Monday 3 February 2014

NOVEL DIA... ISTERI LUAR BIASA

SINGLE is simple, double is trouble...


Ini novel ke empat yang saya miliki. Novel sentuhan penulis Umie Nadzimah kita sedia maklum pengisiannya lebih kepada menyulami kasih sayang dan kekeluargaan . Setia karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Tak hairanlah novel Kerana terpaksa aku relakan terpilih dalam drama adaptasi tak lama lagi. Lupakan cerita tentang drama , fokus pada novel ni . Novel yang mempunyai 616 muka surat ini mempunyai cerita tersendiri . 

Meyusuri episod kehidupan Dewi Yusra yang mencari "suami sementara" (SS) bertujuan  untuk mendapatkan anak. Dewi beranggapan dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah pergi klinik pakar perbidanan dan sikit puan untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF untuk memenuhi impian memiliki anak sendiri. Masalah kewangan bukanlah alasan kerana Dewi mewarisi perniagaan NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda. Tiada Klinik yag bersanggupan untuk menerima tawaran dari Dewi kerana takut lesen klinik mereka ditarik balik kerana melakukan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang. Namun Dewi tidak berputus asa untuk merelisasikan impaiannya. Dewi bertemu dengan sahabat baiknya Kamarul atau lebih mesra dengan panggilan Cik Kim untuk mencari calon suami sementara. 

Dewi meminta lelaki yang ingin menjadi suami sementara mestilah lelaki yang tinggi , maco , kacak , putih , genetik baik-baik , tak tinggal sembahyang dan tak tinggal puasa. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan membuatkan Dewi pening kerana lelaki yang dipertemukan untuk suami sementara bukan stok pilihan. Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Persahabatan yang terjalin di zaman U lagi Dewi hanya menganggap Kamarul sebagai kawan baiknya tak lebih dari itu. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya. Oleh kerana mulut Nina yang macam bertih jagung sedikit sebanyak menghiburkan hari Dewi. 

Kehadiran Dr. Raden Amzar memudahkan lagi impiannya, Dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dalam pemerhatian Dr. Raden Amzar, Dewi gadis istimewa hingga Dr. Raden Amzar menggelar Cik Dewi Bravo dengan gaya yang tersendiri. Pada Dewi Dr. Raden Amzar adalah lelaki edisi terhad yang dicari. 

Rancangan Dewi ingin memerangkap Raden Amzar disuarakan pada sahabatnya Cik kim ( Kamarul ) Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Ini memaksa Dewi terus menjadi Isteri Raden Amzar. Pernikahan mereka berlangsung Di Kota Londan atas permintaan Raden Amzar. Ini kerana tidak mahu Raden Amzar tidak mahu nama buruk akan dihidu dengan kedudukan Raden Amzar sebagai pensyarah dan penyelidik tercemar dengan perkara-perkara sebegini. 

Perkahwinan mereka dirahsiakan hingga Raden Amzar membawa Dewi kekampung untuk diperkenalkan pada Umie. Penerimaan Umie yang dingin pada awalnya kerana terkejut dengan berita yang diterima. Tidak pada kak Long, yang membangkang keras bila mendapat berita tentang perkahwinan Raden Amzar. Nurul Fatih calon pilihan kak Long terpaksa dilupakan. Walau bagaimanapun Kak long tidak berputus asa untuk meraih sempati Raden Amzar agar menerima Nurul Fatihah sebangai calon Isteri kedua. 

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, Rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Suami yang baik pasti dapat membantu isteri supaya mencintai suami hingga tidak beralih arah. Raden Amzar juga menyelami dan merawat penyakit isterinya. Membongkar sejarah silam yang dilalui oleh Dewi hingga dia trauma menerima lelaki dalam hidupnya. Melalui kawan - kawan Dr. Raden Amzar pakar psikologi . Selain itu Dr. Raden Amzar juga tahu Dewi suka melelong suaminya pada wanita-wanita diluar sana, terutama Rozita pelajarnya merangkap pembantu Dewi yang dari dulu menyimpan perasaan pada pensyarahnya. 

Eda sahabatnya selama ini bergantung hidup dengan Dewi merasa cemburu bila semua rakan sekeliling memuji Dewi. Eda memang cemburu pada Dewi kerana apa yang dimiliki oleh Dewi sekarang. Eda juga sanggup berkomplot dengan Kak Long untuk menjatuhkan Dewi dan memecah belahkan hidup sahabat baiknya Dewi. Dewi yang tidak pernah berprasangka buruk malah dia menganggap Eda sebagai saudaranya sendiri. 

Kerana Fitnah yang ditabur oleh Eda, Umie (mertua) percaya semua yang berlaku adalah rancangan menantunya. Kononnya Dewi mempergunakan Raden Amzar hanya untuk mendapatkan Zuriat semata-mata lebih menyedihkan bila mertua memaksa suaminya , Dr. Raden Amzar menceraikan dirinya. Dewi mencuri dengar perbualan suami dan mertuanya. Dewi merasakan Dr. Raden Amzar sudah tidak memerlukannya lagi disaat Dewi sudah menerima Raden Amzar sebagai suami sebenar bukan suami sementara. Tetapi Fitnah yang dicurahkan tidak bertahan lama bila mertua Dewi menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Pada Dr. Raden Amzar, Dewi adalah Isteri luar biasa menyusuri hidup bersama .

Sinopsis dari kulit novel :-
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Heroin dan Hero dalam Drama ini .


( promo minggu pertama )

Episod 1
Dr. Radin Amzar pergi di perkampungan orang asli. Dalam sibuk dia mengambil gambar dikawasan persekitaran. Radin Amzar ternampak seorang lelaki yang agar uzur. Menurut kawan Radin Amzar lelaki itu gila. Mungkin balasan tuhan dia selalu mendera isteri dan anaknya. lelaki itu bukan dari perkampungan orang asli malah dia lari dari ceti haram akibat ketagih berjudi. Dewi Yusra dalam perjalan kerumah sahabatnya Eda , dia ternampak sepasang kekasih berasmara di dalam kereta. Lantas Dewi Yusra menyerang lelaki itu kerana lelaki itu adalah suami pada kawan baiknya Eda. Tanpa sedar kejadian itu diperhatian oleh Raden Amzar. sampai dipejabat Raden Amzar tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa di trafic light siang tadi. Eda dan Idham berkahwin atas dasar cinta tetapi perkahwinannya gagal. Mereka kini dalam proses penceraian. Mereka juga dikurniakan seorang anak bernama Nina. Dewi dan nina sangat rapat. Eda meninggalkan Nina dalam penjagaan Dewi beberapa hari kerana pulang kekampung. Dalam tempuh itu Dewi hampir pening kepala dengan keletah nina yang pandai bercakap. Dewi membawa Nina ke  pejabat . Cik Kem terkejut . Cik Kem menyangka Nina anak Dewi . Kehadiran Nina membuatkan Dewi menginginkan anak. Dewi Yusra ini pemilik restoran Nasi Ayam Bonda . Arwah Ibu Dewi pernah berpesan agar Dewi perlu mewariskan perniagaan pada anaknya. Dewi mencari kaedah untuk mendapatkan anak tanpa memerlukan ikatan perkahwinan. Dewi mencari info di internet hingga lah ke klinik parkar. Tetapi tiada satu pun yang setuju dengan cadangan Dewi walaupun mengunakan kaedah canggih ketika ini. Ini kerana Dewi tidak berkahwin. Adalah satu kesalahan jika kaedah IVF diguna. Pelbagai cadangan diberikan pada Dewi contohnya mengambil anak angkat tetapi dewi tidak mahu. Dewi perlukan anak yang dikandung dalam rahimnya .Oleh kerana Dewi terlalu Trauma pada perkahwinan sehingga kini dia tidak mahu berkahwin .Trauma itu bermula dari Dewi masih kecil kerana ayahnya selalu memukul dan mendera ibunya . Sejak itu Dewi tidak percaya pada lelaki dan dia tidak perlukan lelaki dalam hidupnya. Raden Amzar ke restoran nasi ayam bonda terkejut bila perempuan yang dianggap Bravo itu mengambil order makanannya. Raden Amzar tertanya-tanya siapakah gadis itu . Perkerja atau pun empuan restoran. Cik Kem tempat Dewi mengadu dan membuat rancangan kahwin kontrak ( kahwin hanya setakat Dewi mengandung selepas itu bercerai. ) 


Episod 2
Pening dengan permintaan Dewi , bil Cik Kem disuruh mencari calon suami untuk sahabatnya Dewi. Dengan bantuan Cik Kem pertemuan dengan calon suami bermula . 10 senarai pendek dilakukan , dari yang muda hinggalah yang tua , dari yang berpelajaran hinggalah kerja biasa - biasa . Semua calon tidak menepati citarasa Dewi. Dewi inginkan seorang suami yang berpendidikan agar anaknya bijak , lelaki yang handsem agar anaknya cantik , semua lelaki yang datang hanya stok tangkap muat je. Cik Kem mohon agar Dewi bersetuju membuat 1 lagi calon dengan berat hati , Dewi setuju dengan cadangan Cik Kem. Bila pertemuan dengan calon ke 11 Dewi dapat merasakan yang dia kenal dengan lelaki itu. Alangkah terkejut bila Cik Kem memperkenalkan diri sebagai Kamarul. Dewi marah dan tidak menyangka Cik Kem meluahkan perasaan yang dia sayang pada Dewi. Selama 7 tahun perkenalan Dewi hanya mengganggap cik Kem sebagai sahabat baiknya tak lebih dari itu. Cik Kem yang menaruh hati dan perasaan pada Dewi tetapi dipandang sepi.  Cik Kem memohon maaf pada Dewi tetapi Dewi menjauhkan diri selepas kejadian itu. Dewi membawa Nina ( popcorn ) berjalan - jalan Dalam perjalan balik Dewi singgah di restoran kerana ingin memantau restorannya. Tiba - tiba Nina pergi kearah Raden Amzar . Raden Amzar menjadi rasa serba salah. Nina menyatakan Dewi suka pada Raden Amzar. Terkejut dan rasa segan Raden Amzar bila melihat keletah Nina yang mesra. Dewi mimpi Ibunya berpesan agar Dewi dapat mewariskan resepi nasi ayam bonda pada anaknya. Dewi mengingau dan menyebut nama ibu berulang kali. Nina marah pada Dewi kerana tidur diwaktu senja itulah yang menyebabkan Dewi mengigau. Kata - kata Nina menghantui Raden Amzar. Raden Amzar ingin tahu siapa Dewi sebenarnya . Dan apa hubungan Dewi dan Nina. Dewi terpaksa pergi ke London kerana ada kursus . Raden Amzar terkejut bila Dewi ada di dalam kapal terbang yang sama. Di kesempatan itu Raden Amzar menatap wajah Dewi yang nyenyak tidur. 

Episod 3
Dalam Raden Amzar menatap wajah Dewi , Tanpa sedar Dewi merangkup lengan Raden Amzar. Dewi bermimpi kenangan lama ayahnya memukul ibu hingga terdengar Dewi memanggil - manggil nama ibu dalam tidur. Raden Amzar terkejut dan kesian lalu membiarkan keadaan Dewi yang memaut lengannya. Raden Amzar dalam keadaan tidak selesa dan menggerakkan Dewi . Dewi terkejut dengan kelakuannya dan dia termalu sendiri. Dewi memerhatikan lelaki yang berada disebelahnya.Tiba - tiba dia terfikir lelaki itu adalah stok terhad dan sesuai untuk calon suami. Kacak dan paling penting  warak orangnya . Eda kecewa bila Nina lebih mementing Dewi dari dirinya sebagai mamanya. Eda sedar kehidupannya tidak semewah mana. Segala keperluannya juga Dewi yang beri.  Bila sampai dirumah Azam sibuk mencari buah tangan dari London. Azam membuka beg dan terlihat barang - barang perempuan dalam beg Raden Amzar. Raden Amzar terkejut bila melihatnya dan cuba memikirkan kepunyaan siapa. Raden Amzar membelek beg itu dan cuba menghubungi Dewi. Bila Raden Amzar menghubungi Dewi , Dewi tiba - tiba naik angin mengatakan Raden Amzar beg laptopnya ada pada Dewi. Cik Kem datang dan memohon maaf apa yang berlaku. Cik kem tak sanggup putus kawan seperti Dewi. Cik Ken juga harap Dewi dapat melupakan apa yang berlaku. Dewi membelek beg sandangnya dan membuka tiba-tiba barang didalam beg itu bukan miliknya. Dia teringat Pensyarah yang menghubunginya beberapa kali tentang beg tetapi Dewi memarahi tanpa sebab. Dewi terasa malu sendiri. Lelaki edisi terhad , Dewi mencari identiti lelaki edisi terhad . Nama dan siapakah dia. Dewi menghantar SMS tetapi tiada jawapan . Pada keesokan hari Raden Amzar membalas SMS dan menyatakan ingin berjumpa untuk memulangkan beg tersebut. Kunjungan Kak Long Raden Amzer mengejutkan dirinya. Bukan tak suka , kerana kak longnya yang tak habis-habis membebel agar Raden Amzar berkahwin . Kak long datang memberitahu dia sudah ada calon yang berbaik untuk Raden Amzar . Tetapi Raden Amzar menolaknya. Tetapi kak long tetap mendesak agar Raden Amzar untuk bertemu dan berkenalan. Kak long juga telah memberi cincin pada Fatiha ( gadis pilihan kak Long ) sebagai cincin tanda. 

Episod 4 
Fatiha termenung memikirkan tentang cadangan Kak Long Zahara. tiba -tiba ditegur oleh Syariman ( suami kak long ). Shariman mengagak ini mesti masalah cadangan isterinya menerima Raden Amzar. Kata kata kak long tidak boleh dibangkang dan harus mengikut telunjuknya sahaja. Raden Amzar berdebar untuk berjumpa dengan Dewi. Mereka berjumpa ditempat seperti yang dijanjikan. Dewi dan Dr. Raden Amzar memperkenalkan diri masing- masing dan beg bertukar tangan. Dewi tertinggal handbeg di tempat mereka bertemu. Dr. Raden mengejar Dewi lalu memulangkan handbeg yang tertinggal. Sebagai balasan Dewi mengajak Dr. Raden makan malam atau makan tengahari. Setip malam Dewi bermimpi kisah - kisah silamnya . Kisah ayah mendera ibunya. Setiap hari mimpi itu menjadi mainan tidurnya. Dewi menghubungi Eda . Dewi tidak pasti mengapa mimpi itu selalu datang dalam lenanya. Perjumpaan yang diaturkan oleh Kak Long Zahara antara Dr. Raden Amzar , Umi dan Fatiha diadakan dirumah kak Long. Raden Amzar lebih suka melayan Ipadnya dari bersembang dengan Fatiha. Kak Long bengang bila adiknya buat tak tahu. Kak Long sengaja menyuruh Raden Amzar menghantar Fatiha balik. Umie suka dengan Fatiha yang sopan dan menghormati orang tua. Raden Amzar tidak memberi jawapan sama ada dia suka atau tidak pada Fatiha. Kini dia lebih memfokuskan diri pada Cik Dewi Bravonya. Dewi menghantar SMS tentang makan malamnya bersama Dr. Raden Azmar. Raden Amzar membawa Azam sekali. Azam dapat merasakan sepupunya suka pada Cik Dewi Bravo. Azam menasihatkan agar Raden Amzar tidak tersalah pilih. Jika Raden Amzar memilih Dewi apa lah yang akan terjadi pada Kak Long Zahara dan umie bila melihat Dewi yang tidak memakai tudung dan ber rambut karat. Pada Raden Amzar semua perkara itu boleh berubah.  

 Promo minggu ke dua ( Episod 5 - 8 )

Episod 5
Dewi teringat pertemuan dengan Dr. Raden , Dewi tersenyum dengan kata - kata Azam yang Dr. Raden masih bujang. Dewi mengajak Eda dan Nina pergi bercuti di sebuah kawasan hutan. ( Sebenarnya Dewi sudah melihat jadual kerja Dr. Raden untuk ke tempat itu. Dewi akan membuat percutian itu adalah secara kebetulan ). Eda pelik dengan perangai Dewi tetapi dibiarkan sahaja. Semasa Dewi berjalan-jalan ditepi tasik Dr. Raden terkejut bila melihat Dewi ada disitu. Dr. Raden mengajak Dewi makan malam bersama. Kehadiran Nina yang mulut seperti bertih jagung memeriahkan makan malam mereka. Ke esokan hari Dr. Raden dan team membawa Dewi bersama membuat penyelidikan tentang bunga Reflisia. Kehadiran Dewi di team itu menimbulkan rasa cemburu pada Razita ( pelajar Dr. Raden ) . Azam sentiasa menjadi pemerhati pergerakan Dr. Raden dan Dewi. Nina terpaksa ditinggalkan kerana kanak-kanak tidak sesuai masuk ke dalam hutan. Kak Long Zahara mencari Dr. Raden kerana Dr. Raden tidak dapat dihubungi. Aisyah marah pada kak Long kerana suka memaksa Abang ngah untuk menerima cadangan meminang Fatiha. Dr. Raden memberi bunga Orkid hutan pada Dewi. Orkid adalah simbolik untuk diri Dewi yang susah dicari , cantik dan sukar untuk dimiliki. 

Episod 6
Dr. Raden Amzar mengajak Dewi pada malam harinya tetapi di tolak oleh Dewi kerana terlalu penat. Perasaan kecewa dimuka Dr. Raden . Azam memberi cadangan agar terima calon Kak Long Zahara lebih mudah memandangkan Kak Long tak putus - putus menghubunginya. Dewi , Azam dan Wadi ( Renger Hutan ) bercadang pergi ke kawasan perkampungan orang asli. Mereka terserempak dengan Dr. Raden yang ingin ikut serta. Tiba - tiba Razita datang memberitahu dia pun ingin turut serta memandangkan Dr. Raden Amzar ada . Razita memerhatikan gerak geri Dr. Raden dan Dewi. Azam memberitahu yang Razita yang Dr. Raden Amzar dan Dewi sudah bertunang. Razita tidak berpuas hati lalu Razita sengaja meletakkan kayu agar Dewi terjatuh. Kaki Dewi terseliuh membuatkan Dewi sukar untuk berjalan dan memandu. Tita-tiba Cik. Kim datang menunjukkan keperihatinan pada Dewi. Dewi geram pada Eda kerana memberitahu Cik. Kim tentang keadaan Dewi. Dewi rasa rancangannya gagal bila Dr. Raden melihat Cik Kim datang. Dr. Raden takut untuk bertanya apa hubungan Dewi dengan Lelaki yang menjemput Dewi tempoh hari. Dewi cuba menghubungi Dewi tetapi tiada jawapan dari Dr. Raden. Dr. Raden memberanikan diri untuk bertanya siapa lelaki yang mengambil Dewi dan Eda tempoh hari. Bila mendapat penjelasan yang sempurna Dr. Raden lega kerana lelaki itu bukan teman istimewanya. Dr. Raden resah mencari organizer yang hilang. Dr. Raden menghubungi Dewi jika ada tertinggal pada Dewi dulu. Dewi baru teringat buku biru Dr. Raden disimpan rapi. Kerana organizer itulah juga Dewi tahu aktiviti Dr. Raden ke Hutan tempoh hari. Dewi menghubungi Dr. Raden mengatakan organizer ada padanya. Tiba - tiba tayar Kereta Dr. Raden pancit , Dr. Raden meminta jasa baik Dewi untuk menghantar kerumahnya. Dewi bersetuju dan dalam masa yang sama Dewi membuat satu rancangan. Sampai dirumah Dr. Raden Dewi memberi terus organizer dan meminta izin untuk ke tandas. Didalam tandas Dewi menghubungi Kamarul ( cik Kim ) agar meneruskan rancangannya itu. Dewi terkejut bila keluar dari tandas beberapa pegawai dari pejabat agama datang sedang menyoal Dr. Raden. Menurut pegawai dari pejabat agama mereka lebih baik nikah bagi mengelakkan nama baik tercemar. Dewi bersetuju untuk bernikah. Dr. Raden mohon agar pernikahan mereka diadakan di luar dari Malaysia Ini kerana untuk menjada nama baik dia sebagai pensyarah di Universiti. Dan Dewi bersetuju. Pada Dewi dia perlu mempercepatkan rancangannya untuk dia mengandung dan tinggalkan Dr. Raden.

Episod 7
Dewi dan Dr. Raden pergi ke Lombok Indonesia. Di sana Dr. Raden disambut oleh kawannya Pak Yusof dan isteri. Dr. Raden membawa Dewi  melihat kawasan sekeliling. Dalam hatinya Dr. Raden memohon maaf pada Umienya dia terpaksa melakukan perkara ini @ membelakangkan umie demi masa depan. Pada esoknya Dewi dan Dr. Raden nikah dengan diiringi majlis kecil kecilan yang di uruskan oleh Pak Yusof.  Dr. Raden tahu Dewi masih terkejut untuk menerima Dr. Raden sebagai suaminya. Selepas majlis Dr. Raden membawa Dewi melihat pantai sekitar pulau dan pantai. Balik saja ke Malaysia , Dewi rasa macam tak percaya dengan apa yang terjadi. Dewi memilih untuk duduk di bilik yang berasingan. Bilik yang agak kecil berbanding biliknya. Sehari dirumah Dr. Raden banyak perkara yang membuatkan Dewi tak selesa. Dr. Raden bertanya adalah Dewi sering bermimpi buruk dalam tidurnya. dan semakin banyak perkara Dr. Raden tahu mengenai diri Dewi . Dr. Raden sengaja mengusik Dewi hingga Dewi malu sendiri. Setelah bercuti lama , banyak kerja - kerja tertangguh . Setelah menyiapkan kerja-kerja Dewi menghubungi Eda untuk mengambil Nina di Tadika . Nina merajuk dengan Dewi , Dewi yang sibuk dengan urusan pernikahan dengan Dr. Raden. Kamarul kesal kerana Dewi mempergunakannya untuk memenuhi hajatnya. Kawan kamarul menasihatkan agar carilah orang yang ikhlas menerima. Jika tidak ia akan putus ditengah jalan.... 

Episod 8
Puas mambawa Nina berjalan- jalan , Dewi pulang kerumahnya untuk membawa sedikit barang keperluannya di rumah Dr. Raden. Dalam perjalanan kerumah Dr. Raden , Dewi berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk  dia memulakan ( hubungan bersama dengan Dr. Raden ) perlukah dia yang bertindak dahulu. Kija tidak sampai bila dia tidak akan memiliki anak. Sampai dirumah Dewi lihat Dr. Raden sudah berada didepan tumah menyambut kepulangan isteri. Dewi memulakan carangannya , Memakai pakaian tidur yang seksi dan pura-pura mengigau berjalan dalam tidur. Bila melihat Dewi yang berjalan dalam tidur . Dr. Raden sedar Dewi mengingau dan  DR. Raden menghantar isterinya masuk kebilik walau dirinya tidak mampu menahan godaan Dewi. Malam berikutnya Dewi terus dengan rancangannya. Kini Dewi berjalan ke bilik Dr. Raden dan terus tidur . Dewi berpura-pura marah kerana Dr. Raden memeluknya tetapi sebenarnya Dewi suka kerana rancangannya hampir berjaya. Kak long Zahara menghubungi adiknya Dr. Raden kerana Dr. Raden susah dihubungi. Kak long Zahara bertanyakan kata putus dari Dr. Raden tentang Fatiha tetapi masih senyap. Suatu hari hujan lebat dan dentuman guruh yang kuat tiba - tiba Dewi menggigil ketakutan dalam masa yang sama Dewi teringat kisah lalu ayahnya memukul ibu hingga pengsan. Dalam dunia realiti Dr. Raden terkejut melihat Dewi menjerit-jerit ketakutan. Dr. Raden memeluk dan memujuk isterinya seperti anak-anak kecil. Dalam tak sedar keadaan itu berlaku hingga ke pagi. Dr. Raden hairan mengapa isterinya takut pada bunyi guruh dan petir. Semakin lama dia cuba mengenali isterinya semakin banyak Dr. Radn melihat kelemahan Dewi. Dr. Raden berminat untuk mencari punca isterinya begitu. Razita bertembung dengan Dr. Raden dan ingin bertanya sesuatu. Tiba-tiba talifon Dr. Raden berbunyi. Ia mambantutkan untuk Razita bertanya adakah benar Dr. Raden sudah bertunang seperti Azam ( sepupu Dr. Raden ) katakan dulu padanya. Razita inginkan kepastian. 


Promo minggu ke 3 ( Episod 9 - 12 )

 Episod 9

Dr. Raden cuba mencari punca mengapa seseorang boleh tidur berjalan. Tetapi tiada sebarang petunjuk. Dr. Raden harap dia dapat mengenal pasti penyakit isterinya. Apabila petir dan guruh pasti Dewi akan menjerit ketakutan. Seperti malam - malam yang lepas Dewi berpura - pura berjalan dalam tidur ke bilik Dr. Raden. Dr. Raden cuba mengawal perasaannya tetapi terus diasak dengan godaan Dewi. Akhirnya raden mendapatkan haknya sebagai suami. Dr. Raden gembira hingga ditegur oleh rakan sekerjanya. Perbualan mereka dicuri dengar oleh Razita. Razita tidak berpuas hati bila mendenagr Dr. Raden sudah berkahwin. Perasaan ingin tahu dikongsikan dengan sahabatnya Zaza dengan siapa Dr. Raden berkahwin. Hari sudah lewat malam tetapi Dewi masih tidak pulang lagi. Dr. Raden risau dia cuba menghubungi Dewi tetapi gagal. Bila Dewi sampai dirumah Dr. Raden berasa lega tetapi keadaan Dewi yang membimbangkan. Dewi demam dan Dr. Raden merawat Dewi hingga sembuh. Dewi terjekut bila semua barang - barang peribadi sudah tiada dalam bilik sementaranya. Sejak malam itu Dr. Raden membawa Dewi ke bilik rasmi mereka . Shariman cuba untuk rapat dengan Fatiha kadang - kala Fatiha tidak selesa bila dipertahitakn oleh bosnya sendiri. Cincin yang diberi oleh Kak Long Zahara dipakai oleh Fatiha. Kak Long Zahara sangat taksub dengan pilihannya untuk menjodohkan Fatiha dengan Dr. Raden hingga dia pergi kerumah keluarga Fatiha untuk menyampaikan hasratnya. Dr. Raden mengajak Dewi pulang kekampung. Tetapi tiada jawapan yang diberi oleh Dewi. Dr. Raden berharap Dewi dapat pulang kekampung bersama dan memberitahu keluarga tentang perkahwinan mereka dan memohon restu.  Dr. Raden rasa bersalah pada Umie kerana membelakangkan keluarga tentang perkahwinannya. 

Episod 10
Bila di pujuk rayu akhirnya bersetuju balik ke kampung. Dewi berjumpa dengan Nina dan Eda. Kerana sudah lama Dewi tidak keluar dengan Nina.  Cik Kim tidak putus asa menghubungi Dewi. Sejak Dewi meminta pertolonganya dulu Dewi tidak pernah mengangkat phone jika Cik Kim menghubunginya. Cik Kim rasa kecewa bila Dewi bersikap dingin dengannya. Dewi berjalan - jalan ditaman , dia ternampak ibu dan seorang bayi beriadah di taman. Dewi meminta izin agar suatu hari kelak dia akan mendapat zuriat sendiri seperti yang diinginkan. Perasaan takut menyelubungi pada diri Dewi, Apakah tanggapan Umie Dr. Raden  pada dirinya. Dewi bersiap-siap untuk kekampung Dr. Raden . Dewi membuat kejutan pada Dr. Raden , Dewi memakai tudung . Kejutan yang dilakukan membuat Dr. Raden terkejut dan tergamam. Sampai di kampung Dewi dan Dr. Raden disambut baik oleh Umie. Tetapi berubah bila Umie tahu Dewi datang sebagai menantu. Dr. Raden menjelaskan bahawa dia dan Dewi adalah jodoh mereka dan dia tidak pernah menyesal memperisterikan Dewi. Dr. Raden cuba memujuk Umie agar menerima Dewi sebagai menantunya. Umie malu dan bagaimana umie nak berterus terang dengan keluarga Fatiha kerana Kak Longnya sudah datang merisik dan hanya untuk meletakkan tarikh untuk bertunang. Tambahan pula Umie melihat pakaian Dewi dan rambur Dewi yang perang keemasan. Dewi agak berkecil hati dengan sikap Umie yang dingin. Dr. Raden banyak memainkan peranan agar keadaan tidak terus tegang. Di kampung hujan turun dengan lebatnya. Dewi terkejut dan menjerit ketakutan. Umie terkejut melihat Dewi menangis dan mengigil. Kasih seorang menenangkan seperti anak kecil , Dr. Raden dengan keadaan basah melihat isterinya dalam pelukan Umie. Dr. Raden berasa lega dengan keadaan itu. Hubungan Dewi dan Umie bertambah baik bila Dewi mengajar Umie masak nasi ayam kegemaran Dr. Raden. Dewi yang lebih selesa bila berada dikampung. Balik dari kampung Dr. Raden dan Dewi menjalan tugas harian. Tiba-tiba kak long datang ke rumah , Kak long terkejut bila melihat Dewi balik kerja. Membulat mata kak long melihat pakaian yang dipakai oleh Dewi . Kak long terus balik bila Dewi menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dewi yang yang tak tahu apa - apa, terpinga -pinga melihat kak long Zahara. 

Episod 11




Kak Long Zahara terjerit - jerit seperti orang sakit jiwa semasa menghubungi umie dikampung. Umie menasihatkan Kak long Zahara agar bertenang dan menerima Dewi sebagai adik iparnya. Biarlah Dr. Raden memilih kebahagiannya sendiri. Kak long Zahara bertambah marah bila Umie memihak adiknya. Dr. Raden tahu Dewi merajuk tetapi tetapi dinafikan oleh Dewi. Balik dari kerja Dewi singgah ke rumah Eda untuk berjumpa Nina. Dirumah Eda , Talifon Dewi asyik berbunyi tetapi dipandang sepi oleh Dewi. Eda menceritakan cik. Kim selalu bertanya tentang Dewi sama ada Dewi sudah kahwin ke belum . Dewi menyuruh Eda , Jika cik kim bertanya lagi katakan Dewi sudah berkahwin. Teringat peristiwa pagi tadi ( Dr. Raden menyuruh dewi memakai baji kurung ) Dewi berhasrat untuk tidur dirumah Eda. Dr. Raden menghubungi Dewi tetapi gagal. Bila Dewi sudah tidur , Nina mengangkat talifon Dewi. Eda terkejut bila seorang lelaki menganggil "WIFE" . Dr. Raden memperkenalkan dirinya siapa dan meminta alamat rumah Eda. Dr. Raden datang dengan niat untuk menjemput Dewi pulang kerumah. Eda adan Nina mengejutkan Dewi tidur tiba tiba Dewi terkejut. Entah macam mana Dewi jatuh dari katil dan kakinya terseliuh. Dr. Raden merawat Dewi sepanjang malam. Dr. Raden bersyukur Dewi kian sihat. Sikap kedegilan Dewi tidak boleh disangkal. Dewi berdegil untuk pergi kerja. Memandang kereta dewi dirumah Eda. Dewi membawa kereta Dr. Raden ke pejabat. Nora menegur Dewi kerana kelihat seperti tidak sihat. Tiba-tiba Dewi terpandang kelender disisinya. Dewi baru sedar yang dia sudah lewat 2 minggu datang bulan. Hati berbunga-bunga untuk membuat pemeriksaan kehamilan. Tetapi bila sampai dirumah Dewi kecewa bila dia datang bulan ( period ). Dewi tidak berputus asa , Hingga Dr. Raden terkejut bila Dewi membeli semua minuman yang berkhasiat. Bagi melancarkan rancangannya untuk mendapatkan anak dengan cepat. Kak Long Zahara rasa serba salah untuk memberitahu Fatiha tentang perkahwinan Dr. Raden Amzar. Shariman menyuruh isterinya memberitahu Fatiha agar Fatiha tidak berharap. Kak Long mencadangkan mengajak Fatiha keluar makan malam dan memberitahu hal sebenar. 




Episod 12
Dewi mencari info tentang bagaimana wanita boleh mengandung di internet. Setelah diteliti dia memulakan agendanya agar tidak gagal lagi. Kak Long Zahara dan suami mengajak Fatiha keluar makan malam . Shariman memulakan cerita dengan memberitahu yang Dr. Raden telah berkahwin. Fatiha terkejut dan sedih apa yang dia harus katakan pada keluarganya sedangkan dulu Kak Long Zahara yang memaksa menerima lamaran itu. Kak long berjanji Fatiha akan berkahwin dengan Dr. Raden dan memberi Kak Long sikit masa . Dewi pulang kerumah peribadinya , dia terlalu rindu untuk tinggal terus dirumah itu tetapi dia masih belum mengandung lagi. Tetapi Dewi yakin dia akan mengandung. Umie manghubungi anak kesayangannya , Dr. Raden bertanya khabar dan menceritakan yang disampaikan pada Kak Long. Umie berharap Dr. Raden dapat mendidik isterinya ke jalan kebaikan. Dr. Raden kesal bila teringat kak long sengaja datang dan memarahi Dr. Raden kerana membiarkan rumah tidak dijaga bersepah. Memanjakan isteri tidak bertempat . Kak Long Zahara dan Fatiha datang kerumah ketika Dewi tertidur di sofa. Kak Long memperkenalkan Fatiha sebagai tunang Dr. Raden. Kak Long juga menghina Dewi yang pemalas dan tidak pandai menjaga rumah tangga. Dewi rasa terhina dengan kata-kata Kak long. Walaupun diberi penjelasan oleh suaminya Dr. Raden. Dewi tetap tidak percaya Fatiha itu bukan tunang Dr. Raden secara rasmi. Dewi marah bila Dr. Raden memandang rendah tentang pertunangan Dr. Raden dan Fatiha. Dewi nekad untuk keluar dari rumah dan meninggalkan Dr. Raden kerana impiannya untuk mengandung tercapai. Dewi menggunakan alasan Dr. Raden perlu bertanggungjawab untuk bersama Fatiha dan Dr. Raden perlu menceraikan dirinya. Dewi gembira dia berjanji akan menjaga kandungannya sebaik mungkin. Dewi mendapat alahan yang teruk , disaat itu Dewi teringat Dr. Raden menjaga dirinya yang pernah sakit. Dewi rindukan saat-saat itu tetapi kini Dewi perlu hidup sendiri tanpa Dr. Raden . Cik Kim bercerita dengan sahabatnya dipejabat bahawa Dewi kini sudah berkahwin tetapi dia musykil bagaimana Dewi boleh berkahwin dengan Dr. Raden sedangkan rancangan Dewi dulu dia tidak laksanakan. Dr. Raden risau keadaan Dewi yang tidak dapat dihubungi. Dr. Raden mencari Dewi dimerata tempat , di pejabat , di restoran tetapi masih tak jumpa. Akhirnya Dr. Raden singgah dirumah Eda dan menyangkakan Dewi dirumah Eda. Malangnya Dewi tidak ada dirumah Eda. Tetapi kerana Nina Dr. Raden mendapat info tentang rumah Dewi yang selalu dikunjungi. 

Promo minggu ke 4 ( Episod 13 - 16 )

Episod 13
Sekian lama menunggu Dewi pulang juga kerumah. Tanpa sedar Dr. Raden mengambil peluang untuk masuk kerumah Dewi dimana Dewi lupa untuk mengunci pintu kerana bergegas ke bilik air. Dr. Raden memerhatikan sekeliling rumah dan mencari dimana isterinya. Dewi yang menerima alahan yang teruk mengundang simpati pada Dr. Raden. Kerana alahan yang teruk Dewi dimasukkan ke hospital. Siang malam Dr. Raden menjaga kesihatan Dewi. Dewi rimas tinggal dihospital Dewi meminta kebenaran untuk keluar dari hospital dan berehat dirumah. Dr. Raden tahu dewi sengaja menjauhkan diri darinya tetapi Dr. Raden kena bersabar dengan kerenah isterinya. Niat Dewi untuk lari dapat dikesan oleh suaminya. belum sempat untuk lagi Dr. Raden sudah menunggu di depan pintu. Fatiha masih bersedih dengan berita perkahwinan Raden Amzar. Shariman pula bersimpati dengan nasib Fatiha. Ini juga disebabkan isterinya ( Zahara ) yang berjanji akan mengahwinkan adiknya dengan Fatiha. Dewi nekad berterus terang dengan suaminya , dia mahu hidup sendiri. Dia tidak mahu Dr. Raden lagi disisinya. Dewi dimasukkan ke hospital semula kerana emosinya tertekan. Dewi juga risau anak dalam kandungannya. Demi menjaga anak dalam kandungan dan kesihatan Dewi Dr. Raden mengikut sahaja rentak Dewi . Dr. Raden sengaja mencari sesuatu yang boleh menggembirakan Dewi, agar Dewi tidak tertekan. Kandungan Dewi yang agak lemah Dr. Raden menyarankan agar Dewi tidak ke pejabat. Razita yang mempunyai masaalah kewangan bersetuju dengan tawaran Dr. Raden untuk mejadi PA isterinya. Razita terpaksa menerima tawaran Dr. Raden kerana tawaran yang diberi lumayan dan mampu menanggu adik-adik nya yang masih bersekolah. Ini kerana ayah Razita baru sahaja meninggal dunia dan mereka hilang punca mata pencarian . Emak dan adik-adik mengharap kan Razita sebagai anak sulung. Dr. Raden juga bersetuju untuk membiayai yuran semesta akhir Razita. Dewi terjekut bila Razita datang kerumah dan Razita akan menjadi PA Dewi semasa tempoh Dewi mengandung. 

Episod 14
Kak Long Zahara tidak menyangka dapat berjumpa dengan kawan baik Dewi , Eda semasa Kak long berjalan- jalan di shopping complex. Kak long Zahara yang melihat Nina yang sedang meragam lalu memujuk Nina yang merajuk . Dikesempatan itu Kak long mencungkil rahsia Dewi dari Eda . Dewi memperkenalkan PAnya Razita , dengan Dr. Raden. Razita melihat kemesraan Dr. Raden dan Dewi di depan mata. Razita marah dan rasa cemburu bila Dr. Raden melayan Dewi bagaikan puteri. Tetapi dia tak boleh berhenti kerana bayaran yang Dewi bayar untuknya terlalu tinggi. Razita tak mungkin akan dapat gaji seperti Dewi beri ditempat lain. Razita terpaksa tahan walaupun hatinya sakit. Dewi mencari punca untuk Dr. Raden tinggalkan dirinya. Pelbagai cara Dewi lakukan tetapi tidak berkesan malah Dr. Raden melayannya dengan baik. Dr. Raden terpaksa memilih untuk meninggalkan Dewi demi keselamatan baby kandungan keran Dewi kata selagi Dr. Raden didepan matanya membuatkan Dewi lebih stress . Baru sehari Dr. Raden pergi , Dewi terasa kosong hidupnya. Kak long Zahara balik kekampung bertemu dengan Umie. Pelbagai cerita tentang Dewi diluahkan pada Umie. Tak semua cerita yang diceritakan itu betul. Umie pening memikirkan masalah angah ( Dr. Raden ) dan marah pada kak Long yang terus mendesak agar Angah berkahwin dengan Fatiha. Fatiha bercerita dengan kawan baiknya tentang Dr. Raden. Kawan Fatiha menasihatkan agar Fatiha melupakan Dr. Raden. Sanggup ke Fatiha menjadi isteri kedua dan sanggup ke Fatiha melukakan hati seorang perempuan. Shariman mengambil kesempatan untuk keluar dengan Fatiha semasa Zahara di kampung. Kamarul terserempak dengan Dr. Raden, Kamarul terlalu gembira bila mendapat tahu Dewi kini sedang mengandung. Dr. Raden rasa pelik bila nampak Kamarul lebih gembira darinya. Walaupun Dr. Raden meninggalkan Dewi tetapi Dr. Raden tetap menghubungi Razita untuk mengikuti perkembangan isterinya. Dewi terharu bila Dr. Raden masih mengambil tahu hal dirinya. Kini Dewi semakin rindu pada suaminya. Dewi berjaya menyingkirkan Dr. raden tetapi hidupnyanya semakin tidak bererti tanpa suami. Dewi cuba menghubungi Eda tetapi tidak diindahkan. Perasaan tidak puas hati pada Dewi timbul dan terpengaruh dengan Kak Long Zahara. 

Episod 15
Dewi semakin lemah kerana terlalu rindukan suaminya. 2 minggu Dr. Raden pergi dan terpaksa ke luar negara selera makan semakin hilang. Sebagai orang perantaraan, Razita orang bertanggungjawab menjaga Dewi. Dewi memberi duit untuk perbelanjaan adik Razita. Razita terpaku dengan kebaikan Dewi. Dr. Raden membuat kejutan pada isterinya. Kepulangan Dr. Raden membawa bahagia pada Dewi. Rindu masakan suaminya , rindukan usik mengusik dari suami walaupun suaminya pernah diusir tetapi Dr.Raden tetap bersabar. Berkongsi cerita sepanjang ketiadaan Dr. Raden walaupun semua cerita Dr. Raden tahu melalui Razita. Razita pulang kekampung kerana maknya sakit tenat. Akhirnya penantian Cik Kim ( kamarul ) berakhir bila Dewi menghubunginya. Kamarul gembira dan suka menghantar email gambar-gambar baby yg comel untuk Dewi. Dewi memberi tahu dia belum bersedia untuk keluar dengan Cik kim kerana suaminya tidak mengizinkan atas alasan kesihatan. Kak Long Zahara masih mencungkil rahsia dari Eda. Eda dan cik Kim bertemu. Eda ingin tahu rahsia bagaimana Dewi dan Dr. Raden boleh berkahwin. Tetapi Cik. Kim tidak menjawab soalan Eda . Cik Kim memarahi Eda yang suka memburuk-burukkan Dewi sedangkan Dewi yang menyara hidup Eda sekeluarga. Eda semakin bengang bila semua orang mencari Dewi dan memuji-muji Dewi. Fatiha bersedih bila keluarganya mula memulaukan dirinya kerana kes Dr. Raden. Shariman menasihatkan agar Fatiha jangan terlalu bersedih dan Pasti ada lelaki yang baik akan menerima fatiha . Fatiha gembira bila mendengar kata-kata manis dari Shariman a.k.a bossnya. Sejak Dr. Raden keluar dari rumah Dewi dulu hubungan Dewi dan suami semakin baik. Dr. Raden akan membaca ayat ayat alquran semasa dewi tidur. Dewi akan rindu suara suaminya dan kadang kala Dewi menyuruh Dr. Raden mengulangnya beberapa kali. 

Episod 16
Dr. Raden gembira melihat perubahan pada Dewi walaupun sedikit tetapi kearah kebaikan. Riak gembira membuatkan sahabatnya ( Wan ) rasa cemburu pada Dr. Raden. Wan juga memaklumkan Dewi , Dr. Adiba dan Dr. Rahmah kini menjadi kawan baik. Mereka mewujudkan satu komiti memperjuang kebajikan para isteri. Dr. Raden terkejut Dr. Adiba yang pada mulanya tidak suka pada Dewi dan kini Dewi dianggap kawan yang terbaik baginya. Dr. Raden bagai tidak percaya dengan apa yang sahabatnya ceritakan. Dewi teringin makan asam pedas ikan terubuk. Dewi dan Dr. pulang ke kampung untuk berjumpa Umie dan memenuhi permintaan Dewi. Tiba - tiba kak long Zahara turut berada dikampung. Bila melihat Umie masak asam pedas ikan terubuk , Kak long terus panas hati bila melihat Dewi dan suami keluar dan membiarkan Umi didapur seorang. Shariman berbincang dengan Dr. Raden agar dapat menyelesaikan masalah Fatiha. Dr. Raden enggan untuk bertanggungjawab kerana itu bukan masalahnya tetapi Kak long menyuruh Dr. Raden berkahwin dengan Fatiha untuk menutup malu. Dr. Raden tidak mahu menduakan Dewi dan dia tidak terlintas untuk berkahwin lain. Tiba-tiba Dewi keluar dan mengizinkan Dr. Raden berkahwin dengan Fatiha. Dr. Raden menahan perasaan marah dan menyuruh Dewi berkemas untuk pulang Ke Kuala Lumpur. Dewi menyesal kerana membuatkan Dr. Raden marah. Dewi mohon pada Umie agar dapat mengikut Dewi ke Kuala Lumpur menemani kerana takut dimarahi oleh Dr. Raden lagi. Perjalanan balik Dewi hanya mendiamkan diri. Dewi menghubungi Razita , Eda dan Kamarul untuk ke Hospital tetapi semua kawannya sibuk dengan aktiviti mereka. Ini Kerana sejak Dr. Raden marah tempoh hari , Dewi merasakan baby dalam kandungannya tidak bergerak. Dr. Raden bersyukur kandungan Dewi dapat diselamatkan. Dr. Raden menyesal kerana kemarahannya tidak dapat dikawal hingga mengganggu kesihatan isterinya dan baby dalam kandungan. Dr. Rahmah menasihatkan agar Dewi pergi membuat rawatan psychology. Ini untuk kebaikan untuk diri Dewi. Dewi gembira bila babynya sudah mula bergerak. Umi masih memikirkan masalah Kak long dan Dr. Raden. Kak long yang terlalu membenci Dewi dan menyuruh Dr. Raden berkahwin dengan Fatiha. Dr. Raden gembira melihat Dewi kini gembira. Dr. Raden juga berpakat dengan Dr. Rahmah dan Dr. Adiba untuk membantu Dewi. Oleh kerana Dewi akan membuat ladies Party bersama kawan-kawan barunya , Ini adalah peluang untuk Dr. Raden mencuba mendalami hati isterinya. Eda kini menjauhkan diri dari Dewi . Dewi sedih kerana tak dapat jumpa Nina. Dr. Raden berjanji akan mengambil Nina untuk berjumpa dengan Dewi.


Promo episod 17

Episod 17
Dr. Raden tak mahu Dewi sedih , Dr. Raden pernah melihat Eda dan Kak Long sangat rapat. Dewi ada merungut Eda kini menjauhkan diri darinya. Dr. Raden dapat merasakan Eda sudah termakan hasutan kakaknya , Kak Long Zahara. Semasa ladies party diadakan Dr. Raden dan ditemani oleh Azam mengambil kesempatan untuk pergi kerumah Fatiha bagi menyelesaikan masalahnya. Bapa Fatiha meminta Dr. Raden membayar 5 ribu sebagai duit ganti rugi @ tutup mulut. Dr. Raden tak kisah dengan bayaran 5 ribu asalkan Dr. Raden tidak mahu dikaitkan dengan Fatiha lagi. Nora akan tinggal dirumah Eda memandangkan Eda tinggal dengan Nina sahaja. Razita memuju-muji majikannya kerana mengambil berat hal ehwal kebajikan pekerjanya. Akhirnya Dewi berjumpa dengan Kamarul kawan yang banyak menolongnya dulu. Kamarul memberi gambar-gambar baby pada Dewi dengan harapan Baby yang akan lahir anak comel seperti baby dalam gambar. Eda semakin stress bila Nina ingin berjumpa dengan Dewi. Eda enggan membawa Nina berjumpa Dewi kerana telah termakan hasutan Kak Long Zahara. Dewi mendapat kejutan bila Umie datang berkunjung dirumah mereka. Dr. Raden gembira bila melihat Umie gembira menerima Dewi seadanya. kak Long menghubungi Dr. Raden dan menuduh Dewi mempergunakan Umie untuk kepentingan Dewi yang sarat mengandung.  Shariman selesa mengajak Fatiha keluar makan. Manakala Kak Long tidak mengesyaki apa-apa kerana Shariman pandai memberi alasan jika balk lambat. Kerinduan Nina berakhir juga bila Nina terserempak dengan Dewi di restoran Nasi Ayam Bonda milik Dewi. Pelbagai cerita diceritakan pada Dewi. Dewi terkejut bila mendengar cerita-serita dari Nina yang Eda suka marah - marah. Razita sengaja datang kerumah ingin berjumpa Dr. Raden tetapi memberi alasan untuk meminta tandatangan Dewi. Dewi yang perasan akan perubahan pada Razita cepat-cepat menyuruh Razita balik. Dewi cemburu bila Dr. Raden melayan Razita dengan mesra. Dr. Raden tahu Dewi cemburu tetapi Dewi selalu menafikan perasaan itu. Dr. Raden teringat dengan pesanan Dr Akma yang merawat Dewi. Dewi mempunyai Trauma yang tidak boleh dilupakan terutama sukar mempercayai lelaki dalam hidupnya. Dr. Raden tidak mahu Dewi hilang percaya dengan perkara-perkara yang remeh. 

Episod 18
Hari yang dinanti tiba, Dewi bersalin anak perempuan  , Dr. Raden bersyukur Dewi selamat melahirkan baby yang comel. Orang paling excited adalah Cik Kim . Semasa Cik Kim datang melawat , Dewi bertanyakan Eda yang jarang datang berjumpa. Dewi rindukan Nina. CIk Kim berjanji akan membawa Nina untuk berjumpa Dewi. Dr. Raden dapat merasakan perubahan pada Eda disebabkan hasutan kak Long . Dr. Raden menjaga segala keperluan Dewi semasa berpantang. Dari mandi , makan , keperluan baby juga. Dr. Raden tak mahu Umie terbeban kerana menjada isterinya. Dr. Raden gembira dapat melakukannya dengan seikhlas hati. Dr. Raden membuat kejutan pada Dewi memberi Set barang kemas hadiah melahirkan Raden Dewi Amani. Menyebut nama Raden Dewi Amani, Dr Raden pening untuk membuat keputusan . Ini kerana kak long mengharapkan nama keluarkan diutamakan. Dewi pula meminta nama Dewi perlu ada pada nama anak perempuan. Akhirnya Dr. Raden memilih nama Raden Dewi Amani. Walaupun Dewi telah melahirkan anak kak long tak putus - putus membenci Dewi. Ditambah pula Eda memburuk - burukkan Dewi depan Kak Long. Dr. Raden cemburu bila Cik Kem datang membawa hamper dan barang - barang baby. Dewi memujuk Dr. Raden agar tidak terasa hati dengan Cik Kem. 

Episod 19
Umie terdengar perbualan Dr. Raden dan Dewi untuk merancang anak kedua. Umie memberitahu agar bersabar walaupun Dewi sudah habis pantang. Kini tiba giliran Umi untuk kerumah Kak long. Kehidupan baru Dr. Raden dan Dewi cukup sempurna. Dirumah Kak long , umie mencari cari menantunya yang sering keluar . Umie kesian melihat kak long yang duduk dirumah sendiri . Umie juga berjanji akan menemani kak long lebih lama bila Shariman kini lebih sibuk. Kak long menghubungi Eda kerana Eda ingin berkenalan dengan Umie. Nora dan Kamarul berbual tentang perubahan Eda yang semakin menjauhkan diri dan membenci Dewi. Umie baru sahaja dirumah kak long , Dewi sudah rindu dengan umie. Umie melayan Dewi seperti anaknya sendiri.  Dewi teringat semasa Dewi dalam pantang , pelbagai rawatan dibuat bagi menjaga diri Dewi. Eda datang kerumah kak long, Umie terkejut bila Eda mencerita satu persatu keburukan yang direka-reka oleh Eda. pembohongan bermula menceritakan Ibu Dewi sanggup menggadaikan diri untuk mendapatkan modal perniagaan nasi ayam. Dan Dewi berkahwin dengan Dr. Raden semata-mata untuk anak sahaja . Dewi mendapatkan Dr. Raden dengan memperangkap Dr. Raden . Dewi terkejut bila Umie datang kerumah. Dewi menyiapkan makan malam untuk Umie. Dr. Raden memujuk Umie . Tiba-tiba Dr. Raden dimarahi oleh Umie . Umie termakan cerita dari Eda. Kononnya Dewi memperangkap hingga ditangkap Khalwat . Umie kecewa mendengar cerita Eda. Dr. Raden sedih bila Umie menuduh Dewi begitu. Lagi kecewa bila Umi memberi kata Dua , Umie atau Dewi. Kak long gembira bila melihat umie terpedaya dengan kata-kata Eda kerana itu yang diharapkan. 

Episod 20
Umie masih marah dan merajuk dengan Dr. Raden. Puas Dr. Raden pujuk tetapi masih tidak berjaya hingga Dr. Raden tertidur di hujung katil Umie. Keesokan harinya Dr. Raden menghantar Umie ke rumah Kak long. Dr. Raden marah bila Kak long sengaja membuat cerita tentang keburukan Isterinya. Bila Dr. Raden tahu hubungan Kak Long dan Eda , Kak long mencari helah agar rahsianya tidak terbongkar. Umie terus bersedih dan menerima ketentuan dariNya. Dewi rasa dirinya tidak diperlukan lagi , Dewi tidak mampu menerima tekanan itu lalu menghubungi Dr. Akma untuk mendapatkan bantuan. Dewi memberitahu Dr. Akma dia perlu pergi jauh dari Kuala Lumpur. Dengan bantuan Dr. Akma , Dewi ke Taiping rumah kakak Dr. Akma seorang ustazah. Di Taiping Amani asyik menangis rindukan abahnya ( Dr. RAden ). Balik dari rumah kak long Dr. Raden terus kerumah . Tetapi Dewi dan Amani sudah tiada dirumah. Bila diperiksa semua pakaian di almari sudah kosong. Dr. Raden bergegas ke rumah Dewi tetapi Dewi dan Amani tiada dirumah. Dr. Raden cuba menginagatkan nama-nama yang menjadi bualan Umi. Dr. Raden teringat pada nama Kamarul. Dr. Raden pergi ke pejabat Kamarul bertanya dimana Kamarul menyembunyikan Dewi dan anaknya. Kamarul yang terpinga-pinya dan bawa berbincang. Sebenarnya kamarul tidak tahu dimana Dewi dan anaknya berada. Dikesempatan itu Kamarul menceritakan hal sebenar tentang kes khalwat dulu. Dewi pernah menyuruh Kamarul menghubungi pejabat agama semasa Dewi kerumah Dr. Raden tetapi Kamarul tak tergamak melakukannya. Kerana Kamarul terlalu mencintai Dewi. Kini Kamarul cuba untuk melepaskan kerana Dewi sudah berjumpa dengan lelaki yang mencintainya sepenuh hati. Dr. Raden mendapat panggilan dari Dr. Akma memberitahu Dewi di Taiping dan Amani sedang sakit. Tanpa membuang masa Dr. Raden pergi ke Taiping bersama Kamarul kerana dia ingin berjumpa sahabat baiknya. Sampai dirumah kakak Dr. Akma Dewi terharu melihat suami datang. Amani yang rindu dengan pelukan abahnya senyap dari menangis. Dr. Raden ingin tahu kenapa Dewi lagi. Dewi memberi semua tuduhan yang umie buat adalah benar. Dewi perlu undur diri kerana dia bukan perempuan yang baik. Dewi mahu memulakan hidup baru bersama Amani. Dr. Raden tidak mahu Dewi mengulangi perkara ini lagi. Pertemuannya bersama Dewi adalah Takdir yang telah ditentukan. Dewi tak sangka dia akan mendapat cinta sejatinya. Umi gembira dapat bersama dengan Eda. Kak long memuji- muji kebaikan Eda. Tiba-tiba umie teringin pergi kerumah Eda yang dikatakan semua keperluan di rumah Eda , Dewi beri secara percuma. 

Episod 21
Setelah berbincang Dr. Raden dan Dewi memilih untuk menginap di hotel memandangkan Kamarul ada sekali. Di Hotel Dewi berjanji tidak akan bertindak untuk lagi lari. Dr. Raden rasa bahagia sangat bila segala masalah selesai. Kamarul menaruh hati pada Dr. Akma . Kamarul meminta pertolongan dengan Dewi agar Dewi dapat membantunya memikat Dr. Akma. Umi sedar dengan kesilapannya kerana tidak memberi peluang untuk mendengar apa-apa penjelasan dari Dewi. Umie mula teringat semula kata-kata Dr. Raden yang Dewi bukan seperti cerita yang umi dengar . Umi dan kak long ke rumah Eda. Umi berniat untuk tinggal semalam dua di rumah Eda. Sampai di rumah Eda . Umi mendengar Eda sedang memarahi dan memukul Nina. Menurut Nora , Eda kini suka memarahi Nina bila menyebut nama Dewi.  Nora turut bercerita tentang Eda dan anaknya beritujuga kebaikan tentang Dewi. Semalam Umi di rumah Eda , Umi dapat melihat semuanya fitnah. Umi menghubungi Dr. Raden agar mengambilnya di rumah Eda. Dewi melayan Umi seperti biasa tetapi Umi rasa serba salah atas apa yang berlaku. Umi memohon maaf pada Dewi kerana buruk sangka pada menantunya . Dengan terbuka Dewi memaafkan Umi , Umi harap Dewi tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku. Umi nampak anak dan menantunya gembira tidak sepatutnya Umi berburuk sangka terhadap Dewi. Shariman dan Fahiha semakin rapat. Kini semakin kerap Shariman pulang lewat dengan alasan menyiapkan projek baru. Eda merancang sesuatu untuk menjatuhkan Dewi. 

Episod 22
Kak long tertekan dengan suaminya Shariman yang selalu balik lambat dari kerja . Shariman hanya memberi alasan banyak kerja dipejabat. Dr. Raden memujuk Dewi agar meluahkan apa yang terbuku dihati. Dr. Raden harap Dewi mempercayai dirinya. Berkat doa suami , Dewi kini berhijab. Dewi lebih bersemangat disamping suami tercinta. Eda mengupah Dewi terkejut bila berita restoran nasi ayam bonda tidak halal. Dewi sedih bila berita itu tersebar meluas. Dewi membuat lapuran polis untuk menyiasat siapakah dalam untuk menghancurkan restorannya. Kamarul , Razita , Nora mengesyaki ini semua kerja Eda yang cemburu melihat kejayaan Dewi. Sangkaan Kamarul betul bila Eda ditangkap oleh pihak berkuasa. Dewi tidak sangka Eda sanggup melakukan sedemikian . Selama ini Dewi mengganggap Eda macam adiknya sendiri. Kak long kerumah Dr. Raden mengadu nasib dengan Dewi. Kak long tidak menyangka Shariman meminta kebenaran untuk berkahwin dengan Fatiha. Kak long tidak dapat terima Fatiha yang dianggap adik akan mengambil suaminya. Dewi yang mendengar cerita kak long hingga terganggu emosinya. Ini yang membuatkan Dr. Raden lebih memerhatikan isterinya. Dr. Raden bimbang Dewi akan mengalami Traumanya semula bila masalah rumahtangga Kak long terterusan begini. Dr. Raden menyuruh Kak long Zahara menyelesaikan masalahnya dengan cara baik dan pulang kerumah semula. Shariman risau bila Zahara keluar dari rumah. Shariman menghubungi Fatiha jika Zahara berjumpa Fatiha.  Hubungan Dr. Akma dan Kamarul menjadi lebih baik sejak pulang menjemput Dewi di Taiping. Kini mereka menjadi pasangan kekasih. Shariman dan Fatiha kini sering keluar bersama . Hingga Dr. Raden sendiri pernah ternampak mereka dalam keadaan mesra. 

Episod 23
Azam yang ternampak Shariman dengan Fatiha , ini memaksa Dr. Raden memberitahu Azam agar merahsiakan dulu dari pengetahuan Umi. Kak long Zahara pulang kerumahnya semula atas desakan adiknya Dr. Raden. Dewi panas hati melihat Shariman tidak mengendahkan kak long. Dewi mempersoalkan pada Dr. Raden , Adakah Dr. Raden akan melakukan seperti Shariman.  . Kerana keengganan Kak long Zahara membenarkan Shariman berkahwin dengan Fatiha . Shariman memukul kak long dengan teruk. Kak long Zahara datang semula kerumah Dr. Raden dan mengadu nasib. Emosi Dewi terus terganggu. Dewi meminta kebenaran untuk berjumpa kawan tetapi Dr. Raden dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dr. Raden mengekori Dewi , Dr. Raden dapat mengagak Dewi akan berjumpa Fatiha. Dewi berjumpa Fatiha dan bertanya mengapa harus memilih suami orang . Fatiha tidak berpuas hati mengapa Dewi sanggup membela kak long sedangkan Kak long membenci Dewi. Dewi hanya mempertahankan hak Kak long sebagai isteri dan nama baik keluarga. Dalam tiada jalan keluar Dewi pulang dan mengejutkan Dewi bila Dr. Raden ada disitu. Dr. Raden menasihatkan agar Dewi tidak masuk campur urusan rumah tangga kak long. Dr. Raden menyuarakan adakah Dewi sayang padanya tetapi tiada jawapan .Dewi Selepas kejadian itu Dr. Raden banyak mendiamkan diri hingga Dr. Raden ada kerja luar. Dewi rasa bersalah , Dewi cuba menghubungi Dr. Raden tetapi tidak dapat dihubungi. Ini merisaukan Dewi takut apa - apa terjadi. Tiba-tiba Dewi mendapat satu sms mengatakan Dr. Raden dimasukkan ke hospital. Dewi cemas dan mengajak Razita ke hospital. Sampai dihospital Dr. Adiba memberitahu  Dr. Raden dalam keadaan kritikal . Dewi digalakkan bercakap bagi menguatkan semangat agar Dr. Raden cepat sedar dari Koma. Dewi meluahkan perasaannya yang sebelum ini dia tidak pernah luahkan. Dewi tidak sanggup kehilangan Dr. Raden. Puas Dewi menangis tiba - tiba Dr. Raden tersenyum riang bila mendengar luahan isterinya. Dr. Adiba sebenarnya berpakat dengan Dr. Raden. Dr. Raden ingin mendengar sendiri dari mulut Dewi yang Dewi percaya dan sayang padanya. 

Episod 24
Umie dari kampung datang ke rumah Dr. Amzar , Umie terkejut bila mendengar cerita yang Shariman akan berkahwin dengan Nurul Fatiha. Umi tidak menyangka Shariman tergamak menduakan anaknya Zahara. Dr. Raden Juga menceritakan yang keluarga Fatiha bukanlah keluarga yang baik baik. Keluarga Fatiha pernah minta duit 5 ribu dari Dr. Raden. Kak long terkejut bila mendengar penjelasan dari adiknya Dr. Raden. Cerita itu dikuatkan bila Azam  turut menjadi saksi . Kak long memohon maaf pada Dewi dan Dr. Raden atas sikapnya yang dulu. Kini Kak long telah mendapat balasan. Kak long menyesal dengan tindakkan yang ingin menghancurkan rumahtangga Dewi dan Dr. Raden. Shariman sudah tidak menghiraukan Zahara lagi kerana dia kini sibuk dengan isteri baru. Kak long Zahara juga meminta maaf dengan umie kerana dia selalu menyakiti hati umie. Selalu membuat hati umie risau dengan sikapnya sebelum ini. Kak long banyak termenung dan mengingati peristiwa lama , pesanan umi yang tak pernah diindahkan tentang perubahan Shariman. Menyesal tidak berguna lagi kerana Shariman nekad untuk berkahwin dengan Fatiha. Dewi berterima kasih pada Dr. Raden kerana menerimanya seadanya. Kak long Zahara kini banyak meluangkan masa bersama keluarga Dr. Raden. Dalam diam Dr. raden membuat kejutan. Dr. Raden ke butik pengantin untk mengambil gambar kenangan untuk anak-anaknya. Ini kerana semasa pernikahan mereka tidak berpeluang mengambil gambar perkahwinan. Dr. Raden berterus terang dia mula jatuh cinta ketika Dewi menyerang suami Eda di lampu isyarat satu ketika dulu dan juga kes tangkap khalwat dulu semuanya dirancang oleh Dr. Raden. Kes Khalwat dulu bukanlah yang betul semuanya direka oleh Dr. Raden dan abang Yusof hinggalah mereka bernikah di Lombuk Indonesia. Dewi terkejut bila mendengar penjelasan suaminya. Tetapi kini Dewi bahagia.

Episod 25
Kak long Zahara kini berjaya dengan kehidupan baru setelah bercerai dengan Shariman. Dengan bantuan Dewi Kak long kini berkerja di salah satu cawangan Nasi ayam bonda. Shariman dan Fatiha sudah 2 tahun mendirikan rumahtangga. Setelah 2 tahun Eda menghilangkan diri selepas kejadian memfitnah restoran Dewi. Dewi yang tak mahu mengganggu tumbesaran Nina, Dewi menarik balik tuduhan memfinah pada Eda. Selepas tu Eda balik kampung tanpa berita hingga lah satu hari Eda menghubungi Eda untuk bertemu kali terakhir. Eda disahkan menghidapi kanser. Raden berat hati membenarkan Dewi pergi seorang diri. Dewi terkejut melihat keadaan Eda. Eda sempat bercerita mengapa dia buat semua itu pada Dewi. Ini semua kerana dendam . Dari kecil Dewi disenangi oleh semua orang ,Tambahan pula emak dan nenek Eda juga selalu memuji - muji Dewi. Dari keluarga , rakan sekolah hinggalah di universiti hanya Dewi yang menjadi perhatian. Dari perasaan cemburu bertukar menjadi dendam. Eda juga mengaku dia sengaja buat cerita pada Umie untuk meruntuhkan masjid Dewi. Walaupun Eda dapat ada yang dia mahu tetapi hatinya tidak tenang. Dewi tak sangka Eda sanggup lakukan semua itu sedangkan dia menganggap Eda seperti adiknya sendiri. Eda meninggal dunia dan Nina diamanahkan dibawah jagaan Dewi dan Raden Amzar. Umie terharu dengan apa yang berlaku. Umie sentiasa memberi sokong pada Dewi. Hubungan Razita dan Azam semakin rapat. Sejak Razita memohon maaf pada Dewi kerana pernah cuba menggoda suami majikannya Dr. Raden dulu . Razita kini memberi laluan untuk menerima Azam sebagai kekasih hatinya. Fatiha mula mengungkit bila segala kemahuannya Shariman tidak penuhi. Fatiha cemburu melihat Kak long zahara semakin senang sedangkan dirinya kini tidak sama dengan kehidupan kak long Zahara semasa menjadi isteri Shariman. 

Episod 26
Penantian 2 tahun berakhir bila Fatiha disahkan mengandung. Ini membuatkan Fatiha teruja dan berharap Shariman akan melupakan Kak long Zahara. Umie inginkan kepastian kenapa Dewi selalu takut pada petir dan kilat. Niat Umie bukan untuk menyakiti sekadar ingin tahu. Dengan rela Dewi menceritakan ketika petir dan kilat membuatkan Dewi teringan bagaimana Ibunya dipukul dan diceraikan dulu. Ibunya meninggal akibat kesan dari penderaan dari ayahnya dulu. Umie simpati dengan cerita yang disampaikan. Umie berharap Dewi menganggap diri nya sebagai pengganti Ibunya. Dewi bersyukur kerana dapat mak mertua yang memahami walaupun Dewi tahu dia bukanlah menantu sempurna. Fatiha semakin bengang bila Shariman meratapi dan mengharap Zahara kembali. Walaupun Fatiha mengandung , Fatiha masih tidak mampu memancing hati suaminya untuk melupakan Zahara. Kerana terlalu marah Shariman menolak Fatiha lalu terjatuh. Fatiha keguguran. Selepas 3 bulan Fatiha mengambil keputusan untuk bercerai. Memandangkan mereka berkahwin di Thailand proses perceraian agak rumit. Selepas proses penceraian Shariman mencari Zahara. Kehidupan  Zahara menjadi tidak aman bila Shariman mencarinya hingga ke rumah Dr. Raden. Kak long Zahara mengambil keputusan untuk balik kekampung. Kak long tidak mahu Shariman terus mengganggunya lagi.  Kandungan dewi semakin besar . Dr. Raden melarang Dewi menghadiri perkahwinan Kamarul dan Dr. Akma. Kamarul tidak mengambil hati malah dia faham keadaan Dewi sarat mengandung dan terpaksa menjaga 2 orang anaknya Nina dan Amani. Manakala Dr. Raden terpaksa outstation dalam jangka masa lama. Razita dan Azam mengambil keputusan untuk berkahwin. Dr. Raden membuat kejutan pada Dewi , Dr. Raden mengajak Dewi pindah ke rumah yang lebih besar. Ini kerana Anak - anak semakin membesar dan memberi keselesaan pada mereka.  Dr. Raden bersyukur kerana mendapat Isteri yang luar biasa seperti Dewi.

OST Dia .. isteri luar biasa dinyanyikan oleh hero dan heroin sendiri

Drama ini melabuhkan tirainya . Sebenarnya drama ini ada 28 episod tetapi disaat akhir drama ini ditukar menjadi kepada 26 episod. Drama ini juga ada menimbulkan kontroversi mengatakan drama tidak bermoral. Ada juga desas desus mengatakan drama ini akan dihentikan siarannya. Semakin banyak orang mengkritik semakin ramai orang menonton drama ini hingga menjadi trending di twitter setiap tanyangan. Terima kasih pada yang singgah di blog ini dan tak lupa juga pada yang memberi komen . Tahniah pada penulis dan produksi drama pena creative yang berjaya menjadikan drama ini sangat menarik. 

22 comments:

  1. Yes.. x sabr nk tggu cite ni kluar tv.. novel pon dh lme bli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu sama-sama dah tak lama lagi pun ..

      Delete
  2. hope cqita niy kluaq tv yerr... x sabaq nk tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan keluar selepa Hati perempuan .... kita tunggu sama-sama..

      Delete
  3. Betul ke kak?Tak sabar nak tunggu..best gilerr baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.... betul akan kuar kat TV selepas Hati Perempuan ...

      Delete
  4. Lagi? Nak semua episodddd... Tak sabarnyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ...
      kadang - kadang lambat update sikit .... apapun terima kasih sudi singgah di blog ni.

      Delete
  5. Hai saya dari indonesia. Saya suka banget drama ini. Gak sabar nonton episode episode selanjutnya. Soundtracknya juga keren. Suka banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mimiw... salam perkenalan .. terima kasih singgah di blogs ini ... nak tanya ye mimi tegok episod drama ini dimana ye?? biasanya merekaya yg berada diluar negara hanya menonton di online saja .

      Delete
    2. Sama sama 😊 Salam kenal juga yah. Didaerah saya ada chenelnya kq tv3. Mungkin yang berbeda waktunya. Acarnya mulai jam 7 kurang lebih seperti itu

      Delete
    3. ooo ye ke .... di indonesia di daerah mana ye ... sekadar berkongi je ... maaf kalau banyak tanya... hihiihih

      Delete
  6. Nice story...i like this story n watching this movie..raden amzar..dewi yusra..nice..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Lia Lina
      akak pun suka watak hero & heroin dalam drama ni.... selamat menonton .

      Delete
  7. Salam perkenalan ...
    Umi pasti menerima Dewi kerana Dewi menantu kesanyangannya... cuma sikti salah faham....

    ReplyDelete
  8. Nak laki mcm dr raden tuu...

    ReplyDelete
  9. Sudah lah hensome.. Sabar dan baik hati pula tu

    ReplyDelete
  10. sukaaaaa sangat cerita ni. tak sabar nk tengok episod seterusnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkambangan terbaru drama ni hanya ada 26 episod je .

      Delete