Monday 19 January 2015

NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA

Air tanganku ini mengalir besama sejuta rasa cinta




Sebuah lagi novel yang diadaptasi di TV3 . Tak pernah baca lagi sebelum ini. Bila nampak iklan di TV terus beli dengan rakan FB. Jalan ceritanya sangat menarik. novel yang menpunyai 517 muka surat terus dibaca hingga ke muka surat terakhir. 



Setelah kematian suami, Ainin Sofiya menggalas tugas menyara keluarga (anaknya, ibu dan adik lelakinya (pengidap dileksia) . Dengan menjual kuih dan nasi lemak sebagai punca pendapatan utama. Kepayahan hidup memaksa Ainin mencari kerja lain bagi menampung keperluan hidup mereka sekeluarga. Menjadi pembantu rumah separuh masa pilihan yang terbaik kerana Ainin perlu pulang kerumah untuk menyusukan bayi yang masih kecil .

Kebetulan keluarga Ahmad Ziyad sedang mencari pembantu rumah tempatan dan Ainin ditawarkan bekerja di rumah mereka. Pertemuan pertama antara Ainin dan Ziyad membuatkan Ziyad tertarik untuk menyiasat latar belakang Ainin. Memang nampak pelik bila Ziyad beria-ia nak menolong Ainin sedangkan Ainin bukanlah sesiapa dengan Ziyad. Tambahan pula Ziyad sudah ada Shafinaz yang kononnya sangat disayangi.

Suatu hari, motosikal Ainin rosak dan ibu Ziyad meminta Ziyad menghantar Ainin pulang. Melihat kesusahan hidup Ainin, Ziyad merasa simpati lalu memasukkan wang gaji sebanyak RM5000 ke dalam akaun Ainin. Tetapi Ainin memulangkan lebihan wang gajinya kerana tidak mahu terhutang budi.

Keengganan Ainin untuk menerima bantuan kewangan membawa kepada lamaran Ziyad untuk memperisterikan Ainin semata-mata untuk membantu meringankan beban kewangan Ainin. Memang pada mulanya Ainin menolak, tapi bila didesak oleh hutang sewa rumah tertunggak (ditambah dengan gangguan daripada Hisyam, tuan rumahnya), Ainin menerima lamaran Ziyad berserta syarat tambahan Ziyad yang mahu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Ainin memang makan hati dengan sikap Ziyad yang berat sebelah. Ainin tak boleh ambil tahu perihal hidup Ziyad tapi Ziyad sesuka hati menggunakan hak dia sebagai suami untuk mengongkong Ainin. Ziyad mula mengelabah bila Ainin tak tunjuk apa-apa emosi berkaitan pertunangan Ziyad dengan Shafinaz.

Ziyad terpaksa meneruskan janjinya meminang buah hatinya Syafinaz. Walaupun sudah tiada rasa cinta untuk kekasihnya . Ziyad rasa bersalah apabila Ainin tidak menunjukkan sebarang emosi dengan berita pertunangannya dengan Syafinaz. Berita kehamilan Ainin membuat dia dicemuh. Ziyad pula diam membatu berusaha menutup hubungannya dengan Ainin. Ziyad menyalahkan Ainin sengaja tidak mahu ikut ayang yang dirancang pada awalnya. Ainin kecewa apabila Ziyad tergamak meneruskan perkahwinanya dengan Syafinaz dan akan menyembunyikan Ainin di Tanjung Karang.

Setelah Ainin hilang membawa diri, Ziyad seperti cacing kepanasan . Perasaan rindu dan sayang yang kian mendalam pada Ainin. Keputusan mengejut Ziyad untuk memutuskan pertunangan dengan Syafinaz mengejutkan semua ahli keluarganya. Walaupun Syafinaz enggan menerima keputusan Ziyad tetapi diteima oleh keluarga Syafinaz. Ziyad terpaksa berterus terang tentang perhubungan dan anak dalam kandungan Ainin. Ziyad tidak menyangka keluarganya menerima Ainin dengan lapang dada. Ziyad mencari Ainin dan memujuk isteri kesayangannya pulang untuk bertemu keluarga Ziyad. 


Sinopsis dari kulit novel 
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.



Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!



Episod 1
Ainin Sofiya yang baru kematian suami terpaksa akur hidup berdikari. Suaminya Hairi meninggal akibat terlibat dengan satu kemalangan pulang dari kerja . Sejak itu hidupnya susah kerana terpaksa menanggung mak dan Faiz adik bongsu. Menjual kuah dan nasi lemak adalah punca pendapatan utama. Dalam masa yang sama Ainin mencari kerja menjadi orang gaji atau kerja dikilang.  Iqram sepupu arwah suaminya , banyak membantu walaupun bayak yang ditolak oleh Ainin.  Puan Fauziah ( umie Ziyad ) terkejut bila rumahnya dipecah masuk . Orang gajinya Kesuma telah melarikan diri. Gara-gara kejadian itu Puan Fauziah tak mahu lagi mengambil orang gaji dari luar. Ziyad kesian pada umie yang terpaksa membuat semua kerja-kerja rumah .  Jika ingin mengharapkan adiknya Farhana langsung tak boleh diharap. 

 Episod 2
Kesempitan hidup Ainin lebih teruk bila Hisyam ( tuan rumah ) menuntut sewa rumah yang terunggak. Hisyam juga cuba mengugut yang bukan-bukan. Ziyad menemani umie membeli baeang dapur untuk keperluan rumah. Sejak tiada pembantu rumah segala keperluan dibuat sendiri. Perjalan balik Ziyad terserempak dengan Syafinaz ( kekasih hati ) . Ziyad memperkenalkan Syafinaz pada Puan Fauziah. Puan Fauziah tidak suka dengan cara Syafinaz berpakaian. Dr. Marzuki menikmati kopi di gerai tak jauh di hospital . Dia meluahkan perasaan pada Pak Daud tentang pening mencari orang gaji tempatan. Tiba-tiba , Ainin terdengar perbualan Haji Marzuki dan Pakcik Din. Ainin menawarkan diri untuk menjadi orang gaji dirumah itu. 

Episod 3
Haji Marzuki memberitahu isterinya yang dia telah berjumpa orang gaji tempatan memenuhi permintaan isterinya Puan Fauziah. Setibanya Ainin dirumah Haji Marzuki , dia diberi ujian 2 jam untuk menyiapkan Asam pedas kegemaran keluarganya sebagai percubaan. Ternyata masakan Ainin disambut baik oleh keluarga Haji Marzuki. Ziyad hanya mendengar cerita dari umienya tentang orang gaji baru itu. Ziyad pelik orang gajinya terlalu banyak permintaan yang perlu di patuhi seperti ingin pulang kerumah diwaktu tengahari bagi memudahkan dia menyusukan anaknya. Sabtu adan ahad Ainin juga minta cuti. Suatu pagi Ainin lewat datang kerumah Haji Marzuki , Ziyad terkejut bila membuka pintu seorang perempuan muda yang di panggil makcik selama ini adalah pembantu rumahnya. 

Episod 4
Pertemuan kali pertama menimbulkan satu rasa. Ainin memulakan kerja dirumah Hj. Marzuki dengan tenang. Tanpa sedar Ziyad memerhatikan Ainin. Ainin tidak tahu Ziyad memerhatikan dari jauh. Syafinaz semakin sibuk dengan kerjayanya tetapi dia marah bila papanya mengarahkan dia berkerjasama dengan Khairil. Syafinaz kurang senang bila Khairil cuba rapat dengannya. Syafinaz cuba mengadu dengan Ziyad tentang masalahnya. Hisyam terus mengganggu Ainin kerana menuntut hutang sewa rumah. Hisyam yang berangan mengambil Ainin sebangai isterinya jika Ainin tak mampu untuk membayar sewa rumah. 

Episod 5
Ainin terkejut ketika pulang melihat anak , adik dan mak Piah tak ada dirumah. Merata Ainin mencari. Ainin menyangkan Hisyam mencolek anaknya kerana gagal membayar sewa rumah tetapi Ainin merasa lega bila Iqram yang membawa mereka jalan-jalan. Dirumah Ziyad mereka asyik memuji masakan Ainin tetapi kurang disenangi oleh Farhana. Farhana tidak suka kelaurganya memuji-muji Ainin lebih-lebih lagi Ziyad menyuruh Farhana belajar masak dengan Ainin. Setiap hari Ziyad meletakkan menu untuk Ainin masak. Suatu hari motor Ainin rosak . Puan Fauziah menyuruh Ziyad menghantarnya kerumah . Ziyad gembira bial Mak Piah mempelawa Ziyad masuk kerumah. Ziyad melihat sendiri kesusahan yang dimiliki oleh Ainin. Hisyam terus mendesak Ainin untuk berkahwin dengannya jika Ainan masih tidak mampu membayar sewa rumah. 

Episod 6
Pulang dari rumah Ainin , Ziyad merasa kesihan melihat keadaan Ainin. Ketiadaan motor , Ainin menyukarkan pergerakannya. Ainin tak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.  Pagi esoknya Ziyad kerumah untuk menjemput Ainin berkerja tetapi Ainin pula sudah keluar. Ziyad cuba bertanya keadaan Ainin. dengan ringan mulut Ainin menceritakan keadaannya pada Ziyad. Syafinaz merajuk tetapi dengan manis mulut Ziyad yang pandai memujuk akhirnya berjaya. Khairil melihat kemesraan Syafinaz dan Ziyad. Khairil merasa kecewa bila dia masih tidak dapat memenangi hati Syafinaz.  

Episod 7
Ainin telah membantu Dato' Majid ( papa Syafinaz ) apabila cubaan meragut Dato' Majid. Dato Majid memberikan kad perniagaanya apabila Ainin menolak wang yang diberikannya. Sekembalinya dari bank , Ainin pelik sebab duit dalam akaunnya banyak. Keesokkan harinya, Ainin bagi semula baki duit tersebut kepada Ziyad. Ziyad bengang sebab pertolongannya yang ikhlas tidak diterima Ainin dan membuatkan hatinya makin ingin mendekati Ainin. Syafinaz pula asyik mengelak apabila Ziyad mengajaknya kahwin, hatinya berbelah bagi disebabkan Ziyad selalu mempersoalkan cara pemakaiannya. tambahanpula keluarga Ziyad yang agak warak. Hisyam yang masih tidak berputus asa untuk memikat Ainin bertindak tekanan dilakukan oleh Hisyam sehingga Ainin rimas. Walaupun Ainin telah membayar sewa rumahnya. Hisyam tidak puas hati kerana bayaran yang diterima masih sedikit. 

Episod 8
Ziyad asyik terfikir Ainin di kotak hatinya, Ziyad sangat simpati dengan kehidupan yang terpaksa dilalui Ainin. Tambahan pula Ainin tidak mahu menerima pertolongannya kerana tidak mahu terhutang budi. Mak Ipah asyik menasihati Ainin supaya berkahwin Jika ada yang suka. Mak Ipah meluahkan perasaannya jika Iqram atau Ziyad jadi menantunya , Mak Ipah tidak menilak. Ainin menolak cadangan Mak Ipah kerana baginya itu bukan jalan penyelesaiannya untuk selesaikan masalah. Tetpai keadaan hidupnya mendesak disebabkan Hisyam semakin agresif ditambah kakak dan abangnya juga meminta pertolongan Ainin. Ainin bingung dan disaat itu Ziyad menberi idea untuk mereka menikah. Ainin terkejut dengan cadangan Ziyad dan menceritakan kepada Mak Ipah. Mak Ipah terpaksa bersetuju bagi kebahagiaan Ainin dan dapat membantu keadaan hidupnya. Mak Ipah memujuk Ainin dan Ainin serba-salah. akhirnya Ainin bersetuju untuk menikah secara rahsia dengan Ziyad.

Episod 9
Ainin dan Ziyad menikah dikampung Ainin di Johor. Abang Ainin menjadi walinya. Abang Ainin mengambil kesempatan keatas Ziyad apabila mengetahui Ziyang orang yang berada. Mereka meminta Ziyad duit untuk melansaikan hutang mereka kepada Along tanpa pengetahuan Ainin. Ainin pula menerima telefon bimbit baru , motosikal dan wang tunai. Ainin juga menerima syarat - syarat yang dikenakan oleh Ziyad supaya merahsiakan perkawinan mereka daripada pengertahuan keluarga Ziyad dan Ainin tidak berhak mencampur urusan peribadi Ziyad . Ainin tidak kisah kerana baginya Ziyad sanggup menikahinya untuk menolongnya adalah satu pengorbanan yang besar. Farhana mengesyaki Ainin ingin mengoda abangnya. Ziyad memberi wang untuk Ainin membayar hutang pada Hisyam. Hisyam terkejut apabila menerima sejumlah wang daripada Ainin.

Episod 10
Ziyad membawa Syafinaz ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada semua ahli keluarganya. Syafinaz segan dan mula berubah memakai baju yang agak sopan bagi memikat hati kedua-dua ibubapa Ziyad. Dirumahnya , Ainin dan Ziyad mula berlakon seperti tiada apa - apa yang berlaku tetapi perbuatan mereka sesekali nampak mesra dapat dihidu oleh Farhana. Akibat tidak puas hati , Farhana bertanya sendiri dengan Ziyad samaada dia ada hubungan dengan Ainin. Ziyad menafikan dan Farhana meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan Hajah Fauziah yang memuji Ainin dan bercerita tentang kelemahannya pada Ainin. Ziyad menasihati Farhana supaya berubah. Hari yang ditunggu-tunggu tiba, Syafinaz diperkenalkan oleh Ziyad kepada Farhana , Hajah Fauziah dan Haji Marzuki. Syafinaz terkejut apabila Ziyad memperkenalkan Ainin sebagai pembantu rumahnya. Syafinas mula tidak sedap hati dan memberikan amaran kepada Ziyad. Farhana pula mengambil kesempatan memberi amaran kepada Ainin supaya jangan cuba nak jadi sebahagian keluarganya.

Episod 11

Iqram masih lagi mengambil berat keluarga Ainin Sofiya. Ada masanya Iqram membawa Faiz  , Arisha dan Mak Ipah keluar. Ainin pula masih lagi terkejut dengan ugutan Farhana sehingga Hajah Fauziah menegurnya. Ainin berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Hubungan Ziyad dan Ainin hanya biasa - biasa sahhaja tetapi Ziyad sentiasa mengingatkan Ainin tentang syarat syaratnya. Ada masanya Ziyad Ziyad cemburu apabila melihat Ainin berbual mesra dengan Iqram . Syafinaz pula mula berpakaian sopan manakala Kalirul Anwar tidak berputus asa memikat Syafinaz. Farhana masih lagi bengang dengan Ainin , Sesekali apabila Farhana skype dengan Zarul. Farhana mengadu tentang perangai Ainin. Kawan baik Farhana iaitu Ziha juga sependapat tentang Ainin. Ketika Syafinaz kelaur makan malam dengan Khairul Anwar , mereka bertembung dengan Farhana dan Ziha. Ziyad kelam kanut balik ke rumahnya untuk mengambil pendrivenya yang tertinggal untuk pembentangan pada hari tersebut. Setelah mengambilpendrive , Ziyad mencari Ainin sehingga ke bilik air. Ziyad terkejut apabila melihat Ainin dengan berpakaian ketat tanpa memakai tudung buat pertama kali. 

Episod 12
Sejak Ziyad melihat Ainin tanpa memakai tudung, Ziyad mula sukakan Ainin. Farhana dan Ziha berjumpa dengan Syafinaz untuk memberitahu bahawa Ziyad mungkin ada hubungan dengan Ainin. Syafinas curiga tetapi tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Farhana kerana Ziyad seorang yang setia. Tetapi sedikit sebanyak Syafinaz termakan juga kata-kata Farhana memandangkan Ziyad jarang meluangkan masa dengannya. Farhana berjanji akan mendapatken bukti yang Zuyad memang ada hubungan dengan Ainin dan Farhana sesekali tidak benarkan perkara tersebut berlaku. Haji Marzuki juga mengesyaki Ziyad menyembunyikan sesuatu darinya. Dari sehari Ziyad mulai angau dengan Ainin. Suatu hari , Ainin sakit perut dan terus ke hospital di mana Haji Marzuki berkerja. Ziyad bergegas ke hospital dan bertanyakan penyakit Ainin. Ziyad mulai cemas sebab risau Ainin mengandung. Ziyad menarik tangan Ainin masuk ke bilik doktor semula dan semuanya diperhatikan oleh Haji Marzuki.

Episod 13
Selepas balik dari Hospital Ainin balik Lambat . Farhana marah kerana Ainin tidak masak. Setelah siap kerja rumah Ainin bersiap untuk balik tetapi dihalang oleh Ziyad. Kelakuan  Ziyad yang lebih manja menghairankan Ainin.  Ainin geram melihat Ziyad yang gila kuasa. Ziyad mengajak Ainin ke satu tempat yang istimewa. Dengan kebenaran Mak Ipah Ainin mengikut Ziyad ke Tanjung Karang berbulan madu. 

Episod 14
Ziyad dan Ainin dirumah baru Ziyad di Tanjung Karang. Hajah Fauziah, Haji Marzuki dan Farhana akan berangkat ke London beberapa hari lagi. Ketika Ainin dan Ziyad berbulan madu dirumah mereka diTanjung Karang, Arisha telah jatuh tersembab. Iqram yang datang ke rumah Ainin bergegas membawa Arisha ke hospital bersama - sama Mak Ipah. Haji Marzuki merawat Arisah dan mengetahui bahawa Arisha adalah anak Ainin. Iqram masih lagi mengharapkan cinta Ainin walaupun Aini menolak. Mak Ipah menegaskan supaya Ainin berterus-terang dengan statusnya sebagai isteri Ziyad. Hari yang tunggu tiba, Haji Marzuki sekeluarga berangkat ke London kecuali Ziyad. Seperti biasa Ziyad ke rumah Ainin tetapi Ainin tersalah panggil Ziyad dengan nama Iqram. Ketika ini muka Ziyad serius dan Ainin tergamam. Ziyad bertanya pada Ainin siapa Iqram dihati Ainin. 

Episod 15
Jiran - jiran mula mempertikaikan Ainin selalu keluar malam bersama lelaki.  Ziyad runsing memikirkan kata-kata Puan Fauziah agar mempercepatkan tentang pertunangan dengan Syafinaz. ZIyad seperti tak mahu berpisah jauh dengan Ainin. Iqram menceritakan pada adiknya ( Ziha ) yang dia sudah jatuh cinta pada Ainin. Mak Ipah berterus terang agar Ziyad dapat mendedahkan pernikahan agar tidak ada mulut akan mengata Ainin. Ziyad dijemput untuk makan malam bersama keluarga Syafinaz. Keluarga Syafinaz juga setuju agar pertunangan Ziyad dan Syafinaz akan diadkan lepas keluar Ziyad pulang dari London. Semasa ketiadaan Haji Marzuki dan Hajah Fauziah , Ziyad meminta kebenaran untuk membawa Ainin dan Icha kerumahnya. 

Episod 16
Ainin merasa bahagia bersama Ziyad dirumah mertuanya . Kadang - kala Ainin rasa cemburu bila Ziyad menerima panggilan dari Syafinaz. Syafinaz mula mengesyaki sesuatu pada Ziyad. Ziyad susah dihubungi dan memberi alasan sibuk. Ashad pula mencurigai Ziyad yang selalu ponteng kerja. Puan Fauziah menghubungi Ziyad mereka akan melanjutkan lagi percutian mereka di London. Ziyad membawa Ainin sekeluarga bercuti.  Iqram kerumah Ainin tetapi rumah Ainin gelap tiada penghuni. lalu Iqram menghubungi Ainin. Ainin terpaksa menipu Iqram mengatakan Ainin keluar dengan Mak Pah. Iqram tahu Ainin cuba mengelakkan diri darinya. Ainin terkedu bila Ziyad mula meluahkan rasa hatinya. 

Episod 17
Ziyad masih lagi bercuti di pantai bersama dengan Ainin. Syafinaz yang bersedih apabila kerapkali menelefon Ziyad, Ziyad akan memberi bermacam-macam alasan. Ketika ini , Khairil sentiasa memerhatikan Syafinaz supaya dia dapat pastikan Syafinaz bahagia dengan Ziyad. Tetapi harapan Khairil meleset apa pila Ziyad sanggup meninggalkan Syafinaz di peerhentian teksi untuk balik sendiri serta Zuyad balik ke rumahnya kerana risaukan Ainin yang tidak sihat. Walaupun begitu, Syafinaz masih lagi mencintai Ziyad dan tak sabar menunggu kedua-dua ibubapa Ziyad pulang dari London untuk membincangkan pertunangan mereka. Selain itu , Iqram yang tidak puas hati dengan hubungan Ziyad dan Ainin , nekad menyiasat sendiri. Segalanya terungkai apabila Iqram mengikut Ziyad hingga ke rumah Hajah Fauziah dan bertanyakan sendiri dengan Ainin . Ainin mengakui dia telah berkahwin dengan Ziyad tetapi terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka atas sebab-sebab tertentu. Iqram akur tetapi sentiasa akan membantu Ainin bila-bila masa sahaja. Hati yang ditunggu telah tiba, Hajah Fauziah , Haji Marzuki  , Farhana dan Zarul telah sampai di Malaysia. Ziyad yang lupa kalam kabut balik dan mengambil Ainin sebelum mereka semua sampai dirumah. Mereka terpaksa balik memaiki teksi setelah Ziyad lupa untuk mengambil mereka. Akhirnya , Zarul habis belajar dan balik ke Malaysia. 

Episod 18
Zarul sangat teruja apabila balik ke Malaysia. Dirumah Haji Marzuki , Ainin tertinggal botol susu dan susu tepung Isha. Hajah Fauziah pelik apabila melihat botol susu tersebut tetapi masih berfikiran positif. Ziyad memarahi Ainin kerana cuai dan Ainin mempertahankan dirinya. Ainin Sofiya semakin jauh hati bila Syafinaz datang ke rumah Haji Marzuki dan berjumpa keluarga Ziyad untuk membincangkan pertunangan mereka. Tetapi hati Ainin agak berubat apabila Zarul yang nakal dan selau mengambil berat tentang dirinya. Zarul akan sentisa mengambil peluang berdua-duaan dengan Ainin dan disebabkan cara Zarul yang agak 'gentleman', Ainin semakin selesa. Pada masa yang sama, Ziyad semakin cemburu dan bengan dengan Zarul kerana mendekati Ainin Sofiya. Farhana dan Syafinaz yang tidak menyukai Ainin mula membuat perancangan untuk mengenakan Ainin. Suatu malam , akibat tidak tahan rindu pada Ainin, Ziyad pergi ke rumah Ainin untuk mereka bermalam di Tanjung karang. Kekerapan Ziyad membuatkan ada orang membuat laporan kepada jabatan agama Islam. Ketika itu, Ainin membuka pintu rumahnya apabila di ketuk bertalu-talu. Ainin dan Ziyad terkejut apabila Ainin memanggil orang yang datang dengan panggilan tuan haji. 

Episod 19
Mak Ipah bertanya tentang Ikram sudah lama tak datang kerumah. Ainin menerangkan pada Mak Ipah tentang Ikram sudah tahu keadaanny sebenar. Puan Fauziah sibuk membeli persiapan pertunangan Ziyad dan Syafinaz. Puan Fauziah membawa Ainin bersama membeli persiapan barang-barang pertunangan. Farhana dan Zarul turut serta. Farhana mengambil peluang untuk memberi peringatan pada Ainin jangan ambil peluang untuk mendekati keluarganya. Ziyad rasa bengang bila Zarul sengaja bermesra-mesra dengan Ainin. Zarul memberi hasrat untuk memperisterikan Ainin.  

Episod 20
Ziyad gelisah apabila mengingatkan cadangan Haji Marzuki nak menjodohkan Ainin dengan Zarul. Ziyad memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau tidak rahsianya akan terbongkar. Ainin seperti biasa melakukan rutin hariannya dirumah Haji Marzuki sebagai pembantu rumah, Zarul yang masih berkerja mengambil peluang untuk bersua-duaan dengan Ainin walaupun Ainin mengelak. Ainin terlalu sibuk apabila hari pertunangan Ziyad dan Syafinaz berlangsung kerana ramai saudara mara ke rumah Haji Marzuki ketika ini. Ainin nampak begitu sihat dan memaksa Ainin mengambil cuti. Ziyad semakin risau dan terus membawa Ainin ke rumah mereka di Tanjung Karang. Disini Ziyad dan Ainin semakin mencintai antara satu sama lain tetapi hubungan Ziyad dengan Syafinaz menjadi halangan. Ainin menyatakan hasratnya supaya Ziyad membuat pilihan selagi rahsia mereka masih selamat. Syafinaz mendesak Ziyad untuk meluangkan masa bagi persediaan perkahwinan mereka. Ziyad masih lagi berjumpa dengan Ainin dan mangajak Ainin keluar. Tetapi nasib Ziyad tidak berapa baik apabila Ashriq ternampak mereka dipasaraya. 

Episod 21
Ashriq mendaki Ziyad dan Ainin yang sedang makan dengan mesra dipasaraya tersebut. Alangkah terkejutnya Ziyad apabila Ashriq menegurnya dan mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan Ashriq. Ainin yang ditinggalkan oleh Ziyad terpaksa balik menaiki teksi kerana Ziyad tidak muncul-muncul dan Ainin terserampak dengan Farhana dan Ziha. Ainin sedih dan masih lagi tidak sihat. Khairil pula semakin hari semakin rapat dengan Syafinaz. Syafinaz semakin selesa dengan Khairil dan dia bengang dengan Ziyad . Suatu hari Syafinaz menyerang Ziyad di pejabatnya apabila melihat Ziyad berpegangan tangan dengan Ainin . Ziyad masih mempertahankan dirinya. Sementara itu , Farhana membuat fitnah yang Ainin sedang mengatal dengan Zarul dirumahnya. Farhana mengambil gambar Zarul dan Ainin dan menghantar kepada Haji Marzuki , Hajah Fauziah dan Ziyad. Ziyad yang tidak tahan kemarahannya terus balik ke rumah dan menyerang Zarul. Ziyad rasa bersalah dan berserabut , akhirnya Ziyad berjumpa dengan Syafinaz dan minta agar mereka menikah secepat mungkin. Haji Marzuki mempunyai perancangannya sendiri apabila mengetahui apa yang dilakukan Farhana.

Episod 22
Rupa-rupanya Haji Marzuki bercadang nak jodohkan Zarul dengan Ainin. Hajah Fauziah setuju tetapi mereka kena tanya dengan  Ainin dahulu. Ainin semakin hari semakin lemah dan dia begitu terkejut apabila mengetahui dirinya sedang mengandung dengan membuat ujian sendiri. Ziyad pula semakin menjauhkan dirinya dengan Ainin kerana tidak mahu rahsianya terbongkar. Pada masa yang sama Ziyad keliru dengan perasaannya sendiri sebab hatinya sekarang lebih kepada Ainin. Hubungan Ashriq dan Farhana telah mendapat restu Ziyad . Farhana gembira. Hisyam pula sudah berubah sikap menjadi lebih baik dan telah berjumpa pasangannya. Hisyam telah mmenjemput Ainin sekeluarga untuk ke majlis perkahwinannya. Haji Marzuki , Hajah Fauziah dan Zarul menyatakn hasratnya untuk menjadikan Ainin menantu mereka tetapi ditolak secara baik oleh Ainin. Keluarga Syafinaz berkunjung ke rumah Haji Marzuki bagi membincangkan perkara yang berbangkit bagi majlis perkahwinan Syafinaz dan Ziyad tetapi pada hari tersebut Ainin pengsan . Semua yang ada terkejut dan panik. 

Episod 23
Ainin pengsan ketika mengangkat gelas. Ziyad panik terus mengendong Ainin ke kereta untuk dibawa ke hospital. Keluarga Syafinaz telah sampai dan Syafinaz mengikut Ziyad dan Zarul ke Hospital. Dirumah Haji Marzuki , keluarga Syafinaz rancak berbincang tentang persiapan perkahwinan Ziyad dan Syafinaz. Manakala di hospital Ziyad resah menunggu dan keresahan tersebut menyebabkan Zarul dan Syafinaz palik. akhirnya Ainin sidahkan mengandung dan pelbagai tuduhan yang tidak sedap didengar dilontarkan kepada Ainin oleh Syafinaz dan Farhana terutamanya. Ziyad sehabis mungkin berlakon agar rahsia perkahwinannya dengan Ainin tidak terbongkar. Walaupun Zarul , haji Marzuki dan Syafinaz mula mencurigainya. Ainin sedih apabila Ziyad menuduhnya sengaja hamil walaupun telah makan pil perancang. Ainin keluar dari hospital dengan bayaran bill hospital dibuat oleh Haji Marzuki. Haji Marzuki telah pun tahu status Ainin dengan Ziyad tetapi masih menunggu pengakuan dari mulut Ziyad dan Ainin. Oqram yang akan melansungkan perkahwinannya telah menghantar kad jemputan kepada Ashriq dan Ainin. Mereka telah bertembung dengan Garhana dan Ziha. Farhana telah mengetahui segala-galanya dan membuatkan Ziyad rasa tak tentu hala apabila mengetahui Ainin bersama lelaki lain . 
Episod 24
Ainin berkecil hati dengan sikap Ziyad yang tidak memperdulikannya lagi. Iqram yang beria-ria mengajak ke majlis perkahwinannya membuatkan Ainin semakin serba salah. Yang palaing membuatkan Ainin sakit hati, Ziyad meminta ainin berhenti kerja sebagai pembantu rumah. akhirnya Ainin akur dengan permintaan Ziyad dan berjumpa dengan Hajah Fauziah sekeluraga. Mereka sedih dan mengalu-alukan kedatangan Ainin ke rumah tersebut bila-bila masa. Ziyad yang tidak keruan dan makin resah apabila Haji Marzuki memberitahu bahawa Ziyad telahpun menikah dengan Ainin. Sejak hari itu , Ainin menghilangkan diri dan Ziyad menjadi sasau. Di perkahwinan Iqram , ainin hadir dan ketika itu Zuyad muncul dan menyatakan cintanya pada Ainin. Ziyad nekad berterus terang dengan keluarganya dan memutuskan pertunangannya dengan Syafinaz. Ziyad akhirnya bahagia hidup bersama dengan Ainin manakala Syafinaz menerima cinta Khairil Anwar. Asam pedas adalah simbolik cinta Ainin dimana kedua-dua suaminya menyukai asam pedas.

Nota :
Kesudahan cerita yang menarik. Tahniah team drama Asam pedas untuk dia yang berjaya menambat hati penonton. Terima kasih pada yang singgah di Blogs ini. Mohon maaf mana-mana yang terkurang. 

5 comments:

  1. cerita ni best ~
    lepas tgk cerita ni kat tv3 terus tertarik..dgn episodenya
    tgh cari episode seterusnya..
    teruskan update episode yg terbaru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas sokongan dan singgah di blogs review ini ....

      Delete
  2. Tahniah, cerita yg best. 2 kali saya ulang tgk.saya nk dptkn novel asam pedas untuk dia.hubungi saya ye 0123139409.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blogs ini ..
      rasanya novel ini boleh dibeli mana kedai buku popular @ mph ada.
      saya tak jual novel dan saya juga bukan penulis novel ni.
      Harap maklum ye ..

      Delete
  3. Hi,saye nak tanya sesuatu about a novel,kat mane saya boleh contact you?

    ReplyDelete