Wednesday 30 March 2016

NOVEL BALANG CINTA

Love is joy, love is jealousy, love is suffering, love is tenderness. Love is you…

Balang Cinta sebuah novel dari terbitan JS. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki dari terbitan JS. Balang Cinta cubaan pertama penulis yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Tahniah Wizana Emilia . Novel ini saya dapat dari pemberian ikhlas penulis. Terharu sangat bila seorang penulis memberi sebuah novel sebagai tanda persahabatan. Novel ini mempunyai 612 muka surat membawa kita belajar bercinta melalui nota-nota cinta dalam novel ini. 

Jom ikuti review novel Balang cinta versi saya . Kisah mereka bermula dari Sham dan isterinya Ernieza menyatukan Khyra dan Firas. Firas adik pada sham , seorang Jurutera tidak mempunyai calon isteri. Ernieza memperkenalkan Khyra adik sepupunya sendiri. Dengan pertemuan pertama yang gagal. Diulangi pertemuan kedua yang cukup hambar. Walaupun rancangan menemukan Khyra dan Firas berjaya. Kyara merasakan Firas tidak suka pada dirinya. begitu juga sebaliknya Firas juga beranggapan Khyra tidak suka. Rancangan Sham untuk mempertemukan Firas dan Khyra memang berjaya. Syam mengajar Firas memikat hati Kyara dan mengajak Kyara keluar. Akhirnya Firas meluahkan rasa hati dan ingin meminang Khyra . Khyra gembira dan bersetuju. Pertunangan diikat selama 6 bulan . Firas masih lagi beku dan tidak tahu memikat hati Khyra hingga kadang-kadang makan hati dengan Firas. Kyra yang terlalu memuji Bosnya Dato Iskandar kerana seorang lelaki yang sangat romantik. Khyra mengimpikan dia juga akan mendapat lelaki yang romantik seperti bossnya. 


Selepas bertunang ,Firas telah dihantar ke Jepun untuk kursus selama 2 bulan setengah dan dia akan kembali ke Malaysia pada bulan September, 2 bulan sebelum mereka berkahwin. Di Jepun ,Firas yang sentiasa sibuk kadang kala tidak dapat menghubungi Khyra dan menyebabkan Khyra sedih dan mula tawar hati kepada Firas . Kebetulannya semasa Firas kembali ke Malaysia ,Khyra telah dihantar ke Kota Kinabalu kerana mesyuarat kerja. Firas yang rindukan tunangnya terasa kerana Khyra tidak memberitahunya .

Di Kota Kinabalu ,Khyra mengenali Prince Iqtidar yang suka pada Khyra , kata - kata manis yang Prince ucapkan kepadanya menyebabkan Khyra jatuh cinta pada lelaki romantik itu. Mereka meluangkan waktu bersama dan untuk terus bersama princessnya , Prince yang mengenali Dato Iskandar meminta kerja di syarikatnya. Firas pula merasa pelik kerana tunangnya sangat dingin dengannya . Khyra yg terbuai dengan cinta Prince menyuarakan hati ingin putus tunang dgn Firas kepada Ernie dan dia menyatakan yang dia telah jatuh cinta kepada Prince. Ernie menasihati Khyra agar mempertimbangkan semula kerana perkahwinannya sudah dekat . Khyra tidak dapat mengelak dan dia berterus terang kepada Prince yg dia bakal berkahwin. Prince tidak dapat menerimanya dan terus memujuk Khyra tetapi Khyra tetap tak menerimanya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Firas . 


Selepas berkahwin , hubungan rumahtangga mereka tetap hambar . Walaupun Firas cuba menceriakan suasana tetapi ia tidak sedikitpun mengembirakan Khyra.  Dan ini menyebabkan tuan dan puan penasihat bimbang. Demi untuk menyelamatkan perkahwinan yang baru berlangsung itu. Sham dan Ernie menghadiahkan balang kaca kepada Firas dan Khyra . Dalam balang cinta mereka diberi 15 kad berwaran merah jambu dan 15 kad berwarna biru. Mereka perlu mengambil kad tersebut secara bergilir-gilir setiap hari. Jika hari ini Firas esok Kyara. Mereka terlalu teruja untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Dalam masa yang sama Prince sering mengganggu Khyra tetapi dipandang sepi.

Hari demi hari Kyara dan Firas semakin seronok dengan tugasan baru balang cinta. Tana sedar Firas dan Kyara telah mewarnai episod cinta mereka. Prince tidak putus asa menambat hati Kyara. Tanpa sedar Kyara dan Prince diperhatikan. Tindakan Prince memaksa Dato Iskandar memecatnya demi melindungi setiausanya. Semuanya bermula bila mama Prince mengetahui yang Prince berkerja di syarikat sahabat lama mamanya Dato Iskandar adalah kerana mengejar Kyra. Kyara yang memiliki iras raut wajah Luna kekasih Prince yang telah mati akibat kemalangan 4 tahun lepas.

Kyara tidak pernah menceritakan gangguan Prince pada Firas . Pernah Kyara meluahkan dia mahu berhenti kerja. Penolakan cinta dari Kyara membuatkan Prince semakin berdendam. Hingga satu hari Prince mengajak Kyara keluar makan sebagai helah. Kegairahan Prince membawa kereta menyebabkan Prince dan Kyara kemalangan. Hari itu adalah hari terakhir Kyara dan Firas membuka kad balang cinta bersama kerana mereka telah melalui cabaran masing-masing.

Maria memohon maaf pada Kyara dengan apa yang terjadi . Maria berjanji Prince tidak akan mengganggu  Kyara lagi. Kyara sedar selepas 4 hari koma. Kyara bersyukur bila keadaan menjadi sedia kala. Mereka berterima kasih pada Sham dan Ernieza kerana balang cinta ,  mereka belajar menerima kekurangan pasangan dan menyemarakkan cinta mereka. 



Novel ni sudah dicetak 2 kali. dalam masa 2 bulan 


Sinopsis dari kulit novel

Firas itu… kacak orangnya. Baik budaknya. Elok pekerjaannya. Cuma satu kekurangannya; tak romantik.



Khyra, si gadis comel yang pemalu. Hanya satu impiannya, punya pujaan hati yang penyayang dan romantik.

Kedua-duanya dipertemukan oleh kakak dan abang yang prihatin. Namun, di tengah-tengah perhubungan, muncul pula putera kacak yang mengocak hati si gadis. Tanpa Khyra sedar, sang putera punya sejarah gelap yang menghantui diri.

Lalu, Balang Cinta menjadi penyelamat. Tiga puluh satu nota cinta pengikat hati menjadi penyubur kasih antara Firas dan Khyra. Setiap satunya perlu dilakukan tanpa ada kompromi.

Berjayakah mereka melaksanakan tugasan yang diberi? Dan mampukah Balang Cinta itu mengubah mereka untuk saling menerima sesama mereka?


3 comments:

  1. Tq sis.. hope sis enjoy the story <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome ... saya sepatutnya berterima kasih .. saya enjoy dengan cerita ini ...

      Delete
    2. <3 appreciate it sis :)

      Delete