Sunday, 30 December 2018

NOVEL PUJAAN HATI KANDA

Aku bukan lelaki mata keranjang....

Novel Pujaan Hati Kanda menjadi pilihan untuk saya buat review. Memandangkan novel ini menjadi drama adaptasi , saya mengambil peluang untuk membuat satu review. 

Novel ini mempunyai 678 muka surat agak tebal pada yang saya yang dah lama tak membaca ni ( hihih ). Novel Pujaan Hati Kanda ini menceritakan tentang kisah Megat Danial A.K.A Danny. Kehidupan mewah yang diberikan padanya membutakan diri. Gelaran Playboy sudah sebati pada dirinya. Namun itu 2 tahun dulu. Kini setelah bertunang dengan Nedine seorang model manis dan juga usahawan muda pilihan atuk dan neneknya. 

Saat diri bersedia untuk berubah dan ingin berkahwin dengan sijelita pilihan atuknya, Danny terkejut dengan hadiah yang tidak diundang. Kehadiran bayi yang memerlukan ayah. Pernikahan Danny dan Nedine batal kerana Nedine tidak sangup menerima kenyataan bahawa Danny mempunyai anak bersama perempuan lain. 

Danny terpaksa akur dengan keputusan Nedine walaupun berat pada Danny. Kini tugas baru Danny untuk mencari baby ini milik siapa? Siapa ibu pada bayi yang bernama Fatimah ? sementara untuk mencari siapa ibu baby itu danny terpaksa mencari pengasuh. Nak harapkan nenek , nenek enggan menjaga baby Rara . Padanya Danny yang mencari masalah Dannylah yang patut tanggung semuanya. 


Tiara gadis kampung yang masih belajar di semesta akhir dan berkerja di restoran bagi mencari duit poket dan sewa rumah. Kerana kecuaiannya dia dibuang kerja. Kejadian itu menjadi perhatian pada Danny dan mengambil peluang untuk menjadikan Tiara sebagai pengsuh. Atas desakan hidup Tiara bersetuju memandangkan gaji mengasuh yang Danny beri sangat lumayan. Tiara menjaga baby Rara secara bergilir-gilir dengan rakan serumahnya Reena. 


Fadzli ( Pali ) yang sudah lama menaruh hati pada Tiara tidak suka Tiara mengasuh baby Rara. Pali juga cemburu bila Tiara selalu bersama dengan Danny. Panas baran Pali membuat Tiara tidak selesa dan rimas. Segala tindakan Tiara diperhatikan. 


Danny akhirnya dapat menjejaki Fatimah nama seperti dalam nota yang tertulis bersama baby Rara. Tetapi malangnya Fatimah koma dihospital akibat kemalangan. Danny tiada pilihan untuk menunggu Fatimah sedar dari koma untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian daripadanya. 


Semuanya berjalan lancar hingga Tiara tamat pengajian. Mahu atau tidak Tiara terpaksa balik ke kampung. Ini membuatkan Danny buntu siapa yang akan menjadi pengasuh Baby Rara. Tiara terpaksa balik ke kampung bersama Pali kerana tiada pilihan. Pali merupakan kawan sekampung Tiara dan dia diamahkan oleh abang long Tiara supaya menjaganya semasa di kolej. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Pali dan Tiara bertengkar lalu meniggalkan Tiara ditepi highway. 


Tiara terpaksa berjalan mencari R&R yang terdekat. Sampai di R&R Tiara menghubungi Danny dan menceritakan hal sebenar. Dengan rasa simpati Danny datang dan menghantar Tiara balik ke kampung. Tiba dikampung Ibu  dan kak suria menyambut kepulangan Tiara tetapi tidak disenagi oleh kak Suria bila melihat Danny. Tiara terpaksa menipu bahawa Danny duda anak satu yang baru kematian isteri. 


Tiba-tiba Nedine merayu untuk kembali dan memohon maaf atas kesilapannya. Hati Danny kecewa bila Nedine mementingakan diri dan sanggup membatalkan majlis pernikahan mereka dulu. Demi atuknya Megat Aiyub , Danny bersetuju tetapi dengan syarat menjaga  Baby Rara dalam masa seminggu. Walaupun tindakan Danny dianggap gila oleh sahabatnya Kasyah. Danny ingin melihat sejauh mana Nedine ikhlas menerima seada dirinya dan baby Rara. Tak sampai 24 jam Nedine sudah menghubunginya untuk memberitahu bahawa Baby Rara menangis dan meragam. Keadaan tersebut tidak sama dengan Baby Rara dalam jagaan Tiara. 


Hati Danny tidak senang sejak Nedine menghubungi  Danny risau akan keadaan Baby Rara. Sangkaan Danny tidak meleset apabila melihat dengan matanya sendiri bahawa Nedine mencubit baby Rara yang sedang menangis. Nedine tidak sangka Danny melihat tindakannya. Nedine merayu agar terus diberi peluang. Nedine hanya tidak boleh terima Baby Rara kerana baby Rara anak luar nikah Danny bersama perempuan lain. 


Ini membuatkan Danny lebih pening bila tiada penjaga baby Rara. Danny menghubungi Tiara untuk menjaga Baby Rara untuk sementara waktu. Dengan kerja dipejabat yang melambak Danny terpaksa mencari tempat yang selamat untuk baby Rara. Dengan kebenaran Ibu Tiara menjaga baby Rara sementara waktu. Danny terus mambawa baby Rara kerumah Ibu Tiara dikampung. 


Tiara terkejut bila rombongan meminangnya dari Pali datang. Dengan komplot kak Suria pinangan Pali diterima tanpa pengetahuan Tiara. Ini semua kerana Suami kak Suria telah kemekkan kereta Danny yang ditinggalkan untuk Tiara. kak Suria meminjam duit Pali. untuk repair kereta Danny. Sebagai ganti Kak suria perlu menerima pinangan sebagai cagaran. 


Tiara marah dengan kak Suria kerana membuat tindakan sendiri. Pertunangan terus berlangsung dan Pali menjadi tunangan Tiara. Baru jadi tunangan Pali dah tunjukkan belang. Pali sudah berani memukul Tiara dan mencederakan Baby Rara. Kerana cemburu Pali juga menghempas talifon Tiara. Kerana tindakan Pali ibu membuat report polis untuk melindungi anak gadisnya. Ibu Tiara juga pergi kerumah Pali dan memberitahu segala apa yang terjadi. Tetapi ayah Pali mohon akan diberi peluang kedua. 


Tiara rasa tidak sedap hati lalu menghubungi Danny agar datang kekampung dan membuat huru hara. Oleh kerana terlalu sibuk danny terpaksa menolak membuatkan tiara sedih. Pali tidak puas hati dengan Tiara, Pali datang kerumah semasa Ibu Tiara tiada dirumah . Tiara hampir diperkosa. Pali semakin mengganas bila Ibu tiara pulang dan menghalang Pali melakukan perkara terkutuk. Danny yang menjadi hero menyelamatkan Tiara dari dinodai oleh Pali. 


Pali dan Tiara putus tunang dan menyebabkan berita fitnah tersebar dan ini  menyebabkan Danny mengambil keputusan untuk melamar Tiara . Tiara bersyukur Danny melamarnya dan dia tak perlu bersama Pali yang panas baran. Nedine terus merayu malah dia juga menggunakan pengaruh atuk dan nenek untuk menyatukan mereka. 


Selepas sehari perkahwinan Tiara dan Danny , Nedine datang merayu agar Danny menjadi miliknya. hati siapa yang tak sedih bila lelaki yang sehari dinikahi adalah tunangan orang. Danny mohon maaf kerana tidak berterus terang. Siapa dirinya sebenar. Danny menceritakan kembali mereka pernah bertunang dan pernikahan mereka batal kerana hari pernikahan mereka Danny mendapat hadiah misteri ( Baby Rara ). 


Pulang ke KL ingatkan masalah selesai tapi masalah lain pulak datang. Wanita Misteri Fatimah pulak hadir dalam hidup mereka. Fatimah dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Bagi menyelesaikan masalah, Fatimah dibenarkan tinggal bersama Tiara dan Baby Rara serumah. walaupun Tiara tidak selesa demi menyelesaikan masalah baby Rara yang memerlukan ibu kandung Tiara terpaksa akur. 


Keadaan semakin kusut bila nenak memaksa Danny berkahwin dengan Fatimah. Nenek juga membawa fatimah keluar dari rumah Danny. Sebenarnya nenek mencari bukti benarkah Baby Rara itu adalah anak Danny. Bila segala bukti terbongkar Tiara disuruh untuk berpisah sementara. Hati siapa yang tidak sedih apabila suami disuruh berkahwin bersama wanita lain. Nenek pula menyuruh Tiara tinggalkan Danny sementara waktu jika Tiara sayangkan Danny. 


Nenek dapat membuktikan bahawa Baby Rara bukan anak Danny, semua ini dirancang oleh suami Fatimah kerana mahukan anaknya dijaga dengan baik kerana Suami fatimah sedang dikejar oleh polis kerana mencuri. Suami fatimah tidak berkerja. Perkara ini berlaku apabila Danny melanggar kereta Suami Fatimah ketika balik dari hospital. Apabila suami Fatimah mengetahui bahawa Danny anak orang kaya dia merancang untuk meletakkan baby di hari pernikahan Danny. 



Sinopsis dari Kulit Novel 

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.



Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny


Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

No comments:

Post a Comment