Pada peminat novel atau pecinta novel pasti kenal siapa penulis bernama Umie Nadzimah. Bermula dengan novel pertama yang santai hinggalah membawa konflik yang besar. Mengapa kita perlu memiliki novel karya Umie Nadzimah. Ini Jawapannya...
1. Novel Pilihan Mama terbitan kakinovel. Walaupun ini novel pertama Umie Nadzimah. Cerita yang ringkas dan santai. Ini novel yang ketiga saya miliki selepas saya miliki novel kedua dan ketiga. Saya mengambil keputusan untuk memiliki novel karya Umie Nadzimah selepas membaca novel kedua dan ketiga. Pada saya ini novel versi lelaki. Nak tahu lebih lanjut jom baca sinopsis dari kulit novel dan review dari saya di Review Novel Pilihan Mama
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
....................................................................................................
2. Novel Aku Terima Nikahnya Ini adalah novel pertama saya miliki. Novel Terbitan Karyaseni . Bermula dari membaca di E-novel saya mengambil keputusan untuk membeli nya. Saya jatuh cinta pada watak Khalif. Walau pengakhiran watak Khalif tu sedih tapi saya berpuas hati. Novel ini konflik tak berat tetapi ada sentuhan hati. Secara jujurnya saya akan mengalirkan air mata bila membaca satu slot chatting Khalif dan JI (Junior Iskandar ) didalam komputer milik Khalif yang disimpan oleh JI. Walaupun dibaca berulang kali. Jom kita baca sinopsis dari kulit novel dan Review Novel Aku Terima Nikahnya .
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
.......................................................................................................

3. Novel Kerana Terpaksa aku Relakan ini novel ketiga penulis terbitan Karyaseni, tetapi novel kedua menjadi milik saya. Semua orang tahu novel ni menjadi bualan bila diterima sebagai novel adaptasi drama. Tapi pada saya novel lebih best. Jom baca sinopsis dan Review Novel Kerana Terpaksa aku Relakan yang saya sediakan .
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
...........................................................................................................
4. Novel Dia .. Isteri Luar Biasa ini novel ke empat penulis terbitan penulisan2u . Ceritanya lebih ringkas . Bila saya baca novel ini ada pendekatan yang berlainan dari novel sebelum ini. Kerana kisah silamnya Dewi Yusra menjadi seorang perempuan yang cekal dan berjaya. Kehadiran Raden Azmar yang memecahkan tembok membenci lelaki dalam hidupnya. Jom baca sinopsis dan Review Novel Dia .. Isteri Luar Biasa dari saya.
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
................................................................................................................................................
5. Novel Jujurlah Nikahi Aku ialah novel terbaru penulis terbitan karyaseni , hasil tangan yang ke lima . Kisah istimewa yang dibawa kali ini. Ada keinsafan dan ikhtibar yang boleh diketengahkan. Saya sangat suka novel ini . Walaupun saya tak pernah membaca di blogs penulis saya yakin karyanya tersendiri. Kaii ini mengetengahkan kisah gadis istimewa di sisih keluarga kerana malu mempunyai anak cacat. setiap pemberian dari Allah pasti ada hikmahnya. Jom baca sinopsis novel dan Review Novel Jujurlah Nikahi Aku dari saya .
NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?
“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”
Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.
AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin
“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.
Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.
“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.
“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.
Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?
Saya juga suka dgn novel ummi nadzimah ni....tak macam novel lain.ada kelainan.
ReplyDeleteSaya juga cadangkan,baca melur jelita,Hlovet,noor suraya dan imaen....
Terima kasih singgah... sekarang saya sedang maraton untuk baca novel melor Jelita ... Yang lain tu akan cuba cari ...terima kasih sekali lagi kerana memberitahu cerita2 yg menarik dan penulis2 yg hebat .....
Delete