"Aku reda andainya dia lebih sayangkan aku daripada aku sekarnag ni. Aku reda... andainya dia bukan lagi untuk aku."
Novel Andainya Bukan Untukku saya beli melalui Kak Yusniza. Yang paling best sekali Kak Yus tu penulis novel Biarlah cinta bertaburan siap hantar ke Office lagi. Nasib baik bukan penulis Sya Ryanna yang hantar. Kalau Sya Ryanna hantar lagi gempak .. hahhahah. Penulis yang bernama Asmurni binti Hani yang lebih dikenali sebagai nama penanya Sya Rynna. Minat menulis sejak di usia 14 tahun. kini beliau telah merealisasikan novel sulungnya yang bertajuk Andainya Bukan Untukku dengan novel setebal 623 muka surat. Menurut Sya Ryanna novel ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkan. Jom .. review dari saya.
Dania seorang remaja yang ketandusan kasih sayang keluarga. Dia disisih oleh adik beradik kerana kematian ibu tercinta. Sejak itu ayahnya menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Semuanya berlaku bila ayahnya meninggal dunia. Kerana terlalu tertekan Dania mengambil Dadah sebagai penenang diri. Hadir Faeiz sebagai peguam kepada arwah Ayahnya telah merubah hidupnya. Niatnya satu ingin membantu tetapi Faeiz terperangkap sendiri. Faeiz ditangkap khalwat oleh orang kampung dan mereka di nikahkan demi menutup malu . Kerana kejadian itu Dania dibuang kerluarga. Dalam terpaksa Dania mengikut Faeiz ke Kuala Lumpur. Di sana Dania tinggal dirumah Faeiz . Perkahwinan mereka dirahsiakan oleh sesiapa pun. Disangkakan hidupnya berubah bila hidup bersama Faeiz, sangkaannya meleset sama sekali . Dania umpama hidup di sangkar emas yang dicipta oleh Faeiz. Selama ini Dania tidak dapat layanan sebagai isteri dari Faeiz. Faeiz lebih sibuk dngan kerja dan berjumpa kekasih hatinya Ilyana. Dania dibiarkan hingga Dania sanggup mengambil dadah kembali tanpa pengetahuan Faeiz. Akhirnya Faeiz dapat juga menghidu kegiatan Dania. Dania mengambil SPM bila melihat rakan sebayanya berjaya dalam pelajaran. Diatas bantuan Faeiz dia dapat mengambil SPM yang tertinggal dulu. Hidup Dania lebih tertekan bila Faeiz menampakkan Dania dirumah Ilyana. Ini semua kerana Faeiz mengharapkan Ilyana dapat memantau keadaan dan kesihatan Dania. Perkenalan dan percintaan Ilyana dan Faeiz lebih 5 tahun di akhiri dengan perkahwinan.
Dania ditawaran untuk belajar di London dan inilah peluang untuk dia pergi membawa diri. Pemergiannya tidak diketahui Faeiz. Tanpa disangka rahsia yng disimpan selama ini diketahui oleh Datin Latifah ( mama Faeiz ). Bila semuanya sedar Dania sudah tiada DiMalaysia lagi. Penyesalan yang tak sudah tidak berguna. Faeiz cuba menjejaki Dania Di London tapi tidak berjaya. Hidup Faeiz menjadi tidak terurus kini baru dia sedar cintanya pada hanya pada dania. Dania dihup ditanah asing padanya bukan satu jlan yang mudah. Dahulunya semasa sampai di kota London dia mengandung dan kandungannya tidak diketahui oleh sesiapa. Dia melahirkan Qaseh tanpa pengetahuan Faeiz sebagai seorang ayah. Di London , kehadiran Firdaus hampir menggugat cintanya pada Faeiz.
Setelah sekian lama bila Faeiz ke London untuk urusan kerja , Faeiz ke kejutkan dengan kehadiran Qaseh dan Aunty Maria, Insan yang banyak membantu Dania London. dari Aunty Maria Faeiz banyak mendapat berita tentang kehidupan Dania Di London. Bertemu kembali dengan Faeiz seperti mimpi. Syarikat tempat dania berkerja sebenarnya anak syarikat milik Faeiz. Faeiz berusaha meraih cinta dania kembali. tetapi bila dia mengetahui hubungan dania dengan Firdauz dia merasa cemburu. Jika dulu Faeiz pernah melafazkan pada Dania dia tak akan menceraikan Dania sampai bila-bila dan kini dia nekad andainya bukan untukku dia redha.

Sinopsis Dari Kulit novel
Dania
diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda
yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi
menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar
dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara
masing-masing.
Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.
Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.

Petikan - Petikan menarik dalam novel
Kedatangannya dengan satu niat
"Encik Faeiz ?" panggil Kamelia.
Langsung dia tidak sedar bila wanita itu sudah berada diruang tamu itu. Wanita itu turut menghampiriFaeiz yang berada di rak yang penuh dengan foto itu. Dia turut melihat gambar yang dipegang oleh Faeiz.
"Ini Dania, yang bawak encik datang ke sini naik motor tadi," kata Kamelia. Faeiz sedikit terkejut. Lain benar wajah kedua-duanya. Bagi Faeiz, Dania berperwatakan seperti lelaki dan langsung tidak kelihatan ciri-ciri perempuan Melayu seperti Kamelia.
"Ni gambar lama, masa arwah masih ada. Jemput minum , Encik Faeiz. Dulu dia memang suka pakai baju-baju macam ni, tapi sejak ayah meninggal, 'wayar' dia terlilit sikit," pelawa Kamelia yang sudah menuang air teh ke dalam cawan.
"Ada apa hajat encik datang ke mari ni?" soal Kamelia sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke sofa.
"Saya cuma nak beritahu pada cik tentang pembacaan wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin," jawab Faeiz setelah dia menghirup sedikit teh yang disediakan oleh Kamelia.
"Bila encik nak buat tu ?" soal Kamelia.
"Kalau boleh secepat yang mungkin. Kalau boleh hari ni, Saya sanggup tunggu," Kata Faeiz. Sejauh ini dia datang, alangkah bagusnya jika urusan ini diselesaikan pada hati ini juga.
Hatinya berbisik siapa Dania.
"Dia hisap dadah ke ? Astaghfirullahalazim, apa nak jadi ni?" kata Faeiz sendirian setelah dia melihat Dania sedang leka mencucuk jarum pada lengannya. Setelah itu dia menghisap sesuatu didalam botol dengan mengunakan tiub. Bagaikan melepaskan giannya, Dania terus berasa lega, dan terus bersandar pada pokok. Dia sudah khayal dengan dunianya sendiri. Aku tak boleh lama-lama kat sini, nanti ada pulak yang lain datang. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena. Jerit hatinya yang mendesak supaya dia cepat-cepat meninggalkan tempat itu dan pulang pergi. Faeiz nekad mengikut kata hatinya, lantas berlalu pergi. Sebolehnya dia ingin lari kerana tidak mahu ada dikalangan rakan - rakan Dania yang dapat mencium kehadirannya di situ, Pantas dia terus masuk ke dalam kereta BMWnya dan memandu ke jalan yang sepatutnya.
Aku perlu bantu dia!
Niatnya untuk membantu Dania, Tetapi Faeiz tidak menyangka Faeiz dan Dania terpaksa disatukan.
Diluar rumah, Dania terus menangis tersedu-sedan mengenangkan nasib diri yang tidak kehatuan. Semua jalan untuknya dirasakan sudah tertutup rapat. Kemana dia harus membawa diri?
"Tak guna kita duduk disini lagi, Dania. Bangunlah. Walau macam mana sekalipun awak kena ikut saya," kata Faeiz. Dania tetap berdegil. Dia terus mengharapkan agar Tahir akan berubah fikiran dan menerimanya kembali.
"Lepaslah ! Ini semua kau punya pasal. Kalau kau tak datang kat port aku, tentu aku tak jadi macam ni," marah Dania.
"Benda dah jadi, kita tak boleh nak patah balik lagi. Lagipun,Saya memang tak ada remote yang boleh rewind peristiwa," pujuk Faeiz.
Benda ni takkan jadi kalau kau tak ada kat situ, tau tak!" tengking Dania lalu bangun dan menjauhkan diri daripada Faeiz.
"sekarang ni, walau macam mana pun awak nak nafikannya, awak sekarang dah jadi isteri saya," Kata Faeiz.
"Siapa nak jadi bini kau ha? Mati hidup balik pun aku tak ingin nak jadi bini kaulah!" balas Dania.
"Terpulanglah, tapi kenyataannya sekarang kita dah tak macam dulu. Awak masih mahi duduk sini lagi ke ? Awak mahu macam dulu. Awak mahu tebalkan muka awak tu ke setiap kali awak berjalan ke sana sini? orang kampung dan keluarga awak sendiri akan caci maki awak," Soal Faeiz.
Disangkakan hidupnya akan berubah bila Dania mengikut Faeiz.Namun dia umpama tinggal di sangkar emas yang dibina oleh Faeiz. Dania memasang niat untuk menyambung pelajaranya yang tertinggal.
"Sebenarnya, dari tadi aku nak tanya kau ni. Kenapa kau nak ambil SPM lagi?" soal Faeiz. Dania mendongak, Memandang wajah Faeiz. Faeiz juga memandang Dania. Pandangan Dania kembali ke kaca televisyen.
"Kan aku dah ckap, aku sempat ambil lima subjek je, Yang lain , aku tak ambil pun sebab aku balik kampung dan tak balik ke MRSM lagi lepas tu. Bodah, kan?" balas Dania.
"Bukan bodoh ,Jangan cakap bodah. Kuang pandai aje tu.." Seloroh Faeiz.
"Isy.. samalah tu?"
"Tak... lebih sopan sikit. Eh.. tadi kau kata kau belajar kat MRSM?" ulang Faeiz. Dania mengangguk perlahan. Di kaca televisyen masih lagi memaparkan keputusan SPM para pelajar yang cemerlang. Berita keputusan itu membuatkan hati Dania membuak-buak untuk menyambung semula pelajarannya yang tertangguh. Ini semua gara-gara sikapnya sendiri yang terlalu mengikut perasaan.
"Siang tadi aku tengok kawan aku kat dalam TV, pasal result dia orang. Tu yang aku mesej kau tengah hari tadi. Kalau aku tak tak macam ni, mesti aku pun macam dia orang," tambah Dania dengan suara yang mula merendah. Sebak cuba disisihkan ke penjuru hati. Salah sendiri.. apa yang perlu disesalkan lagi?
"kau dulu MRSM? Pandainya kau! Dulu aku apply tak dapat pun. Kat mana?" Soal Faeiz.
"Kat Langkawi jw. Ala... cerita lama kut. Benda dah lepas pun. Sekarang ni kau bagi tak?" tanya Dania.
"Langkawi? Tukan bolah kata MRSM yang terbaik, kan? Hmmm.. kenapa aku tak bagi pulak? Nikan masa depan kau jugak. Aku tak nak halang kau buat apa yang kau suka. Tapi jangan sesekali kau nak ambil benda tu lagi sudahlah. Kalau aku dapat tau kau ambil benda tu lagi, siaplah kau," balas Faeiz.
Faeiz kesal kerana dia gagal membantu Dania, Dania masih mengambil dadah tanpa pengetahuannya. Dengan rasa kesal Dania berjanji akan berhenti mengambil dadah, semua itu kerana perasaan sayang mula hadir dalam diri Dania pada Faeiz.
"Maafkan aku," ucap Dania.
Faeiz diam. Tangannya terus - terusan membelai rambut Dania.
"Aku dah takde sesiapa lagi. Semua orang dah tak sayangkan aku lagi. Aku tak tahu nak luahkan siapa lagi. Semua orang tak nak dengar cakap aku lagi.Aku tau aku ni jahat. Tapi, berilah aku peluan sekali lagi untuk perbetulkan keadaan." ujar Dania dalam nada yang tersekat-sekat.
"Kau ada aku , Nia. Kau ada aku. Aku sayangkan kau. APa yang kau tak puas hati , kau ceritakan kat aku. Kau sedia mendengarnya." balas Faeiz untuk meyakinkan Dnia bahawa gadis itu tidak bersendirian lagi. Sekurang-kurangnya Dania ada dia.
"Janji dengan aku, kau takkan ambil'benda' tu lagi. Janji dengan aku?" tambah Faeiz dengan nada perlahan.
Dania mengangguk.
"Maafkan aku sebab aku tak tunaikan janji aku sebelum ini," ucap Dania.
"Kali ni, kau mesti tunaikan janji kau, Janagn ambil 'benda' tu lagi. dah,tak mau nangis lagi." Kata Faeiz sambil mengesat air mata Dania. Tangan Faeiz terus sahaja mengusap kepala dnia. Dania hanya tersenyum nipis. Dia terus memejamkan matanya semula. Terasa tangan tersebutyang pada awalnya mengusap kepalanya itu teru jatuh ke pinggangnya. Dania terus membiarkan Faeiz berbaring di katilnya dan menghadap wajahnya.
Rahsia terbongkar , menyesal tak berguna bila Dania sudah pergi jauh dari Faeiz.
"Ada hal apa yang ayah nak bincangkan dengan kami, sampai suruh balik awal pulak?" tanya Ilyana yang sudah pun duduk disofa. Tidak lama kemudian , Datin Latifah muncul dari tangga sambil membawa kotak yang berwarna biru. Lantas dicampakkan kotak itu betul-betul dihadapan Faeiz.Ilyana dan Faeiz terpinga-pinya. Wajah Datin Latifah masam mencuka. Faeiz terpempan melihat gambar-gambar yang bertaburan disekelilingnya. Ilyana juga. Dia lantas mengambil salah satu gambar yang bertaburan itu. Mengeletar tangannya melihat gambar pasangan itu. Faeiz menelan air liurnya. Rahsianya kini sudah pun terbongkar. Pandangan Iyana sekejap ke arah Faeiz, sekejap pula pada gambar tersebut.
"Iz, apa maknanya semua ni, Iz? Hubungan apa anatara you dengan Dania? Jawab Iz!" tanya Ilyana. Liur yang ditelan serasa berpasir.
"Kenapa diam, Iz? Oh... dah bisu rupanya!" perli Datuk Mutalib.
"Betul kan semua bukti didalam ni ? Cakap Faeiz!" tengking Datin Latifah. Mulut Faeiz masih lagi terkunci rapat, tidak mampu berkata apa-apa. Semua ini terlalu mendadak baginya. Fikirannya kosong memberikan sebarang jawapan. Dia kelu.
"Iz... tel me that is not true." pinta ilyana. Air matanya sudah pun mengalir dipipi. Mahu atau tidak, Faeiz perlu menkelaskan kesemuanya.
"Yana .... actually ... Dania ... isteri I," jawab Faeiz tersekat - sekat . Ilyana terumam. Dia menggeleng-gelengkan. Tidak percaya dengan pengakuan tersebut. Mereka kini bagaikan berada di dalam mahkamah, Datuk Mutalib sebagai Hakimnya. Jawatan Faeiz sebagai peguam telah diambil alih oleh Ilyana. Faeiz pula menjadi pesalah, manakala Datin Latifah menjadi pendakwa.
"Dah lebih setahun Dania jadi isteri I yang sah. Abangnya sendiri yang jadi walina," Jawab Faeiz. Diceritakan segalanya dari mana ia bermula sehinggalah akhir.
Dania Pergi membawa hati, Hatinya menjadi bahagia bila hadir lelaki bernama Firdauz.
"Mama dia baik, anak dia pun mestilah baik jugak," puji Firdauz. Tersenyum simpul Dania dibuatnya mendengar pujian itu. Jlan raya di kawasan tu juga kini telah pun lengang miskipun jam baru sahaja menunjukkan ke pukl sembilan malam.
"Awak ni buat saya raa malu pulak," kata Dania. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan menahan malu. Tidak pernah dia dipuji sebegitu. Angin sepoi= sepoi bahasa dari Hyde Park sekali sekala menerpa wajah mereka hingga menusuk ke tulang hitam meskipun mereka sudah menyarungkan baju panas. Rambut Dania yang panjang sekali sekala menampar lembut wajah Firdauz.
" Ayunya!" bicara Firdauz sendirian ketika melihat Dania yang sejak tadi memandang jauh ke Hyde Park, bagaikan dirinya tidak wujud di situ.
Sekian lama Faeiz mencari Dania , Kehadiran Qaseh Rania mengejutkan Faeiz.
"Almost five years, Hampir sebaya dengan Qaseh jugaklah. Kata Auntie Maria sambil menuangkan air ke cawan.
"Mula-mula dulu auntie memang marah sangat dengan kamu. Memang auntie geram sangat dengan kamu, Iz. Macam mana pun , auntie faham, kamu berdua tengah darah muda. Kamu terus serang tanpa selidik apa -apa pun, tak sempat Nia nak jelaskan semuanya, kamu terus kata nak biarkan dia macam tu aje," jelas Auntie Maria. Cawan itu diberikan kepada Faeiz.
"Kamu tau tak masa Dania datang ke London dulu dia mengandung?" tanya Auntie Maria. Cawan yang berada hampir-hampir sahaja dibibir Faeiz diletakkan semula. Hampir-hampir juga terlepas daripada pegangannya. Satu lagi rahsia yang langsung dia tidak pernah tahu tentang Dania.
"Mengandung?" ulang Faeiz. Auntie Maria mengangguk perlahan-lahan. Pertemuannya dengan Dania lima tahun lalu kembali menerjah dalam kotak ingantannya. Satu demi satu dia ceritakakn sehngga tiada tertinggal satu pun daripada pengetahuan Faeiz. Dia mahu Faeiz tahu bagaimana kehidupan Dania sepanjang tempoh lima tahun Dania berada disini.

Best lahhhh.....ada lgi tk kt popular atau kt mne2?? Chat kt fb yee...hehehehhe
ReplyDeletekat popular dah ada kot ... cerita ni best ...
ReplyDeleteTq tq...nti nk pi cari...
ReplyDeletedah dapat alaun dari mak ke ???? hehehheh
DeleteTerima kasih buat akak eizzara eizzaty sebab buat review pada novel saya yang tak seberapa ini..
ReplyDeletesemoga semua terhibur dengan penulisan pertama saya ni..
Lots of Love
-Sya Ryanna-
sama-sama Sya Ryanna.... sudi buat coretan di blog akak ni .. akak harap novel pertama ni diterima oleh semua peminat novel .. ikhlas akak boleh katakan Novel Sya ni best... Tahniah dari akak..
Deletenovel ny sgt best,, dah bca... jlan crite dye agk brbeza cmpred to nvel lain... congrats!!!
ReplyDeleteterima kasih nurul singgah dan memberi komen di blog akak... harap novel ni akan terus diminati dan menepati citarasa peminat novel melayu.....
Delete