia tidak akan berbuat demikian. itu bukansifat Nia. Nia cuma menarik nafas panjang untuk menenagkan juwanya yang resah. Nia dapat hidu kewangian tubuhnya. Lebih membuat ketenangan diri Nia terancam. Mereka memerhatikan pemandangan indah pinggir-pinggir pantai Pulau Capri. Bentuk-bentuk dan formasi batu yang pelik-pelik boleh dilihat disini. Selain daropada Sophia, ada juga pemandu pelancong yang disediakan oleh bot pelancong itu. Mereka menunjukkan rumah-rumah selebriti Itali bertaraf antarabangsa yang membeli rumah disitu seperti Sophia Loren dan juga pereka terkenal Giorgio Armani.
Mereka yang berada di atas bot beria-ia mengambil gambar mereka berlatarkan rumah selebriti tersebut. Kelam-kabut keadaan bot jadinya dengan orang bangun dan duduk untuk bergambar. Zaril Ikhwan mengemaskan pelukannya di pinggang Nia, Tidak membenarkan Nia dilanggar oleh pelancong-pelancong lain.
"In front of us is Faraglioni, which is the collective name of three rock formation, have given their own names : Stella, Messo and Scopolo (or Fuori ). This place is unique. The lacerta viridens faralionesis or the blue-tinted lizard can only be found on Scopolo." Kedengaran suara pemandu pelancong memberitahu mereka semua mengenai Faraglioni.
"It is also called lover's cave. People said that if couples kiss while going through the arch, it will bring good luck." Sebaik sahaja bot itu melalui Faraglioni, kebanyakan pelancung mula berciuman sesama pasangan masing-masing. Nia segan melihat sekeliling sedang bercumbuan. Nia mendongak, melihat arca Faraglioni itu.
" Nia, tengok ni," panggil Zaril Ikhwan.
Nia terus menoleh kearah Zaril Ikhwan. Secara tidak sengaja. pipinya tersentuh bibir Zaril Ikhwan yang kebetulan juga sedang menoleh ke arah wajah Nia. Muka Nia merah padam. Nia terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia segera mengosok-gosok pipinya degan tangannya. Bila Nia melihat wajah Zaril Ikhwan semula, Zaril ikhwan hanya tersenyum melihat wajah Nia yang sudah kemerah-merahan. Zaril Ikhwan bersandar selesa dibangku panjang itu. Tangannya masih memeluk Nia. Dia nampak begitu relaks.



Sunday, 2 September 2012

NOVEL KERANA SEKALI CINTA

.... Aku tetap cinta

Novel Kerana Sekali Cinta , Novel kedua yang aku miliki dari karya Rehan Makhtar selepas Terlerai Kasih , Novel yang menggamit pelbagai perasaan. Novel Kerana Sekali Cinta bukan dari terbitan mana-mana. Novel ini dicetak khas untuk peminat novel yang mengikuti perkembangan Rehan Makhtar.  Cerita ini juga boleh dibaca  di laman blog beliau sendiri . Inilah mini novel keluaran beliau setebal 352 muka surat. Qualiti dan kulit novel sangat bagus. Saya cukup berpuas hati. Selain itu sentuhan tangan dari penulis tu penting. Untuk pengetahuan peminat novel diluar sana , novel ini ada kelainan sedikit  ini kerana versi lelaki . Novel ini cukup santai tak ada konflik yang berat dan jom kita layan novel ini.
Mengisahkan Zafran Zaini seorang lelaki berpangkat tinggi berumur awal 30an bertemu dengan Anaresa seorang pelajar universiti di sebuah kedai buku. Pertemuan yang tidak diduga membuat degup jantung berdebar setiap kali pertemuan. Sikap berani Zafran melamar Anaresa membuatkan hidup Anaresa tak karuan. Ini semua berpunca dari Zafran membayar bill buku yang dibeli oleh Anaresa. Anaresa satu nama yang unik dan dengan nama yang hampir sama hatinya pernah terluka kerana menyayangi gadis itu. Anahara seorang novelis mengganggap dirinya hanya sebagai seorang kawan dan tak lebih dari itu membuat hatinya terluka tiga tahun yang lalu. Sejak itu dia tidak pernah rapat dengan mana- mana perempuan. Sehinggalah dia bertemu dengan Anaresa. Bagi diri Zafran ingin melupakan cinta lamanya dia harus mencari pengganti. Gadis genit yang aktif dalam bidang sukan di untiversiti dan sifat Anaresa yang agak lasak menjadi pilihan Zafran. 11 tahun lebih muda dari zafran bukan alasan, yang penting Zafran mampu membimbing Anaresa menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. 

sentuhan tangan penulis amat bererti buat pembaca seperti aku

Sinopsis dari kulit Novel
Cinta pertama itu pernah hadir. Memang indah biarpun parah membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan kasih hati yang buakn milik aku namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi cinta kedua. Dia hadir kerana takdir membawa dia dekat dihati. Dia sah disisi, bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini.  Dia ... Anaresa. Unit, muda dan budak sekolah saja. Namun, kala lafaz sakinah itu terluncur dari bibir ii, dia adalah wanita. Wanita kepada seorang lelaki, Isteri kepada seorang suami - Zafran Zaini
"Moga keindahan cinta kita kekal selamnya. Andai terduga, kekallah Resa di hati abang. Menjadi wanita memujuk hati abang, Menjadi teman mendengar maslah abang dan menjadi isteri, memeluk abang..."- Zafran

Aku budak sekolah saja. Masih sopan dalam kenakalan ini. Dia hadir tanpa ku duga. membawa kisah cinta yang tak pernah ada dalam hati. Ternyata yang pertama itu untuk dia juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata akulah pelengkap sisi rusuknya, Ada resah dalam diri. Mampukah seorang budak sekolah menjadi isteri? Namun,kala di melafazkan akad, mngucup nafas dikepala, dia suami dan aku adalah isteri- Anaresa Abdullah

"Resa cintakn abang. Yakinlah kerana sekali cinta, resa tetap cinta..." - Anaresa

Zafran dan Anaresa bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu tepat. Umur menjarakkan namun cinta dihati mendekatkan malah jodoh merelakan. Menerima suami yang matang, membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi zafran pula, mencintai budak sekolah itu membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi matang sebagai seorang wanita dan isteri.

Sedikit petikan dari novel 
Aku pandang mama dengan mata terkebil-kebil. Buat muka ak bersalah. Apa lagi yang mampu aku buat masa ni melainkan tayang riak tak bersalah? Zafrina gelak tak henti-henti. Zafrin yang baru masuk ke rumah juga berkerut-kerut wajah lalu duduk disisiku.
"Kenapa, Long?" Zafrin menyiku aku selepas dia letakkan topi keledar dia disisi sofa.
"Diamlah kau. Dengar je mama cakap apa tu. Panas telinga," gumamku memberi amaran. Nanti dengan dia sekali mama heret.
"Apa lagi la yang nak bising tu, mamanya? Dah terikat pun. Biarlah hal lepas-lepas tu. Janji Along tak main-mainkan Resa tu sudah!" Abah dah menyampuk. Memandang mama dengan mata ke atas, mengelak dri bingkai cermin matanya.
"Ton bukan apa, abahnya. Tak Malu ke masa abang baca surat dia tulis kat Anaresa semalam tu. Sebab RM60 tu dia boleh mintak budak tu terima pinangan dia. Ingatkan memang Anaresa tu sendiri nak."
Aku garu kepala kuat. "Mama ... Resa setuju apa . Kan kami dah bertunang pun. Tak ada masalah lagi dah. Lagipun , mama yang tetapkan tarikh. Apa lagi yang tak kena?"
"Mama malu tahu tak?" Mama tunjuk rupa dia.
"Padanlah Rina cakap pasal surat. Along suruh adik pergi pos surat pada Resa rupanya. Hi... mana Along dapat keberanian nak buat anak dara orang macam tu, hah?" Tak tahu nak jawab apabila mama tanya dari mana datangnya keberanian tu. Kata pujangga, keberanian tu akan datang setelah kita mengalami kekecewaan. Agaknya aku pun macam tu. Aku bangkit lalu mendekat ke pintu luncur yang sudah sedia lebar terbuka. Aku silang tangan ke dada dan memandang laman rumah yang nampak semak sikit. Petang nanti haruslah mama arah aku dan Zafrin kemas laman. Tambah-tambah nak kenduri pulak ni.
"Zafran!" panggil mama kuat.
Aku berpaling pada dia dan mengeluh. "Berani tu taklah, ma. Tapi , yakin! Along memang yakin yang dia adalah orangnya untuk Along. Tapi, pasal duit yang Along bayarkan buku dia tu, memang Along ikhlas. Saja bersedekah dekat budak sekolah. Gaji Along tak luak apa pun," jawabku diakhiri keluhan pada akhirnya. 
"Kalau Ikhlas, orang tak minta balasan!" tekan mama. Siap jegil mata lagi.
"Dia yang nak bayar. Along cakap tak nak. Lepas tu dia kata nanti dia kurang duit , dia minta Along taja dia. Habis tu mama nak Along taja dia macam tu jelah? Buat kerja tak elok tu kat anak dara orang. Along minta balasan nanti macam mana?" soalku mengugut mama. Biar mama tahu sikit yang aku ni lelaki. Mula-mula niat baik nak membantu, Nanti lama-lama karang aku tuntut Anaresa balas budi aku. Tak ke tergadai body, terjual iman masa tu.
"Habis tu, Along jawab apa?"
"Along cakaplah, boleh nak taja seumur hidup tapi... itulah syarat yang Along cakap dalam surat tu.Kahwin dengan Along. Jadi, seumur hidup Along taja seluruh hidup dia. Senang,kan?" Aku segetkan kepala sikit dan angkat tangan separa dada. Mama mengeluh tapi abah senyum.
"Memang berani anak jantan kita ni, mamanya," ucap abah selamba.
"Memang berani. Sampai buat saya pening . Naik lumut mak ni masa abang baca surat tu. Yang abang pun sama, baca kuat-kuat kanapa? Kan elok bang pergi surau semalam tu," sahut mama. Marah dia dah beralih pada abah pulak dah.
"Kenapa nak pergi surau pulak? kan elok je kita sempat balik solat kat rumah!" tanya abah.
"Sebab boleh pinjam microphone surau tu, baca surat yang anak jantan abang ni bagi pada Anaresa tu," sindir mama alu dia berlalu ke dapur dengan mulut yang macam bertih jagung. Zafrin ketawa. Zafrina juga. Abah buat muka dan aku hanya diam mengeluh. Mama ni, nak bagi manantu comel pun tak nak. 
"Nanti esok cuti, kita pergi tengok kad,"laung mama sebelum dia hilang di balik dinding dapur. Aku menggeleng. Tak menyempat.
"Waa.. Along kau jadilah kahwin ya. Tahniahlah long, Umur dah dekat setengah abad dah baru nak jumpa pasangan? cantik ke? tanya Zafrin padaku. Wajah dia macam biasa. Gatal.Menyindir. mentang - mentang dia dah ada makwe dulu dari aku, suka sindir aku. Ni dia tak tengok lagi Anaresa, Kalau tengok haruslah terpegun.
"Bolehlah. Janji hati Along berkenan. Dia pun suka Along. sudah..." selaku malas.
"Eleh, rendah dirilah konon. Dik, cantik tak tunang Along?? Rugilah Angah tak ikut semalam," rungut Zafrin. Zafrina buat muka teruja. Dari tadi mata tu dok menonton televisyen, dia terus kalih pada kami berdua.
"Sangat comel dan sangatlah lucu," komen Zafrina.
"Lucu? Kenapa?" semakin terujalah pulak adik aku berdua ni.
"Pakai baju kurung dengan sneakers, siap dengan stoking warna merah terang tu," ujar Zafrina sambil ketawa. Sudah agak aku agak. haruslah ada yang parasan apa yang mata ini nampak. Sampai ke stoking Anaresa pun dia tengok. Haih...
"Along naik dululah. Layan korang berdua ni, buat pening je." Aku terus bangkit. Malas nak lepak lagi.

Gambar Anaresa aku letak didalam laci. Nak letak atas meja tak lalu sebab entah mana satu dia. Macam kembar sepuluh disebabkan warna kulit.
"Risaulah, Ina." Aku telus mengakui. nk kerja pun malas.
"Nak risau apa?"
"Resa lah."
 "Dia pregnant ke?" tanya sarian serius sambil membelek fail yang masih belum aku selesaikan kerjanya.

"Kau ni, Ina... mengandung apa pulak?" marahku geram. Ketawanya lepas.
"Habis tu nak risau apa?"
"Ada budak lelaki ngorat bini aku laaa, ina," Jawabku sambil menyandarkan belakang pada kerusi. Bingug ni. Buakn tak percayakan Anaresa tapi takut lelaki tu terus mengasak. Takut Anaresa tak bertahan. Jiwa dan darah muda haruslah pantang terduga. Lainlah aku ni, dah matang usianya.
"Kau ni biar betul , Zaf?" Sabrina bersuara macam tak percaya tapi aku angguk pantas.
"Dia ayat bini kau macam mana? Dah tu bin kau melayan tak?" Aku menggeleng pul. Memang Anaresa tak layan langsung. Cepat-cepat di hampir pada aku dan memaut lenganku. Bila ingat ayat mamat tu, rasa nak tendang laju-laju. Tak hormat orang langsung.
"Apa ni sayang-sayang?" tanya Anaresa kasar. Dia melihat padaku dengan wajah yang merayu minta dilindungi.
"Eh, rindulah. sebab tu aku panggil kau sayang," jawab lelak itu. Nama pun aku tak sempat tanya Anaresa bimbang dia berkecil hati setelh dia bersungguh menidakkannya.
"Ehem...ehem.. rindu ya, dik ?" tanyaku pula.
Mamat tu buat muka macho. Tubuh itu masih terpacak diatas motor tapi bila dia buka topi keleder dia, boleh tahan rupanya, Nampak agak tampan. Tapi aku haruslah lagi tampan.
"Rindulah dekat awek sendiri, bro," jawab dia.
"Banyaklah kau punya rindu, jimmy," sergah Anaresa. hah, nama dia jimmy rupanya.
"Kenalkan ni suami aku. Encik Azran Bin Zaini," sambung Anaresa bangga. Aku pun apa lagi. senyum sehabis lebar. Wajah Jimmy erubah.
"Jadi , sungguhlah aku dengar cerita kau kahwin cuti weekend baru ni?"
Anaresa angguk dan aku juga. Anaresa siap angkat jari dia yang masih merah dengan inai dan ada erletak dua bentuk cincin dari aku. Puas hati aku. aku payah nak buat penyataan lebih-lebih, Anaresa dah cakap dulu.



"Sayang kenapa?"
"Abang tipu Resa,kan?" suara itu serak dan tersangkut.
"Abang tipu apa ni?" sedapa upaya aku juga cuba membendung telahan dia padaku. Anaresa tidak menjawab sebaliknya, dia renung mataku dengan bening mata yang sayu itu.
"Ini...." Dai suakan sebuah buku padaku yang memang dia ambil dari susunan kemas koleksi novel milik Anahara. Aku telan liur. Buku pertama itu yang pernah menjadi saksi bisu kisah aku pada Anahara yang tak kesampaian.
"Sayang ... ini kisah lama abang. Kan abang dah terangkan." Dia mengelak lagi bila aku mengelus tangannya.
"Abang bohong Resa. Hari ni, baru resa tahu betapa dalamnya cinta abang pada Kak Anahara..." Aku mengucap panjang lalu aku raup wajahku berkali-kali.
"Apa Resa cakap nni? Itu kisah lalu abang. Dah bertahun berlalu dan sekarang dalam hati abang ada Resa je," akui aku bersungguh-sungguh tapi nampaknya dia tak mahu percaya.
"Memang abang cintakan dia , kan ?"
"Pernah sayang. Pernah. Abang penah cintakan dia tapi setelah Resa dia tak ada lagi dalam hati abang. Resa nak curiga dan menangis sebab tulisan ni?" tanyaku agak geram.
"Kalau betul abang tak suka dia agi, kenapa abangsimpan semua koleksi novel dia sampai hari ini dan ini yang terbaru kan?" Dia luruskan jarinya ke arah novel yang Sarina berikan padaku tempoh hari. Aduhai. kenapa Anaresa jadi macam ni?
"Sayang ... dia penuli dan abang sokong dia."
""Kenapa abang tak sokong penulis yang lain jugak."
"Sebab dia kawan ..."
"Istimewa dihati abang,kan?" cantar Anaresa.
"Subhanallah, isteri saya Anaresa binti Abdullah.... sayang ni kenapa?" dia diam lalu tunduk membelek helaian buku pertama yang aku miliki dulu. Ada tinta tanganku didadanya. Dada aku ni dah mula sesak mendengarkan Anaresa membaca bait-bait ayat yang aku pernah lahirkan dari hati dan aku abadikan di atas dada buku itu.
"Dan... aku juga mencintaimu namun takdirberkata tidak paa hubungan kita lantas dia membawa engkau pergi menjauh dariku dan izinkan aku disini setia menjaga cinta ini biatpun aku sedar, kau tidak ditakdirkan untukku, malah aku mahu Tuhan jaga kisah hati ini untuk kamu, Anahara...."
Anaresa nenbaca ayat itu dengan suara berselang sendu. Dia menutup kasar buku tersebut dan memandang aku.

Monday, 27 August 2012

NOVEL TAKDIR ITU MILIK AKU


Perlukah kau bertanya tentang hatiku sedangkan sejak itu kau telah tahu betapa ku kecewa oleh perbuatan yang tiba diluar jangkaan...
Ku rela diriku begini seperti karang di samudera sepi terluka atau mungkin melikai suratan menentukan insani..

Novel kelima Siti Rosmizah memang tidak asing bagi peminat novel. Bagi yang pernah membaca karya beliau pasti akan akan mengikuti perkembangan penulisnya. Aku masih baru dalam lagi dalam pembacaan novel aku memilih untuk memiliki Novel Takdir Itu Milik Aku. Novel paling tebal yang pernah aku miliki iaitu 1055 muka surat. Novel penuh air mata , suka duka kehidupan . Aku beli novel ini dari rakan Facebook menjualnya second hand. Bila dapat novel ni seperti baru memang tak rugi beli. Aku tak pernah buat review atau mengikuti perkembangan penulis novel ini. Aku hanya mendengar dari seorang sahabat pencinta novel mengalakkan aku memiliki novel ini kerana garapan cerita yang mantap. Setelah selesai membacanya aku mengambil keputusan untuk membuat sedikit review untuk tatapan bersama.
Ia mengisahkan Dian Zara bercita-cita nak berlajar sampai ke universiti dan mendapat kerja lebh baik untuk mengubah kehidupan yang miskin. Dibesarkan oleh Neneknya yang uzur berkerja sebagai orang gaji disebuah rumah banglo besar dan mewah. Dalam kesempitan hidup Dian membantu mak su merangkap mak tirinya menjual nasi lemak dan kuah untuk menyara keluarganya di kala ayahnya sakit dan tidak boleh berbuat apa-apa. Hidup Dian lebih menderita apabila Dian didera oleh mak su demi sesuap nasi. Dian yang masih belajar di tingkatan 6 terpaksa berhenti atas desakan mak saudaranya menggantikan tempat neneknya berkerja sebagai orang gaji. Sikap Dian disenangi oleh Nek Tuk tuan empunya banglo tempat Nek wan berkerja ( nenek Dian ). Walaupun tidak disenangi oleh Datin Munirah dan anaknya Zarif Adha. Sifat Dian yang lurus dan tidak pernah berburuk sangka pada orang, Dian mudah dianiaya. Datin Munirah yang terlalu tamakkan harta mak mertuanya memaksa Zarif berkahwin. Zarif Adha yang berkerja sebagai Pilot tertekan dengan tindakan mamanya. Keputusan untuk berkahwin dengan Dian idea rakannya Rahman hanyalah kerana zuriat, bukan kerelaan hatinya. Harapan madu yang diberi oleh Zarif tapi tuba yang diterima pada Dian . Hinaan dan cacian dari suami sudah menjadi kata-kata harian buat Dian . Keperitan lebih bertambah bila Doktor mengesahkan Dian mengandung dan anak dalam kandungan itu cacat. Zarif tidak lagi menghiraukan keadaan Dian. Zarif leka bercinta dengan Azura sepupu Rahman dan Dian didera oleh mak mertuanya membuat kerja-kerja dibutik. Dian hanya diberi nasi bersama air garam sebagai mengalas perutnya dan air paip sebagai air minumnya. Lebih menyedihkan anak yang dilahirkan itu meninggal dunia. Kegiatan Zarif dan mamanya terhidu oleh Nek Tuk. Dan Nek Tuk mengambil keputusan untuk menarik segala harta yang telah diberikan Kepada Datin Munirah. Balasan atas kekejaman mereka Allah balas dengan berlakunya satu kemalangan ngeri pada Zarif , mamanya dan Azura. Disitulah Zarif sedar dan menyesal segala perbuatannya. Ketika Zarif sedar hari Dian sudah mati. Dia mengganggap Zarif telah mati bersama anaknya . Menangis mata darah pun hati Dian tak ada lagi bersama Zarif. Kerana terlalu tertekan Dian hilang ingatan. Zarif mengambil kesempatan itu untuk menebus segala kesilapan lalu. Dia cuba buat yang terbaik untuk Isterinya. Dia juga memutuskan hubungannya dengan Azura. Kerana tidak puas hati Azura dan Rahman mengganggu keharmonian rumahtangga Dian dan Zarif. Dalam kekalutan itu ingatan Dian pulih dan sekali lagi Zarif dibuang oleh Dian. Zarif tidak pernah berputus asa dan membuktikan keikhlasan diri menerima Dian dalam hidupnya.     

Sinopsis dari kulit novel

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang 
dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!


Petikan-petikan yang menarik dalam novel
Nek Wan pernah cakap, ibu bapa sanggup buat apa saja demi kepentingan anaknya. Pasal tulah arwah ayah dulu snaggup kahwin dengan mak su semata-mata nak aku bahagia. Jadi mesti Datin pun akan buat yang sama, demi kebahagiaan anak dia. Allah! Itu pulak yang dia terfikirkan? Rasa macam nak dihantuk-hantuk aje kepala bendul Dian ini. Akhirnya suara yang sedari tadi tersekat di kerongkong Dian terkeluar jua.
"Err.. Encik Zarif, betul ke apa yang Encik Zarif cakap ni? Di.. DIan macam tak percaya aje. Di.. Dian.. tak mimpi kan ?" Zarif mengedipkan matanya. Macholah kononnya tu.Piraah!
"Tak, Dian tak mimpi. Saya memang ikhlas nak jadikan Dian isteri saya. Pada saya, hanya Dian suri hati ini. Sya nak hidup dengan Dian hingga ke akhir hayat saya," Fuh! Hebat sungguh Zarif menyusun bait-bait kata. Mendengar ayat yang diucapkan Zarif it, Dian bagaikan terjaga dari mimpi. Akalnya membisikkan ini bukan mimpi mahupun fantasi. Dian Zara binti Dollah Kutty bukannya Cinderella atau Bawang Merah yang akhirnya berkahwin dengan anak raja. Memang cukup indah bila dilamar oleh juruterbang ini, tetapi keindahan itu belum tentu memberikan jaminan apa -apa. Fikir Dian, fikir.. Dua dunia yang berbeza. Ibarat bumi dengan langit. Sukar ubtuk bersatu. Terlalu banyak rintangan. Ukurlah baju di badan sendiri Dian. Tidak berhenti akalnya mengasakkan persoalan. Wajah Zarif dipandang buat kesekian kalinya. 
"Encik Zarif, Dian tak tahu na cakap apa. Dian takut nak terima amaran Encik Zarif. Dian rasa, Dian tak layak untuk Encik Zarif. Lagipun Dian dah janji dengan Nek Wan, Dian datang KL ni nak kumpul duit untuk belajar. Dian nak masuk universiti Encik Zarif. Dian nak dapatkan ijazah. Lepas tu nak kerja bagus-bagus. Nanti Dian daat tolong Nek Wan, dapat ubah nasib kami," luah Dian sepenuh hati. Terdengar Zarif mnarik nafas panjang.
"Dian, kalau belajar jadi alasan awak nak tolak saya, itu tak adil Dian. Sebab bila kita kahwin nanti saya tak akan halang Dian nak belajar. Rasayna lagi mudahkan? sebab saya akan biaya semua kos pelajaran Dian. Dian tak payah susah-susah nak kerja. Dian concentrate eje belajar. Dan Kalau kedudukan jadi alasan Dian tolak saya, juga tak adil pada saya, sebab kasih sayang saya pada Dian tulus. Kenapa perlu harta benda dijadikan alasan? Tapi kalau Dian tolak saya sebab Dian tak sukakan saya, Dian memang tak ada perasaan kat saya, saya akan terima dengan hati yang tebuka. Walaupun terus terang saya cakap, saya akan kecewa.Kecewa yang amat sangat Dian." Giliran Zarif pula meluahkan perasaan rekaannyadengan suara yang cukup sendu.
Dian diburu resah. Persoalan mula terbitdi hatinya. Betul ke aku tak suka Encik Zarif? Memang aku tak ada perasaan dekat dia ke ?Tapi kalau aku tak ada, kenapa dari tadi aku rasa berdebar semacam? Lepas tu, kenapa aku rasa bahagia  sangat bila dengar luahan hati Encik Zaif tadi. Ya, aku tak boleh bohong yang aku memang bahagia sangat. Bahagia yang aku tak pernah rasa selama ini.

"Rif ni pergi mana, lambat sangat balik? Mama da macam orang gila menunggu kat rumah ni tau" Elok sahaja wajah Zarif terjenguldimuka pintu , leteran mamanya menyambut kepulangannya.
"Yan mama ni tiba-tiba nak marah kenapa? Rif ada kerjalah ma. Takkanlah nak main tinggal aje," dalih Zarif membela dirinya. Punggungdihenyak kasar diatas sofa. Riak tidak puas hati terserlah diwajahnya. Tetapi dalam masa yang sama, matanya meliar ke tengah rumah seperti mencari isterinya. Tidak nampak pula kelibat perempuan bendul itu mungkin dia berada dalam bilik agaknya, fikir Zarif sendiri. Datin Munirah mendekati anaknya. Nafasnya sudahturun naik dengan deras. Wajah anaknya dipandang geram.
"Rif jangan nak tipu mama. Rif bukannya kerja, RRif pergi dating kan? Leka sangat bercinta sampai lupa tugas yan sebenarnya," bentak Datin Munirah.
Kemarahannya makin meluap-luap nampaknya. Zarif jadi semakin bingung melihat kemarahan mamanya yang bagaikan tidak terkawal itu, terus kedua-dua belah tangannya diangkat seperti orang menyerah kalah gayanya.
"Okey... okey, Rif admit yang Rif memang keluar dengan Zura. Tapi Rif tak nampak kenapa mama perlu marah. Mama kan dah restu hubungan kami, so apa masalahnya lagi? Takkanlah sebab Rif mintak tolong mama hantar perempuan tu, mama jadi marah macam ni sekali? Kalau mama rasa tak boleh, tak payahlah bawak dia pergi check up tadi. Biar ajelah. Bila dia nak beranak nanti hantar dia ke hospital." Zarif membela diri.
"A'ah senang aje Rif cakapkan? Bila beranak hantar aje ke hospital, biar semua orang tau yang mama ni dapat cucu cacat!" herdik Datin Muirah dengan suara yang tinggi. Terjegil biji mata Zarif mendengarnya. Wajah mamanya dipandang tanpa berkelip. Teraa pembuluh darahnya seperti hendak pecah mendengarnya. Betulkah apa yang diucapkan mamanya itu Otak Zarif terus terusan mempertikainya.
"Cacat? Apa ni ma? Pleaselah jangan nak berguraulah perkara macam ni ma," bidas Zarif dalam nada yag sama tingginya lalu terus bangun. Mencerlung mata Datin Munirah memandang anaknya. Dia sudah menghadap muka anak tunggalnya itu.
"Hei! Rif tengok betul-betul muka mama ni, apa mama tengah bergurau ke? sibodoh tu... dah bagi Rif anak yang cacat! Tadi diktir yang check dia bagitu mama. Masa scn dia dictate. Anak si bodoh tu cacat! Cacat Rif! Mata dia buta! Hidung pula tak sempurna! Hodoh Rif! buruk muka dia," beritahu Datin Munirah dengan suar meninggi.
Kemudian dia mundr mandir dengan wajah tidak keruan. Zarif terus terduduk di atas sofa. Teras lembik seluruh anggota tubuhnya. Kedua-dua belah tangannya memegang kepala. Tertekan sungguh wajah lelaki ini. Namun masih belum ada kata-kata yang terbit daripada mulutnya. 
"Sekarang ni apa kita nak buat? Mana mama nak letak muka ni bila budak cacat tu lahir nanti Apa cakap kawan-kawan mama? Sedangkan Rif kahwin dengan si bodoh tu mama cuba sembunyikan pun diaorang boleh tahu. Dan itu pun dh cukup malukan mama tau. Inikan pula bila diaorang tau yang mama dapat cucu cacat! Satu kmpung akan mengurat pasal kita nanti Rif. Tk pasal-pasal nanti diorang tuduh puncanya daripada Rif. Itulah jadinya bila Rif lepas tangan psal hal si bodoh tu. Leka sangat bercinta, sampaikan tak bolah nak ambik masa sekejap nak ambik masa sekejap nak bawak si bodoh tu pergi check up. Sekarang siapa yang susah?"
Datin Munirah yang pada awalnya nampak mula mengendur, kini kembali menghamburkan kemarahan di ayat-ayat terakirnya.
"Dian! Dian!" jerit Zarif sekuat hati.
Kini dia tidak akan berpura-pura didepan perempuan bodoh itu lagi. Akan dikerjakan perempuan tak guna itu cukup-cukup hari ini. Biar terus lekat di kepalanya sampai mati. yang dirinya itu memang pembawa sial pada sesiapa jua. Biar dia meraung! iar dia melolong! Zarif tidak akan bagi muka kali ini.
""Dah tak payah nak jerit-jerit panggil dia. Buakannya dia ada dalam rumah ni. Tadi lepas tahu pasal hal tu. mama tinggalkan aje dia. Pandailah macam mana dia nak balik. Takkan itu itu pun bodah. Tak ingin aku nak bagi dia dengan anak cacat dia tu naik kereta aku . Nanti tak pasal-pasal sial dia kena kat mama pulak . Selisih malaikat." Astaghtirullajalazim! Di manakah iman mereka ini? idakkah mereka percaya akan qada dan qadar Ilahi. Ya Allah! Begitu tersasar hamba-hambamu ini....


" Kau kena kuat Dian. Ingat Allah banyak- banyak. Apa pun berlaku. kau terima dengan hati yang kuat.Kau kuat ya Dian. Aku tahu kau kuat," bisik Maryam rapat ditelinga Dian. Dian tidakmenjawab, hanya air mata yang terus-terusan mengalir dipipi. Sebaik ahaja Maryam melihat kelibat Zubaidah melangkah masuk, makin erat dia menggenggam tangan Dian.
"Sabar Dian, sabar..." Terus-terusan dibisikkan di telinga kawannya.
"Dik, kami dah mandikan jenazah dan dah dikapankan pun. Maafkan kami ya dik. Pihak hospital dah cuba sebaik mungkin nak selamatkan anak adik tapi tak sempat, otak dia rosak, Apa pun nanti doktor akan bagitau sebabnya dengan lebih jelas. Adik sabar ya. Allah lebih sayangkan dia. Sabar ya dik." Zubaidah cuba memberi sedikit kata semangat pada Dian dalam suara yang dikawal sehabis mungkin kesedihannya. Dia tidak berkelip memandang bayi berbalut kain putih yang dikendung oleh Zubaidah itu. Dengan tangan mengeletar dia mendepang kedua-dua belah tangannya untukmenyambut anaknya itu.
"Mohd adif.." Lembut nama itu diseru.
Perlahan-lahan Zubaidah meletakkan bayi itu diatas tangan ibunya. Maryam yang sudah lencun dengan air mataitu tidak henti-henti mengusap bahu kawannya. Memberi semangat pastinya. Sebaik sahaja bayi itu bertukar tangan, Zubaidah dan rakannya meninggalkan bilik itu. Kain kapan yang menutupi wajah anaknya dibuka. Rapat mata anaknya itu. dengan penuhkasih, Dian mengusap lembut pipi cahaya matanya. Setitis demi setitis air mata mula membasahi pipi. Makin lama, makin laju berderai air mata itu. 
"Comelnya anak ibu. Tak puas rasanya mata ibu tengok.Kenapa Adif tak kuat sayang? kenapa Adif tak nak tunggu ibu dulu? Ibu teringin sangat nak susukan Adif. Adif tingglkan ibu sebab Adif buta? Muka Adif buruk? Ibu kan dah kata, ibu tak kisah. Ibu kan boleh jadi mata Adif. Ibukan dah janji nak jaga Adif. Kalau perluuntuk ambik mata ibu ni, amiklah Adif, ambiklah. Tapi jangan tinggalkan ibu. Siapa nak temankan ibu Adif? Siapa lagi yang ibu ada Adif? Allahuakbar!" Tangis Dian semahu-mahunya, trus jasad kaku itu dipeluk seerat-eratnya.
"Sabar Dian, sabar..." Tagis Marya sama.
"Yam , ambil baju anak aku yam. Ambik jbaju anak aku daam beg tu," pinta Dian dalam sedu-sedan. Maryam terus menurut. Bag Dian yang deletak dalam laci diambil. Baju berwarna biru itu ikeluarkan. Sambil teresak-esak dia menyrahkan baju itu pada Dian.
"Aku pilih baju ini dengan Adif, yam. Dia suka baju ni. Walaupun aku hanya mampu beli sehelai tapi anak aku tak kisah. Adif anak yang baik yam. Dia sanggup berlapar dengan aku. Dia sanggup makan nasi berlaukkan air garam dengan aku. Dia sanggup minum air paip denga aku. dia sanggup makan, makanan dari tong sampah dengan akau yam, Ya Allah anak ibu.... anak ibu...." Dian mendakap semula anaknya seerat-eratnya. Maryam sudah kehilangan kata-kata untuk bersuara. Yang kedengaran hanyalah esak tangisannya.
"Hidup lagi kau ya ? Aku ingat tadi kau dah mati ikut anak kau!" Suara Datin Munirah yang muncul tiba-tiba. Dian bagaikan tidak mendengar suara itu. Dia sedang tengelam dalam kesedihannya. Maryam yang jadi elenting mendengarnya.
"Jaga mulut ti sikit Datin. Macam ni ke satu orang tua? Oang macam Datin ni jangankan nak jadi mak nak jadi manusia pun belum tentu layak. Saya tak pernah jumpa manusia kejam macam Datin ni! Perangai lagi teruk dari binatang!" pekik Maryam geram. Mencerlung mata Datin Munirah memandang Maryam. Zarif sudah memandang dengan wajah yang membahang.
"Hei! kau ingat kau tu siapa nak cakap macam tu kat mama aku?  Biadab! Kua nak jadi pembela kawan kau? kau belalah dia sangat-sangat. Bela si bodoh yang bawak sial tu!" Lurus terlunjuk Zarif menunjuk ke arah bayi yang dikendong Dian.
"Mcam tu lah aku tak ingin tengok muka kawan kau yang bodoh tu. Jijik tau tak, jijik! Nama aku pun aku haramkan letak kat batu nisan si cacat tu. Hei! Permpuan bodoh, kau dengar sini, aku dah tak nak simpan kau lagi. Mulai hari ni aku...."
"Zarif!!!" Suaran Nek TUk berema dalam bilik itu.
Nek Wan disebalah tidak henti-hentimengesat ai mata dngan tudungnya. Terkejut Zarif mendengar tengkingan neneknya itu. Datin Munirah cemas Terasa mengigil seluruh badanya. Denn kudrat yang tak seberapa, sambil menopang tongkat. Nek Tuk  mendapatkan cucunya. Tajam anak matanya menikam muka cucunya. Tanppa disangka, sebiji penampar terus melayang ke muka Zarif. Terteleng juga dia dibuatnya.
"Kurang ajar kau ya! Siapa yang ajar perangai binatang ni kat kau? kau kau, mak kau yang mengajar?"" herdik Nek Tuk sekuat hati. Senyp bilik itu. Pada waktu ini tiada siapa yang berani untuk beruara. Dian pula bagaikan hidup dalam dunianya kosong pandangan matanya sambil mendakap tubuh kaku anaknya itu.
"Seap mulut kau nak cakap orang bawak sial! Siapa yang bawak sial. Siapa? Kau dah musnahkan hidup anak orang, sekarnag dengan biadabnya kau boleh nak menuding jari pulak kat orang tu. Kau dengan mak kau yang bawak sial sebenarnya! Musibah yang kau dengan mak kau bawak habis kena kat semua orang! kau malu dapat anak cacat ya Zarif? Mak kau pun malu ya. Aib? kamu berdua rasa aib? Itu yang kamu rasakan. Sampai tak ada hati perut menyeksa orang yang tak berdosa. Tapi kalau kau nak tau , aib yang kamu berdua palit kat muka aku ni, aku terpaksa bawak samapi mati! sekarang aku nak kamu berdua berambus dri sini, Berambus! kau dengar sini Zarif, Munirah...." bergetar suara Nek Tk, hantaran marah yang teramat sangat. Nek Tuk sudah menunjukkan jarinya ke arah mereka satu persatu.
"Zarif, macam mana kau haramkan nama kau pada batu nisan cicit aku. Macam tulah akau haramkan kamu berdua mendapat walau sesen pun harta aku! Dan kau Munirah!" Tajam mata Nek Tuk menghala pada menantunya pula. Datin Munirah kecut perut dibuatnya.


 "Dian mari makan sate? Zarif yang bawak tadi. Dia kata Dian teringin nak makan," ajak Nek Wan. Dia sudah menuang satu lagi air ke dalam cawan. Mesti untuk cucu kesayangannya itu. Berdesing telinga Dian memdengarnya. Hatiny menjadi sakit. Sakit yang tak terucap dengan kata-kata. Kala ini kata -kata biadab lelaki yang amat dibenci itu bagaikan terngiang-ngiang di telinga. Tangan kejam itu yang beitu tega mencampak aya goreng ke dalam tongsamoah terpampang sejelas-jelasnya didepa matanya.
" Orang macam kau ni, Hanya layak makan, makananan dalam ong sampah tu aje. Yang itu aku izinkan kau makan. Kau pergilah amik bagi anak kau. Manalah tau, kot dia mati masa lahir nanti terbukak pulak  bijik mata dia." Badan Dian terasa mengigil. Tangannya yang mengeletar itu digenggam seeratnya. Giginya diketap kuat. Boleh pula dalam Dia diamuk raa marah yang teramat itu. Nek Wan bersuara lagi.
"Laaa .. buat apa lagi tercegat kat situ? Marilah makan. Kesian cicit Nek Wan tu, mesti dah tak  sabar dia nak makan." Aduh! kenapa Nek Wan itu betul-betul membakar hangus hati Dian. Bersiap sedia ajelah kau Zarif kena bedilan peluru.
"Cicit Nek Wan bernama Mohd Adif tu lagi kesia Nek Wan. ia teringin sangat nak makan ayam goreng. Dan Nek Wan nak tau, macam mana ibu dia bagi dia makan. Ibu dia bagi dia makan ayam goreng yang diambil dari tong sampah Nek Wan, Tong sampah! Nek Wan nak tau siapa yang campak ayam goreng tu dalam tong sampah untuk bagianak Dian makan? Tu ,,,, lelaki itu!"
Lurus telunjuk Dian menghala pada suaminya yang sudah menundukkan muka itu berama dengan air mata yang mengalir dipipinya.
"Dan hari ni, dengan baik hatinya nak bagi pulak anak Dian makan sate? Nek Wan cakap dengan dia , Dian lebih rela mati kebulur anak-beranak daripada menyenth makanan dia." Bergetar suara Dian membedil suaminya. Marah sungguh nampak wajahnya itu. Tanpa menunggu, dia terus bergerak untuk menuju ke biliknya. Namun saat itu, langkahnya terhenti sebaik sahaja tangan Nek wan menahannya . Muram wajah tua itu. '"Dian, Nek Wan tak tau lagi nak cakap . Sebab Nek wan tau yang lalui segala-galanya Dian. Yang tanggung deritaDian. Tapi tolonglah cu, jangan sampai kita belakangkan agama. Kalau tak suka sekali pun ikut cara yang betul., jangan langgarperintah Tuhan. Jangan terlalu ikutkan hati cu." Suara Nek Wan bagaikan hendak menangis sahaja.
"Ikutkan hati? Nek Wan cakap Dian ikutkanhati? patutnya nasihat tu Nek Wan bagi pada dia. Siapa sebenarnya selama ini ikutkan hati? Sebab Dian tak ikutkan hatilah Nek Wan , Dian terus telan dan telan segala perbutan kejam dia. dan hari ini Nek Wan boleh cakap Dian yang ikutkan hati?" SuaraDian mula bercampur dengan tangisan.
Tapi tangisan yang kuar itu bukan tangisan kesedihan tapi disebabkan oleh rasa geram yang teramat sangat. Zarif yang tadi duduk di kusyen terus bangun lalu perlahan lahan dia melutut dalam jarak yang tak jauh daripada isterinya.
"Dian.. abang tau abang salah. Abang tau abang berdosa dengan Dian. Tapi apa lagi abang nak buat Dian? Macam mana lagi abang nak tebus dosa abang? Abang hanya boleh minta maaf, minta maaf , mint maaf Dian... Tolonglah Dian, abang minta maaf sangat-sangat. Dian.. tolonglah abang.... Maafkanlah abang Dian." Teresak-esak Zarif merayu pada isterinya.

Tuesday, 21 August 2012

WARNA WARNI AIDILFITRI 2012


Warna tema tahun ini Ungu Muda


Seperti tahun lepas, di awal Syawal aku beraya di kampung halaman ku di Bagan Datuh Perak. Sejak pemergian arwah emak aku lebih selesa beraya dikampung halamanku. Selepas tu baru aku dan suami beraya di rumah Temerluh Pahang. Alhamdulillah Syawal datang lagi ... dan aku diberi peluang meraikan dengan cukup meriah. Tahun ini lebih meriah dengan kehadiran dua orang anak buah aku Nurul Asyilah Fatin dan Nurul Atirah Zakirin ( anak arwah kakak ) beraya bersama kami. 

Wajah ceria dua beradik 

Inilah kali pertama mereka beraya bersama kami di 1 Syawal setelah 7 tahun kematian ibu mereka akibat kemalangan jalan raya. Peristiwa yang meragut kegembiraan keluarga kami kini dalam kenangan. Keceriaan dan kegembiraan menyerlah dipagi raya dengan pakaian baru berwarna warni. Aku merakamkan sedikit kemeriahan dan kegembiraan keluarga ku sebagai kenangan .


Ini adalah adik beradik aku

Bersama Keluarga besar 


Keluarga bahagia kak nor
Bersama suami dan anak-anak

Sebenarnya tahun ni warna tema hijau mengikut persetujuan anak -anak. Tapi semuanya ditukar pada saat-saat terakhir. Anak- anak gembira dengan warna yang dipilih dan aku bersyukur dengan izinNya aku dapat meraikannya dengan kemeriahan dan kegembiraan dihari lebaran .


 Inilah anak buah tapi kurang dua orang

5 dara pingitan masih single pilih yg mana satu

Mereka lah orang kuat didapur. Memasak , mengemas , menyediakan makanan untuk tetamu yang datang. Kalau mereka ni tak ada kalang kabutlah rumah tu. Faham-faham aje lah raya katakan. hehheheh Terima kasih semua tahun depan nak nak masuk tender lagi ke??? 

Adik beradik yang sentiasa ceria

Bila tengok gambar baru perasan Lutfee memang dah kurus ... tahun depan memang tak boleh pakai baju melayu tu... ini kurang forum sebab lisa beraya di rumah mertua.

Gaya tersendiri

Kak nor bersama anak daranya.

Tahun ini Syawal kita raikan dengan penuh kemeriahan dan berdoalah agar keceriaan dan kebahagiaan keluaraga kita akan berkekalan.