Sunday, 13 October 2013

NOVEL SI PENCURI HATI

Tak akan kubiarkan kau berlalu pergi setelah hatiku kau curi...

Novel Si Pencuri Hati novel kedua selepas kejayaannya novel pertama beliau Novel Cinta itu milikku . Novel ni santai dan ringan. Novel cinta itu milikku terbitan Kakinovel tetapi novel kedua ini terbitan lovenovel . Bermula dari membaca dilaman blog dari bab 1 hingga 20 menanti agak lama dan akhirnya berjaya di bukukan. Saya memilih untuk membeli dengan Umie Dayana Darwisy. 

Sedikit review saya tentang novel ini. Novel yang yang mempunyai ketebalan 608 ini membongkar kisah cinta Sayang Damia dan Tengku Darwisy Firhad. Pertemuan dan perpisahan membuatkan mereka lebih menghargai kasih sayang. Sayang Damia pulang bercuti , Damia yang lebih selesa tinggal bersama nenek dan ucu dari tinggal dengan mamanya. Mamanya yang lebih mementingkan kerja selepas kematian papa Damia  akibat kemalangan. Selain itu juga mama Damia , Dr. Karina suka mengatur hidup Damia ini membuatkan Damia lepas dengan sikap mamanya. Dr. Karian juga tidak terlepas ingin menjodohkan anak gadisnya dengan anak lelaki kenalannya. Ini membuat Damia memberontak. Dengan bantuan rakan baiknya Jaslina dan Reqza Damia dapat menepis calon-calon dari mamanya. Calon-calonnya semuanya berjawatan besar. Dari General manager hinggalah kerabat diraja. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq antara lelaki yang mementingkan kecantikan, dengan solekan yang dibuat oleh rakannya. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq terkejut melihat keadaan Damia dan dengan mudah calon mamanya pergi melarikan diri. Hatinya sedih dengan tindakan mamanya. sebenarnya Tengku Darwisy tidak terkecuali dia juga diantara colon mama Damia. Dia hanya memerhatikan gelagat dari jauh dan tidak berani untuk berdepan dengan Damia ketika itu. Damia membawa diri kerumah pak longnya di mersing untuk mencari ketenangan. 

Ketenangan yang dicari merubah hidup Damia menjadi mimpi ngeri. Damia yang tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tak sampai 48 jam. Niat Tengku Darwisy Firhad membantu Damia yang pengsan ditepi pantai disalah ertikan. Kerana salah faham pak long Kamal memaksa Darwisy dan Damia . Darwisy terpaksa meninggalkan Damia isteri yang baru dinikahi. Darwisy juga berjanji akan kembali dan membawa Damia bersama. Tetapi janji tinggal janji , Darwisy sepatutnya pulang menemui isteri hanya tinggal janji. Oleh kerana Darwisy tidak kunjung tiba Damia mencari Darwisy di Kuala lumpur. Tetapi apa yang dilihat tak seperti yang disangkakan. Hatinya bagai dihiris dan hancur. Damia pulang ke United Kingdom hingga tidak mahu pulang lagi membawa hati yang lara. Kesakitan yang Darwisy tinggalkan terubat bila Damia disahkan mengandung. 

Setelah dua tahun terpisah mereka diketemukan kembali. Kini Damia mempunyai sepasang anak kembar yang comel Danial Fareez dan Dania Farisya. Kerana satu insiden di KLIA Damia dan Darwisy terkukar beg sandangnya. Disinilah titik permulaan mereka bertemu . Darwisy terkejut mereka mempunyai anak hasil perkahwinan yang disembunyikan dulu. Peristiwa yang membuatkan Damia membawa diri ke UK dulu berulang. Damia melihat Darwisy bermesra dengan wanita lain membuatkan dirinya keliru. Salah faham yang menyelubungi diri terungkai bila Darwisy memperkenalkan Daniel adalah abangnya. Daniel mempunyai iras yang sama dengan Darwisy cuma lesung pipit membezakan mereka. Kehadiran Natilia yang tidak disenangi oleh Daniel dan Darwisy mengundang kekecohan. Natilia yang dikenali seawal zaman persekolahan yang suka pada Darwisy tidak pernah melayannya. Pelbagai cara Natilia mengatur langkah untuk memilki Darwisy tetapi tidak berjaya. Semakin banyak halangan  untuk memisahkan Damia dan Darwisy cinta mereka semakin menebal kerana Damia telah mencuri hati Darwisy sejak diawal pertemuan mereka di station minyak suatu ketika dulu.



Sinopsis dari kulit novel 

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.

Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?


Petikan-petikan yang menarik 


Satu insiden tidak dijangka ....

“Hoi... cik kak! Awak... kalau rasa tengah bekerja buat cara macam orang tengah bekerja. Ini tidak... masa bekerja layan facebook. Dahlah tu... berlagak macam bos pulak kat sini,” tempelak lelaki itu sinis. “Itulah padahnya jika bekerja tidak seikhlas hati. Lain yang orang mintak, lain yang awak bagi. Awak ni pekak ke apa? Saya minta Coke bukan rokok. Ada faham...?” sindir lelaki itu.

Damia merenung wajah lelaki itu. Ikutkan hati yang membara dah lama lelaki di hadapannya ini kena sila gayung, silat timba dan silat besen. Sesedap rasa sahaja lelaki itu mengutuknya. Tetapi nak marah balik pun tak boleh juga, sebab dah ternyata memang dia bersalah. Lagi pula pepatah Inggeris ada mengatakan, customer is always right!!! 

“Lah... encik minta Coke rupanya. Saya ingatkan encik minta rokok. Maaflah ya...!!! Saya memang macam ni bila pepagi hari, mamai sikit,” terang Damia menutup kesilapannya. Tanpa berlengah Damia bergegas mengambil beberapa tin Coca Cola lalu diberikan kepada lelaki itu. “Ini ambil balik duit encik, saya sedekah aje Coke ini untuk encik,” ujar Damia sambil tersenyum manis. 

“Minta maaf banyak-banyak sekali lagi ya. Jangan serik datang lagi ke mari,” pesan Damia dengan mesra sambil tersengih nakal. Menyerlahkan giginya yang putih berkilauan itu. Mesti silau mata mamat ni di Subuh hari pabila tertengok gigi aku yang putih melepak, getus Damia.

Perli aku lah tu, getus lelaki itu. Setelah mengambil air Coke tersebut, dia berlalu tanpa mengambil wang yang diberikan oleh Damia.


Perempuan di station minyak menghantui diri Darwisy
Bulat matanya bila terpandang wajah gadis di stesen minyak .

“Adik... boleh abang tahu ini siapa?”

“Itu Kak Sayang.”

“Kenapa panggil dia Sayang?” Apalah kau ni Darwisy. Dah tentulah nama dia Sayang sebab itulah mereka panggil dia Sayang. Tapi manalah tahu sekiranya itu nama manjanya sahaja, Darwisy berkata kepada dirinya sendiri.

“Oh... tu nama sebenar Kak Sayang! Cantikkan dia bang. Saya kalau boleh nak muka macam dia. Umi kata wajah Kak Sayang macam pelakon Bollywood Katrina Kaif tapi babah kata macam muka Kajol. Bila Kak Sayang senyum macam senyuman Kajol kata babah. Tapi saya rasa wajah Kak Sayang lagi lawa daripada mereka.”
Amboi... panjang lebarnya budak ni terangkan tentang gadis bernama Sayang. Mereka sekeluarga mesti peminat fanatik filem Bollywood. Tapi memang cantik pun, puji Darwisy tanpa sedar. Eh... apa kes pulak aku puji dia? Bukannya nak buat bini! “Adik pun cantik! Jika dia macam Katrina Kaif, adik pula macam Karina Kapoor,” ujar Darwisy bersahaja. Dia akhirnya tertawa dengan kata-katanya.
“Ala... abang ni, saja je nak buat saya terperasan! Saya tahulah saya tak secantik mana,” ujar Suwaibatul merendah diri.
“Hisy... jangan kata macam tu. Setiap orang ada keistimewaan dan kecantikan tersendiri. Hanya orang yang tahu menilai sahaja dapat melihat keindahan itu.” Wah... Darwisy hebat kau! Boleh jadi ahli pujangga.
Suwaibatul hanya tersenyum mendengar kata-kata Darwisy. Lelaki di hadapannya ini tidak kurang hebatnya. Memiliki wajah yang tampan, kulit putih bersih dan berbadan tegap. “Abang pun apa kurangnya. Kacak, tampan dan mempunyai personaliti yang menarik. Tentu ramai awek keliling pinggang,” giat Suwaibatul
“Mana ada! Abang hanya manusia biasa sahaja.” Darwisy merendah diri.
“Dia tinggal kat sekitar sini ke?” tanya Darwisy sambil menunjukkan gambar Damia.
“Aah... tapi jauh sikitlah.”
Mustahil gadis stesen minyak tu tinggal di sini. Bukan ke jauh dia nak pergi kerja seandainya tempat tinggal dia di sini? Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Lagipun gadis di stesen minyak tu lebih cantik daripada dalam gambar ni, gumam Darwisy sambil menggaru-garu dagunya. Laaa... aku ni pun satu hal! Yang aku sibuk fikir pasal dia buat apa? Lantaklah... tempat kerjanya jauh dari rumah ke tidak! Macamlah dia tu bawah tanggungjawab aku. Hisy... kacau-kacau jiwa aku jika asyik fikirkan perempuan ni! Bisik hati Darwisy sambil menggelengkan kepalanya.



Selepas kematian papanya, hubungan Damia dengan mamanya agak renggang kerana mamanya suka memaksa dan mencatur kehidupanya.

“Mama ada hal nak cakap dengan Sayang,” ujar Dr. Karina.

“Hal apa mama?” Hati Damia sudah bergendang hebat. Perkara apakah yang hendak mamanya sampaikan.

“Ini gambar-gambar calon bakal suami Sayang. Mama nak Sayang kenal hati budi mereka. Mama juga nak Sayang aturkan pertemuan dengan mereka. Seelok-eloknya esok, memandangkan mereka semuanya bercuti hujung minggu. Ingat... jangan cuba malukan mama.” Usai mengeluarkan arahan, mamanya keluar meninggalkan dia keseorangan.
Memori semalam menerjah kembali lorong ingatan Damia. Ingat lagi dia akan permintaan mamanya supaya pulang ke rumah. Rupa-rupanya mama bukannya rindu akan dirinya tetapi punya agenda tersendiri. Sakit hatinya mengenangkan sikap mamanya itu.
“Kenapa mama buat Sayang begini?” ujar Damia lirih. 
Di zaman serba canggih dan berteknologi tinggi ini masih ada lagi ibu bapa yang mengongkong hidup anak-anak mereka. Kenapa ada lagi segelintir ibu bapa yang sibuk hendak memilih pasangan hidup untuk anak-anak mereka? Bukankah elok jika mereka diberi dipilihan dan kepercayaan untuk memilih pasangan hidup mereka sendiri? Damia benar-benar lelah meniti hari yang mendatang.
Damia meneliti tiga keping gambar yang berada di tangannya. Menurut mama, mereka ini adalah anak kawan-kawannya atau dengan kata lain pesakit yang sering mendapatkan rawatan di hospital mamanya bertugas. Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Dr. Karina Raj Abdullah. Mamanya mendapat pangkat Dato’ pada tahun lepas. Mamanya juga merupakan doktor pakar di salah sebuah hospital swasta bertaraf lima bintang di ibu negara.
Damia meneliti satu persatu nama yang tertulis di setiap keping gambar tersebut. Benjamin Asyraf bin Dato’ Brahim. Emm... berkulit sawo matang. Anak tunggal. General manager di Berjaya Teguh Sdn. Bhd. Hobi melancong. Damia mencebik melihat gambar tersebut. Melancong ke melencong, desis hatinya.
Dia meneliti gambar yang kedua. Fauzan Taufiq bin Dato’ Faizal. Hai... mama... mama...!!! Semua pilihan calon menantunya anak-anak Dato’ belaka. Berkelulusan dari universiti Ohio. Berkulit hitam manis. Hobi suka aktiviti lasak. Oooo.... aktiviti macam mana tu??? Dari gambar kedua, Damia meneliti gambar yang ketiga.
Emm.... yang ni lain sikit kerabat raja! Damia mencampak gambar-gambar tersebut ke sisi. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Serabut kepalanya melihat gambar yang ketiga itu. Langsung tiada ciri-ciri lelaki idamannya. Berambut panjang. Pakai seluar koyak-rabak. Baju pula masya-ALLAH... menakutkan!!! Puan-puan faham-faham sendiri ajelah style pakaian anak muda zaman sekarang.

Bingung dengan masalah mamanya Damia pergi mencari ketenangan tidak menyangka dia terpaksa menerima takdirnya yang tidak pernah dalam mimpinya. Niat darwisy ingin membantu tetapi disalah ertikan.
“Sepatutnya awak berterima kasih kepada saya sebab selamatkan awak dan rawat awak malam tadi,” tempelak Darwisy.
“Ada saya suruh encik ambil berat pasal saya? Tak ada kan..?” Damia juga tidak mahu kalah dalam perdebatan itu.
Eh... perempuan ni!!! Aku dah tolong dia pun dah cukup baik. Bukannya nak berterima kasih dengan bantuan yang diberi, berlagak lagi adalah!!! Patutnya semalam aku biarkan sahaja dia mati kesejukan kat luar sana tu, biar padan muka dia!!! gumam Darwisy. Dalam pada itu, bibirnya sempat menguntum senyuman nakal pabila teringatkan peristiwa menukarkan pakaian gadis sombong dan berlagak itu. Menyesal pulak dia menutup mata.
Ini kalau tersenyum-senyum macam orang tiga suku mesti ada benda kotor yang dia teringat dalam kepala, bisik hati Damia. Jangan-jangan dia teringat... Damia menelan air liurnya berulang kali sambil melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Argh....” Damia menjerit sekuat hati.
Darwisy segera menekup mulut Damia. Haru seandainya ada orang yang mendengar nanti. “Yang awak menjerit macam kena sampuk ni kenapa? Awak nak suruh orang datang serbu sini?” marah Darwisy.
Damia menggeleng kepalanya berulang kali tanda tidak mahu. “Tadi tu kenapa encik tersenyum maut macam tu? Encik tentu ada terfikir atau teringat perkara yang bukan-bukan dalam kepala otak encik yang sengal ni kan...???”
Membuntang biji mata Darwisy memandang Damia. Dia tidak percaya yang Damia mampu membaca apa yang tersirat dalam kepala otaknya. “Hisy... awak ni, suka fikir yang bukan-bukan. Tak baik tahu awak menfitnah saya. Dalam dunia ni dah susah dah awak nak jumpa lelaki sebaik dan kuat imannya seperti saya,” ujar Darwisy bersahaja.
Damia mencemikkan mukanya tanda tidak bersetuju. Iyalah tuuu...
Dalam pada Darwisy dan Damia berperang mulut. Terdengar suara orang memberi salam. Darwisy sudah keresahan. Bala apakah yang bakal menimpanya seketika nanti? Damia juga sudah tidak senang duduk. Janganlah orang kampung Pak Longnya datang membuat serbuan. Tentu malu Pak Longnya nanti.
Darwisy membuat isyarat supaya Damia diam. Jam sudah menunjukkan enam lima puluh lima minit pagi. Damia juga masih belum menunaikan solat Subuh. Tak akan dia hendak pulang dengan pakai yang seksi sebegini? Mahu pengsan orang kampung bila terlihat akan dirinya nanti. Tak pasal-pasal dia dikatakan gila.
Darwisy dengan berat hati membuka pintu. Pucat muka Darwisy melihat seorang lelaki berkopiah berdiri tegak di depan pintu chaletnya.
Lelaki yang lengkap berkopiah itu menerpa masuk. Terkejut bukan kepalang pabila melihat muka anak saudaranya yang sembab dan bercucuran air mata serta dalam keadaan mencurigakan. Kamal meneliti raut wajah anak muda yang berada di hadapannya.
Sewaktu dia pulang ke rumah malam tadi sangkanya Damia sedang tidur. Seawal jam lima pagi, isterinya Anisah memberitahu dia bahawa Damia tiada di dalam biliknya. Hatinya bimbang dan rungsing bukan kepalang. Selesai solat Subuh, dia keluar mencari anak saudaranya di sekitar pantai. Kamal bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak saudaranya itu. Setibanya dia di hadapan sebuah chalet, jantungnya bagaikan hendak gugur tatkala melihat selipar dan pakaian anak saudaranya bersidai di berada chalet tersebut.
Kamal merangkul bahu Damia. Kasihan dia melihat riak sedih yang jelas terpancar di wajah anak saudaranya itu. Nasib anak saudaranya bertambah malang selepas adiknya Dasuki Aqtar meninggal dunia. Adik iparnya Karina langsung tidak mengambil berat tentang Damia. Dunianya hanya bekerja dan memperkukuhkan lagi kerjayanya. Anaknya yang seorang ini langsung tidak diambil peduli. Dia perlu bertindak. Sekiranya berlaku sesuatu ke atasnya, sekurang-kurangnya ada orang yang akan menjaga anak saudaranya kelak.
“Pak cik hendak kamu bertanggung jawab ke atas anak saudara pak cik ini,” luah Kamal tegas sambil memandang wajah Darwisy.
Buntang mata Darwisy memandang lelaki yang berada di hadapannya saat ini. Mana mungkin dia sanggup bernikah dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Mahu kena serangan jantung bonda dan ayahnya nanti. “Maaf pak cik, saya tak mampu melaksanakannya. Lagipun saya tidak buat apa-apa ke atas anak saudara pak cik. Saya hanya membantunya semalam. Itupun sebab dia pengsan di hadapan chalet saya,” terang Darwisy sopan. Dia masih mampu mengawal perasaan marahnya.
“Mia juga tak bersetuju dengan cadangan Pak Long. Mia masih muda dan tak kenal dengan lelaki ini,” terang Damia dengan linangan air mata.
“Pak Long tak kira. Kamu berdua mesti bernikah hari ini juga. Keputusan Pak Long adalah muktamad,” tegas Kamal.

“Dan kamu anak muda, jangan cuba hendak melarikan diri!” Kamal menelefon pekerjanya supaya datang ke chalet Kenanga 2. Tujuannya adalah untuk menghalang Darwsiy daripada cubaan melarikan diri.

Setelah menunggu tak kunjung tiba Damia nekad untuk mencari suaminya tetapi hatinya remuk bila apa yang dilihat.

“Sayang masuk dulu cari Darwisy, Ucu nak parking kereta.”

Dalam keadaan debaran yang mengganas hebat, Damia mengatur langkahnya. Matanya melilau mencari wajah suaminya. Mujurlah hari ini dia berbaju kurung. Maklumlah hendak bertandang ke rumah keluarga mentua. Atas nasihat neneknya dan inginkan perubahan setelah bergelar isteri, Damia mula memakai tudung. Menurut neneknya, kecantikan dan aurat seorang isteri hanyalah sesuai untuk tontonan suaminya sahaja.
“Jemput duduk cik,” arah satu suara.
Damia menoleh melihat siapakah gerangan yang menyapanya. Mungkin petugas untuk majlis ini bisiknya.
“Emmm.... boleh saya tahu ini majlis perkahwinan siapa?” Tanya Damia ramah.
“Oh... ini majlis perkahwinan anak lelaki Tengku Dzulkarnain dan Tengku Faridah! Kalau cik nak bertemu dengan mempelai, cik kena tunggu sekejap sebab mereka tengah makan beradab.” Tunjuk gadis itu bersama senyuman manis.
Mata Damia mencari arah yang ditunjukkan oleh petugas itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berjalan menghampiri meja pasangan pengantin tersebut. Hancur luluh hatinya melihat senyuman manis yang terbit daripada bibir pasangan pengantin itu.
Patutlah Darwisy tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya. Apa tujuan kata-kata Darwisy dalam suratnya tempoh hari? Adakah sekadar ingin menyedapkan hatinya dan menutup temberang lelaki itu? Atau ingin menunjukkan kononnya dialah lelaki yang paling budiman tetapi apa yang terzahir adalah sebaliknya?
Dengan hati berlagu pilu, Damia meninggalkan majlis itu. Sekeping harapan yang telah Darwisy persembahkan kepadanya hancur berkecai. Janji-janji Darwisy adalah palsu semata-mata. Tidak jauh dari pintu pagar kelihatan Ucunya. Tanpa tertangguh dia terus memaut lengan Ucunya dan mengarahkan agar mereka segera beredar.
Kesakitan yang Darwisy tinggalkan sedikit terubat apabila dia disahkan hamil. Mujurlah dia tidak mengalami sebarang masalah dan alahan sewaktu hamil. Pasti dia terpaksa menangguhkan pelajarannya sekiranya perkara itu terjadi. Nasib baik juga ada Reqza yang sudi membantu dan mengambil berat akan dirinya. Reqza juga sanggup membatalkan hasratnya untuk terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian memandangkan dia masih enggan pulang.



Thursday, 10 October 2013

IMPIAN DIREALISASIKAN

Gembira ... apa lagi yang perlu diungkapkan .... Terima kasih ucapan untuk Ein Lynn yang sudi memberikan kad ucapan ini untuk saya ... 


Kad Limited Edition  ( saya dan Evelyn Rose je yang ada )

Perkenalan dilaman Blogs Duniaku Einsprasiku bermula bila Ein terpilih sebagai pemenang tempat pertama untuk contest menyambung bab 28 untuk  Novel 13 JAM A380. Perkenalan itu dilanjutkan menjadi rakan Facebook. Sebenarnya saya juga pernah mencuba untuk menghantar contest itu tetapi separuh jalan. ( otak tak berkembang ) hehehheh

Impian saya tercapai bila menerima sekeping kad daripada Ein. Ein telah membaca perjalanan mendapatkan novel ini bertandatangan penulis diiringi kepayahan dan dugaan . Usaha gigih Ein mendapatkan tandatangan penulis novel ini untuk diberikan khas untuk saya. Tak terucap rasanya.... Saya sangat menghargai ... 

Sedikit coretan dari Evelyn Rose 

Kata - kata dari Ein yang ada bersama kad 13 jam A380.

Sunday, 22 September 2013

NOVEL SEINDAH HUJAN CINTA



Takdir telah memilih aku sebagai temanmu.... 
Tapi mampukah kau setia memayungi aku setiap kali aku memerlukan?

Saya membeli novel ini dari rakan FB yang menjualnya pada saya. Seindah hujan cinta novel setebal 539 muka surat ini menceritakan hidup bermadu dan poligami. Saya tahu madu itu manis tetapi bermadu siapa nak jawab..... Ada part-part yang menyentuh hati membolehkan kita menitiskan air mata. Saya suka novel ini ada kelainan bukan cerita cinta yang biasa kita dengar bukan kahwin paksa yang banyak dipasaran. 

Novel ini menceritakan Aneesa yang bercita-cita melanjutkan pelajarannya ke universiti tidak kesampaian ini berikutan Aneesa terjerat dalam rancangan kakak angkatnya Zarita. Zarita anak Tuan Malim dan Puan Zarina ia juga merupakan keluarga angkat Aneesa dan majikan maknya berkerja. Tuan Malim sekeluarga tidak pernah menganggap maknya adalah pekerjanya malah menganggap sebahagian dari keluarga mereka. Zarita yang sudah berkahwin 5 tahun yang lalu dengan pasangannya Wasim masih belum dikurniakan cahaya mata. Kerja sebagai Model Zarita tidak mahu melahirkan anak kerana takut akan mengganggu impiannya sebagai Super Model yang terkenal. Demi memenuhi permintaan suaminya Wasim, Zarita membenarkan Wasim berkahwin lain untuk mendapatkan zuriatnya tetapi perempuan itu mestilah perempuan pilihan Zanita. Cadangan Zarita memilih Aneesa sebagai pilihannya ditentang oleh keluarganya. Paling mengejutkan Aneesa sendiri membuat keputusan untuk menerima cadangan Zarita. 

Pernikahan berlangsung dikalangan keluaga sahaja. Aneesa dibawa ke rumah kediaman Wasim dan Zarita. Disitu kehidupan Wasim dan Aneesa bermula. Hubungan tanpa secalit cinta pada lelaki yang dianggap suami pada kakaknya itu membuatkan Aneesa rasa kekok untuk hidup bersama. Zarita yang sibuk aktiviti modelingnya membuatkan Aneesa mula sudah jatuh cinta pada suaminya. Segala kelengkapan diri , makan minum suami disediakan oleh Aneesa. Perkara ini dikongsikan bersama abang susuannya Zamirul. Sikap Wasim yang terlalu cemburu dan cepat marah membuatkan Aneesa selalu dimarahi jika ada yang tersilap. Ini juga membuatkan Aneesa takut untuk berterus terang. Wasim tidak menganggap Aneesa wujud jika Zarita ada dirumah. Wasim juga merahsiakan hubungannya dengan Aneesa membuatkan jiran tetangga mula membuat fitnah lalu mereka ditangkap khalwat kerana salah sangka . Aneesa sekali sekala berkecil hati dengan keadaan itu.

Aneesa diajak pulang ke kampung Wasim. Kehadiran Aneesa tidak disenangi oleh mak mertuanya. Mak Yon menganggap isteri kedua adalah perampas. Tanpa usul periksa Aneesa terdera dengan kata-kata kesat mertuanya yang tak boleh menerima dirinya sebagai isteri kedua anaknya itu. Zarita tak pernah mengambil tahu bagaimana perhubungan Wasim dan Aneesa hingga Zarita terlihat kemesraan didepan matanya sendiri. Kerana rasa cemburu Zarita nekad untuk mengandung. Keputusan kehamilan Aneesa amat menggembirakan tetapi disimpan rapi kerana Zarita juga turut mengandung. Kelancangan Wasim mengatakan tidak perlukan anak dari Aneesa membatal hasrat Aneesa untuk memberitahu Wasim tentang kandungannya.

Wasim terus melupakan Aneesa demi menjaga Zarita yang mengandung. Rahsia yang tersimpan terbongkar bila Aneesa pulang kerumah orang tuanya. Wasim marah dan mengatakan Aneesa sengaja memberitahu keluarganya yang dia suami yang tidak bertanggungjawab. Pertengkaran Aneesa dan Wasim di hidu oleh keluarganya. Tuan Malim marah dengan sikap menantunya. Wasim hanya mampu berkata  manis dan tak mampu untuk berlaku adil membuatkan Aneesa terus terasa terpinggir. Keadaan itu lebih teruk bila Zarita dan Aneesa dibawa ke kampung keluarga Wasim. Aneesa terus bersabar dengan kerenah Mak mertuanya yang melebihkan Zarita dari dirinya. Entah bagaimana Aneesa ditikam oleh penagih dadah semasa mencari barang dikereta. Aneesa terus diduga , Bayi yang dilahirkan tidak bertahan lama. Abdul Wafie meninggal pada hari kesembilan . Selepas kejadian itu Aneesa menumpang kasih bila Zarita melahirkan Aina Sofea. Zarita kembali aktif dunia modelnya selepas habis pantang dan meninggalkan Sofea membesar bersama Aneesa. Zarita mengambil ubat kurus hingga memudaratkan kesihatannya. Ini berpunca Zarita kelihatan gemuk selepas bersalin. Zarita meninggal dunia akibat kesan ubat yang diambilnya secara berlebihan. 



Sinopsis dari kulit novel

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?” 


Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku. 


“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”

“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”

“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”

“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”



Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya. 

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”

“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”

“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”

“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.
Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya

Petikan - petikan yang menarik dalam novel 
Impiannya
"Hah! Nisa dah daftar?" soal Tuan Malim , menarik minat wajah-wajah orang disekelilingnya.
""Daftar apa, papa?" soal Aneesa yang kurang faham.
"Daftar jadi penganggur sementara!" serentak itu. mereka ketawa berderai.
"Papa ni! Ingatkan daftar kursus nikah tadi," ujar Aneesa slamba.
"Amboi! Gatal juga anak dara papa ni. Belajar tak habis lagi, dah ingat nak kahwin. Dah ada calon ke ?" usik Taun Malim lagi.
"Mana ada . Semuanya belum cukup umur,pa! Tapi kalau nisa betul-betul nak kahwin, parahlah poket papa nanti. Sebab nak buat wedding of the year, nak ada flower girl ramai-ramai ederet ikut kat belakang Nisa, bunga banyak- banyak.."
"Amboi suka hati dia nak memerintah papa. Ingat papa tu mesin cap duit? Kalau nak wedding of the year, belajar tinggi - tinggi , cari duit banyak-banyak, belanjalah berapa banyak pun tak ada yang nak larang! Nak buat pelamin kat kayangan ke kat dalam laut ke nak ikan duyung jadi flower girl ke .... semua boleh!" Ketawa Aneesa berderai lagi, geli hati pula dengan kata-kata Mak Mah.
"Wah! Mak punya imaginasi ni boleh tahan juga ya. Good idea. Nanti nisa pertimbangkan untuk jadikan ikan duyang sebagai flower girl." Mak Mah dan yang lain juga turut ketawa. Memang takkan menjadi kenyataan pun!

Impian Wasim untuk mendapat anak bersama isteri tercinta hampa tapi Zarita membuat cadangan Wasim berkahwin lain demi memenuhi impiannya dengan syarat perempuan itu pilihannya.
"You gila ke , Hah?" Kedua-dua belah pipi Zarita dipegangnya. Dia tidak percaya langsung dengan apa yang didengarnya tadi.
"I atau you yang gila? Yang you macam nampak hantu ni , kenapa? Patutnya you suka bila I suruh you kahwin, Kenapa terkejut pula?" soal Zarita yang sudah mula ketawa kecil.
"Atau you cuma buat-buat terkejut saja..."
"Rita! Jangan nak menguji I. I/m serious. Itu bukan cara nak selesaikan perkara ni. I nak you yang lahirkan anak untuk I, bukan I nak anak dari orang lain."
"Kenapa tak boleh selesaikan masalah pula? You kahwin lain, dapat anak, selesai masalah, kan?"
"Lepas dapat anak , I nak buat apa dengan isteri baru I tu? You tak takut kalau kasih sayang I berubah untuk dia? You tak takut kalau I tak sayangkan you lagi? Mudahnya you nak selesaikan masalah sampai sanggup nak berikan I pada orang lain!" Wasim menyandarkan tubuhnya ke sofa. Hati kecilnya mula terasa. Begitu pentingkah perkerjaan Zarita hingga dia sanggup mengorbankan kasih sayangnya kepada orang lain.
"I tahu kasih sayang you tak akan berubah. I tahu you terlalu sayangkan I, sebab tu I sanggup berkorban untuk you. Tapi ada syaratnya..."
"No, Rita. Tak mungkin. Tou memang dah gila. Apau syaratnya itu tak mungkin.." Wasim merenung wajah Zarita yang tersenyum manis dihadapannya. Tidakkah ada rasa cemburu dalam diri wanita itu? Ah! Ini memang gila. 
"Dengar dulu syarat I! Perempuan tu mesti kena post - mortem dengan I dulu. You kena dapatkan persetujuan I sebelum kahwin. Lebih baik kalau I yang pilih.."
"You nak pilihkan?" Terbeliak mata Wasim pada kali ini. Dia merasa Zarita sudah semakin mengarut.
"No, no, no! nanti you pilihkan yang ... eee... seram I. Enrah-entah pilihakan mak Indin untuk I nanti. Silap-silap siap dengan pekak, bisu, jalan pun senget."
"Oooo! JAdi you nak pilih yang lawalah, yang bergetah? Hmm! Gatal!" Tubuh Wasim mula menjadi bahuan cubitannya. Bukannya sakit pun , cuma cubit- cubit sayang!
"Ehh! Bukan I yang nak kahwin, you yang bagi cadangan. Nak marahkan I pula. " Pantas tangan Wasim menahan jari-jemari Zarita yang ligat mencubit tubuhnya itu.


Atas dasar percaya Zarita memilih Aneesa sebagai calon isteri untuk suaminya
"Sebab boleh percayakan Nisa lah kak RIta pilih Nisa untuk jadi isteri Abang Ash Nisa tu.."
"Kak Ri ..ta!" Membulat mata Aneesa. Sama bulat dengan mulutnya yang melopong luas. Tuan Malim, Puan Zarina dan Mak Mah juga turut terpempan. Jawapan Zarita tidak pernah terlintas dalam benak fikiran mereka. Mustahil Aneesa yang dimaksudkannya!
"Kak Rita jangan main-main, boleh tak? Nisa dan Abang Ash dah bincang yang dia tak mahu kahwin dan Nisa pun tak akan tolong carikan isteri untuk dia."
"Siapa yang main-main? Abang Ash pun dah setuju." Serius wajah Zarita membuatkan semua yakin yang dia tidak main-main.
"Dia setuju?" Berlipat seribu dahi Aneesa. Bari semalam Wasim menjelakan yang dia tidak mahu berkahwin dengan sesiapa, tapi pada hari ini sudah lain pula ceritanya.
"Kak Rita dan suami Kak Rita tu memang gila. Kenapa nak libatkan Nisa? Kak Rita... argh! Mak , papa... kenapa dengan kak Rita ni? Nisa tak naklah jadi isteri nombor dua, macam Nisa ni tak laku sangat, desperate sangat nak bersuami. Eeee, gilalah!" Aneesa mula hilang punca. Hilang kata-kata. Serabut otaknya memikirkan merenah Zarita dan suaminya. Boleh pula Wasim bersetuju dengan idea gila Zarita itu!
"Mak mah , papa , mama... Rita dah fikir masak-masak. Rita tahu ini bukan perkara main-main. Tapi Rita yakin pada Nisa. Hanya ini harapan Rita."
"Tapi papa rasa apa yang Rita dan Wasim buat ni tak kena. Papa tak setuju. Kami semua tak setuju!" Tegas bicara Tuan Malim menentang hasrat Zarita.

Kerana simpati dan ingin membals jasa, Aneesa bersetuju untuk berkahwin.
"Mak , papa, mama , Abang Rul..." pangil Aneesa sambil memerhati wajah seorang demi seorang di hadapannya itu. "Nisa dah buat keputusan, Nisa akan kahwin dengan Abang Ash."
"Jangan Nisa!" tentang Mak Mah keras. Dia sudah mula teresak-esak. Dia tidak dapat menerima keputusan Aneesa walau apa sekalipun alasannya. Dia tahu keputusan yang dibuat oleh Aneesa akan membakar dirinya sendiri.
"Mak tolong jangan halang Nisa. Tolong faham Nisa dan Nisa nak semua orang tolong doakan kebahagiaan kami."
"Mama tak setuju!" bantah Puan Zarina pula. "Maslah ni dia orang yang timbulkan, pandai-pandailah dia orang selesaikan sendiri." 
"Tak usahlah Nisa . Nisa dan Rita , dua-dua anak papa. Papa tak nak siapa-siapa pun kecewa." Walaupun Aneesa bukan anak kandungnya, Tuan Malim tidak mahu Aneesa menanggung beban dan berkorban demi Zarita. Dia tidak akan berpihak kepada Zarita dan menyokong rancangan gilanya itu.

Thursday, 12 September 2013

NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU


Playboy itu suami aku?! Biar betul !

Buah tangan ke tiga dari penulis comel Suri Ryana. Baru - baru ini penulis comel ini dinobatkan untuk kali kedua sebagai pemenang Anugerah pilihan pembaca popular Berita harian untuk novel kedua beliau Novel Isteri Separuh Masa . Kali ini dengan tajuk yang cukup menarik Playboy itu suami aku dengan susunan kata yang cukup menarik . Novel setebal 666 muka surat ini membongkar dan merungkai rahsia Adrian adan Afina. 

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara ) kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku. 

Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina  dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.


Sinopsis dari kulit novel.
Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”


Petikan-petikan yang menarik dalam novel

Tiba-tiba 
“Kurang asam betul! Dah lah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje” Bebelku sambil membetulkan t-shirt lengan panjang berwarna hitam di badan. Sakit di hati masih membara lagi. Tak fasal-fasal aku kena balik rumah dan tukar baju lain!
“Tengoklah, kalau aku jumpa pemilik kereta tu nanti, siaplah dia!” Omelku di dalam hati. Nasib baik nombor plat kereta BMW X6 itu senang untuk dihafal. Bawak kereta mahal-mahal tapi otak letak kat lutut!
‘Sabar Afina..husnuzon..husnuzon! Entah-entah pemandu tadi tak perasan kot dia terlanggar lopak?’ Hatiku berkata begitu. Bukan aku tak mahu husnuzon atau bersangka baik, tetapi mustahil pemandu tadi tak perasan lopak sebesar itu. Hah! Entah-entah bas pun dah terlepas agaknya masa aku pulang tadi! Aduhai..Aku menggigit bibir dan menghalakan pandangan ke sebelah kanan jalan.

Dipertemukan ...
“I want 5 bouquet of roses. 4 bouquet mesti ada 50 kuntum hybrid tea roses warna merah. Campur dengan baby breath.” Baby breath? Biar betul nama bunga macam tu! Ah..takpe..mesti Syaf tahu serba sedikit ni. Pasti Kak Ani dah turunkan ilmu kat dia. Kertas yang berada di tangan dihulurkan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan menundukkan wajah. Sehelai lagi kertas ditarik oleh lelaki kacak ini. Aku tahu dia sedang menulis sesuatu tetapi aku tak berani lagi ingin mengangkat wajah kali ini. Takut terleka lagi.
“Kat atas kad, tulis ayat ni.” Suaranya bergema. Aku terus menyambut huluran kertas tersebut dan membaca bait-bait ayat yang tercoret.
“On this day, a very special person was born. Happy Birthday, beautiful..I love you so much! -King-.”
Semua rasa kagum, suka dan yang seangkatan dengannya sebentar tadi terus hilang. Tahniah Fina! Kau telah kembali ke dunia nyata. Sah yang berada di hadapan kau ni King of Crocodile!
“Semua kad tulis ayat yang sama ke?!” Soalku sedikit terkejut. Aku tak peduli lagi sekiranya dia perasan perubahan pada nada suaraku. Orang gila sahaja yang tak akan terkejut.
“Yes! Cuma nama aje berbeza. These are their names and addresses. Hantar today.” Seperti tidak terkesan dengan nada suaraku tadi, dia menjawab soalanku dengan bersahaja. Aku terus membaca huluran kertas yang seterusnya.
“Nadia, Rossy, Jessica, Fisya.” FISYA? Bulat mataku mengeja kembali nama yang terakhir itu. F-I-S-Y-A. Memang bunyinya Fisya! Tetapi ni bukan alamat rumah aku. Aku terus mendongakkan kepala ke atas. Ternyata dia juga sedang merenung ke arahku. Boleh tak kalau dia tak senyum?
“Err..Fisya ni..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus mendekatkan wajahnya ke arahku.
“Why?” Bisiknya dengan penuh prihatin. Aku pula terus menggelengkan kepala. Mesti Fisya lain ni..! Aku membuat kesimpulan sendiri.
“Erm..nothing!” Ujarku. Fina..kau dah salah menilai! Dia ni playboy lah..sama aje dia ni dengan lelaki lain kat luar sana tu. Hatiku menempelak.
“Ehem..Tadi encik kata ada 5 bouquet kan?” Dengan sedikit kalut aku bertanya soalan itu. Dia pula menganggukkan kepala sedikit.
“Yes, yang satu lagi tu pun sama je..but I nak cream colour Gerbera dengan Eustoma untuk jambangan ni.”
“Algebra?” Mata kukecilkan sedikit sambil buat muka blur. Nak eja macam mana pun aku tak tahu. Bunga apa tu? Kenapa aku dengar bunyinya macam algebra yang aku belajar kat sekolah dulu pulak ? Terkejut sedikit kulihat wajah lelaki ini. Mesti dia ingat aku ada penyakit. Tadi terkejut dengar nama Fisya. Sekarang ni terkejut nama bunga pula.
“Bukan algebra but Gerbera!” Tergelak kecil lelaki di hadapanku. Barisan gigi yang putih jelas kelihatan waktu ini. Kulit wajah di bahagian pipi pula kelihatan sedikit merah. Aku juga ikut senyum melihat dia seceria ini. Terus sahaja dia mencapai kertas dan menulis nama bunga tersebut. Owh..G-E-R-B-E-R-A! Aku manalah tahu tentang bunga!
“Owh..you are not familiar with flowers, aren’t you?” Soalnya. Macam tahu pula apa yang bermain di dalam fikiranku. Tanpa menunggu jawapan dariku dia terus menyusup keluar melalui pintu sisi. Tidak sampai beberapa saat dia hadir bersama dua kuntum bunga.
“Okay..this is Gerbera.” Ujarnya dengan perlahan-lahan. Nampak seperti cikgu tadika pun ada. Aku terus tergelak kecil sambil menganggukkan kepala. Kenapa tak cakap bentuknya macam bunga matahari cuma yang ni warna krim! Kalau aku tulis algebra tadi, tak ke naya?! Mesti Syaf pun tak akan faham bunga apa yang dikehendaki oleh lelaki ini.
“And this is eustoma” Tangan kiri pula digawangkan di hadapan wajahku.
Aku terus mengangguk dan menyambut huluran kertas yang diberikannya kepadaku. Tidak sabar rasanya ingin membaca ucapan untuk penerima bunga yang ke-5 ni. Kalau aku tak ganti tempat Syaf hari ni, mesti aku tak akan percaya yang dia adalah seorang playboy! Afina! Seorang playboy memang pandai memikat. Hatiku berkata-kata sendiri.
“Tulis ayat tu kat atas kad.” Aku hanya mengangukkan kepala.
‘Dear Leya, You are too good for me. I think you are better off with someone else. Let’s just be friends. I am sorry. :( Goodbye darling.. :)’
Begitulah bunyinya ayat di atas kertas yang terakhir ini. Nak berpisah pun hantar bunga jugak?!
“Ni bayarannya..” Beberapa keping not RM 50 dihulurkan kepadaku. Aku pula terus menggawangkan tangan tanda tidak boleh menerima duit tersebut. Biar aje Syaf yang tentukan harganya.
“Ehh encik..saya tak tahu berapa harga semua ni..nanti saya..” Belum habis aku cakap, dia sudah memotong.
“It’s okay..harga tak berubah pun. I’m a regular here.” Ujarnya dengan selamba.
“Oh..okay..”Dengan sedikit teragak-agak aku menyambut kepingan duit yang berada di tangannya. Dia pula terus berpaling. Ayat yang kurangka di dalam kepala terasa ingin sangat kuajukan kepadanya.
“Encik K..king!” Aku memberanikan diri memanggil namanya. Dia terus menoleh ke arahku. Sedikit serius wajahnya ketika ini.
“Anything?” Soalnya.
“Sa..saya nak tanya..kereta kat depan tu kereta encik ke?” Walaupun sedikit gagap pada mulanya, namun soalan tersebut berjaya juga meluncur keluar dari bibir. Dia pula terus melangkah kembali ke kaunter. Kepala ditundukkan memandang ke arahku yang sedang duduk.
“Yes..why?” Soalnya sambil tersenyum sekali lagi. Aku rasa dia ni ada main jampi-jampi la. Lembut sedikit hatiku apabila dia tersenyum begitu. Tapi, serta-merta aku mengumpul kekuatan yang ada dan baru sahaja mulutku ingin berkata-kata, lelaki tinggi lampai ini telah terlebih dulu bersuara.


Sangkaannya tepat bila Adrian datang kerumah.

“You?” Dia tersenyum kacak untuk kesekian kalinya. Aku terus membuang pandang ke arah jalan raya. Malas mahu bertentangan mata dengannya. Takut terleka lagi dengan “killer smile” yang diberikan lelaki ini.

“Awak nak apa datang rumah saya malam-malam begini?” Acuh tak acuh aku bertanyakan soalan itu. Memang aku tidak suka dia berkawan dengan Fisya! Sebabnya aku kenal benar dengan jenis lelaki macam dia. King of Crocodile ini akan menghancurkan hati Fisya. Tegang sahaja wajahku ketika ini.

“Why do you sound so serious?” Sebelah keningnya terangkat sedikit. Senyuman masih lagi bersisa di bibir.

“Saya tak salah rumah kan? Fisya tu adik atau kakak awak?” Soalnya dengan bersahaja. Aku terdiam seketika. Jarang orang nak kaitkan aku dengan Fisya. Maklumlah, bagi mereka, aku dan Fisya bagai langit dengan bumi.

“Dia kembar saya.” Jawabku dengan malas.

“Oh..no wonder ada persamaan!” Aku terpempan lagi. Rasanya, jarang-jarang orang nampak persamaan di antara kami berdua. Selalunya orang akan buat muka pelik bila tahu bahawa aku ni kembar Fisya. Lelaki ini semakin menghampiri. Masih mencari persamaan di antara aku dan Fisya, mungkin!

“Memang sama kalau you tak pakai tudung..” Nampak ikhlas apabila dia berkata begitu. Kemudian, dia bersuara lagi.

“And without this glasses, memang..” Serentak dengan itu dia terus mendekatkan dirinya kepadaku membuatkan aku ingin mengundur setapak ke belakang. Tetapi belum sempat aku berbuat demikian, tangannya terus sahaja mencabut kaca mata tebal dari wajah. Aku pula yang terkejut terus menampar wajahnya dengan tidak sengaja. Tindakan refleks! Ingatkan dia nak buat apa tadi. 

Sempat lagi aku meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat. Alamak mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku.

Baru sahaja ingin meminta maaf, kedengaran suara seorang perempuan menjerkah dengan kuat di belakangku. 



Lelaki yang bernama Adrian menghuru-harakan hidup Afina bila Mummy Adrian, Puan Sri melamarnya Afiana untuk anaknya.

“Silakan miss..” Ujarnya dengan lembut sambil mendepakan sebelah tangan ke arah kirinya. Sebelum Jessica beredar, sempat lagi dia menghentakkan kaki tanda protes. Rossy pula menjeling tajam ke arah Puan Sri tanda tidak puas hati dengan wanita itu.

Aku melihat mereka berdua beredar dengan hati yang semakin sarat dengan kerisauan.

“Mummy..thanks..I owe you one! Nasib baik mummy cover tadi..Ad pun dah menyampah dengan diorang. Elok juga diorang ingat Ad dah nak kahwin. Tak perlu lagi nak layan diorang lepas ni.” Dengan selamba anak Puan Sri ini memeluk ibunya dari belakang dan mengucapkan kata-kata itu. Aku hanya mampu mengetap bibir. Puan Sri kulihat melepas pelukan anaknya. Kemudian, dengan wajah yang serius, dia bersuara.

“Tak Adrian..this time mummy bukan berlakon untuk selamatkan Adrian dari perempuan-perempuan tu.” Ujarnya tenang. 

“Mummy betul-betul dah ada calon untuk Adrian. You are getting married soon!”. King pula memandang ke arah ibunya dengan pandangan tidak percaya. Kemudian terus sahaja dia ketawa besar. Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya kelu seribu bahasa.

“Raja Adrian!” Puan Sri dengan tegas menyebut nama anaknya itu.

“Mummy tak main-main. Ad akan kahwin tak lama lagi!”

Mati terus tawa yang terhambur keluar dari bibir lelaki itu tadi. Dari riak wajah Puan Sri, nampaknya dia memang tidak main-main. 

“What?! Dengan siapa?” Terkejut besar kulihat wajah lelaki ini. Seronok pula rasa hatiku. Padan muka! Anak orang kaya mana agaknya yang menjadi pilihan Puan Sri ye? Pasti perempuan itu bukan calang-calang orangnya kerana dapat menawan hati wanita cerewet ini. Aku mula berteka-teki sendiri di dalam hati.

Kelat terasa air liur yang ditelan apabila Puan Sri menoleh ke arahku.

“Afina!” 

Dengan tenang dia menjawab soalan anaknya itu membuatkan aku ingin rebah. Lemah terasa segala sendi yang berada di dalam badan. Terkulai rasanya tulang-temulang yang menyokong tubuh.

“Puan Sri!!” Terjerit kecil aku jadinya. Bulat mataku memandang ke arah Puan Sri.

“Mummy, you must be kidding me! I am getting married to this girl? You are being ridiculous!” King pula membentak. Kedua-dua tangannya meraup wajah dengan kasar. Baru sahaja dia ingin membentak lagi, Puan Sri terus membidasnya.

“You can say whatever you want but my decision is final!” Bentak Puan Sri. Aku pula terus sahaja menggelengkan kepala. Masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Cermin mata berbingkai hitam yang hendak melorot kutolak ke atas sedikit. Wajah lelaki itu tidak lagi kupandang. Saat ini aku hanya memfokuskan pandangan ke arah Puan Sri. Matanya memandang jauh ke dalam anak mataku.

“Puan Sri..maafkan saya, tetapi, saya betul-betul harus pergi sekarang..”

Setelah berkata begitu, aku terus meluru ke arah tangga dan melangkah naik ke ruang atas, di mana Syaf sedang berada. 



Segalanya berlaku dengan pantas. Afina terlibat dalam kemalangan hingga dia tidak mengenali suaminya, doktor mengesahkan Afina Amnesia

“Kita dah kahwin 5 bulan yang lepas.” Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari bibir Adrian. Aku terus menoleh ke arahnya dengan pantas. Tenang sahaja wajahnya ketika ini. Tangan kanan memegang strereng dengan kemas manakala tangan kiri berada pada gear kenderaan. Matanya pula difokuskan pada jalan raya yang agak lengang.

“Tak logik!” Jeritku. Kepala kugelengkan berkali-kali.

“Apa yang tak logiknya?” Nada suara lelaki ini sudah mula meninggi. Jelingan tajam diberikan kepadaku sekilas sebelum matanya jatuh pada jalan raya di hadapan semula. 

“Tak logik untuk aku berkahwin dengan seseorang macam kau!” Jawabku dengan lancar. Wajah kuraup berulang kali. Masih tidak percaya yang aku telah membuat satu kesilapan yang besar dalam hidup aku. Atas dasar apa aku memilih dia sebagai teman hidupku?

“Entah-entah kau yang perangkap aku untuk berkahwin dengan kau!” Ujarku dengan lantang. Besar mataku memandang ke arahnya. Adrian hanya ketawa kecil ketika ini. Kepala digelengkannya sedikit sebelum bersuara. Wajahku direnungnya seketika.

“Aku? Perangkap kau? You must be joking, girl.” Balasnya dengan sangat perlahan. Pandangan dihalakan ke hadapan kembali. Tangan kiri membetulkan kedudukan kaca mata hitam di wajah. 

“Aku tak perlu nak pasang perangkap untuk mengajak seorang perempuan berkahwin, Fina. In fact, ramai yang terhegeh-hegeh berbaris untuk kahwin dengan aku walaupun aku dah berkahwin.” Dengan tenang dia berkata begitu membuatkan aku menjadi semakin menyampah. Aku tak mahu hidup dengan lelaki seperti ini lagi. Aku mahu bebas. Aku memusingkan badan ke kanan. Wajahnya kurenung lama sambil mengumpul kekuatan untuk mengungkapkan apa yang terbuku di hati.

“Ceraikan aku!” Luahku dengan tenang. Ya, itu yang aku mahu. Adrian menjeling dengan tajam ke arahku sekilas. Kemudian, kaca mata hitam ditanggalkan dari wajah. Berubah terus wajahnya ketika ini membuatkan aku menjadi sedikit gerun. Tidak ada lagi riak tenang dan selamba seperti tadi. Tiba-tiba sahaja kereta diberhentikan secara mengejut. Berdecit bunyi tayar kenderaan bergeseran dengan jalan raya akibat brek mengejut yang dibuat oleh Adrian. Aku terus menutup mataku dengan kedua-dua belah tangan. Betul-betul kecut perut dengan situasi ini.
“Balik-balik hal cerai yang keluar dari bibir kau!” Tempik lelaki di sebelahku ini. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Dapat kudengar Adrian mengeluh berat ketika ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
                               Edisi Drama
















Episod 1
Afina yang baru habis belajar dan memulakan kerja di kedai bunga kakak kawannya, Syaf.  Afina mempunya seorang kembar tetapi sifatnya lain dari dirinya. Hidupnya lebih bersosial berbanding dirinya. Lagipun Afina dibesarkan oleh nenek dan datuknya dikampung. Sejak kehadiran dirinya dirumah mama dan papanya Fisya lebih suka memusuhi dirinya dari menganggap ddirinya sebagai kakak. Kerana kelewatan pelbagai masalah timbul . Bajunya basah terkena air lopak kerana  sebuah kereta telah melanggar air semasa Fina di perhentian bas. Bila sampai dikedai Afina terpaksa melayan sorang customer yang ingin menempah  5 bouquet bunga. tetapi alangkah terkejut bila lelaki itu adalah lelaki yang melanggar lopak air semasa perjalanan Afina ke kedai bunga tadi.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 1

Episod 2
Afina terkejut bila membaca nama pada name card yang diberi ada nama Fisya. Semasa Abang Din menghantar bunga pada Fisya, Abang din hanya memberitahu kawannya yang menerima bukan Fisya. Fina merasa lega kerana bukan adik kembarnya mungkin sekadar nama sahaja. Afina menerima jemputan makan malam bersama keluarganya sempena hari jadinya. Hari jadi Fina tak semeriah hari jadi Fisya yang menjemput rakan-rakannya. Afina juga tidak menyangka King datang kerumahnya atas jemputan Fisya. Tanpa sedar Afina menampar King atas sikap kurang ajarnya. Fisya marah kepada Fina kerana menampar King dan terus membawa King keluar dari rumah.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 2

Episod 3
Kerana hidup Fisya terlalu sosial , papa Fisya  selalu marah pada mama Fisya yang terlalu manjakan Fisya. Ini membuatkan Fisya tertekan bila papanya suka membanding-bandingkan dengan Fina. Fisya salah satu perempuan yang King pernah ajak keluar yang tak lebih dari 2-3 kali sahaja . Fisya menggunakan King sekadar duit sahaja. Masing-masing mempunyai niat yang tersendiri. Abang Din Driver kedai bunga kemalangan. Shaf menghubungi Fina untuk membantu Syaf menolongnya membuat gubahan di kediaman Puan Sri. Dalam Hati yang berat Fina bersetuju melonong Syaf. Sampai dirumah besar Puan Sri Fina berjumpa lagi dengan King. lelaki yang pernah ditamparnya ketika majlis hari jadi Fisya.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 3

Episod 4
Berdepan dengan Puan Sri yang garang bukan perkara mudah. Fina terkejut bila King  menganggil Puan Sri dengan sebutan mummy. Adrian @ King yang perasan Fina dirumah itu tidak teragak- agak untuk mengenakan dan Fina kembali. Peristiwa menampar pipinya dulu amatlah memalukan. Fina cuba bersembunyi dan lari dari King. Oleh kerana tugas mengubah tu agak lama Fina megambil peulang untuk bersolat dirumah Puan sri itu kerana takut terlewat. Puan Sri terharu bila mendengar doa seorang anak. Puan Sri menghubungi Kak Ani pemilik kedai bunga untuk mengetahui identiti Fina sebenar. Adrian cuba buat sesuatu pada Fina tetapi dimarahi oleh Puan Sri. Dengan kehadiran dua orang perempuan yang mengaku teman wanita Adrian membuatkan Puan Sri membuat keputusan untuk memilih Fina sebagai calaon isteri King.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 4





Episod 5
Semasa Puan Sri membuat lamaran, Fina terkejut hingga dia mengajak Syaf meninggalkan rumah Puan Sri tu tanpa berkata apa-apa. Adrian menentang rancangan mummynya. Papa Adrian mengugut jika Adrian tidak menerima rancangan mummynya  dia akan menyerahkan pangkat CEO di syarikat pada orang lain. Puan Sri berpendapat hanya Fina sahaja yang boleh merubah Adrian menjadi baik. Puan Sri datang kerumah Fina untuk memberitahu niatnya melamar Fina tetapi disalah ertikan oleh Fisya. Fisya tidak menyangka Puan Sri akan meminang Fina bukan dirinya. Ini membuatkan Fisya lebih marah dan mengatakan Fina sengaja berbuat begitu. Adrian merancang sesuatu agar Fina menolak pinangan mummynya.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 5

Episod 6
Dengan cara menakutkan Fina , Adrian berharap Fina akan menolak pinangan mummynya. Fina sebenarnya sudah melolak pinangan Puan Sri lebih awal kerana Fina inginkan lelaki yang boleh mengimamkan solatnya bukan lelaki macam King. Adrian runsing dengan tindakan mummynya yang tidak pernah putus asa dan memberi peluang pada Fina untuk berfikir. Fisya semakin sakit hati bila melihat Fina , Fisya yang sememangnya cemburu melihat kelebihan kembarnya. Fisya juga semakin berani mengganggu Adrian dan memujuk agar Adrian tidak berkahwin dengan Fina. Mama dan papa Fina merasa hairan kenapa Fina dipilih sebagai menantu. walaupun Fina pernah menolak lamaran Puan Sri.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 6

Episod 7
Syaf mendapat tempahan membungkus hamper untuk anak-anak yatim. Sejak peristiwa dirumah Puan Sri Fina tidak lagi membantu Syaf. Fina sekali lagi membantu Syaf untuk tempahan itu. Kerana tempahan terlalu banyak Fina tidak pulang kerumah dan terpaksa menyiapkan hamper. Fina menghantar SMS pada mamanya tetapi SMS tu tak sampai ke mamanya ini kerana Fisya telah membuangnya terlebih dahulu. Fisya memburukkan keadaan hingga Mama dan papa Fina marah pada Fina. Ini semua bertujuan agar mama dan papanya beranggapan Fina juga berkelakuan tidak baik sepertinya. Hari untuk menghantar hamper tiba. Alangkah terkejut pada Fina , rumah anak yatim yang dimaksudkan adalah rumah anak yatim milik Adrian A.K.A King. Fina menyaksikan sendiri kemesraan anak-anak yatim itu pada lelaki yang dibenci. Menurut pengetua rumah anak-anak yatim itu Adrian sangat rapat pada Adrian hingga mereka memanggil Adrian dengan gelaran papa. Hati Fina tersentuh bila melihat keadaan itu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 7

Episod 8

Penikahan Adrian dan Fina diadakan secara sedehana atas pemintaan Adrian. Adrian memberitahu Fina agar perhubungannya di depan mata keluarga supaya tidak kekok. Adrian juga membeitahu niat sebenar kenapa dia harus terima penikahan ini kerana dia mahukan jawatan CEO di Kiara Mas tak lebih dari itu. Fina berharap Adrian boleh menerima dirinya seadanya. Untuk menyelamatkan keadaan Adrian terpaksa mengajak Fina tinggal di kondo miliknya. Supaya hubungan mereka tidak dihidu oleh mummynya. Fisya sentiasa meracuni fikiran mamanya dengan cerita-cerita buruk Adrian. Fisya juga tak sabar agar Fina akan menjadi janda akibat diceraikan oleh Adrian. Fina bersabar dengan kerenah suaminya yang tidak segan silu melayan perempuan didepan matanya. Fina juga mengharapkan Adrian akan berubah seperti Adrian yang berada di rumah anak yatim yang pernah dilihatnya dulu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 8





Episod 9
Kehidupan lebih parah bila Fina terasa terluka. Fina pulang kerumah mamanya untuk bertanyakan tip-tip rumah tangga. Fina berharap Adrian akan berubah. Fisya yang memang suka cari pasal membuatkan Fina lebih terluka. Disyarikat Puan sri memecat PA anaknya Adrian, Adrian semakin merang bila mummynya berbuat demikian. Puan Sri merayu agar  Fina berkerja sebangai PA Adrian. Puan sri kata untuk menjadi isteri yang baik perlu tahu aktiviti suami. 
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 10


Episod 11
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Palyboy itu suami aku episod 12




Episod 13
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 16





Episod 17
Jom tonton link ini :Playboy itu suami aku episod 17


Episod 18
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 18


Episod 19
Adrian cuba berterus terang pasal perhubungan mereka pada Fina. Fina menjadi marah dan ingin lari tetapi entah bagai mana Fina jatuh dan kepala Fina terhantuk pada batu. Ekoran itu Fina dimasukkan kedalam hospital. Bila Fina sedar dirinya sudah berada dihospital. Menurut doktor yang merawat Fina ingatan Fina sudah pulih tetapi Fina merahsiakan dari semua orang. Fina enggan untuk berjumpa dengan Adrian. Adrian sedih kerana Fina semakin membenci dirinya. Bila pulang dari Hospital mencari jawapan bagai mana Fina boleh berkahwin dengan Adrian. Fina cuba mengingatkan detik-detik dia mula jatuh cinta pada Adrian dulu. Adrian masih menunjukkan keparhatinannya pada Fina tetapi Fina masih dingin. 
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 19


Episod 20
Oleh kerana Fina enggan pulang kerumah suaminya, Mama Fina merancang sesuatu agar Fina pulang kerumah Adrian. Dalam terpaksa Fina pulang kerumah suaminya juga. Sebelum balik kerumah suaminya Fina pergi dipantai tempat dia meluahkan perasaan hatinya. Dia mencari botol yang dia menyimpan nota-nota luahan perasaannya apa Adrian tetapi telah hilang. Fina memberitahu Syaf yang dia telah pulih dari sakitnya. Fina sudah mula bertugas selepas lama bercuti . Adrian rasa cemburu bila Fahmi cuba rapat dengan Fina. Kehadiran Fahmi yang mula rapat dengan Fina juga membuatkan Fina rasa tidak selesa. Adrian cuba berterus terang tetapi keadaan menjadi tegang.   
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 20






Episod 21
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 21


Episod 22
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 24



Episod 25
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 26

Episod 27
Fina mengambil peluang untuk bermanja dengan suaminya dalam masa 3 hari yang diberikan oleh Fisya. Sebelum Fina pergi dia memohon maaf kepada dua orang tuanya. Ini membuatkan Mama dan papanya hairan. Bila Adrian pulang Fina sudah tiada dirumah . Keadaan Adrian panik bila Fina langsung tidak dapat dihubungi. Fisya memainkan peranan bila Fina menghilangkan diri. Fisya memberitahu Fina sudah lari dengan lelaki lain. Fisya sudah berpakat dengan Fahmi untuk menjayakan hasratnya. Puan sri termakan dengan kata-kata Fisya. Adrian tetap dengan pendiriannya, dia tidak percaya dengan kata-kata Fisya. Kehadiran Fina mengejutkan sahabatnya, Syaf di Penang. Fina menceritakan apa yang berlaku sebelum ini semuanya adalah rancangan Fisya. Termasuklah cubaan membunuh dulu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 27

Episod 28
Syaf tak sanggup melihat Fina yang terlalu rindukan suaminya. Dia mencari jalan untuk menghubungi Adrian dan menceritakan segalanya apa yang berlaku. Fisya rasa gembira bila Puan Sri ingin melamarnya bagi pihak Adrian. Tetapi dibantah oleh Adrian. Adrian membongkar kerja jahat Fisya dihadapan kedua orang tua Fisya. Mereka tidak menyangka Fisya sanggup melakukan sedemikian kerana inginkan lelaki yang kini menjadi abang iparnya. Dalam Fisya mencari Adrian dia dibunuh kerana dendam. Fina terkejut dengan kehadiran Adrian . Fina tahu ini semua kerja Syaf yang memberitahu Adrian. Fina memohon keampunan dari Adrian kerana meninggalkan suaminya. Dan mereka melayari kehidupan baru untuk selamanya. 
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 28


@@@@@ :-
Drama bersiri ni dah melabuhkan tirainya . Walau ramai yang mengatakan cerita ini berterabur dan tak ikut novel. Tetapi pada peminat drama , drama ini tetap dinantikan setiap Isnin hingga khamis Jam 7.00 - 8.00 malam.