Thursday, 17 November 2016

NOVEL SELAMANYA DISISIKU



Selamanya disisiku pilihan saya untuk review kali ini . Novel diberi oleh pihak penerbit Bes Q kerana saya memenangi review novel salah satu dari novel terbitannya. Dhila Asyfa seorang penulis baru yang baru berjinak-jinak ke dunia penulis. Novel ini mempunyai 405 muka surat ( nipis je ). Pada saya yang biasa membaca novel ini ada yang tak sampai matlamat. Jalan cerita menarik dan satu bahan bacaan ringan .. saya suka . 

Jom ikuti review dari saya untuk novel ini . Dafina Eryna menerima Ilman Akhil sebagai suami tanpa sebarang bantahan. Penyatuan itu dari pilihan keluarga , Eryna redha ketentuan dariNya. Eryna juga pernah ditinggalkan oleh kekasihnya. 

Perkahwinan mereka bermula dari mengenali hati budi masing-masing walaupun agak kaku diantara mereka berdua. Ilman yang sangat peramah , membuatkan Eryna selesa. Ilman yang dikenal dengan suka mengusik dan didak lokek memperkenalkan Eryna pada saudara-maranya. Ilman yang mempunyai keluarga besar mempunya pelbagai ragam yang perlu dilalui oleh Eryna hingga tidak kering gusi. 

Eryna tidak mengambil cuti yang lama untuk perkahwinannya. Bila di hari pertama Hazri datang merayu agar Eryna menerima dirinya kembali. pertengkaran Eryna dan Hazri disaksikan oleh Ilman hingga Ilman turut cedera tanpa sengaja. 

Ini membuatkan Ilman terasa hati. Oleh kerana mereka baru mengenali antara satu sama lain Ilman berpesan agar Eryna tidak menyembunyikan perkara ini lagi darinya. 

Bila cinta mula mekar , mereka diduga dengan kehilangan Ilman di ladang. Hati Eryna mula tidak senang dan nekad untuk mencari suaminya sendiri diladang. Walaupun kelaurga mentuanya tidak membenarkan Eryna tetap pergi degan bantuan sahabatnya sarah. 

Kehadiran Hazri saat Eryna kehilangan Ilman menguji hati seorang perempuan. Namun Hazri perlu ditolak tepi demi cintanya pada Ilman.  

Eryna merasa lega bila Ilman ditemui dalam keadaan selamat tetapi malangnya Ilman tidak mengenali Eryna. Eryna seperti orang asing buat Ilman. Walaupun pelbagai cara Eryna lakukan Eryna perlu tabah untuk mendapatkan Ilmannya kembali. 

Ilman sedar Eryna tidak pernah putus asa untuk memulihkan ingatannya kembali. Ilman juga berusaha untuk menjadi Ilman seperti dulu. Menerima Eryna dan melayari kehidupan rumahtangga yang baru dibina. 


Sinopsis dari kulit novel 
Penyatuan mereka di atas pilihan keluarga. Dafina Eryna yang ditinggalkan kekasihnya menerima Elman Akhil tanpa sebarang bantahan.

Alam perkahwinan mereka cukup bahagia umpama mimpi jadi nyata. Elman seorang penyabar, Eryna kadang kala menyimpan seribu satu rahsia. Perbezaan tidak menghalang mereka menyemai rasa cinta bersama.

“Abang tak pasti apa yang menganggu fikiran Eryna. Cuma satu yang abang minta, Eryna jangan cuba sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan abang. Setiap apa yang Eryna pendam selama ini, abang perlu tahu. Sebab, abang suami Eryna.” – Elman Akhil

Bahagia yang diharap akan sentiasa mekar dan berbunga diduga dengan takdir Illahi. Elman hilang di kawasan ladangnya. Hati Eryna resah gelisah.

Dalam tidak sedar, Hazri Iskandar datang kembali di dalam hidup Eryna. Menguji hati seorang wanita yang sedang kehilangan suaminya.

“Hanya satu sahaja yang saya harap awak lakukan sekarang ni. Doakan semoga Abang El selamat. Dan, Hazri mungkin awak tak faham apa maksud ayat saya selama ni. Saya tak nak jumpa dan lihat muka awak lagi. Cukuplah kehadiran awak kusutkan fikiran saya. Hati dan perasaan saya sekarang ni hanya untuk Elman seorang.” – Dafina Eryna

Pengharapan kembali bersinar apabila Elman ditemui selamat. Namun, sinarnya seakan pudar dengan keadaan Elman yang cukup menguji hati dan perasaan Eryna.

“Abang pernah tanya saya satu soalan dahulu. Kalau lelaki yang ada di hadapan saya ni bukan lelaki yang sama selepas ni, saya akan tinggalkan abang ke?”Berkerut dahi Elman mendengar apa yang aku katakan.

“Saya akan tetap setia dengan abang.”

Dugaan demi dugaan melanda. Setiakah Elman Akhil? Dapatkah Dafina Eryna bersama hingga ke akhir dengan lelaki yang cukup asing baginya?

Wednesday, 2 November 2016

NOVEL ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP

Si mat saleh celup yang 
bermata menawan,
Sentiasa bikin hati tak keruan...


Novel Encik Suami Mat Salih Celup bakal diadaptasi dari terbitan Lovenovel. Novel ini saya beli dah lama baru ini berpeluang nak buat review . Novel yang menpunyai 564 muka surat ( tak tebal sangat ) . Kekeluargaan menjadi tunggak utama disulami kasih sayang dan cinta yang mampu menggamit pelbagai rasa. Pada pendapat saya novel pada permulaan cerita agak slow sikit tetapi bila pertengahan baru ada rasa keseronokan. 


Jom ikuti review dan perjalan cerita Encik suami mat saleh celup. Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal  pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim , Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora.  Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus. 

Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya. Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua Iman meminta Iman 'memelayukan' Ian yang selama ini membesar di luar negara.

Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.  

Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali. Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama. 

Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman . Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana untuk membuat persediaan perkahwinan mereka. 

Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang menggunung  telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua. 





Sinopsis dari kulit novel
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- Iman Amani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?

Friday, 30 September 2016

NOVEL AWAK SANGAT NAKAL

Kalau tak boleh .... paksa sampai boleh!

Awak sangat nakal menjadi review pilihan saya kali ini. Novel yang bakal diadaptasi karya Syamnuriezmil pastinya kan ditunggu pada yang meminati drama seperti saya. Cerita ini cukup santai , banyak part- part yang menarik dan tak kering gusi keletah Erine dan Johan. Novel ini juga banyak penggunaan pantun 2 kerat sebagai hiburan dan jenaka. Novel yang mempunyai ketebalan 517 muka surat ini cukup menghiburkan. 

Jom ikuti review dari saya tentang novel ini. Erine Johanna , Gadis 23 tahun mengikut Mak munah pulang kekampung ketika mama dan papanya mengerjakan umrah sebulan. Dalam tempuh itu Mak Munahlah yang bertanggungjawab menjaga Erine. Sikap Erine yang kuat mengusik mak munah tidak pernah rasa sunyi. Di kampung Erine berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Johan Rizqin. Johan seorang guru bahasa di sekolah rendah kampung itu. 

Selain menjadi cikgu Johan juga bilal di masjid kampung itu. Ini membuatkan Erine bersemagat untuk mengikut mak munah kemasjid setiap waktu subuh . Oleh kerana Johan sering membantu mak munah menyiapkan segala keperluan ini menyebabkan Erine sering berjumpa. Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine.

Johan gembira bila Eirine menjadi guru ganti sekolah tempatnya mengajar . Tetapi hari pertama Erine sudah mendapat kata amaran dari Ain. Ini membuatkan Erine menjauhkan diri dari Johan. Walaupun Erine tidak pernah bercerita apa yang terjadi Johan tahu Erine sengaja menjarakkan diri darinya.  


Erine cuba mencari sebab mengapa Johan dan Ain tidak berkahwin lagi sedangkan mereka sudah bertunang lebih dari setahun. Jawapan yang dicari akhirnya membuahkan hasil . Ain sebenarnya mencintai lelaki lain semasa di maktab perguruan dulu. Tetapi cintanya putus bila lelaki yang dicintai bertunang dengan orang lain. Ain masih menunggu lelaki itu yang tak tahu dimana. Oleh kerana Ain sering menangguhkan perkahwinan, Johan sudah bosan dengan alasan Ain kini memberi alasan kerana menjaga ibunya yang sedang sakit. 

Kehadiran Johan Arif mengingatkan satu cerita lama . 2 tahun dulu ketika Erine ingin belajar di Australia dia dipaksa untuk berkahwin dengan anak kenalan papanya tetapi  Erine enggan.  Mereka hanya bersetuju untuk bertunang dan putus bila mereka berada disana. Ini kerana Johan Arif sudah ada kekasih hati. Janji nak ke Australia bersama tetapi Hohan Arif tidak muncul tiba sudahnya Mak munah turut terbang di Australia. Erine nekad untuk menyuruh mamanya memulangkan cincin pertunangan dan putus tanpa mengenal siapa Johan Arif. Yang tinggal hanya nama . 

Tetapi cikgu ganti yang bernama Johan Arif itu adakah bekas tunangnya dulu. Kehebatan Erine untuk mencari kebenaran tidak dapat disangkal. Selain itu juga Erine dapat tahu juga sebenarnya Johan Arif itulah kekasih Ain . Erine juga menghubungi uncle Jazimin yang terlalu rindukan Johan Ariff. Uncle Jazimin juga bersetuju untuk menyatukan Johan Ariff dan Ain Humaira. 

Hari terakhir Erine di sekolah semasa sambutan hari Kokurikulum sekolah. Ada kejutan yang tidak diduga oleh Erine. Sambutan hari jadi erine tutut diraikan walaupun hari jadi yang betul minggu hadapan. Erine tidak lama disekolah tetapi anak muridnya menghargai kehadirannya. Mak munah turut gembira bila melihat Erine membesar didepan matanya 23 tahun . tetapi ada yang dibimbangkan oleh Mak munah pada tarikh lahir Erine. 


Hafsham sering mendesak Erine agar berkahwin dengannya. Menurut Hasyam , Erine perlu berkahwin dengannya kerana amanah dari arwah ayah Erine. Erine menjadi bingong bila menyatakan Erina adalah anak mak munah . Sebenarnya Johan adalah amanah untuk berkahwin dengan anak mak munah yang bernama Jonana. Tuan Syed sobri ( peguam arwah suami mak munah ) menasihatkan agar tidak memberitahu Erine dahulu . Ini kerana akan membahayakan diri Erine. Oleh kerana desakan Erine mak munah terpaksa cerita lah sebenar. Erine adalah anak kandung mak munah disebabkan harta nya Erine dalam bahaya. Segala harta yang ditinggalkan oleh suami mak munah akan jatuh pada Erine tepat diusia 23 tahun. 

Kerana dendam dan kemarahan 46 tahun dulu Mak tok ( mak tiri arwah suami mak munah ) sanggup membunuh. Johan dan Erine bersetuju untuk nikah sebelum tarikh hari jadi secara sembunyi bagi menggagalkan rancangan Mak tok. Jika diketahui oleh mak Tok kemungkinan Johan turut dibunuh. Tetapi sehari sebelum pernikahan, Erine dicolek. 

Dengan bantuan Hasnah adik mak tok , mereka terselemat. Hasnah membelot kerana terlalu banyak dosa yang dia telah lakukan. Semua ini kerana tamakkan harga yang ditinggalakan oleh suaminya sedangakan arwah suaminya tidak memberi sedikitpun harga peninggalan itu pada mak tok. 

Erine dan Johan dinikahkan akhirnya. Mak munah gembira bila segala yang diamanahkan berjaya digalas. Mak tok mendapat balasnya dan Hafsyam bertemu jodoh juga walaupun bukan dengan Erine. Kenakalan Erine Kebahagian Johan .


Sinopsis dalam novel
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh! 



Tuesday, 13 September 2016

MENANG NOVEL FREE

Yehhhh....
Rasa nak melompat - lompat bila nama saya di sebut sebagai pemenang review novel Terbaik bagimu karya Dayana Darwisy. Ini bukan kali pertama ... Biasanya saya memenangi pertandingan review dari penulis tetapi kali ini dari Penerbit novel sendiri. Sangat Hargai dengan apa yang saya dapat . 



Oleh kerana memenangi 1 novel percuma . Saya meminta hadiah novel terbitan bulan september "SELAMANYA DISISIKU . Saya sendiri tak pasti siapa penulisnya. Yang pasti saya akan buat review yang terbaik untuk novel ini. Terima kasih Penerbitan Bes Q kerana memberi sebuah novel baru. Saya akan tunggu kehadiran novel itu. Muuuuaaaahhhhh..!!!

Thursday, 11 August 2016

NOVEL KLIK ! PENGANTIN MUSIM SALJU

Layakkah gadis brutal seperti aku jadi
pengantin untuk lelaki itu?


Kemunculan sebuah novel baru tahun ini ditunggu oleh peminatnya. Novel klik! Pengantin Muslim salju telah dilancarkan pada pesta pesta buku yang lepas. Saya tidak dapat membelinya kerana tersesat di MAEPS namun semuanya terubat bila novel ini saya beli di kedsi buku popular selayang mall ramadhan yang lalu.

Novel yang mempunyai 741 muka surat ini mengundang pelbagai rasa dan unsur kekeluargaan tetap menjadi keutamaan. Jom ikuti review dari saya untuk novel Klik! Pengantin Musim Salju. Kaseh Lateefa atau lebih dikenali sebagai Kay. Diusia yang muda memiliki syarikat dan studio fotografer sendiri dinamakan Klik. Minatnya yang mendalam tentang fotografer membuatkan Kay juga meyimpan kamera lama sebagai koleksinya. Penampilan yang brutal dan kasar membimbangkan ayah dan umie. Oleh kerana itu Umie ingin menjodohkan dirinya dengan anak kenalan rapatnya dulu. 

Satu insiden yang berlaku dirumah Adam putra sangat menjengkelkan. Ini semua gara-gara Karlisha Zandra , tunang Adam Putra yang mencuri baju milik arwah ibu Kaseh. Baju itu dihantar ke butik kerana untuk di kecilkan. Menurut Khalisha baju itu unik dan cantik . Khalisah tidak menyangka tindakan dirinya untuk mengambil baju itu akan memalukan diri sendiri. 


Pertemuan kedua di sebuah parti jualan kamera antik disebuah hotel. Di majlis itu dirinya bertambah serabut bila Khalisah Zandra turut ada bersama Adam. Kaseh yang menganggap Khalisha itu sebagai perempuan gedik sentiasa menyakitkan hatinya. Impian untuk memiliki kamera antik itu gagal dan hampa kerana ada orang lain telah memilikinya terlebih dahulu.

Pening kepala bila memikirkan bila umie dan walid sibuk menjodohkan dirinya dengan anak sahabatnya Izham. Walaupun Kaseh sering menolak , Umie bertindak untuk merahsiakan pertunangan Kaseh dan Izham. Kerana tertekan dengan  tindakan umie dan walid Kaseh nekad untuk melarikan diri. Dalam Kaseh melarikan diri Adam Putra datang sebagai penyelamat. Bukan penyelamat tetapi bala. Adam Putra meminta agar Kaseh membantunya untuk menjadi isteri olok-oloknya. Dihari yang sama Adam Putra terpaksa membatalkan majlisnya kerana pengantin perempuan tidak hadir di majlis perkahwinan dengan alasan tidak bersedia. 

Dengan ganjaran yang menarik Kaseh menerima tawaran itu. Adam Putra tak sanggup untuk memberitahu yang perkahwinannya dibatalkan. Adam Putra juga tidak mahu nenek sakit kerana menerima berita perkahwinannya terpaksa dibatalkan oleh kerana pengantin perempuan tidak hadir. Bermula dengan perbualan ditalian talifon nenek ( Ku Maryam ) rasa selesa dengan Kaseh. Ku maryam meminta Adam Putra membawa Kaseh ke Jepun untuk bertemu dan mengenali Kaseh lebih mesra. Ini membuatkan Adam Putra lebih pening. 

Dengan restu umie dan walid , Kaseh tiada pilihan untuk menerima tawaran Adam dan lebih- lebih lagi ini memberi keuntungan pada Klik. Dalam masa yang sama Kak putri menerima Klik sebagai photografernya untuk busana muslimah milik kak putri. Episod di jepun bukan satu tugasan yang mudah. Kaseh perlu berdepan dengan sepupu Adam Putra yang bernama Hud Mekail . Perasaan suka dan sayang mula hadir tetapi selalu dinafikan oleh Kaseh. Renungan mata Adam Putra seperti renungan yang dicari selama ini. Semuanya terbongkar bila Adam Putra meluahkan rasa cinta pada Kaseh dan ingin memperisterikan Kaseh. Bagi Adam Putra , dia akan lemah bila bersama Kaseh. 

Kaseh menceritakan apa yang terjadi 10 tahun dulu ketika diusia 15 tahun. Satu peristiwa yang merubah dirinya menjadi dirinya lebih kasar. Sebenarnya , Adam Putra sudah menjadi penyelamat dari dulu lagi. Adam putra juga yang membawa Kaseh ke hospital dan menderma darah untuk Kaseh. 

Kalisha zandra datang membongkar siapa Kaseh didepan nenek. Kalisha berpakat dengan Hud untuk memisahkan Kaseh dan Adam putra. Nenek yang terkejut yang Kaseh bukan isteri Adam lalu jatuh sakit. Ini membuat Kaseh rasa bersalah. Keputusan Kaseh nekad untuk meninggalkan Adam tetapi dihalang oleh nenek. Keikhlasan Kaseh patut diberi peluang kedua. Pernikahan yang berlangsung di kota jepun dipenuhi salji yang lebat seakan merestui majlis pernikahan yang mereka yang serba ringkas. 

Puas bermadu kasih di Jepun Kaseh dan Adam Putra balik ke Malaysia. Kaseh dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang hampir meragut kesucian dulu. Zubir nama yang tak pernah padam dalam ingatan Kaseh. Zubir adalah bapa saudara Adam Putra. Adam Putra cuba memujuk Kaseh dan memberi tahu yang Zubir juga telah menerima balasan atas kesalahannya yang lampau. 

Dalam mereka menyelami erti cinta Hud dan kalisha tidak pernah berhenti usaha untuk memisahkan Adam dan Kaseh. Kerana sifat cemburu Adam satu salah faham berlaku. Hud yang sengaja dan tahu kelemahan sepupunya mengundang satu curiga pada Kaseh. Adam menghilangkan diri tanpa berita. Dengan pertolongan Zubir , Adam Putra kembali pada kaseh . Adam Putra mengaku kesilapan meninggalkan Kaseh adalah satu kesilapan besar kerana terlalu mengikutkan perasaan sendiri. 



Sinopsis dari novel

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.



Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?



Sedikit sedutan dari keratan dalam novel 
AKU menjeling sekilas ke arah Nana yang sedang menanti di dalam kereta. Dalam kegelapan malam, aku mundar-mandir di hadapan banglo dua tingkat ini. Siap dengan tudung di kepala. Yelah, kalau aku tak pakai tudung mesti dia tak cam pulak sebab siang tadi aku bertudung. Lagipun dia bukan perasankan aku semasa di studio pagi tadi. Dengan penampilanku yang ala-ala lelaki tu... confirm dia tak cam! Aku tak mahu merumitkan keadaan.
Tangan kiri dan tangan kanan memegang besi pada pintu pagar manakala wajah kulekapkan pada pintu pagar yang dicat dengan warna coklat gelap ini. Lagakku seperti penjenayah dalam penjara. Kay, betul ke kau nak teruskan dengan plan C? Plan yang berisiko tinggi ni?
Nafas kutarik dalam-dalam. Apa lagi cara yang aku ada? Jangan cakap aku tak tekan loceng. Dah berpuluh kali kut aku tekan, namun tak ada langsung respons minah salih celup tu. Nak kata dia tidak ada di rumah, kereta BMW putih tu elok sahaja terparkir di dalam garaj. Selain itu ada beberapa lagi kereta mewah di dalam kawasan rumah.
Huh! Aku nekad. Aku harus laksanakan juga plan C ini.
Kepala berpusing ke kiri, ke kanan dan ke bahagian belakang. Line clear! Lagipun kawasan ni memang sunyi. Berbekalkan lampu jalan yang suram menyinar, aku terus memanjat pintu pagar dengan hati yang berdebar-debar. Ah, kerja panjat-memanjat ni memang my forte! Kacang aje. 
Baru sahaja kaki hendak mencecah lantai, ada suara lelaki yang bertempik kuat membuatkan aku gelabah.
“Hoi!”
Terus sahaja aku hilang imbangan dan terjelepok di atas lantai kawasan rumah ini.
Inilah lelaki yang datang bersama si bimbo itu ke studio aku. Saat mata aku dan dia bersatu, jantungku sudah tidak mampu lagi untuk berdegup seperti selalu. Rasa sakit akibat terjatuh tidak kuhiraukan. Terus sahaja aku bangun. Perasaan gerun apabila sepasang mata itu mencerlung tajam ke arahku kutolak ke tepi. Apa? Ingat dia sorang aje ada mata? Lu silaplah bhai! Bulat mataku menjegil ke arahnya kembali.
Terus sahaja dia menerpa ke arahku seperti helang yang menerkam mangsanya. Terkejut punya pasal dengan gerak-geri agresifnya itu, aku kelam-kabut berundur ke belakang sehingga tidak ada ruang lagi untuk aku berbuat demikian. Akhirnya aku tersandar rapat pada pintu pagar. Memang aku boleh bantai dia ni kalau aku nak tapi, aku tidak mahu mengusutkan situasi.
Kedua-dua belah tangan kuangkat tinggi. Bau wangian yang sangat maskulin menerpa masuk ke ruangan hidung.
“En... en... encik... sa... saya....”
Tergagap-gagap aku bersuara apabila si dia berada kurang dua tapak dariku. Wajah berangnya diraup kasar dan anak matanya kembali mencerlung tajam ke arahku. Kenapa seperti ada sesuatu dengan anak matanya itu?
“What a joke!” sindirnya dengan sinis. Kepala digelengkan. “Gadis bertudung litup pun dah pandai merompak zaman sekarang ya.” 
Aku segera menggawangkan kedua-dua belah tangan di hadapan wajahnya. “No... no! Saya bukan nak....”
Aku tergamam apabila dia menarik kasar lengan kiriku. Sebelah tangannya mengeluarkan kunci kereta dan aku diheretnya ke arah salah sebuah kenderaan mewah. Rasa gelisah dan marah bercampur baur saat ini. Bukan aku tak mahu lawan tetapi, aku tidak mahu keadaan menjadi sukar. Pedih terasa lengan gara-gara dicengkam kuat oleh lelaki berkemeja biru ini. Bibir kuketapkan dengan serapat-rapatnya.
“Encik... nak bawa saya ke mana?”
Kelam-kabut aku bersuara sebaik sahaja dia membukakan pintu kereta untukku. Tercengang aku apabila dia memaksa aku untuk masuk ke dalam kereta. Aku datang nak ambil baju arwah ibu, bukan nak naik kereta mewah ni! Hah, sudah! Ke mana pula hendak dibawanya aku?
“Biar saya jelaskan semuanya. Let me go!” jeritku sambil memandang tepat wajah ketat lelaki ini.
“Masuk! Jelaskan kat balai aje nanti,” katanya dengan garang.
Huk aloh! Bakal isteri kau yang curi baju aku tapi aku, mangsa sebenar dalam kes ini pula yang hendak dibawa ke balai polis. Cantik betul muka kau!
“Encik... saya datang ke sini bukan nak merompak. Saya nak ambil baju saya dari Karlisha Zandra aje,” ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Perlahan-lahan aku mengumpul kekuatan. Relaks Kay... bukan salah kau pun. Jangan takut!
“Alasan! Orang macam ni memang banyak kat luar sana tu. I won’t let you go this time. Takut nanti entah rumah siapa-siapa pula kena rompak. Prepare yourself to sleep in the jail tonight!”
Dasar lelaki poyo! Mentang-mentang badan sado, mentang-mentang ini rumah dia, ingat aku takut? Tadi, memang betul aku sedikit resah tapi sekarang tidak lagi. Sakit pulak hati aku dengan si poyo ni. So annoying!
“Saya bukan perompaklah! Cik Karlisha Zandra tu yang sebenarnya penyamun tarbus! Awak tahu tak yang dia dah curi baju saya dari Lola Boutique siang tadi?! Banyak kali saya call dia tapi, dia langsung tak jawab. Saya ada tinggalkan komen di ruangan Instagram milik dia tapi, dia delete komen-komen saya tu!” luahku dengan berang.
Tersentak sedikit kulihat muka lelaki berkulit cerah ini. Mungkin tidak sangka yang aku berani melawan kata-katanya dengan tegas. Tidak lagi dia mencengkam lenganku. Dengan pantas aku mengusap kawasan lengan yang sudah pun lebam.
“Bila saya datang ke sini, saya tekan loceng berjuta kali tapi... takde siapa bukakan pintu,” jelasku lagi bersama wajah yang berkerut menahan sakit.
“So, tell me what should I do?” soalku sambil menjegilkan mata ke arahnya. Terus sahaja aku masuk ke dalam kereta. “Baik! Awak nak sangat ke balai polis, kan? Jom! Tapi, kalau kebenaran tersingkap nanti... bila satu Malaysia dah tahu, awak dan family awak, jangan lupa serkup baldi di kepala bila keluar rumah ye. Kaya tapi mencuri hak orang! What a shame!”

Monday, 1 August 2016

NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA


Cintamu sesegar embun nan pagi 
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakarmengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan


Ini adalah novel ketiga yang saya miliki dari lima karya Siti Rosmizah . Novel setebal 583 muka surat seumpana tak puas untuk menatap ceritanya yang begitu menarik.  Mengisahkan Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril.
Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
“Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskin tapi Leya juga jugak ada maruah diri.”
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
“You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji.”
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
“Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika.”
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
“Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”
Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
“Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”
Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
“Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."



Sinopsis dari kulit novel :

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu seblum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuginya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Ulasan Penulis Novel Andai Itu Takdirnya:
Umpama mimpi dalam mimpi. itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama. Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang. Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA. ~ Siti Rosmizah ~
Anda berminat untuk membaca Novel Andai itu Takdirnya secara online? Sila baca dan enjoy karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima dibawah!


Adaptasi Drama



NOVEL PERGILAH AIR MATA

Akan ku lepaskan air mata ini pergi 
Jauh... Sejauhnya...
Sehingga sepasang mata ini ...
Tak mampu ingat pada hangatnya titisanya dahulu...

Ini sentuhan Hanni ramsul yang kedua. Novel setebal 858 muka surat tidak akan mengecewakan pembacanya. pada mualnya saya membaca enovel di penulisan2u. Ia menarik saya untuk memiliki novel ini. Cerita sedih nasib Sabrina , insan ter aniaya yang dirancang oleh sahabat baik yang dengki dengan kejayaan yang dimiliki. jom layan novel ini.

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Badrul tak pernah melayan Sabrina dengan baik . Penderitaan Sabrina dirancang oleh sahabat baik sabrina kerana dengki dengan kejayaan Sabrina. 

Kehadiran Sabrina menyukarkan Badrul memiliki Dayana kekasih hatinya. Badrul sanggup mengetepikan hak Sabrina demi mengejar cinta Dayana. Badrul dan Dayana berkahwin dengan persetujuan Sabrina walaupun dibantah oleh datuk Hamidi pada awalnya. Sabrina akur jika itu percaturan hidupnya. Dayana terlalu sibuk dengan kerjayanya membuatkan Badrul rasa sunyi . Kesunyian itu di isi bersama Sabrina. Badrul merasakan sesuatu yang indah bila bersama Sabriana. Badrul juga mengambil kesempatan untuk bersama Sabrina bila Dayana pergi kerja luar.  Lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. 

Hingga satu hari , Dayana ternampak Badrul dan Sabrina di bilik tidur. Dayana tidak dapat menerima kenyataan. Dalam pertengkaran Badrul menyatakan ini satu kesilapan. Hati Sabrina dibaluti kesedihan kerana selama ini Badrul bersamanya adalah satu kesilapan . 

Kerana terlalu kecewa Sabri meminta kebenaran untuk keluar dari rumah besar itu. Dengan berat hati Datuk Hamidi membenarkan Sabrina keluar mencari ketenangan. Badrul terkejut bila mendapat tahu Sabrina keluar dari rumah. Puas badrul mencari sabrina tetapi tidak menemukan jawapan. Dengan satu panggilan dari abang sepupu Badrul , akhirnya Sabrina dapat dikesan. 

Puas Badrul memujuk Sabrina agar kembali tetapi tidak berjaya. Hanya satu perkara yang mampu dilakukan oleh Badrul , bila Badrul mengajak Sabrina ke Majlis perkahwinan sahabat baiknya bersama bekas tunangnya dulu. Segala yang terselindung terbongkar. sabrina tidak mahu tertipu lagi dengan helah badrul . Badrul membuat kejutan pada Sabrina. Sabrina tidak menyangkan kesedihan selama ini memberi sinar kebahagian yang baru dalam hidupnya.


Sinopsis dari kulit novel 
Noktah bahagia yang menjadi anaganku, ternyata Cuma titik mula paa derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku idk pernah mahu membuat kau seksa. Tidak mahu merobohkn bahagiamu. Atas rasa bersalah ,aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda Tanya dihati ini? Mungkinkah kita sama –sama berkongsi rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau.. mungkinkh segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan peraaanku sendiri? Mungkin… kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah saying. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit… SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tak pernah rela dengan takdir nin. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ni? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru reah tiap kali aku cuba lari darimu Mustahil cinta keran cintaku sudah kusimpul kukuh dihati dia. Apa sebenarnya yang berlaku diantara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus meemani mimiku? Dimana noktahnya mainan peraaan ini … BADRUL

Petikan-petikan yang menarik dalam novel .
Dayana merengus marah.”Jangan seksa I lagi, Bad. Kalau pun you anggap tu sebagai gurauan… gurauan you tak lucu langsung.Gurauan you menyakitkan hati I.”
Badrul melangkah lebih laju, kemudian berdiri menghalang langkah Dayana. “Joke? You tengok muk I macam buat kelakar ke ? I’m serious about this. I memang nak kita kahwin.”
“ Wife you? Macam mana dengan dia? I memang nak kita kahwin.”
“No. I won’t”
Dayana kerutkan kening. “ you nak madukan I? kenapa you tak nak ceraikan dia? You dah jatuh cita kat dia ke ?”
“ I nk ajar dia!”
“ What do you mean?”
“I tak akan bagi dia hidup senang. Dengan apa yang dia cuba lakukan, I think she deserves for if!”
Dayana diam. Dia kehilangan kata – kata. Matanya merenung wajah Badrul yang tiba – tiba serius. “ You .. dengan dia?”
“Nothing happened between I and dia. Never! Percayalah… I langsung tak ada perasaan pada dia. Kalau ada pun , satu saja.”
Dayana menahan nafas. Matanya tajam menatap wajah Badrul.Tiba – tiba rasa cemburu menguasai diri.
“Benci!”
Tanpa sedar, dayana menarik nafas lega. Badrul tersenyum tatkala menyedari riak cemburu Dayana. Itu bererti, dia masih berpeluang untuk memiliki semula gadis itu.
“AAda lagi,” tambahnya sambil tersenyum nakal. Dayana jegilkan mata. Dia tahu Badrul cuba mempermainkannya. Sengaja ingin membuat perasaan cemburunya muncul lagi. “apa dia?”
“dendam!”
Dayana mencebik.
“Kenapa” soal Badrul sedikit hairan dengan cebikan Dayana.
“ Mula – mula memanglah benci. Dendam. Tapi , kalau dah hari – hari bersama, lama – lama jadi rindu dendamlah pulak.”
" Kalau macam tu, jomlah kita kahwin!”
Dayana diam.Perlahan-lahan dia menyambung langkahnya yang dihalang."Jangan cakap macam tu Bad. I tak suka. You tahu prinsip I,kan? I tak suka berkongsi kasih.”
“No. You won’t.”
Tapi, bukan ke tak bik you buat dia macam tu? You tak nak lepaskan dia. I Cuma nak ajar dia aja. Ajar bia dia respect maruah diri. Biar dia serik dan tak ada lagi lelaki yang jadi mangsa dia.”
Dayana diam. Dia memandang wajah Badrul. Tidak tahu apa perasaannya tatkala mendengar kata-kata Badrul itu.
“Why? Kenapa I macam tu ?”
”Tetap kejam bunyinya,” ujar Dayana perlahan.
Badrul tersenyum kecil.
“Sebenarnya dia yang kejam. Kejam paa dirinya sendiri,” ujar Badrul geram. Wajah Sabrina tiba-tiba munul di hadapannya. Wajah yang sering mengundang rasa amarahnya.
“Bad..”
Badrul tersentak kecil apabila lengannya ditepuk perlahan. Dia menoleh. Dayana memandang ke arahnya. “Ya.Apa dia?”
“Kita tetap macam dulu,kan?” Bdrul bersuara lirih.
Buat seketika, mata kedua-duanya berlaga pandang.
“ Klau ikutkan hati yang marah, I memang nak lupakan you. Namun cinta you telah merantai I. I tak boleh nak buang you dari hidup I.”
“Terima Kasih ,sayang.Terima kasih kerana masih sudi menyintai I.”
”Tapi I rasa bersalah kerna mencintai suami orang. I rasa berdosa pada isteri you.”
Badrul merenung wajah dayana yang nampak begitu murung. “you tak bersalah, saying. Percayalah… semua ni bukan salah you.Takdir dah tentukan kita begini. Kita kahwin ,ya”
Dayana tersenyum pahit. Bagaimana mungkin dia boleh mengahwini badrul? 



“Kenapa tiba-tiba awak layan saya sebaik ni?”
Soalan Sabrina membuat dia terdia seketika. Badrul membetulkan uduknya. Dia merenung wajah Sabrina yng sedikit serba salah. “Hmmmm.. mungkin sebab kau pandai menggoda kut..”
“Hah?”
Barul tergelak mendengar nada terkejut Sabrina. Mata bulat itu sedang merenungnya. Marah barangkali! “Betul  aku dah tergod. Dah tergoda kat kau…”
“Nonsense! Menyealsaya Tanya!”
Badrul tergelak riuh.Bertamba menjadi-jadi apabila ajah Sabrina sudah merona merah.”Kenapa? Kau tak percaya ke ?”
Sabrina buat – buat tidak dengar.
“ Kau tak suak kat aku ? Tak tergoda kat aku” sakatnya lagi. Sabrina angkat punggung sekali lagi.
Dan , sekali lagi  juga Badrul menarik Sabrian ke sofa. Kali I lebih hampir dengannya. Cukup hampir untuk dia rasai setiap hela nafas yang menjamah pipinya.Gelak Badrul juga sudah hilang. Kini , fokusnya betul- betul pasa Sabrina yang mematung.
“ Kau nak tahu kenapa?” soalnya perlahan.Sabrina menoleh ingin tahu.
“Sebab, walaupun buruk layanann aku paa kau , kau Nampak macam tak kisah pun. Tiap-tiap hari, kau menjadi seorang yang jauh dari apa yang aku sangkakan. Aku tak nak akuinya. Tapi hati aku kuat mengatakan, kau memang seorang perempuan yang baik. Semua tu buat aku semakin lupa punca yang menyatukan kita. Buat aku raa semakin hari semakin dekat dengan kau.” Ucapnya ambil menikam renungan Sabrina padanya. Gadis itu benar-benar kelu. Barangkali kata-katanya terlalu puitis, sehingga sepatah pun tidak mampu dijawabnya.
Badrul tersenyum kecil perlahan-lahan dia menyentuh bibir Sabria dengan jari-jemariya. Sedikit terperanjat pabila tindakkannya tidak dibantah Sabrina seakan merelakan.



“Abah.. mama.. saya minta maaf. Mungkin abah tak setuju dengan keputusan ni. Tapi saya dah fikir masak-masak…”
Datuk Hamidi membetulkan duduknya. Lain macam bunyinya bicara menantunya itu. “Keputusan apa?”
“Abah, benarkan saya pergi ya…”
Datuk Hamidi termanggu.
“Pergi ke mana  Tempat kamu kat sini, Sabrina.” Datuk Hamidi bersuara separuh menghalang.
“Saya rasa.. cukuplah sampai disini. Saya dah tak sanggup lai, abah. Saya nak pergi jauh dari sini. Saya nak lupakan semuanya. Dah penat sangat rasanya…” Datuk Hamidi mengeluh perlahan.
“Kamu marahkan Badrul?” duganya. Dia sendiri tidk tahu. Marahkah dia pada Badrul? Kalau marah , untuk apa kemarahan itu? Kalau tiada rasa marah, kenapa hatinya menjadi sebegini sedih dek perbuatan lelaki itu?
“Tunggulah Badrul balik dulu. Bincang elok-elok dengan Badrul. Abah yakin, Badrul tak bermaksud nak cakap macam tu Mesti Barul ada penjelasannya…”
Sabrina tersenyum pahit. Sudah lama dia menunggu penjelasan Badrul.Namun lelaki itu tidak pernah muncul. Kini, rasanay sebarang penjelasan sudh tidak penting lagi. “ dah seminggu, abah. Mungkin tak ada penjelasan pun. Mungkin Badrul betul… semua ini cuma satu kesilapan.”
“Sabarlah dulu… jangan buat keputusan terburu-buru. Apa -  apa pun , tunggu Badrul balik.” Sabrina menggeleng perlahan. “Biarlah Badrul pujuk Dayana. Mungkin itu yang terbaik. Badrul cintakan Dayana. Saya kat sini, Cuma memburukkan lagi rumah tangga mereka. Saya bersalah pada Dayana. Dan lagi…saya tak nak Badrul dn Dayana rasa serba salah sebab saya. Kalau betul semua ini satu kesilapan… buat apa kita nak teruskan kesilapan ini? Saya minta sangat abah faham perasaan saya sekarang. Saya… saya..”
Sabrina diam seketika.Mahu sembunyikan suaranya yang sudah mula serak. Segera dia tunduk. Mengesat air mata yang mahu menitis ngan hujung jari.
“ Saya dah tak boleh tinggal disini lagi, abah. Saya cuba bertahan .Rasanya sampai disini saja. Da tak larat saya nak menangis terus…..” sambungnya lambat-lambat.
“Mana boleh kamu pergi tanpa izin Badrul.”
“Badrul pun tak pernah anggap saya sebagai isterinya. Mungkin Badrul pun nak saya pergi. Tapi, tak tahu nak cakap macam mana…” Sabrina menggeleng pelahan. Memang masih tiada hala tuju yang bertandang difikiran.

 “ I miss her so much, abah. Tak pernah saya rindukan perempun macam saya rindukan Sabrina. Tidak pada Dayana sekali pun…” Datuk Hamidi diam. Dia memandang wajah Badrul yang ternyata seperti patah semangat. Memang ketara kesan kehilangan Sabrina pada anak lelakinya ini.  Kesan yang dia sendiri tak sangka sampai begini teruknya.
“Abah ingat, kamu dah bersedia nak kerja bila balik dari Pangkor.”
Badrul tersenyum hambar. Mana mungkin semanagt itu akan hadir. Dia ke Pangkor semata-mata ingin berada dekat dengan kenangan antara dia dan Sabrina, Tidak tahu kenangan itu satu kenangan manis atau tidak, tetapi Cuma itulah caranya dia mampu meleraikan sedikit kusut dikepala. Menginap dibilik yang sama. Yang dikongsi bersama Sabrina dulu. Memandang katil yang menyimpan wajah ketakutan Sabrina ditinggalkan semalaman dengan usikan – usikan yang menakutkan darinya. Sofa yang menyaksikan nakalnya membawa Sabrina ke ribanya. Juga lantai bilik yang pernah dipenuhi origami origami dek bosan dikurung sendirian. Hanya itu yang mampu mendekatkan dia dengan Sabrina. Hanya itu yang boleh merawat rindunya yang mendalam.
“ Mana saya nak cari dia , abah?” dia bersuara lagi.
Tidak dipedulikan masalah yang baru sahaja dia berikan pada bapanya itu. Juga tidak dipedulikan marah bapanya kerana kelalaian yang telha dia buat. Dia perlu hilangkan resahnya. Kalaulah dia mampu menyeru nama Sabrina dan gadis itu akan muncul tiba – tiba di hadapannya. Sudah lama dia lakukan.
“Hairan abah tengok. Yang kamu cintakan separuh mati, Dayana. Tapi , kamu Nampak mudah sangat lepaskan dia. Sabrina yang kamu tak suka pula buat kamu jadi angau macam ni.”
“Entahlah abah. Saya sendiri tak tahu. Yang saya tahu, saya sungguh-sungguh rindukan Sabrina. Saya menyesal abaikan dia. Menyesal sangat- sangat sebab terlalu yakin dia akan berada dengan saya sampai bila-bila.”
“Nasi dah jadi bubur, Bad..”
“Mana saya nak cari dia , abah… “ Rintihan itu udah membawa manik-manik jernih meniti dibibir matanya.



Novel ini akan didramakan di TV 1 ( RTM )

 Antara pelakon yang membintangi drama ini 

Badrul dan Dayana 

Badrul dan Sabrina 


Episod 1

Jom Tonton link ini : Pergilah air mata episod 1


Episod 2
Jom Tonton link ini : Pergilah air mata episod 2

Episod 3
Jom Tonton link ini : Pergilah air mata episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 4

Episod 5
Jom Tonton link ini : Pergilah air mata episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 6

Episod 7
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini :

Episod 13
Jom tonton link ini :

Episod 14
Jom tonton link ini :

Episod 15
Jom tonton link ini :

Episod 16
Jom tonton link ini :

Episod 17
Jom tonton link ini :

Episod 18
Jom tonton link ini :Pergilah air mata episod 18







Episod 26
Jom tonton link ini : Pergilah air mata episod 26