Friday 26 September 2014

NOVEL JUJURLAH NIKAHI AKU

Tuhan... Jadikan dia CINTA TERAKHIR ke syurga - MU

Novel kelima penulis Umie Nadzimah ini ada keistimewaannya tersendiri. Saya tak beli novel ini dengan penulis . Tetapi saya pembeli terawal di karya seni kerana mendapat tandatangan penulis. Novel yang mempuanyai ketebalan 640 ini merungkai kisah sedih seorang anak "istimewa". Banyak perkara kita boleh ambil iktibar untuk kehidupan kita. Sedih , duka , air mata dan kegembiraan datang tanpa dipinta. Kali ini penulis mengambil pendekatan yang berbeza. 

Jom kita review untuk novel ini . Nurin Asyfa dilahirkan sebagai gadis istimewa. Kewujudannya membuatkan diri Nurin sering tersisih oleh keluarganya kerana kekurangan yang dimiliki. Alan Wong temanya dari kecil , anak jiran sebelah rumah yang dibenci oleh keluarga Nurin , Alan Wong sentiasa melindungi  dan membuatkan Nurin terasa gembira . Sebagai anak Nurin menerima takdirnya walau dirinya dibenci oleh ibu kandungnya. Hidupnya lebih tertekan bila adiknya Zurin yang baru pulang dari Australia . Zurin merupakan anak kebanggaan ibunya. Ibunnya Puan Azah sanggup berhabis duit demi Zurin. Kepulangan Zurin memaksa Nurin berpindah ke bilik yang kecil dan berkongsi bilik bersama adiknya Fatin. Tetapi Nurin tetap bersyukur kerana tingkap biliknya membolehkan Nurin bertemu dengan Alan wong .

Dengan kerja yang disandang Nurin gembira menghabiskan masa dengan rutin hariannya. Kehadiran Ahmad Zanif anak lelaki tunggal Tuan Zainal membuka satu lembaran baru buat Nurin. Beberapa bulan mengenali Zanif , Nurin mula mengharapkan cinta dari Zanif. Hubungan mereka diketahui oleh Tuan Zainal dan isteri. Mereka gembira jika Zanif mengambil Nurin sebagai isteri. Dalam masa yang sama Zurin merancang untuk merampas Zanif dari Nurin. Zurin merancang sesuatu hingga Zanif meninggalkan Nurin. Lebih berat lagi Zurin sengaja memfitnah Nurin dan Alan pada En Arshad  ( ayanh ) hingga Nurin dipukul sampai nyawa-nyawa ikan oleh ayahnya. Puan Azah rasa sangat gembira bila anak cacatnya menerima hukuman. Nurin kecewa bila Zurin dan Zanif bertunang. Zurin sengaja menunjuk-menunjuk pada Nurin niat jahatnya sudah berjaya memiliki Zanif. Pada pendapat Zurin , Zanif lelaki yang sempurna tidak akan memiliki perempuan yang cacat seperti Nurin. 

 Zurin dan Zanif terlibat dalam kemalangan beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya. Kerana kemalangan itu Zanif lumpuh sementara. Zurin tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka dan beranggapan Zanif tak layak bersamanya kerana kini Zanif OKU. Ayah Nurin  menyuarakan pada Nurin agar menjadi pengganti pengantin perempuan bagi menutup malu. Segala penderitaan Nurin dikongsi bersama Alan. Alan yang bersimpati dengan nasib Nurin mengambil keputusan untuk menikahi Nurin. Pinangan Alan ditolak keras oleh ayah Nurin kerana agama dan budaya. Alan akur bila Nurin terpaksa menerima Zanif sebagai suami demi ayahnya. 

Nurin dan Zanif hidup sebagai suami isteri , menjaga makan minum Zanif dan keperluan semuanya memerlukan semangat yang kuat. Cemuhan dan cacian Zanif terhadap Nurin menjadi rencah dalam kehidupannya. Lebih dari setahun berkongsi hidup. Doktor memberi tahu Zanif sembuh sepenuhnya. Zanif tidak memerlukan kerusi roda dan tongkat lagi. Tuan zainal merancang untuk percutian keluarga. Dalam percutian keluarga itu juga mereka mambawa keluarga Nurin termasuklah Zurin. 

Zurin sekali lagi membuat rancangan untuk merampas Zanif dari Nurin. Zanif yang tidak tertahan dengan godaan Zurin , mereka ditangkap dalam satu selimut dibilik tidur rumah Nurin. Nurin mengalami keguguran. Zanif yang terlalu marah lalu menjatuhkan talak pada Nurin. Zanif sengaja tidak mahukan anak  dari Nurin kerana takut anak yang lahir akan cacat seperti isterinya. 

Selepas diceraikan Nurin membina kehidupan baru bersama ayahnya menjadi penguat semangat. Nurin berjaya mendapat kerja sebagai pengurus Restoran cina muslim dengan bantuan sahabatnya Bibi. Bibi teman kelas agama semasa Nurin menjadi isteri Zanif. Menjadi tokeh Restoran adalah impiannya bersama Alan.  

Zanif menyesal perbuatannya pada Nurin , Zanif memujuk dan merayu Nurin agar kembali padanya. Tetapi Nurin telah menutup pintu hatinya untuk bersama. Kerana tak mahu terus diganggu Nurin menerima Qayyum sebagai tunangnya. Kehadiran Alan menggembirakan Nurin tetapi selepas Nurin ditunangkan bersama Adlan Qayyum. Nurin bersyukur Adlan Qayyum adalah insan yang sama yang sentiasa mencintainya. Impian Zurin untuk berkahwin Zanif tercapai tetapi akhirnya bercerai selepas Zurin melahirkan anak cacat. Zanif dihantar untuk buat rawatan kerana masaalah kekeliruan hingga mengganggu emosinya. Nurin dan Qayyum terus mengecapi kebahagiaan bersama amanah Allah yang diberi kepada mereka.



Sinopsis dari kulit novel

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?


“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.


Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

Petikan-petikan menarik dalam novel 


NURIN memei, ni hou ma?

Adikku, apa khabar? Nurin senyum .
Cina celup macam tu la, cakap cina boleh, menulis bahasa cina tak reti, itu yang dia gian berbahasa cina dengan huruf rumi. Sesuai la dengan Nurin .
Telepati Alan agak hebat, tahu aje dia yang jiwa Nurin tengah kacau. Jika tak jangan harap Alan hantar SMS pada waktu-waktu begini. Hari ini giliran Alan bekerja. Chef hotel 5 bintang tentulah sibuk di hari minggu.
As usual feeling sad.
Nurin balas. Malang betul nasib Alan yang terpaksa dengar kisah sedih Nurin . Boleh kata hari-harilah. Kiranya bertuah benar Alan jika dapat dengar cerita gembira Nurin.
“Kenapa?”
Lembut suara Alan bertanya di telefon. Layan SMS, sekarang telefon pula, banyak sungguh masa free Alan hari ini. Jangan ada customer kempelin makanan lambat sampai cukup la. Manalah tahu, boleh jadi penyebab kena buang kerja. Kata emak, Nurin ni pembawa malang, takut juga terkena badi malang tu pada Alan. Kasihan Uncle Wong dengan popo (nenek), siapa hendak menyara hidup mereka jika Alan tak ada pendapatan? Naya la kan, Nurin punya fasal…
“Abang Alan tak sibuk ke? Bos tak jeling ?”. Nurin risau tentang Alannya. Selalu juga Alan cerita yang Ketua Chef tak suka kalau orang bawahannya tak fokus kerja. Alan tukang masak junior, kenalah bersungguh-sungguh, tak boleh main-main untuk kejar impian jadi chef berjaya.
“Yien jangan risau , ini hari dapur Abang Alan yang punya . Lion chef tu MC sakit tekak, Tuhan sudah bagi dia hukuman sebab selalu mengaum marah orang”. Alan gelak.
“Waah…happy sunday Abang Alan hari ini”.
“Sudah pasti”. Alan gelak lagi. “Tapi, masa mau pergi kerja tadi dada Abang Alan sikit sentap. Itu memei kena sembur ya?”.
Alan ni, penggunanan Bahasa Melayu dia boleh kata gred A , banyak terma terkini yang megisi kepala dia. Dia banyak bergaul dengan orang-orang melayu. Rumah yang didiami bersama ayah dan neneknya juga di dalam kawasan perumahan orang melayu , jiran rumah keluarga Nurin.
“Biasa la Abang Alan” .
Jawab Nurin dengan perlahan. Yakin suara nyaring emak di luar tadi mesti sampai hingga rumah Alan yang terletak di belakang rumahnya. Ada masa dia tak payah cerita apa-apa, Alan terlebih dahulu dengar the real story . Kategori jiran ‘penyibuk’ la dia ni.
“Jangan sedih-sedih Yien. Sekadar ujian kecil dari Tuhan”.
“Iya …”. Balas Nurin ringkas.
Ayat yang selalu dituturkan Alan bagi memujuknya. Yalah tu, ‘sekadar ujian kecil Tuhan’, sedangkan hingga kini Nurin masih keliru , siapa Tuhan Alan. Uncle Wong penganut Budha yang entah iya, entah tidak , mama Abang Alan dengar khabarnya seorang Kristian, manakala popo pula sangat taat dengan ajaran Budhanya. Alan tu tak seperti orang berugama jerk. Gelihati pula bila setiap kali dia beri nasihat dengan menyebut nama Tuhan.

“Jom kita kahwin!” . Alan bagi cadangan spontan.
Nurin tak jadi sambung sentap. Terus tergelak kuat.
“Gelak... gelak!”.
Orang sungguh-sungguh , dia gelak. Omel Alan dalam hati di muka pintu rumah buruknya. Yalah Alan, tak sedar diri langsung kamu tu, Tuhan tak ada, wangpun tak ada, ada hati mahu kahwin dengan gadis sebaik dan sebagus Nurin? . Bebawa simpan diam-diamlah niat tu Alan!
“Okey, jom kita pi kahwin! Selesai masalah Yien. Hahaha”. Provok Nurin.
“Meimei...”. Suara Alan bertukar perlahan.
Tengok tu, tadi ajak kahwin, sekejapan saja terus cancel , dah panggil meimei balik. Nurin hanya sesuai menjadi seorang adik. Mana ada lelaki yang serius hendakkan dia kan, malu masa sarung cincin.
“Meimei ...dah pindah bilik kan?”
“ Ya Abang Alan. Bilik kecil, kongsi dua orang”.
“Boleh meimei pergi ke tingkap sekarang?”.
Bingkas Nurin bangun menuju tingkap ,segera ikut arahan Alan. Entah apa ada di tingkap tu dia tak pasti. Selalunya Alan jika menyuruh buat sesuatu, mesti dengan alasan yang berbaloi.
“ Okey, cuba pandang ke rumah Uncle Wong”
Alan tengah senyum dan buat flying kiss di pintu rumahnya. Jelas dapat dilihat di bawah cahaya lampu kalimantang. Rupa-rupanya dari jendela bilik ini, boleh terus nampak rumah Uncle Wong . Nurin tidak tahu selama ini. Dia bukan boleh masuk lama-lama ke sini sewaktu Zurin Shallot tiada dan langsung tak ada peluang jika perempuan itu ada di rumah.
“Nampak tak anak teruna Uncle Wong yang gourgeos tu ?”
“Hahaha. Nampak... nampak. Anak Uncle Wong macam tengah gatal je”
“Happy tak ?”
“Tentu la Abang Alan. Boleh kita bersidang tiap-tiap malam”.
“Bagus kan? Boleh buat meeting pintu~ tingkap , di bawah cahaya rembulan”
Nurin tertawa riang. Sungguh-sungguh dia suka. Bila mood sedih menyerang nanti, dia akan seru Alan ke muka pintu. Dapat pandang wajah bahagia lelaki gentleman itu.
“Moralnya dua-dua adik di atas sana jangan sedih-sedih tinggal dalam bilik kecil sebab dapat pandang abang handsome bila-bila masa suka. Tak kena bayar apa-apa, boleh lihat seberapa lama mau”.

4 comments:

  1. tq atas ringkasan novel ni.. baca rigkasan novel pun dah sedih.. ni nak kena beli hari ni juga novel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... Terima kasih singgah ke blogs review ini ... Harus beli pasti tidak mengecewakan ...

      Delete
  2. Ending dia dengan siapa sebenarnya? Qayyum tu Alan ke? Please tell me! Just me! Tolonglah, sya nak tahu sangat pliss saya sanggup buat apa saje semata2 nak tahu Nurin dengan siapaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah excitednya ... Qayyum adalah Alan.
      Sedih cerita ni .. episod pertama tidak kecewa. Pelakonnya pun ok semua ...

      Delete