Thursday, 10 September 2015

NOVEL TUAN ANAS MIKAEL

Kenapalah saya tersayang awak ?

Selepas kejayaan filem Suamiku Encik Perfect 10 dan drama Terlanjur mencintaimu  yang telah diadaptasi. Karya Syamnuriezmil muncul kembali dengan drama yang akan disiarkan saluran Astro. Novel ini banyak konfliknya berbanding yang terdahulu. Novel ini menceritakan kisah kekeluargaan yang cukup sempurna rencah kehidupan. Jom ikuti review dari saya untuk Novel Tuan Anas Mikael.

Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.

Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas  meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi. 

Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka . 

Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas . 

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya. 

Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu. 

Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk  berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .

Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina. 

Dengan Bantuan Tuan Anas  Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang. 


( Hero Arron Aziz & Heroin Zara Zya )


Sinopsis dari kulit novel 

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam. 

Tetapi... Di Krabi... 

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL 

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih... 

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL 

Ayu Maisarah, kecewa! 


“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH 

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh. 

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya? 


“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL




( Bersiaran di Astro Ria 10.00 - 11.00 malam Setiap Isnin hingga Khamis )

Episod 1
Puan Sri Tengku Anansa menyuruh Tuan Anas Mikael berkahwin jika Tuan Anas Mikael tidak bertemu pilihan hati , Puan Sri Tengku Anansa memutuskan Safra Ariana akan menjadi calon pilihan. Tuan Anas enggan memerima cadangan mummynya. Ini membuatkan Tuan Anas terfikir-fikir siapa calon isterinya. Cik Su pencuci rumah Tuan Anas Mikael tidak sihat. Cik Su mempunyai seorang anak yang bernama Ayu Maisara. Ayu Maisara susah hati melihat mak yang berkeras untuk pergi kerja. Kerana Cik Su kurang sihat Ayu Maisra berkeras untuk menggantikan tempat Cik Su. Cik Su memberi peringatan dan tugas -tugas yang perlu dilakukan dirumah Tuan Anas Mikael. Ayu Maisara menganggap Tuan Anas Mikael seorang yang cerecet dan sombong. Sampai dirumah Tuan Anas Mikael Ayu Maisara memulakan kerja seperti yang dipesan oleh Cik Su. Tetapi malang tidak berbau , Tuan Anas Mikael tergelincir ditangga yang licin. Ayu Maisara terkejut melihat Tuan Anas Mikael terjatuh di tangga yang baru di mop oleh Ayu Maisara. Tuan Anas terkejut kehadiran Ayu dan marah pada Ayu yang menipu mengenali diri siapa Tuan Anas . Tuan Anas menawarkan kerja sebagai pembantu rumah pada Ayu tetapi ditolak kerana Ayu terlalu taksub dengan memiliki Ijazah perakaunan dan tidak sanggup menjadi orang gaji. Kerana terlalu marah dengan Tuan Anas , Ayu memutuskan agar Cik Su tidak berkerja dengan Tuan Anas lagi. Ayu yakin dengan pendidikan dia akan mendapat kerja yang lebih baik. Dalam tiada pilihan Ayu menerima tawaran Tuan Anas dan terkejut bila ditawarkan gaji sebanyak RM10,000.



Episod 2
Setelah menandatangi surat tawaran Ayu Maisara dan Cik Su berpindah ke rumah Tuan Anas. Ayu semakin pening bila melihat jadual kerjanya mengalahkan tugas seorang isteri. Seawal pukul 4 pagi harus mengejutkan Tuan Anas , sarapan pagi dan paling mengejutkan Ayu juga disuruh untuk pergi ke tempat kerja Tuan Anas. Kay selaku PA Tuan Anas memainkan peranan untuk menyiapkan Ayu. Ayu juga dibawa untuk mengadiri mesyuarat tentang pelaburan. Ayu disuruh memberikan pendapat dan pendapat Ayu digunakan untuk projek pelaburan yang baru. Cik Su menziarah ke kubur suaminya dan terseremak dengan sebuah kereta yang amat dikenalinya. Cik Su juga berharap dia dapat merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Ayu. Oleh kerana Ayu idak mahu mengikut Tuan Anas keluar bermesyuarat , Tuan Anas meminta Ayu menunggunya di pejabat. Ayu yang risau dan mahu pulang kerumah kerana kerja-kerjanya yang tertangguh terpaksa dilupakan. Dalam menunggu Tuan Anas pulang , Safra datang ingin mengajak Tuan Anas keluar makan. Alangkah terkejutnya Safra bila melihat Ayu yang berada dibilik Tuan Anas.


Episod 3
Safra bengang dengan kedegilan Ayu Maisara bila dipaksa untuk keluar dari bilik Tuan Anas. Safra yang tidak mampu menahan kemarahanya lalu menampar Ayu hingga pengsan. kebetulan Tuan Anas dan Kay pulang dari mesyuarat terkejut kejadian itu. Tuan Anas tidak puas hati dengan sikap Safra yang suka tertindak melulu. Tuan Anas mohon maaf dengan apa yang berlaku kerana dia tidak dapat menjaga Ayu dengan baik. Tuan Anas pernah cakap pada Ayu , Dia akan jaga Ayu baik - baik jika Ayu akan jaga Tuan Anas baik-baik. Itu password mereka. Safra yang tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas lalu menghubungi Mummy Tuan Anas , Puan Sri Tengku Anansa untuk mengadu. Puan Sri Tengku Anansa menghubungi Tuan Anas agar membuat perjumpaan dengan keluarga Safra. Ayu yang terdengar Tuan Anas menyebut mana Dato Azhar Tun Akhiruddin terkejut dan nama itu seperti pernah didengari. Ayu yang cuba mengorek cerita dari Cik Su tentang keluarga ayahnya tetapi gagal. Tuan Anas menyuruh Kay mendaftarkan Ayu ke kelas memandu dan menyuruh seorang Chef datang ke rumah mengajar Ayu memasak. Cik Su gembira bila melihat kesungguhan anaknya belajar memasak. Ayu yang masih ingin tahu tentang keluarga Tun Akhiruddin dan mencarinya di google internet. Dalam masa yang sama Ayu cuba memberanikan diri bertanya dengan Kay tenang keluarga Dato Azhar Tun Akhiruddin.

Episod 4
Kay memberitahu pada Ayu sebenarnya dia sendiri tidak banyak tahu tentang keluarga Tun Akhiruddin. Jika Ayu ingin tahu Tuan Anas lebih mengenali keluarga Tun Akhiruddin kerana sejak kematian Papa Tuan Anas Tun Akhiruddin banyak menolong Tuan Anas. Ayu sibuk dengan kelas memasak dan kelas memandunya.Jika ada kelapangan dia tetap mencari maklumat tentang keluarga Tun Akhiruddin. Tak banyak membantu. Tuan Anas membentangkan kertas kerja tentang projek di Krabi. Tun Akhiruddin berpuas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan. Tun Akhiruddin juga mengajak Tuan Anas makan malam bersama. Tuan Anas tidak dapat mengelak kali ini walaupun Tuan Anas menolak beberapa kali. Safra orang yang paling gembira bila Dato Azhar ingin mempercepatkan tarikh pertunangan. Tun Amina membawa maklumat tentang Yayasan Aiman Akhiruddin kepada Tuan Anas. Tun Amina mengharapkan Tuan Anas dapat menyimpan rahsia tentang penubuhan Yayasan Aiman terutama dari pengetahaan Tun Akhiruddin dan Dato Azhar. Tetapi Dato Azhar rasa tak sedap hati bila bondanya berjumpa Tuan Anas. Dato Azhar dapat merasakan Tun Amina merahsiakan sesuatu darinya. Safra dan Dato Azhar sebenarnya ada niat jahat terhadap Tuan Anas. 


Episod 5
Ayu menunggu kepulangan Tuan Anas , Sebelum tu Tuan Anas meminta izin dari Cik Su untuk membawa Ayu keluar kerana sebagai denda. Ayu membiarkan Cik su membuat kerja rumah. Ayu juga disuruh membawa kereta . Tuan Anas ingin melihat Ayu apa yang Ayu telah belajar. Ayu marah bila apa yang dilakukan salah dimata Tuan Anas. Mengapa Ayu perlu melakukan semua untuk sempurna di mata Tuan Anas. Tuan Anas terus membantu Ayu belajar memandu kereta dengan betul bagi mempermudahkan rancangannya. Safra gembira kerana kehendaknya dilayan sempurna dari Sam. Pak Hamid memberitahu Cik Su agar jangan risau kerana Tuan Anas akan menjaga Ayu dengan baik. Ayu terkejut bila Tuan Anas memberi satu senyuman kerana selama ini Tuan Anas susah untuk senyum. Kesihatan Tun Akhiruddin semakin merosot ini membuatkan Tun Amina risau. Sejak kebelakangan ini Tun Akhiruddin banyak menyebunyikan sesuatu. Perkara ini dapat dikesan oleh anaknya Dato Azhar. Cik Su bertanya pada Ayu adakah Tuan Anas yang Ayu maksudkan. Cik Su memberitahu agar Ayu tidak mengajar hatinya untuk suka pada Tuan Anas kerana jika apa- apa terjadi Cik su tidak mahu Ayu menyesal  sepertinya. Kay menyiasat keluarga Tun Akhiruddin dengan PA Tun Akhiruddin adakah Tun mempuyai anak bernama Aiman tetapi tiada meleset. Kay tertanya - tanya mengapa Tun Amina perlu mewujudkan yayasan Aiman Akhiruddin. Tuan Anas resah bila Ayu menduduki ujian memandu. Walaupun Ayu telah berjanji dia akan lakukan yang berbaik seperti password mereka. 

Episod 6
Ayu didenda untuk memasak sepanjang hari kerana menipu Tuan Anas. Kay memberitahu Ayu Tuan Anas tidak suka ditipu. Ayu menipu Tuan Anas bahawa dia tidak lulus ujian memandu semuanya terkantoi bila Kay mendengar perbualan Cik Su dan Ayu. Dalam seronok Ayu membalas Wassap Tuan Anas tiba handphone Ayu terjatuh dikolam renang. Tuan Anas memberi sebuah handphone baru pada Ayu. Cik Su memberi peringatan agar tidak tersuka pada Tuan Anas. Hari yang dinanti untuk ujian memasak tiba. Tuan Anas membawa beberapa orang pegawai pejabat untuk merasai masakan yang dimasak oleh Ayu. Dengan tunjuk ajar Chef Wan semua tugasan dilakukan dengan baik. Tuan Anas berpuas hati dengan tugasan Ayu. Chef Wan juga memuji Ayu yang cepat belajar. Dato Azhar mempergunakan Safra agar mengoda Tuan Anas bersungguh untuk mendapatkan projek besar. Mereka mempunyai rancangan tersendiri. Oleh kerana semua ujian telah lulus Ayu diberi cuti 1 hari oleh Tuan Anas. Ayu sangat gembira bila dia diberi cuti.

Episod 7
Oleh kerana Ayu cuti 1 hari , Ayu mengambil peluang untuk menziarahi pusara arwah ayahnya. Tiba- tiba motor Ayu buat hal , Tuan Anas dengan rela hati membawa Ayu menziarahi pusara arwah Ayman. Sampai di pusara Ayu terkejut melihat banyak kelopak bunga ros diatas pusara arwah ayahnya. Ini membuatkan Ayu tertanya- tanya siapa dayang datang sedangkan Ayu jarang menziarah pusara ayahnya sejak dia berkerja dengan Tuan Anas. Selepas Itu Tuan Anas dan Ayu bertembung dengan Tun Amina. Ayu di perkenalkan sebagai kawan yang sempurna dimatanya. Tun Amina faham maksud Tuan Anas dan Tun Amina suka dengan pilihan Tuan Anas. Ayu merasa pelik bila Tun Amina membuka kereta terbau bunga ros. Tun Amina menyatakan dia baru balik menziarahi pusara anaknya. Tun Akhiruddin berjumpa dengan Kay dan memberi amaran agar tidak bertanyakan lagi tentang Ayman Ikhiruddin dengan PAnya. Puan Sri Anansa ternampak Safra dengan lelaki lain dan terus menghubungi Safra untuk kepastian tetapi dinafikan oleh Safra. Tuan Anas minta agar Ayu memanggilnya Daddy dan Mummy untuk Ayu jika mereka diluar waktu kerja. Sehari keluar bersama Tuan Anas , Ayu tetap gembira walaupun terpaksa melayan kerenah Tuan Anas. Ayu bertanya pada Cik su adalah cik su pergi ke pusara Arwah Ayman kerana dipusara itu ada bunga. Dalam hati Tuan Anas memuji kecantikan Ayu kena Ayu sudah mula berhijab. Sejak peristiwa menziarah pusara tempoh hari Tuan Anas suka melihat Ayu memakai tudung. 

Episod 8
Puan Sri Anansa datang kerumah Tuan Anas ketika Tuan Anas keluar berjoging dengan Ayu. Tuan Anas dan Puan Sri Anansa pergi sarapan diluar , Tuan Anas terkejut bila Safra turut menyertai mereka. Tuan Anas merajuk bila Ayu tidak mahu menghadiri kelas gromming dan Ayu menuduh Tuan Anas pura - pura menyempurnakan hidupnya. Setelah 3 hari Ayu baru perasan Tuan Anas merajuk. Ayu memujuk menggunakan panggilan Daddy dan mummy. Ada kejutan pada Ayu dibuat oleh Tuan Anas. Ayu mengakui Tuan Anas seorang yang romantik pada Kay. Perbualan mereka diperhatikan oleh Tuan Anas tanpa sedar. Dato Azhar sering memerhatikan Tun Amina . Dato Azhar tidak suka bila Tun Amina masih menginagti Ayman yang sudah lama meninggal. Pak Hamid suka menyakat Ayu mengatakan bahawa Pak Hamid akan berkahwin dengan Cik Su. Puan Sri Anansa terserempak dengan Safra dan bersikap kasar dengannya. Puan Sri Anansa tidak menyangka Safra boleh berkasar dengannya. Tambah mengejutkan bila Sam kekasih Safra menyapa Safra dengan panganggilan sayang. Ayu secara rasmi dilantik sebagai pengurus projek di krabi. Ayu ditugaskan ke krabi bersama Kay. Cik Su bising dengan Ayu, rantai  pemberian arwah rosak cangkuknya kerana tidak dijaga dengan baik. Cik Su gembira dibenarkan balik kerumah sewa lama. Tun Akhiruddin menghormati keputusan Tuan Mikail dengan tidak melantik Sarfa Ariana sebagai Pengurus Projek tetapi Tun Akhiruddin harap perkhawinan Tuan Anas dan Safra tetap diteruskan. Ini membuatkan Tuan Anas semakin buntu kerana Tuan Anas semakin suka dengan Ayu.

Episod 9
Cik Su tidak menyangka dia akan bertemu dengan Tun Amina di pusara suaminya. Tun Amina memohon maaf dan ingin berjumpa selalu dengan menantunya tetapi dibantah dengan baik kerana Tun Akhiruddin masih belum menerima Cik Su sebagai menantu. Cik Su tidak mahu Tun Amina mengorek rahsia dengan lebih banyak darinya. Dato Azhar dan Safra terus merancang sesuatu kerana Tuan Anas tidak melantik Safra sebagai pengurus projek. Tuan Anas sudah berani meluahkan rasa rindu pada Ayu. Segala keadaan Ayu harus melaporkan pada Tuan Anas. Puan Sri Anansa bertembung lagi dengan Safra dan Sam tetapi dengan keadaan terkejut Safra memperkenalkan Sam adalah sepupunya. Hari - hari talifon belum cukup untuk melepaskan rindu. Tuan Anas terbang ke krabi. Sebelum terbang ke krabi Tuan Anas berjumpa Cik Su dan Cik Su menyerahkan rantai peninggalan Arwah ayahnya. Kay diminta merahsiakan kedatangan Tuan Anas ke krabi dari pengetahuan Ayu. Tuan Anas gembira dapat berjumpa Ayu. Sepanjang hari Ayu dan Tuan Anas keluar bersama. Safra mendapat tahu yang Tuan Anas ke krabi. Dengan rasa tidak puas hati Safra terus mengubungi Dato Azhar . Dato Azhar terpaksa mengubah rancangan buruknya. Dato Azhar membeli tiket kapal terbang dan menyuruh Safra dan Tun Amina turut ke Krabi. Tuan Anas memberi rantai yang dikirimkan oleh Cik Su. Apabila melihat keadaan rantai telah dibaiki dan Tuan anas melihat loket rantai itu dan memberitahu loket itu pasti ada sebahagiannya lagi. 

Episod 10
Kay dikejutkan dengan kehadiran Safra dan Tun Amina di krabi. Kay terus menghubungi Tuan Anas dengan kehadiran Safra dan Tuan Amina. Kay semakin rapat dengan Mika pengurus Hotel. Mika cuba memikat Kay. Tuan Anas dan Ayu menghabiskan masa bercuti di Krabi melihat pulau-pulau kecil dan tempat-tempat yang menarik. Ditambah pula mereka bebas menggunakan kata ganti Daddy dan mummy tanpa Kay. Cik Su terkejut bila Tun Akhiruddin dipusara suaminya. Dengan keegoan Tun membuatkan Cik Su kurang selesa. Dalam perjalan balik Dato Azhar ternampak Cik su keluar dari caffee hotel. Dato Azhar mengesyaki sesuatu. Safra dan Tuan Anas keluar makan malam tetapi Safra marah bila Tuan Anas tidak ambil perhatian padanya. Lebih menaikkan kemarahan Safra bila terjumpa Ayu yang dianggap nyamuk. Perang mulut menambahkan kekalutan di depan pintu hotel. Safra dibawa oleh Tun Amina dan Tuan Anas membawa Ayu ke satu tempat untuk menghilangkan stress. Tun Amina meminta Tuan Anas mencari rantai Safra yang hilang. Bila ditemui Tuan Anas terkejut melihat rantai Safra sama dengan Ayu. Puan Sri Anansa datang ke Krabi untuk melihat calon isteri Tuan Anas. Tetapi Tuan Anas memperkenalkan Raisya Puteri sebagai penguam syarikat dan Kekasih Tuan Anas. Ini mengejutkan Ayu kerana Tuan Anas berjanji akan memperkenalkan dirinya bukan Raisya Puteri sebangai kekasihnya. Kay yang memahimi  keadaan itu mengajak Ayu pulang ke Malaysia. Pulang dari Krabi , Tun Amina dikejutkan dengan berita Tun Akhiruddin dimasukkan ke hospital. Sejak Cik Su bertemu dengan Tun Akhiruddin, Jejak Cik Su selalu di ekori. Ini membuatkan Cik Su  merasa takut. 

Episod 11
Ayu menceritakan hal sebenar apa yang berlaku di Krabi. Cik Su bersyukur kerana bukan Ayu pilihan Tuan Anas. Cik Su juga memberitahu kini ada orang mengekorinya seperti arwah suaminya sebelum meninggal dulu. Cik Su menasihatkan agar Ayu lebih berhati-hati. Tun Amina kesal bila tidak dimaklumkan yang suaminya Tun Akhiruddin dimasukkan ke hospital. Tun Amina terkejut bila Dato Azhar memaklumkan Tun Akhiruddin terkena serangan jantung. Dato Azhar tidak puas hati dengan Tun Amina kerana lebihkan Tuan Anas.Tun Amina menghubungi Tuan Anas agar datang ke hospital untuk berjumpa. Ayu masih berkecil hati dengan Tuan Anas. Tuan Anas lakukan semua itu kerana untuk kebaikan Ayu. Tun Amina kuat mengatakan Tun Akhiruddin sakit disebabkan Dato Azhar. Tun Amina juga menguruh Tuan Anas menyiasat Cik Su sama ada Cik Su mempunyai anak ke tidak. Cik Su diserang oleh orang suruhan Dato Azhar. Dalam Masa yang sama Sam kekasih Safra mengugut Dato Azhar untuk menyebarkan bukti satu pembunuhan. Dato Azhar menjadi cemas .Safra kecewa bila Sam sanggup menodainya ketika dia dalam tidak sedar. Safra tidak sangka Sam sanggup mempergunakan dirinya demi kepentingan Dato Azhar. Walaupun Ayu masih merajuk tapi dia masih sempat menyiapkan sarapan untuk Tuan Anas . Ayu lebih bersemangat bila projek diKrabi berjalan lancar. 

Episod 12
Tuan Anas menyuruh Ayu dan Cik Su pindah ke Krabi dengan alasan bagi memudahkan menguruskan projek disana. Ayu membantah mengapa dia perlu ke Krabi memandangkan dia mampu untuk menguruskan kerja-kerja itu tanpa pindah ke Krabi. Dato Azhar ingin memerangkap Sam supaya Dato Azhar tidak perlu takut lagi. Dato Azhar dan kuncu-kuncunya berjaya menghapuskan Sam dengan mudah. Dato Azhar gembira bial segala yang dirancang telah berjaya. Kini Dato Azhar yakin harta milik Tun Akhiruddin akan menjadi miliknya. Tun Amina bertembung dengan Cik su dan memberitahu bahawa Tun Akhiruddin terlantar sakit. Dato Azhar marah bila nampak Cik Su melawat Tun Akhiruddin. Sebelum pulang Cik Su pulang Cik Su berbisik di telinga Tun Akhiruddin bahawa Cik Su akan membawa cucu. Ayu menunggu kepulangan Cik Su. Sampai dirumah Cik Su memberitahu Ayu Tok ayah sakit tenat . Jika ada kelapangan Cik Su menyuruh Ayu melawat Tun Akhiruddin. Cik Su juga menceritakan hal keluarga Arwah Ayman yang selama ini disimpan rapi. Cik Su juga berpesan agar Ayu lebih berhati- hati dengan Dato Azhar kerana Dato Azhar boleh lakukan apa saja demi tamakkan harta. Tun Akhiruddin meninggal dunia ini menambahkan lagi kasedihan pada Tun Amina. Dato Azhar gembira berjaya melenyapkan Tun Akhiruddin demi harta.  Safra semakin berani melawan Tun Amina. Ayu nekad untuk berhenti kerja kerana tak mahu pergi ke Krabi. Tuan Anas terkejut bila mendengar berita kematian Tun Akhiruddin . Tuan Anas risau keselamatan Ayu dan tidak membenarkan Ayu keluar rumah. Ayu merasa pelik dengan sikap Tuan Anas seperti main tarik tali.


Episod 13
Dato Azhar membuka kotak rahsia yang selalu Tun Akhiruddin buka di bilik bacaan. Kini Dato Azhar tahu yang Tun masih mengingati Ayman ( arwah anaknya ). Selama ini Dato Azhar tertanya-tanya apa yang terlalu rahsia. Dato Azhar nampak Tuan Anas duduk berbincang dengan Tun Amina terus memberitahu agar mempercepatkan pertunangannya dengan Safra. Dato Azhar juga melantik dirinya sendiri sebagai CEO dan Safra sebagai COO. Ayu terkejut bila Kay memberitahu Tun Akhiruddin meninggal dunia. Ayu menghantar surat letak jawatan dan diterima oleh Tuan Anas. Ayu agak kecewa bila Tuan Anas tidak memujuknya untuk berkerja kembali malah Tuan Anas hanya cakap dia lakukan semua ini adalah untuk kebaikan Ayu dan dirinya. Safra mengadu pada Dato Azhar yang Tuan Anas suka pada perempuan Ayu Maisara. Dato Azhar hanya kata Safra tidak perlu bimbang kerana Dato Azhar ada rancangan . Tuan Anas mendapat info yang Dato Azhar adalah punca utama kematian Tun Akhiruddin. Tuan Anas menyuruh penyiasat mencari info yang lebih kuat untuk mengheret Dato Azhar ke pengadilan. Cik Su dapat merasakan Ayu sudah suka pada Tuan Anas tetapi dinafikan oleh Ayu. Dato Azhar mengugut Tuan Anas jika Tuan Anas tidak mahu berkahwin dengan Safra. Cik Su mengizinkan hubungan dengan Tuan Anas jika itu jodoh Ayu. Tuan Anas perlu menyerahkan Mizan Holding atau dia akan buat sesuatu pada Ayu Maisara. Ini membuatkan Tuan Anas buntu. Tun Amina terkejut bila melihat Ayu di kawasan perkuburan. Dalam mencari kerja , Kay menghubungi Ayu mengatakan Dato Azhar berjumpa Tuan Anas. Ayu menyuruh Kay menyiasat apa yang berlaku. 


Episod 14
Ayu bertembung dengan Dato Azhar di packing lot , lebih mengejutkan lagi bila Safra memperkenalkan Ayu pada Dato Azhar sebangai girlfrend Tuan Anas. Dato Azhar memberi amaran agar Ayu menjauhkan diri dari Tuan Anas. Tuan Anas bertemu dengan Tun Amina menceritakan hal Dato Azhar dan terpaksa melepaskan Mizan Holding demi Ayu. Tuan Anas tidak mahu Dato Azhar mengapa-apakan Ayu. Tuan Anas datang kerumah Ayu untuk meminta Ayu membuat biskut untuk untuknya. Ayu bertanya betulkah ayahnya meninggal kerana dibunuh. Cik Su menceritakan semuanya adalah angkara Dato Azhar. Cik Su juga cakap Arwah ayahnya terlalu sayang pada Azhar tetapi dia tidak menyangka Azhar sanggup lakukan semua tu pada Ayman. Kay terkejut bila Tuan Anas membuat keputusan untuk berkahwin dengan Safra dan pelantikan Dato Azhar menjadi CEO Mizan Holding. Puan Sri Anansa tidak setuju bila Mizan Holding diserahkan pada Dato Azhar. Kini Dato Azhar tahu mengenai Yayasan Ayman. Demi melindungi Ayu , Tuan Anas tiada pilihan dari menurut sahaja kata Dato Azhar. Ayu menghantar biskut kerumah Tuan Anas dan Tuan Anas gembira bila Ayu masih sanggup membuat biskut untuknya. Berita tentang perkahwinan safra dan Tuan Anas begitu juga pengumumam pelantikan Dato Azhar menjadi CEO Mizan Holding mengejutkan Tun Amina. 

Episod 15
Dato Azhar lakukan semua ini untuk menuntut hak yang sepatutnya dia miliki. Yayasan Ayman Dato Azhar akan mikili selepas Safra berkahwin dengan Tuan Anas. Ayu sedih bila membaca berita pengumuman perkahwinan Tuan Anas dan Safra tak lama lagi. Ayu terus menghubungi Kay apa sebenarnya berlaku. Kay menceritakan Tuan Anas sedang menyiasat Dato Azhar yang menjalankan aktiviti haram dan semua yang berlaku adalah rancangan Tuan Anas. Ayu menghubungi Raisya ( peguam hotel ) bertanyakan hubungan dengan Tuan Anas. Raisya memberitahu semua itu adalah lakonan. Tuan Anas sengaja buat begitu kerana ingin melihat Ayu cemburu. Akhirnya Ayu kalah dan berterus terang dengan Tuan Anas , Ayu sayang pada Tuan Anas. Tuan Anas berpesan pada Ayu agar menjaga barang yang dimiliki oleh AYu. Ayu tidak faham apa yang disampaikan oleh Tuan Anas bila difikirkan balik baru Ayu faham , Tuan Anas sebenarnya sudah tahu Ayu adalah cucu Tun Akhiruddin. Ayu memberitahu Kay , Tuan Anas dalam bahaya. Ayu minta tolong Kay agar Kay dapat buat satu pertemuan dengan Tun Amina . Secara kebetulan Tuan Anas jumpa Tun Amina .Dalam pertemuan Tuan Anas dan Tun Amina , Tuan Anas memberitahu Cik su mempunyai bernama Ayu. Tiba - tiba Ayu dan Cik Su muncul didepan mata. Tun Amina gembira bila mendapat tahu Ayu adalah cucunya. Tuan Anas menyuruh Ayu elakkan diri dari Dato Azhar tetapi dibantah oleh Ayu kerana Ayu tak mahu Tuan Anas terus masuk perangkap Dato Azhar. Ayu berkecil hati bila Tuan Anaz tidak mahu berundur diri. 

Episod 16
Kay mengajak Ayu agar bertenang dan fikir cara lain untuk mencari jalan yang terbaik menyelesaikan masalah. Tuan Anas tahu Ayu merajuk dan mencari Ayu dirumah. Ayu berjanji akan lebih berhati-hati dalam apapun keadaan. Ayu kerumah Tun Amina. Kedatangan Ayu disambut gembira oleh Tun Amina tetapi tidak pada Dato Azhar dan Safra . Ayu memberitahu Kay , rancangannya untuk bersemuka dengan Dato Azhar dan mengaku Ayu adalah anak Ayman. Dato Azhar mengupah orang untuk memusnahkan waris Ayman. Tuan Anas semakin risau akan keselamatan Ayu dia mengarahkan orang untuk mengikut gerak geri Ayu kerana Ayu dalam keadaan bahaya. Ayu dan Cik Su dicolek. Dalam masa yang sama Dato Azhar mencolek Tun Amina . Dato Azhar ingin membunuh ketiga-tiga mereka tetapi tindakkan pantas polis. Dato Azhar dan pengikutnya ditangkap polis. Dato Azhar dan Safra menjalani hujuman penjara kerana disabit kesalahan. Ayu dilantik sebagai CEO . Sejak peristiwa pencolikan itu Tuan Anas terus menghilangkan diri. Ayu semakin sibuk bagi menguruskan Syarikat. Tun Amina dan Cik Su berpakat untuk menyatukan Tuan Anas dan Ayu. Tun Amina mengupah bodyguard untuk menjaga Ayu. Ayu dikejutkan dengan kehadiran Tuan Anas sebagai bodyguard yang sekian lama menghilang. Tuan Anas gembira bila dapat melamar Ayu dan perhubungan mereka direstui.     

Nota : 
Drama ini sudah habis. Tetapi ada satu misteri iaitu pemakai cincin besar. Rupa-rupanya pemakai cincin besar tu sebagai pemerhati sahaja. Pemerhati melihat kehidupan Tuan Anas Mikael. Kehidupan kita sebenarnya seperti satu drama juga. Apapun terima kasih kepada semua mengunjung setia blogs ini dan tak kurang juga yang memberi komen-komen untuk drama ini. Tahniah buat penulis dan krew - krew drama yang telah menjayakan drama ini dengan hebat. ( lebih 4 juta penonton yang menyaksikan di episod akhir ) 

Tuesday, 1 September 2015

NOVEL UDA & DARA

Saat aku membenci dirimu , Kau datang untuk memujuk.



Novel Uda & Dara akan diadaptasi drama disaluran Astro tak lama lagi. Saya baru je beli novel ni . Penulis Aisya Sofea bukan baru di dunia penulisan. Malah beliau telah menulis banyak novel diterbitan Alaf 21. Novel yang mempunyai 547 muka surat. Masa saya beli novel ini telah dicetak 9 kali. ini bermakna cerita ini menarik dan diterima ramai. Apapun ikuti review dari saya . 



Siti Mariam atau lebih dikenali sebagai Mar menumpang kasih pada keluarga sepupunya selepas Ibunya meninggal dunia. Sepupu-sepupunya dianggap seperti adik beradik. Kini Mar berjaya dalam kerjayanya sebagai Jurutera. Suatu hari Mar pulang kekampung berkumpul adik beradik . Mar terkejut bila melihat wajah yang 17 tahun tidak ditatap dirumah mak. Wajah seorang lelaki yang pernah dipuja satu ketika dulu. Izzat Hilman nama yang sentiasa dibibirnya. Namun rajuk dan kecil hati kerana Izzat Hilman meletakkan harga cintanya dihujung kaki. Izzat Hilman atau dengan pangilan Man adalah kawan baik pada Abang sepupunya. Mar tidak menyangka akan bertemu semula dengan Izzat Hilman selepas 17 tahun. 



Siapa yang tidak marah kalau, pada pertemuan itu Izzat Hilman meluahkan rasa hati dan melamarnya untuk dijadikan isteri . Izzat Hilman yakin Siti Mariam tidak pernah melupakan dan masih manyayanginya. Pada Siti Mariam pula dia tidak pernah lupa bahawa lelaki itu sudah ditentukan jodoh oleh ibunya.



Kerana desakan Izzat Hilman mereka menjalin hubungan tetapi Siti Mariam sudah meletakkan syarat bahawa perhubungan itu hanya sementara.  Tetapi Izzat Hilman berjanji akan membahagiakan Siti Mariam dan akan memastikan Siti Mariam akan melupakan syarat yang diciptanya sendiri.

Dalam tempuh berkawan Siti Mariam ditimpa masalah besar ,abah yang menghilangkan diri sekian lama muncul bersama  beban yang menyesakkan seluruh keluarga. Abah membawa beban hutang yang hampir 100 ribu kerana berhutang dengan Along. Kehidupan Siti Mariam lebih menjadi huru hara bila Ketua gangster menghubungi Siti Mariam dan turut mengugutnya. Izzat Hilman juga turut mendapat tempiasnya . Izzat Hilman menawarkan bantuan tetapi dengan cagaran yang lain pula diminta. Izzat Hilman menjual tanah pusaka lalu membayar semua hutang Abah Siti Mariam.

BIla semua sudah selesai ,Mereka dikahwinkan seperti yang diharapkan. Diawal perkahwinan mereka tidaklah seindah mana bila Kak Yah ( kakak Izzat Hilman ) kerap datang kerumah Izzat Hilman. Tambah sakit hari bila Kak Yah membawa Khalida ( calon menantu yang diharapkan ) datang kerumah . Kak Yah sengaja membanding-bandingkan Siti Mariam dan Khalida .  Ini memaksa Siti Mariam dan Izzat Hilaman sering bertengkar dan salah faham.   


Suatu hari Izzat Hilman bertengkar dengan kakaknya tentang tanah pusaka yang dijual oleh Hilman. Kak Yah menyalahkan Siti Mariam kerana kehadirannya memnyusahkan dan membawa bala dalam keluarganya. Ini membuatkan Siti mariam berkecil hati. Siti Mariam sanggup berundur diri. Siti Mariam juga kecewa dengan Izzat Hilman kerana tidak berteus terang dengan Kak Yah tentang tanah pusaka. Izzat Hilman pernah berjanji dia akan memberitahu kenapa Izzat menjual tanah pusaka tersebut. Siti mariam cuba untuk berbaik dengan kak Yah walaupun dia seriang mendapat layanan yang buruk dari kakak iparnya.

Malang tidak berbau , Siti Mariam keguguran selepas terjatuh ditangga. Siti Mariam terkejut bila disahkan keguguran sedangkan dia sendiri tidak tahu yang dia mengandung. Dalam masa yang sama anak sulung Kak Yah dimasukkan ke Hospital yang sama disebabkan Denggi. Izzat Hilman kecewa dan menyalahkan Siti mariam atas keguguran itu . Kak Yah mengapi - apikan Izzat Hilman mengatakan Siti Mariam tidak mahu melahirkan zuriat untuk Izzat Hilman.

 Keadaan anak sulung Kak yah kritikal . Dia memerlukan darah jenis A yang kurang di hospital. Dalam keadaan sakit dan tanpa pengetahuan sesiapa Siti Mariam mendermakan darah demi menyelamatkan anak Kak yah yang sedang kritikal .

Kak Yah yang terus taksub dengan wasiat yang ditinggalkan oleh emaknya. Dia sedaya mungkin untuk menyatukan Izzat Hilman dan Khalidah sehingga dia bagaikan sudah tidak peduli pada rasa bahagia adik sendiri. Tanpa sedar Kak Yah , Siti Mariam telah bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya. Kak Yah lega bila doktor memberi tahu anaknya telah melepasi keadaan kritikal dan mendapat darah dari seorang penderma. Barulah dia sedar bahawa selama ini orang yang dibenci telah menyelamatkan nyawa anaknya. Kak Yah bersyukur dan memohon maaf dengan Siti Mariam.

Izzat Hilman sedar dia tidak harus mengabaikan dan membiarkan Isterinya. Izzat Hilamn berjanji tidak akan membiarkan Siti Mariam menanggung kecewa dengan apa yang berlaku. Siti Mariam bersyukur kerana Tuhan telah memberi kebahagiaannya tidak ternilai. 
Hero & Heroin dalam drama ini.



Sinopsis dari kulit Novel 

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.



Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 


“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar" - Izzat Hilman


Episod 1
Siti mariam seorang yang kuat berkerja hingga dia tidak ada masa untuk mencari teman. Emran rakan sekerja menyimpan hati tetapi tidak dipedulikan. Walaupun diusik oleh rakan-rakan pejabat. Izzat Hilman seorang yang berjaya dan boleh dibanggakan apa yang dimilikinya sekarang. Tetapi diusia sekarang Izzat Hilman masih belum berkahwin. Kerana itu Izzat Hilman sudah terbiasa dengan rutin hidup dengan berkerja. Pertemuan tanpa sengaja dengan Omar sahabat lama mengimbau kenangan lama. Omar dihubungi oleh adiknya di kampung mengatakan ibunya sakit. Ayah mengarahkan anak-anak berkumpul . 
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 1

Episod 2
Siti Mariam balik ke kampung seperti yang diarahkan tetapi Siti Mariam pelik bila sampai dikampung dia terpandang sebuah kereta. Siti mariam terkejut bila satu wajah yang amat dikenali ada didalam rumah. Siti Mariam tidak peruas hati bila mengapa Izzat Hilman ada dirumah. Kakak long menjadi mangsa soal jawab Mariam mengapa membenarkan Izzat Hilman datang kerumah. Bila terpandang Izzat Hilman , Siti Mariam teringat penghinaan yang diluahkan dihadapan rakan-rakan Izzat Hilman. Pandangan Siti Mariam semakin membenci Izzat Hilman tetapi tidak pada Izzat Hilman. Izzat Hilman cuba mendekati Siti Mariam wanita pertama yang dicintai. Mak dan kak long sengaja menyuruh Siti Mariam ke pasar bersama Izzat Hilman. Dalam terpaksa Siti Mariam terpaksa akur. Izzat Hilman mengambil peluang untuk mendekati lebih rapat dengan Siti Mariam.
Jom tonton link ini :Drama Uda & Dara Episod 2

Episod 3
Izzat Hilman ingin tahu mengapa Siti mariam terus dingin bila berjumpa dengannya. Atas desakan Izzat Hilman , Siti Mariam menceritakan kembali mengapa dia bersikap begitu. Mar mengajak ke satu tempat agar Man ingat kembali tempat terakhir yang mengguris hati Mar. Man memberanikan diri untuk melamar Mar . Mar tak suka kerana pada Mar baru 2 hari berjumpa sudah mengajaknya berkahwin. Kenangan lalu banyak mengajar Mar untuk menjadi lebih keras hati. Dia cuba menolak tetapi hatinya seakan kalah bila berjumpa dengan Man. Lelaki yang pernah mencuri hatinya 12 tahun yang lalu. 
Jom tonton link ini :Drama Uda & Dara episod 3

Episod 4
Man tahu Mar marah padanya. Man juga tidak mahu memaksa Mar untuk menerimanya. Kehadiran Cik Moon menjual kain dan barang kemas. Man membelikan gelang kaki dan kain untuk  Mar . Walaupun Mar menolaknya tetapi Man tetap membelikan untuk Mar. Sebenarnya Mar suka tetapi  Mar cuba menidakkan didepan keluarga lain. Mar cuba mengenali Man lebih dekat. Mar cuba mengawal diri agar tidak berlebih-lebih dengan Man. Mar takut bila suatu hari nanti Man akan berubah . Mar masih bertanya mengapa Man tidak berkahwin dengan perempuan pilihan arwah ibunya.
Jom tonton link ini ; Drama Uda & Dara episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara episod 5


Episod 6
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara episod 6


Episod 7
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 7


Episod 8
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 8


Episod 9
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 10


Episod 11
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 11


Episod 12
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 12






Saturday, 29 August 2015

NOVEL AKU MAHU KAMU

Kembalilah.... Kerana kau adalah sebahagian dari diriku.


Novel Aku Mahu Kamu terbitan Alaf 21 dicetak pada tahun 2010 yang lalu. Saya pernah baca di laman sosial novel ini akan diadaptasi tidak lama lagi. Saya menyusuri cerita sedih yang Qisya Khalesa mencari cinta sejati. Novel yang mempuanyai 498 muka surat ini menceritakan kasih sayang dan kekeluargaan . 

Kisah bermula apabila Qisya Khalesa (Qisya) bertemu dengan Ziyad Falah (Ziyad) bila Ziyad datang ke tempat kerja Qisya bagi memohon lesen perniagaan. Uniknya hubungan mereka berkembang hanya disebabkan sebatang pen oren. Sebenarnya Ziyad suka mengusik Qisya dan mencetuskan perbalahan sebab dia nampak Qisya tu sedang menanggung kesedihan. Mana kan tidak, buah hati yang dipuja bertahun-tahun berkahwin dengan orang lain. Lepas 2 tahun sibuk-sibuk pula nak cari Qisya semula. Qisya meminta bantuan Ziyad untuk berlakon menjadi kekasihnya bagi menghindarkan diri dari Syakir . Masa nilah Ziyad jadi hero. Selepas insiden tu Ziyad melamar Qisya dengan bermodalkan pen oren dan sebulan lepas tu mereka bernikah.



Bahagia yang dikecapi bertambah-tambah lagi dengan kehadiran Faiq Fallah, cahaya mata mereka berdua. Keletah Faiq yang pelbagai menambahkan lagi keserian dalam keluarga mereka. Namun, selepas ulangtahun keduanya, Faiq mula menunjukkan sikap pelik. Rupa-rupanya itu petanda Faiq akan meninggalkan kedua ibu bapanya. Faiq ditemui terapung di kolam renang rumahnya. Ziyad yang sangat kecewa dengan pemergian Faiq, menyalahkan Qisya atas kecuaiannya. Akibat kedinginan sikap Ziyad itu, Qisya meminta izin untuk pulang ke kampung. Kononnya untuk mengubati hatinya dan juga memberi ruang persendirian untuk Ziyad. Memang nampak Ziyad sangat selfish waktu ni. Selama berapa lama Qisya menghilangkan diri tu memang dia tak peduli langsung tentang keberadaan isterinya tu sampailah Qisya selamat melahirkan anak kedua mereka, Firyal.

Atas rasa kecewa dan rasa bertanggungjawab untuk mengembalikan kegembiraan kepada Ziyad, Qisya nekad tinggalkan Firyal di depan pagar rumah Ziyad. Ziyad yang merindui isteri dan anaknya mengambil Firyal sebagai anak angkat disebabkan anak kecil itu ada iras rupa Qisya dan Faiq.

Selepas 4 tahun, Qisya kembali semula dan pertemuan secara tidak sengaja antara Ziyad-Qisya-Firyal di taska milik Qisya membuatkan Ziyad nekad untuk memburu Qisya semula. Ziyad terkejut bila mengetahui Firyal adalah anak kandungnya . Melalui cerita Justin ( sepupu Ziyad ) yang ternampak Qisya meletakkan baby di luar pagar dan menekan loceng rumah lalu bersembunyi di pokok besar. Menurut Justin Qisya menangis seperti tidak merelakan perpisahan itu. Justin juga sempan mengambil gambar Qisya sebelum dia menerima panggilan kecemasan. Bagi mendapatkan kepastian Ziyad kekampung mertuanya. Mak dan ayah mertuakan memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini dari Ziyad demi Qisya yang terlalu kecewa dengan suaminya. 

Ziyad cuba menawan hati Qisya untuk tinggal bersama menjadi satu keluarga yang sempurna. Saat hati menerima Ziyad , Fazlen datang mengharap kasih dari Ziyad . Pada Ziyad Qisya adalah isteri yang sempurna tiada perempuan lain yang mampu menggantikan tempat Qisya. Kerana salah faham Qisya terus menjauhkan diri dari Ziyad . Syakir datang mencari peluang untuk bersama dengan Qisya. Mampukah Ziyad memujuk Qisya ? Haruskah Qisya menerima Syakir? Ikuti cerita mereka dalam Novel Saya Mahu Kamu.


Sinopsis dari kulit novel
EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. 



Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. 

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Monday, 3 August 2015

NOVEL SESEORANG UNTUK AKU

Dia amanah dan Aku penjaganya....

Seseorang untuk aku ,  karya Rehan Makhtar merupakan satu naskhah yang meruntun jiwa, mengugat emosi, menerjah kesabaran sehingga mampu mengalirkan air mata pembaca. Tegar benar seseorang pembaca jika tidak mengalirkan air mata tatkala membaca naskhah air mata ini. sebuah novel setebal 619 muka surat ini. Ternyata kehebatan penulis menjalin bait-bait kata dalam bahasa kita mampu menerujakan pembaca sehingga menitiskan air mata.

Cerita ini sebuah cerita kehidupan biasa seorang gadis kampung di Kuala Lipis. Lailatul , indah nama si gadis. Kematian ibu sejak kecil dan kematian bapa semasa tingkatan 2 telah menyebabkan Laitlatur berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah Haji Saad , bapa kepada Zarul. Laila terpaksa memegang amanahnya menjaga adiknya Liza. Kesengsaraan hidup yang dialami gadis yatim piatu ini dapat dirasai oleh pembaca. Penulis berjaya menukilkan kehidupan yang seolah – olah benar benar terjadi di hadapan mata pembaca. Boleh divisualkan oleh pembaca. Kerana terlalu kasih dan sayang akan adiknya, Laila telah menolak lamaran daripada Zarul, kerana ingin melihat adiknya berjaya. Ekoran itu Zarul telah mengambil keputusan untuk mengahwini adik Laila kerana berasa tercabar dengan penolakan Lailatul sedangkan Zarul masih mencintai Laila.

Laila tegar untuk melepaskan Zarul kerana tahu adiknya suka akan Zarul. Bagi Laila jika adiknya bahagia dia akan turut bahagia sama, jika adiknya derita dia akan derita sama. Cukup kuat sayangnya Laila dengan satu-satunya darah daging yang dia ada. Laila menggunakan semua simpanan yang dia ada sebagai belanja majlis perkahwinan adiknya. Namun, adiknya tidak setulus kakaknya. Liza telah menghalau Laila keluar daripada rumah pusaka milik keluarga mereka kerana cemburukan Laila dengan Zarul – sampai hati. Nasib baik ada Nek Leha yang sanggup susah dan senang bersama Lailatul. Nek Lehalah tempat Lai mencurahkan segala-galanya sehingga munculnya Muhammad al Qadr . Sesuatu telah berlaku kepada Lailatul – Dia telah ditangkap khalwat dengan Muhammad Qadr, kawan baik Zarul ketika Qadr datang ke kampong mereka sempena perkahwinan Zarul – peristiwa itu telah merubah hidup Lailatul 360 ` . 

Qadr telah bertanggungjawab dengan mengahwini Lailatul , walaupun tidak mendapat persetujuan ibu Qadr iaitu Puan Najihah. Bermula episod sedih dan pilu dalam diri Lai apabila Qadr terpaksa bertugas di Gaza untuk menghantar misi bantuan selepas 2 hari berkahwin. Pelbagai onar dibuat oleh ibu mertua yang bencikan diri Lai. Namun rasa cinta terhadap suami yang mula terbit dalam diri Lai telah menyebabkan Lai tabah menghadapi segalanya. Rindu yang membuak-buak mencengkam kedua-dua pasangan pengantin baru ini. Keadaan bertambah teruk apabila Iyani, bakal menantu yang diidam-idamkan oleh Puan Najihah untuk anak tunggalnya Qadr balik ke tanah air. Seorang Lailatul yang lurus, polos, hidup penuh derita dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian orang lain.

Kepulangan Qadr ke tanah air telah membawa kebahagiaan yang tidak bertepi kepada Lai. Sesungguhnya apa yang Allah rancang untuk mereka adalah yang terbaik. Namun, panas tidak sampai ke petang kerana hujan di tengahari. Ada sesuatu PERISTIWA yang melanda rumah tangga mereka. Ada peristiwa yang menyebabkan Lailatul DIUJI lagi.

Apakah sesuatu PERISTIWA itu yang menyebabkan seola-olah Lai membuang adiknya sendiri? Bagaimanakah nasib Lai seterusnya? Adakah kebahagian menanti Lai pada akhirnya? Adakah Puan Najihah akan menyayangi Lai atau meneruskan permintaannya untuk mendapat seorang lagi menantu iaitu Izyani? Adakah pengorbanan seorang kakak akhirnya akan dihargai oleh seorang adik? Semuan ini akan TERJAWAB dengan memiliki naskhah Seseorang untuk Aku 


Perkenalan mereka .
“Kau kerja dekat mana?” – Lai
“Ikut di mana aku diarahkan. Begitulah kalau dah namanya Kuli.”
“Kau mesti tak nak laki kerja driver, kan?” – Qadr
“Kau tak malu ke aku jadi bini kau? Aku ni tak sekolah, kerja kutip getah buku yang buruk dan busuk tu. Dahlah tak ada rupa, jauh sekali harta.”
“Kau askar?” – Lai
“Air force…Aku bawa jet,” – Qadr
Mulut Lai terlopong. Antara faham dengan tidak. Tetapi wajah Nampak kagum
“Dahlah…tutup mulut kau tu, Lai. Karang aku yang tutupkan, lain pula jadinya.” – Qadr

Kasihnya Muhammad al- Qadr terhadap isteri tersayang.
“Jantung kau ni…” – Lai
“Jantung aku jadi macam ni apabila dengan kau aje, Lailatul….” – Qadr
“Nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang.” – Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh? - Qadr
"Cincin itu jauh dengan dada kau, Lai. Bukan sebab di dada tu ada sesuatu yang wanita ada tapi lelaki tak ada. Tapi, di dalam dada kau tu ada jantung, hati, limpa, paru-paru segala. Di mana di dalam dada bermula niat kau, bermula kasih sayang dan penerimaan kau terhadap segalanya. Sebab tu aku bagi rantai emas ni. Design aku buat sendiri sama dengan rantai besi yang ada dengan kau tu. Aku letak nama kita berdua dekat plak tu LAILATULQADR, biar ku dengan kau ada di dada." - Qadr
Ringan tangan Qadr menyentuh rantai yang tergantung di leher Lai. Terukir indah nama "LAILATULQADR" satu nama yang terlalu hebat untuk mereka berdua. Malam seribu bulan. Malam diampunkan segala dosa.

Tabahnya, sakitnya hati Lailatul
“saya tahu mama tak selesa, Tapi saya dah janji dengan Qadr - demi Allah, demi janji saya kepada anak mama, izinkan saya jaga mama dan abah…” – Lailatul
“Aku tak nak! Aku ibu dia, Laila. AKu yang lahirkan dia. Asuh dia. Aku nak dia macam anak-anak orang lain. Aku nak dia menikah dalam kenduri dan dirai. Kau ialah menantu yang aku tak RAI! “ – Pn Najihah
“Tunggu ajelah Qadr balik, mama. Kalau dia na Luka yang ada dalam diri Lailatul ekoran sikap adiknyak Ilyani atau sesiapa saja, saya izinkan. “ - Lailatul

Credit dari Goodread : review novel Seseorang Untuk Aku

Sinopsis dari kulit novel 
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

Monday, 13 July 2015

NOVEL CHANDELIER

Dirimu laksana Chandelier , Paling menyerlah ,
paling cantik dan memukau perhatian ...
Tapi sayang dikau hanya sekadar perhiasan .

Chandelier satu lagi novel baru Acik Lana. Saya beli masa PBAKL bulan mei yang lepas. baru berkesempatan untuk mengkhatamnya . Tiada kata- kata yang mampu yang saya berikan , novel ni memang "best gila". Ada perkara yang menyentuh perasaan saya bila membaca novel ini. Pada pendapat saya novel ini cukup rencah. 

Novel terbitan kakinovel ini boleh dibeli secara online dan mana-mana kedai buku berdekatan. Novel yang mempunyai 814 muka surat ini memgupas kisah cinta Kaef dan Kiesha yang penuh dugaan. Jom ikuti kisah mereka yang saya sediakan.

Kiesha mengunakan kecantikan paras rupa dan bentuk tubuh yang mengoda memikat Dato dan Tan Sri untuk hidup mewah. Kiesha juga digelar gold digger. Selain orang yang berkedudukan Keisha juga mencari anak - anak jutawan turut menjadi mangsa tetapi perkara yang Kiesha pegang adalah satu , bukan melayan hingga kebilik tidur. Maruah diri perlu dijaga dan hanya lelaki yang bergelar suami sahaja yang berhak keatasnya. Perkenalan dengan Datuk Eusoff selama dua tahun membuatkan Kiesha memuntut haknya untuk dijadikan isteri. Walaupun kemewahan yang dicurahkan tidak memberi apa makna lagi. Cinta Datuk Eusoff pada Kiesha sering terhalang bila anak Datuk Eusoff , Edora menghalang keras perhubungan mereka. Datuk Eusoff terus berjanji akan mengahwini Keisha walaupun edora menghalangnya. 

Kaef seorang lelaki yang baru berjinak - jinak dalam perniagaan terpesona bila bertemu di Syarikat Datuk Eusoff. Ketika itu Kaef berjumpa Malik yang menguruskan pinjaman kedai peralatan sukan Kaef. Pertemuan kedua bila Kaef terlanggar Kiesha hingga Kiesha terpijak file Kaef. Kesombongan Kiesha membuatkan Kaef ingin tahu siapa Kiesha sebenarnya. 

Suatu hari Edora yang ternampak Dato Eusoff bersama Kiesha , Edora tidak puas hati lalu menyerang Kiesha di restoran Hotel membuatkan Kiesha lari dan terlanggar kereta Kaef. Dato Eusoff berjanji dengan Edora tidak akan menghubungi lagi Kiesha demi keluarganya. Tetapi cinta Dato Eusoff pada Kiesha semakin menebal hingga Dato Eusoff sanggup memberi Kondo , Butik dan kereta . Kaef dengan panik menolong dan membawa Kiesha ke klinik. Kiesha yang kecewa melihat Dato Eusoff lebih memyebelahi anaknya . Kaef menawarkan diri untuk mengajak Kiesha kerumah demi keselamatan Kiesha dari diganggu oleh Dato Eusoff. Umie dan Khalida ( Adik Kaef ) terkejut bila melihat kehadiran Kiesha. 

Selepas kejadian itu Dato Eusoff berjanji akan walau apa pun terjadi Dato Eusoff akan berkahwin dengan Kiesha dalam masa 1 bulan. Kiesha gembira kerana impiannya berkahwin dengan Dato Eusoff. Pejam celik pejam celik hari yang ditunggu tiba. Perasaan berdebar menanti waktu bergelar seorang isteri. Saat Dato Eusoff ingin berjabat tangan dengan kadi , Dato Eusoff mendapat panggilan dari isterinya mengatakan Edora mengelar tangannya cubaan membunuh diri. Dato Eusoff yang terus pergi meninggalkan majlis untuk melihat keadaan Edora yang koma dihospital . 

Kiesha kecewa dan marah dengan sikap Dato Eusoff kerana meninggalkan majlis pernikahan mereka. Walaupun dipujuk selepas itu hati Kiesha menjadi keras. Puas bergabung dengan perasaan kecewa , Kiesha keluar mencari ketenangan. Disana Kiesha bertemu dengan Tan sri Emran, seorang duda kaya . Hubungan mereka semakin rapat selepas pertemuan dulu.  Tan Sri Emran juga menjanjikan kemewahan lebih dari Dato Eusoff. Dalam keasyikan Kiesha melayari keseronokan bersama Tan Sri satu insiden berlaku di depan kedai Kaef. Seorang lelaki menyerang Kiesha hingga berlakunya kecacatan dimuka Kiesha. Ini semua angkara Dato Eusoff yang terlalu marah pada Kiesha kerana menolak cintanya selepas kejadian majlis pernikahan dibatalkan.  

Kiesha tidak boleh menerima kecacatan pada wajahnya. Dia meninggalkan Tan Sri Emran dan menyorok di rumah Kaef. Kehidupan berubah selepas tinggal dirumah Kaef.  Dengan adanya Umi dan Khalida Kiesha lebih menerima hidup seadanya. Umi yang menganggap Kiesha sebagai anaknya berharap akan menjadi menantunya. Kaef dipandang dari sudut ke ikhlasan. Kiesha merasakan Kaef adalah penyelamat dan cinta pertamanya. 

Melayari cinta bersama Kaef , Kiesha diduga lagi dengan kekilafan semalam. Iskandar menuntut hutangnya 30 ribu dan kaef pula disaman 150,000 kerana meniru rekaan t-shirt sukan. Keadaan Kaef semakin sukar bila pinjaman tidak diluluskan dan Iskandar terus akan mengancam Kaef. Bila keadaan terdesak Kiesha mencuba nasib untuk meminta pertolongan Tan Sri Emran. Pinjaman yang dibuat memerlukan syarat. Syarat yang memaksa dirinya meninggalkan cinta hatinya. Tan Sri Emran menawarkan Kiesha agar menjadi isterinya. 

Apa pilihan yang Kiesha ada dengan bersetuju dengan syarat Tan Sri Emran. Demi Kaef , Kiesha berkorban walaupun dia terpaksa cemuhan dari Kaef kerana pentingkan harta keduniaan. Kiesha meminjam 200,000 . Dengan duit itu Kiesha meminta 150,000 membayar saman Kaef , 30,000 membayar hutang Iskandar dan 20,000 lagi membeli barang di kedai peralatan sukan agar ketiadaan Kiesha , kaef akan hidup senang. Kiesha terpaksa membuat Kaef membencinya agar Kiesha mudah keluar dari rumah Kaef. Pelbagai tuduhan dibuat oleh Kaef bila Kiesha berpaling tadah hanya naluri seorang ibu Puan Maryam tahu pasti bersebab Kiesha berubah. 

Perkahwinan Kiesha dengan Tan Sri Emran mengecewakan Kaef.Tetapi hubungan Puan maryam dan Khalida sangat rapat. Kiesha turut mengundang Kaef sekeluarga. Oleh kerana Khalida sangat rapat dengan Khiesha , Khalida membongkar rahsia Kiesha siapa yang membayar saman Kaef walaupun yang di hebahkan Syarikat tersebut menarik balik saman. Itu semua tidak benar. Kiesha terpaksa mengaku yang dia berkahwin dengan Tan Sri Emran adalah kerana saman Kaef. Kiesha menyuruh Khalida merahsiakan hal itu tetapi terbongkar juga di telinga Kaef. Kaef kesal dengan tuduhan melulu pada Kiesha. 

perkahwinan tanpa cinta adalah satu derita pada Kiesha. Memandangkan Tan Sri Emran sangat sayang pada Kiesha yang mampu menerima anak-anaknya Kiesha dilayan umpama menatang minyak yang penuh.  Menguruskan anak-anak kembar Tan Sri Emran , Dani dan Laila menceriakan hidup Kiesha dan dapat melupakan kekecewaan pada awal perkahwinan. Tan Sri Emran bahagia kerna memilih Kiesha sebagai isteri. Tan Sri juga berharap Kiesha akan menjadi mummy pada Dani dan Laila. 

Disangka panas hingga ke petang tetai hujan ditengah hari , Tan Sri Emran terlibat dalam kemalangan kapal terbang. Saat Kiesha dapat menerima cinta dari Tan Sri Emran , Tan Sri Emran pergi buat selamanya. Dani dan Laila dalam jagaan Kiesha seperti mana wasiat yang ditinggalkan oleh Tan Sri Emran. 2 tahun berlalu kini Kiesya berjaya dengan fesyen dan butik. Melalui majalah yang Khalida beri pada Puan Maryam tentang kejayaan Kiesha. Kaef mencari Kiesha untuk melamar Kiesha menjadi suri hatinya. Kaef tidak mahu kehilangan Kiesha lagi dan tidak mahu melepaskan peluang untuk kali kedua. Dani dan Laila menerima Kaef sebagai daddy barunya. Memandangkan mereka masih kecik yang memerlukan kasih sayang seorang ayah. 

  

Sinopsis dari kulit novel.

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.


Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.” 


Monday, 15 June 2015

DRAMA ADAPTASI BULAN JUN

Kita memang dah biasa dengar drama adaptasi dari novel. Bulan Jun ini banyak drama dari adaptasi novel . Dari saluran TV berbayar hinggalah saluran TV percuma berlumba-lumba menyiarkan drama yang akan menjadi bualan hangat peminat drama macam saya dan peminat tegar novel. Biasana mereka suka membanding-bandingkan diantara novel dan drama. Kekadang mereka mengharapkan lebih dari drama. Sebenarnya adaptasi drma ni hanya diambil 75 - 80 peratus dari cerita asal. 

1. Drama Dia ... isteri luar biasa menjadi ikutan di slot Akasia TV3. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Dia ... Isteri luar biasa.




2. Drama Eksperimen Cinta akan disiarkan menerusi saluran TV3 setiap sabtu dan ahad bermula Jam 7.00 petang . Bermula 13 Jun 2015. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Eksperimen Cinta





3. Drama M.A.I.D akan ditayangkan saluran ASTRO menggantikan drama sebelum ini Isteri separuh masa . Yang menariknya drama ini kerana M.A.I.D dan Isteri separuh masa adalah penulis yang sama.
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama M.A.I.D




4. Drama Cik Bunga dan Encik Sombong ditayangkan di saluran Astro dalam slot baru. Drama ini bermula 15 Jun 2015 ( 9.00 malam ) . 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini sinopsis Drama Cik Bunga dan Encik Sombong




5. Drama Fajar Di Bukhara akan ditayangkan disaluran TVi pada 15 un 2015 ini. Ada sedikit kelainan drama ini. Drama ini ditayangkan khas sempena bulan Ramadhan ini. Boleh menyaksikan drama ini dari Jam 9.00 - 10.00 malam. ( bersiaran selama 1 jam ) setiap hari isnin hingga jumaat.
 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Fajar Di Bukhara




5. Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan ditayangkan semula setiap hari Isnin hingga Khamis 5.30 petang. pada yang tertinggal dari menonton drama ini boleh menontonnya kembali. Pada saya ini adalah drama yang terbaik adaptasi novel. 

 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Hari ini akan ada 5 buah drama .... buat pilihan mana satu nak tengok . Dari saluran berbayar hinggalah saluran percuma. Macam teruja pulak tak tahu mana satu nak tengok. Semuanya Best. Jom sama-sama kita saksikan .