Tuesday, 9 July 2013

NOVEL KISAH NAZ DAN KHAALISH

"Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu." - Zaim Khaalish
"Mulut menidakkan, tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." - Nazrahani Idora



Dah lama tak up-date blogs dengan review yang baru ... sibuk tengok cerita adaptasi novel membuatkan leka membaca kritikan yang membina dan ada juga cemuhan Selain itu juga tak kurangnya yang memuji melambung tinggi.... Novel pilihan kali ini Kisah Naz dan Khaalish. Cetakan pertama di bulan Febuari 2013 terbitan karyaseni  menjadi pilihan saya kali ini. Saya dapat komen rakan yang mengunjungi di blogs saya,  dia mengakatakan novel ini best sesangat. Bila baca memang betul best .... Cerita yang santai dan tak berat ni memang pilihan saya sejak dari dulu. Saya nak berkongsi cerita dan review dari saya. 

Nazrahani Idora lebih dikenali sebagai Dora dikalangan ahli keluarga dan Naz rakan kolej. Pertunangan yang dirancang oleh bapa Naz dan mummy Klaalish memberi impak yang besar dalam kehidupan Naz. Masing-masing mempunyai kepentingannya tersendiri. Mummy Klaalish meminang untuk mengaburi mata Ilsa, kekasih Khaalish. Mummy Puan Sri Fieda mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dato Nazari tak mahu melepaskan peluang dan berangan-angan ingin berbesankan seorang jutawan. Sejak pertunangan itu mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tetapi selepas pertemuan di Bali ,  Khaalish jatuh cinta pada perempuan misteri yang dikenali sebagai Naz. Khaalish tidak menyangka Naz adalah tunang 'teknikal'nya empat tahun dulu Nazrahani Idora. Sejak itu Khaalish terus mengejarnya walau dimana Naz berada. Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak Naz. Kerana pertunangan itu , Naz membawa diri merantau serata dunia untuk melupakan rasa kecewa. Klaalish tidak pernah putus asa walaupun lamarannya ditolak beberapa kali. Dengan bantuan Reham sahabat baik Naz sikit sebanyak Khaalish berubah dan mencari perhatian Naz. Hingga Naz sendiri tak mampu menolak kerana kehadiran Khaalish juga pengubat rasa sunyi dan rindu. 

Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish. 


Sinopsis dari kulit novel

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.



Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?


Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil 
pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”



"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.” 



“Technically? Technically?!” 

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…



Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”



Petikan - petikan menarik dalam novel 
Disatu pertemuan 
“Hai!” sapa Khaalish lembut.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.


Hati meronta untuk terus mengenalinya. 
Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.

“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.

Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”

“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.

“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”

“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.

“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”

Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.

“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”

Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.

“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”
Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.
“Naz....... please!”
Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah, kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung, aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.
Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu pelepasan.
“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.
Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif, tentu mahal!
“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”
Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya. Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu langsung tidak menoleh ke belakang.
Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya sendiri, 'Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat aku?'
Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.
'Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,' fikirnya.
“cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be!Takkanlah Naz....... can't be, can't be!”

Membongkar rahsia peristiwa 4 tahun lalu, mengejutkan Khaalish
“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas meja.
Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a wonderful surprise!” Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek, 
“Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”
Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!
Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil. Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si empunya cincin.
“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam sahaja.
“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.
“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I. Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak kenal.”
“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”
“Yang selalu-selalu tu saja.”
“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”
“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.
“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”
Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.
“You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.
“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.
Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.
“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”
“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”
“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang, tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.”
“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika. Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.
“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan Malaysia, takkan dia tak singgah?
“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi kontrak besar kat dia dulu.”


Kehadiran Khaalish membuatkan Naz terus nekad untuk terus lari kerana terasa diri dipersendakan, Khaalish terus mengejar dengan bantuan Reham mempermudahkan pencariannya.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan un
tuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.

“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.

Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan, jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya, dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada dengan dua puluh soalan, habislah!

Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”

Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.

“Yes! Ada emel dari Reham!”

Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(

Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.

“Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.
Hari kedua: “Phillipines?”
Reham: :(
Hari ketiga, “Vietnam?”
Reham: :(
“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.
Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”
Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”
Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.
“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.
Hari keempat: “Indonesia?”
Reham: :(
Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas soalan.
“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.
“Kecil? Hmmm...”
Hari kelima, “Singapore?”
Reham: :(
“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”
“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.
Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.
“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”
Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.
“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”
Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(
Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!
“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”
Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:
“Laos.”
Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)
Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam, 
“Yes! Yes! Finally! I am going to find her!” Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.

Kehadiran Khaalish mengejutkan Naz, Mampukan Naz menepis cinta Khaalish 
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”

“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz menyanggah.

“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat kenyataan dengan wajah yang selamba.

Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya. Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.

Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are unbelievable! Kita ni bertunangkah?”

“Cik Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak terima. Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini diputuskan,” selamba sahaja jawapan Khaalish.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare say that we are still engaged?” Haaa...kan dah habis bertabur strategi Naz untuk buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya!

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik berganda-ganda oktafnya.
Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.
“Banyak punya hensem muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa dia ingat seronok sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!” Membebel-bebel Naz dalam hati, membara!
“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!
“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia selamat. Apa pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish masih tenang dan terkawal.
“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang. Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan mana dari awak. Awak pula bukannya sedar pun kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.”
“Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut adat kita, kita ni memang bertunang!”
Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz sombong.
“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.
Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang semula? Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan dengan Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!
“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.
“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang. 


kehadiran Ozgur mengundang rasa cemburu Khaalish.

“Betulkah ada lelaki dan perempuan yang BFF? Habis Thabo itu pun BFF awak jugakah?” suara Khaalish sedikit keras.

“Thabo?” buntang mata Naz jadinya, “Thabo Mokwena? Eh! Macam mana awak kenal dia?”

Wajah Khaalish direnung dalam-dalam, menunggukan jawapan tapi mulut Khaalish terkunci rapat. Si jejaka pula agak menyesal kerana terlanjur kata.

“Ini mesti mulut si Ozzie ni! Eeeeee…..annoying gila mamat tu!” Naz terjerit kecil dek kerana geram. Kalau Ozgur ada di hadapannya, mesti sudah kena cekik!

Kali ini mulut Khaalish tidak dapat dikunci lagi, “Kalau annoying, buat apa kawan dengan dia, travel dengan dia?”
Terlopong mulut Naz mendengar ‘soalan’ Khaalish. “Wah! Sekarang ada dua lelaki yang annoying yang harus aku hadap!” getus Naz dalam hati.
"Because he’s there! He’s always been there! Waktu susah, waktu senang, Ozgur ada. Sentiasa bantu saya. Dengan dissertation saya. Dengan kerja di Qatar tu. Kalau dia tak tolong carikan kerja, apa saya nak makan?” balas Naz dengan suara yang perlahan, menahan sabar. Hatinya semakin membara bila Khaalish mempertikaikan kawan-kawannya.
Giliran si jejaka pula hangat hati. Bagai disayat sembilu bila mendengar jawapan Naz. Dia sedar yang selama empat tahun yang lalu, dia memang tidak pernah ambil peduli tentang Naz. Apa kata Naz? Susah, senang, Ozgur tu ada konon!
“Awak nak sekolahkan saya tentang kawan-kawan saya, apa selama ni hubungan awak dengan perempuan-perempuan di KL tu suci sangatkah?” tak tertahan geram Naz dengan tuduhan Khaalish.
“Naz, sejak kita berjumpa di Bali, saya tak pernah keluar dengan sesiapa pun lagi,” dengan suara yang tegang Khaalish mempertahankan diri.
"Habis, awak nak saya putuskan persahabatan saya dengan Ozgur, dengan Sky, Thabo, Jayden? Walhal persahabatan kami memang platonik!” bentak Naz. Sah! Bicara hati ke hati memang sudah ke laut.
“Saya tak kata, jangan berkawan. Cuma yang saya kata tak elok awak ke sana sini dengan mereka. Mereka bukan mahram awak kan?” Khaalish tetap dengan pendiriannya.
“Okey, saya akan ikut nasihat awak, jangan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Dan saya akan mulakan dengan awak. Selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan awak lagi sebab awak bukan mahram saya!” panjang Naz berhujah, sama panjang dengan langkah kaki yang menghala ke arah rumah sewanya.
“Naz….,” keluh Khaalish, menyesal dengan diri sendiri sebenarnya. Jenuh diingatkan diri supaya berbincang baik-baik dengan Naz tapi hilang juga kesabarannya. Cemburu di hati 'yang membuak-buak, sudah tidak boleh dikawal.


Perubahan itu disedari oleh mummy Khaalish.

“Khaal,” Puan Sri Freida membuka mulut.
Khaalish memanggung kepala, memandang ibunya.
“Mummy minta maaf pasal Idora,” walau pun susah, diucapkan juga.
“Bukan salah Mummy,” santai balasan Khaalish.
“Mummy terlalu keras dengan dia…”
“Mummy, dia pergi bukan kerana Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa bersalah.
“Mummy dah takutkan dia…”
“Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.
“Susah Mummy nak percaya, anak Mummy ni perfect package, apa lagi yang Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati Puan Sri Freida terhadap Naz.
“Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,” cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di bibirnya.
Kepala Tan Sri Kamaruzzaman terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.
Sedar ibu bapanya mahukan penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak suami yang tak tinggal solat, suami yang tak ada girlfriends.”
Laju ibunya membalas, “You have not been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal sembahyang.”
“I’m trying my best, Mummy,” pendek saja jawapan Khaalish.
“But does she know this?”
“Allah tahu, Mummy. And Allah knows best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.
“Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si ibu.

Mummy Khalish mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun Khaalish sudah mendirikan rumahtangga. Ketegasan Mummy Khaalish membuatkan Naz selalu kecut perut.
“Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”
Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.
“Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.
Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?
“Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.
Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent house anaknya
“Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.a.
“Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.
Terjengul Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!
“Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”
Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke bilik air.
“Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.
“Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.
Sembilan lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.
“Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.
“Saya dah mandi di gim.”
“Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!
“Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.
“Ha?!” semakin hairan Naz.
Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
“Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”
Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”
“Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.
Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”
Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.
Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan. Wajahnya masam mencuka.
“Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.
Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.
“Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.
Khaalish dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.
Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?
“Itu!” kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!
Kelam kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!
“Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.
“Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.
Naz pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.
“Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.
“Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.
Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.
“Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”
“Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!
Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!

Monday, 1 July 2013

MUFFIN OREN

Asalammualaikum sahabat semua....

Nak cerita sikit dalam seronok - seronok membaca novel , makanlah Muffin oren buatan dari air tangan sendiri. Bermula dari resepi seorang sahabat di laman FB. Saya membuatnya sebagai percubaan. Bila buat semua anak - anak suka saya pun gembira . Ialah setiap kali buat mesti habis. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan buat untuk mereka. Kadang - kadang bagi kat jiran-jiran sekeliling rumah ... maklumlah saya ni berkerja ..... Jiran- jiran lak suri rumah ... mereka kalau masak selalu memberi tapi saya ni nak beri apa..!!! 
Inilah caranya .. heheheh 


Bermula episod Muffin oren dalam hidup saya . Komen dan penambah baikkan dari kawan - kawan pejabat , saya mengorak langkah untuk maju satu tapak lagi . Dari muffin oren ini saya komersial kan . Membuat jual secara kecil - kecilan . Mula - mula jual untuk dari pejabat , lepas tu kawan - kawan kilang. Taget pelanggan saya bermula dengan kanak - kanak dan pelajar sekolah. Saya menjual dengan harga yang berpatutan murah dari harga pasaran luar.

Bulan Mei Jualan bermula 50 biji 
Jun Jualan dah mencecah  350  biji

Alhamdullillah tempahan semakin banyak ... Tempahan untuk majlis perkahwinan dah bermula lepas raya dan bulan disember ni saya pun dah terima . Semua ni rezeki anak - anak . Sesiapa yang berminat untuk majlis hari jadi , bertunang dan majlis kesyukuran boleh menghubungi saya sendiri di talian 017-336 4128 ( hapisah ) untuk sekitar selayang dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.    

Macam nilah rupa bentuk yang dah siap .

Sebahagian dari tempahan pelanggan.

Untuk Perisa akan datang saya akan buat Muffin coklat chip & Muffin coklat biasa. ( masih dalam perancangan )

Monday, 24 June 2013

NOVEL RINDU KAMU MR. DARCY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu....


Selepas novel Suamiku Encik Perfect 10 lahirlah sebuah novel simple hadiah untuk peminatnya sempena Pesta buku Antarabangsa baru -  baru ini. Novel yang setebal 401 muka surat ni cukup santai. Ini novel ke empat dalam pelukan saya.

Jom kita review novel ini. Ia mengisahkan Hayfa Idhar anak ke dua dari lima adik beradik.  Berkerja sebagai ID sebuah syarikat yang terkemuka di Ipoh. Pertemuan Hayfa dan Faris Darwisy di majlis merisik Ayong dengan penuh rasa kebencian. Faris yang merupakan kawan baik pada tunang Ayong, Erwan. Kenangan lalu membuatkan dia terlalu prejudis terhadap lelaki. Cadangan Mak long untuk menjodohkan Hayfa dengan Faris menambahkan rasa kebenciannya. Hayfa berharap dia tidak akan berjumpa lagi lelaki yang bernama Faris tetapi sesuatu yang tidak disangka Faris menjadi rakan sekerjanya. Faris yang ditugaskan mecipta program baru di syarikat tempat kerja Hayfa. Ini memaksa Hayfa sering berurusan dengan Faris. Disitulah Faris mengambil kesempatan untuk mengenali wanita bernama Hayfa lebih dekat. Kehadiran Abang Azhar menuntut janji kerana wasiat , membuatkan Hayfa tak senang duduk. Dengan bantuan Faris Hayfa terselamat dari dijodohkan dengan Abang Azhar sepupunya. Impian keluarga Hayfa untuk membuka sebuah restoran dapat direlisasikan dengan pertolongan Faris. Tetapi pertolongan Faris bersyarat tanpa berfikir panjang Hayfa bersetuju dengan syarat itu. Satu dugaan demi satu dugaan yang dilalui oleh Hayfa. Haziz satu nama yang paling digeruni oleh Faris datang secara tiba - tiba  , Faris yang benci dengan Haziz kerana Haziz diselubungi dengan perasaan cemburu dan tamak. Haziz juga hampir memusnahkan hidup adik Faris sendiri.Tanpa pengetahuan Hayfa , Haziz cuba memikat Ayang ini membuatkan Ayang hilang keparcayaan pada kekasih hatinya yang masih belajar di Australia. Hayfa meyakinkan Ayang supaya setia bersama Umar kerana Hayfa tahu siapa Haziz sebenarnya. Ini membuatkan Hayfa dan Ayang pergi ke Austalia berjumpa dengan Umar disana. Di Australia Hayfa tidak menyangka akan bertemu  dengan adik Faris dan dia juga merupakan rakan kolej Umar . Hayfa mengambil kesempatan untuk mengorek rahsia Faris dari Farah . Ini kerana Faris terlalu banyak berahsia tentang dirinya. Setelah mengetahui keadaan sebenar perasaan rindu hadir bila Faris tidak menghubunginya.  Tiada apa yang perlu Hayfa menolak cinta Faris Darwisy ( Mr. Darcy ) bila proposal mak long turut diterima oleh faris. Mungkin untuk mengenali cinta perlu ada rindu.....

Sinopsis dari kulit novel

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis.

Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”


“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisah dengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR


“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Petikan - petikan menarik dari novel 
Pertemuan yang memalukan
"Haa, ini yang nombor dua, Hayfa." Aku tergamam. Mata membulat. Man tak terkejut, tiba-tiba mak long memanggil nama ku didepan orang ramai. Sepupu -sepupu aku sudah ketawa. Sudahlah mata aku bulat, bil terkejut , dah terbeliak.
Errr..
Apa aku nak cakap?
"Errr.. Assalamualaikum. Saya Hayfa Idhar, anak kedua daripada lima adik beradik. Nak sebut kerja apa ke ?"
"Oi, angah, Ni bukan sesi suia kenal da..." Adik menyampuk, aku terdiam. Semua orang ketawa. Malu .. malu siut? Tapi, dalam banyak-banyak yang ketawa tu , ada seorang yang tegak macam kayu. Hemmm.. siapa mamat disebelah bakal tunang ayong tu ek? Semacam saja! Muka macam kacak tapi.... Sudahlah Hayfa, masuklah ke bilik tu balik!
"Haih, malu betul!"
"Apa yang malunya?"
"Angah ingat nak kuar tengok mamat tu saja tapi bila angah kuar , mak long memperkenalkan angah pula depan dia orang semua. Lepas tu diam. Angah ingat , angah kena kenalkan diri. Rupa-rupanya tak payah!! Hampehhhh!!!1 Siap nak beritahu kerja apa..." Ayong sudah ketawa.
"Itulah.... cari pasal! Ibu suruh duduk dalam ni, kamu gatal nak berjalan."
"Aduh... Malu, malu!" Aku tak dengar pula mak long sedang memperkenalkan ahli keluarga aku kepada mereka semua. Adoiyaii....
"So, macam mana ? Sama dalam gambar?"
"Sama . Tapi yang sebelah tu macam handsome lagi.."
"Adiknya kut ?"
"Nampak sebaya ..."
"Dah berkenan ke ?"
"Muka sombong !"
"Belum kenal jangan cakap begitu, angah." Belum sempat ak menjawab, ibu pula masuk. 
"Jom keluar , mereka nak tengok ayong." 
Ayong bingkas bangun mengekori belakang ibu. Aku berjalan dari belakang ayong, malu sangat dah ni. Rasa macam nak duduk di dalam kain ayong saja.

Mak long yang terkenal dengan Proposal mencari jodoh, Hayfa juga tidak terkecuali.
"Haaa, kamu angah. Mak long pun ada proposal untuk kamu." Aku menepuk dahi.
"Apa pula angah ? Ayah!"
"Nasib kamulah, angah. Ayah tak nak masuk cmpurlah." Ayah sudah ketawa. Dia bingkas bangun dab tolong andak mengangkat karpet masul ke dalam stor.
"Yalah, kamu kan selang dua tahun saja denga ayong. Lepas ayong, kamulah. Takkan nak meloncat ke ayang, ke andak dengan adik kamu pula."
" Ibu..." Aku sudah mula merayu ibu.
"Ibu setuju dengan mak lon kamu."
"Ayang okey saja kalau dapat kahwin dulu." Ayang mencelah.
"Haaa.. Tengok, ayang dah offer diri."
"Tapi lebih baik. dilikan angah la. Supaya bolehlah kurangkan amarah dan garang angah tu!" Ayang ketawa mengekek kemudian terus berlari ke dpur. Tak sempat aku nak maki dia selori... Hampeh !
"Siapa pula calon kali ni, kak long?" tanya ibu. Ibu sudah tidak sabar.
"Itu... kawan baiknya Si Erwan." Jawapan mak long membuatkan aku ternganga.
""What?!" Mamat tu? Otak sempit tu ? Gila tak terkejut!
"Haaa... Dia tu, nampak macam sombong dan berlagak sikit. Tapi dia tu baik. Mak long tengok kamu dengan dia, seiraslah , angah. Boleh jadi ada.... Apa macam orang muda-muda cakap sekarang ni ... ada kimia?" Ibu dan ayong ketawa....
"Kamu kan suka karakter lelaki macam Mister Darcy dalam Pride dan Prejudice tu. Faris tu ada macam tu la sikit-sikit." Ayong menyampuk. Bukan sikit... Tapi banyak! Tapi ... jauh sekali dia dengan Mr. Darcy tu ! Mr. Darcy tu cakap sweet saja, ini mulut macam loji tahi!
"His, tak sama langsunglah ayong!" Aku cepat menggelengkan kepala. Tak mengaku!
"Nama pun nak dkat dah. Faris Darwicy... Faris Darcy! Heh... okeylah tu, ayong setuju mak long!"  Maa aku terbeliak. Tolonglah jangan nak buat kerja gila, ya. Mamat tu langsung tk boleh lawan Mr. Darcy atau Anuar Zain pun! Tak terlawan...
"Cup, cup! Apa hal pula daripada hal ayong, tukar jadi hal angah pula ni? Jangan nak tukar topik ya."
"First time adik tengok, angah macam gelabah..."
"Haahlah, merah muka angah!" Ayang dah mula..
Siot!
"Jadilah tu, nanti mak long hantar proposal." Glup... Dia nak mati, dia cubalah terima. Tengoklah, langit tu tinggi ke rendah!

Tiba-tiba 
"Adoiii.." sakit betul kepala aku. Kepala dia ni kepala batu ke apa? 
"Apa awak buat dekat sini?" Dia juga mengusap dahinya.
"Eh. eh .. Tanya kita pula. Awak tu duat apa dekat sini?" Aku tanya balik. Eh, eh... AKu dah tahu jawapan kenapa dia buat dekat sini, aku pergi tanya dia pula! Heh.... Tapi , apa dia buat tangga ni? Naiklah lif. Lif bukan rosak pun. Tangga kecemasan ni, tempat aku!
"Awak memaang kaki skpdeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?" Aik! Aku pula dia kata skodeng dia sampai ke sini. Dia tu yang sakit,cakap aku pula!
"Eh, eh.. Ikut sedap mulut saja berckap. Saya ni kerja sini. Jadi , secara teknikalnya , satu bangunan ni kira bangunan tempat saya berkerja. Yang awak sibuk ikut saya dekat sini kenapa?" 
"Pembetulan ya , Cik Hayfa yang semuanya besar... Saya ni ada kerja dekat sini, sya tak ingin ikut aak pun ke sini. Sya pun tak tahu aak kerja dekat sini! Faham?"
"Eh, Encik Fari yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sagat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!! kenaoa banyak-bangak tempat yang ada, tempat yang sempit macam ni, saya boleh bertembung dengan awak?"
"Sebab melayan awak , saya dah terlambat!"
"Saya punlah!" 
Aku dan dia menuju ke pintu masuk kemudian tersekat. Talah, dua orang sekali gus nak masuk. Aku memandang Faris dan Faris memandang aku. Dia kemudian beralah. dia menolak daun pintu itu kemudian memberi aku laluan.

Kerana Wasiat , Hayfa dikejutkan untuk dikahwinkan tapi dia mencari jalan untuk menolak.. tapi bagaimana?? 
"Saya boleh tolong awak."
"Tolong macam mana?"
"Melepaskan awak daripada kena kahwin paksa dengan sepupu awak tu."
"Supaya boleh berkahwin dengan awak? Jaih.. Saya nak lepas dari naga, kena masuk mulut buaya paula . Tak naklah!" Aku bingkas bangun. Dia menarik tangan aku, suruh duduk.  seperti tindakan refleks, aku memijak kakinya.
"Adoiii... kenap buatmcam tu?" Faris mengusap kakinya.
"Kenappa pegang tangan orang pula?"
"Saya suruh awak duduklah."
"Tak boleh cakap ke ?"
"Okey, sorry.. sorry! Sila duduk CIk Hayfa." Aku mencemik. Mamat ni, ada juga dimandikan dengan air kopi ni.
"Duduk dulu. Sya cakap bagi habis . Lepas tu terserah kepada awak untuk acept atau tidak." Aku duduk semula. Nak dengar , bukan luak pun.
"Saya tolong awak menyamar jadi boy-friend awak. So, lelaki itu tak akan terus nit untuk melamar awak, Kahwin dengan dia kerana wasiat tu." Aku tergamam . Bila pula aku cerita kepada dia tentang wasiat tu? Mamat ni... Agaknya dia dengar apa yang aku cerita kepada Saira kut! Mamamt ni memang kaki skodeng!
"Wasiat?"
"Wasiat, Yang macam awak cakap tadi."
"Saya tak cakap pun dengan awak saya kena kahwin dengan sepupu saya sebab wasiat. Saya cakap dengan Saira. Ohhh!!! Awak skodeng saya, ya?"
"Saya tak ada niat nak skodeng la. Saya nak minum, belum sempat saya nak masuk pentri, saya terdengar awak cerit dengan Saira, saya tak naklah potong.."
"Berapa lawa awak duduk dekat situ dan setakat mana awk dengar?" 
"Hemmm.."
"Jangan nak tipu saya, cakap yang betul-betul!"
"Sabarlah. Saya nak ingatlah ni. Awak ni garang sangat, sampai saya pun terlupa apa yang saya ingat!" Aku nak katawa. Takut juga mamat ni dengan aku!
"Daripada wasiat sampai ... awak senyum menyenget." Malu aku ! Malu!!!!
"Saya tolong awak ikhlas, Hayfa. Saya tak ada intention lain."

Selepas penolakan lamaran dari Abang sepupunya . Hayfa membawa berita gembira untuk ayah, Impian ayah untuk membuka restoran tercapai dengan pertolongan Faris dan niatnya ikhlas untuk membantu.
Haaaa... Sekarang nak cerit benda serius." Aku mengeluarkan telefon bimbit kemudian aku membuka gambar yang tadi aku ambil. Gambar restoran Pak Yusof.
"Kita kena fikir nama restoran kita, sebab sekarang restoran ni, sudah jadi milik kita." Semua mata membuntang memandang aku.
"Angah?" Ayah mengerut dahi.
"Mana kamu dapat duit ni angah?" tanya ibu. Aku baru nak fikir jawapan, Faris suah menyampuk.
"Macam ni, pakcik , makcik.. let me expalin hayfa." 
"Err.."
"Bangunan ni, saya yang punya. Saya bercadang nak buat hotel bajet. Pak cik yang buka kedai dekat tingkat bawah tu nak berhanti meniaga. Saya terpaksa cari penyewa baru yang mahu meniaga dekat restoran. Yalah. dah buka hotel, kena ada tempat makan, senang orang nak pergi makan. Kebetulan Hayfa sedang mencari kedai untuk buat restoran. Jadi saya offer dia kedai tu." Hotel bajet? Hemmm..
"Barang-barang untuk kedai"
"Barang-barang tu semua pak cik tu jual, ayah. Tak mahal cuma..."
"Dua ratus ribu," sampuk Faris.
"Jangan risau, hal duit semua anah dettle, tinggal ibu dan ayah nak running saja." Ibu dan ayah saling memandang.
"Guli Kari pun sedap juga namanya." Ayang sudah mula buat cadangan.
"Ehhh... Periuk Belangalah!" Adik pun nak menyibuk.
"Andak setuju dengan adik."

Kehadiran nama Haziz mukhlis memeningkan kepala Hayfa. Niat jahatnya menjadikan tanda tanya.
 "Haziz cuba memikat ayang."
"What?!!!"
"Dia sekarang cuba mengayat adik saya tu. Tapi nasib baik ayang ada Umar. Cuma sekarang  tinggal lima puluh, lima puluh.
"Jangan biarkan dia dekat dengan ayang!"
"Takkanlah saya nak bagi. Saya terpaksa reka alasan supaya dia percayakan Umar. 
"Hem.. Good."
"Next week saya akan ke Australia dengan ayang. Itu saja cara saya boleh convinced dia yang Umar masih setia dengan ayang. Saya ahu , Umar setia punya. Tapi kenapa Haziz nk cucuk- cucuk pula? Apa dia nak buat dengan keluarga saya . Faris? Sebenarnya .... Apa benda yang berlaku antara awak dengn dia sampai keluraga saya pun terkena?" Fari mengeluh.
"Awak ni siapa sebenarnya?"
"Seorang lelaki yang mencinti awak tanpa mengharapkan balasan..."
"Faris, kita dalam masalah, Boleh jangan main main tak?"
"Saya tak main-mainlah, hayfa. Saya cintakan awak, sya buat semua untuk awak dan saya ak sangka... mencintai awak sebegini sukar! Dia dengki dengan apa yang berlaku kepada saya. Dia cuma musnahkan semua peluang. Apa sebenarnya yang Haziz mahukan? Kalau dia mahukan harta ayahanda, saya dah beri apa yang dia berhak. Apa lagi dia nak? Rarah ? Itu tak mungkin saya benarkan lagi..." Huh... kalau dia dah berikan semuayang Haziz mahu, apap yang Haziz nak lagi? Adakah ini maknanya, Haziz memang salah? Farah ? adakah dia pernah likakan Farah ?





Saturday, 22 June 2013

MAAFKAN SAYA !!!!!!



Bulan ini , bulan hilang fokus dalam apa jua tugasan, namun saya cuba untuk mengembalikan fokus itu tetapi gagal. Hampir sebulan saya tidak membuat apa-apa review novel. Bila tumpuan hilang segala kerja entah kemana. Saya cuba membuat satu review untuk sebuah novel bulan ni tapi entah apa yang terjadi. Sehingga saya mendapat satu komen membina pada saya.

" byk sgt la yg typo dlm entri ni.. perbetulkan la. nk jdi pnulis tatabhsa x kn nk abaikan?? " on NOVEL RINDU KAMU MR. DARCY

Saya terpaksa manarik balik entry itu untuk pengubahsuaian . Terima kasih pada yang prihatin dan sekali lagi saya memohon maaf dengan apa yang berlaku. 

Tuesday, 28 May 2013

KESAYANGANKU 2



Semakin banyak kucing dirumah.... Bermula Mak Gebu lahir lah anaknya yang kami beri nama putih ( kucing betina ) .




Putih berumur dalam lingkungan 4 bulan 

Putih berumur 1 tahun . Bulunya bertukar menjadi lebih banyak tompok-tompok coklat. Selepas umurnya 2 tahun Mak Putih lahirkan 3 ekor anak yang comel. 2 ekor jantan dan seekor betina.
Photo: my little boy.... baru 5 hari mata pun tak buka lagi



ini yang berumur sekitar 1 minggu 

 sekarang dah lebih 4 bulan 

Ini namanya Milo

Ini mananya Mila 

Ini namanya Miko a.k.a pak itam keck 


Yang ini kami beri nama merah anak pada Mak Gebu ( Baru berusia 8 bulan )


Ini Pak Itam adik beradik Merah . Perangai nya pelik sedikit kalau nak cari perhatian tuannya. Beginilah caranya.



Inilah antara gelagat kucing-kucing kat rumah . Keletah mereka menghiburkan rasanya boleh hilang penat tengok gelagat - gelagat dan aksi mereka .