Wednesday, 6 May 2015

NOVEL EKSPERIMEN CINTA

Kesimpulan untuk eksperimen cinta kita.....
Kita bahagia!!..

Sebuah lagi novel yang akan menemui anda semua di kaca TV. Eksperimen Cinta  , tajuk yang cukup menarik. Pada pecinta novel pasti dah ramai yang khatam membaca novel ini. Saya pula baru habis kerana ini novel yang saya baru miliki yang dibeli semasa berjimba di PWTC sempena PBAKL15 baru - baru ini. Saya tidak melepaskan peluang membeli novel ini kerana drama ini akan ditayangkan tidak lama lagi. Cerita yang tidak berat . Novel ini berkisahkan kahwin paksa. Mungkin pendapat luar sana cerita kahwin paksa dah terlalu biasa. Mungkin juga agak tipikal. Tetapi tak kisahlah ... Novel ini agak tebal 843 muka surat. Cerita ini di olah dengan baik dan saya suka jalan ceritanya . 

Jom ikuti review saya untuk novel ini. Damia Farisha yang beusia 24 tahun berkerja disebuah syarikat Raffi Holding. Damia yang dilantik mewakili Syarikat Raffi Holding menngendalikan projek usahasama dengan Syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa Triumph Air. Kerjanya tidak mudah bila Damia tertemu dengan Tengku Aaron Shah CEO baru Triump Air. Pertemuan pertama Damia berpendapat Tengku Aaron Shah , seorang lelaki yang pelik , rambut macam kari tumpah , telinga bersubang dan berantai perak di leher. Tengku Aaron Shah seorang lelaki digilai perempuan kerana hartanya. Tengku Aaron Shah terlalu letih melayan perempuan - perempuan yang mengejar kebendaan hingga dia mengambil keputusan untuk berubah. 

Keputusan untuk berubah adalah berkahwin. Berkahwin sebenarnya adalah sebahagian dari pada berubahan, Sebenarnya dia ingin melupakan Seri perempuan yang Tengku Aaron Shah curang dengan adik kemabrnya Tengku Andrean Shah .  Pertama kali melihat Damia Tengku mengambil peluang untuk mengajak Damia berkahwin. Tengku Aaron berpendapat Damia mempunyai ciri-ciri colon isteri yang paling sesuai. Tengku Aaron memaksa Damia menjadi bahan eksperimen untuk dirinya.


Namun takdir mengikat Damia dan Tengku Aaron. Tengku Aaron cukup bijak mengambil peluang dalam kesempitan. Dan akhirnya, Damia tiada pilihan. Kerana syarikat, dia harus bersetuju menjadi isteri Aaron. Damia juga mengenakan beberapa syarat salah  satu darinya adalah restu dari keluarga. 



Tidak diduga, alam perkahwinan sebenarnya merapatkan lagi dua hati. Apatah lagi Tengu Aaron dan Damia bukannya seperti pasangan kahwin paksa lain. Mereka tidak pula bersengketa, memaki hamun sesuka hati. Ada give and take. Dan bila hari-hari bersama, perasaan mula dilanda getarnya. Resah bila tak bertemu. Rindu bila berjauhan. Hanya mereka sahaja yang menafikan perasaan itu. 

Hubungan Tengku Aaron dan kembarnya tidak pernah baik sejak Tengku Andrean berkahwin dengan Seri. Tengku Aaron tidak dapat memaafkan Tengku Andrean kerana merampas kekasihnya dan Seri curang. Sebenarnya dari Zaman kolej lagi Tengku Aaron memang sangat popular suka melayan perempuan. Seri yang selalu terasa hati dan mengadu dengan Tengku Andrean tentang sikap abang kembarnya. Lama kelamaan Tengku Andrean jatuh hati dengan Seri. 

Hingga satu hari Tengku Aaron jatuh sakit. Seri dan suaminya datang kerumah Tengku Aaron untuk menziarahi abang kembarnya dan dalam masa yang sama Tengku Andrean dan Seri tidak putus untuk memohon maaf pada Tengku Aaron tentang kesilapan mereka. Mereka di usir dan perjalan pulang Tengku Adrean dan Seri kemalangan. Kemalangan itu membuatkan Seri terpaksa melahirkan anak dan turut meragut nyawanya. Kemaafan yang di pohon dari Tengku Aaron melepaskan pemergian Seri dengan tenang. 

Sejak itu hubungan Tengku Aaron dan Tengku Andrean beransur pulih hingga mereka boleh makan semeja. Tengku Aaron menerima takdir Seri bukan jodohnya. Adat dalam perhubungan . Tengku Aaron tidak habis-habis dikejar dengan wanita. Dan salah seorang dari bekas teman wanita Tengku Aaron adalah Salmy. Salmy tidak pernah mengenal erti putus asa untuk merebut hati Tengku Aaron. Pelbagai cara dilakukan tetapi Tengku Aaron kalis dengan cintanya. Kemuncaknya Salmy mengaku Tengku Aaron adalah bapa pada kandungannya. Disaat itu juga Damia turut mengandung . Damia sedih tetapi dengan kenyataan itu . Dengan bantuan Adam , Tengku Aaron dapat membuktikan siapa bapa pada kandungan Salmy. 

Damia gembira bila mengetahui kandungannya adalah kembar . Konklusi untuk eksperimen cinta Tengku Aaron dan Damia Farisha dalah bahagia.  


Sinopsis dari kulit novel 
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. BerjayakahTengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 




Episod 1
Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yangg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk bereksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Episod 2


Wednesday, 15 April 2015

NOVEL KERANA LAMARAN ITU

Don't let the past interfere with your brighter future 



Akhirnya ... 

Saya dapat memeluk senaskah novel ini yang sekian lama di tunggu-tunggu. Saya memang mengikuti perjalanan E-novel di blogs penulis ini. Pada saya ceritanya amat menarik . Plot cerita yang disusun dengan kemas tatkala menghayati ceritanya. Ada ketika saya berangan yang saya berada di Venice , bandar yang paling romantik didunia. Bermadu kasih bersama Haiqal . Novel yang mempunyai 829 muka surat ini cukup menggamit pelbagai emosi kita . Kasih sayang , penggobanan , kehangatan cinta , cemburu dan pelbagai rasa yang sukar diungkapkan. Saya nasihatkan jangan lompat-lompat baca kerana anda akan rugi, Walaupun novel ini banyak penggunaan bahasa inggerisnya tak jemu bila membaca. 

Jom sedikit review dari saya , Nur Amal Humaira umur yang mencecah 30 tahun masih belum berkahwin. Perkahwinan adiknya membuat Nur Amal Humaira panas telinga sengan sindiran saudara mara. Pertemuan tanpa sengaja diantara Nur Amal Humaira dan Tengku arif Haiqal bermulalah episod baru pada mereka. Pertemuan mereka bermula dari Zara ( adik Haiqal ) terlanggar kereta kepunyaan Amal dimana Iman (adik Amal ) yang membawanya. Kerana kesalahan itu berpunca dari Zara , Haiqal membayar segala ganti rugi. Selepas kejadian itu Haiqal menjadi pemerhati dari jauh tanpa pengetahuan Amal. 

Pertemuan Haiqal dan di Venice merapatkan lagi hubungan mereka. Selepas beberapa bulan Haiqal memberanikan diri melamar Amal sebagai isteri . Pada Haiqal Amal adalah tulang rusuknya yang hilang. Memberi jawapan "ya" bukan mudah. Amal masih menunggu orang yang pernah berjanji untuk mengahwininya satu ketika dulu . Tanpa surat , tanpa berita Amal terus menunggu. Akhirnya Amal memberi syarat , Amal meminta agar perhubungan mereka di restu oleh kedua belah keluarga. Setelah itu ia disambung terus melalui pertunangan. Selepas majlis pertunangan Haiqal berterus terang agar Amal menerima dirinya seadanya. Suka duka hidup berumah tangga  dikongsi bersama. Tetapi Haiqal lebih bayak berahsia dan memendamnya sendiri tentang kehidupan yang lepas.

Perkahwinan mereka tidak seperti orang lain dimana mereka tidak melakukan hubungan suami isteri seperti orang lain. Haiqal mengalami Post Traumatic Stress Disorder sehingga terpaksa mengupah seorang doktor psikiatri. Ini berlaku kerana kisah silamnya . Haiqal pernah berkahwin atas dasar cinta hingga membelakangkan keluarga. tetapi isterinya curang didepan mata. Perkara ini tidak diketahui oleh Amal . Haiqal tidak mahu Amal turut menanggung deritanya. Bila ditanya Haiqal hanya memberi alasan dia belum bersedia untuk berkongsi . Amal terjumpa ubat-ubat yang di ambil oleh Haiqal. Amal sentiasa memberi kekuatan pada Haiqal . Hubungan suami isteri jarak jauh kadang kala membuatkan mereka seperti bukan pasangan suami isteri. Haiqal di Kuala Lumpur dan Amal di Perak.  

Kehadiran Irham sepupu Haiqal mengingatkan Amal pada satu janji. Irham datang menuntut janji . Janji yang pernah dianggap satu harapan tetapi tiada kata putus. Perhubungan Amal dan Irham terjalin sejak sekolah lagi . Dulu mereka membesar bersama tetapi Irham pergi terus menghilang. Amal terus menunggu tetapi tiada penghujungnya hingga dia menerima lamaran dari Haiqal. Amal terus rasa bersalah mengapa Irham datang apabila dia kini menjadi isteri Haiqal. 

Haiqal merasakan dirinya terlalu banyak kekurangan. Haiqal tak sanggup untuk kehilangan Amal. Dalam masa yang sama Amal merasa curiga pada Haiqal yang selalu menyembunyikan sesuatu pada Amal. Amal merasakan Haiqal tidak cintakan dia ini kerana Haiqal tidak pernah mengungkapkan kata cinta tetapi Haiqal hanya berkata I need you. Nama Kyra yang selalu mengganggu minda Amal menjadi tanda tanya. Kyra datang untuk merampas haknya. Pelbagai cara Kyra lakukan demi menyakiti hati Amal.

Bila kekeliruan menguasai , Mereka tertengkar Amal yang curiga tentang Kyra dan Haiqal mula cemburu dengan Irham . Haiqal memberi ruang dan peluang untuk Amal berfikir . Haiqal  pergi meninggalkan Amal. Sejak kehilangan Haiqal yang tidak mampu dikesan oleh Amal dan keluarganya, perasaan rindu mula bertandang. Melalui Zara ,  Amal mengorek rahsia suaminya. Amal baru sedar selama ini dia banyak bersangka buruk terhadap suaminya.  

Haiqal kembali dengan Haiqal yang baru. Keadaan Haiqal lebih baik bila dia pulang dari mengerjakan umrah. Amal gembira penyakit yang dialami Haiqal kian pulih. Haiqal tidak perlu makan ubat seperti yang arahkan. Kehidupan mereka bahagia bila segalanya terungkai. Berlandaskan kepercayaan mereka mampu bahagia.  Kyra dan Irham akur dengan takdir Ilahi. Kerana lamaran itu Nur Amal Humaira dan Tengku Arif Haiqal telah tertulis untuk bersama. 


APA ISITIMEWANYA Novel Kerana Lamaran Itu nukilan Xuanza ?

➜ Sebuah ceritera cinta yang bermula di Venice, bandar yang paling romantik di dunia.
➜ Anda akan dapat rasakan kehangatan cinta suami isteri yang kemudian digangggu oleh pihak ke tiga.
➜ Berlatar belakangkan gaya hidup yang mewah...sememangnya impian semua wanita.



Sinopsis dari kulit novel 

“Nur Amal Humaira, in front of this beautiful mosque as a witness, will you be honored to become my wife?”


“I... I don’t think I can give you the answer now. I’m sorry.”

Aku dah pilih dia. Lelaki yang berterus terang untuk menikahi aku dan meminta aku menerima apa saja kekurangannya. Dan kami nekad untuk teruskan hidup bersama malah mengharungi apa saja dugaan yang tak pernah kami duga dalam hidup berumahtangga. Tapi, mengapa setelah aku memilih dia sebagai suami, banyak perkara yang dia sorokkan daripada pengetahuan aku, si isteri?

Aku berkahwin dengan dia untuk berkongsi suka dan duka bersama. Jika masa lalunya membuatkan dia ‘sakit’ begitu, kenapa tak diluahkan saja kepada aku agar aku faham kedudukan sebenarnya? Aku boleh tunggu… kerana aku masih ingat janji kami. Iaitu aku takkan tinggalkan dia, malah takkan memilih yang lain. Kerana atas nama isteri kepadanya.

Dan tak pernah aku duga, akan bertemu semula dengan kekasih hati yang selama ini aku fikirkan takkan kembali. Argh! Kenapa dia kena muncul waktu aku sudah bergelar isteri dan mempunyai suami, padahal selama ini dah banyak yang aku korbankan untuk menunggu dia. Adakah dia muncul atas tujuan tertentu? Adakah ada nama lain dalam hatinya sehingga dia berubah menjadi seorang lelaki yang berbeza? Sungguh aku cemburu!

“My beautiful angel has come to rescue me.”
“Wow... unbelievable! I teringin nak tahu siapa perempuan yang bertuah tu.”
“She’s somewhere here...”
“What?! Where?”
“In my heart.”

Dan ketika aku bingung untuk memilih sama ada untuk terus setia kepada suamiku ataupun memilih untuk menyambung cinta yang dulu bersama lelaki itu, tiba-tiba aku terdengar sesuatu yang selama ini aku tak tahu. Siapa Kyra?

“I want you to back off. I love him. We love each other. You are just the other woman, Amal. You’ve ruined our relationship.”

Oh! Masalah menimpa-nimpa aku sebaik saja aku menerima lamaran itu!

Thursday, 9 April 2015

NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR

Kerana aku mula mengerti betapa indahnya cintamu
Betapa agung dan tulus kasih sayangmu...
Kini aku bersumpah , kau terakhir buat ku ...






Siapa tak kenal Acik Lana. Novel ini saya miliki hampir setahun dulu beli novel masa PBAKL 2014. Sebelum PBAKL 2015 saya nak habiskan semua novel yang saya beli dulu. Novel saya dah baca 2 kali. Ada berita mengatakan novel ini bakal diadaptasi di saluran ASTRO. 



Jom baca review dari novel ini ,  Irham Zahri punya trauma yg menyebabkan dia tidak dapat bertahan dalam alam perkahwinan. Berjumpa Rania Baheera , Pakar Psikoterapi atas desakan papanya kerana bimbang dengan masalah jiwa Irham yang berkahwin dan bercerai 3 kali dengan usia perkahwinan tak sampai setahun! 



Rania dalam diam menyimpan perasaan sayang kepada abang angkatnya, Fazriq. Sedangkan Fazriq cintakan Zulin, kakak Rania. Irham pula punya kisah ‘pahit’ dari pengalaman pakciknya.

Dari situlah, bermulanya pertemuan Irham dengan Rania. Permulaannya Irham memang tidak dapat terima Rania sebagai doktor yang merawatnya. Lagi2 bila dia lihat Rania terlalu muda dan belum berkahwin. Disebabkan ego Irham sampai tidak mahu memberi kerjasama, Rania terpaksa berbohong bahawa dirinya telah berkahwin. Irham pula cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan, tapi Rania tidak makan rasuah. Irham yang geram dengan sikap Rania membuat rancangan untuk mengenakan Rania. Dalam masa yang sama Rania kecewa dengan Fazriq lalu Rania menerima tawaran Irham dan pergi ke Johor. Tapi lain pula yang jadi bila tiba - tiba hatinya berasa lain dan mereka semakin rapat.

Macam-macam cara Irham pikat Rania. Irham sampai sanggup melamar Rania jadi isterinya. Irham telah buat Rania melupakan Fazriq 100%. Rania yang pada mulanya menindakkan perasaannya terhadap Irham akhirnya kalah dengan perasaannya. Hatinya mula belajar merindu bila Irham jauh dimata. Tapi Rania masih serba salah untuk menerima Irham disebabkan sejarah perkahwinan Irham sebelum ini. Tapi bila hati dah sayang, Rania terima jugak lamaran Irham. Manakala keluarga Irham berasa ragu2 dgn keputusan Irham untuk berkahwin lagi kerana bimbang ‘jiwa’ Irham masih tidak sihat! 

Awal perkahwinan mereka bahagia namun Irham mula berubah kerana rasa cemburu pada hubungan Rania dan Fazriq. Keadaan menjadi rumit bila Irham bertindak kasar kesan dari masalah jiwanya. Campur tangan keluarga membuatkan Irham terpaksa melepaskan Rania! 



Sedih dan kecewanya Rania dgn keputusan Irham tapi akur demi masa depan mereka! Irham kemudiannya berkeputusan merawat ‘sakit’nya di luar negara. Manakala Rania kekal menunggu dan tetap setia kepada Irham. Dua tahun berpisah dan dipertemukan dalam situasi salah faham! Sakitnya Irham bila ‘tahu’ Rania bersama Dr Herdy. Terlukanya Rania bila ‘hadirnya’ Jannah antara dia dan Irham… 



Sekali lagi keluarga campur tangan dan salah faham diperbetulkan…Hati keduanya yg masih dan punya cinta kembali terikat… dan kali ini ikatan mereka lebih indah dan manis dengan restu kedua2 belah keluarga dan tanpa ada rahsia!


Sinopsis dari kulit novel
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.



Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!



Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.



Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?



“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”





Episod 1
Irham Zahari diarahkan untuk mendapat rawatan tetapi Irham enggan kerana memberi alasan yang dia tidak sakit. Ibu dan ayahnya melu kerana Irham sudah berkahwin 3 kalai dalam masa 3 tahun dan kesemua perkahwinannya hanya bertahan 3 ke 6 bulan sahaja. Doktor Rania ditugaskan untuk membuat rawatan pada Irham. Doktor Hamidah merupakan kawan baik pada ayah Irham ,ketua pada Dr. Rania. Dr. Rania terkejut membaca profile Irham Zahari dan tak sabar ingin menjalankan sesi terapinya. Tetapi Sangkaan Rania tidak semudah yang disangkakan. Irham yang sangat menjengkelkan dan tidak mahu berkerjasama dalam sesi terapi itu. Irham cuba memberi tawaran untuk memalsukan sesi terapi tapi ditolak. Zalia bekas isteri Irham sering mengganggu  Irham agar Irham kembali padanya. Hati Rania gembira bila Fazriq sering mengambil berat dan perhatian pada Rania. Fazriq juga merupakan anak angkat keluarganya.  

Episod 2
Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 2

Episod 3

Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 3
Episod 4

Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 4


Episod 5
Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 5


Episod 6


Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 6


Episod 7

Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 7



Episod 8


Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 8 



Episod 9
Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 9



Episod 10
Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir Episod 10



Jom tonton video ini Drama Akadku Yang Terakhir episod 11





Episod 13
Irham tahu Rania tidak menerima apa yang diperkatakan. Rania marah kerana Irham tidak menghormatinya dia sebagai isteri orang. Irham memberi cuti pada Rania tiba-tiba Rania terlanggar seorang perempuan ( Ibu Irham ) . Ibu Irham mengajak Rania pergi minum dan berkenalan selain itu Rania juga diajak membeli pakaian baru untuk majlis hari anaknya. Irham rasa tidak tenteram dan asyik memikirkan Rania. Majlis harijadi yang diaturkan oleh ibunya Irham mengejutkan. Rania baru sedar itu adalah majlis Irham dan dia cuba lari tetapi gagal. Irham juga terkejut bila Ibunya memperkenalkan Rania adalah anak angkatnya. Lagi mengejutkan bila ibu memberitahu yang Rania belum berkahwin. 

Promo episod 14 - 18 

Episod 14
Rania menjadi panik bila Irham tahu status perkahwinannya. Ditambah pula bila Irham kata dia tidak akan lepaskan peluang yang ada. Rania menghubungi sahabatnya rika. Rika menasihatkan agar Rania pulang ke Kuala Lumpur . Rania pulang ke Kuala lumpur tanpa pengetahuan Irham. Irham cuba menghubungi Rania tetapi gagal. Irham dan Ibunya pulang ke kuala lumpur untuk mencari Rania. Ibu Irham melarang untuk Irham rapat dengan Rania kerana dia tidak mahu Rania menjadi mangsa seperti bekas isteri - isteri Irham yang lain. Kepulangan Rania ke rumah menggembirakan semua. termasuk abang Fazriq. Perubahan Rania dapat dilihat oleh Fazriq . Zulin cuba mencungkil rahsia bila Rania balik secara mengejut. 

Episod 15


Episod 16


Episod 17


Episod 18



Episod 19

Episod 20

Episod 21

Episod 22


Episod 23


Episod 34
Rania meminta izin untuk kerumah umie. Tetapi tidak dibenarkan oleh Irham. Rania terus merayu agar dibenarkan pergi kerumah Umie dan tetap gagal malah Rania mula diherdik bila Rania merayu untuk kerumah Umie. Irham teerus dengan dunianya sendiri. Fazriq mula curiga bila tidak dapat menghubungi Rania. Fazriq menghubungi Ika dan Ika mengatakan Rania bercuti tanpa gaji. Zalia memulakan langkah untuk mendapatkan perhatian Fazriq untuk mengambil tindakan pada Rania. Zalia gembira bila Fazriq termakan umpannya. Kini rancangannya untuk mendapatkan Irham semakin berjaya. Zalia memberitahu Irham yang isterinya telah menipu. Rania bukan berhenti malah Rania hanya bercuti tanpa gaji. Ini membuatkan Irham semakin marah. Pada Irham Rania semakin berani menipu dirinya. Umie memakin mendesak untuk Rania datang kerumah tetapi pelbagai alasan Rania berikan pada Umie. rania rasa sedih terpaksa menupu Umie. Tetapi apakan dayanya kini Irham semakin keliru dan sanggup mengurung dirinya dari keluar dari rumah. Rania yakin dia dapat membantu Irham untuk dalam keadaan kelirunya.

Episod 35
Fazriq cuba memujuk Rania untuk keluar dari rumah tetapi gagal. Rania tetapi berkeras dia tidak akan keluar dari rumah. Setelah gagal , Fazriq memberitahu pada Zulin , Rania dalam keadaan bahaya. Fazriq dan Zulin untuk bertemu dengan Ika. Ika memohon maaf kerana merahsiakan hal sebenar tentang Rania. Fazriq dan Zulin terkejut bila Ika memberitahu yang Irham dalah pasakit Rania. Ini membuatkan Fazriq dan Zulin semakin risau. Zulin nekad untuk memberitahu Umie , Oleh kerana terlalu terkejut Umie pengsan. Ini membuatkan Zulin dan FAzriq semakin cemas. Zulin datang kerumah untuk memujuk Rania tetapi tetap gagal. Malah Rania memanggil sekurity untuk menyuruh Zulin balik dan jangan datang lagi. Rania berjanji dia akan menyelesaikan masalahnya dengan Irham. Irham semakin cemburu dia Zalia menghantar rakaman yang Fazriq datang kerumah. Rania dipukul semahu mungkin. Keadaan Rania semakin lemah. Umie sedih bila melihat keadaan Rania. 

Episod 36
Umie datang kerumah untuk memujuk Rania keluar dari rumah. Rania sedar umie datang , dia mendiamkan diri didalam rumah. Umie sedih melihat keadaan Rania kesan pukul dari Irham. Rania banyak mendiamkan diri, Rania geram Fazriq sengaja masuk campur hal rumah tangganya hingga umie tahu keadaan Irham. Zalia sengaja memerangkap Irham . Zalia meraih simpati untuk Irham menemankannya keklinik dengan alasan keretanya rosak. Zalia juga membayar upah untuk semua aktiviti Irham dan Zalia. Semua gambar dihantar pada Fazriq dengan harapan keluarga Rania akan mengatakan Irham masih bersama bekas isterinya. Umie membuat keputusan untuk memaklumkan kepada keluarga Irham tetapi dilarang oleh Rania. Irham terkejut bila pulang kerumah Rania sudah tiada. Dengan sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Rania , Irham rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Rania dapat menghubungi Irham , Rania mohon maaf kerana umie tidak membenarkan Rania balik kerumah Irham. 

Episod 37

Keluarga Irham kecewa dengan apa yang berlaku. Keluarga Irham juga memohon maaf pada keluarga Rania atas apa yang berlaku. Irham enggan untuk membuat rawatan malah Irham terus mengelak. Irham tak mahu berjauhan dengan Rania. Keluarga Rania tetap dengan keputusan mereka agar Irham dapat menceraikan Rania. Ibu Irham menasihatakn agar Irham pergi membuat rawatan. Akhirnya Irham setuju untuk keluar neraga menjalani rawatan intensif seperti cadangan papanya. Irham dengan berat hari menceraikan Rania dengan talak 1 . Dalam tempoh rawatan Irham tak mahu Rania menderita menunggunya. Rania tidak boleh terima yang dia telah dicaraikan oleh suaminya. 

Episod 38

Rania masih terkejut dengan apa yang berlaku. Rania banyak mengurung diri didalam bilik. Zalia orang yang paling gembira mendengar berita penceraian Rania dan Irham. Pada zalia impian untuk memiliki Irham kembali akan lebih mudah. Irham sedih dan mengingati saat bahagia bersama Rania. Bersumpah dan berjanji akan terus bahagia tetapi kini semuanya musnah dalam sekelip mata. Selepas kes penceraian Rania boleh terima setelah mendengar penjelasan dari Irham sendiri. Rania berharap Irham boleh menjani terapi di Australia nanti. Sebelum Irham pergi ke Australia , Irham berjumpa semua bekas isteri-isterinya memohon maaf. Oleh kerana Rania tak dapat memfokuskan dalam kerjanya , Rania mengambil keputusan untuk berhenti kerja . Walaupun keputusan ini tidak boleh diterima oleh Doktor Madiha. 

Episod 39
Irham berjumpa dengan Zalia untuk meminta maaf sebelum Irham terbang ke Australia. Zalia berharap dia akan rujuk semual pada Irham. Irham tetapi menegaskan dia tidak akan rujuk kembali dengan Zalia. Irham akan pergi untuk mengubati jiwa dan mentalnya. Zalia terkejut dengan tindakan Irham. Rancangan selama ini gagal begitu saja. Sebelum Irham pergi dia mohon pada ibu agar tidak memberi apa-apa info tentang dirinya di Australia. Rania cuba menghubungi Irham tetapi gagal. Rania pergi ke rumah bekas mertuanya untuk mendapatkan info tentang Irham. Bekas mertuanya serba salah dan kesian melihat Rania berkeadaan begitu. Rania bangkit dari belenggu dunianya dan memulakan hidup baru. Rania membuka sebuah taska. Selepas beberapa tahun tiba-tiba Rania merasakan bekas suaminya dekat dengannya. Akhirnya Irham pulang ke malaysia. Dalam perjalanan pulang Irham terserempak dengan Rania bersama seorang lelaki dan anak kecil. Irham redha jika itu yang membehagiakan Rania.  

Episod 40
Irham kerumah yang mengimbau seribu kenangan bersama Rania. Kepulangan Irham mengejutkan ibunya yang merinduinya. Ibu Irham bersyukur akhirnya Irham pulih dari penyakitnya dan berjaya rawatan yang buat selama 2 tahun. Kerinduan Rania terubat bila menjeguk rumah Irham. Itu juga rutin Rania bila dia merindui Irham. Tetapi kali ini Rania terkejut bila Rania ternampak Irham dirumah. Rania pengsan kerana terlalu terkejut. Bila diceritakan pada keluarga Rania mereka tidak percaya dan menyuruh Rania melupakan Irham. Rania turut menceritakan pada Ika tapi nasihat Ika tetap sama menyuruh Rania melukakan Irham dan mungkin Irham sudah berkahwin. Iskandar seorang duda cuba memikat hati Rania. Tetapi dipandang sepi oleh Rania.

Episod 41
Rania cuba memujuk umie untuk bertemu keluarga Irham bertanyakan mengenai kepulangan Irham. Dengan berat hati umie bersetuju walaupun perasaan malu ada umie lakukan juga demi kebahagiaan Rania. Keluarga agak terkejut bila Umie dan ayah Rania datang berjumpa. Ibu Irham tidak mahu masuk campur hal Irham , mereka menyerahkan semua hal ini pada Irham yang membuat keputusan. Umie Irham juga memberi alamat Irham berkerja. Rania teruja untuk berjumpa Irham. Irham terkejut bila berjumpa Rania. Irham pura-pura sibuk dan menyuruh Rania balik. Rania tidak berputus asa dia yakin boleh manambat hati Irham kembali. Iskandar pula tidak putus hati untuk menarik perhantian setiap kali dia menghantar anaknya di taska. Tetapi hati nia tetap pada Irham. Walaupun Sue selalu mengatakan Iskandar suka pada Rania. 

Episod 42


Episod 43


Saturday, 28 March 2015

BERJUMPA PELAKON UNGKU ISMAIL & RAJA ILYA

Hari ni memang rezeki untuk saya. Saya memang tak sangka boleh bertemu pelakon yang HOT sekarang ini buat shutting di tempat kerja saya . Drama 14 episod yang bertajuk Bodygurd akan ditayangkan di TV9. 
Pelakon yang dikatakan adalah Ungku Ismail Aziz pelakon yang baru membintangi drama Taman Lelaki Upahan yang masih menjadi siulan peminatnya. Selain itu pelaon Raja Ilya turut sama dalam sesi penggambaran pagi . sempatlah minta tandatangan mereka sebangai kenangan . 

Raja Ilya pernah membintangi drama Love you Mr. Arrogant . Walaupun dalam watak kecil tapi dia cukup berbakat.


Siapa yang tak kenal Hero drama Teman lelaki upahan . Ungku Ismail juga berlakon dalam drama Terlanjur mencintaimu ditayangkan di TV1 .



Muka berkilat tapi tetap nak bergambar dengan heroin drama Bodygurd. hihihih jangan marah yeeee... 

Raja Ilya cantik orangnya. Jangan salah sangka ya ... Dia tidak berperut besar ini hanya dalam set lakonan yang dia mengandung. 


Tengok tu bertapa gahnya menjadi seorang Hero .

Apa pun terima kasih pada Ungku Ismail baik dan mesra orangnya. Tak sombong pun dia sanggup tunggu masa nak ambil gambar ni. Sebab dia terpaksa pergi ke lokasi lain untuk penggambaran drama. Dalam cuaca yang terik Ungku Ismail terus memberi senyuman yang manis. Pelakon Raja Ilya pun sama cantik dan tinggi menghargai peminatnya. Semoga kita boleh berjumpa lagi. Cukup untuk episod kali ini berjumpa Artis .

Friday, 27 February 2015

NOVEL MR.LONDON MS. LANGKAWI

Kau ada , hidupku huru-hara , Kau pergi , hatiku tidak rela

Sebuah lagi novel membarisi drama adaptasi dikaca TV. Kali ini novel terbitan ALAF 21. Sebuah novel santai menjadi pilihan saya. Novel yang dibeli dari seorang sahabat di laman sosial. Novel ini mempunyai 504 muka surat merungkai kisah Nurul Liyana yang penuh misteri dan kisah cinta bersama Adid Mukhlis . Tahniah pada penulis kerana novel ini tersenarai dalam drama adaptasi. Sebuah cerita santai pasti akan menambat peminat drama. Jom ikuti sedikit review dari saya. 

Nurul Liyana (Nana) seorang gadis yang kasar , kaki gaduh, gelap bagai dilitar pintas, ganas dan kuat bergurau tetapi kuat jiwa Malaysianya. Nana dijaga oleh Tok wan dan tok sebelah ayahnya. Ayahnya meninggal semasa nana masih dalam kandungan manakala ibunya meninggal meninggal semasa melahirkan Nana dilahirkan. Dia sangat disayangi oleh Tok wan dan toknya tetapi dia dibenci oleh Pak Su  (adik ayah Nana) sekeluarga. Dia dianggap sebagai pembawa 'sial' . kerana ibu-bapanya serta bakal suaminya telah meninggal dunia. 

Aidid Mukhlis telah dibesarkan di London dan tidak suka berada di Malaysia. Dia dipaksa oleh bapanya untuk pulang ke Malaysia. Bila mereka bertemu, mereka sentiasa bergaduh dan berlawan kata. Lalu bermulalah misi Nana untuk menyekolahkan Aidid tentang kelebihan Malaysia. Aidid sentiasa memerhatikan Nana. Dia mula menyedari akan kelebihan Nana. Tetapi mereka tetap suka berlawan kata. Mereka ada keserasian. Lalu Tok wan, Tok dan ibu-bapa Aidid merancang untuk menyatukan mereka. Mula-mula mereka diam tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Tapi malang menimpa. Aidid kemalangan dan patah kaki. Pak su dan Mak su mula menghasut ibu Aidid. Ibu Aidid terpengaruh. Lalu ibu Aidid memaksa Nana untuk meninggalkan Aidid.  Nana dan Aidid mula rapat sejak Aidid ditimpa kemalangan tetapi Nana resah kerana dia perlu meninggalkan Aidid bila masa Aidid sembuh. Waktu itu tiba. Nana pergi membawa diri kerana janji. Orang yang paling gembira adalah Mak Su dan Adira kerana rancangan mereka berjaya memisahkan Nana dan Aidid. Adira pula berpeluang untuk berkahwin dengan Aidid berbuka luas bila Nana sudah meninggalkan Aidid.  Aidid mengamuk dengan ibunya dan merayu agar ibunya merestui rumahtangga mereka.

Ibu Aidid memohon maaf kerana hampir memusnahkan rumahtangga Aididi. Kerana dia terpengaruh dan percaya dengan fitnah yang di sebarkan oleh Birasnya. Aidid mencari Nana di Langkawi. Nana dijumpai di atas Gunung Mat Chincang. Sepulangan mereka, Usin memberitahu tentang Adira yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki. Aidid dan Nana dapat menyelamatkan Adira dengan pertolongan Ijam dan Usin. Pak su dan Mak su bersyukur Adira sempat diselamatkan. Mereka sekeluarga menyesal akan tindak-tanduk mereka selama ini yang menfitnah Nana serta cuba memisahkan Aidid dan Nana lalu meminta maaf pada Nana. Akhirnya, Aidid dan Nana dapat hidup bahagia bersama.




Sinopsis dari kulit novel
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?


Tuesday, 17 February 2015

NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH

Ku tiada alasan , hanya rasai cintaku dalam hatimu...


Novel Suami sebelah rumah akan menjadi satu lagi drama adaptasi. Memiliki novel ini sudah lama dan sudah lama juga membacanya  hanya tak direviewkan dalam blogs ini . Saya beranggapan ini sebuah novel santai dan komidi. Novel yang setebal 506 muka surat ini memang best. Kalau tak best , takkan novel ini dipilih untuk diadaptasi. 


Jom ikuti review dari saya harap terhibur. Mengisahkan Eryna yang bakal menyambut hari bahagia tiba-tiba menjadi huru hara. Pengantin lelaki tidak muncul. Azlan nama bakal suami Eryna yang didambakan  hanya menghantar SMS disaat akhir membatalkan pernikahannya. Azlan memberi alasan membatalkan pernikahan disaat akhir kerana maknya tidak merestui perhubungan mereka. Jika Azlan terus juga berkahwin dengan Eryna , maka harta satu sen pun tidak akan diberi kepada Azlan. 


Yang paling gembira dengan berita ini sudah tentunya Mak Eryna, Mak Non . Sebenarnya Amar dari awal lagi dah jadi calon menantu Mak Non dan Pak Wan. Tambah lagi ibu dan ayah Amar berkawan baik dengan mak abah Eryna. Tapi Eryna memang tak pernah pandang Amar . Walaupun Amar seorang doktor tapi Eryna tak pernah nak heran. Amar pernah meminang Eryna tetapi ditolak . Kali ini , bagai tiada pilihan Eryna telah melamar Amar untuk berkahwin dengannya bagi menutup malu keluarga. 



Bermula kehidupan selepas berkahwin. Eryna meletakkan beberapa syarat perjanjian . Atas permintaan Eryna perkahwinan mereka perlulah dirahsiakan daripada orang lain. Eryna tidak mahu dituduh perempuan yang kemaruk nak berkahwin.  Mereka tidak akan tinggal sebumbung sehinggalah Eryna menyintai Amar. Hidup berasingan ini akan dijadikan tempoh bagi mereka untuk berkenalan, berkawan, berdating dan bercinta. Eryna mahu Amar tackle dan buat dia fall in love. Maka termeterailah perjanjian antara mereka. Amar mengambil keputusan untuk mencari rumah bersebelah dengan rumah sewa Eryna. Bagi memudahkan Amar memikat dan memantau Eryna . Maka bermulah hidup mereka sebagai suami isteri sebelah rumah . 



Oleh kerana mereka berjiran rakan serumah Eryna , Anis terpikat pada Amar kerana Amar selalu prihatin terhadap jirannya. Anis yang tersalah anggap yang kononnya Amar suka padanya. 


Di tempat kerja , Amar sering di gangguan oleh Doktor Wani yang gedik. Dokor Wani yang menaruh hati pada Amar tidak pernah mendapat perhatian dari Amar. Ini bukanlah satu halangan pada Dr. Wani untuk terus memikat Amar. 


Semuanya menjadi kalang kabut bila kedua orang tua mereka datang secara mengejut. Segala rahsia terbongkar. Banyak soalan yang perlu dijawab oleh Eryna dan Amar . Namun hati tua dapat merasakan ada yang tak kena pada mereka . Eryna membuat keputusan untuk terus bersama Amar walaupun beberapa kali Azlan datang untuk mengharap simpati. Eryna mengaku ketulusan cinta Amar membuat dia sedar. 

Cukuplah kalau dia hanya sukakan aku
Cukuplah kalau dia tidak membenciku
Kerana aku percaya ....
Cinta akan hadir apabila ada rasa suka dalam hatinya untukku nanti
Cinta akan hadir apabila hilang rasa bencinya kepadaku
Cinta akan hadir disaat hati merelakan..


Sinopsis dari kulit novel

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.



“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”



Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...



“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.

“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.


Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!



Antara barisan pelakon dalam drama ini. 

Episod 1
Eryna dan Amar berjiran sejak mereka kecil lagi tambahan pula ibubapa mereka berkawan baik. Sejak Amar berpindah Eryna selalu terasa sakit hati bila ibunya Mak Non melebihkan Amar dari dirinya. Sikap Mak Non terbawa-bawa hingga mereka membesar , ke universiti dan sehingga kini. Amar memang suka pada Eryna tetapi sebaliknya pada Eryna. Eryna tidak suka pada Amar malah Eryna suka memilih Azlan sebagai teman lelakinya. Walaupun Amar tahu Eryna sengaja menunjuk-nunjuk teman lelakinya tetapi Amar tak pernah putus asa. Selepas habis belajar Amar ditawarkan kerja sebagai doktor . Amar juga mengambil keputusan untuk melamar Eryna untuk dijadikan isteri.

Episod 2
Eryna marah pada Amar bila keluarga Amar datang merisik. Pada Eryna , Amar lelaki yang tak layak menjadi suaminya.Eryna menganggap Azlan lebih layak menjadi suami. Ibu Amar memujuk Amar jangan terlalu kecewa pinangannya di tolak oleh Eryna.  Hubungan Eryna dan Azlan semakin rapat. Azlan mengambil keputusan untuk bertunang dengan Eryna. Mak Non terkejut bila Eryna buat keputusan sendiri tentang pertunangannya.

Episod 3
Eryna kecewa dengan sikap Mak Non yang suka marah - marah. Keputusan untuk berkahwin dengan Azlan dilakukan sendiri. Ibu Amar memberitahu anaknya tentang perkahwinan Eryna . Amar sedih tetapi sebelum Azlan berjabat tangan dengan tok kadi harapannya untuk memiliki Eryna tetapi ada. Amar memberitahu dia tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Eryna tetapi ibunya memaksa agar Amar turut serta demi menjaga hati Mak Non.

Episod 4
Ibu Amar tahu hati anaknya sedang bersedih. Pak wan ( ayah Aryna ) datang ke rumah Amar . Dia menyuruh Amar memujuk Mak Non yang merajuk . Dengan Berat hati Amar datang memujuk dan menasihatkan Mak Non agar menerima Azlan sebangai menantu. Mak non sedih kerana Amar tidak menjadi menantunya. Dalam bersiap untuk majlis nikah , Aryna pengsan bila Azlan menghantar SMS mengatakan dia tidak hadir untuk majlis nikah mereka. Eryna ringan mulut melamar Amar untuk menggantikan tepat Azlan. Amar tidak teragak-agak menerima lamaran dari Eryna. Keputusan Amar membuatkan Mak Non gembira kerana impian tercapai Amar sebagai menantunya.

Episod 5
Amar dan Eryna selamat di ijab kabulkan. Kerana Amar tidak mengambil cuti yang panjang . Amar terpaksa meninggalkan Eryna di rumah Mak Non. Ditempat kerja Amar terpaksa berdepan dengan Datuk Wani. Amar memberitahu Doktor Wani yang dia sudah berkahwin tetapi Doktor Wani tidak percaya. Sejak berkahwin dengan Eryna , Amar mengubah ketampilan dirinya. Ramai pekerja hospital terkejut bila Doktor Amar lebih kacak. Perubahan itu mengejutkan Doktor Ziyad rakan setugasnya .

Episod 6
Setelah Eryna cuti 2 minggu. Amar terpaksa pulang dan menjemput Eryna balik ke Kuala Lumpur. Amar terpaksa meninggalkan Motornya dan pulang bersama Eryna. Eryna terkejut bila Amar menyewa rumah disebelah rumah sewanya. Anis (rakan serumah Eryna) gembira dapat jiran baru. Oleh kerana Amar tidak membawa motor , Eryna terpaksa menumpangkan Amar ke tempat kerja. Anis banyak menceritakan hal jiran baru kepada Eryna memandangkan Eryna baru balik dari kampung kerana cuti kahwin. Anis tidak tahu yang Amar adalah suami Eryna.

Episod 7
Azlan datang kerumah dan memaksa Eryna kembali padanya. Eryna bertegas dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Azlan lagi . Ini membuatkan Azlan marah kerana Eryna tidak memperdulikan Azlan lagi. Azlan memberitahu Eryna semua ini adalah rancangan mamanya. Dia tidak mempunyai pilihan. Amar memberi bekal makan malam untuk Eryna . Amar berlajar untuk memikat hati Eryna dengan masak masakan kegemarannya. Amar meminta resepi dari Mak non. Anis gembira bila Amar selalu mengambil berat.

Episod 8
Eryna dan Azlan berlagak seperti pengantin baru di pejabat kerana tak mahu airmukanya jatuh disebabkan tidak jadi kahwin dengan Azlan. Azlan kerap menggangu Eryna yang inginkan menjelaskan perbuatannya pada Eryna. Eryna marah dengan sikap Azlan yang pentingkan diri sendiri. Kerana terlalu marah Eryna menyimbah air teh pada Azlan di kedai mamak. Azlan tidak menyangka Eryna berubah dan marah padanya. Ini semua kerana emak Azlan yang menghalang pernikahannya dengan Eryna. Amar mengajak Eryna pergi makan malam dan terus menawan hari Eryna.

Episod 9
Selepas balik dari makan malam dengan Amar. Azlan datang kerumah Eryna dan bertanyakan tentang Amar. Azlan terkejut bila Amar tinggal bersebelahan rumah Eryna. Amar marah bila Dr. Wanie suka mengganggu dirinya walaupun sudah diberi penjelasan Amar sudah berkahwin . Selain itu Anis juga mencari-cari Amar bila Amar tidak pulang kerumah. Eryna teringat perbualan semasa makan malam yang lalu. Tindakan menyimbah air teh pada Azlan adalah salah. Ini semua berpunca Eryna tidak dapat mengawal diri dari marah kerana terlalu marah Eryna hanya terfikir untuk memalukan Azlan sahaja . Yang lebih menambah kemarahan Eryna Azlan memberi alasan tidak datang ke majlis nikah adalah harta. Amar susah mengelak dari Anis kerana Anis sering mencuri perhatian Amar.

Episod 10



Tuesday, 10 February 2015

NOVEL PENGARAH CINTA TERBAIK





Kita merancang , Dia  juga merancang  Tetapi Dialah sebaik - baik perancang .


Alsya Khairin seorang lagi punulis yang giat mengasah bakatnya. Novel Pengarah Cinta Terbaik sebuah novel dari terbitan Lovenovel. Kali ini bukan review novel adaptasi tetapi novel baru keluaran Januari 2015 . Saya beli dari penerbitan Lovenovel sendiri dan seorang dari rakan FB saya mengatakan jalan cerita Pengarah Cinta Terbaik ini sangat menarik. Novel yang santai dan mudah difahami jalan ceritanya membuatkan saya terus membacanya hingga ke muka surat terakhir. Novel yang setebal 664 muka surat ini merungkap pengorbanan seorang anak , menerima takdir dan perjalanan hidup Citra Nur Afilya. 

Rasfal Haqeemi seorang pelakon dan pengarah filem terkenal amat digilai dan diminati ramai . Tetapi dia tidak leppas ari gosip - gosip liar termasuk dia mempunyai hubungan dengan Fiona pelakon wanita terkenal dan gossip terhangatnya ialah dia lelaki gay. Demi untuk menghilangkan gossip itu , Rasfal dan pengurusnya Atif telah merancang untuk mencari seorang gadis yang mahu berkahwin dengan Rasfal secara kontrak selama 1 tahun. Citra Nur Afilya yang telah bertunang dengan Qammar seorang jurukamera di produksi pengambaran filem merupakan seorang gadis yg sgt baik , dari kecil hingga dewasa , kehidupannya sentiasa diselubungi masalah . Dia bekerja siang dan malam untuk mencari duit mengubati mata ibunya yang buta kerana menangis terlalu banyak setelah kematian ayah Citra. Qammar tunang Citra merupakan seorang lelaki yang suka berfoya - foya dan bertukar - tukar pasangan tanpa pergertahuan Citra . Fikiran Citra buntu kerana dia memerlukan kos 30k untuk membiayai pembedahan mata ibunya. Dia menceritakan masaalahnya kepada Qammar tetapi tunang durjananya itu memberitahu dia tiada wang. Rasfal dan Atif yg mengertahui masaalah Citra menemui Citra dan Qammar dan menawarkan pertolongan akan tetapi Citra harus berkahwin dengannya. Pada mulanya Citra marah dan tidak mahu kerana dia sayangkan Qammar , akan tetapi Qammar memujukkan dengan mengunakan nama ibu Citra yang sedang sakit itu.Pada masa yang sama Qammar meminta imbuhan dari Rasfal. Akhirnya Citra bersetuju dan perkahwinan ini menjadi mudah bila keluarga Rasfal yang kaya merestui perkahwinan mereka.

Pada hari perkahwinan mereka tarikh ibu Citra dibedah. Citra yangg berbelah bagi hatinya akur setelah ibunya menyatakan yg dia akan selamat, Ibu menyuruh Citra membawa suaminya selepas persandingan mereka. Akan tetapi semasa majlis sedang berlangsung , Citra menerima khabar dari Qammar yang menyatakan ibunya telah meninggal semasa pembedahan dilakukan . Ini menyebabkan Citra sangat tertekan dan sering menangis. Rasfal yang kasihan melihat nasib isterinya sering meluangkan masa dengan Citra. Pada masa yang sama Datin Rohana mama Rasfal juga sangat mengambil berat dan sayang akan menantunya itu . Lama kelamaan Citra berjaya melupakan kisah sedihnya itu dan dia pindah tinggal bersama Rasfal di apartmentnya.

Perjalanan rumahtangga mereka kadang bergelora dimana sikap Rasfal yang panas baran sering mengecilkan hati Citra. Citra pula sering menyakitkan hati Rasfal kerana sering bertemu dengan Qammar tambahan lagi Qammar sering meminta wang dengan Citra. Rasfal menasihati Citra , tetapi Citra marah kerana perasaan sayangnya terhadap Qammar terlalu dalam. Akan tetapi tembelang Qammar yang suka berfoya - foya itu terbongkar bila Rasfal membawa Citra ke Kelab malam melihat perangai sebenar Qammar . Citra terluka dan Rasfal yang mula jatuh cinta dengan Citra sentiasa memujuk hati Citra . Akhirnya mereka saling meluahkan isi hati dan bersatu dalam erti kata sebenar . Akan tetapi setelah mereka bahagia , ranjau menimpa dimana cukup setahun kontrak , Qammar datang mengacau Citra di rumah Rasfal ketika lelaki itu tiada dirumah. Ketika mereka saling bertengkar , muncul Datin Rohana di situ dan rahsia perkahwinan terbongkar dan menyebabkan Datin Rohana telah menghalau Citra tanpa mengertahui yang menantunya sedang mengandung. Rasfal yang kembali ke rumah mereka dan melihat Citra tiada dirumah merasa sedih tambahan lagi mamanya telah memberi surat yg ditinggalkan oleh Citra. 

Selepas kehilangan Citra Rasfal berhenti berlakon bertujuan untuk mencari isterinya. Qammar sasaran utama Rasfal , Dalam satu insiden Rasfal memukul Qammar hingga Rasfal ditangkap oleh pihak polis. Itulah dimanakan jodoh mereka bertemu kembali setelah setahun terpisah . Citra berharap Rasfal mampu menjadi pengarah cinta terbaik mereka. 

Sinopsis dari kulit novel 
Dia seorang pelakon terkenal. Dia seorang pengarah terbaik. Dia digilai ramai wanita, pendek kata dia memang seorang yang popular. Bukan sahaja kerana kekacakannya malahan kerana kehebatannya di layar perak.

RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan maruah dan kariernya.

“Saya tak halang pun untuk awak berfikir. Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara.”
CITRA NUR AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta, Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.

“Mungkin saya orang susah jadi senang-senang orang gunakan saya tapi saya tetap ada hati dan perasaan seperti orang lain. Saya tak minta bos terima saya sebagai isteri bos tapi cukuplah layan saya sebagai seorang kawan. Apa saya tak layak ke berkawan dengan orang popular seperti bos?”

Tetapi apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi Rasfal, Citra adalah segala-galanya.

Mampukah cinta seorang gadis biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka.


Sedikit pertikan-perikan menarik dari novel .

Tunjuk tangan tu. Tadi aku tengok tangan kau pun luka juga,” ujar Rasfal cuba melindungi debaran di dalam dada saat bertentangan mata dengan Citra. Dia menghela nafas panjang. Spontan Citra menunjukkan tapak tangannya yang terluka. Pandangannya ditundukkan kerana tidak berani untuk menatap wajah Rasfal saat ini.

“Teruk ni,” ucap Rasfal tiba-tiba.

“Apa yang teruk?” soal Citra pelik. Dia merenung wajah Rasfal yang kacak.

“Luka kau inilah,” balas Rasfal sambil menggeleng.

“Hah? Takkanlah teruk sangat? Nampak macam biasa aje.”

“Memang kau nampak macam biasa, tapi sebenarnya luka kau ni dah kena jangkitan kuman. Mungkin tangan kau ni kena potong,” bohong Rasfal sambil wajahnya diseriuskan.

Kena potong? Serta-merta wajah Citra berubah kelat. Air liur ditelan saat dia membayangkan tangannya dipotong sehingga pergelangan tangan. Tidak dapat dibayangkan rasanya itu. Oh tidak! jerit hati Citra.

“Tak nak!” jerit Citra sambil menyembunyikan tangannya di belakang badan. Dia menggeleng.

“Alah, bukan sakit pun kena potong. Macam kena gigit semut aje,” sakat Rasfal lagi dengan tawa yang tertahan-tahan. Dia mengulum senyum.

“Tak nak! Saya takut,” ujar Citra. Tanpa disedari, air matanya sudah mula merembes di pipinya.

Rasfal menghamburkan tawanya yang tidak tertahan. Tawanya makin galak apabila melihat Citra menangis. Sikap polos Citra inilah yang menghiburkan hatinya.

“Kenapa bos ketawa?” soal Citra dengan tangisan yang masih kedengaran.

“Kau percaya ke kata-kata aku?”


“Apa bos ni? Itu saya punyalah!” marah Citra sambil cuba merampas kad itu daripada tangan Rasfal.

“Amboi, bukan main sayang lagi kau dekat kad ni. Mentang-mentanglah Abang Raqeeb yang bagi sampaikan aku nak tengok pun tak boleh,” bebel Rasfal tidak berpuas hati. Dia mengangkat kad tersebut setinggi-tingginya bagi menyukarkan Citra untuk merampas balik.

“Mestilah sayang. Abang Raqeeb yang bagi. Saya nak simpan buat kenangan,” ujar Citra jujur.
Bulat mata Rasfal mendengar kata-kata Citra. Apa? Nak buat kenangan? Jangan mimpi!
“Apa bagus sangat Raqeeb tu dekat mata kau? Aku rasa, aku lagi bagus!” ucap Rasfal geram.
“Abang Raqeeb tu seorang yang tenang. Seorang yang rasional dan dia seorang yang penyayang. Tak pernah sekali pun dia meninggi suara dengan saya. Cara layanan dia memang boleh buat orang jatuh cinta tau,” balas Citra selamba. Sempat lagi dia ketawa kecil apabila mengenangkan Raqeeb yang kacak.
Berdesing telinga Rasfal mendengar. Dia merengus marah. Tidak suka apabila Citra terlampau memuji Raqeeb lebih daripadanya.
“Jadi kau dah jatuh cinta pada dialah?” tempelak Rasfal cuba menahan sabar.
“Kalau saya tak bertunang, mungkin saya akan jatuh cinta pada lelaki macam Abang Qeeb,” ujar Citra berterus-terang.
Berderau darah Rasfal mendengar. Pantas, dia mencampakkan kad tersebut kembali pada Citra. Rasa sakit hatinya hanya Allah yang tahu lalu dia berlalu ke bilik tanpa sedikit pun membalas kata-kata Citra. Kenapa harus wujud rasa sakit ini, Ya Tuhan?