Wednesday, 14 January 2015

NOVEL PABILA ROMEO VS JULIET

Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu 

ni novel ke dua review 2015. Siapa tak kenal dengan penulis novel E-Man Sufi . Novel ini telah lama dimiliki tetapi kengkangan masa saya membuatkan dah lama bersawang. Novel yang memiliki 513 muka surat ini menceritakan perkenalan Ayyat dan Awatif. Sesiapa yang pernah baca novel sebelum - sebelum ini pasti tahu siapa Ayyad . Pada saya novel santai ni perlu dimiliki kerana menceritakan siapa Ayyat Zahari. Kalau pernah baca novel E-man Sufi yang lepas-lepas kawan Ayyat adalah kawan baik Rayyan dan Uwais dari zaman sekolah lagi.


Kisah dimulakan dengan kisah Awatif Sulaiman dan Ayyad Zahari pada masa zaman persekolahan mereka. Awatif Cik pengawas Tingkatan 3 yang memang tidak suka dengan Ayyad, pelajar tingkatan 6 yang nakal dan selalu buat hal di sekolah. Awatif tidak mengetahui bahawa mereka telah ditunangkan sejak kecil oleh kedua dua ibu bapa sedangkan Ayyad tahu bahawa Awatif ialah tunangnya. Maka kenakalan Ayyad terhadap Awatif semakinlah menjadi-jadi. Antaranya memancitkan tayar basikal Awatif, meletakkan sebotol gam dalam kasut awatif termasuk mencampak kucing kepada Awatif sebab si Awatif ni takut kucing tahap kritikal!. Situasi menjadi bertambah haru biru apabila si Awatif juga rajin mengusik si Ayyad sejak dapat tahu si Ayyad mengaji hanya tahap muqaddam , panggilan ABANG MANJA yang digelar oleh keluarga mereka.

Bila Ayyad dan Awatif mengingkat dewasa . Ayyad mempunyai rupa yang kacak, dan mempunyai ramai teman wanita. Awatif juga mempunyai ramai peminat tetapi dia tidak pernah melayani mereka kerana dia telah berjanji untuk berkahwin dengan pemuda pilihan keluarga. Alangkah terkejutnya dia bila dapat tahu Ayyad adalah tunangannya. Awatif meneruskan juga perkahwinan mereka dengan reda. Awatif dapati Ayyad sangat berbeza dengan dirinya. Ayyad sangat menyukai kucing, tetapi tidak dirinya. Ayyad hanya makan mi, tetapi Awatif lebih suka nasi. Rumahtangga mereka diduga dengan kehadiran Laila yang menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan Ayyad. 

Tetapi Awatif sangat pandai menangani Laila sehingga Laila insaf dan memohon maaf dari dirinya. Awatif juga dapat mengubah sifat Ayyad yang playboy itu sedikit demi sedikit dengan lembut dan berkhemah. Dia menggunakan kata-kata manis untuk memujuk suaminya kepada kebaikan seperti berpuasa sunat, mengaji dan meninggalkan rokok.

Pada suatu hari, Awatif yang sedang mengandung telah diserang seekor ular. Browny telah berjaya menyelamatkan dirinya. Tetapi kucing itu telah cedera. Semenjak hari itu, Awatif dapat menerima kucing kesayangan suaminya sekeluarga.
Sinopsis dari kulit novel 

AWATIF, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF

“Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet? 

petikan - petikan menarik dari novel
Sikap Awatif VS Ayyad aka Abang Manja yang bagi langit dengan bumi.
Awatif tak suka kucing VS Abang Manja suka giler kucing
Awatif tak suka orang merokok VS Abang Manja merokok
Awatif tak suka suami playboy VS Abang Manja Playboy
Awatif tak suka makan mi VS Abang Manja makanan ruji nya semua spesies berasaskan Mi
Awatif pandai mengaji VS Abang Manja mengaji tahap muqaddam

Babak Awatif gaduh-gaduh dengan Ayyad aka Abang Manja
“Saya tanya nama awak, tak reti nak jawab ke? Bisu? Tak ada suara? – Awatif
“Pengawas Bodoh!” – Ayyad
“Apa?” – Awatif
“Aku cakap...Kau pengawas bodoh! Pekak ke? Tak ada telinga? – Awatif
“He is the most annoying boy I have ever met! – Awatif
“You are a stalker...And that’s not suit you...”- Ayyad
“I am not a stalker! Even though my husband is a playboy, I’ve no intention to stalk him..” – Awatif
“Tengoklah gambar tue. Berbulu mata Atif tengok tau. Abang ni kan memang dasar romeo”.
“That’s good enough as an evidence and stop pretend like you are a perfect husband...Tak cukup ke layanan atif selama ni sampai nak perempuan lain pula layan abang. Dah bosan setia dengan seorang aje isteri? Ada hati nak tambah lagi? - Awatif

Babak sengal si Ayyad dan si Rayyan kena makan beberapa putung rokok oleh Mak cik Sari
“Bertuah punya anak...ini kerja kau orang ya? Hah sekarang, kau tumpang semulut pula! Makan...Nak sangat rasa nikmat rokok, kan? Sarimah ambil semula kotak rokok lalu mengeluarkan lima batang rokok. Kemudian disua ke mulut Ayyad.
“Janganlah, mak cik...saya janji lepas ni, saya takkan merokok sampai bila-bila!” – Ayyad
“Sedap?” – Mak cik Sari
“Pedas, mak cik! Saya tak nak kunyah lagi dah....” – Ayyad
“Lepas ni, kalau kau orang merokok lagi dalam kawasan rumah aku ni...Aku bancuh rokok dan buat jus bagi kau orang minum sampai kembung! Rumah mak cik ni kawasan larangan merokok! Faham?! – Mak cik Sari.
“Uwais...Mak kau dulu, pernah masuk komunis ke? - Ayyad

Babak sweet lemak berkrim si Awatif dengan si Ayyad

“Apa pasal nangis pula ni?” – Ayyad
“Apa pasal abang nyanyi lagu tue...sedih...” – Awatif
“Sayang nak makan? Abang suap, ya? – Ayyad
“Abang penat ni, yang...Dah nak kehabisan tenaga, sayang tolonglah cajkan...”- Ayyad
"Caj?" - Awatif
"Please give me a big hug. How about just one kiss at my cheek..." Ayyad
“Dah...Tak payah nak manja sangatlah.” – Awatif
"Atif ni tak sportinglah...Cium abang pun dapat pahala juga.." - Ayyad
Awatif memaut leher Ayyad. Dia dicempung kemas dan dibawa masuk ke dalam rumah. Kucing-kucing itu ada yang berkeliaran di kaki suaminya menyukarkan Ayyad mengatur langkah. “shuihh...shuihhhh...” – Awatif.... “Itu halau kucing ke halau ayam” – Ayyad.
"Antara satu kiss dengan dua puluh tujuh kiss..mana satu abang nak?" - Awatif
"sayang ni...Apa punya soalan la..mestilah abang nak dua puluh tujuh kiss tue..satu buat apa..sikit sangat...Yess I know my love..But I love to wake up every morning with you beside me. then you give me a morning kiss.." - Ayyad
"Hmmm...macam tu juga dengan pahala solat tu, abang...Atif nak dapat dua puluh tujuh pahala sebab lebih banyak...Jadi, bangunlah sekarang, imamku sayang...Mandi! Atau abang nak kena simbah dengan dua puluh tujuh baldi air atas katil ni?" - Awatif.

Thursday, 8 January 2015

NOVEL AWAK SUKA SAYA TAK ?





Review pertama saya 2015 .Entah kenapa novel ini menjadi perhatian saya. Patutlah peminat novel menyuruh saya baca. memang best gila. Ini antara terbitan terawal dari Karyaseni . Masa saya beli novel ini, sudah mempunyai cetakan ke 17. Hebatkan novel ini... pasti best. 

Sebelum ini ramai komen menggalakkan saya membaca novel Melur Jelita. Penulis kata ini novel ini penuh dengan kasih sayang , Jadi saya percayakannya. Bermula dengan muka surat pertama hingga ke akhirnya saya suka cerita ini. Mungkin saya mula jatuh cinta pada Hilman Yong. Kisah cinta yang penuh dengan ke terujaan. Jom ikuti kisah cinta mereka dalam episod Awak suka saya tak ? .

Kisah cinta Mohammad Hilman Yong (Damien Yong - nama sebelum jadi Muslim) telah jatuh cinta dengan Puteri Intan Zulaikha bila dia pertama kali bertemu  8 tahun yang lalu di satu restaurant segera. Dia berdoa dan berserah kepada Tuhan agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali di kedai Emas Cherish kepunyaan Hilman , Hilman hampir hampa kerana ingatkan Intan akan berkahwin dengan Nazim. Kealpaan Intan hingga handbegnya tertinggal di kedai Emas milik Hilman. Pertemuan kali kedua Hilman membawa Intan ke sebuah resort di Bagan Lalang. Pertemuan yang diatur oleh Hilman sebagai balasan memulangkan handbeg Intan Zulaikha . Mereka melalui kenangan manis menunggang kuda. Intan Zulaikha takut pada kuda. Takut pada kuda kerana masih fobia jatuh dari kuda masa kecilnya, Dengan kehadiran kuda Star King . Kuda kesayangan Hilman mereka bersiar  dipersisiran pantai mencipta memori indah. 

Di hari persandingan Nazim ( abang Intan Zulaikha ),  Hilman melamar Intan. Tetapi Intan tidak menerima kerana hatinya belum pasti. Bila Intan yakin , Intan berjumapa Hilman di Masjid Wilayah. Ketika itu Hilman pula sedang dalam satu upacara akad nikah . Intan kecewa kerana Intan menyangka Hilman berkahwin dengan orang lain. Kekecewaan itu membuatkan Intan jatuh sakit. Intan nekat untuk bagun semula dan melupakan Hilman Yong.

Tiga tahun kemudian, Intan ditugaskan untuk mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Dia tidak menyangka bertemu Hilman di padang kuda. Intan sedang cuba untuk mengatasi rasa takutnya pada kuda. Hilman banyak mengajar Intan tentang kasih-sayang. Mereka bertunang. Tetapi dua hari sebelum hari pernikahan, mereka bergaduh besar. Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Datin menghalang Intan untuk bertemu anaknya .

Tiba-tiba, Damien pula muncul. Dia tidak ingat akan Agama tetapi rasa cinta pada Intan amat kuat. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya. Intan reda jika dia harus melepaskan rasa cintanya hanya untuk Hilman kembali kepada Islam. Intan berserah sepenuhnya akan ketentuanNya. Akhirnya, Hilman kembali tapi ingatan pada Intan pula hilang . Tapi Hilman cuba untuk mendekatkan dirinya pada Intan, perasaan cinta itu timbul kembali. Mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis yang sungguh indah . 

Sinopsis dari kulit novel
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.



Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.



Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…


" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Friday, 2 January 2015

AKU DAN BLOGS 2015

Tahun 2014 tahun yang amat mencabar pada diri ini. Namun saya hadapi dengan penuh ketabahan. Saya harap tahun ini saya akan terus menekan keyboard ini dengan lebih pantas dengan review yang lebih banyak. 


Menaip bukanlah hobi saya , tetapi kini sudah menjadi sebahagian dari hidup saya . Selepas kewujudan blogs ini . Sungguh tak pernah dijangkau oleh akal saya blog ini dikenali lebih cepat dari apa yang dijangka. Sambutan blogs ini lebih baik dari tahun sebelumnya . Alhamdullilah ... ramai yang lebih menerima kewujutan blogs ini. 

Azam saya untuk blogs EizzaraEizzaty tahun ini ialah post review 50 novel. Ini novel yang saya beli tahun 2014 yang belum ada diblogs ini . 
1. Akadku yang terakhir - Acik lana
2.Saat kau lafazkan  - Esma Adeliya
3. Kerana aku untukmu - Acik lana
4. Saat hilang cintamu - acik lana
5. Dia cinta yang kucari - Rehan makhtar
6. Be my wife - nurul Ain Shuhada
7. Awak suka saya tak ! - Melor jelita 
8. Hati bertanya ..Siapa kamu ?? - Lisa Muhammad
9. The unsung hero - Melor Jelita
10.My pricious Iris - Melor jelita
11. PA untuk dia - Syamnuriezmil
12. Suami sebelah rumah - Ana sofiya 
13. Romeo VS Juliat - E-man sufi
( ada beberapa buah lagi novel , harap dapat review dulu novel yang ada ni di ikuti novel yang bakal di adaptasi juga ) 

Untuk berada ditahap sekarang ni banyak yang perlu dilalui. Dengan setiap komen yang ditinggalkan pasti ada yang menyentuh hati. Dari yang memuji tak kurang juga yang mengkritik. Ada kala kritikan itu mampu membina menjadi lebih baik dan ada kalanya tidak mampu untuk diterima. Kita tak mampu buat semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. 

Untuk tahun 2015 sama dengan tahun lepas ,saya tak mahu meletakkan apa-apa sasaran. Bagi saya berkongsi cerita dengan kawan-kawan sudah mencukupi. Kepada yang pernah singgah dan lepak-lepak di blogs ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian. Saya juga memohon maaf Jika ada salah dan silap sepanjang review saya pada tahun 2014 dan sebelumnya . Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Thursday, 1 January 2015

ENTRY TERAKHIR 2014

Tahun 2014 dah melabuhkan tirai... rasanya banyak benda yang masih terbengkalai. Kekadang blogs ini saya pandang sepi atas kesibukan berkerja. 


Terima kasih pada pengunjung blogs ini ... memberi komen yang membina. Azam tahun depan saya cuba membuat lebih banyak review novel. Dan nak habiskan novel yang dah dibeli pada tahun 2014 tu nak review cepat - cepat. 

Untuk tahun 2015 sebenarnya tahun yang akan banyak novel diadaptasi. kalau nak ikutkan tak terbaca saya dan teriview dibuatnya. Untuk tahun ni ada juga saya tak baca novel yang diadaptasi contohnya :-

1. Suami aku En. Sotong 
2. Setitis kasih Damia 

apa lagi ye ... tak ingatlah tak beli novel tak bermaksud tak suka . saja nak bagi hati ni seronok sikit nak tengok TV. Apa pun terima kasih sekali lagi pada pengunjung blogs EizzaraEizzaty Saya sayang semua pada yang sudi memberi komen terima kasih kerana tanpa anda semua blogs review novel ini tidak akan berada disini. 

Wednesday, 24 December 2014

NOVEL JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Jika mawar pudar warna , 
dialah yang bakal menyerikan mawarnya!
Jika Mawar layu dan tidak berseri lagi , 

dialah yang bakal menjadi titis embun yang menyuburi!

Bila baca profil penulis,  saya rasa bangga sebab orang kampung saya... Aduhhhh.. orang kampung dah jadi penulis . Lucu je alasan tu.. Lupakan dulu tentang orang kampung. Novel keluaran march terbitan Karyaseni memang menjadi pilihan saya dari awalnya kerana tajuknya Jika mawar pudar warna. Novel yang mempunyai 794 muka surat ini mengisahkan Amira  seorang gadis yang lurus bendul. 

Mengisahkan Taufiq yang mengahwini Amira tanpa cinta.. Perkahwinan mereka demi menjaga sebuah maruah apabila perkahwinan Amira bersama kekasihnya terpaksa dibatalkan akibat kekasihnya Edrian menghilangkan diri.. Taufiq menjadi galang gantinya lantaran mendapat tawaran baik dari ayah Amira iaitu Dato Amri yg menawarkan Kristal Property jika mereka berkahwin. Pada dasarnya Taufiq juga mempunyai kekasih hati iaitu Adila dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin. Permintaan Amira adalah satu bercerai selepas nikah. Pada Amira Janda selepas nikah lebih baik dari Janda sebelum kahwin dan Taufiq pula mahukan kuasa di syarikat Kristal Property. Rumahtangga mereka dimulai dengan pertengkaran dan Amira pergi meninggalkan keluarga. Mereka berjumpa tanpa sengaja di pulau Pangkor. Amira berkenalan dengan ibu dan adik Taufiq. Taufiq mempunyai seorang adik kandung iaitu Firdaus dan adik saudara Hidayah.. Taufiq dan Firdaus dipelihara oleh ibu Hidayah selepas kematian kedua org tuanya.. Pada awalnya ibu saudaranya iaitu Salmah yang juga telah dianggap sebagai ibunya terkejut dengan khabar yang Taufiq telah berkahwin tapi menerimanya dengan perlahan - lahan.

Taufiq dan Amira hidup dalam kepuraan dan akhirnya kebencian Taufiq membuahkan rindu.. Amira sering merajuk dengan perbuatan Taufiq.. Selepas Amira berkahwin dengan Taufiq, Edrian muncul kembali demi merebut cinta Amira semula tetapi Amira sering melarikan diri kerana benci dan takut sehinggakan Taufiq ingin mengetahui apakah kisah disebaliknya dari mulut Amira sendiri.

Sikap Taufiq yang agak kasar, tiba-tiba berubah. Dia semakin mendiamkan diri. Sejak Amira dimasukkan ke hospital kerana demam denggi, hatinya sering rasa bersalah. Namun, di saat ibu Salmah sudah mula menerima Amira sebahagian daripada keluarganya, pengakuan ibu Salmah mengenai hubungan Amira dengan Taufiq telah menyebabkan Taufiq dimarahi oleh makcik Timah dan pakcik Leman (ibu bapa Adila). Taufiq hampir ditetak oleh pakcik Leman. Selepas kenduri doa selamat, ibu Salmah diserang sakit jantung dan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Hidayah mempersalahkan kematian ibunya disebabkan oleh Taufiq. Inilah kali pertama, Amira melihat Taufiq menangis.

Kristal Property adalah milik ibu bapa Taufiq & Firdaus. Datuk Amri hanya diamanahkan untuk menjaga sehingga Taufiq layak mengambil alih. Di hadapan semua orang, Taufiq bersetuju untuk berkahwin kerana Kristal Property akan jadi miliknya. Amira menolak Edrian, kekasih lama yg menjadi sebahagian kisah hitam hidupnya. Setelah sekian lama bercinta, akhirnya Taufiq redha untuk melepaskan Adila. Begitu juga Adila yang akhirnya menerima takdir yang dia bukannya untuk Taufiq. Adila berkahwin dengan pemuda yang sudah lama memendam perasaan terhadapnya. 

Semakin hari, hubungan Taufiq dan Amira semakin rapat. Jika Taufiq merajuk, Amira akan cuba pujuk. Sikap Amira yang degil semakin lembut. Namun adakalanya Allah menguji hubungan mereka. Taufiq memfitnah Amira berhubungan semula dengan Edrian apabila terserempak dengan mereka di Pizza Hut. Taufiq naik berang walhal Amira membeli Piza untuk dikongsi makan bersama Taufiq. Amira juga tidak menyangka Taufiq membeli hadiah, kek dan sekuntum bunga mawar semasa hari lahirnya. Namun, kebaikan Taufiq ini telah dicemar oleh sikap Amira yang memungkiri janji.

Pengakuan Amira mengenai sejarah hitamnya telah merobek hati Taufiq. Amira masih suci dan keduanya berterima kasih kepada Edrian kerana menyelamatkan maruahnya pada malam kejadian. Amira mengaku silapnya juga kerana tidak melakukan pemeriksaan. Dia hanya bersandarkan bahawa sebelum dia pengsan, dia dipukul oleh 5 org lelaki dan bila sedar dia terbaring di sisi Edrian di dalam hotel sedangkan perkara sebenarnya Edrian tertidur kerana keletihan.Taufiq juga telah bersemuka dengan Edrian untuk mengetahui cerita sebenar sejarah hitam Amira. Kesucian Amira akhirnya terjawab. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Ilahi... 



Sinopsis dari novel

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!



“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”



Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”

“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”

“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

Tuesday, 23 December 2014

NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.


Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.


Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?




NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.


Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.

Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?