Tuesday, 4 September 2012

NOVEL AKU YANG KAU TINGGALKAN


Cinta datang tanpa disedari...
Walupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi didalam hati


Novel setebal 759 mukasurat karya penulis baru berbakat bernama Alina Haizar amat memikat hati saya untuk membacanya hingga ke halaman terakhir. Novel cinta ini amat menarik dari segi kaitan jalan ceritanya dari mula hingga akhir. Plot cerita disusun dengan kemas dan segala persoalan di segenap minda tatkala menghayati novel ini, ada saja jawapannya. Jangan risau tentang bahasa yang digunakan. Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berbunga-bunga. Ada ketika saya berangan sedang berada di turin, Itali dimana kebanyakan latar cerita bersandarkan daerah tersebut.  
Novel ini mengisahkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan oleh watak utamanya Nia Athirah (Nia) sehingga membawanya merantau ke negara asing walaupun tanpa secalit pengalaman dan pengetahuan terhadap negara tersebut. Namun begitu secara kebetulan Nia bekas penuntut TESL dari UUM, jadi bahasa inggeris bukanlah jadi masalah Nia di luar negara. Nia terpaksa berkahwin dengan seorang mangsa kemalangan yang baru sedar dari koma yang panjang, dan terpaksa merangkak mengajar pemuda bernama Zaril Ikhwan itu membaca dari awal. Nia terpaksa melupakan Farid dan berkahwin demi menutup hutang keluarganya. Adakala insiden-insiden yang tidak disengajakan antara Nia dan Zaril setelah dipertemukan semula kelihatan begitu romantik dan mendebarkan. Ada sahaja dialog Zaril yang menyakat Nia yang sering membuatkan hati Nia berdebar-debar. Namun yang pasti cinta Nia amat utuh untuk Zaril hinggakan selama lima tahun dia masih lagi bersendirian membesarkan anaknya.
Kebanyakan watak sampingan hanya kita kenali pada bahagian-bahagian tertentu sahaja dan watak-watak seperti Farid (bekas boyfriend Nia) , Ani (adik Nia), ibu Zaril, ayah Zaril (En Zahari), adik Zaril bernama Azman dan banyak lagi watak tidak dikembangkan sumbangan mereka di dalam novel ini. Namun begitu saya faham, mungkin Alina mahu menumpukan watak penting sahaja seperti Nenek Zainun, kawan rapatnya bernama Maximo dan Hajier rakan yang membantu mengasuh anaknya Hazriel. 
Penceritaan tentang R&D, tempat- tempat bersejarah, muzium, ditulis dengan begitu terperinci menjadikan kita seolah-olah berada di tempat-tempat yang diceritakan. 


Kita ikuti sinopsis dari novel ini.

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.



Petikan - petikan menarik dalam Novel ini.

“Sila duduk dulu, Nia.” Kata Encik Nor Zaidi.
Mak Cik Siah masuk ke dalam untuk mendapatkan Puan Zainun. Nia duduk di atas kerusi empok yang terletak di ruang tamu. Puan Zainun keluar dari biliknya, tersenyum sambil mempersilakan mereka semua duduk. Orangnya nampak masih segak walaupun nyata sudah berumur. Nia agak umurnya mesti sudah lebih dari tujuh puluh tahun. Datuk dan nenek Nia juga, jika masih hidup lagi, mesti dalam lingkungan tujuh atau lapan puluhan. Tetapi jika melihat keadaan Puan Zainun, Nia rasa emaknya kelihatan lebih tua. Mungkin kerana dia melalui kehiduapan yang jauh lebih senang berbanding dengan emak.
“Nia, apa kabar?”
“Baik, Puan Zainun.”
“Macamana emak Nia sekarang ni?”
“Insya Allah Puan, dua tiga hari ini dia boleh balik rumah.”
“Bagus tu Nia. Minta-minta bila kenduri nanti, dia akan sihat sikit.”Kata Puan Zainun. Nia agak gelisah bila bercakap mengenai perkahwinannya. Ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum Nia boleh bercakap tentang perkahwinannya dengan Zaril.
Nia pun harap emak cepat sihat Puan Zainun.” Jawab Nia. Wajahnya nampak sedih. Paun Zainun menghampirinya dan memegang tangannya lalu berkata.
“Sabarlah Nia. Banyak, banyak lah doa dengan tuhan, agar emak Nia cepat semboh.”
“Baiklah Puan Zainun.”
“Nia, sekarang ni Nia kena belajar panggil Wan, bukan Puan, puan lagi. Zaril pun panggil Wan.” Tegur Puan Zainun.
“Baik Pua… ahh Wan.”
“Macam tu lah. "
"Ok. Puan Zainun. Marilah kita mulakan.”Kata Encik Nor Zaidi, nampak tidak sabar mahu menyelesaikan urusan mereka untuk hari ini.
"Okay, Zaidi. Macam ni. Nia ikut Wan masuk ke dalam. Wan hendak cakap dengan Nia. Siah, tolong suruh Neng buatkan air. Zaidi tunggu dulu di sini. Mari Nia, ikut Wan.”
Puan Zainun nampaknya sudah biasa mengawal keadaan dan mengarah semua orang menurut kehendaknya. Encik Nor Zaidi, peguam yang hebat itu pun hanya menganggukkan kepalanya mendengar arahan Puan Zainun. Nia segera bangun dan mengikut Puan Zainun masuk ke ruang tengah rumah. Mereka kemudiannya menuruni tangga dan turun ke dapur. Dari ruang dapur, mereka menuju ke ruang keluarga yang terletak di bahagian bawah rumah. Ada dua buah bilik yang terletak di bahagian bawah rumah.
“Nia Tunggu sini.” Puan Zainun terus masuk ke dalam bilik tidur yang terletak di sebelah kanan. Nia duduk di kerusi sofa yang terletak di ruang keluarga itu. Terdengar suara Puan Zainun bercakap dengan seseorang dari dalam bilik. Tidak lama kemudian, Puan Zainun keluar dari bilik tidur itu. Di belakangnya seorang lelaki sedang mengikutinya. Puan Zainun menarik tangannya, membawa dia keluar dari bilik itu. 
Nia memandang dan memandang wajah lelaki itu. Ini pertama kali dia menatap wajah bakal suaminya, Zaril Ikhwan. Rambutnya panjang, Nampak seperti Puan Zainun masuk tadi lalu menyikit rambutnya, Mukanya berjambang, sudah beberapa hari tidak bercukur. Zaril Ikhwan tidak memandang wajah Nia, Dia asyik memandang ke arah dinding.
“Zaril, Zaril, mari duduk sini.” Puan Zainun menyuruh Zaril Ikhwan duduk disebelahnya, bertentangan dengan Nia. Orangnya tinggi tetapi kelihatan kurus. Zaril Ikwan hanya memakai baju T berwarna hijau dan selalu jean berwarna biru. Zaril Ikhwan menurut sahaja kata Puan Zainun, duduk disebelahnya, matanya berlari-lari ke arah dinding dan siling dan ke mana-ma a jua kecuali memandang wajah Nia.
“Zaril.” Puan Zainun mengangkat tangan kanannya menunjukkan dua jari telunjuk dan jari hantu kea rah mata Zaril Ikhwan dan kemudian ke arah matanya.
“Ini Nia. Bakal Isteri Zaril, datang jumpa.”
Zaril memandang Nia sekilas pandang.
“Nia, datang ni.” Kata Puan Zainun lagi. “Cakaplah Nia dengan abang Zaril.”
“Abang….. Ab..” Kelu Nia hendak berkata-kata. Dia masih lagi dalam keadaan tergamam. Nia ingat Zaril Ikhwan sakit fizikal. Dia tidak sangka dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Nia memandang tepat ke wajah Zaril. Wajahnya tidakdapat dengan jelas, di selindung di sebalik jambang dan rambutnya yang panjang.
“Ini Nia, Nia sayang.... Zaril.” Kata Puan Zainun, nampak dia agak risau dengan pertemuan kali pertama antara Nia dan Zaril. Nampaknya dia cuba membuat Zaril rasa selesa, cuba mengambil hati Zaril.
“Sayang.” Kata Zaril, perlahan.
“Bukan, sayang, nama dia Nia.” Puan Zainun cuba membetulkan. Zaril nampaknya menerima kata-kata yang disebutnya secara terbalik. Itu masalah yang paling ketara yang dia alami sejak sedar dari koma tempoh hari.
“Sayang!”
"Bukan sayang, Nia." Puan Zainun mencuba lagi.
"Sayang!" Sebut Zaril Ikhwan.
“Nia.” Kata Nia pulak. Zaril memandang tepat mata Nia, tetapi hanya seketika sahaja, dia kemudiannya melarikan pandangan matanya, memandang ke arah dinding semula.
“Sayang!”
“Nia...” kata Puan Zainun dan Nia, hampir serentak.
“Sayang! Sayang! Sayang.!!!!!” Zaril Ikhwan mula menhentak-hentaakkan kakinya di lantai. Dia mula nampak gelisah. Kenapa katanya dibangkang oleh neneknya.
“Ok, sayang, iyelah, iyelah... sayang. Zaril akan kawin dengan Nia, tau, minggu depan.” Jelaskan Puan Zainun lagi.
"Sayang!"
"Oh...Wan salah cakap... Kawin dengan sayang minggu depan." Ulang Puan Zainun.
Baru Zaril Ikhwan puas hati lantas menganggukkan kepalanya, kemudian dia bangun dan masuk ke dalam biliknya semula. Puan Zainun memandang sahaja Zaril masuk ke biliknya, kemudiannya menghela nafas lega. Selepas itu dia menoleh memandang wajahnya anak gadis yang dihadapannya. Wajah gadis itu kelihatan pucat lesi. Puan Zainun jadi semakin risau. Bagaimana kalau gadis ini juga tidak sanggup untuk mengahwini cucunya. Sudah dua orang gadis lain yang cuba di pasangkan dengan Zaril Ikhwan selain dari Ani, tetapi bila melihat Zaril Ikhwan, mereka menukar fikiran mereka, walaupun Puan Zainun sudah menjanjikan wang dan hartanya.
“Nia… Inilah Zaril Ikhwan, cucu Wan. Bakal suami Nia.”
“Kenapa dengan dia Wan?”
“Nia tak tahu lagi ke?”
“Tak, tak ada sesiapa cakap apa-apa pada Nia.”
“Ani pun tak cakap apa-apa dengan Nia?”
"Tak.”
“Zaril bukan ni sebelum ni Nia. Dia sihat, segak, aktif. Dia belajar engineering di UK. Bila balik sini, kerja sat. Lepas tu dia accident di Kuala Lumpur.” Lepas accident dia koma, lama juga. Wan ingat dia dah tak dak harapan lagi. Satu hari dia terjaga. Wan punyalah bersyukur pada tuhan. Tapi macam nilah. Kadang-kadang dia ok. Dia sedar, dia tahu apa yang kita cakap. Kadang-kadang dia jadi lupa.”
Nia terdiam. Patutlah Ani takut untuk menghadapi tanggung jawab ini. Nia juga rasa berat juga untuk dia menaggung tanggungjawab ini.
“Wan mahu cari isteri untuk Zaril Ikhwan, yang sanggup jaga dia sampai dia tua nanti. Kalau ada anak-anak pun yang akan jaga bapa dia nanti.”
“Maafkan Nia Wan, kalau Nia silap bertanya.”
“Apa dia? Tanyalah.”
“Mana emak bapa Abang Zaril? Kenapa Wan sorang yang bersusah payah ni?”
“Itulah…itulah yang Wan suruh Zaidi bawa Nia pi tengok rumah jagaan kat Ipoh tu.” Jawab Puan Zainun, membuat Nia makin keliru.
“Kenapa?” Kalau Nia hendak tahu, Hanida dan Zahari, emak bapa si Zaril, semua sudah tak tahan hendak jaga Zaril. Dia orang asyik sibuk, hendak ke luar Negara, bisness sana sini. Dia bercadang hendak letak Abang Zaril kat situ. Yang Nia melawat Kat Pasir panjang tu. Kat situ dia orang hendak letak tau? Kat KL sana tak ada siapa hendak jaga Abang Zaril tu.”
Astagafirullah Al Azim.” Mengucap panjang Nia. Tidak dapat dibayangkan jika Zaril Ikhwan menjadi penghuni rumah jagaan itu.
“Itu sebab Wan bawa Zaril balik sini.”
“Kenapa Wan, susah payah, Wan. Wan boleh upah nurse jaga Abang Zarilkan.”
“Itu yang Wan ingat Wan akan lakukan masa Wan bawa balik Zaril disini.” Suara Puan Zainun makin sebak. “Tapi Wan sakit Nia, Nampak sahaja Wan macam ni, sebenarnya Wan sudah mula sakit-sakit. Wan takut, tiba-tiba kalau Wan mati. Macamana dengan nasib Zaril Ikhwan? Itu sebab Wan mesti pastikan Zaril kawin dengan seorang gadis yang baik, yang akan menjaga Zaril, kalau boleh biar Zaril semboh. Kalau ditakdirkan Zaril tidak akan semboh pun, Wan harap isterinya akan setia menjaganya, anak-anaknya akan menjaganya. Itu sahaja yang Wan hendak. Sebab itu Wan suruh Zaidi buat perjanjian sebelum kawin sampai macam tu.” Nia terdiam sambil berfikir. Memang caranya nampak macam Puan Zainun menggunakan wang untuk menguasainya, tetapi apa yang dia lakukan hanyalah kerana kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan.
Baru Nia afaham kenapa dia dibawa ke Ipoh tempoh hari. Puan Zainun mahu dia melihat apakah nasib yang akan menimpa Zaril Ikhwan jika dia tidak berjaya mencari seseorang untuk menjaga Zaril Ikhwan. Dengan itu dia akan meraih simpati Nia. Memang betul jangkaan Puan Zainun, Nia tidak sanggup hendak membiarkan Zaril Ikhwan diletakkan di rumah jagaan yang dilawatinya. Dia terbayang-bayang wajah Asrul, wajah Hakim yang semakin hilang kewarasan mereka kerana terpaksa tinggal di rumah jagaan itu. Walaupun Nia sedar bahawa Puan Zainun dan Encik Nor Zaidi telah menjayakan satu rancangan yang begitu licik, memeras ugut sifat peri kemanusiaannya, Nia terpaksa rela untuk meneruskan juga pernikahan ini. Pertama kerana Nia tahu Puan Zainun lakukan demi untuk kasih sayangnya pada Zaril Ikhwan dan kedua kerana Nia memerlukan wang, wang yang telah mereka ambil terlebih dahulu untuk menebus tanah mereka dan wang untuk mengubati sakit emak. Apa-apa pun emak yang Nia pentingkan buat masa ini. Nia mesti lakukan pengorbanan ini.

“Nia, macamana Nia? Kedengaran sayup-sayup suara Puan Zainun bertanya jawapan pasti dari Nia. Nia sudah jauh melayang lamunannya.  
Nia bangun dan berjalan ke arah bilik Zaril Ikhwan, membuka pintu bilik tersebut dan menjenguk ke dalam bilik. Bilik tidur Zaril Ikhwan sangat besar dan perabut di dalamnya juga nampak mewah. Ada sebuah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur tersebut. . Peti televisyen sedang terpasang tetapi tidak ada penontonnya. Dalam bilik itu juga terdapat sebuah rak buku yang besar diperbuat dari kayu jati. Buku-buku ilmiah, buku-buku bisnes dan novel-novel inggeris tersusun rapi memenuhi barisan-barisan rak buku tersebut. Sesuatu yang begitu menarik perhatian Nia. Nia suka dengan buku-buku. Kehadiran rak buku menenangkan perasaannya. Nia juga nampak Meja sebelah katil sebelah kanan, dipenuhi dengan botol-botol ubat. Keadaan bilik tidur itu bersih dan berbau harum. Nia teringatkan gadis yang bermain najis apabila bulan mengambang. Nasib baik Zaril Ikhwan bukan berpenyakit macam gadis itu. Kalau tidak, tidak dapat dibayangkan oleh Nia, terpaksa hidup dengan orang macam tu sepanjang hidupnya.
Nia lihat Zaril Ikhwan sedang baring di atas katil bersaiz King dan memandang kosong ke arah dinding. Puan Zainun mengikuti Nia dari belakang. Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam bilik itu bersama-sama.
Menyedari Puan Zainun dan Nia masuk ke dalam bilik, Zaril terus duduk di sisi katil. Matanya masih tidak mahu memandang wajah Nia ataupun Puan Zainun. Dia lebih suka memandang dinding atau siling. Apa agaknya yang begitu menarik perhatiannya di dinding tersebut?
Nia memandang ke arah Zaril Ikhwan tetapi dia tidak dapat menarik perhatian Zaril Ikhwan. Apakah akan terjadi apabila dia berkawin dengan Zaril Ikhwan nanti? Bagaimanakah hidup Nia nanti disamping orang yang dia tidak cintai. Bolehkah Zaril Ikhwan semboh suatu hari nanti?. Adakah mereka akan mendapat cahaya mata dengan keadaan Zaril Ikhwan yang sebegini. Bolehkah Nia menghabiskan sepanjang hidupnya hanya untuk menjaga Zaril Ikhwan. Macamana dengan keperluaan dirinya sendiri, keperluan zahir dan batinnya? Bukankah Nia juga perlukan kasih sayang? Nia memandang wajah Puan Zainun, yang nyata dalam kegelisahan menanti jawapan dari Nia. Zaril Ikhwan tidak memperdulikan mereka berdua. Nampaknya ia sudah lupa tentang pertemuannya dengan Nia sebentar tadi. Matanya kosong memandang dinding. Macamana hendak hdup bersama suami yang tidak mengenalinya, tidak sedar dengan kehadirannya? Bermacam-macam persoalan bermain di dalam fikiran Nia.
“Ril, jemputlah Nia duduk. Kenapa Ril biar sahaja Nia berdiri macam ni?” tegur Puan Zainun.
“Sayang…. “ Zaril Ikhwan bangun dan mengambil kerusi dan diletakkan di sebelah Nia.
“Bagus, Zaril. Duduklah Nia. Suruh Nia duduk.”
“Sayang! Sayang! Sayang!” Zaril Ikhwan mula naik radang. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai.
“Iyelah, sayang, sayanglah! Suruh sayang duduk.” Kata Puan Zainun.
 “Duduk..sayang” Kata Zaril Ikhwan, menepuk kerusi yang diletakkan sebelah Nia, tetapi matanya tidak juga memandang wajah Nia. Nia rasa dia sudah salah tanggapan, dia ingat Zaril Ikhwan tidak cam akan dirinya lagi, tetapi dengan cara dia sendiri, Zaril Ikhwan mengenalinya. Cuma dia tidak dapat sampaikan pengertiannya dengan cara yang orang biasa fahami. Adakah di dalam mindanya Zaril Ikhwan juga sedang bergelut? Mencari jalan agar ada orang dapat memahaminya? Bahagian manakah dalam blueprint otaknya yang rosak akibat kemalangan yang dia alami tempoh yang, yang membuat dia jadi begini. Nia dapatkan Zaril Ikhwan yang sebenar masih ada dalam tubuh lelaki itu, terperangkap, dia sedang bergelut untuk keluarkan dirinya yang sebenar, tetapi tidak tahu bagaimana? Masihkah ada harapan untuk dia sembuh seperti sediakala. Sanggupkah Nia bersamanya melalui liku-liku hidup ini sementara menanti Zaril Ikhwan semboh. Tiba-tiba rasa seram sejuk menyerang dirinya Nia. Dia jadi takut. Ingin rasanya Nia lari dari situ sekarang juga, lari dari bilik Zaril Ikhwan itu. Lari entah ke mana? Ingin dia mencari Farid, temannya yang dia kenali dan fahami. Yang ingin menyuntingnya sebagai isteri. Nia mahu hidup dalam keadaan normal. Nia jadi takut, begini agaknya ketakutan yang di alami Ani sehingga membuatkan dia lari bersama Sazali. Nia juga ingin lari, tetapi dia tidak ada sesiapa untuk membawa dia lari. Dia juga tidak boleh lari meninggalkan tanggungjawabnya, emak yang sedang sakit, adik-adik yang masih lagi belajar. Nia tidak dapat lari. 

Nia rasa macam dia berada di dalam mimpi ngerinya.Dia bertemu semula dengan Zaril Ikhwan dalam keadaan marah dan menyalahkan Nia serta menuntut kembali haknya. Zaril Ikhwan menyematkan semula dua butang baju yang dibukanya tadi, mengelus-elus rambutnya sambil memandang tepat kearah Nia. Nia terpaku ditempat dia berdiri.
"Ab.. abang ta..tahu? Se.. selama ni a.. abang tahu?" Nia bertanya dengan tergagap-gagap. Dia mula mengigil ketakutan.
"Not immediately, But when you start to talk. Your voice... Iknow that voice. Abang terus tahu siapa Sayang."
"Hiii... tolonglah. Please stop calling me sayang!" kata Nia. 
"Jangan panggil Nia dengan nama tu lagi."
"Kanapa tak boleh? Itu nama yang abang panggil Sayang selama ni."
"Tolonglah. Jangan sebut nama tu lagi. Panggil Nia, sudah. Tolonglah!" Nia rasa jantungnya seperti hendak pecah.
"Why? You hate that name?" soal Zaril Ikhwan. Matanya tampak keras. "Dulu tak kisah pun."
"Itu dulu. Sekarang lain. Please don't call me by that name anymore." Nia tidak sanggup mendengar Zaril Ikhwan memanggilnya Sayang kerana itu semua adalah satu hipokrasi bagi pihak Zaril Ikhwan. Syang Zaril Ikhwan hanya ketika dia memerlukan Nia. Setelah dia pulih. Nia sudah tidak diperlukan. Sayang dibuang begitu sahaja.
"Oh.. abang tahu... Dulu sebab dapat bayar,kan? Panggil apa pun tak mengapa,kan? sebab bulan-bulan elaun masuk,kan?" Pedas kata-kata yang keluar dari mulut Zaril Ikhwan. Nia benar-benar terasa dengan kata-kata Zaril itu.
"Whatever... cakaplah apa abang nak cakap... but please, please jangan panggil Nia dengan nama tu lagi!" rayu Nia.
"If you insist," balas Zaril Ikhwan sambil mengangkat bahunya tanda tidak peduli. Zaril Ikhwan bangun dan berjalan keliling bilik yang sempit itu, memerhatikan keadaan bilik Nia. Nia tak puas hati dengan perlakuan dan penjelasan Zaril Ikhwan.
"Kalau abang dah tahu... kenapa... kenapa abang berpura-pura macam tak kenal Nia?" soal Nia. Dua betul-betul terkena dengan helah Zaril Ikhwan selama ini. Dia tidak seharusnya membenarkan Zaril ikhwan masuk ke dalam apartmennya.
"Abang tak pernah pura-pura, Sayang...ops tak boleh sebut sayang.. lupa pulak! Nia yang buat-buat tak kenal abang."
"Nia buakn buat-buat tak kenal abang. Nia ingat abang tak cam Nia..."
"Tak banyak perubahan pada Nia sampaikan abang tak boleh cam Nia. it's not like you have had a plastic surgery. Of couse, sekarang ni memang lagi cantik, lebih bergaya, more fashionable jika dibandingkan masa duduk di kampung dulu," perli Zaril Ikhwan.
"Tapi yang lain semuanya sama, pandangan mata, suara. Semua masih sama! come on Nia ... I was sick, not blind and stupid!!," tambah Zaril Ikhwan dengan lebih pedas lagi. Kenapa setiap perkataan yang keluar dari mulut Zaril ikhwan, menunjukkan seperti dia benci dengan Nia? Nia hairan, Kenapa dia mesti benci Nia? Bukankah Nia telah lakukan apa yang dia kehendaki? Nia meninggalkan dia semata-mata untuk memenuhi permintaannya. Kenapa dia harus benci Nia? Sepatutnya dia berteima kasih sebab Nia mengundur diri tanpa memberi masalah langsung kepada Zaril Ikhwan. Nia yang patut benci dengan Zaril Ikhwan. Memang Nia benci dengan Zaril Ikhwan pun. Nia tidak akan maafkan dia kerana membuang Nia bila tidak diperlukan lagi.
Tiba-tiba sahaja Nia rasa bilik tidur itu menjadi lebih kecil dengan kehadiran Zaril Ikhwan didalamnya, membuat Nia rasa sesak. lama-lama dia disitu nanti, dia akan pitam. Tanpa berkata apa-apa, Nia keluar dari bilik tidur itu. Zaril Ikhwan mengikut Nia keluar dari bilik tidur yang sempit itu. Dia memerhatikan sekeliling ruang tamu Nia yang juga sempit. Terdapat kerusi sofa yang boleh dibuka untuk menjadi katil, prti televisyen dan almari cermin. Wajah Zaril Ikhwan seperti mencebik, memandang rendah akan semua yang dilihatnya.
"It's so cold. Kenapa tak pasang heater? Nak jimat duit ke ? Tak cukup duit ke?" soal Zaril Ikhwan dengan nada menghina, sambil memandang heater yang terletak diantara ruang tamu dan bilik tidur. Nia biarkan sahaja soalanya tidak berjawab. Nia pula bertanya soalan lain. "Apa yang abang nak sekarang?"
"Apa maksud Nia?" Zaril Ikhwan bertanya kembali dengan agak angkuh. Dia kelihatan begitu yakin dengan dirinya. Melihat Nia terdiam, Zaril Ikhwan menyambung lagi. 
"Nia tanya apa abang nak sekarang? kenapa? kalau abang cakap karang, Nia nak penuhi ke?" Zaril Ikhwan sengaja memberikan pandangan rakus ke arah Nia. memandang Nia dari atas hingga ke bawah, membuat Nia menjadi takut. Takut Zaril ikhwan slah faham dengan soalannya.
"Apa abang cakap ni? maksud Nia, kenapa berpura-pura dengan Nia selama ni? kanapa tak terus saja cakap abang kenal Nia? Apa tujuan abang sebenarnya?"
"I respect your wish. Nampak sanagt Nia tak mahu orang tahu yang Nia kenal abang!"
"Tak ! bukan macam tu. Nia memang ingat abang tak cam Nia." Nia membela perlakuannya selama ini.
"Takkan abang tak cam. Nama pun tak tukar. Nia Atirah Adnan!"
"Abang tahu nama penuh Nia? selama ni abang tahu nama Nia? kenapa tak panggil Nia, kenapa panggil sayang?"
Zaril Ikhwan tidak menjawab soalan Nia. Dia terus memerhatikan apartmen Nia. Kemudian dia berjalan ke arah dapur Nia yang kecil. yang muat hanya seorang dua sahaja. Mimik mukanya seperti memandang hina keadaan dapur dan meja kecil tempat Nia makan.
"Daifnya!" ujar Zaril Ikhwandengan angkuhnya. Nia begitu terasa dengan komen itu. dia memang bukan ada duit. Tetapi kerana Zaril Ikhwan tiba-tiba memberi komen yang begitu menghina terhadapnya? "Abang pura-pura tak kenal Nia selama ni, pura-pura baik pada Nia sebab abang nak masuk sini. Untuk apa?"
"Well, kalau abang tak buat macam ni, adakah Nia akan benarkan abang masuk sini?" tanya Zaril Ikhwan kepada Nia. Kemudian Dia menjawab soalannya itu sendiri. "Tentu tidak, bukan? Ini saja cara untuk abang tengok sendiri macam mana Nia hidup disini."


Tiba-tiba sahaja, entah dari mana, Zaril Ikhwan sudah berdiri dihadapannya. Pasangan Jepun yang duduk disebelah Nia telah memberikan ruang untuk Zaril Ikhwan duduk disebelahnya. Nia meraup wajahnya. Kehadiran Zaril ikhwan disebalahnya, membuat Nia resah semual. Nia bangun untuk ubah tempat duduk. Dia tidak betah duduk bersebelahan dengan Zaril Ikhwan. Nia tidak tahan lagi menanggung perasaannya. Zaril Ikhwam menarik tangan Nia, memaksa Nia duduk semula. Pergerakan bot membuat Nia tercampak ke atas ribanya. Pelancung-pelancung lain dari Eropah dan Jepun yang duduk dekat mereka tersenyum melihat Nia jatuh ke ribaan Zaril Ikhwan. Secara automatik Zaril Ikhwan memeluk tubuh Nia. Mereka ingat Zaril Ikhwan dan Nia pasangan romantik agaknya. Buat tayangan percuma pula depan mereka. Muak Nia merah padam. Nasib baik Mak-mak Datin semuanya duduk didalam perut bot dan bukan dikawasan terbuka disini. kalau tidak, susah Nia nanti hendak menjelaskan apa yang berlaku. Bot meneruskan perjalanannya. Setiap bot mereka berselish dengan bot-bot yang membawa pelancong lain, bot mereka bergolak, terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan, Nia juga tercampak ke kiri dan ke kanan. Zaril Ikhwan lantas memeluk pinggang Nia, hendak mengelak dia daripada terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan. Nia makin gelisah. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Zaril Ikhwan.
"Duduk diam-diamlah, Sayang. Nanti tercampak keluar bot nanti, siapa yang susah? Abang jugak yang susah."
"Lepaskan Nia." Nia akan hanyut dan lemas dalam perasaannya sendiri. Zaril Ikhwan perasan atau tidak? Dia telah memanggil Nia, Sayang. Jenaka apa yang Zaril ikhwan cuba lakukan terhadap Nia kali ini? Nia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Zaril Ikhwan. 
"Nanti apa orang kata kalau mereka nampak."
"Siapa yang nampak?" Zaril Ikhwan membantah dengan selamba.
"Mak-mak Datin tu."
"Dia orang kat dalamlah, Nia. Di sini kita hanya dengan mat saleh dan orang-orang Jwpun ni saja," Kata Zaril Ikhwan. "Abang bukan buat salah." Wajah begitu bersahaja, macam budak-budak yang tidak bersalah langsung.
"Lepaskan Nia, abang. Please..." rayu Nia.
"Nia, just sit down and enjoy the ride.Okey. Bukan selalu kita boleh datang melawat tempat macam ni...Relaks."
Nia mendiamkan dirinya. Mana mungkin dia relaks? Jantungnya berdegup kencang setiap kali Zaril Ikhwan menyentuhnya.
"orang tak nampaklah, tangan abang dibelakang Nia. Relexlah. Tengok tu. Batu-batu yang pelik bentuknya tu," tunjuk Zaril ikhwan ke arah batu yang berbentuk seperti gajah dan berbentuk pintu gerbang yang besar-besar. Mukanya begitu hanpir dengan wajah Nia.
Kalau Nia gerakkan wajahnya ke hadapan sedikit sahaja, mesti Nia dapat mencium pipinya. Kalu ikutkan perasaanya, ingin Nia buat begitu. Biar Zaril Ikhwan pula terkejut. Tetapi Nia tidak akan berbuat demikian. itu bukansifat Nia. Nia cuma menarik nafas panjang untuk menenagkan juwanya yang resah. Nia dapat hidu kewangian tubuhnya. Lebih membuat ketenangan diri Nia terancam. Mereka memerhatikan pemandangan indah pinggir-pinggir pantai Pulau Capri. Bentuk-bentuk dan formasi batu yang pelik-pelik boleh dilihat disini. Selain daropada Sophia, ada juga pemandu pelancong yang disediakan oleh bot pelancong itu. Mereka menunjukkan rumah-rumah selebriti Itali bertaraf antarabangsa yang membeli rumah disitu seperti Sophia Loren dan juga pereka terkenal Giorgio Armani.
Mereka yang berada di atas bot beria-ia mengambil gambar mereka berlatarkan rumah selebriti tersebut. Kelam-kabut keadaan bot jadinya dengan orang bangun dan duduk untuk bergambar. Zaril Ikhwan mengemaskan pelukannya di pinggang Nia, Tidak membenarkan Nia dilanggar oleh pelancong-pelancong lain.
"In front of us is Faraglioni, which is the collective name of three rock formation, have given their own names : Stella, Messo and Scopolo (or Fuori ). This place is unique. The lacerta viridens faralionesis or the blue-tinted lizard can only be found on Scopolo." Kedengaran suara pemandu pelancong memberitahu mereka semua mengenai Faraglioni.
"It is also called lover's cave. People said that if couples kiss while going through the arch, it will bring good luck." Sebaik sahaja bot itu melalui Faraglioni, kebanyakan pelancung mula berciuman sesama pasangan masing-masing. Nia segan melihat sekeliling sedang bercumbuan. Nia mendongak, melihat arca Faraglioni itu.
" Nia, tengok ni," panggil Zaril Ikhwan.
Nia terus menoleh kearah Zaril Ikhwan. Secara tidak sengaja. pipinya tersentuh bibir Zaril Ikhwan yang kebetulan juga sedang menoleh ke arah wajah Nia. Muka Nia merah padam. Nia terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia segera mengosok-gosok pipinya degan tangannya. Bila Nia melihat wajah Zaril Ikhwan semula, Zaril ikhwan hanya tersenyum melihat wajah Nia yang sudah kemerah-merahan. Zaril Ikhwan bersandar selesa dibangku panjang itu. Tangannya masih memeluk Nia. Dia nampak begitu relaks.

16 comments:

  1. Alamak EE... saya dah jatuh cinta dengan sinopsis novel dan petikan dari novel ni...kena cari ni w/pun novel last year...tapi sebelum tu please answer me.. happy ending atau nia dan zaril bercerai? kalau sad ending....tak sanggup nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jue... ini novel yang membuat saya jatuh cinta sebenarnya....ceritanya mesilah happy ending tetapi sebelum happy terlalu byk air mata keluar laaaa... memang tak rugi untuk dijadikan koleksi ....

      Delete
  2. Sy mncari cari novel ni tp x ada wpun d kaki novel... Blh citer lg tak hubungan zaril & nia d turin... Suzanna tu plk aps citer masa d turin.. T. Kasih bnyk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharizaini terima kasih singgah .... perhubungan zaril & nia tak berapa baik sebab zaril cemburu dengan nizam dan maximo. bila zaril tahu cerita sebenar barulah keadaan jadi baik ... Zaril ni suka buat anggapan sendiri dan cemburu ... itu yang mengeruhkan keadaan dan keadaan sealu tegang..

      Delete
  3. Ye ke.. Hihi.. Suzana tu plk ape citernya.. T.kasih bnyk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suzana tu akan khawin dgn nizam ... mereka tu kawan dari U lagi .. bila Suzana bertunang dgn Zaril nizam mengalah ... Nizam juga yang menyedarkan Zaril hingga Zaril jumpa balik Nia tu... memang byk konflik suka cerita ni kerana setiap konflik tu ada je jalan penyelesaian ....

      Delete
  4. Mmm.... Mmg best, tp novelnya dh x kluar, x de stok.. Tq ezzara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Sharizaini Khamis... terima kasih singgah dan berkongsi cerita tentang novel .... saya harap kita terus boleh berkongsi cerita novel yg menarik ini ....

      Delete
  5. Tertarik dgn ulasan kat sini terus order dari mph.online...hihi. Saya jenis kalau dah suka sinopsis terus akan cari novel tu sampai dapat. Selagi tak dapat boleh tak nyeyak tidur dibuatnya...hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah Adrina ... dan selamat membaca .. saya sekadar berkongsi ...

      Delete
  6. Replies
    1. Hai Anieyra
      kena beli laaa ... akak buat review je ... Bestkan novel ni ... kalau baca kita akan rasa yang kita berada di Turin tu ....

      Delete
  7. assalamualaikum eizzara. saya nak beli novel ni. ada jual lagi tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Ameerah ..
      Akak tak jual novel .. akak hanya buat review novel je ..

      Delete
    2. any idea tak kat mane saya blh beli novel ni.

      Delete
    3. rasanya dekat Popular ada atau pun beli dekat kakinovel.com ( online )
      Akak pun beli online... kekadang secondhand novel pun ada ... kena rajin mencari... akak pun ada beli novel secondhand juga tak semestinya baru ...

      Delete