Monday 17 March 2014

NOVEL ADAPTASI DIS - MAC 2014

Bermula tahun 2014 siaran television tempatan dihujani drama yang diadaptasi dari novel. Pada meminat novel ini adalah perkara yang mereka amat digeruni . Ini kerana banyak cerita adaptasi tak sama dengan cerita novel asal. Ramai peminat novel marah bila cerita ini diolah begitu kerata sekali.

Novel Palyboy Itu Suami Aku !



Diantara komen dari peminat novel
1. Pemilihan pelakon dikatakan hero dan heroin kaku dalam lakonan.
2. Pemakaian - pakaian gadis kampung yang ayu bertukar kepada pakaian yang terlalu ketat.
3. Jalan cerita yang berterabur.

4. Pihak produksi tidak berbincang dengan penulis novel katanya dan membuat keputusan sendiri.

Walaupun cerita ini dihentam oleh peminat novel, drama ini terus mendapat sambutan dikalangan peminat drama. Saya pernah terbaca penulis kecewa dengan apa yang berlaku. Penulis juga berkata beliau tak mahu novelnya diadaptasi walaupun dua novel beliau dalam proses penilaian. Penulis muda yang telah dianugerahkan pemenang Anugerah pilihan pembaca popular Berita harian dua tahun berturut-turut .Pada yang belum menyaksikan drama ini. 
Jom tonton link ini : Drama Playboy itu suami aku !! 
.......................................................................................
Novel The Wedding Breaker 



Antara komen dari peminat novel 
1. Watak Liyana tak sama dalam novel ( Jahat keterlaluan )
2. Hero nun-muslim jadi banyak perkara terbatas.
3. Watak Ramzul dan Liyana lebih banyak dari watak Hero dan Heroin. 

Bila novel ini diadaptasi tajuk novel ditukar kepada Ariana Rose. Penghayatan pelakon Heroin Fathia memang tak disangkal. Begitu juga Heronya Keith Foo yang berpengalaman dalam bidang lakonan di In. Walaupun pun begitu Keith Foo masih pelat indon yang ketara.  
Jom tonton link ini : Drama Ariana Rose


....................................................................................................................................
Novel Aku Bukan Mistress




Novel pertama Acik Lana terpilih dijadikan drama adaptasi. Novel ini juga akan ditukar tajuk menjadi Aku Isterinya. Gandingan pelakon yang berbakat besar Anzalna dan Izzue Islam antara penyumbang untuk drama yang akan ditayangkan hujung bulan ini . 

Jom tonton link ini  : Drama Aku Isterinya
...............................................................................................
Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan 










Novel ketiga Umie Nadzimah terpilih dalam drama adaptasi selepas novel keluaran karyaseni ini mendapat sambutan luar biasa. Dia akan ditayangkan selapas dram Aku isterinya . Gandingan baru Izreen Azminda dan Ammar Bahrain . Drama ini masih dalam pengambaran. Harap akan diterima peminat drama dan peminat novel. 

Jom tonton link ini : Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

.............................................................................................................................................
Novel Project Memikat Suami



Novel keluaran penulisan2u kali ini dipilih untuk drama adaptasi . Drama ini bersiaran di saluaran berbayar ASTRO. Kepada yang dimuranya tidak mempunyai saluran Astro ramai yang menontonnya di internet. Gandingan Emma Maembung dan Aiman Redza memang serasi. Cerita yang santai ini memang mencuit hati.

Jom tonton Link ini : Drama Projek Memikat Suami


...........................................................................................................................................
Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta




Novel ini juga disiarkan dalam saluran ASTRO. Drama ini juga mempunyai 60 episod yang bersiaran setengah jam setiap hati isnin hingga rabu. Pada yang suka gandingan Shanaz Ahmad dan herion comel Nelydia Senrose pasti suka lakonan mereka. Buat masa ini ini antara drama yang tak lari dari cerita novel . 

Jom tonton link ini : Drama Bukan kerana Aku Tak Cinta
........................................................................................................
Novel Yes Boss!






Novel terbitan Kaki novel yang santai ini dibintangi oleh Fahrin ahmad dan emma Maembung. Drama yang bersiaran selama setengah jam ini ditayangkan setiap hujung minggu. 

Jom tonton link ini : Drama Yes Boss!

12 comments:

  1. minat Bukan Kerana Aku Tak Cinta.. hehe.. sweet and funny!! ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka ini antara novel yang tak banyak lari jalan ceritanya ....

      Delete
  2. X ada terfikir nk adaptasi novel i love u stupid ! ,, or my precious iris .karya Melur Jelita ? Novel ni best sangt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuzzy Baby .. entah laaa dengarnya ada tapi tak tahu bila .... novel melur jelita akak baru beli My precious iris dan awak suka saya tak.. I love you stupit tu belum lagi.. ramai yang kata novel melur jelita ni best sangat.. akan ada reviewnya nanti untuk novel melur jelita...

      Delete
  3. Mmg best novel melur jelita , rugi klau akak x baca . My precious iris tu kesinambungan novel i love u stupid ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tengah belek- belek novel Awak suka saya tak .... lepas tu nak cari i love you stupid dulu baru baca baca My precious iris ... kalau kata My precious irs adalah kesinambungan dari i love u stupid... Terima kasih Fuzzy baby beri cadangan dan berkongki tentang novel yg bagus ...

      Delete
    2. sama sama akak .. sy jamin akak akn suka novel melur jelita .

      Delete
  4. n akak ,sy cadangkn akak sediakn tisu dlu msa baca my precious iris bab 57 n seterusnya . Sbb sedih sngt .

    ReplyDelete
  5. melur jelita yes...novel dia 3,3 sy dh BC..pinjam kawan je..sampai skrg rs lekat d hati novel tu..rs mcm sy d Alam percintaan..hahaha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam perkenalan Puan Eizzara. Jemput ke blog Tinta Mawar Kamila dan mengikuti karya pertama saya terbitan Love Novel Publication berjudul ISTERI AKU KALIS CINTA. ^_^"
    http://mawarkamila.blogspot.com/2012/06/bab-1-isteri-aku-kalis-cinta.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mawar dan salam perkenalan ...Bertuah rasanya penulis mawar kamila sudi singgah blog akak ...Akak ada terbaca sinopsisnya di love novel tapi saya belum ada kesempatan nak buat review. pasti akan ada reviewnya disini . Inshaallah....

      Delete
  7. assamualikum kak eizzara
    jemputlah baca novel saya yang baru keluar di penulisan2u
    tajuknya Cintaku Hanya Untukmu baru keluar bab 1 dan bab2
    kalau nak baca bab seterusnya lawatlah blog saya hehe
    ceriitumerah.blogspot

    ReplyDelete