Thursday, 6 July 2017

NOVEL MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Aku memang dah jatuh cinta
dengan Mr. Photographer sengal itu

Episod pertama kedua dan ke tiga tak tengok kat TV tapi gatal nak tenogk kat youtube macam terbest pulak. Jadi saya gigih mencari sinopsis di google. Saya tak pernah baca novel ni. Tapi serius cerita ni best.  Jom baca sinopsis yang saya cari di google. 

Pertemuan yang berlaku tidak dirancang. Aira Qaisara atau Aira merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad , terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. 

Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. 

Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya? Semuanya akan terjawab di dalamMENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER.





Sinopsis dari kulit novel 

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.


“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?


Episod 1
Aira Qaisara letih melihat sikap papanya Tan Sri Megat Miqdad yang selalu memaksa Aira diperkenalkan kepada anak lelaki sahabatnya. Setiap pertemuan pastinya Aira akan buat perangai hingga calon - calon dari papanya adakan menolak dirinya. Aira rimas dia tidak mahu papanya mengurus hidupnya. Pertemuan yang tidak di sangka dengan Jemy ( Nazmi Elyas ) menceriakan hidupnya. Aira yang sangat gembira kerana impian untuk menjadi model akan tercapai bila dia berkerja di syarikat Jemy. Jemy yang garang dan panas baran membuatkan Aira tidak boleh duduk diam. Aira cuba mengambil hati Jemy agar diberi peluang untuk mencapai impian untuk menjadi model. Berkerja di syarikat Jemy tanpa pengetahuan papanya yang membuatkan Aira lagi seronok. 

Episod 2


Episod 3


Episod 4
Aira terkejut bila rahsianya terbongkar.Tan Sri Megat menjadi marah kerana Aira sanggup menipu dirinya. Tan Sri Megat mengurung dan mengunci bilik Aira agar Aira tidak lagi keluar. Tan Sri Megat tidak mahu Aira mengikut jejak langkah seperti mamanya. Dulu mereka bercerai kerana mama Aira seorang model hingga bercerai kerana fitnah skandel dengan fotografernya. Walaupun mama Aira merayu tetapi Tan Sri Megat tidak pernah mempedulikan. sanggup berceraiAira nekad untuk tidak makan hingga Aira jatuh sakit. Jemy dan rakan rakan lain risau kerana Aira tidak dapat dihubungi. Jemy berjumpa dengan Mila untuk mengetahui keadaan sebenar. Mila mendapat panggilan dari pembantu rumah yang Aira sakit. Aira digegaskan dibawa ke hospital dan dirawat. Jemy gembira kerana Aira sedar. Tan Sri Megat menyuruh Mila menjaga Aira hingga pulih. Mila kecewa bila sikap Tan Sri Megat yang suka mendesak dan memaksa Aira mengikut kehendaknya. Aira gembira keran Jemy sentiasa menemani dirinya semasa sakit. Aira dibenarkan keluar dari hospital. 

No comments:

Post a Comment