" Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."
Mungkin kita terlupa novel pertama Umie Nadzimah kerana kita leka dengan karyanya yang terbaru. Sentuhan pertama penulis dengan versi lelaki membuat saya terpanggil untuk memiliki baru- baru ini. Ini adalah novel kedua Versi lelaki yang pernah saya miliki. Novel yang agak simple hanya setebal 412 muka surat percubaan yang baik. Terbitan kakinovel keluaran April 2011 menjadi pilihan review saya kali ini. Ia mengisahkan Muhammad Aiman menjangkau usia hampir 30 tahun masih belum berumahtangga. Dia pening melayan kerenah mamanya yang sering kali menanyakan soal jodoh. Malah sabah hari mamanya cuba mencari calon untuknya. Bukan Aiman tidak berusaha untuk mencari calon isteri tetapi masih mencari calon yang sesuai. Membuat keputusan untuk menerima calon pilihan mama satu keputusan yang berat. Demi Mama Aiman akur dengan keputusannya menerima wanita yang tidak dikenali sebagai calon isteri. Dalam kesibukan kerja memaksa Aiman membataskan dirinya untuk berkenalan dengan bakal isterinya Aishah. walaupun telah didesak oleh mamanya. Setelah bergelar tunangan orang tiba-tiba hatinya terdetik apabila terlihat gadis bernama Adila. Hatinya berlagu riang hubungan mereka kian mesra. Aiman seolah telah berjumpa dengan cintanya disaat dia diambang perkahwinannya. Aiman memasang niat untuk memutuskan tali pertunangan bagi mementingkan cintanya tetapi dia tidak sanggup melihat mamanya bersedih atas tindakannya. Dihari bahagianya terjawab kerana gadis yang dicintai itu adalah gadis idamannya selama ini. Mereka mengharungi bahtera rumahtangga dengan penuh bahagia. mereka dikurniakan anak kembar Alif dan Alifah.Allah menduga rumahtangga mereka , Isterinya pergi untuk selamanya. Pemergian isteri yang tak dapat diterima hingga Aiman seperti hilang nyawa. Hidupnya kosong. Dalam melengkapi hidup Aiman sekali lagi mama mencari pengganti untuk Aiman. Walaupun diri Aiman tidak terlintas untuk mencari penganti Aishah. Kehadiran Doktor Mia Khatijah diri Aiman smengisi kehidupan Aiman dan anak-anak.
Sinopsis dari kakinovel
Sinopsis dari kakinovel
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
Petikan-petikan yang menarik dari novel
Pencarian demi pencarian"Hei .. Man , mcam mana blind date kau last week? Menjadi...?"
"Sama jugalah Li, macam yang dulu-dulu... bukan teste ku. Buang masa dan tenaga aje. Aku rehat kat rumah, mengadap mama aku lagi bagus. Itu pun kalau dia tak berbunyi pasal bab menantu la..."
"Ha ha.. ini masuk yang ke berapa dah? Tak salah aku yang kesebelas atau kedua belas? Itu yang melalui chatting ... yan kita orang introduce tu tak salah aku dah berpuluh - puluh .. sejak dua tiga tahun ni. Sudah-sudahlah tu man, buat apa engkau mencari jauh-jauh.. didepan matakan ramai yang tergila-gilakan engkau. Di pejabat engkau tu aku dengar ... engaku sebut saja nama... berlari-lari dia orang datang . Memilih sangat!"
"Memilih ke ? Habis engkau nak ke aku kahwin dengan SSI Mimi yang sebatu bau minyak bau minyak wangi tu? Atau Ziela yang asyik minta orang belanja dia? Dah la bibir merah menyala... merengek-rengek bila waktu makan. Atau pun kau nak aku ambil siti yang dua puluh empat jam bergayut tu, mahu nanti aku kena makan tongkol telefon. Atau Dora yag tergedik-gedik tu? Heee.. tak mahu la aku. Bukan mama aku je yang tak berkenan, aku sendiri pun reject awal-awal."
"Ha ha ha... memang engkau mimilh! Nak perempuan sempurna macam mana pun aku tak tahu, la. Aku sendiri pun dah serik nak kenalkan saudara-mara aku. Kita tak jadi bersaudara pun tak apa. Aku tak terkilan pun.... Takut aku. Nanti, kalau ada hal dibelakang hari... aku jugak yang susah.. Engkau ni harap muka je handsome, poket penuh, tapi bab memikat perempuan hampeh! Tengok aku... sebaya engkau, tapi anak dah dua beb!"
"Mama, kenapa ni? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba nak bermenantu sangat? Man ni tengah runsing. Banyak sanagt masalah sekarang ni!"
"Mama tidak kira, Man kena ikut cakap mama juga. Siapa kata tak ada ribut dan taufan? Mama dah dengar semua yang berlaku di pejabat man. Dan apa yang berlaku pada Fazli. Knapa Man sendiri tidak cerita pada mama apa yang berlaku? Sebab Man takut mama runsing , kan? Sekarang ni mama kena buat keputusan. Jika nak harapkan Man, Makin buruk keadaan. Itulah... mama bagi peluang, tapi Man yang tak hargainya."
"Apa maksud mama?"
"Mama dah buat pilihan sendiri untuk Man. Mama dah lama berkenan engan gadis ni... tapi sebab ingin Man gembira degan pilihan sendir, jadi mama pendamkan hasrat nak bermenantukan dia. Dengan apa yang terjadi pada Man akhir-akhir ni, mama rasa biarlah mama yang menentukan bakal isteri Man. Tak payah Man mencari -cari lagi. Mama dah puas menunggu. Dah puas bimbang. Dah puas risau. Kata orang jaga anak perempuan susah, tapi mama rasa sama saja dengan anak lelaki."
"Mama? Serius?"
"Ya, serius! Muktamad ! Masa yang mama bagi dah cukup!"
"Yang nak berumah tangganya Man, mama. Mama tahu ke kehendak Man? Man tak dapat terimalah cara begini. Tak dapat mama. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi, kekarang kita mesti kenal-kenal dahulu, baru fikir pasal kahwin!"
"Habis, sampai bila? Mama tunggu pilihan Man... tapi mana?"
Aku termangu-mangu seketika.
"Kenapa terdiam? Tak ada jawapan? Sebab tu la Man ikut saja cakap mama. Mama dah tak mahu runsing-runsing lagi degan cerita yang bukan-bukan. Nasib baik Chong yang kena hari tu.. kalau Man yang kena, macam mana? Man tak fikir apa perasaan mama jika yang berlaku pada Chong tu berlaku pada Man? Man tak fikirkah jika Man yang berada du tempat Rahman? MMama ni macam mana? Tinggal mama sorang-sorang macam tu saja? Perasaan mama ni macam mana? Kalau Mak cik Zai buat perkara yang bukan-bukan nanti... paksa Man kahwin juga dengan anaknya macam mana? Mama tak nak berbesan dengan dia. Banyak dosa mama nanti asyik mendengar orang mengumpat. Man segala-galanya bagi mama. Jika apa-apa berlaku pada Man, apa nassi mama? Pada siapa mama nak pergi? Man fikirlah! Mama dah jumpa orang yang sesuai untuk jadi menantu mama."
"Man Masuk bilik dululah ,ma. Mama jangan kerja keras sangat untuk majlis Man tu. Takut nanti stress sangat, jadi macam dulu tu.."
"ish .. mana ada mama stress dah sekarang ni. Janji Man tak mungkir janji dengan mama. Mama suka betul degan Aishah itu. Selalu dia call mama, tanya khabar. Boleh kata setiap dua hari sekali. Kerja dia sibuk juga... Man, tapi masih ada masa untuk mama. Terhibur juga ada bakal menantu macam tu. Man janagn tak jadi pula... ya?"
Ah.. mam seperti perasan pula apa yang da di dalam hati aku sekarang ini. Hati yang rela diserahkan kepada orang lain, bukan kepada tunang sendiri. Sebetulnya, jika tnpa keharidan Adila sekalipun, aku masih belum merelakan diri untuk majlis yang semakin hari semakin dekat ini. Apatah lagi degan kemunculannya yang semakin hari semakin akrab .
Hmmmm... daripada pening kepala ffikirkan semua hal ni lebih baik aku chatting dengan Adila.
Adila, you ada disana tak?
Mestilah ada.. baru saja balik rumah. Nampak you dengan budak lelaki petang tadi, anak you ke?
You ni, pandai mengusik. Bukankah you dah baca biodata I? I masih bujang lagi, mana datang anak, jika belum kahwin? Anak Fazli tadi.. ingat tak, yang kita jumpa di lobi hotel tempoh hari?
Oooo.. manalah I tahu. Takut juga I dah keluar degan bapa orang selama ni...
Kalau bapa orang dan suami orang .. you tak nak keluar ke ?
Minta dijauhkan... tidak terdetik dihati pun.
Jika tunang orang , macam mana?
Terpulang pada dialah... Bertunang, bukankah sudah berjanji?
Atur cara membatalkan air sembahyang diadakan di rumah Aishah yang tidak jauh dari masjid. Inikan rumah Adila? Aku cam sangat! Aku pernah menghantarnya suatu masa dulu. Hati aku bergetar semula. Penuh resah! Mama menemani aku ke bilik Aishah yang dipandu arah oleh abangnya yang majadi wali sebentar tadi. Aishah telah brsimpuh, sopan menanti kedatangan aku. Di sebelahnya, aku tahu itu adalah Mak cik Ros, ibunya.
Mama munghulurkan cincin untuk disarungkan ke jari manis Aishah. Aku mengambil dan degan berhati- hati, aku mula memegang jarinya, menyarung cincin bertatahkan sebiji berlian. Sangat padan, cantik dan indah di jari putih dan runcing ini. Aishah lalu mencium kedua-dua tanganku, tanda bermulanya taat setia sebagai seorang isteri. Sungguh indah aku rasa pada ketika ini. Memilki eorang gadis dengan sebuah ikatan yang sungguh suci. Kedua-dua hati diikat kejapdegan ikata tanpa tali. Sungguh unik! Dan saat aku mencium dahi Aishah, baru aku sedar, di adalah gadis yang aku dambakan selama ini. Adil... Aishah .. Adila Aishah, adalah orang yang sama!
Sungguh aku terkesima. Ya Tuhan! sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala-galanya. engkau kurniakan apa yang aku dambakan! Walaupun hati selalu memberontak dengan pilihan ini. Namun petunjuk yang Engkau berikan dahulu adalah sesuatu yang benar-benar brmakna. Aku, insan yang lemahini sahaja yang tidak pandai menilai. Lalu alpa menyeka diri dan perasaan sendiri. Aku berdosa kerana meragui keputusan itu... berapa lemahnya aku sisimu..
Bila kebahagiaan mereka ditarik, perpisahan tanpa rela... mampukan Aiman hidup tanpa Aishah.
Tidak mampu untuk aku berpisah degannya. Sungguh. Jangan minta kebenaran ini dari aku. Aku sekali - kali tidak mengizinkan dia pergi jauh dari aku dan anak-anak. Tidak, tidak! aku menggelengkan kepala berkali-ali, supaya abang long faham, aku tidak sekali-kali ingin berpisah degan Aishah.
"Man, umi mohon sangat- sangat. Lepaskanlha Aishah pergi. Itulah yang berbaik untuk dia buat masa ini. Kita telah berusaha, tetpi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya. Umi minta sangat Aiman sama- sama merelakan.... Birkan dia pergi degan tenang."
"Betul kata umi tu, Man. Mam pun mohon pada Man. Biarkanlah Aishah pergi dahulu. Dia akan lebih terseksa dalam keadaan begini. Kita tak boleh pentingkan diri... nak. Reda...ya?"
Tiada jawapan untuk permintaan dua wanita berjiwa tabah ini. Lidah aku kelu. Leher tegang. Tidak mampu membawa kepalasama ada untuk menggeleng atau pun mengangguk. Cuma air mata sahaja yang teramt murah untuk mencurah keluar. Abang long memeluk aku erat sambil tangannya menepuk - nepuk belakang aku lembut. Kemudian tubuh aku beralih pul ke dalam pelukan Dato' Seri Khalid. dia juga memperlakukan perkara yang sama seperti abang long. Kedengaran suara abang long masih memujuk, meminta kebenaran lagi...
"Man, boleh... kita relakan Aishah pergi? Itu yang terbaik untuk dia. Percayalah...."
Dia dalam dakapan seorang lelaki yang sepatutnya aku panggil abah... aku mengangguk lemah, mempersetujui permintaan semua orang walau terlalu pahit untuk aku berbuat demikian. Dan selepas itu, aku tidak sedar apa-apa lagi....
Umie Nadzimah
ReplyDeleteAssalamualaikum. TERIMAKASIH Eizzara untuk review yang amat baik untuk novel pertama Umie, Pilihan Mama.