"Andai cinta tak perlu kecewa , aku orang yang paling bahagia."
Novel Mr. Hopeless Romantic ini kesinambungan dari Novel Cik Serba Tahu. Tetapi ini kisah Carl Adham Hero dari novel Cik Serba Tahu. Novel ini adalah kisah Carl. Dalam Novel ini juga banyak perkara- perkara terjawap dari Novel Cik Serba Tahu. Novel yang mempunyai ketebalan 302 muka surat menyingkap cerita kisah Carl Adham yang terperangkap dengan Pakcik Ismail Itam Interpol ayah Aerna.
Kisah mereka bermula satu insiden didepan rumah Dato Azli. Carl yang memandu laju hampir terlanggar kereta yang dipandu oleh Aerna. Disitu berlaku sedikit pertelingkahan membuatkan Carl tidak berpuas hati. Carl yang tidak berpuas hati terus menghubungi pejabat sepupunya Ben. Disitu Aerna yang berpura-pura mengaku Ben. Carl yang ingin mendapat no. talifon Aerna kerana tidak berpuas hati. Malangnya Carl yang tidak mengenali suara ben telah terpedaya dengan muslihat Carl terus memberi no. Telifon ayahnya pada Carl.
Carl yang berpuas hati lalu menghubungi no. berkenaan. Alangkah terkejut bila Pakcik Ismail Itam Interpol yang bercakap. Carl yang terpaksa berbohong untuk mendapatkan maklumat Aerna terperangkap dengan muslihatnya sendiri. Pakcik Ismail tidak suka Aerna berkerja dengan keluarga Dato Azli. Pada Aerna keluarga Dato Azli adalah "priority".
Pada pakcik Ismail ini adalah peluang untuk Aerna berhenti kerja dan memberi keutamaan pada diri sendiri. Carl Adham tidak ada jalan lain dan terpaksa bersetuju. Tak sampai 24 jam berjumpa Carl Adham diumumkan sebagai menantu Pakcik Ismail Itam Interpol di majlis rumah Dato Azli. Semua orang terkejut bila pengumuman itu keluar dari mulut pakcik Ismail. Dimajlis itu bekas tunang Carl terkejut bila Carl memperkenalkan Aerna sebagai bakal isteri Carl. Sarah fikir Carl akan terus menunggunya setelah majlis perkahwinan mereka dibatalkan kerana Sarah menghilangkan diri dihari perkahwinan mereka.
Dato Azli sekeluarga turut terkejut kerana Dato Azli beranggapan Aerna bercinta dengan anaknya. Keputusan Carl sampai ke teliga keluarga Carl. Mereka terkejut dan ingin m=berjumpa dengan perempuan yang istimewa yang berjaya merobohkan tembok yang tebal dibina oleh Carl untuk berkahwin.
Aerna sambut baik oleh keluarga Carl. Tetapi Sarah tidak berpuas hati dengan pilihan Carl. Pada Sarah , Aerna bukan calon yang terbaik . Pada Carl , dia tidak kisah siapa Aerna yang penting seluruh keluarganya menyenangi kehadiran Aerna. Tidak hairanlah keluarga Dato Azli senang berurusan dengan Aerna.
Dengan bantuan Pakcik Ismail , membongkar kegiatan Sarah adalah kerja mudah. Sarah sebenarnya bukan ikhlas menerima Carl. Sebenarnya Sarah masih sama seperti dahulu berpeleseran dengan ramai lelaki. Aerna terpaksa mengaku yang dia pernah berjanji dengan Sarah tidak akan menerima pinangan dari Carl dan akan menyatukan Carl dengan Sarah.
Aerna mengaku dia bersalah keran Aerna terlalu percaya kata- kata Sarah yang terlalu mencintai carl. Oleh kerana Carl adalah Mr. Hopeless Romantic Aerna tidak mampu menolak cinta cari Carl. Seperti yang dijanjikan akhirnya Carl dan Aerna disatukan seperti yang diminta oleh Pakcik Ismail Itam Interpol . Siap pakej sekali kahwin dengan anak dapat bapak sekali.
Sinopsis dari kulit novel
Andai cinta tak perlu kecewa, akulah orang yang paling bahagia. Ya, pasti aku sedang berbahagia dengan Sarah Nadine. Tak ada orang lain yang boleh membahagiakan aku, kecuali Sarah Nadine. Punyalah hopeless romantic aku masa tu!
Tapi...
Sarah Nadine tinggalkan aku sewaktu hari pernikahan aku dengan dia. Lebih kecewa, dia memilih lelaki lain berbanding aku. Walaupun begitu, aku tetap tak boleh nak lupakan Sarah Nadine.
Mengharapkan dia kembali? Memang tak lah! Tapi, kenapa masih lagi teringat dan tak boleh nak move on? Kenapa aku masih lagi menutup pintu hati aku dan tak mahu mencuba cinta baru?
Arghhh Carl... kau memang Mr. Hopeless Romantic betul! Tak serik nak lupakan cinta lama tapi, tak minat pun nak mulakan cinta baru! Apa maknanya tu? Hopeless lah!
Sehinggalah...
“Pak cik boleh dakwa kamu dengan macam-macam dakwaan. Termasuk tuduhan memiliki 500 gram dadah. Kamu tahukan 15 gram heroin pun, hukumannya mati mandatori? Kamu jangan ingat, pak cik tak boleh buat.” – PAK ISMAIL ITAM INTERPOL
Aku menerima ugutan daripada bapak seorang perempuan yang bernama Aerna Isyqee. Semuanya, gara-gara dia membawa BMW pinjam yang hampir mencalarkan Porsche baru aku tu!
Tak pasal-pasal, aku kena ikut rancangan memikat anaknya yang macam Cik Serba Tahu tetapi, hal cinta langsung tak tahu. Kononnya, aku nak cuba cairkan hati Aerna Isyqee dengan rancangan hopeless romantic aku tu. Niat sebenarnya untuk membuatkan dia menyampah dan sekaligus akan menolak permintaan bapaknya.
Masalahnya sekarang, hati aku pula yang kena hacked!
So, Carl... kau dah habis fikir ke?
No comments:
Post a Comment