Monday, 10 September 2012

NOVEL SUAMIKU ENCIK PERFECT 10!


Entah dari mana dia datang, aku tidak pasti. Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!


Novel Suamiku Encik Perfect 10! Novel ketiga dari Syamnuriezmil. Novel setebal 597 muka surat cukup menghiburkan. Kali ini olahan dan garapan yang menarik membuat kita leka untuk terus membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Bahasa yang mudah difahami membuat saya suka jalan cerita ini. Ia mengisahkan Aleeya Azmeen pergi ke London bersama kekasihnya Syed Muzaffar lima tahun yang lalu untuk belajar tapi punah separuh jalan. Ditinggalkan kekasih bukanlah satu perkara perit tetapi dia ditinggalkan selepas satu peristiwa tanpa rela meragut kesuciannya yang dikesalkan. Pulang ke Malaysia jalan terakhir kerana di London Aleeya Azmeen telah dibuang dari kolej. Pertemuan tanpa diduga dilapangan terbang Heathrow, London. Zariel Daniel dengan sukarela ingin membantu Aleeya Azmeen menjadi suami palsu selama satu minggu . Dalam tempoh itu ada satu perasaan yang sukar diungkapkan. Adakala Detik-detik manis menjadi suami isteri palsu berlaku tanpa sengaja  sehingga Zariel Daniel sering terlupa akan tanggungjawabnya pada tunangnya , Azura. Dalam kekalutan berlakonan menjadi suami isteri palsu demi mengkaburi mata ibu Aleeya Puan Yasmeen, Aleeya Azmeen dikejutkan dengan kehadiran Syed Muzaffar menagih cinta dan ingin bertanggungjawab keatas kandungannya. Syed Muzaffar ingin mendapatkan anak yang dikandungkan demi harta yang bakal diwarisi. Aleeya keliru, begitu juga Zariel keliru sama ada memilih Azura dan juga Aleeya. Tunang Zariel , Azura seorang model terkenal memaksa Zariel untuk mempercepatkan perkahwinannya. Semuanya bersebab, tanpa Zariel menghidu apa yang terjadi pada Azura. Tetapi segala tindakan Azura diperhatikan oleh Tuh Zaharah nenek Zariel yang memang dari mula tidak mempercayai Azura. Pelbagai cara tipu muslihat Azura buat demi untuk mendapatkan Zariel, asalkan Zariel menjadi milikinya. Pada Zariel, Aleeya ada keistimewaannya tersendiri. Bagi Aleeya Azmeen memiliki lelaki perfect 10 adalah idamannya ( Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar ).


Sinopsis dari kulit novel

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Petikan-petikan menarik dari Novel

Pertemuan itu tidak dirancang…
“Sedih nak tinggalkan London?”
‘Errkk…’ Aleeya menoleh ke arah suara yang menegurnya.Lelaki itu tersenyum dan menyelok poket seluarnya. Dia kemudian mengeluarkan sapu tangan berwarna bir dan diberikan kepada Aleeya. Aleeya menolaknya. Tetapi lelaki itu meletakkan di atas riba Aleeya.
Don’t you worry. It’s clean! Saya tak menangis nak tinggalkan London, saya tak sabar nak pulang!” ujar lelaki itu selamba bercerita.
Aleeya langsung tak minta untuk lelaki itu untuk bercerita apa-apa malah Aleeya tak mahu ambil tahu. Aleeya mengambil sapu tangan itu dan mengelap airmatanya yang mengalir.
“Terima kasih,” ujar Aleeya tersekat-sekat. Dia memang memerlukan sapu tangan! Tisu yang dibawanya bersama tadi sudah lama habis. Malah, tidak cukup!
It’s okay. Lepas ni simpan sahaja sapu tangan tu. I have plenty.”
Lelaki itu tersenyum lagi. Usai meletakkan barangnya di tempat letak bagasi itu, dia lantas mengambil tempat duduknya di sebelah Aleeya.
Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada jaketnya dan mendail cepat-cepat.
“Sayang, abang on the way back. Tak perlu ambil, abang tahu sayang busy! But… wait for me okay. Love you.. just can’t wait to meet you soon!”
Klikk!!

Tiba-tiba…
“Okay.. okay.. saya mula dulu. Saya, Zarief Danial.” Zarief menghulurkan tangannya untuk berjabat.
Aleeya melihat tangan Zarief di hadapannya seperti bayangan, dia jadi pening. Aleeya tak mahu melayan tetapi Zarief seakan mendesak. Dia mencuit-cuit bahu Aleeya! Mahu tahu juga nama Aleeya sambil tersengih-sengih. Aleeya merengus. Dia mahu membuka mulut sahaja dan tiba-tiba…
Buekkkkkkkkk!!!!
Aleeya termuntah! Habis baju Zarief terkena penangannya!
‘Ambil buah tangan!’ bisik hati Aleeya. Tergamam juga!
Zarief di sebelahnya itu agak terkejut. Dia mahu bangun tetapi sudah tersekat dengan tali pinggang di tempat duduknya. Habiss…. Zarief menepuk dahi.
Ohh my god!!” jerit Zarief.
“Erkk… Aleeya, Aleeya Azmeen. Sorry!”
Muka Zarief masam.
Miss, are you okay?” tanya peramugari itu.
Aleeya  mengangguk-angguk dan mengerling ke arah Zarief.
She is okay and I am not!” marah Zarief.
Zarief terus meleraikan tali pinggang dan mengambil beg di atas bagasi seterusnya bergerak ke bilik air. Mukanya merah padam dan dia agak geram dan bengang.
‘Padan muka!’ bisik Aleeya turut bangun dan beransur ke bilik air juga.

Terdetik satu persoalan…
Aleeya mahu bertanya lebih lanjut maksud yang dicakapkan oleh peramugari itu tetapi Zarief lebih cepat bertindak menyatakan keadaannya baik-baik sahaja. Setelah peramugari itu pergi, Aleeya memandang tajam ke arah Zarief. Minta penjelasan!
“Tadi saya tunggu awak dekat pintu tu, dia macam tak bagi. Saya cakap awak tak sihat.”
So, where did the husband came from?”
“Err… saya cakap awak isteri saya,” ujar Zarief teragak-agak.
Mata Aleeya membulat. Suka hati buat cerita sendiri!
“Kalau tak, dia tak bagi saya tunggu dekat situ!” ujar Zarief lagi! Dia bertindak membela dirinya sendiri. ‘Nanti dianggap pervert pula, tak pasal!’
And how she knows that I am pregnant??” tanya Aleeya. Dia agak terkejut apabila peramugari itu menegurnya tentang perkara itu. ‘Siapa yang beritahu?’ bisik hati Aleeya, tertanya-tanya.
“Erkk, saya tak tahu! Are you pregnant?” tanya Zarief.
Aleeya tersentak. Ternyata Zarief tak tahu keadaannya begitu. Aleeya menekup mulutnya. Dia sudah terlepas cakap! Aleeya lantas terus terdiam. Zarief juga berdiam namun di dalam hatinya, di dalam kepalanya, penuh dengan pelbagai persoalan tentang wanita misteri itu disebelahnya.
‘Kalau betul dia mengandung, mana suaminya? Hemm….’ Zarief tertanya dalam hati. Akhirnya, beberapa jam lamanya perjalanan itu dihabiskan dengan tidur dan persoalan yang tidak masih tidak berjawab.
Terjawab sudah sebuah persoalan yang membuat Zarief jadi simpati!
“Mana bang?” tanya pemandu teksi itu.
“Alor Setar,” jawab Zarief dan tersenyum. Dia memberikan kertas yang diperoleh dari kaunter tadi.
“Okay…” Pemandu teksi itu mengambil beg-beg Zarief dan meletakkan di dalam kereta.
Zarief terus masuk ke dalam teksi itu, duduk di sebelah kerusi pemandu. Dia membetulkan kerusinya agar selesa kerana perjalanan agak jauh. Sudahlah jet lag tadi pun belum hilang, dia mahu tenang sahaja melihat pemandangan sekitar Malaysia! Lama tak balik! Mesti banyak perubahannya.
“Kita berangkat ya?” Tanya pemandu teksi itu dan tersenyum. Murah betul senyumannya, berhemah sungguh. Itulah rakyat Malaysia yang tiadanya di luar negara. Hemm… hujan panas negeri orang, hujang batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri!
“Ya…” Zarief mengangguk-angguk.
Tak sampai tiga minit perjalanan mahu keluar dari balai ketibaan KLIA itu, Zarief melihat kelibat Aleeya yang menyorong begnya dalam keadaan terhuyung-hayang!
“Berhenti bang… berhenti kejap!”
Teksi itu berhenti. Terus Zarief berlari keluar mendapatkan Aleeya dan kebetulan Aleeya hampir mahu jatuh ke belakang. Nasib baik Zarief cepat sampai dan dia sempat mencempung Aleeya.
“Aleeya!” jerit Zarief. “Awak okay tak ni?”
Aleeya tiba-tiba menangis… meraung!
“Tolong saya…” Aleeya memegang lengan Zarief, erat.
“Tolong apa Aleeya?” Zarief cuba mendudukkan Aleeya. Dia mengesat air mata Aleeya yang sedang berjuraian laju.
“Tolong saya, saya tak mahu balik! Saya takut nak balik…”
Zarief terdiam sekejap kemudian menyoal Aleeya kembali. “Tapi kenapa?” tanya Zarief.
“Saya mengandung anak luar nikah. Saya kena rogol!” ujar Aleeya tersekat-sekat.
Zarief terkejut! Dia terpana…
“Astagfirullahaladzim…” Zarief terduduk dan menyapu mukanya. Tergamam!

Dari sebuah pertemuan, terdetik sebuah persoalan…
Dari sebuah jawapan, terbitnya sebuah lakonan…
“Saya ambil keputusan, saya akan tolong awak, Aleeya!”
Zarief memegang tangan Aleeya.
Aleeya terkejut. Dia menarik tangannya. “Hah! Apa maksud awak?”
I’ll be your husband.”
What?? Woooo… it’s too much.” Aleeya serentak bangun dari kerusi! Terkejut dengan keputusan Zarief! Tidak pernah terfikir olehnya tentang cadangan yang disebut Zarief tadi.
“Sekarang saya sudah terjebak. Saya tak boleh berundur lagi. Saya tak mahu awak kena apa-apa and as your friend now… you need help and I’ll help!”
“Awak tak kenal ibu saya!” bentak Aleeya. Aleeya menggelisah!
‘Mana mungkin! Macam tak percaya… Kalau ibu tahu, matilah aku! Tapi kalau tak ada suami pula… aku mati juga!’ Aleeya serba salah!
“Awak boleh beritahu tentang ibu awak dekat saya.” desak Zarief. Dia bersungguh-sungguh mahu membantu Aleeya. Wanita itu mendapat 100% perhatian daripadanya sekarang.
“Awak tak kenal saya!” ujar Aleeya.
“Awak boleh cerita pasal awak dekat saya. We have almost 5 hours nak balik ke Kedah, banyak benda awak boleh cerita tentang awak dan saya, serba sedikit tentang saya.” Ujar Zarief bersungguh-sungguh lagi.
Aleeya terdiam.
“Seminggu, kita pretend to be husband and wife. Lepas tu saya balik rumah saya, awak boleh balik ke Ipoh. Awak selamat! Itu yang penting… awak selamat.”
Aleeya terdiam lagi. ‘Betulkah lelaki ini? Kenapa dia bersungguh benar mahu membantu aku? Apakah aku mimpi?’
“Kenapa awak mahu bantu saya, Zarief? Awak bukannya kenal saya.” ujar Aleeya.
“Anggap sahaja saya ini didatangkan oleh Allah, untuk bantu awak. Saya ikhlas.” Ujar Zarief, dia memandang Aleeya tersenyum.
Aleeya membalas senyuman itu… ‘Alhamdulillah! Doaku dimakbul tuhan…’
“Macam mana dengan tunang awak tu?”
Zarief tidak menjawab soalan itu, tapi bibirnya mengukir senyum. “Jom, it’s long way to go!”
“Errk… makanan ni?” Aleeya melihat roti yang elok saja dibiarkan di atas meja.
“Saya sudah kenyang!” Zarief tersenyum. Aleeya hanya mengelengkan kepala.

Cinta mula berputik…
“Terima kasih bang, untuk segala-galanya.” Ujar Aleeya lagi.
“Terima kasih untuk sebuah pengalaman yang menakjubkan. I am not expecting to involved in all this. Heh.. termasuk bra besi!”
Aleeya ketawa besar. “Memalukan!” Aleeya menekup mukanya, segan betul!
Zarief tersenyum. “Abang suka tengok Aleeya in happy mood like this. Tak macam dulu.. monyok saja. Harap lepas ni, Leeya happy juga.”
Aleeya terdiam.
“Abang balik sini balik kan?”
“Aikk.. kenapa tanya macam tu? Belum pergi dah tanya balik! Rindu ke?” ujar Zarief tergelak.
‘Belum pergi dah rindu… dah pergi apatah lagi? Gila mungkin!’ bisik hati Aleeya.
“Tak lah, cara abang cakap tu macam abang tak balik sini saja.”
“Abang janji dengan Aleeya, abang balik. Lepas tu kita pergi Ipoh sama-sama. Lepas itu, Aleeya dengan haluan Aleeya dan abang dengan haluan abang. Tapi itu tidak bererti, abang dengan Aleeya tidak boleh berkawan kan. Harap bila jumpa nanti, jangan muntah dekat abang lagi!” Zarief ketawa.
Aleeya tersenyum.
“Okaylah sayang, abang kena pergi. Abang janji dengan teksi, pukul 10 pagi.” Ujar Zarief. Pagi tadi dia sudah berjanji dengan teksi charter yang selalu juga digunakan oleh Yazmeen pada pukul 10 pagi. Yazmeen yang memberikan dia nombor telefon teksi itu. Dia takut bertembung dengan Toh Zaharah.
‘Entah siapa agaknya yang mak tok nak jumpa ya?’ fikir Zarief dalam hatinya.
Aleeya mengerling jam di dinding bilik itu sudah pun pukul 10 pagi. Aleeya terdiam. Dia jadi sedih tiba-tiba. Bertakung air di kolam kelopak matanya.
Hey girl, abang pergi kejap saja. Nanti abang balik!”
“Mata masuk habuk lah!” Aleeya cover!
Zarief tersengih. ‘Ahh.. dia bakal aku rindu!’ Hatinya rasa berat, tapi kalau dia tidak pergi, Toh Zaharah akan lagi macam-macam.
“Abang call ibu dah tadi. She is on the way. Abang tak tunggu dialah, sampaikan salam pada ibu dan Yazid. Bibik Bibah juga! Nanti dah selesai, abang akan balik. Jangan risau!” ujar Zarief. Dia sudah menyandang beg sandangnya.
Aleeya mengangguk-angguk. Dia menyalami Zarief dan mencium tangan itu.
“I will miss you. I will call you! Take care of yourself. Apa-apa call abang. Remember, I am still your husband and you are still married to me!” ujar Zarief bersungguh-sungguh.
Aleeya tersenyum. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Dia tahu, kata-kata yang terkeluar dari mulut Zarief itu hanya untuk menyedapkan hatinya. Kan doktor kata dia tak boleh stress dan kena pampered!!
Bye wife!” Zarief melambai kepada Aleeya di muka pintu.
Bye husband!!” ujar Aleeya sayu.

Namun, kerana sebuah rancangan, muncul Syed Muzaffar, menagih cinta lama…
“Tolonglah dad Far. Dad tak pernah minta tolong dengan Far, kali ini terdesak sangat Far! The company can less about a year… but longer than that, kita boleh tenggelam macam kapal Titanic!” ujar Syed Mustapha, agak sebak.
Semuanya ini salah Syed Mustapha! Dia telah mengeluarkan sejumlah wang untuk melabur ke dalam sebuah projek. Entah macam mana silapnya, projek itu terbengkalai, pembekal tidak boleh dibayar, pemberi kontrak lari, kerajaan pula telah membatalkan kontrak itu. Jadi, yang tersekat di tengah-tengah… dialah! Dialah yang terpaksa menanggung hutang yang berjuta-juta itu.
Fine! Whatever you need me to do, I will do it!” ujar Syed Muzaffar lemah.
Syed Muzaffar terpaksa! Apa lagi caranya? Bank tidak mahu memberikan pertolongan lagi! Daripada dibankrapkan, terpaksalah Syed Muzaffar berkahwin. ‘Dengan siapa?? Hanya seorang yang bertakhta di hati aku.. tapi mahukah dia setelah apa yang aku buat terhadapnya?’
“Kahwinkan dengan anak Dato’ Nasimuddin Salleh.” Cepat sahaja Syarifah Haslina menjawab. Syarifah Haslina memang berkenan sangat dengan Nasmina. Sudah lama dia mahu berbesan dengan keluarga itu. Lagipula kalau syarikat dalam masalah, keluarga Nasmina juga boleh membantu. Keluarga mereka bukan calang-calang juga! Fikir Syarifah Haslina.
“Nasmina?”
“Yelah! Nasmina anak Dato’ Nasimuddin.”
Syed Muzaffar mengelengkan kepalanya.
“Far dua tiga hari untuk fikirkan!” ujar Syed Muzaffar.
Nasmina memang cantik, tetapi sekarang bukan Nasmina yang bermain di fikiran Syed Muzaffar. Dia mahu menyunting orang lain yang menjadi suri di hatinya. ‘Berkahwin bukan hanya untuk banyak kali.. berkahwin biar sekali, dan dengan orang yang betul!’ bisik hati Syed Muzaffar. Kali ini dia mahu berubah!
“Kenapa pula?” tanya Syarifah Haslina.
“Kalau sudah ada Nasmina, kita pinang Nasmina sudahlah.” Ujar Syed Mustapha. Dia tidak mahu berlengah lagi. Sesaat baginya amatlah bererti!
“Far nak cari seseorang, kalau dia tak ada, mom boleh pinang Nasmina, Far tak kisah!” ujar Syed Muzaffar.
“Siapa?” tanya Syed Mustapha.
“Aleeya… Aleeya Azmeen!”
“Aleeya?” Syarifah Haslina mengerut dahi, dia seraya memandang suaminya. Syed Mustapha juga memandang isterinya. “Siapa Aleeya?”
“Aleeya, kekasih Far!” Akhirnya Syed Muzaffar mengaku, wanita itu sudah lama bertakhta di dalam hatinya.
“Kalau begitu, pergilah cari dia. Kalau boleh kita selesaikan semuanya hujung minggu ini.” Arah Syed Mustapha. “Dad dah tak kisah siapa dia, asalkan kau nak kahwin.”
Syed Muzaffar hanya mengangguk. Dalam hati, dia berbisik ‘Kalau bukan kerana aku meninggalkan Aleeya…’ Penyataan itu tergantung. Dia mahu memujuk gadis itu kembali… kalau dia sudi! Harap dia sudi…

Tetapi… cinta dia, ditolak Aleeya!
“Bea!”
“Tak ada orang nama Bea dekat sini. Ini Aleeya Azmeen, tak ada orang nama Bea!”
“Aleeya, janganlah macam ni. Far tahu, Far salah. Maafkanlah Far!”
“Ingat senang ke nak minta maaf? Macam tu saja maaf Far? Cakap macam tak bersungguh, minta maaf macam terpaksa. Far ingat apa yang berlaku pada Aleeya, Far ingat boleh putarkan balik ke masa tu? Far tak tahu apa yang sudah Far lakukan pada Aleeya, akibatnya… Far tak tahu semua tu!! So, maaf is not the best word that I need from you! Not enough!!” bebel Aleeya. Aleeya betul-betul hilang sabar.
Syed Muzaffar menahan sabar. Dia tahu, kalau dia berada di tempat Aleeya, dia juga akan marah menggila macam Aleeya. Semua orang akan berasa begitu! Ditinggalkan, dipinggirkan.. tapi Syed Muzaffar telah sedar, di dalam hatinya, di dalam jiwanya hanya ada Aleeya, tiada orang lain. Dia baru tersedar bahawa Aleeya memiliki cintanya, sayangnya! Tiada Aleeya, jiwanya kosong.
“Far nak bertanggungjawab.”
“Tanggungjawab apa?”
“Far nak kahwin dengan Leeya.”
“Sebab?”
“Sebab itu anak Far, Far nak bertanggungjawab dengan perbuatan Far. Far nak buat proper. Far nak kahwin dengan Aleeya, seperti yang pernah kita bincangkan dulu. Kita ada rumah sendiri, kerjaya sendiri.. anak-anak dan rumah tangga! Far nak seperti yang kita pernah impikan.”
Aleeya terdiam. Dia itu membuatkan Syed Muzaffar resah.
“Siapa kata ini anak Far?”
“Aleeya…”
“Ini bukan anak Far! Siapa beritahu dekat Far yang Aleeya mengandung anak Far?”
Syed Muzaffar terdiam. Dia tidak mahu membabitkan Mia dalam hal ini. Biarlah ini antara dia dan Aleeya, Mia tak ada kena mengena walaupun Mia sudah membocorkan rahsia Aleeya.
“Far tahu, itu anak Far!”
“Bukan! Ini anak Aleeya dengan suami Aleeya! Titik. Jangan cari Aleeya lagi!”
Klikkk!!!

Sesuatu terjadi, menyebabkan… Aleeya dicari!
“Wooiii accident. Tolong.. tolong cepat! Call… ambulans.” Jerit salah seorang orang di luar. Syed Muzaffar boleh mendengarnya. Lama kelamaan ramai yang kerumun, namun tidak boleh berbuat apa.
“Dia tersekat! Kena panggil bomba!” ujar salah seorang dari yang ramai itu. Akibat darah yang banyak keluar, Syed Muzaffar kemudiannya pengsan dan tidar sedarkan diri.
Sedar tak sedar, Syed Muzaffar sudah berada di hospital. Meraung-raung keluarga Dato’ Nasimuddin Salleh apabila mendapat tahu anak mereka meninggal di tempat kejadian. Syed Mustapha dan Syarifah Haslina yang bergegas ke bilik kecemasan Ipoh Specialist itu kelihatan sedih melihat Syed Muzaffar seperti kritikal dan dalam keadaan separuh sedar. Dia memanggil-manggil nama Aleeya. Syarifah Haslina mengerut dahinya.
‘Aleeya? Siapa??’ Syarifah Haslina pelik.
“Doktor! Macam mana anak saya doktor?” tanya Syed Mustapha.
“Maaf keadaan Syed Muzaffar agak kritikal. Walaupun dia boleh hidup, tetapi bahagian pusat ke bawah, kemungkinan dia lumpuh.” Ujar Doktor Ian Zulkarnain. Di sebelahnya, Doktor Iqbal hanya mengangguk-angguk.
“Astagfirullahaladzim…” Syarifah Haslina terduduk. Dia terus menangis!
“Lumpuh?? Jadi… dia tak boleh ada anak?” tanya Syed Mustapha.
“Kemungkinan besar, tak boleh Dato’ Syed. Maaf, itu sahajalah buat masa ini.” Ujar Doktor Iqbal.
Syed Mustapha terduduk. Dia tergamam.
“Harap bersabar. Kami sudah melakukan yang terbaik.” Ujar Doktor Ian Zulkarnain kemudian berlalu dengan Doktor Iqbal.
Dadd… momm…” panggil Syed Muzaffar lemah.
Yes sayang, it’s okay. Mom’s here.” Jawab Syarifah Haslina.
“Aleeya… Aleeya!” panggil Syed Muzaffar.
“Aleeya mana Far?” tanya Syarifah Haslina. Dia baru teringat Aleeya yang pernah disebut oleh Syed Muzaffar dulu. Tapi dia di mana. Mana Syarifah Haslina mahu mencari perempuan yang bernama Aleeya itu.
“Dia dah tak boleh beranak Lina, anak kita dah lumpuh! Apalah nasib kita Lina!” ujar Syed Mustapha agak meraung.
“Abang masa ni pula nak fikirkan soal harta!! Anak kita bang anak kita…”
“Cari Aleeya… Aleeya Azmeen! Dia mengandungkan anak Far. Anak Far, mom….” ujar Syed Muzaffar perlahan… kemudian dia pengsan, sekali lagi!
Nurse…. nurse!!” jerit Syarifah Haslina.
Syed Mustapha mengerut dahi. “Aleeya Azmeen…” ucapnya dan tersenyum.

Adakah Aleeya bakal kembali kepada Syed Mustapha…? Kerana, Aleeya sudah mula jatuh hati!
“Sudah, jangan menangis. Be strong! Abang here with you, always!” ujar Zarief.
Not forever…” sampuk Aleeya. “Abang, Aleeya nak minta tolong jangan beritahu alamat Aleeya pada ibu okay. Nanti pandailah Aleeya jawab kalau ibu tanya. Kalau boleh ibu call pun, ignoresaja. Macam kita janji dulu.” Ujar Aleeya ketar.
Zarief hanya mengangguk. Aleeya tak mahu Zarief dituduh bukan-bukan apabila Yazmeen mendapat tahu Zarief siapa baginya. Just a strangers who helped her!
Aleeya mengesat air matanya yang masih terus mengalir. Aleeya kemudiannya menghalakan pandangannya ke luar. Akhirnya… dalam tangis itu, dia sendiri tertidur!
Hampir sejam lebih perjalanan ke Ipoh dari Sungai Petani, di tol Jelapang, Aleeya terjaga. Sedar-sedar, kepalanya sudah dibahu Zarief.
“Kesian abang pandu sorang-sorang, tak kejut Aleeya pun!” ujar Aleeya cepat-cepat bangun.
Zarief senyum. “Kalau malaysia kena bom nuklear pun, Aleeya tak jaga!”
Aleeya tersengih.
“Abang ni…”
“Lenguhlaaa tangan ni. Ada kepala batu sandar!”
“Abang!!” Aleeya mencubit lengan Zarief.
Zarief ketawa. “Hari ini Aleeya langsung tak nak bercakap dengan abang? Macam marah abang saja. Lepas tu garang macam harimau tak makan sebulan. Is it because of your hormon or… because of me?”
Aleeya terdiam.
“Aleeya?”
Zarief memandang Aleeya.
“Abang yang senyap dulu.”
“Bila?”
“Semalam!”
“Sebab tu Aleeya diam juga?”
Aleeya mengangguk.
“Tak ada apalah. Hal Azura, hal tok.. macam-macam. Abang minta maaf ek.”
It’s okay!”
“Abang tak nak kita berpisah dalam keadaan hati kita ada rasa marah atau geram…”
Aleeya terdiam. ‘Boleh tak abang jangan cakap pasal perpisahan?’

Namun,  ada orang yang lebih berhak terhadap Zarief!
“Betul ke Arief ni nak kahwin dengan Azura?” tanya Toh Zaharah lembut. Dia mengeluh perlahan.
“Tok kan tahu, berapa lama Arief pujuk dia hendak berkahwin. Sekarang Zura dah bersedia, baguslah!”
“Arief tak rasa ka dia tu ada udang sebalik batu?”
“Maksud tok?”
“Sebelum ni tak mau, sekarang nak cepat pula. Hujung bulan ni sayang, cepat sangat. Tok kalau boleh nak buat majlis hang besaq-besaq.. Nak panggil TV3, masuk mahligai cinta tu. Tu diaaa depa punya majlis, seronok! Kita bukan takdak duit nak buat semua tu…”
Zarief tersenyum.
“Tapi Aleeya… erkk.. Azura nak majlis kecil saja.”
‘Macam mana boleh tersebut nama Aleeya ni? Errk… mati!’
“Aleeya? Siapa Aleeya?”
“Tak ada siapa… kawan saja!” cepat-cepat Zarief jawab.
“Ooo… pelik betuii Tok, dia nak majlis kecil. Bukan dia habaq dulu, dia nak buat kat hotel. Buat kat rumah tak kelasss katanya. Perasan yang tu punnn..” Toh Zaharah mencebik.
Zarief ketawa.
Save duit sikit.”
“Tapi ini impian tok. Hang ni dah seorang saja cucu tok. Dulu mak hang punya wedding,wedding of the year tau. Takkan lah hang punya tok nak buat cikai pulak. Arief nak jatuhkanstandard tok ka?” ujar Toh Zaharah. “Lagipun, tok ni dah tua. Tak lama lagi nak mati dah. Sekurang-kurangnya nak lah tengok hang bersanding gah macam raja sehari.” Ujar Toh Zaharah lagi, sengaja memancing cucunya.
Zarief terdiam.
“Awat tok kata lagu tu. Okay… untuk perkahwinan ini, Arief serahkan semua pada tok. Tok nak buat apa, buatlah! Arief tak kisah. Tok tetapkan tarikh, tok discusslah dengan mummy dandaddy Azura. Arief ikut saja!”
“Betuiii ni??” tanya Toh Zaharah.
“Kalau 5 tahun Arief boleh tunggu.. takkan beberapa bulan lagi nak hujung tahun, Arief tak boleh tunggu kan?” jawab Zarief.
...........................................................................................................................................

Sedikit Treaser Filem ini 

Cerita Penuh 



16 comments:

  1. Kalau cerita ni panjang lagi, lagi best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ke blog review akak.... ini novel ke 3 akak miliki dari penulis ini dan akak rasa ini novel yang terbaik antara 3 tu . cerita lebih padat dan mudah difahami ....

      Delete
  2. happy ending ke sad ending ek?cm best jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah memiliki 3 buah novel dari penulis ini. Dan cerita ini paling best tak rugi beli .... novel melayu mesti laaa happy ending.

      Delete
  3. akhirnya dapat jg sy memiliki novel nie.. thanks sis kerana blog sis ni la sy terjumpa novel nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama- sama , terima kasih juga kerana sudi singgah ke blogs ini ...

      Delete
  4. telah memiliki novel ini, dan dengarnya akan di dramakan di Astro...cite yang simple tapi tetap menarik dn mencuit hati asyik tersengih je bila part menyamar jadi husband and wife....harap drama pun meletop...sesiapa yang nak beli silakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cerits ni santai jeee .. Insyaallah .. drama untuk cerita ni akan meletup .. dendan barisan pelakon yang mantap. A'aron Aziz dan Lisa Surihani.

      Delete
  5. Eizarra eizzaty jom beli karya terbaru novelis ni isteri utk disewa ...ramai ckp novel ni best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersua lagi kita Jue-Diva....
      akak akan buat review untuk Bukan kahwin paksa dulu...
      Isteri untuk disewa pun orang kata best ... akak suka penulis novel ni sebab semua ceritanya santai ... dan bersahaja ...

      Delete
  6. cite skang banyak pasal harta...adoiiii...harta bnyak watpe gak lau idup pikir pasal harta jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kak tak berani komen ...
      apa pun terima kasih singgah di blogs ini .

      Delete
  7. hi kak! boleh tak share dkt mne akak beli novel ni? agak2 dekat mph or popular book store ada jual tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Asyikin ..
      biasanya kedai buku yang besar memang ada last week akak pergi Popular ada novel ni. tambahan pula akan keluar di pawagam next week kan . mestiramai yang cari novel ni . Macam Ashikin... hehheheh

      Delete
  8. slm akak.. akak ke penulis novel nie? best lah novel nie.. siap masuk pawagam lg.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam sara
      Akak bukan penulis , akak hanya buat review novel je sara. Belum sampai lagi hasrat nak menulis novel ni ..

      Delete