Pernah dengar tak, sebelum kita berkahwin dengan pasangan, ujian darah perlu dilakukan supaya kita sememangnya tiada sejarah Talasemia. Secara kasarnya, pembawa gen talasemia akan menyebabkan anak yang bakal dilahirkan mampu menghidapi Talasemia samada major ataupun minor.
Inilah pentingnya kesedaran. Mungkin anda fikir, kalau ada Talasemia maksudnya tak boleh ke berkahwin dengan pasangan?
Kalau ikutkan nasihat doktor, memang perkahwinan bagi pembawa gen Talasemia tak digalakkan. Dikhuatiri akan menyebabkan anak yang dikandung mewarisi penyakit Talasemia tersebut. Tetapi, jika anda dan pasangan hendak teruskan perkahwinan, itu adalah hak masing masing dan nasihat dari pakar sangat diperlukan.
APA ITU TALASEMIA?
Apa kaitan Talasemia, ujian darah, anak dan perkahwinan? Apa itu Talasemia hingga menyebabkan ia begitu memberi impak pada perkahwinan dan anak anda?
Merujuk kepada MyHealth [1],
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita.
Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia.
Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Dalam erti kata lain, Talasemia ni adalah sejenis penyakit genetik yang menyebabkan pembentukan sel darah merah tidak normal dari segi bentuk dan kuantiti. Ini juga menyebabkan sel darah merah agak senang untuk musnah dan menyebabkan penghasilan zat besi pada satu satu tempat menjadi banyak seperti di dalam organ iaitu hati, buah pinggang dan lain lain organ.
Selain itu, individu yang mempunyai penyakit Talasemia menghasilkan protein hemoglobin yang kurang sihat dan sum sum tulang juga menghasilkan sel darah merah yang sedikit berbanding individu normal. Jika sel sel darah merah tidak mencukupi, hemoglobin yang kurang dihasilkan tidak dapat membawa oksigen ke seluruh sel sel badan dengan sempurna.
APA PUNCA PENYAKIT TALASEMIA TERJADI?
Talasemia ni terjadi akibat kecacatan dalam gen yang menghasilkan hemoglobin.
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu :
- Talasemia minor
- Talasemia major
Talasemia minor ni boleh dikategorikan apabila seseorang tu mewarisi satu gen talasemia. Kebanyakan penghidap talasemia minor ni tiada masalah pun nak hidup secara normal macam orang lain dan kadangkala penghidap Talasemia minor ni takkan sedar mengenai penyakit ni dalam diri mereka kecuali jika mereka membuat pemeriksaan darah.
Walaupun begitu penghidap Talasemia minor tetap berupaya memindahkan gen Talasemia pada anak anak mereka.
Berbanding dengan penghidap Talasemia major, mereka akan sedar tanda tanda Talasemia sejak bayi antara 6-18 bulan atau lebih . Penhidap Talasemia major ini mewarisi dua gen Talasemia dari ibu dan bapa. Penghidap akan mengalami anemia yang teruk (HB kurang dari 4 g/dL) hingga menyebabkan pertumbuhan terbantut dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Selain itu, penghidap Talasemia major mempunyai ciri ciri seperti [2] :
- Keadaan pucat yang ketara
- Sentiasa lemah dan resah
- Mengalami anemia yang teruk
- Jaundis
- Perut kelihatan buncit disebbakan oleh pembengkakan hati dan limpa
- Tumbesaran terbantut
- Perubahan pada muka yang nampak bengkak
Penghidap Talasemia major juga memerlukan pemindahan darah setiap bulan untuk survive tau. LAgi satu, pemindahan sum sum tulang antara salah satu cara paling berkesan untuk menyembuhkan penghidap Talasemia major ni.
KOMPLIKASI PENYAKIT TALASEMIA PADA KEHIDUPAN
Ada beberapa komplikasi yang terjadi bila seseorang tu menghidap Talasemia, antaranya ialah :
- Mempunyai kandungan iron atau zat besi yang berlebihan di dalam organ tubuh samada disebabkan penyakit tersebut atau dari pemindahan darah yang kerap.
- Mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan melalui darah seperti Hepatitis
- Penyakit Talasemia mampu membuat sumsum tulang berkembang hingga menyebabkan keganjilan pada abdomen dan bentuk muka. Pengembangan sumsum tulang juga mampu membuatkan tulang makin rapuh hingga boleh terdedah kepada keretakan tulang.
- Penyakit TAlasemia juga mampu memusnahkan sebahagian besar sel sel darah merah hingga mampu meningkatkan saiz limpa.
- Kanak kanak yang menghidap Talasemia akan mengalami kecacatan pertumbuhan fizikal.
- Penyakit Talasemia mempunyai masalah jantung yang gagal berfungsi dengan normal.
CARA MERAWAT TALASEMIA YANG TERUK
Sepanjang pembacaan saya, tak semua penyakit Talasemia ni memerlukan rawatan sumsum tulang untuk sembuh. Hanya melalui pemindahan darah pun boleh merawat penyakit ni. Jadi, dengan cara pemindahan darah, penghidap Talasemia akan mempunyai sel sel darah merah yang sihat untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.
Walaubagaimanapun, pemindahan darah yang kerap boleh menyebabkan kandungan zat besi terkumpul dalam organ tertentu. Sekali lagi, penghidap Talasemia memerlukan rawatan khas untuk mengeluarkan kandungan zat besi berlebihan dari badan.
Selain itu pemindahan darah dan rawatan sumsum tulang, penghidap Talasemia juga boleh mencuba merawat penyakit Talasemia dengan Set Talasemia Shaklee.
ESP : kandungan protein dalam ESP sangat membantu dalam pembiaan sel sel baru dalam tubuh termasuklah sel sel darah merah.ESP juga meningkatkan tenaga penghidap Talasemia supaya berasa lebih cergas dan cerdas.
Vitamin E : Pengambilan Vitamin E yang kaya antioksidan sangat membantu untuk melindungi sel sel darah merah dari rosak.
Ostematrix : Meningkatkan fungsi tulang agar tidak mudah rapuh kerana penghidap Talasemia mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerpauhan tulang dan memberikan tenaga pada penghidap Talasemia.
B Complex : Membantu dalam meningkatkan tenaga dan sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.
Vivix : membantu pertumbuhan sel-sel baru dan
Antara testimoni yang mengambil Shaklee untuk merawat Talasemia :
Walau apepun cara rawatan yang diambil, pencegahan sejak awal sebenarnya lagi penting. Sebab itulah, anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan darah sebelum berkahwin bagi mengetahui samda anda pembawa Talasemia atau sebaliknya.
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat
Semulajadi
Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Selayang dan Batu caves . Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun CIMB bank atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
Saya Nak Beli !
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Kak Pisah ditalian bernombor 017-355 9455 melalui aplikasi Call / SMS / WhatsApp.
Norhapisah Asmuni ( Kak Pisah )
Shaklee ID :(ID:1251745)
SMS & Whatsapp: 017-355 9455
Email: Pisah35.ee@gmail.com
No comments:
Post a Comment