Wednesday 24 December 2014

NOVEL JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Jika mawar pudar warna , 
dialah yang bakal menyerikan mawarnya!
Jika Mawar layu dan tidak berseri lagi , 

dialah yang bakal menjadi titis embun yang menyuburi!

Bila baca profil penulis,  saya rasa bangga sebab orang kampung saya... Aduhhhh.. orang kampung dah jadi penulis . Lucu je alasan tu.. Lupakan dulu tentang orang kampung. Novel keluaran march terbitan Karyaseni memang menjadi pilihan saya dari awalnya kerana tajuknya Jika mawar pudar warna. Novel yang mempunyai 794 muka surat ini mengisahkan Amira  seorang gadis yang lurus bendul. 

Mengisahkan Taufiq yang mengahwini Amira tanpa cinta.. Perkahwinan mereka demi menjaga sebuah maruah apabila perkahwinan Amira bersama kekasihnya terpaksa dibatalkan akibat kekasihnya Edrian menghilangkan diri.. Taufiq menjadi galang gantinya lantaran mendapat tawaran baik dari ayah Amira iaitu Dato Amri yg menawarkan Kristal Property jika mereka berkahwin. Pada dasarnya Taufiq juga mempunyai kekasih hati iaitu Adila dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin. Permintaan Amira adalah satu bercerai selepas nikah. Pada Amira Janda selepas nikah lebih baik dari Janda sebelum kahwin dan Taufiq pula mahukan kuasa di syarikat Kristal Property. Rumahtangga mereka dimulai dengan pertengkaran dan Amira pergi meninggalkan keluarga. Mereka berjumpa tanpa sengaja di pulau Pangkor. Amira berkenalan dengan ibu dan adik Taufiq. Taufiq mempunyai seorang adik kandung iaitu Firdaus dan adik saudara Hidayah.. Taufiq dan Firdaus dipelihara oleh ibu Hidayah selepas kematian kedua org tuanya.. Pada awalnya ibu saudaranya iaitu Salmah yang juga telah dianggap sebagai ibunya terkejut dengan khabar yang Taufiq telah berkahwin tapi menerimanya dengan perlahan - lahan.

Taufiq dan Amira hidup dalam kepuraan dan akhirnya kebencian Taufiq membuahkan rindu.. Amira sering merajuk dengan perbuatan Taufiq.. Selepas Amira berkahwin dengan Taufiq, Edrian muncul kembali demi merebut cinta Amira semula tetapi Amira sering melarikan diri kerana benci dan takut sehinggakan Taufiq ingin mengetahui apakah kisah disebaliknya dari mulut Amira sendiri.

Sikap Taufiq yang agak kasar, tiba-tiba berubah. Dia semakin mendiamkan diri. Sejak Amira dimasukkan ke hospital kerana demam denggi, hatinya sering rasa bersalah. Namun, di saat ibu Salmah sudah mula menerima Amira sebahagian daripada keluarganya, pengakuan ibu Salmah mengenai hubungan Amira dengan Taufiq telah menyebabkan Taufiq dimarahi oleh makcik Timah dan pakcik Leman (ibu bapa Adila). Taufiq hampir ditetak oleh pakcik Leman. Selepas kenduri doa selamat, ibu Salmah diserang sakit jantung dan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Hidayah mempersalahkan kematian ibunya disebabkan oleh Taufiq. Inilah kali pertama, Amira melihat Taufiq menangis.

Kristal Property adalah milik ibu bapa Taufiq & Firdaus. Datuk Amri hanya diamanahkan untuk menjaga sehingga Taufiq layak mengambil alih. Di hadapan semua orang, Taufiq bersetuju untuk berkahwin kerana Kristal Property akan jadi miliknya. Amira menolak Edrian, kekasih lama yg menjadi sebahagian kisah hitam hidupnya. Setelah sekian lama bercinta, akhirnya Taufiq redha untuk melepaskan Adila. Begitu juga Adila yang akhirnya menerima takdir yang dia bukannya untuk Taufiq. Adila berkahwin dengan pemuda yang sudah lama memendam perasaan terhadapnya. 

Semakin hari, hubungan Taufiq dan Amira semakin rapat. Jika Taufiq merajuk, Amira akan cuba pujuk. Sikap Amira yang degil semakin lembut. Namun adakalanya Allah menguji hubungan mereka. Taufiq memfitnah Amira berhubungan semula dengan Edrian apabila terserempak dengan mereka di Pizza Hut. Taufiq naik berang walhal Amira membeli Piza untuk dikongsi makan bersama Taufiq. Amira juga tidak menyangka Taufiq membeli hadiah, kek dan sekuntum bunga mawar semasa hari lahirnya. Namun, kebaikan Taufiq ini telah dicemar oleh sikap Amira yang memungkiri janji.

Pengakuan Amira mengenai sejarah hitamnya telah merobek hati Taufiq. Amira masih suci dan keduanya berterima kasih kepada Edrian kerana menyelamatkan maruahnya pada malam kejadian. Amira mengaku silapnya juga kerana tidak melakukan pemeriksaan. Dia hanya bersandarkan bahawa sebelum dia pengsan, dia dipukul oleh 5 org lelaki dan bila sedar dia terbaring di sisi Edrian di dalam hotel sedangkan perkara sebenarnya Edrian tertidur kerana keletihan.Taufiq juga telah bersemuka dengan Edrian untuk mengetahui cerita sebenar sejarah hitam Amira. Kesucian Amira akhirnya terjawab. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Ilahi... 



Sinopsis dari novel

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!



“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”



Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”

“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”

“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

4 comments:

  1. tq dear... saya baca review awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... dan terima kasih juga sudi singgah .....

      Delete
    2. minta kebenaran nak share review ni ye sis :)

      Delete
    3. sila kan .... sharing is caring ....

      Delete